Cari Artikel

Wednesday, September 23, 2015

Polis siasat video pengasuh pukul kanak-kanak


Polis siasat video pengasuh pukul kanak-kanak
Polis sedang menyiasat lokasi kejadian bagi tujuan pengesahan

Polis menyiasat rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang dipukul oleh seorang wanita dipercayai pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, pihaknya akan menyiasat video yang diviralkan itu.

Katanya, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Kita akan siasat kesahihan kejadian itu dan benarkah ia berlaku di lokasi yang disebut dalam maklumat yang diviralkan itu,” katanya seperti dilapor oleh Harian Metro Online

Rakaman video berdurasi 53 saat itu menunjukkan seorang wanita menampar pipi, belakang, peha dan lengan kiri selain mencekak mulut mangsa yang sedang menangis.



Pemilik taska memukul budak.Saya dulu bekerja di taska dan sempat merakam pemilik taska ini memukul seorang budak.Pemilik ini suka marah-marah dan menyediakan makanan yang agak teruk kepada budak-budak.Sekarang ini pemilik taska nak tukar nama taska lain.Nama taska: Excellent Childcare Centre, No 48, Jalan Tasek Lama, Taman Tasek, Ipoh Perak. Nama baru taska: Twinkle Childcare Centre.Pemilik taska: Atikah Bt Puteh cc: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Sunday, September 20, 2015

Rundingan meja bulat bukan setakat muafakat politik – Anwar


Rundingan meja bulat bukan setakat muafakat politik – Anwar
Rundingan itu bagi mengetepikan perbezaan dan maju ke
hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju

Rundingan meja bulat di kalangan parti pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu tertentu merupakan langkah awal untuk mewujudkan muafakat ke arah perubahan pentadbiran negara.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan yang diadakan pada Selasa bukan setakat muafakat politik, bahkan lebih dari itu.

“Saya terima baik usaha rundingan meja bulat yang akan disertai wakil-wakil Pas, Keadilan, DAP dan Amanah serta NGO-NGO pada Selasa ini.

“Tujuan pertemuan ini bukan hanya untuk mewujudkan muafakat politik, usaha kita lebih dari itu, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Anwar, walaupun dipenjara, tetapi beliau dapat merasai kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak berkesudahan.

“Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan perbezaan dan maju ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada,” katanya.

Pas tak bodoh sombong – Nasrudin


Pas tak bodoh sombong – Nasrudin
Pas menolak PR 2.0 sebab tidak mahu bekerjasama dengan
Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang dianggap telah mengkhianati Pas.

Pas menolak untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) 2.0 bukan disebabkan parti itu bersikap bodoh sombong ataupun ego.

Sebaliknya penolakannya dibuat atas pendirian parti berkenaan enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dituduhnya sebagai pengkhianat.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata ia juga dibuat bagi menjaga maruah dan prinsip parti itu.

“Kita tidak akan membiarkan budaya ‘tikam belakang’ itu menjadi amalan dalam politik negara dan berpendapat pengkhianat perlu dihukum.

“Khianat kemudian diterima sebagai kawan. Budaya sebegini akan merosakkan kesejahteraan iklim politik negara. Justeru ia mengheret negara menghalalkan sebuah pengkhianatan politik,” katanya dalam kenyataan dibuat pada Isnin.

Pada masa sama, Nasrudin berkata Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak kerana mereka sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk menambat kembali sokongan terhadap partinya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, Pas sentiasa bersikap terbuka untuk menerima mana-mana pihak untuk bekerjasama dengannya.

“PAS tidak perlu mengikut lagak orang lain untuk berjaya,” katanya.

Najib fail permohonan batal saman Anina


Najib fail permohonan batal saman Anina
Najib dan Rauf juga aka n menfailkan permohonan untuk menggantung
prosiding yang difailkan plaintif sementara permohonan untuk membatalkan saman didengar

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh akan memfailkan permohonan pada Selasa untuk membatalkan saman yang dibuat bekas ahli Wanita Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin.

Menurut laporan Bernama, Peguam Nor Emilia Mohd Iszeham yang mewakili Najib dan Abdul Rauf
memberitahu media bahawa kedua-dua defendan juga akan memfailkan satu lagi permohonan iaitu untuk menggantung prosiding beberapa permohonan yang difailkan plaintif sementara permohonan untuk membatalkan saman didengar.

“Kami akan memfailkan permohonan itu esok,” katanya selepas kes itu disebut di dalam kamar pada Isnin di hadapan Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin.

Pada 28 Ogos lalu, Anina memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.

Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Anina pula berkata mahkamah mengarahkan pernyataan pembelaan difailkan selewat-lewatnya 1 Oktober.

Aizul Rohan berkata mahkamah menetapkan 26 Okt ober untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Nilai Ringgit pulih jika isu 1MDB selesai- Zeti


Nilai Ringgit pulih jika isu 1MDB selesai- Zeti
Penyelesaian skandal itu akan memulihkan
semula penyusutan nilai yang dialami Ringgit

Nilai Ringgit akan naik semula sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

Pandangan itu dibuat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang yakin penyelesaiannya akan membolehkan susutan nilai yang ditanggung matawang itu dipulihkan.

“Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula,” kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, lapor Astro Awani.

Katanya, Bank Negara telahpun menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.

“Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini,” tambah Zeti.

“Pilihan raya masih jauh”-Mat Sabu


“Pilihan raya masih jauh”-Mat Sabu
Dia enggan mengulas kenyataan Wan Azizah, PR tidak boleh menang tanpa Pas

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mengakui parti itu masih baru dan enggan mengulas mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tanpa Pas.

Dalam jawapan ringkas berkaitan pertanyaan itu, dia berkata Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih jauh.

“Saya tak mahu komen apa-apa. Pilihan raya masih jauh. Parti kami pun baru dua minggu lebih dan sambutan yang diberi terhadap Amanah begitu memberansangkan,” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas memberikan keterangan.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengulangi pendirian bahawa parti itu mengambil pendirian secara bersama untuk mewujudkan gabungan pakatan yang baru dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0).

Menurutnya, parti itu akan hadir dalam rundingan sidang meja bulat PR 2.0 yang akan diadakan esok di Subang.

“Itu kena tanya Pas (berhubung Pas tidak mahu mengadakan kerjasama dengan Amanah). Kami akan hadir dalam rundingan sidang meja bulat dan soal pendirian pas itu terserahlah kepada rakan-rakan.

“Kami akan mengambil pendirian bersama dengan parti-parti yang ada. Kita tengok esok perbicangan dia macam mana,” katanya.

Terdahulu Mat Sabu memberikan keterangan kira-kira sejam lebih berhubung penyertaanya dalam Perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos yang lalu.

Dia hadir pada jam 11.15 pagi ditemani oleh dua orang peguamnya.

Mat Sabu turut mengesahkan dirinya disiasat dibawah Seksyen 4 ( 2) (C) Akta Perhimpunan Aman.

1MDB mula proses tender jualan tanah di Pulau Indah


1MDB mula proses tender jualan tanah di Pulau Indah
Proses jualan tender itu sebahagian daripada pelan rasionalisasi
 yang dibentang di hadapan jemaah menteri Mei lalu.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses tender jualan tanah dengan keluasan 128.7 hektar di Pulau Indah, Selangor.

Menerusi kenyataan pada Isnin, 1MDB berkata, syarikat itu melantik Savills (M) sebagai penasihat dan menyediakan memorandum maklumat terperinci untuk pengagihan.

“Pembeli berpotensi yang mempunyai kelayakan yang sesuai dipelawa mendaftarkan minat mereka dengan Savills (M) bagi proses tender ini,” katanya.

Tanah 1MDB di Pulau Indah, Mukim Klang, Selangor, itu adalah di tapak pembangunan tunggal yang besar.

Ia terletak bersebelahan Zon Bebas Pelabuhan Klang dan pembangunan industri yang lain.
Jualan tanah berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei, 2015.

Sementara itu, 1MDB juga berkata, keseluruhan pelan itu berjalan lancar, dengan pembida yang disenarai pendek pada masa ini menjalankan proses kajian terperinci bagi Edra Energy dan Bandar Malaysia.

-BERNAMA

Najib akan dimaafkan jika berjaya satukan orang Melayu


Najib akan dimaafkan jika berjaya satukan orang Melayu
Sumbangan Najib akan dikenang kerana usaha itu tidak
pernah kesampaian di bawah pemimpin terdahulu.

Kesilapan yang dilakukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang menjadi Perdana Menteri akan dapat dimaafkan sekiranya beliau berundur dan menyerahkan jawatannya kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemilihan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat berdasarkan pengalamannya dalam siyasah selain pendidikan agama yang kuat.

Ia menjadi faktor bagi merealisasikan perpaduan di kalangan orang Melayu khususnya kerjasama politik antara UMNO dan Pas.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, Najib akan dikenang kerana menyumbang kepada perpaduan orang Melayu, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan mana-mana pemimpin terdahulu.

Pandangan itu dibuat bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berdasarkan pengalamannya dengan UMNO ketika parti itu berdepan krisis dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Semangat 46.

“Saya dan beberapa orang lagi rakan wartawan telah bertanya kepada Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tentang apakah yang akan terjadi jika kerjasama PBS dengan Semangat 46 di saat terakhir menjelang pilihanraya 1990 berjaya mengalahkan kerajaan BN, Mahathir berkata kita akan berkerjasama dengan Pas.

“Kita bertanya lagi, bagaimana sekiranya mereka tidak mahu?

“Kita yang akan meminta untuk menyertai PAS,” kata Dr. Mahathir.

Tulisnya di entri zamkata.blogspot.com, perkara yang sama pernah disuarak

Keputusan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang kebudak-budakan


Keputusan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang kebudak-budakan
Tindakan yang dibuat memutuskan hubungan dengan Najib tidak menggambarkan
semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN).

Keputusan yang dibuat Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang Cia Chow Hui memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung himpunan Baju Merah disifatkan sebagai tindakan kebudak-budakan dan menangguk di air keruh.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar berkata tindakan itu tidak menggambarkan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN) di mana pada himpunan Bersih yang lalu ahli Pemuda MCA diberi kebebasan untuk menghadirinya.

“Sikap double standard ini mencerminkan arah perjuangan Pemuda MCA dengan lebih jelas.

“Jika beliau tidak mampu untuk membantu parti, cukup sekadar tutup mulut dan jangan pula menunjukkan perangai sebenar tidak mengenang budi seperti kisah sang kancil dan buaya yang sanggup menggigit orang yang membantu semata-mata kerana pentingkan diri,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurut Jamawi, Chow Hui sepatutnya memainkan peranan untuk membantu memperkukuhkan kembali Pemuda MCA dan menambahkan daftar undi khususnya dari golongan muda Cina yang semakin kurang menyokong BN.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak agar Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat kenyataan rasmi sama ada menyokong atau tidak pendirian yang dibuat oleh Chow Hui.

“Kita mendesak Presiden MCA membuat kenyataan rasmi sama ada menyokong atau tidak pendirian Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang.

“Sekiranya tidak menyokong tindakan disiplin yang keras harus di kenakan kepada Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang tersebut.

“Sekiranya menyokong, jelaslah MCA bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam BN,” ujarnya.

The Edge berjaya batalkan keputusan Menteri Dalam Negeri


The Edge berjaya batalkan keputusan Menteri Dalam Negeri
Keputusan menggantung permit The Edge dan The Edge Financial Daily
adalah bertentangan dengan Seksyen 7 (1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung permit dua akhbar, The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuat kuasa pada 27 Julai lalu.

Utusan Online melaporkan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam keputusannya membenarkan permohonan The Edge Communications setelah berpendapat surat tunjuk sebab yang dikeluarkan tidak memperincikan mana satu artikel yang didakwa telah mendatangkan kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

Menurut Asmabi, keputusan menggantung permit itu adalah satu perkara yang bertentangan dengan Seksyen 7(1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Permit kedua-dua akhbar berkenaan digantung ekoran tindakan menyiarkan beberapa siri artikel berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan negara.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Menteri Dalam Negeri yang dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.
Peguam Darryl Goon mewakili The Edge selaku pihak pemohon.

Kes bunuh Kevin: Seorang lagi individu ditahan


Kes bunuh Kevin: Seorang lagi individu ditahan
M. Viswanath ditahan selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

Polis berjaya menahan seorang daripada dua individu yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, individu berkenaan,

ketika sedang bertugas di Taman Desa Aman, Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

Lelaki berkenaan, seorang pengawal keselamatan berjaya ditahan selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

Katanya, dengan penangkapan itu polis kini memburu seorang lagi individu yang dikenali R Dinishwaran yang alamat terakhirnya di Estet Batu Pekaka, Kedah.

Monday, September 21, 2015

Polis minta henti spekuasi pembunuhan Zul Badak


Polis minta henti spekuasi pembunuhan Zul Badak
Polis turut menumpukan siasatan terhadap latar belakang Zul Badak sama ada
dia terlibat dengan mana-mana pertubuhan yang boleh dikaitkan dengan punca pembunuhannya

Polis masih memburu suspek yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan seorang penarik kereta dan pengawal keselamatan `Zul Badak’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayan Pahang, Datuk Raja Shahrom Abdullah dalam berkata, kes sedang disiasat secara menyeluruh bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Belum ada sebarang tangkapan dibuat pada masa ini dan kami sedang mengesan lokasi kereta jenis Proton Waja berwarna Perak yang digunakan suspek,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Raja Shahrom, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Zul Badak atau nama sebenarnya Arzurizan Abdul Rahman, 39, pada Sabtu.

Katanya, jenazah Allahyarham juga telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Dalam pada itu, Raja Shahrom menjelaskan pihaknya turut menumpukan siasatan mengenai latar belakang mangsa sama ada dia terlibat dalam mana-mana pertubuhan yang boleh dikaitkan dengan punca pembunuhannya.

Dia turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan kerana ia akan menjejaskan siasatan yang dijalankan.

Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi Jumaat, mangsa yang berasal dari Felda Bukit Kuantan ditembak sebanyak tiga das dipercayai daripada selaras raifal jenis M16.

PKR ramal PRN Sarawak bukan tahun ini


PKR ramal PRN Sarawak bukan tahun ini
Adenan dilihat perlu selesaikan isu tertunggak dengan Kerajaan Persekutuan
walaupun sokongan ke atas kepimpinannya meningkat.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) dijangka tidak akan dibuat dalam tempoh terdekat meskipun sokongan pelbagai pihak terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berada pada tahap tinggi.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berpendapat November terlalu singkat bagi Ketua Menteri untuk membuat persiapan menghadapi pilihan raya kerana beliau masih sibuk dengan bajet Sarawak yang akan ‘dirumuskan’ hanya selepas beliau ‘mengkaji’ bajet negara.

Menurutnya banyak tuntutan yang dibuat kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan sedang dinantikan respons, dan tuntutan ini akan membolehkan Adenan memperoleh sokongan hebat, seluruh rakyat juga menunggu hasil bakal diperoleh negeri daripada pembentangan bajet persekutuan.

“Dari segi wang mungkin ia bukan keutamaan, namun dari segi moral, mungkin rakyat Sarawak ingin melihat hasil tuntutan Adenan terhadap isu-isu seperti royalti minyak supaya dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus, di samping tuntutan pemerkasaan lebih besar dalam pelbagai bidang seperti
pendidikan, infrastruktur dan pelancongan, katanya yang dipetik daripada Bernama.

Menurutnya, sokongan padu rakyat kepada Adenan lebih bersifat peribadi kerana hakikatnya, perpecahan dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak masih tidak nampak jalan penyelesaian.

Ia merujuk kepada perpecahan dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), yang menyaksikan kewujudan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang “mesra Barisan Nasional”.

Dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memiliki 35 kerusi, SUPP enam, Parti Rakyat Sarawak (PRS) lapan, SPDP enam, DAP 12, PKR tiga, dan Bebas satu.

Penganjur Baju Merah kelentong pemandu bas


Penganjur Baju Merah kelentong pemandu bas
Selain mendakwa tiada bayaran tambahan mereka juga tidak mendapat makanan.

Beberapa pemandu bas dari Gopeng yang membawa peserta Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah ke ibu negara pada 16 September lepas melahirkan rasa tidak puas hati apabila tidak mendapat bayaran tambahan sebagai habuan semasa menyertai perhimpunan itu.

Malah, mereka turut menyatakan kekesalan apabila penganjur tidak memberikan makanan kepada mereka dan peserta yang dibawa selain tidak mendapat gaji seperti yang dijanjikan sebelum perhimpunan itu diadakan.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan oleh para peserta berkenaan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.

Ismail Sabri bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan kekalutan yang berlaku.
Kejadian dipercayai berlaku pada hari perhimpunan itu berlangsung dan lokasi kejadian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Visual itu dirakam oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Sadir Ahmad Kunjoo dan kemudian memuat naik video berkenaan di Facebook.

Berdasarkan audio pada rakaman video itu, kekalutan berlaku apabila seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai `Cik Chua’ gagal berinteraksi dengan baik terhadap pemandu bas berkenaan yang sepatutnya membawa para peserta dari Gopeng ke destinasi ditetapkan.

Ujian DNA sah mayat Kevin Morais


Ujian DNA sah mayat Kevin Morais
Pemeriksaan ke atas mayat itu masih lagi diteruskan oleh pihak
Patologi HKL bagi tujuan untuk mengetahui punca kematian.

Mayat yang ditemui di dalam tong dram bersimen yang dicampak ke dalam longkang di USJ 1, Subang Jaya pada 16 September lepas disahkan Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, pengesahan mengenai itu diperoleh melalui keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikeluarkan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Walaupun keputusan ujian telah dikeluarkan, pemeriksaan ke atas mayat itu masih lagi diteruskan oleh pihak Patologi HKL bagi tujuan untuk mengetahui punca kematian,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan.

Pada Jumaat lepas, pihak HKL telah mengambil sampel DNA daripada adik mangsa, Datuk Richard Morais.

DNA itu dibuat bagi membolehkan mayat Kevin dibawa keluar untuk urusan pengkebumian.

Dalam perkembangan sama, Zainuddin berkata, mayat mendiang Kevin akan diserahkan kepada keluarga dalam tempoh terdekat selepasai siasatan selesai.

Mengulas lanjut mengenai barang bukti yang dibuang di dalam Sungai Kuala Selangor, Zainuddin memberitahu, pencarian masih belum berhasil.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tentang senjata yang digunakan suspek untuk membunuh Kevin.

“Usaha mencari senjata itu akan terus dipergiatkan di seluruh kawasan sungai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan khas,” katanya.

Siapa tanggung tetamu majlis sanding anak TPM?-Shahbudin


Siapa tanggung tetamu majlis sanding anak TPM?-Shahbudin
Shahbudin turut membangkitkan isu mengenai tetamu negara ini yang
bertandang ke majlis majlis perkahwinan anak Zahid di Jakarta

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan mengenai kunjungan empat harinya ke Indonesia yang dikatakan dibuat pada tarikh yang sama persandingan anak lelakinya.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, ia menjadi tanda tanya kerana pada masa yang sama beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke republik itu.

Selain pertembungan tarikh, Shahbudin turut membangkitkan mengenai tetamu negara ini yang bertandang ke majlis itu.

“Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?

“Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya “ditanggung beres” oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing?,”tulisnya di shahbudindotcom.

Katanya, penjelasan daripada beliau akan dapat mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

Gambar perkahwinan anak Zahid yang berlangsung pada Sabtu malam, iaitu hari kedua lawatannya disebar sebaik ia diadakan tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

Baju Merah bukti Najib gagal laksana 1Malaysia-DAP


Baju Merah bukti Najib gagal laksana 1Malaysia-DAP
Lim Kit Siang berkata, penganjuran Himpunan Baju Merah itu menidakkan
inisiatif diperkenalkan Najib melalui slogan 1Malaysia kerana ia berbentuk perkauman

Perhimpunan Baju Merah telah mengagalkan konsep 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, penganjuran Himpunan Baju Merah itu menidakkan inisiatif diperkenalkan Najib melalui slogan 1Malaysia kerana ia berbentuk perkauman.

Dia juga mendakwa, kebenaran yang diberikan kepada penganjuran bantahan pada 16 September lalu juga menunjukkan idea Najib untuk melaksanakan Pergerakan Kesederhanaan Global, tidak berjaya.

“Mana ada kesederhanaan kalau kerajaan boleh mempertahankan apa yang berlaku dalam sambutan Hari Malaysia itu.

“Kita memang pertahan hak kebebasan untuk berhimpun, tetapi bukan untuk menggugat, mengugut atau menakutkan perasaan perkauman,” katanya Di Guar Kepayang, Pendang, Kedah yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Nama Kevin diabadi di Moot Court MACA


Nama Kevin diabadi di Moot Court MACA
Ia bagi mengenang sumbangan mendiang dan diadakan sempena
sambutan ulang tahun ke-48 Badan Pencegahan Rasuah (BPR)/SPRM.

Nama mendiang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Anthony Kevin Morais yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, akan diabadikan di ‘Moot Court’ Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata kemudahan itu akan dikenali sebagai Moot Court Kevin Morais susulan keputusan pengurusan tertinggi badan itu.

Dalam kenyataannya, beliau berkata satu majlis khas bagi mengenang sumbangan mendiang akan diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-48 Badan Pencegahan Rasuah (BPR)/SPRM pada 1 Oktober ini.

“Seluruh warga kerja SPRM menyanjung dedikasi tinggi yang telah diperlihatkan mendiang selama berkhidmat dengan SPRM,” katanya merujuk kepada Morais yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara.

Moot Court MACA digunakan dalam penyediaan program latihan berkaitan perundangan dan pendakwaan kepada pegawai SPRM yang mengikuti latihan asas siasatan dan perundangan.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini Rabu lepas, selepas seorang daripada suspek membawa polis ke lokasi tong itu dibuang di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, di sini pada 4 Sept untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana kelabu.

Tujuh orang setakat ini ditahan berhubung kes pembunuhan itu.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata urusan pendakwaan kes rasuah membabitkan seorang doktor hospital tentera akan dikendalikan seorang DPP kanan yang kini berkhidmat di SPRM, susulan ketiadaan mendiang.

Menurutnya, dedikasi dan komitmen mendiang akan menjadi semangat kepada pegawai-pegawai SPRM untuk meneruskan misi SPRM, khususnya dalam kes rasuah berkenaan.

-BERNAMA

Nurul Izzah minta bantuan AS bebaskan Anwar


Nurul Izzah minta bantuan AS bebaskan Anwar
Dia meminta Amerika Syarikat 'menuntut pembebasan Anwar sebagai
tahanan politik' atau sekurang-kurangnya membolehkan Anwar menjalani pembedahan.

Nurul Izzah yang melawat Amerika Syarikat baru-baru ini menggesa kerajaan Amerika Syarikat meletakkan tekanan terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membebaskan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah ketika ditemubual media di Washington berkata, Amerika Syarikat sepatutnya ‘menuntut pembebasan Anwar sebagai tahanan politik’ atau sekurang-kurangnya membolehkannya menjalani pembedahan.

Dia berkata, bapanya mengalami kecederaan pada bahunya yang menjadi semakin teruk akibat tidak mendapat rawatan segera yang kini turut memberi kesan terhadap tulang belakangnya.

Katanya, Anwar memerlukan pembedahan mikro atau mendapat penggantian bahu- seperti yang disarankan pakar-pakar perubatan.

Anwar dipenjara lima tahun sejak Februari lalu atas tuduhan liwat. Dia menafikan tuduhan terhadapnya yang didakwa konspirasi kerajaan Najib untuk menjatuhkan pembangkang dan menamatkan kerjaya politiknya.

Nurul Izzah berkata, amat penting untuk memastikan Najib tidak menggunakan lawatan yang bakal diadakan Presiden Barack Obama pada persidangan Asia-Pasifik untuk kepentingan politiknya.

Selain itu, Nurul Izzah berkata, tiada asas untuk polis Malaysia melancarkan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan pembabitannya membeli maklumat curi berkenaan dana pelaburan 1MDB.

“Dakwaan itu sekadar usaha untuk mencemarkan nama dan kepercayaan terhadap saya seterusnya menutup fakta bahawa AS$700 juta masuk ke poket Najib manakala AS$650 juta dikeluarkan dan sehingga kini tidak diketahui apa terjadi kepada wang itu,” katanya.

Nurul Izzah dijadualkan pulang ke Malaysia hari ini (Ahad)

Felixia Yeap tak puas hati gambarnya diguna kempen politik


Felixia Yeap tak puas hati gambarnya diguna kempen politik
Dia menyifatkan tindakan itu sebagai terdesak dan
berharap pihak berkuasa mengambil tindakan.

Model yang telah memeluk Islam, Felixia Yeap menegur perbuatan penyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) yang memanipulasikan gambarnya di media sosial.

Selain menggunakan gambar, individu terbabit turut menulis “Saya Felixia, orang cina, saya beragama Islam. Islam reject Racism” dan turut menggunakan logo parti AMANAH yang dilancarkan pada Rabu lalu.

Dalam teguran itu, Felixia atau nama Islamnya Raisyyah Rania Yeah menganggap perbuatan pemilik Facebook yang menggunakan nama ‘Abe Is’ sebagai perbuatan terdesak.

Felixia memaklumkan dia tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti poltik..

Apa yang menarik, pada laman rasmi Facebooknya, Felixia turut tag Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang bermaksud dia meminta pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap pemilik Facebook yang memanipulasi gambarnya.

“Dear whatever party it is or whoever, Please DO NOT USE MY PICTURE OR MY NAME FOR ANY POLITICAL USAGE. I AM NOT INTERESTED IN BEING INVOLVED IN ANYTHING POLITICAL. PLEASE REMOVE THIS AT ONCE. YOUR DESPERATION MAKES YOU LOOK PATHETIC. THANK YOU. Or…anyone can tag this “Abe Is” and tell him he is getting “famous” for being desperate,” tulis Felixia.

Biarlah rakyat menilai keputusan Pas tidak sertai PR 2.0 – Salahuddin


Biarlah rakyat menilai keputusan Pas tidak sertai PR 2.0 – Salahuddin
Pas enggan menyertai PR 2.0 namun hanya akan bekerjasama dengan PKR.

Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak terkejut dengan keputusan Pas untuk tidak bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) namun hanya akan bekerjasama dengan PKR.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayob berkata, pendirian Pas itu akan memudahkan pembentukan PR 2.0 yang menggabungkan PKR, DAP dan AMANAH dan NGO lain.

“Setelah berkali-kali AMANAH mempelawa supaya Pas bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, Pas hari ini telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.

“Saya berpendapat bahawa keputusan Pas itu akan memudahkan AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0,” katanya dalam kenyataan media.

Salahuddin menyerahkan kepada rakyat untuk i pendirian dan keputusan yang telah dibuat Pas itu.

“AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Cecair Vape bahaya – Pakar


Cecair Vape bahaya – Pakar
Ia lebih membimbangkan apabila penjual membancuh sendiri cecair
mengikut permintaan pelanggan tanpa mengetahui isi kandungannya.

Penggunaan rokok elektronik atau vape adalah merbahaya disebabkan nikotin yang terkandung dalam cecairnya, kata pakar Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya, Dr Amer Siddiq Amer.

Beliau berkata, ia lebih membimbangkan apabila penjual membancuh sendiri cecair mengikut permintaan pelanggan tanpa mengetahui isi kandungannya.

“Belum ada bukti mengatakan vape selamat digunakan dan kita risau apabila penjual membancuh cecair tersebut tanpa pengetahuan akan memberi kesan kesihatan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Rawatan 2015 (ICAPT 2015) pada Sabtu, lapor Bernama.

Katanya, penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan rokok elektronik tersebut adalah perlu untuk mengelak orang ramai terutama remaja memulakan tabiat merokok.

Dr Amer Siddiq berkata, walaupun ramai menganggap vape membantu perokok tegar untuk berhenti merokok, namun kepelbagaian warna dan rasa juga menarik golongan bukan perokok untuk mencubanya.

Khairy setuju dengan Muhyiddin


Khairy setuju dengan Muhyiddin
Provokasi perkauman perlu dielakkan kerana jika dibiarkan
berterusan ia boleh mendatangkan masalah ketegangan kaum.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin setuju dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya negara Malaysia menjauhi sebarang provokasi berbentuk perkauman.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, provokasi perkauman itu sememangnya perlu dielakkan kerana jika dibiarkan berterusan ia boleh mendatangkan masalah besar kepada negara terutama ketegangan kaum.

“Sudah pastilah, kalau ada apa-apa provokasi perkauman, sudah tentu kita tidak mahu ada masalah ketegangan kaum dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Jualan Hari Sukan di Stadium RSH, Mid Valley Megamall pada Sabtu.

Ketika berucap di dalam program Membara Jasamu Dikenang UMNO Bahagian Pagoh 2015 pada Jumaat, Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia dimiliki oleh semua kaum sebagai rakyat di negara ini.

“Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain,” kata Muhyiddin.

Dalam perkembangan lain, Khairy menyokong polis mengambil tindakan terhadap peserta Himpunan Baju Merah yang menimbulkan kekecohan di Jalan Petaling.

“Selagi mereka tak menyalahi undang-undang, kita tidak halang mereka untuk terlibat dalam mana-mana perhimpunan.

“Yang penting ada terbukti kalau mereka menyalahi undang-undang, yang itu maka tindakan harus diambil terhadap mereka,” katanya.

Khairuddin direman enam hari


Khairuddin direman enam hari
Beliau disiasat kerana didakwa memberi dokumen palsu berkaitan
1MDB kepada pihak berkuasa Switzerland dan Perancis.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat perintah tahanan reman selama enam hari terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam utama Khairuddin, Stanley Augustin.

Stanley berkata, Khairuddin ditahan kerana didakwa menyerahkan dokumen palsu berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada beberapa pihak berkuasa antarabangsa.

“Mereka (polis) mengatakan dokumen yang dia (Khairuddin) berikan kepada pihak berkuasa Switzerland dan Perancis adalah palsu.

“Hujah saya adalah, bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa ia adalah palsu sedangkan kamu tidak pernah melihatnya,” katanya kepada media di hadapan Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu.

Perintah tahanan reman terhadap Khairuddin itu dikeluarkan oleh Majistret Asyraf Abdul Manan.
Khairuddin ditahan di rumahnya di Mont Kiara pada petang Jumaat dan disiasat mengikut Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

Peraturan baharu angkut bauksit guna karung khas


Peraturan baharu angkut bauksit guna karung khas
Cadangan itu dikemukakan kerajaan Pahang dan pihak JPJ
akan membantu menguatkuasakan peraturan baharu itu.

Semua lori yang mengangkut bauksit di Kuantan, Pahang, akan diwajibkan mengguna karung khas untuk mengelak pencemaran alam sekitar.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Jaafar Mohamed berkata, peraturan baharu yang dicadangkan kerajaan Pahang bagi mengatasi runggutan penduduk di Kuantan dan pengguna lebuh raya.

“Cadangan guna karung khas ini amat relevan dan praktikal. Kita setuju dengan apa yang diputuskan dan akan membantu dari segi penguatkuasaan.

“Kita ada beberapa kaedah termasuk bahan yang dimuat di dalam lori tidak boleh keluar sama ada batu, pasir dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di Temerloh pada Sabtu.

Sementara menunggu penguatkuasaan peraturan baharu itu, JPJmeneruskan pemeriksaan lori bauksit melibatkan pelbagai agensi yang diketuaiPejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang.

Katanya, pemandu lori yang engkar akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 92 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan dan boleh dikompaun sebanyak RM300.

Annuar Musa hina Islam


Annuar Musa hina Islam
Kenyataan Annuar ketika mempertahankan Himpunan Baju Merah pada 16 September
lalu seolah-olah menggambarkan wujud rasisme dalam Islam.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa Tan Sri Annuar Musa menarik balik kenyataannya yang memberi implikasi dan gambaran yang salah mengenai Islam.

Pengerusinya, Mohd Azmin Abdul Hamid berkata, kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu seolah-olah menggambarkan wujud rasisme dalam Islam.

“Dari mana Annuar mendapat fahaman ini. Dengan menyatakan pendirian tersebut seolah-olah beliau mendakwa dalam Islam ada fahaman rasisme. Apakah asas beliau untuk mengatakan wujud rasisme dalam Islam?

“Lebih berat lagi ialah beliau telah menghina kesucian Islam sebagai agama yang mengajar sikap saling menghormati antara kaum,” katanya, lapor Harakah.

Annuar, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ketika mempertahankan Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu dilaporkan berkata, sikap perkauman dituntut dalam Islam untuk mempertahankan hak asalkan tidak menzalimi kaum lain.

Mohd Azmi menjelaskan, perasaan marah kepada satu pihak yang kebetulan adalah satu kaum, tidak boleh dijadikan alasan untuk Annuar mengisytiharkan adanya rasisme dalam Islam.

“Kami amat kesal keghairahan beliau untuk mempertahankan perhimpunan yang berbau rasis tersebut dengan alasan kononnya ada rasisme Islam,” tegasnya.

Mohd Azmi berkata, untuk mengelakkan kekeliruan, MAPIM menyeru agar pihak berkuasa agama dan golongan alim ulama mengeluarkan kenyataan supaya sikap ini perlu dibetulkan dan pernyataan Annuar itu ditolak.

Main isu perkauman untuk tutup 1MDB, dana RM2.6 bilion


Main isu perkauman untuk tutup 1MDB, dana RM2.6 bilion
Tuan Ibrahim mendakwa Najib menjadikan Himpunan Baju Merah sebagai
taktik mengalih tumpuan rakyat terhadap isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa mempunyai muslihat apabila beliau mempertahankan penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang diadakan pada 16 September lepas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib cuba menukar pentas padang sebagai taktik untuk mengalih isu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat.

Katanya, dengan cara itu segala isu yang berkaitan dengan Najib akan dapat dilenyapkan.

“Sebagai contoh, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib tidak memberikan respon kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) sehingga hari ini.

“ Antara dakwaan WSJ adalah seperti duit 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun persendirian Najib, kehilangan dua jumlah duit sebanyak USD1.4 bilion dan USD993 juta di dalam transaksi pelaburan 1MDB dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC). Ini tidak pernah dijawab atau diulas Najib.

“Yang ada hanya suara 1MDB memperlekehkan laporan tanpa menjawabnya secara telus dan terus,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, langkah Najib memuji perhimpunan Baju Merah itu adalah satu helah agar rakyat berhenti berbicara mengenai 1MDB mahupun derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Beliau mendakwa, peserta perhimpunan itu telah diumpan dengan kenyataan-kenyataan berbaur kontroversi yang bertali arus daripada para pemimpin UMNO untuk berdebat mengenai permainan perkauman melalui perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menasihatkan media agar tidak terperangkap dengan helah yang dilakukan oleh Najib menerusi laporan dan kenyataan sensasi pemimpin UMNO, sebaliknya memberikan fokus pada isu yang melibatkan masalah rakyat.

Pembunuhan Kevin Morais: Masyarakat turut bersalah


Pembunuhan Kevin Morais: Masyarakat turut bersalah
Kevin Morais mungkin dapat diselamatkan sekiranya orang ramai yang
melihat kejadian itu membuat laporan awal kepada pihak polis.

Sikap dingin masyarakat dalam mengambil tahu hal orang lain merupakan antara faktor yang menyebabkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kejam.

Ini kerana, kejadian penculikan Kevin Morais telah dilihat oleh ramai orang tetapi mereka memilih jalan berdiam diri dan tiada seorang pun yang membuat laporan polis.

Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya.

Pada hari kejadian pada 4 September, Ketika Kevin Morias dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan dia diculik.

Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.

Tiga orang berperanan memasukkan Kevin Morais ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa.

Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal.

Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.

Kata sumber, pembunuh mengelak menggunakan jalan raya bertol tidak kira dalam proses penculikan, pembunuhan atau pelupusan mayat.

Pembunuh turut menjadikan sebuah bengkel untuk menjalankan kerja-kerja menyembunyikan mayat yang disimen dalam tong dram.

Calon Pro-Kerajaan menang besar pilihan raya kampus


Calon Pro-Kerajaan menang besar pilihan raya kampus
Pro-Aspirasi yang Pro-Kerajaan merampas semula tiga universiti yang menjadi
kubu kuat pro-mahasiswa iaitu UKM, UM dan UIA.

Kumpulan mahasiswa Pro-Aspirasi atau pro-kerajaan menang besar pada pilihan raya universiti yang sedang berlangsung sehingga bulan depan.

Kumpulan berkenaan telah berjaya merampas semula tiga kubu kuat kumpulan pro-mahasiswa atu pro-pembangkang iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysa (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Pro-Aspirasi merampas UKM selepas menguasai 26 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan, UM (34 kerusi berbanding enam dimenangi Pro-Mahasiswa) dan UIA (12 kerusi).

Pro-Aspirasi melakar sejarah apabila mendominasi sepenuhnya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila masing-masing menguasai 28 kerusi dan 48 kerusi.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pro-Aspirasi menang 23 kerusi berbanding hanya enam kerusi Pro-Mahasiswa dan Universiti Sains Malaysia (USM) (28-18) kekal memihak kepada Pro-Aspirasi.

Mengulas keputusan itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah, berkata keputusan cemerlang yang memihak kepada Pro-Aspirasi itu adalah manifestasi jelas bahawa mahasiswa tidak terkesan dengan isu yang berlaku dalam politik nasional.

“Ini merupakan isyarat jelas dan tanda sokongan mahasiswa kepada kerajaan sedia ada yang sentiasa menjaga kebajikan mahasiswa melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

“Apabila kerajaan mengembalikan pengajian tinggi kepada pengajian berasingan ini merupakan tanda penghargaan dan tindakan bijak kerana menjadikan sektor pengajian tinggi sebagai sebuah kementerian,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Secara keseluruhan, Pro-Aspirasi telah memenangi 199 kerusi, manakala Pro-Mahasiswa 46 kerusi.

Orang Cina hanya mahukan Najib berundur


Orang Cina hanya mahukan Najib berundur
Masalah perkauman yang kononnya semakin menjadi-jadi hanya dapat
diselesaikan jika pemimpin Melayu lain dilantik menggantikan Najib Tun Razak.

Masalah perkauman yang semakin menjadi-jadi diantara kaum Melayu dan Cina masa ini boleh diselesaikan sekiranya jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan pemimpin Melayu lain.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berpandangan orang Cina hanya mahukan Najib berundur.

Katanya, tuntutan itu jelas boleh dilihat di dalam demontrasi yang dibuat oleh Bersih 4.0.
“Bersih 4 jelas tidak bercorak perkauman dan semua bangsa kelihatan menghadirinya. Tuntutannya juga untuk kepentingan semua kaum,” katanya.

Menulis dalam entri terbarunya di blog http://shahbudindotcom.blogspot.my/ , Shahbudin mendakwa masalah perkauman yang wujud ternyata jelas berpunca daripada Najib.

Katanya, ianya boleh dilihat berdasarkan sentimen perkauman yang dimainkan oleh pemimpin UMNO yang terlibat dalam Himpunan Rakyat Bersatu 16 September lalu.

“Himpunan Baju Merah pada asasnya tidak dapat disembunyikan daripada hakikat untuk menunjukkan sokongan dan mempertahankan Najib semata-mata tetapi telah ditukar corak menjadi perkauman dan Kemelayuan dengan harapan semua Melayu terkaut sama dengannya.

“Cubalah dengar apa kata penganjur dan semua pemimpin yang berucap di pentas Padang Merbok tempoh hari.

“Semuanya memuji Najib dan mempertahankan seolah-olah beliau masih kuat sokongannya sehingga sesiapa yang memakai pakaian merah pada hari tersebut juga diangggap menyokong Perdana Menteri,” katanya.

Sehubungan itu, Shahbudin berpandangan masalah ini selesai sekiranya Najib meletakkan jawatannya.

“Buang dan singkirkan punca masalah ini, selesailah semuanya. Tak perlu kalut-kalut dengan ancaman Cina, Melayu bangkit, maruah Melayu, mahukan tapak berniaga di Jalan Petaling dan sebagainya,” katanya.

Tiada kenaikkan proses MyKad


Tiada kenaikkan proses MyKad
Bayaran bagi memproses MyKad masih kekal RM10 bukan
RM50 seperti yang didakwa di laman sosial.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan pihaknya menaikkan bayaran proses MyKad daripada RM10 kepada RM50 seperti yang tersebar di media sosial.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang rasminya, JPN menyatakan maklumat yang tersebar itu adalah tidak benar.

“Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan atau hal ehwal berkaitan jabatan ini hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja.

“Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, JPN memaklumkan penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan dan MyKad sedia ada juga masih sah diguna pakai.

Sehubungan itu, JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

PKR dijangka meninggalkan Pas


PKR dijangka meninggalkan Pas
PKR kemungkinan mengambil keputusan berpisah dengan Pas
dan memilih untuk bersama-sama DAP dan PAN bagi membentuk PR 2.0.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, Pas berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.

“PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Ahli Majlis Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana pihak selepas PRU14 yang menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha Pas menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.

Diminta mengulas kenyataan DAP yang tidak mahu menyertai PR 2.0 sekiranya Pas menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi berkata,

“Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara),” katanya.

AMANAH dalam masyarakat Melayu-Islam dan Malaysia


AMANAH dalam masyarakat Melayu-Islam dan Malaysia
Imej moderat mereka yang lazimnya lunak dengan semua kaum, mungkinkah
kaum yang mereka sendiri ingin wakili gagal? Tidakkah jika usaha
ini gagal, penubuhan AMANAH hanyalah bak penubuhan PKR 2?

Oleh Wan Salman Wan Sallam
Ulangtahun ke-58 Malaysia menandakan hari pertama Parti Amanah Negara (AMANAH) lahir mencorakkan persada politik Malaysia.
Melangkah berani dengan pelbagai tohmahan dan caci maki, AMANAH terus “degil” dan lahir bermotivasikan sokongan, dorongan dan rintihan rakyat yang gelisah akan senario politik masa kini.
Bukan rahsia lagi, atas beberapa perkara yang dikira tidak dapat lagi dirunding dalam PAS serta kebobrokan tatakelola serta spekulasi rasuah pemerintah. Rakyat menginginkan lebih daripada sekadar wujudnya “wakil Melayu-Islam”.
Atas kesedaran inilah, golongan yang lebih sederhana dan mengutamakan perdamaian tampil berani dengan membawa mesej yang secara relatifnya antikonservatif dalam pemahaman politik Melayu-Islam dan muncul dengan Gerakan Harapan Baru yang akhirnya melahirkan AMANAH.
Cabaran menyantuni Melayu-Islam
Boleh dikatakan kerunsingan paling besar orang Melayu-Islam, selain kemerosotan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup ialah “penyatuan Melayu-Islam”.
Umum diketahui, atas sebab-sebab seperti polemik hudud, fitnah, politik kotor atas nama ulama dan juga pelanggaran perjanjian bersama Pakatan yang konsisten oleh pimpinan parti telah menatijahkan keluarnya ahli-ahli Pas secara beramai-ramai dari parti yang didakwa parti Islam tertua di tanah air ini.
Setelah dilabel pengkhianat dan petualang bahtera perjuangan Islam, individu-individu yang keluar membentuk parti baharu ini kini menghadapi cabaran memastikan mereka benar-benar mewakili nafas dan denyut nadi Melayu masa kini dek saingan Pas dan UMNO.
Bolehkah mereka melawan UMNO yang dilihat mendominasi kawasan luar bandar dan sering diangkat jaguh ketuanan Melayu? Bagaimana pula mereka mampu menyaingi Pas yang lebih dilihat alim dan mampu “menyelamatkan Melayu dengan Islam”?
Ditambah pula dengan imej moderat mereka yang lazimnya lunak dengan semua kaum, mungkinkah kaum yang mereka sendiri ingin wakili gagal? Tidakkah jika usaha ini gagal, penubuhan AMANAH hanyalah bak penubuhan PKR 2?
Membawa seruan rahmah
Percaya atau tidak, stigma inilah yang sering bermain dalam kepala orang Melayu-Islam, lebih-lebih lagi yang teruja dengan idea Islamisme yang memestikan wujudnya negara Islam berdaulat yang biasanya mesti berkriteriakan hudud dan “syariat Islam yang menyeluruh”.
Secara prinsipnya, pemahaman tersebut tidaklah salah secara keseluruhannya. Namun apa yang mungkin agak mengecewakan ialah pemahaman pelaksanaan prinsip Islam yang menganggap Islam itu sendiri punya penyelesaian yang langsung dalam semua bidang.
Maka dalam perjuangan mereka dalam wadah baharu ini, AMANAH menggalas tanggungjawab besar untuk menanamkan pemahaman politik yang berlandaskan realiti semasa berprinsipkan matlamat tertinggi syariat Islam (Maqasid Al-Syariah) dalam masa yang sama sentiasa menjaga kebajikan orang Melayu; bukan atas nama “kemuliaan Melayu”, tetapi atas dasar kebajikan yang sememangnya sudah sedia ada dalam prinsip rahmah Islam.
Cabaran ini tidak mustahil untuk dihadapi biarpun ranjau sepanjang perjalanan pasti mendatang.
Dengan tertubuhnya badan amal naungan AMANAH iaitu ARIF, AMANAH dilihat mampu bersedia berkhidmat dan melakukan amal bakti kepada masyarakat. Badan ulama dan pakar akademik Islam mereka, NUNJI diyakini mampu memberi nafas baru dalam mengeluarkan fatwa dan pendapat agar bersesuaian dengan realiti hidup majmuk masa kini di Malaysia agar mesej rahmah itu jelas.
Sebagai sebuah parti bongsu yang membawa mesej baharu, mereka akan memerlukan masa untuk membentuk identiti mereka. Juga dalam masa yang sama, mereka juga perlu berterusan mendidik kaum Melayu beragama Islam agar memahami pemahaman dan fatwa Islam yang lebih terkini dan bersifat adil dan kena dengan realiti Malaysia.
Sehubungan itu, kita sebagai rakyat juga harus rasional dalam menilai mereka; pendekatan politik nilai dan bersih daripada korupsi serta amanah harus kita buka ruang untuk mereka buktikan.
Akhirnya, jika mereka terbukti berjaya, kita juga yang bakal mengecapi nikmat rahmah yang diimpikan.
Selamat maju jaya buat para pendukung AMANAH sekalian!
Wan Salman Wan Sallam adalah pembaca FMT.
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dari pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

Khairuddin ditahan polis


Khairuddin ditahan polis
Beliau ditahan mengikut Akta 124C kerana
dituduh cuba menggulingkan kerajaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di kediamannya, lewat petang Jumaat.

Penahanan Khairuddin telah disahkan oleh peguamnya Matthias Chang.

“Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan,” kata Chang secara ringkas, lapor Astro Awani.

Menurut isterinya, Datin Seri Umie Aida, Khairuddin ditahan di kediaman mereka di Mont Kiara, di sini kira-kira pukul 7.30 petang tadi.

“15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah.

Menurut Umie, polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.

Sebelum itu, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Khairuddin, pihak polis akan mengambil keterangan beliau berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland dan bakal dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

Khairuddin juga memberitahu beliau dan  peguamnya telah dilarang meninggalkan negara ini.

Kes rasuah doktor ATM ditangguh kerana kematian Kevin


Kes rasuah doktor ATM ditangguh kerana kematian Kevin
Penangguhan dibuat bagi membolehkan Timbalan Pendakwa Raya
baharu yang mengambil alih mengetahui status kes berkenaan.

Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat menetapkan menangguhkan kes rasuah Pakar Patologi, Kolonel Dr R. Kunaseegaran kerana kematian Kevin Morais.

Hakim Sabariah Atan menetapkan 19 Oktober untuk sebutan kes Dr R. Kunaseegaran yang didakwa melibatkan diri dalam perniagaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail yang hadir bagi pihak pendakwaan, memohon tarikh baru untuk mengetahui status kes berkenaan berikutan kematian Kevin.

“Pohon penangguhan dalam tempoh sebulan untuk dapatkan status kes ini atas faktor Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais yang mengendalikan kes ini telah meninggal dunia,” katanya.
Peguam Afifuddin Hafifi dan Mohd Shafiq Ahmed Bazari yang mewakili Dr Kunaseegaran tidak membantah permohonan itu.

Dr Kunaseegaran, yang merupakan Ketua Makmal Patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Wangsa Maju tidak hadir di mahkamah hari ini.

Doktor itu menghadapi dua pertuduhan iaitu sebagai penjawat awam yang masih dalam perkhidmatan sebagai Pakar Patologi di HATTM, didakwa mengambil bahagian dalam perniagaan bertempat di Syarikat Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd di No. 23, Galeri Empire, Jalan Empayar Off Persiaran Sultan Ibrahim KU1, Klang antara 9 April 2010 hingga 8 April 2011 dan antara 9 April 2011 hingga 31 Dis 2011.

Dr. Kunaseegaran, 52, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah sebelum ini menetapkan Jumaat (hari ini) untuk keputusan permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dibicarakan bersama dengan satu lagi kes di bawah seksyen sama yang dihadapi doktor itu di Mahkamah Sesyen berasingan.

Di Mahkamah Sesyen berasingan itu, Dr. Kunaseegaran mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan selaku penjawat awam melibatkan diri dalam perniagaan di Syarikat Genomed Sdn Bhd, Tingkat 3, Galeri Empire, Jalan Empayar off Persiaran Sultan Ibrahim KU1, Klang pada 1 Jan 2012.

Ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya prosiding itu, Mohammed Heikal berkata sehingga kini, SPRM belum melantik Timbalan Pendakwa Raya lain untuk mengambil alih kes Kevin Morais.

Afifuddin pula berkata, pihaknya amat terkejut dengan berita kematian Kevin Morais dan menyifatkan mendiang sebagai seorang rakan yang sangat cemerlang dan menakjubkan.

“Kami amat berharap keadilan dapat ditegakkan,” katanya yang baharu dilantik mewakili Dr Kunaseegaran kira-kira tiga bulan lepas. Doktor itu sebelum ini diwakili oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent.

Ditanya mengenai status pihak pembelaan dalam kes itu, Afifuddin berkata buat masa ini, pihaknya belum mendapat arahan lanjut daripada Dr Kunaseegaran dan akan mendapatkannya secepat mungkin.

Pada 9 Sept 2013, doktor itu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah RM700,000 daripada seorang pemilik syarikat pembekal peralatan perubatan.

Pada 20 Dis 2013, Dr. Kunaseegaran sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan menggunakan peralatan (HATTM) tanpa pengetahuan hospital itu.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Namun, mayat mendiang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah dekat sini pada Rabu lepas.

Setakat ini, lima suspek berumur antara 22 hingga 52 tahun termasuk seorang doktor di hospital tentera ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Kevin Morais.

– BERNAMA

Vape diakui boleh kurangkan ketagihan rokok, jimat belanja


Vape diakui boleh kurangkan ketagihan rokok, jimat belanja
Vape atau rokok elektronik adalah satu satu kaedah istimewa
untuk perokok tegar menghilangkan dan mengurangkan ketagihan merokok.

Seorang pengguna rokok elektronik atau Vape mengakui alat itu boleh mengurangkan ketagihan merokok dalam kalangan perokok tegar.

Pandangan itu dikongsi Timbalan Presiden Persatuan Vaporizr Elektronik dan Alternatif Tembakau Malaysia (MEVTA), Rizani Zakaria berdasarkan pengalamannya sendiri.

Sebelum berhenti merokok sejak enam tahun lalu, dia merupakan perokok tegar yang menghabiskan tiga kotak rokok sehari.

Katanya, penggunaan vape bukan sahaja membantunya mengurangkan ketagihan merokok malah membantunya berjimat cermat.

“Saya banyak berjimat, saya mampu untuk membeli motosikal dan kereta secara tunai,” katanya kepada FMT.

Rizani berkata, dia setuju dengan pandangan mufti bahawa menghisap vape adalah haram kerana membazir dan membahayakan kesihatan tetapi bergantung kepada situasi seseorang itu.

Bagi pandangannya, perbuatan itu menjadi haram jika ia dihisap untuk suka-suka oleh bukan perokok kerana mengikut trend.

Namun, sebaliknya jika perokok tegar beralih menggunakan vape untuk mengurangkan ketagihan rokok dan berjimat, katanya.

Dalam perkembangan lain, Rizani berkata, MEVTA akan melancarkan kempen melarang penjualan barangan vape kepada pengguna di bawah umur 18 tahun.

“Kami akan hantar pemberitahuan ke sekolah-sekolah untuk meminta merampas vape jika pelajar membawanya ke sekolah.

“Kami juga tidak menggalakkan guru-guru membawa vape ke sekolah,” katanya.

Lelaki tampar imam dakwa ‘suara halus’ serunya ganti jadi imam


Lelaki tampar imam dakwa ‘suara halus’ serunya ganti jadi imam
Polis mengesahkan lelaki berkenaan tiada kaitan
dengan militan IS tetapi dipercayai sakit mental.

Seorang lelaki warga India yang menampar pipi Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika solat Jumaat mendakwa, dia mendengar suara halus yang menyuruhnya supaya menggantikan tempat imam itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit didapati tidak waras dan sering bercakap seorang diri.

“Menurut suspek, semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi Imam semasa Solat Jumaat,” katanya menerusi kenyatan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai kaitan dengan militan Islam (IS) tetapi dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian itu, suspek telah bertindak keluar daripada saf solat dan meluru ke arah Mohd Zuhairee yang ketika itu sedang membaca surah.

Suspek kemudiannya menolak dan bertindak menampar pipi sebelah kanan Mohd Zuhairee selaincuba mengambil alih untuk menjadi imam solat Jumaat.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan.

Mohd Zuhairee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Dalam laporannya, dia mendakwa tamparan lelaki itu telah menyebabkan kepalanya sakit.

Khairuddin dakwa disenarai hitam, dihalang ke luar negara


Khairuddin dakwa disenarai hitam, dihalang ke luar negara
Beliau mahu mengambil tindakan undang-undang jika pihak berkuasa
gagal memberikan alasan kukuh berhubung tindakan itu.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memaklumkan beliau telah disenarai hitam dan tidak dibenarkan keluar negara.

Beliau mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Tidak puas hati dengan arahan itu, Khairuddin menuduh polis menyalahguna kuasa apabila gagal memberikan alasan kukuh terhadap tindakan menyenaraikan hitam namanya itu.

“Mereka hanya memberi alasan ‘sebab-sebab khas’ saja.

“Adakah kerana mereka takut dengan tindakan saya untuk meneruskan perjuangan bagi menegakkan kebenaran kearah menyiasat kes skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara?,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khairuddin juga mendakwa Jabatan Imigresen Malaysia dan polis tidak memberi sebarang notis secara terus-menerus kepadanya.

“Saya hanya mengetahuinya apabila saya ditahan dari ke luar negara jam 10.30 pagi hari ini (Jumaat).
“Sepatutnya saya berlepas ke New York, tetapi telah dilarang, disekat dan disenarai-hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semua persiapan membeli tiket kapal-terbang serta tempat-tempat penginapan di New York serta London mengalami kerugian kerana saya tidak dibenarkan keluar negara tanpa sebarang alasan munasabah,” jelasnya.

Khairuddin memberi amaran sekiranya polis tidak memberi alasan yang munasabah, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Sebesar zarah pun saya tidak takut dengan polis yang semakin haprak pada hari ini dan sudah tiba masanya untuk saya letak semula ataupun pulih semula imej polis yang amat teruk di kaca mata rakyat Malaysia.

“Ingat polis. Malaysia ada undang-undang yang berteraskan kepada Perlembagaan negara. Malaysia bukan negara koboi. Malaysia adalah sebuah negara yang berperlembagaan dan berdaulat,” katanya.

Pelajar dedah cerita di sebalik video ‘cium kaki’


Pelajar dedah cerita di sebalik video ‘cium kaki’
Dia malu selepas rakaman 'drama cium kaki'
tersebar dan bertindak membuat laporan polis.

Seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Terengganu tampil mendedahkan kisah sebenar di sebalik rakaman video ‘cium kaki’ seorang perempuan sebagai tanda meminta maaf yang telah menjadi viral.

Pelajar yang hanya mahu dikenali Mia itu mendakwa, dia dipaksa melakukan perkara itu oleh ibu kepada perempuan berkenaan.

Menceritakan punca kejadian itu, Mia mengakui berlaku perselisihan faham antara dia dengan perempuan itu.

“Memang selama ini hubungan saya dan dia (pelajar yang memaksa mencium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan padanya. Tetapi saya dah minta maaf,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mia yang baru kehilangan bapanya pada bulan lalu menceritakan, dia dan perempuan itu pernah berjumpa pada 8 September untuk menyelesaikan masalah antara mereka tetapi dia mendakwa dipukul dan cuba ditanggalkan pakaian oleh perempuan berkenaan.

Mia berkata, dia mengalami trauma selepas kejadian itu.

Katanya, dia telah didesak bertemu di kedai makan milik keluarga perempuan itu di Teluk Ketapang untuk menyelesaikan masalah antara mereka pada 9 September.

“Awalnya pertemuan berlangsung baik sehinggalah ibu pelajar itu memaksa saya mencium kaki anaknya jika ingin memohon maaf,” cerita Mia.

Katanya, walaupun sedih tetapi dia terpaksa melakukan perbuatan itu (cium kaki) kerana tiada pilihan selepas dikepung rakan-rakan perempuan itu.

Salah seorang saksi kejadian dipercayai telah merakam kejadian itu yang kemudian tersebar di media sosial.

Malu dengan rakaman video itu, Mia bersama ibunya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang merakam dan menyebarkan video itu.

Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan