Cari Artikel

Saturday, November 29, 2014

Tiga rakan didakwa tipu lelaki babitkan wang tunai RM747,000


IPOH: Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM747,000 bulan lepas.

N. Narendran, 34, Meor Asri Ariffin, 43, dan A.S. Robert, 47, didakwa menipu Zain Mohamed Ismail, 55, kononnya untuk pelaburan perniagaan bekalan ubat dan alat pakai buang untuk Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Tindakan tertuduh mendorong mangsa mendepositkan wang berjumlah antara RM68,000 dan RM170,000 ke dalam akaun CIMB atas nama Mesna Medical Supplies.

Ketujuh-tujuh kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB, Jalan Kampar di sini antara 25 Jun dan 2 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 setiap seorang dan memerintahkan tertuduh melapor diri pada 15 hari bulan setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula 24 September ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Kavitha manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Nurul Azira Abdul Aziz, E.P. Seeralasittan dan Jaswant Singh. - BERNAMA

Bank Negara mahu pastikan kemampuan membeli rumah - Zeti


KUALA LUMPUR: Kesan negatif kepada jualan hartanah berikutan peraturan pembiayaan baharu Bank Negara Malaysia (BNM) adalah petanda yang disasarkan.

Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata keadaan itu memang dijangka kerana BNM mahu memastikan kemampuan membeli rumah.

"Permintaan hartanah akan mula meningkat semula sebaik sahaja kemampuan membeli semakin bertambah baik," katanya selepas mengumumkan prestasi suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku kedua di sini, hari ini.

Kelmarin, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meminta kerajaan, khususnya BNM, menilai semula beberapa dasar yang dilihat menyumbang kepada kelembapan pasaran hartanah tempatan ketika ini.

Mengulas lanjut, Zeti berkata, pada masa depan, bank pusat itu akan terus memantau semua perkembangan ekonomi dan kewangan yang memberi kesan kepada peralihan global dalam mudah tunai, seperti ketegangan geopolitik dan pelarasan dasar yang dibuat oleh ekonomi-ekonomi maju.

Beliau berkata di dalam negara, sektor kewangan dinilai kukuh dan berdaya tahan dalam menyokong aktiviti ekonomi domestik.

Mengenai kadar dasar semalaman, Zeti berkata, BNM akan mengkajinya dalam mesyuarat dasar monetari kami bagi melihat risiko kepada inflasi dan serta memantau keadaan untuk mengesan sebarang ketidakseimbangan kewangan yang tidak stabil.
"Bagaimanapun, kadar semasa pada 3.25 peratus masih menyokong pertumbuhan," katanya.

Dalam pada itu, BNM melihat penambahbaikan dalam paras hutang fiskal negara kerana hutang luar kerajaan masih rendah manakala aliran hutang domestik menyederhana.

"Hutang kerajaan sudah berkurangan kepada 53 peratus kepada KDNK berbanding 55 peratus sebelumnya.

"Semua ini adalah petanda positif, jadi kita tidak bimbang dengan prospek negatif ke atas Malaysia oleh Fitch Rating's," katanya.

Mengenai hutang isi rumah, Zeti berkata ia menyederhana bagi enam suku berturut-turut hasil daripada langkah berhemat makro dan mikro bank pusat itu.

Ditanya sama ada bank itu akan memperkenalkan lebih banyak langkah pada masa depan, beliau berkata, jika BNM terlalu ketat ia akan membawa kepada pelarasan berlebihan.

Bagi suku kedua, hutang isi rumah menyederhana kepada 10.3 peratus, menurun pada kadar yang mana BNM berpuas hati dengannya.

MH17: Tujuh aset ATM terbabit dalam fasa pertama hantar jenazah


LANGKAWI: Tujuh aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan melalui operasi fasa pertama penghantaran pulang jenazah penumpang dan kru pesawat MH17 yang terbabit insiden di Ukraine, dari Kuala Lumpur ke kampung halaman masing-masing pada 22 Ogos ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata antara aset ATM dikenal pasti membabitkan sebuah pesawat C130 dan lima helikopter jenis Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jenazah dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dari Amsterdam menerusi pesawat khas disediakan MAS, manakala dari Kuala Lumpur pesawat C130 dan helikopter digunakan untuk menghantar jenazah ke negeri terbabit.

"Sejurus jenazah tiba di negeri, segala urusan seterusnya akan diambil alih kerajaan negeri sehingga akhir...selain aset milik ATM, 10 kementerian turut terbabit dalam menguruskan penghantaran pulang jenazah ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, sebentar tadi.

Kesediaan Rashid teruskan tugas diharap hasilkan emas - Khairy


KOTA BHARU: Kesediaan Rashid Sidek meneruskan khidmatnya sebagai ketua jurulatih perseorangan negara diharap membolehkan sasaran negara meraih pingat emas acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, tercapai.

Menteri Belia dasn Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana kejayaan Datuk Lee Chong Wei banyak bergantung kepada Rashid sebagai jurulatihnya.

"Saya telah bercakap dengan beliau (Rashid) melalui perbualan telefon, beliau ada sebut akan berkhidmat sehingga kontrak tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Baharu di sini hari ini.

Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, mengulas hubungan dingin antara Rashid dengan pucuk pimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dibimbangi boleh menjejaskan persiapan skuad kebangsaan ke kejohanan berkenaan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan hubungan dingin Rashid dan Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff turut menyebabkan dia diketepikan daripada skuad ke Kejohanan Dunia dari 25 hingga 31 Ogos ini dan tempatnya akan disi oleh jurulatih pelapis, Hendrawan biarpun anak didik jurulatih kelahiran Indonesia itu tiada dalam skuad ke Copenhagen.

"Kita tak nak persiapan dan mental Lee Chong Wei terganggu kerana jurulatih ada masalah. Saya maklumkan kepada Rashid dan Lee Chong Wei sila teruskan latihan," kata Khairy.

Beliau telah meminta Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Norza Zakaria untuk meleraikan kekusutan masalah antara pucuk pimpinan persatuan itu dengan Rashid.
Mengenai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang meletakkan sasaran suku akhir untuk skuad bola sepak negara sekiranya mahu perbelanjaan mereka ke Sukan Asia di Incheon itu dipulangkan sepenuhnya oleh MOM, Khairy berkata pandangan MOM itu ada rasionalnya untuk mereka berusaha mencapai kejayaan.

"Kalau tidak letak sasaran yang tinggi, pasukan bola sepak merasakan kehadiran di Sukan Asia memadai sekadar penyertaan dan kita kena letak syarat kalau tidak mencapai sasaran, kos untuk sukan ini ditanggung oleh mereka, ini satu perubahan dan harapan baharu," katanya.

Sukan Asia ke-17 di Incheon akan berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt ini. - BERNAMA

Kertas siasatan kes pelajar tekan butang 'Like' I Love Israel siap - Polis


NIBONG TEBAL: Kertas siasatan kes seorang pelajar tingkatan lima menekan butang 'Like' I Love Israel laman sosial Facebook telah dihantar kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP) hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu mengikut Akta Hasutan dan menyerahkan kepada KUP untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

"Kami telah rekodkan lima keterangan iaitu dua daripada guru sekolah berkenaan dan tiga daripada rakan pelajar itu...sama ada pelajar itu akan didakwa atau tidak bergantung kepada keputusan KUP," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) ACP Shafien Mamat di sini hari ini.

Rabu lepas, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang 'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan warga sekolah itu.

Media juga melaporkan bahawa seorang guru dari sekolah sama turut mengkritik tindakan pelajar itu di akaun facebook miliknya sehingga mengundang komen daripada pengguna lain yang mengecam termasuk mencadangkan pelajar itu dibakar
Abdul Rahim berkata polis turut menyiasat berhubung ancaman yang didakwa diterima pelajar berkenaan. - BERNAMA

EPL: 'Kuda kecil' Mourinho sudah besar, Abramovich tuntut hasil atau disingkir


Pencapaian EPL musim lalu: Tempat ketiga liga

Ramalan bagi musim 2014/2015: Kekal tempat ketiga

(Berdasarkan penilaian unit BH Online)

CERITA Chelsea, musim ini tampak mudah - sama ada Jose Mourinho menang sekurang-kurangnya satu trofi utama atau bersedia mencari pasukan baru untuk musim depan.

Andai berpandu kepada selera besar pemilik kelab berkenaan, Roman Abramovich, hanya gelaran juara boleh menjadi 'hidangan lazat' atas meja makan apabila musim bola sepak, termasuk Liga Juara-juara, berakhir Mei depan.

Sebagai ahli perniagaan dia sudah pasti mahu melihat pelaburannya berbaloi dan hartawan dari Russia itu akan bosan untuk mendengar apa-apa alasan lagi jika gagal, terutama merampas semula mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City.

Tahun lalu, Mourinho kembali semula ke Stamford Bridge dengan memberi harapan apabila menerajui liga satu ketika tapi cuma tiada konsisten sepanjang tempoh liga, tambahan penyudahan tenaga penggempur yang seolah-olah kaku depan gawang lawan turut menyentap cabaran pasukan.
Bagi Abramovich, masa diberi kepada Mourinho melakukan eksperimen membina pasukan juara sudah berakhir dan musim ini pemilik kelab itu akan menuntut hasil lumayan setimpal dengan apa yang dia belanjakan.

Mourinho harus melupakan kata-kata yang dia gemar menggunakan apabila melabelkan Chelsea 'Kuda Kecil' (Little Horse) pada musim lalu. Pendekatan sama tidak boleh berulang kerana pada tanggapan pihak pengurusan, kuda-kuda berkenaan seharusnya sudah matang untuk menyahut cabaran kali ini.

Apa tidak, pembelian bintang baru, termasuk Diego Costa dari Athletico Madrid dan Cesc Fabregas dari Barcelona yang berharga lebih RM300 juta itu sekadar mendekatkan kepada hakikat betapa The Blues sudah memiliki barisan yang harus mengilhamkan kejuaraan dan bukan menjadi pencabar kuat.

Didier Drogba - pemain kegemaran pengendali berbangsa Portugis itu - juga sudah kembali ke pangkuan pasukan selepas mewakili kelab Turki, Galatasaray, musim lalu dan kehadiran bekas pemain Ivory Coast itu yang penuh berpengalaman harus membantu penyerang lain belajar untuk menjaringkan gol.

Selain Costa, Fabregas dan Drogba, Chelsea juga membeli Mario Pasalic dari Hadjuk Split dan Filipe Luis dari Atletico Madrid selepas tidak menyambung kontrak penyumbang besar yang setia seperti Frank Lampard yang berpindah ke New York City sebelum majikan barunya meminjam pemain tengah itu kepada musuh Chelsea, Manchester City.

Begitu juga orang lama, Ashley Cole yang berpindah ke Roma, Demba Ba (Besiktas), Romelu Lukaku (Everton) serta penyerang veteran, Samuel Eto'o yang difahamkan belum ada kelab ketika ini.

Mourinho boleh menyandarkan harapan ke atas bakat muda seperti pemain bek tengah berusia 19 tahun dari Perancis, Kurt Zouma dan pemain muda dari Belanda, Marco van Ginkel untuk memberi tenaga tambahan. Cuma masa akan memberi jawapan sama ada segala congakan dengan bekalan pemain yang ada akan memberi hasil seperti dijangkakan.

Tekanan harus dirasai pengurus berusia 51 tahun ini kerana selain kejuaraan EPL, Abramovich juga mengharapkan trofi di Eropah dan apakah dia ada muslihat terbaharu untuk membina pasukan dengan kelompok pemain yang dia anggap boleh membawa perubahan kepada wajah cabaran pasukan.

Jika ada pun ia mungkin berkisar kepada prestasi dan kelibat Diego Costa - penyerang berusia 25 tahun yang berasal dari Sergipe, Brazil untuk mencari gol dan kemenangan pasukan.

Andai penggempur skuad kebangsaan Sepanyol ini menemui sentuhan tajam dan kerap membocori gawang lawan jelas Chelsea ada harapan untuk mengancam pasukan elit lain dalam liga seperti Man City, Liverpool, Manchester United atau Arsenal.

Walau pun ada Costa, aspek yang tidak diragui pada pasukan adalah kekuatan bahagian pertahanan yang hanya melepaskan 27 gol daripada jumlah 38 perlawanan, musim lalu - satu statistik yang memberi gambaran betapa lawan mereka nanti dalam liga akan menghadapi kesukaran sama menembusi benteng berkenaan.

Mourinho dikenali dengan caranya tersendiri mencanang kekuatan pasukan bermain mantap secara bertahan untuk memenangi sesuatu perlawanan dan ia tidak akan berubah kali ini kerana ia sudah menjadi tabiatnya berbuat demikian.

Dengan kehadiran penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, Cesar Azpilicueta, Gary Cahill, John Terry dan Felipi Luis pasukan The Blues itu boleh menyebut mereka memiliki benteng terbaik dalam liga. Ia tetap akan dilihat mantap walaupun tanpa penjaga gol, Petr Cech dan Branislav Ivanovic.

Jadi, corak permainan dan strategi Chelsea rata-rata tidak akan banyak berubah berbanding musim lalu kerana Mourinho seorang yang mempercayai falasafah sendiri untuk menyusun barisan kesebelasan dan mencari kemenangan - satu taktik yang harus sudah dibaca pihak lawan dan akan lebih bersedia walaupun oleh pasukan kerdil seperti Hull City atau West Bromwich Albion.

Mourinho harus sedar ketika ini betapa dia akan diuji setiap masa kerana pembelian besar sudah pun dilakukan dan dengan barisan bintang musim lalu masih menjadi sandaran seperti Oscar, Willian, Andre Schurrle, Ramires dan Eden Hazard tiada sebab kelab tersohor ini harus ke belakang lagi.

Ribut petir di perairan Pahang, Johor, Sabah berterusan hingga malam ini


KUALA LUMPUR: Cuaca ribut petir di perairan Pahang, timur Johor, Sabah (Pantai Barat dan pedalaman) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga malam ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, keadaan yang sama turut berlaku di perairan Tioman, Reef North, Bunguran dan Labuan.

Menurut kenyataan itu, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil. - BERNAMA

Krisis Selangor: Husam kecam Abdul Khalid


KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PAS hari ini tampil mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa turut mendakwa Abdul Khalid cuba memperalatkan PAS untuk mengekalkan jawatan disandangnya ketika ini.

MH17: Keluarga Nur Shazana bersedia iringi jenazah


GEORGETOWN: Keluarga anak kapal Nur Shazana Mohd Salleh, 31 yang terkorban dalam nahas pesawat MH 17 di Ukraine bersedia dan menunggu masa untuk berlepas ke Amsterdam bagi mengiringi kepulangan jenazah ke tanah air.

Bapanya, Mohd Salleh Shamsuddin, 54, berkata, sehingga kini segala keperluan seperti pasport sudah disediakan untuk mereka berlepas ke Belanda.

Katanya, mereka kini menunggu maklumat lanjut daripada pihak MAS untuk berlepas ke negara berkenaan.

"Kami sudah bersedia untuk berlepas ke sana bagi mengiringi kupulangan jenazah zana(Nur Shazana) dan perkembangan mengenai jenazah kini disalurkan oleh MAS dua tiga kali sehari, " katanya.

Beliau ditemui selepas majlis tahlil yang diadadakan di kediamannya di Persiaran Mayang Pasir, Bayan Baru, di sini, sebentar tadi.

Suami isteri ditahan reman dipercayai terbabit keluar wang mangsa MH370


KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ditahan dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, direman hingga Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi membantu siasatan.

Pasangan itu ditahan semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.

Suspek wanita yang berusia 33 tahun, bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lepas ditahan di rumahnya di Ampang pada 4 petang manakala suaminya, 33, ditahan di bengkel kereta ketika membaiki keretanya di Ampang.

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 30 tahun, dipercayai terlibat dalam kes sama.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik keempat-empat individu itu lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.
Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan daripada empat akaun berkenaan. - BERNAMA

Penganggur mengaku tidak bersalah ugut bekas Ketua Polis Negara


MELAKA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu.

P M Selvarajoo, 58, dari Bukit Baru, di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan PK9, Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 28 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ezwaney Husin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Suami pegawai Ambank syukur arwah isteri dapat pembelaan


KUALA LUMPUR: Irwan Kamaruddin, suami pegawai Ambank Norazita Abu Talib yang maut ditembak di cawangan Subang Jaya bank itu tahun lepas, bersyukur kerana isterinya mendapat pembelaan sewajarnya berikutan pensabitan hukuman mati ke atas tertuduh kes itu.

"Syukur, Alhamdulillah apabila keadilan dapat ditegakkan bagi kematian arwah isteri saya apabila pembunuhnya dihukum gantung oleh pihak mahkamah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian itu Norazita, 38, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan pada 23 Okt tahun lepas.

Norazita, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek yang juga seorang pengawal keselamatan di bank itu.

Irwan, 38, turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis dan sistem keadilan negara yang memberi dirinya dan dua anaknya ketenangan kerana pemergian arwah isterinya dapat dibela.

Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati terhadap La Ode Ardi Rasila, 37, selepas dia didapati bersalah melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis 'pump gun'.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu setelah berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.
Irwan berkata beliau amat berpuas hati dengan proses hukuman itu selepas setahun kematian isterinya.

"Selepas mendengar keputusan mahkamah, saya segera menelefon anak saya untuk memaklumkan pembunuh ibu mereka dihukum gantung," katanya.

Pasangan itu mempunyai sepasang anak iaitu Nurnisa Nabila, 13, dan Muhammad Hazimi, 9. - BERNAMA

Khairy cadang 30 peratus calon PRU daripada golongan muda bawah 40 tahun


KOTA BHARU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan 30 peratus calon pilihan raya umum akan datang terdiri daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun.

Beliau berkata, kini tidak sampai empat peratus calon yang menang peringkat Parlimen pada pilihan raya umum lepas, berusia bawah 40 tahun.

"Kita harap pucuk pimpinan parti boleh mempertimbangkannya supaya calon pilihan raya umum terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki dan wanita yang berusia bawah 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Kota Baharu di sini, hari ini.

Khairy berkata, langkah tersebut sebagai memberi peluang kepada golongan muda yang terdiri daripada pelbagai bidang kerjaya termasuk profesional menjadi pemimpin pelapis yang cemerlang pada masa depan.

"Perkaderan sudah ada banyak peningkatan, sudah ada ramai pemimpin baharu berumur 20an dari golongan profesional dan pemimpin mahasiswa ramai bersama kita, beri platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin pelapis," katanya.

Beliau berkata usaha meramaikan pemimpin muda daripada pelbagai latar belakang kerjaya yang semakin rancak sekarang memberi isyarat kepada rakyat bahawa UMNO sedang berubah dengan barisan pemimpin pelapis baharu.

"Dalam kalangan jawatankuasa pusat Pemuda, saya sedang mencari pemimpin yang boleh mengambil alih tugas supaya peralihan bagi pemimpin yang melepasi had umur 40 tahun akan berjalan lancar," katanya.
Terdahulu semasa berucap, Khairy menekankan UMNO Kelantan perlu memperkukuhkan perpaduan bagi membolehkan Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Sukarelawan Malaysia ke Gaza dapat masuk wilayah konflik


KAHERAH: Sukarelawan misi kemanusiaan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia ke Gaza diketuai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) mendapat kelulusan Mesir untuk memasuki wilayah konflik itu awal pagi esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Misi yang juga Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam taklimat misi di Hotel Grand Pyramid di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha.

Misi kemanusiaan dengan 72 sukarelawan itu membabitan sukarelawan Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Pegawai wanita bebas tuduhan rasuah


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai wanita di Kementerian Pendidikan hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan rasuah berhubung pemberian projek pembekalan barang keceriaan pejabat bernilai RM26,950 kepada adiknya, lima tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu terhadap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan (sebelum ini dikenali Kementerian Pelajaran), Norrohani Othman selepas mendapati pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Dalam keputusannya, Rosbiahanin berkata mahkamah mendapati wujud keraguan tentang penubuhan Jawatankuasa Perolehan mengenai pelantikan kontraktor yang tidak dapat dijelaskan oleh pendakwaan.

Norrohani, 48, didakwa menggunakan jawatannya untuk melantik perniagaan adiknya Norafidah Othman memberi perkhidmatan membekal barang-barang keceriaan pejabat kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional kementerian itu berjumlah RM26,950.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E14, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada bulan Dis 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada SPRM Amir Hamzah Idris manakala peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim mewakili Norrohani.
Sepanjang perbicaraan itu pihak pembelaan mengemukakan dua saksi manakala pendakwaan memanggil 12 saksi. - BERNAMA

Jane sorok identiti kekasih


Sorry, I could not read the content fromt this page.Sorry, I could not read the content fromt this page.

Status isteri, Fouziah selektif pilih tawaran


Sorry, I could not read the content fromt this page.Sorry, I could not read the content fromt this page.

Soal privasi, hati dan polemik Jennifer


Sorry, I could not read the content fromt this page.Sorry, I could not read the content fromt this page.

Rekaan kontemporari generasi Y


Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my MOTIF pua kumbu menjadi inspirasi perincian potongan baju-baju batik moden Tuan.

CANGGUNG. Itu yang dirasakan apabila mengenakan baju batik asli pada setiap hari Khamis bagi menyahut seruan kerajaan dalam usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara.

Fabrik lembut dan sedikit berkilau itu dirasakan terlalu menonjol serta terlalu tua buat dirinya yang baru berusia 26 tahun. Walaupun corak baju batik dibelinya ringkas, butiran pakaian itu tetap memberikan imej lelaki dewasa kerana persepsi taboo yang diletakkan pada fesyen tersebut.

Bermula dari situ, Tuan Mohd. Khairul Azhar Tuan Muhammad memusatkan idea untuk menggantikan pakaian batik rasmi itu dengan fabrik dan corak yang lebih moden serta pragmatik untuk digayakan oleh golongan belia sepertinya.

Tidak mahu terkongkong dengan motif bunga-bungaan batik, anak kelahiran Terengganu itu mengambil keputusan berani untuk menggantikan konsep floral dengan gabungan inspirasi motif pua kumbu yang melambangkan budaya masyarakat Sarawak. Fabrik yang dipilih untuk menyempurnakan cita rasa anak-anak muda pada masa kini pula adalah 100 peratus fabrik kapas.

Batik bermotifkan pua kumbu itu diperincikan di bahagian belakang dan hadapan baju merentasi bahu (yoke), poket serta lengan pendek. Bahagian selebihnya dibiarkan kosong dengan warna latar putih atau hitam.

?Saya memilih fabrik kapas kerana ia lebih ringkas dan tidak terlalu menonjol (tidak berkilat). Kebanyakan baju kemeja moden yang dipakai oleh golongan belia pada hari ini juga dibuat menggunakan fabrik kapas.

?Setiap rekaan diperincikan dengan potongan batik bermotifkan pua kumbu di bahagian yoke bagi menonjolkan kelebaran bidang badan lelaki dan tidak terlalu sarat untuk digayakan oleh generasi Y,? katanya ketika ditemui di ibu pejabat Kosmo!, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Reaksi positif

Tambahnya, rekaan tersebut telah dilakar sejak tahun lalu, namun dia hanya menempahnya untuk kegunaan sendiri pada Jun tahun ini. Begitupun, selepas menggayakannya ke pejabat, dia yang lebih mesra dengan panggilan Kery menerima reaksi positif daripada orang di sekeliling mengenai potongan kemeja tersebut.

Pujian diterimanya menjadi pelentur semangat buat dirinya untuk terus berkarya dan menghasilkan rekaan kontemporari secara meluas khusus buat mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas.

?Ramai rakan sebaya memberi respons positif dan bertanya jika mereka boleh mendapatkan fesyen itu yang dikatakan lebih sesuai dengan usia mereka di samping dapat menjana kembali semangat kemelayuan dan nilai budaya lama.


INOVASI baju batik moden Tuan selari dengan cita rasa generasi Y.

?Justeru, menyediakan pilihan yang lebih kepada rakan-rakan dan pembeli, saya menghasilkan dua rekaan dengan empat corak berlainan. Rekaan-rekaan ini digelar Tuah, Jebat, Lekiu dan Lekir. Nama-nama ini diambil sempena nama pahlawan Melayu dahulu sebagai lambang kelakian dengan gabungan elemen klasik,? katanya sambil memberitahu, semua baju diperkenalkan dalam koleksi Tuan Tengku Kery dan bakal memperkenalkan rekaan sama tetapi berlengan panjang.

Secara online

Rekaan yang diperamnya sejak tahun lalu itu dijual secara online menerusi laman Instagram @tuanbytengkukery bermula hujung September lepas. Menurutnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila lebih 300 helai baju telah dibeli pelanggan dari dalam dan luar negara. Kemeja tersebut dijual pada harga RM129 sehelai.

Namun, baju mengikut potongan badan itu bukan sahaja sesuai dipakai pada setiap Khamis untuk mereka yang bernadi warisan tetapi ia boleh digayakan secara santai dengan potongan seluar pendek dan sandal.

Si penggaya juga boleh menggandingkannya dengan potongan seluar ikut kaki dan kasut loafer untuk imej maskulin atau tampak elegan dengan sentuhan rambut disisir kemas ke tepi atau ke belakang (stail pompadour moden). Ternyata, olesan moden itu bukan sekadar menautkan kembali nilai budaya warisan tetapi bersifat mesra pengguna dengan pelbagai gaya boleh diciptakan.

Walaupun rekaan tersebut merupakan debut pertamanya dalam dunia fesyen, karya seni Kery itu sudah pun disarung oleh pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi. Aznil menerusi akaun Instagram dilihat memuat naik gambar dirinya memakai baju potongan Jebat yang direka Kery sewaktu menyambut ulang tahun yang ke-52 pada 6 November lalu.

Menurut ikon tanah air itu, kemeja batik tersebut membawa wajah Malaysia menerusi coraknya dan sesuai untuk digayakan dalam majlis-majlis keraian tanpa rasa ke terkebelakang atau tenggelam kerana sentuhan moden yang diberikan.

?Secara kebetulan, sebelum meraikan hari jadi, saya baru sahaja pulang dari Indonesia dan amat tertarik dengan semangat masyarakat di sana dalam mempertontonkan nilai budaya masyarakat Jawa menerusi pakaian batik. Kebanyakan lelaki di sana memakai baju kemeja yang sarat dengan corak batik berwarna coklat.

?Jadi, saya rasa tidak mustahil untuk menerapkan nilai yang sama di negara kita. Cuma mungkin segelintir anak-anak muda kurang selesa untuk menyarung baju batik kerana persepsi imej ?belia tadbir?. Justeru, saya berasakan rekaan baju Jebat ini dilihat sebagai pembuka jalan untuk menggalakkan generasi Y khususnya untuk mengangkat kembali martabat nilai kesenian warisan bangsa,? jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ujarnya lagi, usaha tersebut juga boleh diperhebatkan lagi pada masa akan datang dengan penambahan corak batik pada kemeja berkenaan, tetapi menetapkan konsep moden yang sesuai supaya dipakai oleh generasi baharu.


View the original article here

Ringan selesa, tahan lasak


Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
ayman.ghaffa@kosmo.com.my
Kasut DC signaturnya menjadi pilihan Miller setiap kali bermain papan selaju.

TAMPIL dengan warna biru dan hitam, kasut jenama DC Shoes (DC) signatur Matt Miller, 30, yang me?rupakan seorang pemain papan selaju terkemuka dari San Francisco, Ca?lifornia, Amerika Syarikat pastinya menjadi tumpuan peminat sukan ekstrem.

DC melancarkan kasut terbaharu, Matt Miller S dalam siri jelajah DC Defyconvention di butik 100%, pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kelihatan sedikit besar, kasut tersebut ternyata memberi keselesaan maksimum kepada pengguna terutamanya ketika bermain papan selaju. Lapisan kulit direka dengan teknologi daripada DC iaitu Super Suede untuk mengurangkan risiko bahagian luar kasut agar ia tidak mudah koyak.

Rekaan


MILLER menunjukkan kasut DC Matt Miller S semasa pelancaran produk itu di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Miller yang menganggotai pasukan papan selaju DC sejak enam tahun lalu, kasut tersebut mempunyai ciri-ciri yang diinginkan oleh setiap pemain papan selaju iaitu rekaan luaran menarik, ringan, selesa dan tahan lasak.

?Setelah beberapa bulan memakai kasut ini, saya dapat merasakan ia sesuai untuk setiap ka?tegori dan teknik permainan pemain papan selaju sama ada di jalanan atau tanjakan. Saya mempunyai kedua-dua warna kasut ini dan sering menggunakannya setiap kali bermain papan selaju. Saya mahu kelihatan menarik apabila memandang ke bahagian kaki sewaktu bermain papan selaju,? ujarnya yang terkenal de?ngan teknik lompatan Pop yang tinggi.

Selain rekaan luaran yang elastik dan menarik, bahagian dalaman kasut Matt Miller S juga direka dengan ciri-ciri selesa dengan menggunakan lapisan kusyen menerusi teknologi khusus untuk produk tersebut iaitu OrhoLite. Kusyen dalaman itu juga memberi keselesaan maksimum kepada pemakai.

Tapak kasut Matt Miller S juga di?cipta dengan rekaan Pill Pattern yang merupakan inovasi DC untuk me?ngukuhkan cengkaman pada papan selaju. Miller juga terlibat dalam pembikinan rekaan kasut tersebut bersama pasukan reka bentuk DC agar menepati kriteria dan citarasanya.

Dalam siri jelajah DC Defyconvention, sembilan pemain papan selaju pasukan DC berkunjung ke empat buah negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Selain Matt, Wes Kremer, Evan Smith, Felipe Gustavo, Tommy Fynn dan Kota Ikeda merupakan antara nama-nama besar dalam arena papan selaju antarabangsa daripada pasukan DC terlibat dalam siri jelajah itu.

Demonstrasi


kasut DC Matt Miller S direka dengan dua warna berbeza iaitu biru dan hitam yang pastinya menjadi pilihan pemain papan selaju tempatan.

Sempena pelancaran kasut itu, pengedar barangan DC di Malaysia, RSH (Malaysia) Sdn. Bhd. turut menganjurkan acara bertemu peminat dan demonstrasi kemahiran papan selaju di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pengurus Kanan Bahagian Penjenamaan RSH (Malaysia) Sdn. Bhd., Alicia Au Yong membe?ritahu, kasut Matt Miller S merupakan antara produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh DC sepanjang 20 tahun jenama tersebut berada di pasaran dunia.

?Matt Miller merupakan seorang pemain papan selaju yang mempunyai stail tersendiri tidak kira daripada aspek fesyen atau skil permainannya. Pastinya kasut ini akan menjadi tumpuan para pemain papan selaju tempatan kerana Miller mempunyai pengikut ramai di seluruh dunia.

?Sukan ekstrem terutamanya papan selaju semakin popular di Malaysia. Pihak kami yakin bahawa pemain sukan ini akan menggunakan kelengkapan berkualiti yang dilengkapi dengan teknologi kasut yang terbaik untuk mereka. Kasut Matt Miller S pastinya menjadi pilihan tepat untuk pemain papan selaju,? ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Kasut DC Matt Miller S boleh didapati di Butik DC, cawangan Royal Sporting House, butik Studio R, butik Stadium dan pengedar yang sah pada harga RM339. Maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/dcshoes.my.


View the original article here

Rentasan karier Anaabu, Nur Safira


Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my Nur Safira dan Ana ialah bakat mentah industri fesyen yang masih digilap keistimewaannya.

?KALAU kita terlalu memandang tinggi orang lain, kita akan lupa dengan apa yang kita miliki. Jangan pandang rendah kemampuan diri,? kata Farhanah Abu Samah itu untuk dirinya sendiri.

Ketika dia diselubungi kekecewaan dan hampir putus asa, Farhanah atau akrab dengan nama Ana mengingatkan dirinya bahawa setiap individu itu ada keistimewaannya.

Bagi Ana, hanya ada pilihan tunggal untuk melakar kejayaan iaitu meneruskan usaha dan menitip percaya penuh pada diri sendiri.

Pada usia 26 tahun, berpandukan gerak hati dan keyakinan, Ana yang mendukung jenama Anaabu kini selesa di landasan karier pilihannya.

Gadis mana tidak mengenali Anaabu? Popularitinya di laman sosial sejak empat tahun lalu pernah meledakkan fenomena dalam kalangan fesyenista.

Bermula secara kecil-kecilan dengan menjual baju-baju terpakai ibunya secara dalam talian pada penghujung tahun 2009, dia berjaya meraih perhatian masyarakat.

Ketika itu, Ana merupakan pelajar semester akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak.

Kerja sampingan ?suka-suka? itu diusahakan Ana secara solo. Kebetulan, item preloved (barangan atau pakaian terpakai) sedang menjadi trend hangat. Kesempatan itu digunakan Ana sepenuhnya. Dia yang bertanggungjawab memilih item untuk dijual, memberi idea suai padan dan menggayakan sendiri semua helaian itu.

Usai graduasi, haluan kerjaya Ana masih terarah kepada kelulusan akademiknya. Maka, menganggurlah anak kelahiran Kuantan, Pahang itu selama enam bulan sebelum dipanggil bekerja bersama Petronas.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh menganggur itu, Ana banyak mengisi waktunya dengan berkunjung ke kedai-kedai pakaian terpakai (bundle). Di situ, dia memilih dan menjual semula helaian-helaian vintaj kegemarannya.

Mungkin pengalaman zaman kanak-kanak yang sering mengikut bapa menjual barangan terpakai di pasar malam banyak menajamkan kemahirannya memilih item terbaik.

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila hanya dalam masa enam bulan, baju-baju yang dijual di blog Anaabu laris dan mendapat permintaan tinggi. Namun, demi masa depan lebih terjamin, Ana memilih untuk bekerja sebagai jurutera.

Meskipun mempunyai pekerjaan tetap, dia masih aktif membuka gerai di bazar-bazar pada hujung minggu. Kekerapan penyertaannya itu mempertemukan Ana dengan ramai individu yang berkongsi minat dan visi serupa.

Bermulalah perancangan bisnes pakaiannya yang bermacam-macam. Dilemanya memuncak ketika sedang menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Hanya sempat menyudahkan satu semester, Ana nekad memilih bisnes bajunya sebagai profesion sepenuh masa. Keputusan berat itu dibuat selepas menimbang tara potensi dan kata hatinya.

?Biarlah tidak menerima gaji bulanan secara tetap asalkan saya dapat melakukan sesuatu yang melapangkan dada dan membahagiakan jiwa,? katanya.

Pada peringkat awal, ibunya agak menentang dan mahu Ana bekerja dalam bidang profesional. Ayahnya pula yang kini mengusahakan kedai donat di Texas, Amerika Syarikat sangat menyokong pilihan Ana itu.

Berbekalkan modal hasil jualan di bazar-bazar yang disertai sebelum ini dan bantuan daripada keluarga, Ana membina jenamanya secara berperingkat-peringkat sehingga dia berjaya membuka kedai pertamanya pada Januari tahun lalu.

Cita rasa

Pencapaian berperingkat-peringkat yang dilaluinya menyebabkan Ana tidak menyesal dengan pilihannya. Risiko yang diambil ketika berhenti kerja dulu dirasakan sangat berbaloi.

Biarpun bermula agak perlahan, lama-kelamaan bisnesnya semakin stabil. Baginya, setiap usaha memerlukan kerja keras dan jika dilaksanakan bersungguh-sungguh, insya-Allah pasti berjaya.

?Sekarang saya fokus kepada pengukuhan imej termasuk penjenamaan semula. Perancangan kini lebih kepada membina label dengan rekaan sendiri. Jika dulu saya hanya bergantung kepada pakaian yang dibeli dari luar, kini saya sudah berjinak-jinak dalam rekaan pakaian.

?Item yang ditawarkan juga tidak mengikut trend semasa kerana saya lebih gemar mewujudkan gaya tersendiri. Anaabu adalah tentang keunikan dan item di sini dipilih berdasarkan cita rasa peribadi saya.

?Seronok bila melihat orang lain mengenakan idea saya dalam persalinan mereka. Matlamat Anaabu juga sebenarnya condong terhadap penciptaan gaya hidup dengan produk yang dihargai orang,? penuh isi bicara Ana ketika ditemui Stailo di butiknya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu juga tidak mengehadkan itemnya kepada kelompok tertentu sahaja. Setiap item tawaran Anaabu bebas dieksperimentasi wanita tanpa dibatasi agama, bangsa mahupun usia.

Kesederhanaan menjadi kunci gaya label Anaabu. Item yang diperbaharui sebulan sekali di butiknya itu turut meliputi helaian ringkas seperti skirt fabrik kapas, kemeja berpotongan besar dan seluar berpotongan longgar/bercawat geleber yang merupakan antara helaian paling popular.

Inisiatif bergelar pereka kepada pakaian labelnya sendiri dimulai dengan kolaborasi bersama sepupunya, Nur Safira Syukri. Projek bermusim itu menyaksikan penghasilan dua rekaan dinamakan Eleanor dan Heidi di bawah koleksi AnaabuxSafiraSyukri.

Eleanor menampilkan skirt berpotongan duyung menggunakan material kapas bersulamkan lapisan dalaman (lining) untuk rekaan scallop, leaves dan classic.

Skirt Eleanor turut didatangkan dalam material broked dan labuci bersama variasi warna ceria seperti hijau dan ungu. Skirt Heide pula ditumpukan kepada rekaan anggun dengan potongan pinggang tinggi bersama baju ringkas menggunakan rona tanah.

Koleksi paduan Ana dan Safira itu dijual secara berasingan dengan skirt Eleanor ditawarkan pada harga RM249 manakala skirt Heidi dijual pada harga RM169.

Kesemua item itu boleh didapati di butik Anaabu atau dibeli secara dalam talian menerusi Fashion Valet. Item lain Anaabu pula ditawarkan pada lingkungan harga RM60 hingga RM150 melingkungi sandal, baju, skirt dan seluar.

Misi Safira

Sementara itu, Nur Safira yang kini aktif mempromosikan gelaran eponimnya, Safira Syukri RTW juga giat membina nama di persada fesyen tempatan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Fesyen) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu sebenarnya wajar diberi perhatian. Kejayaan awalnya adalah selepas memenangi tempat kedua pertunjukan fesyen pelajar tahun akhir jurusannya pada Januari lalu.

Langkahnya terus maju selepas menyertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2014 di bawah kumpulan UiTM8 pada Jun lalu.

Nur Safira kini masih membentuk dirinya sebagai pereka muda dan sedang berkhidmat sebagai konsultan imej di sebuah syarikat media tanah air. Begitupun, dia tetap aktif mereka helaian sedia pakai yang mempunyai perlambangan dan karakteristik tersendiri.

Memilih untuk bekerja sepenuh masa sebagai konsultan imej memberikan peluang kepada anak sulung daripada tiga adik-beradik itu untuk membina kenalan di pelbagai peringkat.

Ceritanya, dunia sebagai perunding tata gaya sangat berbeza dengan pereka fesyen. Profesion tetapnya kini terarah kepada keperluan komersial manakala pereka fesyen lebih tertumpu terhadap permintaan pelanggan.

Mengakui bahawa kerjayanya kini sangat membantu dalam pembinaan kemahiran industri fesyen, Nur Safira berasa beruntung kerana dapat merasai pengalaman dalam dua lapangan yang berbeza.

Bagaimanapun, mereka pakaian masih menjadi pilihan hatinya. Justeru, dia sanggup meluangkan hari-hari cutinya menghasilkan rekaan baharu dan bertemu klien semata-mata mahu memperkenalkan jenamanya ke peringkat lebih tinggi.

?Jenama saya dalam proses pembangunan dan masih mengenal pasti sasarannya. Arah tuju telah saya ketahui dan disebabkan itu, label saya banyak menumpukan kepada helaian kasual khususnya pakaian sedia pakai.

?Rekaan sarat bukanlah fokus saya dan jika adapun ia akan dihasilkan secara minimum. Namun, perincian eksklusif itu tetap ada,? kongsi Nur Safira.

Biarpun masih hijau dalam industri ini, Nur Safira sudah menetapkan pencapaian besar dalam kariernya.

Melihat kepada industri pakaian sedia pakai berkembang dan diterima kelompok besar masyarakat Malaysia adalah keinginan dominan wanita berasal dari Rawang, Selangor ini.

Nur Safira berpendapat, mungkin disebabkan kos dan kekangan material, industri pakaian sedia pakai yang diusahakan pereka tempatan kurang mendapat sambutan.

Orang kita dilihat hanya menggunakan khidmat pereka fesyen apabila mahu menempah pakaian eksklusif untuk resepsi perkahwinan atau perayaan.

Pakaian harian ciptaan pereka tempatan kurang diberi perhatian. Tidak dinafikan, industri pakaian sedia pakai sudah pun membangun, cuma Nur Safira mahukan ia lebih maju pada masa akan datang.


View the original article here

Kesederhanaan Milymaryam



MATERIAL satin berkilat menghidupkan gaya elegan.

PEMAKAIAN tudung yang bersesuaian dengan gaya hidup wanita kontemporari dewasa ini amat dititikberatkan oleh kaum Hawa. Selain memenuhi tuntutan agama, tudung yang mempunyai corak moden dan material berkualiti tinggi turut menjadi pilihan untuk digayakan sama ada bagi tujuan ke tempat kerja, majlis keraian ataupun ketika berada di rumah.

Menyedari kepelbagaian cita rasa wanita hari ini, seorang suri rumah berasa terpanggil untuk memulakan perniagaan tudung berskala sederhana. Semuanya bermula daripada pertanyaan rakan-rakan tentang tudung yang dipakai oleh Nik Zaleha Nik Ismail ketika menghadiri beberapa majlis di rumah jirannya.

Eksklusif


WARNA tanah seperti coklat karamel ini menyuntik kesederhanaan.

Justeru, Nik Zaleha memutuskan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan tudung secara serius. Di bawah label Milymaryam, ibu kepada empat cahaya mata itu mengeluarkan rekaan baharu setiap tiga atau empat bulan sekali.

Setiap rekaan juga terhad kuantiti keluarannya bagi memberikan nilai e?ksklusif kepada pemilik. Sebelum ini, tudung Milymaryam banyak menampilkan corak abstrak dan elemen kulit haiwan seperti harimau bintang.

Demi memastikan rekaannya selari dengan trend semasa, Nik Zaleha sendiri mencari rujukan dan melakukan penyelidikan berkaitan rekaan, material dan trend Muslimah terkini.

Bagi memenuhi permintaan pe?langgan, Milymaryam juga menerima tempahan berdasarkan rekaan dan corak tersendiri untuk mereka yang mahu bergaya ke majlis seperti resepsi perkahwinan, khatam al-Quran, berzanji dan sebagainya.

?Antara koleksi istimewa Milymaryam ialah tudung dengan taburan batu Swarovski dan kristal. Secara keseluruhannya, setiap rekaan Milymaryam sesuai digayakan oleh semua wanita daripada peringkat umur berbeza. Diharapkan ia dapat memenuhi cita rasa wanita sama ada mereka merupakan suri rumah, pelajar atau wanita ber?kerjaya,? jelas Nik Zaleha.

Koleksi


TUDUNG rona ungu lembayung ini sesuai dipadankan bersama dres labuh.

Empat koleksi yang ditawarkan ?Milymaryam terdiri daripada selendang renda, tudung hajjah glitter, selendang kapas Itali dan tudung separa bulan (halfmoon) Amily. Selendang renda Milymaryam disediakan dalam lima variasi warna menarik bersama kemewahan renda yang dijahit rapi dan kemas. Tudung bersengkuap lembut dan menutup dagu pada hajjah glitter pula memberikan keselesaan dan menambah seri penampilan anda.

Selendang kapas Itali bersama lima corak menawan juga istimewa kerana ia boleh disesuaikan mengikut pelbagai gaya. Penggunaan material lembut dan sejuk pada tudung ini turut memberi keselesaan berpanjangan kepada anda. Mereka yang gemarkan gaya elegan boleh memilih tudung bersengkuap Amily. Menerusi 10 pilihan warna yang cantik, tudung ini diperinci bersama batu Swarovski bagi memberi kilauan indah, sekali gus menyuntik keyakinan si pemakai.

?Saya memang suka menggayakan tudung dengan pelbagai kaedah dan corak. Walaupun tidak mempunyai asas tentang fesyen Muslimah, namun bersandarkan pemerhatian dan pembacaan saya tentang dunia fesyen hari ini, saya mampu memilih tudung untuk dipakai secara harian,? kongsi Nik Zaleha. ? ALIF ABU BAKAR


View the original article here

Magnetik Pipi Razi dan Arif Johari


Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my PUBLISITI Pipi (kanan) dan Arif dilaman sosial banyak meningkatkan imej dan jenama mereka.

PENANGAN laman sosial seperti Instagram berjaya meningkatkan publisiti dua jejaka tempatan, Mohd. Nor Afifi Mohd. Razi dan Muhammad Arif Mohamed Johari dalam bidang peragaan.

Mohd. Nor Afifi atau ter?kenal menerusi nama Pipi Razi, 26, dan Muhammad Arif yang intim dengan nama Arif Johari, 24, merupakan bakat ranum industri fesyen tempatan yang sedang meniti populariti di laman sosial.

Kombinasi wajah tampan dan susuk tubuh yang tegap menjadikan Pipi dan Arif fenomena Instagram dalam kalangan anak-anak muda.

Pipi mempunyai pengikut akaun Instagram seramai 16,000 orang manakala Arif mencecah 5,000 orang dan mereka pada awalnya hanya dua lelaki biasa yang mempu?nyai pekerjaan tetap.

Hanya selepas menyertai pertandingan pencarian model lelaki, HIM by Hatta anjuran pereka fesyen tanah air, Hatta Dolmat, pergerakan Pipi di laman sosial diperhatikan.

Penyertaannya pada bulan April lalu itu berjaya membawanya sehingga ke peringkat akhir dengan memenangi tempat keempat dan Anugerah Khas Lelaki Pilihan bagi majalah InTrend.

Dalam dunia realiti, Pipi masih meneruskan kerjayanya dalam dunia telepemasaran. Dek kerana minatnya terhadap dunia peragaan begitu mendalam, Pipi yang berasal dari Kota Tinggi, Johor sanggup mengorbankan cuti hujung minggu demi memenuhi tawaran sesi fotografi.

Impak HIM by Hatta cukup besar kepada Pipi. Tawaran fotografi dan undangan sebagai model pentas peragaan kian lebat. Malah, dia turut dilayangkan peluang sebagai pelakon oleh seorang pengarah tempatan. Namun, minatnya untuk bergelar model profesional lebih menebal berbanding bidang lakonan.

?Tawaran lakonan itu saya tolak dengan baik. Masih ba?nyak impian dalam dunia peragaan yang ingin saya tunaikan. Antaranya, menyertai pentas peragaan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dan menyarungkan busana pereka-pereka tersohor negara,? kongsi Pipi ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Tuah

Tuah Arif pula datang selepas dia dinobatkan sebagai juara pencarian lelaki kulit depan majalah Men's Health Malaysia. Tempiasnya juga menguntungkan. Arif mula dipanggil untuk sesi fotografi fesyen dan dia sama seperti Pipi apabila menolak tawaran berlakon yang diterimanya.

?Sekarang saya bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya sukakan kerja saya dan bidang peragaan ini ha?nyalah hobi sampingan. Fokus saya masih terhadap pekerjaan tetap dan tidak merancang untuk melakukan peragaan sebagai kerjaya profesional.

?Secara peribadi, saya jadikan pengalaman bidang peragaan sebagai ruang menambah kenalan dan mempertingkatkan jaringan perhubungan.

?Seandainya kelak pendapatan peragaan mampu menampung kehidupan saya lebih daripada apa yang saya peroleh daripada pekerjaan sekarang, mungkin saya akan pertimbangkan menukar kerjaya,? kata Arif.

Perkembangan karier peragaan kedua-dua lelaki itu diakui banyak dilancarkan oleh Instagram. Sebelum popular secara komersial lagi, Pipi aktif berkongsi gambarnya di Instagram. Sesekali, dia ?meman?cing? orang dengan memuat naik foto tidak berbaju bagi menunjukkan ketegapan tubuhnya.

Rata-rata yang meninggalkan komen pada foto seksinya pula adalah golongan remaja perempuan yang memuji-muji ketegapan dan ketampanan milik Pipi. Tidak rimas dengan situasi tersebut, Pipi sebaliknya berasakan komen-komen pengikutnya sebagai kata-kata sema?ngat untuk menjadi lebih berjaya.

Malah, dia juga menapis setiap gambar yang dimuat naik. Baginya, berkongsi gambar tidak berbaju adalah sebahagian daripada kerjayanya sebagai model separuh masa.

Spornoseksual

Tambahan pula, merakam selfie bersama hashtag #OOTD (Outfit of the Day) memang menjadi kegemarannya. Bezanya, Pipi mahu menggabungkan kesepadanan tubuh tegap dan fesyen dalam sekeping gambar.

?Komen-komen tidak semenggah saya buang dan pemilik akaun tersebut akan saya sekat supaya mereka tidak boleh lagi mengakses akaun Instagram saya,? jujur Pipi memberitahu.

Begitu juga Arif yang apabila berkongsi gambar di Instagram, akan memastikan ia tidak terlalu seksi dan mengundang cakap-cakap tidak baik dalam kalangan pengikutnya.

Kapsyen gambar juga dipastikan tidak berlebihan. Arif tidak peduli jika orang lebih menilai dirinya berdasarkan tubuh kerana yang dijajanya bukanlah fizikal semata-mata tetapi keseimbangan menyeluruh meliputi pengetahuan dan kematangan fikiran.

Arif juga sedar, terdapat persepsi negatif segelintir orang terhadap pengguna Instagram sepertinya yang kadang-kadang berkongsi foto-foto tidak berbaju. Namun, dia lebih suka mengabaikan penilaian seperti itu termasuk komen-komen yang ditinggalkan pengikutnya pada setiap gambar.

?Saya jarang membaca komen-komen orang tapi saya pantang bila segelintir individu ?berbual? bersama rakan mereka pada ruangan komen gambar di Instagram saya,? tegas Arif ringkas.

Jika diperhatikan dari luar, Pipi dan Arif bolehlah dikategorikan sebagai lelaki spornoseksual iaitu gelaran moden kepada lelaki yang menitikberatkan faktor penjagaan badan dan gemar berkongsi foto tidak berbaju di laman sosial untuk tatapan umum.

Kedua-duanya menyifatkan ia sebagai satu gelaran positif dan berpesan kepada mereka yang terganggu dengan situasi tersebut untuk tidak mengikut mana-mana akaun Instagram individu spornoseksual. Tambah Arif: ?Kalau tidak suka jangan tengok. Ia semudah itu.?

Senaman

Menyentuh rejim senaman pula, Arif mendedahkan bahawa dia perlu ke gimnasium sebanyak tiga hingga lima kali seminggu dengan memperuntukkan maksimum satu jam bagi setiap sesi. Arif menumpukan kepada senaman berat seperti mengangkat bebanan besi dan tidak melakukan sebarang senaman kardio.

Dia aktif bersenam di gimnasium kira-kira tiga tahun lepas ketika me?nuntut di pusat pengajian tinggi di Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat. Kepuasan Arif mendapatkan tubuh tegap adalah apabila berdiri di depan cermin, dia berasa lebih yakin. Tubuh kurusnya dahulu membuatkan dia malu untuk bergaul dengan orang ramai.

Pipi pula melakukan senaman berat di gimnasium sebanyak empat hingga lima kali seminggu. Setiap sesi diperuntukkan selama dua hingga tiga jam setengah yang turut melibatkan latihan spesifik lain.

?Sebelum ini, tubuh saya agak gempal. Bila berbadan tegap, memakai apa-apa baju pun, ia tampak terletak dan segak,? ujar Pipi yang pernah menjadi model untuk produk Auramen dan iklan YouTube L'oreal.

Bagaimanapun, Pipi dan Arif tidak menjalankan sebarang diet pemakanan tertentu bagi menjaga tubuh mereka. Sebalik?nya, mereka hanya mengelakkan mengambil makanan segera dan minuman bergas.


View the original article here

Kasut potongan kaki wanita Asia


Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARIA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my

Mengikut keluarga yang bekerja ke luar negara iaitu Bosnia pada tahun 2000 memberi pelbagai pengalaman menarik dan manis kepada Nor Hidayah Hassan.

Walaupun ketika itu baru berusia 14 tahun, menetap di kejiranan berhampiran kilang kasut selama lima tahun telah membuka hatinya untuk mendalami teknik pembuatan kasut.

Ini kerana, pekerja-pekerja kilang itu merupakan mereka yang mahir dalam menghasilkan kasut berkualiti tinggi untuk jenama antarabangsa.

Lebih mesra dipanggil Hidayah, selama lima tahun di Bosnia, dia fasih berbahasa Croatia dan Serbia memudahkan pergaulan dengan masyarakat di sana.

?Saya teruja melihat para pekerja itu yang membuat kasut secara manual dengan teliti dan halus. Kemampuan mereka menghasilkan kasut yang cantik telah menimbulkan minat saya untuk mendalami bidang tersebut,? katanya yang kini berusia 27 tahun.

Hidayah kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan dan Perbankan di England pada tahun 2005. Di sana, dia berpeluang menjelajah benua Eropah dan pada masa sama membeli pelbagai kasut untuk dipakai sendiri.

Formula

Ekoran banyak membeli kasut termasuk rekaan kasut tumit tinggi dan rata daripada pelbagai jenama terkenal, dia akhirnya mula mengetahui kelebihan dan keunikan sesuatu rekaan kasut.

Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu telah menemui formula untuk menghasilkan kasut yang cantik dan selesa dipakai. Akhirnya, dia nekad menampilkan jenama kasut impiannya, Cipela Couture (Cipela) sekembalinya ke tanah air pada tahun 2011. Perkataan Cipela dalam bahasa Croatia dan Serbia bermaksud kasut.

?Kebanyakan pereka fesyen di Barat tidak mengambil berat mengenai sifat semula jadi bentuk kaki manusia. Akibatnya, ramai yang menderita kesakitan ketika menyarungkan kasut yang cantik semata-mata untuk kepuasan diri dan mendapat pujian orang ramai.


HIDAYAH menunjukkan dua rekaan kasut eksklusif yang menggunakan fabrik kain songket Terengganu (kanan) dan batik asli Kelantan.

?Sesetengah tapak bahagian dalam kasut tumit tinggi pula keras kerana dihasilkan menggunakan mesin berbanding kasut buatan tangan yang mempunyai tekstur lebih lembut ekoran kesan lenturan ketika proses pembuatannya. Inilah rahsia kejayaan Cipela di pasaran Malaysia,? jelas Hidayah ketika ditemui di butiknya di Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, kebanyakan kedudukan jari kaki wanita Malaysia adalah terbuka kerana kebiasaan memakai selipar sejak kecil. Keadaan itu menyebabkan anak jari kaki terkeluar dari tapak kasut setiap kali memakai sandal terbuka. Pemandangan itu secara tidak langsung menggagalkan pesona seorang wanita. Wanita Asia sebaik-baiknya menggayakan kasut dengan bahagian hadapan tertutup supaya menampakkan kekemasan jari kaki.

Berpandukan kepada kesesuaian itu, kebanyakan kasut Cipela direka dengan bahagian hadapan tertutup dan tapak dalam kasut digunakan berbentuk D yang lebih lebar.

Selain itu, beberapa rekaan yang dihasilkan pengusaha muda itu menggabungkan elemen seni khazanah kontemporari. Dua rekaan eksklusif Cipela ialah kasut tumit tinggi menggunakan fabrik kain songket Terengganu dan kasut bertapak tebal batik asli Kelantan.

Gabungan istimewa tersebut harganya mencecah ribuan ringgit kerana ketulenan fabrik dan kualiti bahan digunakan. Kedua-dua kasut dengan ketinggian tapak empat inci itu turut dihiasi tiga butir batu Swarovski dengan setiap satunya mencecah harga RM300.

Hidayah memberitahu, signatur Cipela terletak pada penggunaan lapisan kulit kambing yang diselitkan dalam kebanyakan rekaannya. Warna-warna fabrik yang digunakan juga terdiri daripada tona terang yang lebih menonjol.

Menghasilkan produk terbaik, Hidayah menyediakan perkhidmatan tempahan kasut mengikut rekaan dan corak yang dikehendaki pelanggan. Ujarnya, proses paling rumit adalah memindahkan lakaran atas kertas kepada proses pemotongan paten dan menjahit.

?Kebanyakan corak dan rekaan diilhamkan daripada karakter orang di sekeliling saya. Sebagai contoh, rekaan polka dot melambangkan karakter segelintir teman rapat yang suka berdrama. Saya juga ada membuat sepasang kasut bertapak tebal inspirasi daripada penyanyi dan ikon kesayangan saya iaitu Yuna. Bahagian tapak tebal kasut ini mempunyai sentuhan bintik-bintik kecil yang berwarna-warni sesuai dengan perjalanan karier beliau.

Antigelincir


Cipela menawarkan lebih 30 rekaan kasut mewah.

?Namun, melakar idea pada sekeping kertas lebih mudah berbanding menghasilkan rekaan sebenar. Malah, proses menjadi semakin rumit jika rekaan terdiri daripada tali bersilang yang perlu dipindahkan kepada fabrik untuk potongan sebenar,? jelasnya yang telah menghasilkan kira-kira 40 rekaan kasut mewah sejak tiga tahun lalu.

Sehingga kini, Cipela menawarkan koleksi kasut untuk kegunaan harian, acara petang, kasut pengantin dan aktiviti santai menerusi Cipela Espadrilles. Bagi penggayaan setiap hari, fabrik kulit kambing dan tapak kasut antigelincir diketengahkan. Antaranya, kasut Zana Peep-toe, kasut rata Hana 2.0, kasut tumit rendah Elayza, polka dot Wani bertali belakang dan kasut bertapak tebal Paris. Kebiasaannya, kasut bertapak tebal dicadangkan untuk acara-acara petang kerana ia cantik apabila dipadankan dengan dres atau skirt. Harga kasut bermula dari RM200.

Bagaimanapun, kasut bertapak tebal dengan rekaan kerongsang kristal di bahagian hadapan kasut sesuai digayakan untuk acara persandingan. Kasut tersebut dibuat menggunakan fabrik mewah satin dan pelapik kulit kambing. Sepatu elegan itu disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan ros merah jambu pada harga RM320 sepasang.

Sementara itu, kasut Cipela Espadrilles ditawarkan dalam empat rekaan iaitu kasut rata Crochet Espadrilles, kasut tapak tebal Espadrilles, Ribbon Denim Espadrilles dan kasut Espadrille bercorak untuk lelaki. Kasut ini dijual pada harga bermula dari RM68 hingga RM78.

Di samping menyediakan puluhan rekaan kasut buatan tangan, Hidayah juga memperkenalkan barisan pakaian Hidy Collection menggunakan fabrik kapas dan linen sebagai pelengkap penampilan golongan wanita.

?Hidy Collection dibahagikan kepada kategori iaitu HidyEssence yang merupakan koleksi tunik asas, tunik dengan gandingan corak dan rekaan fabrik (HidyFusion), tunik edisi terhad (HidyExclusive) dan tunik dengan rekaan yang berpadanan potongan badan wanita bersaiz besar (HidyLoveYourCurve).

?Kesemua rekaan baju ini menggunakan konsep kurta dengan elemen sulaman di bahagian leher dan tangan. Beberapa pakaian turut diperincikan dengan sulaman bersegi dan bunga-bungaan,? jelasnya rekaan-rekaan tersebut ditawarkan pada harga antara RM80 sehingga RM350 sehelai.

Rekaan yang dihasilkan oleh Hidayah turut mendapat permintaan pembelian secara dalam talian daripada pelanggan luar negara seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.


View the original article here

Eksperimentasi corak Helwa Abaya


Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my
KOLEKSI abaya etnik memfokuskan kepada penerapan reka corak batik berkualiti tinggi.

MISI untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan mempergiatkan dakwah terhadap tuntutan menutup aurat dalam kalangan wanita telah mewujudkan Helwa Abaya.

Label milik Fifi Afiyah Alkathiri, 29, itu memfokuskan kepada barisan abaya yang lengkap bersama tudung atau selendang eksklusif.

Kesungguhan Fifi untuk mengembangkan kefahaman wanita terhadap kepentingan menutup aurat dalam berfesyen seiring pembangunan fesyen muslimah.

Bagi mengajak kaum Hawa untuk menyarungkan helaian labuh, longgar dan menepati syariat Islam memerlukan kreativiti kerana wanita masa kini amat peka terhadap trend semasa.

Maka, dalam setiap helaian Helwa Abaya telah disadurkan elemen stailo, unik dengan reka corak segar dan warna-warna elegan. Koleksi baharu yang dilancarkan selang dua bulan oleh Fifi itu banyak bereksperimen dengan corak flora, simetri, geometri, dedaunan dan sulaman.

Peletakan corak-corak tersebut boleh ditemui sama ada pada bahagian bawah, depan atau belakang jubah. Bagaimanapun, reka corak Helwa Abaya tidak sarat dan masih mengekalkan kesederhanaan si pemakai.

Pemilihan warna hitam selaku asas setiap koleksi juga menjadikan ia helaian penuh elegan dengan kelas tersendiri. Bagi memberi kepelbagaian, setiap rekaan digabungkan bersama warna bersesuaian seperti rona gangsa dan coklat.

Elegan


HELWA Abaya menyediakan set lengkap abaya bersama tudung atau selendang dalam setiap koleksinya.

?Berdasarkan sejarah pemakaian abaya di Asia Barat, hitam merupakan warna yang paling praktikal bagi menutup aurat wanita. Meskipun cuaca di sini kurang sesuai dengan warna ini, ia tetap menjadi pilihan utama wanita kerana hitam adalah simbol elegan.

?Tambahan pula, material teras jet black memberikan pengudaraan kepada si pemakai tanpa memerlukan pelapik dalaman. Fabrik ini seakan-akan kapas, cuma ia agak berat tetapi masih beralun ketika bergerak,? jelas Fifi ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Berjaya mengeluarkan kira-kira 40 rekaan abaya sejak ditubuhkan pada Oktober tahun lalu, Helwa Abaya kini sedang giat mempromosikan dua koleksi baharunya iaitu abaya etnik.

Menerusi koleksi ini, wanita boleh memilih sama ada mahukan reka corak batik dengan kombinasi warna hitam dan jingga ataupun merah manggis bersama coklat. Ia menggunakan batik berkualiti tinggi pada pergelangan tangan dan bucu tudung.

Hiasan renda hitam di sekitar lengan berserta perincian reben eksklusif turut menggandakan seri rekaan ini. Helaian berpotongan puteri menggunakan satin kusam berat itu juga menyerlahkan sisi glamor.

Malah, rekaan ketiga yang menampilkan gabungan warna hitam dan coklat juga dikatakan bakal menyusul dalam tempoh terdekat.

Keistimewaan Helwa Abaya juga terletak pada fungsinya. Penambahan zip pada lengan dan dada menjadikan ia praktikal untuk berwuduk dan ibu yang menyusukan anak.

Bukan itu sahaja, pembeli tidak hanya membayar untuk sehelai abaya tetapi turut menerima tudung atau selendang berpotongan lebar yang melengkapi dengan warna dan corak abaya pilihan.

?Kebanyakan jenama pakaian Muslimah khususnya jubah tidak melengkapi tudung dan selendang.

?Inilah kelebihan Helwa Abaya dan setakat ini kami menerima respons positif pelanggan sehingga ke Brunei, Singapura, Thailand, Filipina dan Ukraine,? ujar Fifi yang dulu banyak bergantung kepada abaya import sebelum mampu menjalankan rekaan dan produksi sendiri.


View the original article here

Butik keenam Fareeda di LTSAAS



ORANG ramai berpusu-pusu di hadapan Butik Fareeda di LTSAAS, Subang Jaya, Selangor seawal 8 pagi, baru-baru ini.

ORANG ramai mula berpusu-pusu mengambil nombor giliran sebaik sahaja pintu butik cawangan baharu Fareeda House of Scarf (Fareeda) dibuka pada pukul 9 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang Jaya, Selangor. Sehingga pukul 11 pagi, nombor giliran yang dikeluarkan mencecah 300 dengan kapasiti penjualan dihadkan untuk 700 orang pelanggan pada hari pembukaan butik itu pada 1 November lalu.

Pelanggan yang menunjukkan pas penerbangan diberi keutamaan bagi memastikan individu tersebut mempunyai masa yang cukup untuk memilih dan membeli tudung Fareeda yang diidamkan.

Menurut pelanggan yang berjaya mendapatkan nombor giliran pertama, Nur Ziela Fara Hanis Burhan, 25, dia mula menunggu untuk pembukaan butik tersebut sejak pukul 8 malam pada hari sebelumnya.

?Saya dan beberapa teman yang lain bertolak ke sini selepas Maghrib dan kami tidur di kawasan legar di lapangan ini sehingga butik Fareeda dibuka pada keesokan harinya.

?Saya sememangnya merupakan peminat setia tudung jenama Fareeda dan mempunyai lebih 200 koleksi peribadi. Saya gemar menggayakan tudung Fareeda kerana rekaan menarik dan kemasan jahitan yang selesa ketika dipakai,? jelasnya yang tinggal di Bangi, Selangor.

Nur Ziela tidak melepaskan peluang merebut tawaran harga istimewa sempena pembukaan butik baharu dan membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk lima helai tudung.

Tudung Fareeda pada hari pembukaan itu ditawarkan pada harga istimewa iaitu dari RM120 hingga RM200 sehelai.

Potensi

Pengarah Fareeda Global Resources Sdn. Bhd., Mawar Abdul Karim berkata, cawangan terbaharu itu merupakan rangkaian Butik Fareeda yang keenam selepas enam tahun jenama tersebut diberi kepercayaan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

?Butik Fareeda ini merupakan yang pertama dibuka di lapangan terbang. Lokasi ini dipilih setelah melihat potensi kuasa beli yang hebat dalam kalangan pengguna perkhidmatan pengangkutan udara.

?Selain itu, kami berharap pembukaan Butik Fareeda di sini memudahkan peminat tudung kami dari kawasan luar bandar yang menaiki kapal terbang membeli tudung kegemaran mereka tanpa perlu mengunjungi cawangan lain di pusat bandar,? ujarnya.

Tambahnya, Fareeda dijangka membuka satu lagi rangkaian di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya pada bulan depan dan berkembang ke Brunei dalam tempoh dua tahun lagi.

Mengulas lanjut, Mawar memberitahu, butik baharu itu menyasarkan penjualan tiga paten popular Fareeda iaitu Aisya, Nour Sara dan Nour Sofea.

Tudung Fareeda menawarkan enam corak terbaharu untuk paten Aisya, Nour Sara (15 corak) dan Nour Sofea (35 corak).

?Setiap corak terhad untuk 100 helai tudung sahaja.

?Antara corak tersebut ialah bentuk hati, bunga-bungaan dan harimau bintang,? jelas Mawar.


View the original article here

Estetika fesyen Barbie


Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com AKSESORI kecil seperti beg tangan menjadi pelengkap gaya patung Barbie.

BENANG perak ditenun untuk membentuk corak bunga dengan jahitan yang kemas.Namun, rekaan itu bukan disarungkan di badan gadis-gadis Melayu tetapi pada boneka kecil berketinggian 0.29 meter.

Lebih menarik, di bahagian tengah potongan kebaya Melayu berkain songket itu diperincikan lagi dengan aksesori kerongsang kerawang tiga serangkai atau dokoh sebagai pelengkap gaya tradisional.

Pengumpul patung Barbie, Ilya Qastalanni, 26, berkata, boneka dengan gaya klasik Melayu itu ditemuinya secara kebetulan di kedai menjual barang-barang lama.

?Saya agak bernasib baik kerana secara tidak sengaja menjumpai koleksi patung Barbie berpakaian songket asli berwarna merah dan berbenang perak ketika mengunjungi sebuah kedai terpakai di Kuala Lumpur.

?Tenunan coraknya sama seperti songket biasa tetapi dalam saiz kecil yang disediakan khas untuk boneka ini. Perincian yang lain termasuk dokoh perak dan kasut sarung berwarna hitam.

?Bagi saya, pakaian ini mempunyai nilai estetika yang tersendiri kerana ia merupakan hasil tangan yang halus kerana setiap perincian pada busana saiz biasa berjaya dipindahkan dalam bentuk 1,000 kali ganda lebih kecil.

?Corak tenunan pakaian patung Barbie ini memerlukan pelbagai teknik dan peralatan,? katanya yang membawa beberapa koleksi patung Barbie miliknya ketika sesi temu bual di pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ilya berkata, dia mengumpul patung Barbie Mattel, Inc. sejak tahun 2012 dan kini mempunyai lebih 30 koleksi edisi terhad yang dibelinya menerusi laman web dan butik-butik Barbie.

?Saya meminati fesyen Barbie sejak kecil tetapi hanya mula mengumpul selepas melayari laman web Barbie Collector dan Instagram Barbie Style. Setiap rekaan baju yang dipamerkan mempunyai fokus dalam setiap perincian termasuk aksesori seperti beg tangan, selendang, topi, kamera, bagasi, majalah dan kasut.

?Nilai estetika patung ini terletak pada bentuk muka patung. Koleksi yang paling saya suka ialah patung pasangan Barbie iaitu Ken edisi 1960 yang dikeluarkan semula sempena ulang tahun ke-50 Barbie pada tahun 2009 dan Barbie Malibu edisi 1971.

?Patung-patung ini mempunyai bentuk wajah dan rambut dengan potongan klasik. Rekaan dan warna baju juga memiliki ciri-ciri vintaj,? jelasnya yang mempunyai puluhan koleksi pakaian dan aksesori Barbie.

Antara koleksi lain miliknya ialah patung Barbie berambut perang yang membawa karakter sebagai pegawai perhubungan awam. Patung itu dipakaikan dengan potongan kot merah jambu fabrik bulu kambing biri-biri yang dipadankan dengan singlet hitam berkilat di bahagian dalam dan skirt hitam paras atas lutut.

Boneka itu turut dilengkapkan dengan aksesori subang berwarna emas dan komputer riba.

Inspirasi

Tambahnya, sebagai penggemar patung Barbie, dia turut mendapat inspirasi padanan pakaian harian atau untuk ke majlis-majlis istimewa daripada reka gaya yang dibuatnya pada boneka pada waktu lapang.

?Sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa patung Barbie hanya boneka permainan buat kanak-kanak tetapi bagi saya, selain mengambil kira nilai estetik rekaan pakaian, patung ini menjadi sumber inspirasi dalam penggayaan penampilan.

?Gaya yang direka pada patung Barbie boleh diguna pakai dalam penampilan harian kerana baju-baju dan aksesori mini ini diperbuat daripada fabrik untuk pakaian sebenar seperti jaket kulit, jaket bulu kambing biri-biri, singlet atau baju likra dan denim,? katanya yang bermula sebagai pengumpul patung Barbie edisi Black Label.

Kini, kebanyakan pengamal fesyen turut menggunakan patung Barbie sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan rekaan sebelum diperagakan di pentas peragaan.

Patung Barbie yang mempunyai potongan tubuh badan dan muka seakan-akan model sebenar memudahkan pereka fesyen untuk menggambarkan setiap rekaan apabila digayakan oleh manusia biasa.

Jenama mewah pakaian, aksesori dan minyak wangi dari Itali, Moschino membuat hampir keseluruhan koleksi untuk musim luruh/panas 2015 yang dipentaskan di Persembahan Fesyen 2015 di Milan, Itali pada 18 September lalu mengikut saiz mini patung Barbie.

Kepuasan

Menurut Ilya, keseronokan sebagai pengumpul patung Barbie bukan sahaja mencetuskan idea-idea baharu dalam penggayaan, malah memiliki perincian dan rekaan ditawarkan oleh pereka-pereka fesyen boneka juga satu kepuasan. Selain itu, busana yang dihasilkan mirip pakaian karpet merah yang dipakai ikon kesayangan.

Terkini, koleksi Barbie 2014 di Barbie Collector menawarkan rekaan dres polos Dragon Robe dengan corak dua ekor naga di bahagian badan dan ombak pada potongan duyung yang digayakan oleh aktres China, Fan Bingbing pada Festival Filem Cannes 2010.

Bentuk wajah, warna dan gaya rambut patung Barbie itu turut diubah menyerupai Bingbing pada hari tersebut.

Koleksi Patung Barbie Karl Lagerfeld 2014 oleh pereka Robert Best pula habis dijual dalam tempoh beberapa jam selepas dilancarkan oleh Mattel.

Anak patung Lagerfeld mengenakan jaket hitam yang disesuaikan dengan kemeja putih berkolar tinggi dan seluar jean berwarna hitam.

Patung ini turut dilengkapi aksesori yang memainkan peranan penting sebagai ikon Lagerfeld seperti tali leher, kaca mata hitam, kasut but hitam paras buku lali, sarung tangan hitam dan beg tangan kulit hitam dengan hiasan logam perak.

Koleksi edisi terhad di laman web itu turut menampilkan pakaian watak Scarlett O?Hara dan Rhett Butler dalam filem Gone with the Wind oleh Margaret Mitchell. Selain itu, pereka fesyen terkenal seperti Vera Wang, Givenchy, Versace, Dolce & Gabana dan Gucci pernah membuat pakaian eksklusif untuk patung Barbie.


View the original article here

Jubah korporat mesra solat


Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my
ERNI Dekritawati (kanan) melancarkan label sulungnya sejak Julai lalu.

ENAM rekaan jubah dan dres labuh (mixi) label Wifey C.E.O by Rita ada tarikan tersendiri. Sejak dipasarkan secara dalam talian bermula Julai lalu, pakaian sopan wanita berstail korporat itu berjaya memikat ramai kaum Hawa tempatan.

Menerusi Widad, Wazeera, Wahida, Wasima, Walda dan Wahiba, si pemakai dapat menonjolkan sisi feminin bersalut formaliti anggun. Keenam-enam keluaran C.E.O by Rita yang melambangkan kepimpinan wanita dalam Islam diolah sederhana sama ada dalam reka corak flora, cetakan harimau bintang atau polos.

Pengasasnya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari mengilhamkan jenama tersebut berdasarkan peranan peribadinya sebagai seorang ibu, isteri dan wanita bekerjaya. Dia turut memahami dilema golongan ibu yang sukar menemui pakaian praktikal bagi menyusukan anak.

Justeru, setiap rekaan C.E.O by Rita dilengkapi dengan butang pada bahagian depan bagi memudahkan kaum ibu menyusukan anak. Bukan itu sahaja, pada bahagian lengan pula diperkemaskan bersama zip supaya ia mudah dilipat ketika berwuduk.

Tanpa perincian batuan sarat, jubah dan dres labuh jenama ini lebih menekankan kepada nilai fungsional dan keselesaan berbanding glamor. Penggunaan material likra juga menjadikan setiap helaiannya membalut kemas tubuh wanita.

Warna-warna korporat yang digunakan seperti biru dan ungu dalam rekaan Wasima menyerlahkan kelembutan si pemakai. Rona hitam pada Wazeera dan biru gelap serta kelabu menerusi Widad pula menghidupkan ketegasan wanita.

Mereka yang menggemari cetakan boleh memilih sama ada perhiasan flora dalam Wahida, cetakan harimau bintang (Wahiba) atau cetakan unik lain pada helaian Walda. Kesemua pakaian sesuai digayakan wanita berumur 25 hingga 50 tahun.

?Mungkin kami akan menghasilkan rekaan yang sama dalam warna berbeza. Selain itu, kami juga merancang untuk membuka butik selepas Tahun Baru Cina di sekitar Lembah Klang tahun depan.

?Butik memang diperlukan supaya orang boleh datang untuk melihat dan mencuba sendiri rekaan pilihan mereka terutama pakaian di bawah RM100,? kongsi Erni Dekritawati yang menggunakan nama pendeknya, Rita dalam jenama fesyen sulungnya itu.


View the original article here

Cabaran besar wanita bangunkan keluarga


Peranan sebagai pekerja, ibu, isteri tugas berat perlu sokongan suami Menurut bancian tahun 2010, negara kita mempunyai 28.3 juta penduduk terdiri daripada 14.56 juta lelaki dan 13.77 juta wanita. Merujuk kepada jam populasi Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2014 kita sudah mencecah 30 juta penduduk dan jumlah wanita turut meningkat. Sedar atau tidak, wanita adalah jumlah yang ramai dan memainkan peranan penting dalam menjayakan kelestarian masyarakat. Ada ketikanya wanita memainkan peranan sebagai anak kepada ibu bapanya, isteri, ibu dan ahli masyarakat. Bagi yang bekerjaya, mereka memainkan peranan sebagai pekerja.

Tidak boleh ambil mudah peranan wanita

Dari sudut pandangan Islam, peranan wanita tidak boleh dipandang mudah. Beberapa kata-kata pujangga menyebut, “Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia”, menunjukkan kedudukan serta peranan besar yang dimainkan wanita dalam membangun keluarga serta masyarakat.

Masyarakat mempunyai wanita yang terdidik, beriman dan jelas peranannya adalah masyarakat yang berjaya. Atas dasar itu lahirnya kata-kata hikmah, “Apabila baik wanitanya, baiklah seluruh masyarakat, apabila rosak wanitanya, rosaklah seluruh masyarakat”.
Menjayakan peranan mereka, wanita wajar mengambil berat beberapa perkara penting khususnya menjadi hamba Allah dan khalifah-Nya. Ia mendesak wanita memahami dan meraikan peranan itu dengan mendalami ilmu akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya.

Meletakkan matlamat hidup untuk mendapat keredaan Allah SWT membantu wanita meletakkan kepentingan mengikut turutan yang betul. Sibuk manapun dengan tugas, mereka tidak meninggalkan solat, menjaga pergaulan serta batasan aurat.

Sebagai isteri, wanita adalah teman rapat, penyokong, penasihat, perawat, pengurus dan pembantu suami. Walau setinggi mana jawatan di tempat kerja, wanita sebagai isteri perlu menunjukkan rasa hormat kepada suami sebagai nakhoda keluarganya.

Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah.”

Isteri yang solehah berperanan sebagai pembantu yang menyokong suami dalam semua perkara diharuskan oleh syarak. Kata pepatah, di sebalik setiap kejayaan lelaki tentu ada wanita di belakangnya.

Sebagai ibu wanita berperanan mengasuh, mendidik dan menanam nilai Islam serta nilai murni sejak anak masih kecil. Ibu yang beriman, bijak, cintakan agama dan mempunyai kesedaran keagamaan selalunya akan berusaha memberikan didikan sama kepada anak mereka.

Kepentingan peranan ibu

Kepentingan peranan ibu ditunjukkan oleh Rasulullah dalam sabdanya: “Setiap anak dilahirkan atas fitrah (kesucian agama yang sesuai dengan naluri), sehingga lancar lidahnya, maka kedua orang tuanya yang menjadikan dia beragama Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (Riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Wanita tidak boleh memencil diri dan sibuk menjaga ahli keluarganya sahaja. Mereka perlu terbabit dalam membangunkan masyarakat kerana kehidupan seseorang sebenarnya dipengaruhi oleh masyarakat dan persekitarannya.

Kita perlu mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh wanita bekerja. Dalam kajian dijalankan oleh beberapa pengkaji daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkenaan wanita bekerja, kira-kira 50 peratus daripada 500 responden yang ditemu bual mengakui sebagai isteri dan ibu yang bekerja, mereka menghadapi pelbagai cabaran besar.

Hampir 50 peratus mengakui mereka keluar awal pagi untuk ke tempat kerja dan menghabiskan purata masa antara lapan hingga 10 jam sehari sebelum kembali ke rumah lewat petang atau awal malam. Badan sudah terlalu penat, letih, lesu dan penuh ketegangan.

Antara cabaran dihadapi adalah mengurus anak di rumah terutama yang masih kecil dan bersekolah rendah, menyelia kerja rumah anak, menyelesaikan tugasan rumah tangga seperti menyediakan makan malam, membasuh serta menggosok baju.

Keadaan fizikal dan psikologi yang letih menyebabkan mereka tidak mampu memberi perhatian khusus dan penuh belaian untuk anak serta suami. Ini semua cabaran besar bagi wanita dalam membangunkan keluarganya.

Justeru, pertolongan suami adalah satu perkara besar dalam memastikan kebahagiaan keluarga berterusan dan meringankan beban isteri yang bekerja.

Penulis adalah Prof Madya di Akademi Pengajian islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam


View the original article here

PERODUA AXIA EEV PERTAMA NEGARA BUKA TEMPAHAN


PERODUA AXIA EEV PERTAMA NEGARA BUKA TEMPAHAN Mulai esok, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) membuka tempahan bagi model terbaharunya, PERODUA Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dijual pada harga bermula RM24,900.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata model terbaharu dengan penjimatan bahan api yang mampu dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter, turut ditawarkan dengan fungsi unik dan pada harga berpatutan.

Tawaran terbaharu PERODUA

“Kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke 180 bilik pameran jualan kami di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran terbaharu dan paling menarik daripada kami.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini


View the original article here

Gaza berdarah: Masjid ranap dibedil Israel


Kuala Lumpur: Masjid Al-Qassam bernilai RM1.2 juta yang dibina oleh Aman Palestin, hasil sumbangan dana rakyat Malaysia untuk kemudahan umat Islam sekitar Abbasan al Kabeera, Khan Younis, ranap dibom Israel yang mengganas di Gaza.

Selain masjid dua tingkat yang mampu menampung 3,000 jemaah terbabit, TADIKA yang turut disediakan bersebelahannya juga musnah dalam serangan minggu lalu.

Kediaman penduduk turut dimusnahkan

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, berkata kediaman penduduk berdekatan masjid juga dimusnahkan dalam serangan itu, menjadikan kawasan berkenaan umpama padang jarak.

Beliau berkata, masjid asal di lokasi sama dimusnahkan oleh Israel, juga secara pengeboman di wilayah terbabit pada perang 2008.

Simpati dengan kesulitan umat Islam di situ yang terpaksa bersolat di bawah khemah, Aman Palestin dengan sokongan rakyat Malaysia, mengambil alih pembinaan semula mulai 2010. Masjid Al-Qassam digunakan umat Islam setempat mulai akhir tahun 2013 sebelum perasmian disempurnakan April lalu.

Namun minggu lalu, masjid berkenaan sekali lagi dibom oleh Israel hingga ranap.
Nasib malang itu disedari petugas Aman Palestin di Gaza ketika membuat tinjauan sepanjang tempoh gencatan senjata tiga hari yang berakhir hari ini (semalam), katanya kepada BH.

Awang Suffian berkata, susulan itu, Aman Palestin bertekad mendirikan kembali masjid terbabit demi kemudahan umat Islam setempat dan janji itu sudah disampaikan menerusi CEO Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam.

Usaha membangunkan semula masjid itu akan digerakkan sebaik gencatan senjata panjang dicapai di Gaza, supaya bantuan kemanusiaan lebih mudah dihantar, katanya.

Sumbangan untuk pembinaan semula masjid berkenaan boleh disalurkan menerusi pejabat cawangan Aman Palestin di seluruh negara dengan melayari laman web www.amanpalestin.net atau menerusi akaun Bank Islam: 12029010047880 atau Maybank: 562263010787.

Sukarelawan Malaysia ke Gaza dapat masuk wilayah konflik


KAHERAH: Sukarelawan misi kemanusiaan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia ke Gaza diketuai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) mendapat kelulusan Mesir untuk memasuki wilayah konflik itu awal pagi esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Misi yang juga Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam taklimat misi di Hotel Grand Pyramid di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha.

Misi kemanusiaan dengan 72 sukarelawan itu membabitan sukarelawan Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Sime Darby lantik bank penasihat senarai segmen automotif


Sime Darby Bhd dikatakan sudah melantik beberapa bank penasihat termasuk Maybank Investment Bank Bhd, Deutsche Bank, CIMB Investment Bank Bhd dan Morgan Stanley bagi tujuan penyenaraian bahagian perniagaan automotifnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia seawal tahun depan.

Menurut Bloomberg, bahagian perniagaan itu akan membuat tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangka menjana sekitar AS$900 juta (RM2.88 bilion).

CIMB Research dalam nota penyelidikannya berkata, pihaknya percaya cadangan itu dibuat Sime Darby selepas mendapati ia akan dapat mengukuhkan lagi nilai pemegang saham.

“Kami percaya Sime Darby akan melaksanakannya hanya sekiranya ia dapat menambahkan lagi nilai kepada pemegang sahamnya.

“Kami menilai perniagaan automotif itu pada RM5.3 bilion bersandarkan 12.5 kali harga berbanding pendapatan, mewakili sembilan peratus penilaian ‘sum-of-parts’ kami,” katanya.

Automotif Sime Darby berkembang ketara

Sementara itu, AmResearch berkata bahagian automotif Sime Darby berkembang ketara sejak beberapa tahun lalu, melepasi bahagian perniagaan hartanah untuk muncul segmen perniagaan ketiga terbesar menyumbang kepada pendapatan kumpulan itu.
Pendapatan dan pendapatan sebelum cukai dan faedah (EBIT) berkembang masing-masing 17 peratus dan 32 peratus setahun antara tahun kewangan 2009 dan 2013, katanya.

Ia meramalkan kadar pertumbuhan pendapatan 7.8 peratus setahun antara tahun kewangan 2014 dan 2016, serta pertumbuhan 8.5 peratus dalam EBIT.

Pendapatan bahagian perniagaan itu dijangka mencecah RM20 bilion dalam tahun kewangan 2016.

Unit automotif itu ketika ini menyumbang sembilan peratus nilai aset bersih kumpulan yang dinilai semula sebanyak RM75 bilion.


View the original article here

Guohua kunjungi TPM


Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Naib Presiden Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), Dr Yan Guohua di pejabatnya di sini, semalam.

Kunjungan hormat untuk membincangkan hubungan serta kerjasama Malaysia dan China dalam bidang pendidikan itu turut disertai Pengarah Institut Confucius BFSU, Prof Zhang Xiaohui; Pengarah Bahagian Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa, Prof Li Youwen; Pengarah Pusat Pengajian Melayu, Prof Wu Zong Yu dan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Asia dan Afrika universiti berkenaan, Yang Xiaojing.

Kerjasama BFSU dengan dunia pengajian Melayu terjalin sejak 1961 dengan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di pusat pengajian itu, dan ia berkembang positif dan mendapat sokongan daripada Kedutaan Malaysia di Beijing pada tahun 1994 selain memeterai memorandum persefahaman dengan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1995.

Bermula dengan pengajian di peringkat program, ia diangkat menjadi Pusat Pengajian Bahasa Melayu pada 1996, dan dinaik taraf pada kepada Pusat Pengajian Melayu pada 2006 dengan skop yang lebih luas termasuklah bidang budaya dan sastera.

Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di BFSU ditubuhkan pada tahun 2007 dengan penyandang pertamanya Datuk Dr Awang Sariyan.
BERNAMA

Pegawai wanita bebas tuduhan rasuah


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai wanita di Kementerian Pendidikan hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan rasuah berhubung pemberian projek pembekalan barang keceriaan pejabat bernilai RM26,950 kepada adiknya, lima tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu terhadap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan (sebelum ini dikenali Kementerian Pelajaran), Norrohani Othman selepas mendapati pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Dalam keputusannya, Rosbiahanin berkata mahkamah mendapati wujud keraguan tentang penubuhan Jawatankuasa Perolehan mengenai pelantikan kontraktor yang tidak dapat dijelaskan oleh pendakwaan.

Norrohani, 48, didakwa menggunakan jawatannya untuk melantik perniagaan adiknya Norafidah Othman memberi perkhidmatan membekal barang-barang keceriaan pejabat kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional kementerian itu berjumlah RM26,950.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E14, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada bulan Dis 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada SPRM Amir Hamzah Idris manakala peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim mewakili Norrohani.
Sepanjang perbicaraan itu pihak pembelaan mengemukakan dua saksi manakala pendakwaan memanggil 12 saksi. - BERNAMA

Bank Negara mahu pastikan kemampuan membeli rumah - Zeti


KUALA LUMPUR: Kesan negatif kepada jualan hartanah berikutan peraturan pembiayaan baharu Bank Negara Malaysia (BNM) adalah petanda yang disasarkan.

Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata keadaan itu memang dijangka kerana BNM mahu memastikan kemampuan membeli rumah.

"Permintaan hartanah akan mula meningkat semula sebaik sahaja kemampuan membeli semakin bertambah baik," katanya selepas mengumumkan prestasi suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku kedua di sini, hari ini.

Kelmarin, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meminta kerajaan, khususnya BNM, menilai semula beberapa dasar yang dilihat menyumbang kepada kelembapan pasaran hartanah tempatan ketika ini.

Mengulas lanjut, Zeti berkata, pada masa depan, bank pusat itu akan terus memantau semua perkembangan ekonomi dan kewangan yang memberi kesan kepada peralihan global dalam mudah tunai, seperti ketegangan geopolitik dan pelarasan dasar yang dibuat oleh ekonomi-ekonomi maju.

Beliau berkata di dalam negara, sektor kewangan dinilai kukuh dan berdaya tahan dalam menyokong aktiviti ekonomi domestik.

Mengenai kadar dasar semalaman, Zeti berkata, BNM akan mengkajinya dalam mesyuarat dasar monetari kami bagi melihat risiko kepada inflasi dan serta memantau keadaan untuk mengesan sebarang ketidakseimbangan kewangan yang tidak stabil.
"Bagaimanapun, kadar semasa pada 3.25 peratus masih menyokong pertumbuhan," katanya.

Dalam pada itu, BNM melihat penambahbaikan dalam paras hutang fiskal negara kerana hutang luar kerajaan masih rendah manakala aliran hutang domestik menyederhana.

"Hutang kerajaan sudah berkurangan kepada 53 peratus kepada KDNK berbanding 55 peratus sebelumnya.

"Semua ini adalah petanda positif, jadi kita tidak bimbang dengan prospek negatif ke atas Malaysia oleh Fitch Rating's," katanya.

Mengenai hutang isi rumah, Zeti berkata ia menyederhana bagi enam suku berturut-turut hasil daripada langkah berhemat makro dan mikro bank pusat itu.

Ditanya sama ada bank itu akan memperkenalkan lebih banyak langkah pada masa depan, beliau berkata, jika BNM terlalu ketat ia akan membawa kepada pelarasan berlebihan.

Bagi suku kedua, hutang isi rumah menyederhana kepada 10.3 peratus, menurun pada kadar yang mana BNM berpuas hati dengannya.

Sudah tiba masa PAS henti jadi ‘Joker’


Kemelut Menteri Besar Selangor kini melepasi garisan halus yang memisahkan antara parti dan kerajaan negeri. Di pihak PKR, tindakan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dianggap langkah akhir dalam usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkannya daripada jawatan Menteri Besar.

Dari perspektif politik tempatan, Khalid ialah Menteri Besar yang diangkat daripada calon pakatan pembangkang berikutan kejayaan memperoleh majoriti kerusi pada pilihan raya umum. Namun, apabila beberapa keputusan pentadbiran negeri yang dibuat Khalid dilihat menyanggah prinsip dan agenda parti, Anwar selaku Ketua Umum PKR berasakan perlu menamatkan ‘kekarutan’ Khalid.

Isu yang dikaitkan dengan kegagalan Khalid termasuk perjanjian air dengan Kerajaan Pusat, rampasan Bible versi Melayu dan serbuan tempat ibadat, serta beberapa isu yang didakwa berkaitan kewibawaan beliau, khususnya penyelesaian pinjaman Bank Islam. Berikutan pemecatan Khalid daripada PKR, dari detik ke detik, situasi politik Selangor memperlihatkan aksi percaturan politik yang kian agresif. Tindakan yang dibuat Anwar disusuli langkah serangan balas oleh Khalid.

PKR terpinar sementara

Dalam tindakan reaktifnya, Khalid berjaya memperoleh apa yang diungkapnya sebagai ‘perkenan Sultan’ untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Menteri Besar. Ini membuatkan PKR terpinar sementara waktu. PKR tiada kelebihan itu.

Kemelut ini dengan sendirinya menjadikan PAS sandaran politik untuk semua yang berkepentingan. Khalid tidak boleh mengharapkan simpati DAP yang secara terang mahukan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadikan Menteri Besar menggantikan beliau.

PAS perlu menetapkan pendirian dan keutamaannya. Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sudah membayangkan ketetapan hatinya tidak menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki pula mencadangkan kerajaan konsensus nasional di Selangor, sekali gus mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar.
Kenyataan itu tidak bermakna kedudukan Khalid terjamin dan kemelut selesai dengan mudah. Ada sentimen berbeza ditunjukkan beberapa pihak dalam PAS yang tidak konsisten dengan ketetapan Hadi. Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Dr Abdul Rani Osman dilapor menafikan kenyataan PAS menolak Wan Azizah.

PAS berhadapan situasi sangat mengusutkan. Seolah-olah sekeping kad ‘Joker’, PAS kini ada peranan besar memenangkan suatu pusingan permainan. Di atas kertas, kelihatan PAS selaku kad Joker sudah ada dalam tangan DAP seawal pembabitannya dalam pakatan pembangkang.

Namun, apa yang umum percayai dengan menggunakan perkiraan di atas kertas tidak semestinya berakhir seperti dijangkakan. Aksi pakatan PAS dengan parti politik lain sudah dipertontonkan kepada rakyat beberapa kali. PAS pernah bersatu dengan UMNO (dalam BN) pada tahun 1974. Namun, usia pakatan itu tidak bertahan lebih daripada empat tahun. PAS juga pernah bersama DAP, ADIL dan PRM membentuk Barisan Alternatif (BA). Pakatan itu juga tidak panjang usianya ekoran tindakan DAP meninggalkan BA kerana membantah pendirian PAS yang tidak berganjak daripada perjuangan meneruskan agenda negara Islam.

Melalui kesefahaman bersama DAP dan PKR, PAS menggerakkan sekali lagi percaturan politiknya. Malang, pakatan ini juga kini membayangkan lenyapnya cita-cita politik PAS menumbangkan UMNO (dan BN).

PAS bukan sekeping kad

Seperti aksi pemain yang memiliki kad Joker, mereka hanya menunggu saat akhir untuk memanfaatkan kelebihan kad itu yang ada dalam simpanan. Namun, PAS bukan sekeping kad. Jauh sekali daripada berperanan sebagai Joker. Begitu juga, PAS tidak sewajarnya digunakan atas formula wild card yang dipilih atas elemen keintiman hubungannya dengan pemain atau parti politik yang sama ada berautoriti mahupun berpengaruh.

PAS ialah parti politik yang sudah melangkaui beberapa zaman. Secara formalitinya, usia PAS melangkaui 59 tahun. Jika sejarah disusur lebih jauh, jiwa PAS sebenarnya sudah dihidupkan seawal tahun 1948 oleh Abu Bakar al-Bakir melalui Hiz-bul Muslimin. Perjuangan PAS adalah adunan yang dibentuk daripada beberapa ideologi, pemikiran dan komitmen terutama bersumberkan Ikhwanul Muslimin, Nasionalis, ABIM, malah UMNO sendiri.

PAS tidak berjaya menyingkirkan UMNO menerusi pakatan beberapa kali dengan DAP sebelum ini dan sekarang. DAP sentiasa berkeras dengan Malaysian Malaysia-nya dan tidak akan bertolak ansur dengan agenda negara Islam PAS.

Kekalahan PAS pada pilihan raya 1978 dan kemudian disingkirkan daripada BN lebih dikaitkan dengan isu kepemimpinan dan tidak ada kaitan dengan Malaysian Malaysia atau agenda negara Islam.

PAS wajar melihat kemungkinan gandingannya dengan BN di Selangor sebagai harapan masa depan rakyat yang gemilang secara holistis. Jika tidak, peranan PAS selaku penyelamat pada saat akhir – Joker – mungkin kekal bersama DAP atau PKR.


View the original article here

Puasa sunat Syawal bantu sistem badan kembali normal


Bulan Syawal mengembalikan kita kepada ‘fitrah’ atau kebiasaan kehidupan pengambilan makanan dan juga amalan ibadah di luar Ramadan. Jadi, kesan ‘tarbiah’ di bulan Ramadan bukan hanya pada sudut roh akibat beribadah, fisiologi badan juga turut berubah sewaktu berpuasa.

Kembali kepada kebiasaan dalam keadaan yang tergesa-gesa tidaklah sesuai kepada sistem tubuh kita. Pastinya ada hikmah kenapa Islam sangat menggalakkan umatnya terus berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal bermula Syawal kedua.

Abu Ayyub al-Ansari meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah)

Kesan puasa kepada berat badan

Menurut kajian sains, puasa Ramadan selama 30 hari boleh memberi kesan kepada berat badan dan beberapa parameter fisiologi darah termasuklah perubahan pada paras glukos, urea, kolesterol, trigliserides, LDL kolesterol, dan HDL kolesterol.

Bagaimanapun, tidak semua mereka yang berpuasa Ramadan boleh mendapat kesan baik pada penurunan parameter itu. Ada antara kita berat badannya bertambah sewaktu akhir bulan Ramadan disusuli dengan pengambilan makanan tanpa kawalan ketika berhari raya.
Ini memberi kesan agak buruk kepada sistem pencernaan badan yang telah ‘berehat’ pada siang hari selama sebulan dan terus didedahkan dengan pelbagai jenis makanan serta juadah sebaik sahaja tarikh hari raya diisytiharkan.

Ini juga bertepatan dengan beberapa kajian sains di mana ada kalangan individu tidak mendapat manfaat kesihatan selepas berpuasa. Tabiat pemakanan tidak terkawal berserta pelbagai menu hari raya, sedikit sebanyak mempengaruhi roh kita untuk terus konsisten melakukan ibadah seperti pada Ramadan. Itulah cabaran dan hikmahnya!

Kelebihan puasa sunat enam

Islam agama yang syumul mensunatkan enam hari berpuasa di bulan Syawal sebagai pelengkap kepada puasa sebulan Ramadan. Dengan puasa sunat itu dan dilakukan seawal yang mungkin memberi ruang masa yang cukup untuk sistem badan dan selnya kembali kepada ‘fitrah’.

Puasa ini boleh diamalkan secara berterusan atau diselangselikan. Ia memberi ruang masa untuk pelarasan progresif oleh sistem pencernaan secara semula jadi. Berpuasa enam Syawal juga memberi kebaikan detoksifikasi setelah kita mula mengambil makanan ketika berhari raya.

Oleh itu, ia harus diamalkan secepat mungkin. Kajian sains juga membuktikan dengan berpuasa secara berturut-turut dalam beberapa hari akan meningkatkan paras hormon tertentu dalam badan. Ini sangat baik kerana badan telah mula membuat pelarasan kepada perubahan puasa-raya-puasa.

Mereka yang berpuasa sunat enam Syawal akan berasa lebih mudah untuk mengekalkan momentum puasa dan berdepan tarikan luar untuk berhari raya dengan segala menu dan rumah terbuka. Semoga kita terus mendapat rahmat di bulan mulia ini sambil bermaafan sesama Muslim.

Penulis ialah Setiausaha Agung, I-Medik (Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia)


View the original article here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan