Cari Artikel

Friday, May 29, 2015

Fake PDF Malware Email


Fake PDF Malware Email



Wah pdf tu ada nama penuh is lah dalam dier, camner dier leh tahu erkk??? Ini kelebiuhan cryptomalware yang amat bijak menipulasi kan data apabila sampai kepada penerima dia akan copy segala data penuh pengguna email. Email yang di serang adalah gmail sendiri, sape kate gmail securFake pdf malware email ini dihantar kepada is menggunakan email yang seakn kepunyaan HSBC sendiri dan mengandungi pdf yang tertera nama is.e giler ha???

Takder yang secure dah kecuali korang host sendiri email korang guna komputer korang maybe leh secure tapi adat menggunakan servis percuma memang benda nie kan terlepas jugak. Eail phising yang dorang guna adalah HSBC Advising Service <advising.service.9012222.166282.457152398@mail.hsbcnet.hsbc.com>. Jadi kalau korang terima email yg alamat macam nie jangan terus download apa dokumen dalamnya.

Sebab dengan download dokumen tu je dah cryptomalware boleh masuk dalam komputer korang. Bagi yang pakai desktop mahupun laptop maybe ada harapan lah nak buang malware tapi android kirim salam lah, segala data korang dalam phone semua akan di copy maybe worse sebab ada kalangan kita save pin atam, account bank number, credit card dalam phone semua akan dicopy so hati-hatilah dengan phising email mcm nie iyer??


is nak upload dokumen tu yang dah is sealkannya tapi google tak bagi hehehehee tahupun xnak, yang hang bagi email tu lepas masuk dalam inbox is apehal pulak?  Oklah hati hati bila menerima phising email kerana fake pdf malware email nie mengandungi cryptomalware dan kemungkinan besar data kita dicuri/dijual memang tinggi.

Thursday, May 28, 2015

Caffeine dalam minuman popular Malaysia


Caffeine dalam minuman popular Malaysia


Caffeine dalam minuman popular Malaysia, rupanya dalam minuman segera yang popular kat negara kita nie ada banyak caffeine lah.

Caffeine atau dalam ejaan Melayunya, Kafeina ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohnya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté. Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai peransang kepada sistem saraf pusat (CNS), jantung, dan pernafasan. Kafeina juga bersifat diuretik (iaitu boleh dikumuh melalui air kencing). Ia bertindak sebagai perangsang lemah pada system saraf pusat dengan itu selepas minum secawan kopi atau teh seseorang mungkin berasa lebih segar.

Sifat FizikalNilai
Titik Beku:238 °C
Titik Didih:178 °C (Pemejalwapan)
Graviti Tentu:1.2
Tekanan Wap:760 mm Hg @ 178 °C
Kemeruapan:0.5%
Ketumpatan Wap:6.7
Berat Molekul:197.19
Keterlarutan dalamAir:2.17%
pH:6.9 (1% larutan)





















Kafeina ialah alkaloid yang tergolong dalam keluarga methylxanthine bersama sama sebatian tefilina dan teobromina. Pada keadaan asal, kafeina ialah serbuk putih yang pahit. Formula kimianya ialah C6 H10 N4 O2 dan nama sistematik kafeina ialah:


  • 1,3,7-trimethylxanthine
  • 3,7-dihydro-1,3,7-trimethyl-1 H-purine-2,6-dione
Metabolisme dan ketoksikan

Kafeina menyekat reseptor adenosina di otak. Adenosina ialah sebatian nukleotida yang berfungsi mengurangkan aktiviti sel saraf apabila tertambat pada sel tersebut. Seperti adenosina, molekul kafeina juga tertambat pada reseptor yang sama, tetapi kesannya berbeza. Kafeina tidak akan memperlahankan aktiviti sel saraf/otak sebaliknya menghalang adesonina untuk berfungsi. Kesannya aktiviti otak meningkat yang mengakibatkan hormon epinefrina dirembes. Hormon tersebut akan menaikkan kadar denyutan jantung, meninggikan tekanan darah, menambah penyaluran darah ke otot-otot, mengurangkan penyaluran darah ke kulit dan organ dalaman, dan mengeluarkan glukosa daripada hati. Tambahan, kafeina juga menaikkan aras neurotransmitter dopamine di otak.

Kafeina boleh dikeluarkan daripada otak dengan cepat, tidak seperti alkohol atau peransang CNS yang lain. Tambahan lagi, kafeina tidak mengganggu fungsi mental tinggi dan tumpuan otak. Pengambilan kafeina secara berterusan akan menyebabkan badan menjadi toleren dengan kehadiran kafeina. Oleh itu, jika pengambilan kafeina diberhentikan (proses sebegini dinamakan "penarikan" atau "tarikan"), badan menjadi terlalu sensitif terhadap adenosina menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak yang seterusnya mengakibatkan sakit kepala dan sebagainya. Kajian terbaru mendakwa kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson, tetapi dakwaan tersebut masih belum memerlukan kajian mendalam.

Terlalu banyak kafeina boleh menyebabkan intoksikasi kafeina (iaitu kemabukan akibat kefeina). Antara simptom penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalah gastrointestial. Simptom-simptom ini boleh berlaku walaupun hanya 250mg kafeina diambil. Jika lebih 1 g kafeina diambil dalam satu hari, simptom seperti sentakan otot (muscle twitching), kekusutan fikiran dan pertuturan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan penggoncangan psikomotor (psychomotor agitation) boleh berlaku. Intoksikasi kafeina juga boleh mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.

Walaupun masih selamat bagi manusia, kafeina, teofilina dan teobromina adalah lebih toksik kepada sesetengah haiwan seperti kucing dan anjing kerana perbezaan dari segi metabolisme hati.

Caffeine dalam minuman popular Malaysia


So korang dah faham apa itu caffeine atau kafeina jadi try tengok caffeine dalam minuman popular Malaysia teww ada berapa banyak? Dah berapa banyak dah kafeina yang anda telan pada hari ini???

Wednesday, May 27, 2015

Durian Masak Tiruan Dari Thailand


Durian masak tiruan dari Thailand, ahak tajuk nie is pasti akan mengemparkan semua peminat buah durian dan juga pengusaha durian crepe.

Almaklumlah durian yg dijual dari Thailand nie agak murah dan besar-besar berbanding yg datang daripada kampung2 dalam Malaysia.

Tapi oleh kerana kita memburu keuntungan tanpa kaji selidik darimana datangnya buah durian nie, so selfish sangat terus terbeli buah durian masak tiruan, yang dicelup dalam ubat racun kuning.

Warna pada kulit durian nie memang macam yang dah masak kalau sekali imbas kita tengok, tanpa pengetahuan yang cukup mesti tak ambik kira dah baunya, bunyinya bila kita jentik, halus tajamnya bila kita sentuh duri-durinya.

Jadi kat sini is nak bagi tau, yang dorang rendam buah durian tak masak lagi tu dalam ubat kuning, kesan dia jelas ketara nampak pada bahagian tangkai buah durian, iyerlah mana tangkai buah durian warna kuning kan?? So Yellow pulak tewww.

Korang tak percaya sila tengok Gambar2 yang is uploadkan tew, bandingkan dan is harap korang jangan tertipu dengan membeli buah durian masak tiruan dari Thailand tu, bersabar sikit musim nak sampai dah.

Durian Masak Tiruan Dari Thailand

Durian Masak Tiruan Dari Thailand

Durian Masak Tiruan Dari Thailand

10 Tips untuk menjadi Lelaki Macho Dan Stylo


10 Tips untuk menjadi Lelaki Macho Dan Stylo ini adalah 10 tips yang dicari-cari oleh semua lelaki yang ingin menjadi lelaki macho.

Setiap lelaki terlahir dengan wajah yang beragam, ada yang terlahir tampan dan ada juga yang biasa saja. Sebenarnya setiap lelaki memiliki kelebihan masing -masing dari wajahnya. Bila Anda terlahir dengan wajah yang biasa- biasa saja, tidak usah minder. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketampanan wajah Anda. Mahu tahu apa saja rahsianya? Berikut diantaranya.

10 Tips untuk menjadi Lelaki Macho Dan Stylo


Berikut beberapa cara meningkatkan ketampanan wajah, seperti laporan dari times of india:

Membuat perawatan kulit


1. Membuat perawatan kulit
Siapa kata perawatan kulit hanya diperlukan oleh kaum wanita saja? Lelaki juga perlu merawat kulitnya agar sel epidermis pada kulit tidak mati. Gunakan pelembab untuk menjaga kulit dari kekeringan.
Penting juga untuk mengoleskan krim tabir suria untuk mengurangi penuaan dini dan kerosakan kerana paparan sinar ultraviolet. Jadikanlah kegiatan merawat kulit sebagai kebiasaan rutin seperti mencukur atau menggosok gigi.

Berhenti merokok


2. Berhenti merokok
Kebiasaan merokok bukan hanya membuat lelaki mendapatkan image negatif dari para wanita tetapi merokok juga dapat menyebabkan kerutan pada kulit yang lebih buruk daripada efek sinar matahari.
Merokok dapat merampas kolagen dan elastin yang memberikan tekstur kulit, kekuatan, elastisitas dan mempercepat proses penuaan. Rokok juga dapat menyebabkan warna keabu-abuan pada kulit.

Corak makan yang sihat


3. Corak makan yang sihat
Corak makan yang akan membuat kulit lelaki lebih bersinar, rambut lebih indah dan badan lebih segar. Kuncinya adalah dengan menjaga agar asupan gizi tetap seimbang. Makanlah makanan yang kaya serat yang mampu menurunkan kolesterol dan makanan yang rendah gula, tinggi protein dan kalsium.

Tidur yang berkualiti


4. Tidur yang berkualiti
Penuhi jam tidur yang direkomendasikan baik untuk kesihatan iaitu setidaknya 8 jam sehari. Tidur dapat mengembalikan kondisi semua organ tubuh, termasuk kulit yang merupakan organ terbesar tubuh.
Tidur juga dapat mengurangi ketegangan dan kecemasan, mengurangi keriput, garis-garis kerut dan garis khawatir. Kurang tidur juga menimbulkan lingkaran hitam di bawah mata yang mengganggu penampilan pria.

Jauhkan diri dari dehidrasi


5. Jauhkan diri dari dehidrasi
Kulit memerlukan air agar dapat berfungsi dengan baik terutama untuk melawan kerosakan yang disebabkan oleh matahari. Minum air delapan gelas sehari seperti yang dianjurkan juga dapat mengeluarkan racun dari tubuh dan membawa nutrisi ke lapisan dalam kulit (dermis).

Menjaga tubuh tetap langsing


6. Menjaga tubuh tetap langsing
Menjaga tubuh agar tetap langsing tidak hanya akan meningkatkan penampilan pria tetapi juga mengurangi risiko stroke, kanker, diabetes, dan penyakit lainnya. Tapi lakukan diet dengan cara yang tepat.
Kurangi asupan kalori yang tidak sehat dengan mengurangi konsumsi makanan yang digoreng. Dengan cara ini, berat bedan pria akan berkurang hingga satu pon selama dua minggu.

Jadilah pro-antioksidan


7. Jadilah pro-antioksidan
Antioksidan seperti vitamin A, C dan E ditemukan dalam buah dan sayuran yang sangat penting bagi tubuh. Antioksidan mempromosikan perbaikan dan elastisitas kulit dan juga mengurangi risiko penyakit jantung dan kanker.

Membuat Latihan kardio


8. Membuat Latihan kardio
Sebuah latihan kardio dapat menurunkan stres, membuat lelaki lebih bahagia dan memberikan efek bersinar pada kulit. Latihan aerobik ringan selama setengah jam sehari juga dapat meningkatkan denyut jantung dan memperlancar aliran darah.
Latihan tersebut juga dapat dilakukan dengan berjalan-jalan, naik sepeda atau melakukan aktivitas yang membuat tubuh berkeringat. Pilihlah jenis latihan yang menyenangkan dan membuat pria nyaman melakukannya.

Hindari minum minuman keras


9. Hindari minum minuman keras
Alkohol menyebabkan pembengkakan pada jaringan, terutama mata bengkak dan menyebabkan kebiasaan makan yang buruk yang berakibat terhadap kenaikan berat badan. Hal tersebut tentu membuat penampilan pria tampak buruk.

Menjaga Badan yang tegap


10. Menjaga Badan yang tegap
Postur tubuh yang baik benar-benar memberikan tampilan yang baik bagi lelaki. Inti dari latihan kekuatan atau olahraga yang sedikit berat adalah untuk mencegah tubuh bungkuk. Berolahraga lah untuk melatih kekuatan otot selama 2 sampai 3 kali seminggu.

Demikianlah antara kandungan 10 tips untuk menjadi lelaki macho dan stylo yang is sempat kongsikan dengan korang semua. Jika ada lagi tip-tips cara-cara menjadi lelaki macho akan is kongsikan lagi.

Camner nak buat duit online nie ha?


Camner nak buat duit online nie ha? is dapat soalan nie sebulan berpuluh2 kali diajukan, isk isk isk is pun bukan nyer reti buat duit online nie sangat.

Sekadarnya kita mencuba untuk mendapatkan pendapatan daripada atas talian, buat duit online nie ada banyak kategori yg korang leh pilih.

Nak is senaraikan boleh lebam mata korang nak membacanya dan kesian kepada mobile user karang koata data habis sebab nak baca list yang is buat tu.

Jadi is bagi 3 major kategori untuk korang godek2 pelan2, yang pertamanya paling ramai buat dan dengan is sekali adalah blogging (menulis). Yang kedua jual barang sendiri. Yang ketiga jual perkhidmatan korang secara online tetapi profit atau bayaran dapat di offline.

So bagi contoh pertama is dah malas nak kupas, sebab apa nanti korang cakap ek eleh iskandarX tak der idea ka dok ulas blogging dapat duit, satu je is nak tanya korang, korang ingat berblogging nie sentiasa dapat duit ker? Susah sebenarnya sebab nak kena compete dengan berjuta blog yang ada kat luaq sana teww.

Camner nak buat duit online nie ha?


So is nak tanya korang, korang ada Facebook? Kalau ada boleh leww korang berniaga secara online. Camner nak niaga dan barang aper nak niaga? Nak niaga secara online kena lah ada laptop sendiri tak pun pc mahupun android pun dah ok, sebab android complete semua ada leh wifi, leh taip login apa semua leh snap gambar lagi untuk promosi.

So pilih barang yang korang paling suka pakai, paling suka makan, paling suka lihat, paling suka dengar. Jangan tiru orang lain, orang jual ubat jerawat korang pun nak jual ubat jerawat, FB dia dah lama ramai leh pembeli, fb korang baru nak compete camner?

Untung bagi girl sebab senang nak berniaga online, selfie kasi pose manjer tapi janagn lah tak tutup aurat pulak kan? Kalau lelaki pulak susah nak berniaga sebab selfie maybe kurang, tapi is cakap lah rezeki nie masing2 leww, janagn down kalau sebulan dua xder nak laku sangat, just do it mcam Nike teww cakap.

Korang selfie elok2 dengan barang yg korang jual, buat video review dan describe kan apa yang bagusnya barang korang nie, warna apa, ringan ke tak, wangi tak, apa sahaja just make it talking to much dont stop, tapi percakapan harus dan wajib terang dan clear supaya pembeli faham.

Oklah is bukan nak going deep dalam topic nie but if there anybody like to going deep please make drop a comment kat bawah isakan try usaha untuk assist koranguntuk berjaya, is suka tengok bangsa is berniaga offline mahupun online. Assalammualaikum dan salam sejahtera jumpa lagi.

Tuesday, May 26, 2015

Upacara syirik untuk menjadi jutawan


Punya banyak seminar2 untuk menjadi jutawan dan seminar mentor mlm untuk menjadi jutawan nie ada pelbagi aktiviti serta latihan yang di praktikal sepanjang seminar. Malah ada yang amalkan upacara syirik untuk menjadi jutawan semata2 didalam seminar.

Salah satu aktiviti nie memang is tau ramai dah viral pasal benda nie, dan ramai cakap jangan mudah jatuh hukum, but bagi is is nak tegur gak lah benda nie ok?

Masa is pi mengaji bab tauhid dulu, bila kita minta sesuatu selain daripada Allah S.W.T maka automatik kita syirik dan jatuh syahadah.

Upacara syirik untuk menjadi jutawan


Alamlan dalam seminar itu, cium serta ambik bau duit supaya menjadi motive diri untuk menjadi kaya ini adalah ciri2 sifat syirik yg tersembunyi, iaitu dengan ambik bau duit maka kita boleh jadi kaya, kita mintak dengan bau duit dan dengan berbuat demikian maka rezeki akan datang melimpah ruah(jutawan) so syirik.

Upacara syirik untuk menjadi jutawan


is tak kisah la sapa2 nak backing bab nie syirik adalah syirik mana boleh tegak benang yang basah? nak jadi Wahabi ka??? Hahahaha mengaji bab tauhid bagi lepas dulu baru buat amalan dan budaya kafir untuk jadi kaya. Kenapa perlu kita ikut budaya dan amalan kfir untuk jadi kaya pulak?? Sedangan amalan para sahabat Rasulullah S.A.W kalau kita praktikan bukan saja leh kaya malah jaminan syurga lagi.

Upacara syirik untuk menjadi jutawan


Amalan serta perbuatan para Sahabat adalah bimbingan serta tunjuk ajar oleh Rasulullah, sunnah teww, jangan dok pertikai kan cuma amalan sahabat antara sedikit atau pun banyak sahaja daripada bimbingan Rasulullah, sebagai contoh, solat sunat dhuha, Rasululah S.A.W pernah amalkan sebanyak 24rakaat 12salam, 12rakaat 6salam, 4rakaat 2 salam, dan 2rakaat 1salam, dan sahabat ada yag amalkan 2rakaat sahaja, ada yang buat 1000 rakaat seperti Saidina Umar Al Khattab.

Benda yang baik nak kita buat banyak2 kali tiada masalah janji ilmu dan amal itu datang daripada guru yang bersanad sampai kepada Rasulullah S.A.W. Oklah sekian.

Salam daripada is untuk semua


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua. Jika perasan selalunya is hanya guna autoblogging untuk updatekan blog is tetapi is rasa sayang dan amatlah rugi bila is berbuat demikian, sebab is tak boleh nak berckp terus dgn isi hati is.

Jika korang perasan blog is nie is ubah namanya daripada IskandarX Society kepada Armada Melayu sebab selepas nie is nak tumpu berblog hanya kehidupan Melayu dan juga diri is sendiri.

Oleh kerana kekurangan pendapatan serta kekurangan income daripada iklan di blog maka is ambik keputusan untuk cutoff wordpress is iaitu Mahkota Melayu http://iskandarx.com dan hanya akan teruskan perjuangan blog is di sini iaitu Armada Melayu http://www.iskandarx.com.my .

Salam daripada is untuk semua
is teringgin giler nak naik kapal spaceship nie


Jadi bagi sesiapa kaki blogwalking lepas nie akan is fokuskan segala traffic serta lalua global blogwalking ke blog is ini hehehe tiada lagi blog yg lain akan is tumpukan kecuali blog2 satelit yg mempromosikan barangan affiliate electronic , digital mahupun fizikal.

Ok lah akhirkata satlagi je lah is sambung berblogging sebab skang nie is tengah jalankan projek baru dalam biz online nie dan is rasa biz nie senang giler sesiap pun boleh buat dan akan is sharekan nanti hasil daripada biz dalam blog ini nanti.


Saturday, May 16, 2015

UNHCR gusar Malaysia, Indonesia mahu halau pelarian






Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) melahirkan rasa kebimbangan mereka dengan tindakan Malaysia dan Indonesia yang memberi amaran akan menghalau bot pelarian dari perairan negara masing-masing.



Menurut jurucakapnya, Jeffrey Savage, isu pemerdagangan manusia adalah sesuatu yang serius dan perlu ditangani di peringkat serantau.

Tindakan DAP kongsi pentas cetus kegelisahan PAS






Tidak pelik apabila pemimpin DAP menolak hudud. Tetapi apabila pemimpin berkenaan berucap di atas pentas PAS, masalah berbeza muncul.



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang hadir pada ceramah perdana PAS di Kota Bharu,Kelantan menimbulkan rasa tidak senang hati ahli akar umni parti Isllam itu.



Beberapa pimpinan PAS yang hadir dalam majlis itu turut terkena tempias, termasuk Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff yang dihentam kerana dikatakan setuju dengan Lim selepas berkongsi pentas.

Korban gempa susulan Nepal meningkat 65 orang






Pasukan penyelamat bertungkus-lumus embantu penduduk yang terjejas dalam gempa bumi susulan, Rabu lalu yang turut mengakibatkan banyak bangunan roboh.



Selain itu, banyak kejadian tanah runtuh dilaporkan sementara usaha mencari helikopter milik Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang giat dijalankan.



Sekurang-kurangnya 65 penduduk dilaporkan terbunubh dalam gempa bumi susulan itu, sekali gus menjadikan angka korban keseluruhan mencecah 8,200 orang.

IS serang bas di Karachi, 43 pengikut Syiah dibunuh






Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab membunuh sekurang-kurangnya 43 pengikut Syiah dan mencederakan 13 lagi selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah bas di Karachi.



Pada kejadian itu, enam orang lelaki yang menunggang tiga buah motosikal bertindak melepaskan tembakan ke arah bas berkenaan menggunakan pistol.

Nahas Amtrak: 6 mati, kotak hitam kereta api ditemui






Jumlah mangsa yang terbunuh dalam nahas kereta api Amtrak yang tergelincir di Philadelphia, Amerika Syarikat, Rabu lalu dilaporkan meningkat kepada enam.



Lebih 140 penumpang lain pula dimasukkan ke hospital dalam keadaan dilaporkan kritikal.



Setakat ini, pihak berkuasa berjaya menemui kotak hitam dalam kereta api berkenaan.



Laluan kereta api antara New York dan Washington kekal ditutup ketika penyiasatan terus dijalankan mencari punca kemalangan berkenaan yang menyaksikan beberapa gerabak terbalik berhampiran Sungai Delaware, di bandar pelabuhan Port Richmond.

28 mati dalam kebakaran kilang selipar di Manila






Sekurang-kurangnya 28 orang mati dan puluhan lagi dikhuatiri terbunuh selepas sebuah kilang membuat selipar terbakar di Manila, Filipina, semalam.



Jabatan Bomba berkata, pihaknya mengira 28 mayat tetapi hanya berupaya mengeluarkan tiga berikutan sisa runtuhan menyekat laluan mereka di kilang itu lebih 12 jam selepas kebakaran.

Percuma tanpa GST, Vnbox perkenal zombie ‘Maslan 3.85'






Berang dengan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang paling lantang mempertahankan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), warga maya menjadikan perisian ‘Maslan 3.85 extended version’ sebagai permainan kegemaran mereka.



Dalam permainan itu, Ahmad dijadikan sebagai watak zombie dan pemain menembak zombie itu dengan senapang dan lastik itu.



Permainan itu diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox yang beralamat di Ipoh dan ia memaparkan watak mirip Ahmad yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah.

Akhirnya, beli top-up 'RM10 dapat RM10'






Selepas kekusutan berkaitan harga selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerajaan akhirnya bersetuju dengan formula “beli RM10 dapat RM10” untuk harga tambah nilai atau top-up telefon pra-bayar telefon.



Menurut tweet Jabatan Penerangan, jemaah menteri bersetuju dengan cadangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan meminta syarikat telekomunikasi menurunkan tarif perkhidmatan.

Mahkamah isytihar ADUN Umno Lenggeng muflis






Mahkamah Tinggi seremban hari ini mengisytiharkan ADUN Umno Lenggeng, Datuk Ishak Ismail sebagai muflis.



Beliau dilaporkan gagal membayar pinjaman daripada seorang ahli perniagaan.

MB: Selangor komited projek Langat 2 siap ikut jadual






Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memberi jaminan kerajaan negeri Selangor komited bagi memastikan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap mengikut jadual.



Katanya, untuk tujuan itu, katanya beliau akan berjumpa dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili pada awal minggu depan bagi mencari jalan penyelesaian.

Barua Umno: Perlukah mohon maaf sekadar tanya?






Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengulangi kenyataanya bahawa perlukan dirinya membuat permohonan maaf hanya kerana bertanya soalan.



Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendesaknya membuat permohonan maaf kerana menganggap Azmin melabelnya sebagai 'barua' Umno

Pakatan sepakat Wan Azizah jadi ketua pembangkang






Pakatan Rakyat bersepakat bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah yang baru memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei lalu, akan memikul tanggungjawab sebagai ketua pembangkang.



Menurut Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, pelantikan itu akan dibuat pada sidang Parlimen akan datang.

Nazri cabar Mahathir, kalau berani tanding di Pekan






Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dengan Datuk Seri Najib Razak di Pekan bagi membuktikan kekuatannya.



Beliau yang dipetik akhbar Cina Sin Chew Daily berkata, lebih baik jika Dr Mahathir bertindak demikian daripada cuba menggulingkan perdana menteri.

Polis siasat pasangan adakan hubungan seks di beranda






Pihak polis sedang menyiasat aksi pasangan yang tidak mengenali mengadakan hubungan seks di sebuah pangsapuri di apartment di Bangsar South, Kuala Lumpur.



Menurut portal Star Online yang memetik OCPD Brickfields, Asst Comm Muhammad Azlee Abdullah pihak polis masih mengumpulkan maklumat.



Gambar dan video aksi pasangan selama 30 minit itu menjadi viral di media sosial sejak semalam selepas dirakamkan oleh seorang penghuni di unit lain apartmen berkenaan.

Bekas MB: Perintis 1MDB cuba guna minyak T'ganu






Bekas menteri besar Terengganu mendedahkan Terengganu Investment Authority (TIA) - perintis kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) - cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, sejak tahun 2008.



TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada 2009 selepas syarikat itu diambil alih oleh Putrajaya.

Muhyiddin ganti Najib, ibarat penyamun ganti penyamun






Mengulas saranan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri kerana terpalit dengan skandal 1MDB, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata masalah Malaysia dalam ekonomi, pendidikan dan sistem politik tetap tidak akan selesai.



Katanya, apa yang diperlukan oleh negara adalah dasar yang berkesan dan bukannya transisi daripada ‘seorang penyamun kepada penyamun’ lain.

Isu 1MDB malukan negara di peringkat a'bangsa, kata PKR






Liputan meluas media antarabangsa berkenaan syarikat pelaburan kontroversi negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) memalukan negara di peringkat antarabangsa, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.



Menurutnya, cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani isu berkenaan juga boleh mengakibatkan mala petaka ekonomi yang bakal diwarisi oleh pengantinya pada masa depan.

Gerakan Hapus Akta Hasutan kemuka 3 tuntutan






Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) hari ini menghantar satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut tiga perkara iaitu menghapuskan akta berkenaan, menggugur pertuduhan dan melepaskan mereka yang ditahan mengikut akta itu serta jaminan tiada akta baru seumpama itu digubal.



Menurut Kordinator GHAH, Amir Abdul Hadir, jika mereka tidak menerima maklumbalas dalam masa terdekat, kumpulan itu akan bertindak berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Monday, May 11, 2015

How-Old.net catat umur Rosmah 37 tahun






Berikutan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuat-naikkan potretnya di laman web suka-suka untuk meneka umur - How-Old.net - warga maya memuatkan pula gambar isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.



Gambar pertama meletakkan umur Rosmah sebagai 44 tahun.



Manakala bagi gambar kedua, laman kelolaan Microsoft itu meneka usia isteri perdana menteri sebagai 37 tahun.

Umno terpalit 1MDB jual tanah pada Tabung Haji






Pemuda Umno Johor berpendirian bahawa Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti perlu segera memperjelaskan isu penjualan tanah syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Tabung Haji seperti yang didadahkan, baru-baru ini.



Portal Sinar Harian memetik Ketua Pemudanya, Hahasrin Hashim sebagai berkata, mereka kini dihujani keluhan dan keresahan akar umbi akibat tindakan itu.



Menurutnya, ramai melihat tindakan Tabung Haji sebagai cubaan ‘menyelamatkan’ 1MDB yang semakin nazak.

M’sia vs Spurs: TMJ layang kad ‘kuning’ kepada Khairy






Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik penganjuran perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dengan pasukan bolasepak Inggeris Tottenham Hotspur pada 27 Mei ini sebagai "perlawanan sarkas".



Menulis di Facebook, katanya, perlawanan itu tidak membawa sebarang faedah kepada Harimau Malaya.



Sebaliknya, ia hanya untuk meraih keuntungan bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur.

Umur sebenar Najib 46 tahun?






Laman web suka-suka untuk meneka umur dan jantina berdasarkan potret - How-Old.net - mendapat sambutan hangat di Facebook. Ribuan pengguna yang memuat-naikkan potret mereka.



Tidak terkecuali, ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lebih menarik, laman kelolaan Microsoft yang sedang mencetuskan fenomena di seluruh dunia itu, meneka umur Najib sebagai 46 tahun.

Pemandu Myvi mengaku tak salah akibatkan 3 kematian






Dua pemandu kereta terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) sehingga mengakibatkan kematian tiga sekeluarga awal pagi Sabtu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.



Tertuduh Mohd Fizal Reza Jamaluddin, 31 tahun dan Siti Noor Aini Mohd Said, 35 tahun yang didakwa di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan minta dibicarakan dan mahkamah membenarkan mereka diikat jamin dengan RM9,000 setiap seorang.

Korea Selatan ikrar perangi nelayan haram China






Korea Selatan yang selama ini berdiam diri akibat pencerobohan nelayan China di perairannya, khusnya di sempadan dengan Korea Utara berikrar akan bertindak balas.



Dianggarkan 1,000 kapal China mencerobohi perairan Korea Selatan tahun lalu, khususnya di Daecheong yang kaya dengan hasil ketam.

Pertempuran sengit lawan IS di Baiji berterusan






Tentera Iraq yang bergabung dengan militia Syiah dilaporkan terus memerangi kumpulan jihad Negara Islam (IS) bagi menguasai pusat penapisan minyak di Baiji.



Pusat penapisan minyak itu adalah yang terbesar di Iraq dan memberi impak besar sekiranya ia jatuh ke tangan IS.

Pilihan raya Britain, Parti Buruh dahului Konservatif






Parti Buruh yang diterajui Ed Miliband kini mendahului Parti Konservatif, pimpinan Perdana Menteri, David Cameron pada pilihan raya umum Britain.



Setakat berita ini disiarkan, Parti Buruh telah memenangi 105 kerusi daripada 650 kerusi parlimen yang dipertandingkan manakala Konservatif mendapat 69 kerusi.



Semalam, kira-kira 50 juta penduduk Britain, keluar mengundi.

Rasmi: PKR menang, majoriti 8,841






Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi kembali ke Parlimen selepas diisytihar menang dalam pilihan raya kecil (PRK) P044 Permatang Pauh.



Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail, mengumumkan presiden PKR itu meraih 30,316, meninggalkan calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi, dengan majoriti 8,841 undi.



Dua lagi calon, Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerima 101 undi, manakala calon bebas Salleh Ishak menerima 367 undi, manakala sebanyak 843 undi rosak.

BN kecewa tapi terima dengan hati terbuka






KEPUTUSAN RASMI



BN- 21,475

bebas- 367

PKR - 30,316

PRM- 101

Majoriti: 8,841



Walaupun kecewa, Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon Suhaimi Sabudin menerima kekalahan pada pilihan raya kecil itu dengan hati terbuka.



Pada pilihan raya umum lalu Anwar menewaskan calonBN Mazlan Ismail dan Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

Nahas DUKE: Dua pemandu dihadap ke mahkamah esok






Dua ahli kelab Familia Myvi Club yang dikatakan berlumba haram di lebuhraya DUke dalam insiden kemalangan sehingga menyebabkan kematian tiga beranak sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.





menurut laporan akhbar portal mymetro, perkara itu telah disahkan oleh Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff hari ini.Dua pemandu itu masing-masing lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 35 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada 9 pagi.



Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi Sabtu lalu Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan maut di tempat kejadian. Isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta anak mereka yg berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Sultan Johor gesa rakyat terima sekolah satu aliran






Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa orang ramai mencontohi Singapura yang membentuk perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan satu aliran menggunakan pengantar bahasa Inggeris.



Walaupun Johor dan Singapura berkongsi banyak persamaan, tetapi kemajuan yang dicapai oleh Singapura jauh lebih pantas, titah baginda.

Sultan: GST perkhidmatan k'jaan tak masuk akal






Arahan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan Johor sultan Ibrahim Sultan Iskandar



Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat , titah baginda.



Justeru, sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka

P'raya Pmtg Pauh: Ada berakhir di hospital






Berlaku pergaduhan antara penyokong BN, PKR dan pihak polis di sebuah sekolah di Permatang Pauh.



Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.



Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut.



Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.



Video Kredit: Komunikasi Maya UMNO Pulau Pinang

Ejekan disusuli tumbukan hangatkan Pmtg Pauh






Pilihan raya kecil Permatang Pauh terus dicemari pergaduhan.



Pergaduhan meletus selepas kedua-dua kumpulan mula saling mengejek terhadap satu sama lain sejak 9.30 pagi.



Bagaimanapun polis berjaya meleraikan pergaduhan tidak lama selepas itu.



Video Kredit: Komunikasi Maya Umno Pulau Pinang

P'raya kecil Pmtg Pauh dicemari pergaduhan






Kekecohan terus berlaku di Permatang Pauh, kali ini insiden baling batu di antara kedua-dua belah penyokong sehingga berlaku adegan tumbuk-menumbuk selepas 'perang mulut' di Pusat Undi Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.



Walau bagaimanapun, kekecohan berjaya dileraikan oleh pihak polis yang bertugas di tempat kejadian. Jarak di antara kedua penyokong yang terlalu dekat (kurang 50 meter) juga dikatakan menjadi punca awal pergaduhan.



Video Kredit: Komunikasi Maya Umno Pulau Pinang

19 cedera protes antikerajaan bertukar ganas






Sekurang-kurangnya 19 orang cedera termasuk 15 anggota polis dan seorang jurugambar apabila protes antikerajaan di ibu negara Macedonia bertukar ganas.



Sambil melaungkan "Pembunuh! Pembunuh!" dan menuntut pelatakan kerajaan, penunjuk perasaan melontar objek dan memecah tingkap pada bangunan kerajaan.


Militan IS buka hotel mewah untuk pemimpin kanan






Kumpulan militan Negara islam (IS) tahun lalu menutup Hotel Antarabangsa Niwana yang merupakan antara hotel termahsyur di Iraq selepas berjaya menawan wilayah Mosul.



Namun kini hotel bertaraf lima bintang tersebut kembali beroperasi khusus bagi menampatkan komander mereka yang berkunjung dari wilayah jiran menurut laporan media.



Antara kemudahan yang terdapat di hotel 11 tingkat tersebut adalah 262 bilik, dua restoran dan dewan tarian, gimnasium, gelanggang tenis dan sebuah taman.



Hotel tersebut dinamakan sebagai Warisin yang bermaksud pewaris oleh kumpulan tersebut.

SPR berat sebelah, Adun Teruntum gesa tindakan segera






ADUN Teruntum Sim Chon Siang meluahkan rasa tidak puas hati dengan SPR kerana tidak mengambil tindakan terhadap penyokong BN yang berkumpul berhampiran SMK Guar Perahu.



'Perang mulut' berlaku di antara penyokong kedua-dua parti apabila Sim pergi membuat aduan kepada pegawai-pegawai SPR yang bertugas di luar sekolah.



Video Kredit: Komunikasi Maya UMNO Pulau Pinang.

'Saya tak tahu menang atau kalah tapi jangan ada penipuan'






Calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Seri Penanti sekitar 8.30 pagi. Wan Azizah yang berbaju kebarung biru cair tiba dan menunjukkan kad pengenalannya kepada pemberita dan kemudiannya masuk mengundi selepas itu.



Ketika ditemui pemberita selepas itu, beliau berkata tidak pasti akan menang atau kalah tapi berdoa akan kejayaan kepadanya dan berharap proses pengudian hari ini tidak berlaku penipuan.

Calon BN: Beri kami peluang lakar sejarah di Pmtg Pauh






Calon BN, Suhaimi Sabudin tiba di SMK Guar Perahu pada kira-kira jami 8.15 pagi dan masuk mengundi sejurus kemudian.



Ketika ditemui pemberita selepas itu, beliau berharap semua penyokong BN akan keluar mengundi dan berharap akan mencipta sejarah baru di Permatang Pauh.

Barua Umno: IGP anggap kenyataan MB S'gor melampau






Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim Abu Bakar berkata kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bahawa beliau adalah 'barua Umno' sebagai melampau.



Katanya, ini bukan kali pertama beliau diperlekehkan dan beliau akan menyerahkan siasatan kepada bawahannya.

Penduduk halau demo penyokong PAS






Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.



Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".



Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Wednesday, May 6, 2015

Palembang medan persiapan Sukan SEA skuad tenis




Jurulatih tenis negara Deen Heshaam Abdullah mengesahkan pasukan negara akan “berguru” di Palembang Indonesia sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Singapura.

Nicol David rangkul kejuaraan ke-9 kejohanan individu Asia




Ratu skuash negara datuk Nicol David lakar sejarah menjuarai kejohanan individu Asia buat kali ke-9 dalam kariernya menewaskan pemain Hong Kong Annie Au pada final di Kuwait.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan