Cari Artikel

Tuesday, August 26, 2014

“Tak Selfie Masa Tafakurlah" - Azwan Ali


“Tak Selfie Masa Tafakurlah" - Azwan Ali


Azwan Ali berkata dia tidak kenal siapa itu Sharnaaz Ahmad dan menegaskan dia tidak akan ambil peduli dengan komen negatifnya yang dibuat mengenai gambar selfienya di Dataran Merdeka baru-baru ini.

“Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal! katanya dihubungi Murai.

“Tak Selfie Masa Tafakurlah" - Azwan Ali


Kata Azwan sewaktu diminta mengulas kritikan aktor Sharnaaz Ahmad di Instagram sewaktu dia berselfie di Dataran Merdeka baru-baru ini.

“Tak Selfie Masa Tafakurlah" - Azwan Ali


Menurutnya lagi, Azwan tidak berkudis pun dengan komen yang dilontarkan pelakon itu dan menganggap dia seorang yang biadap dan terlalu mentah untuk memberi komen kepada dirinya.

“Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfe ketika negara sedang bertafakur,” katanya dengan panjang lebar.

Azwan juga telah bertanyakan pendapat kepada ulama mengenai gambar itu, dengan ringkas ulama itu membalas ialah yang penting adalah niat, kalau niat itu ikhlas dan baik, biar Allah S.W.T yang menilai bukan insan yang bergelar manusia.

“Ini Azwan Ali, memang aku ‘no border’ dengan komen-komen yang cuba jatuhkan nama aku, sudah biasa, yang penting peminat-peminat yang menyokong aku tahu diri aku yang sebenar,” kata Azwan mengakhiri perbualan.

Rita Rudaini Tuntut Mutaah RM300,000 Daripada Bekas Suami


Rita Rudaini Tuntut Mutaah RM300,000 Daripada Bekas Suami


Rita Rudaini menuntut bayaran mutaah berjumlah RM300,000 daripada bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Dalam sebutan kali pertama kes itu hari ini, Rita, 38, hadir ditemani peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakilinya, namun Mohd. Aidil Zafuan gagal hadir.

Kes itu disebut di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd. Zahrullail di kamar hakim.

Beliau kemudian menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes itu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar memfailkan tuntutan mutaah itu mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 7 Julai lalu.

Rita Rudaini Tuntut Mutaah RM300,000 Daripada Bekas Suami


Tuntutan mutaah iaitu pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah berdasarkan syarak.

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi berkata, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada Mohd. Aidil Zafuan untuk hadir pada sebutan kes hari ini.

Walau bagaimanapun, ketua pasukan Harimau Malaya itu tidak hadir tanpa memberi sebarang alasan kepada mahkamah.

Difahamkan dia masih belum melantik peguam bagi kes berkenaan.

Mohd. Zaidi berkata, Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga gagal hadir pada proses sulh (perbincangan secara baik) yang telah ditetapkan mahkamah pada 14 Ogos lalu.

Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia pada Februari 2008 lalu di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada September tahun lalu.

Pada 8 November 2012, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, yang meliputi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Keputusan kes itu akan didengar pada 10 Disember ini di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling, Subang Bestari dekat sini.

Penyanyi Noryn Aziz Selamat Lahirkan Bayi Lelaki


Penyanyi Noryn Aziz Selamat Lahirkan Bayi Lelaki


Noryn Aziz selamat lahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.

Bayi lelaki seberat 3.13kg dilahirkan secara normal pada jam 4.25 petang Isnin.

Menerusi satu kiriman WhatsApp daripada pengurusnya, Noryn berkata beliau sangat gembira dan bersyukur di atas kelahiran bayi sulungnya.

Penyanyi Noryn Aziz Selamat Lahirkan Bayi Lelaki


Pada awal bulan Ogos, penyanyi berkenaan dilanda trauma dengan kejadian rompakan membabitkan empat lelaki berparang.

Kejadian berkenaan terjadi di hadapan kediamannya di Damansara Heights Kuala Lumpur.

Noryn merupakan isteri kepada arkitek terkenal dan juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sejak 2010.

Noryn terkenal dengan album-album beliau sebelum ini iaitu Fantasi O Reality, Alam Maya dan I’m Alright.

Eina Azman Kahwin Datuk Gmix Ahad Ini


Eina Azman Kahwin Datuk Gmix Ahad Ini


Eina Azman, 19, bakal melangsungkan pernikahan pada di Hotel Grand Hyatt, pada malam Ahad 31 Ogos ini.

Eina memilih jejaka berketurunan Sikh iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden atau lebih mesra dengan nama Datuk Gmix, berusia 35 tahun yang dicintainya sejak setahun lalu sebagai pasangan hidupnya.

Menerusi laporan Berita Harian Eina, memberitahu dia tidak melihat pernezaan usia yang jauh itu sebagai satu masalah besar dalam pertalian mereka.Baginya semua berbalik kepada soal jodoh dan mereka tidak mahu bercinta lama-lama.

Eina Azman Kahwin Datuk Gmix Ahad Ini


"Eina berharap dengan berkahwin ini segala kontroversi yang pernah terpalit dalam kerjaya seni akan hilang. Eina nak bersih daripada segala kontroversi.

"Tapi itu tak bererti Eina akan berhenti berlakon. Bahkan bakal suami pun tak menghalang. Sekurang-kurang apabila sudah berumah tangga, ada orang yang boleh jaga Eina. Selepas kahwin pun Eina kena tahu batas.

"Harap perkahwinan ini akan melenyapkan segala fitnah," kata pemilik kepada nama sebenar Cik Ainur Syakina Azman itu.

Eina memberitahu, dia juga sudah langkah bendul tiga kakaknya yang masih belum berkahwin.

"Eina anak bongsu daripada lima beradik. Lepas ini, Eina akan mengikut jejak abang sulung," katanya lagi.

Dominasi Adnan Sempit 3 & Sejoli Dalam Anugerah Lawak Warna 2014


Dominasi Adnan Sempit 3 & Sejoli Dalam Anugerah Lawak Warna 2014


Filem sekuel terbitan MIG Pictures, Adnan Sempit 3 dan Sejoli keluaran Primeworks Studio masing-masing mendominasi top 5 Anugerah Lawak Warna 2014.

Kedua-dua filem ini bakal berentap hebat menerusi kategori Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem), Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem), Skrip Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Filem).

Menurut Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani, penyertaan yang luar biasa merumitkan pihak penghakiman untuk memilih mereka sebagai calon finalis.

Dominasi Adnan Sempit 3 & Sejoli Dalam Anugerah Lawak Warna 2014


“Penyertaan luarbiasa pada tahun ini menyukarkan pihak kami dan penghakiman membuat keputusan siapa lebih layak untuk dicalonkan ke peringkat akhir menerusi 15 kategori yang dipertandingkan.

“Penjurian awal berlangsung dalam keadaan yang sangat rumit namun juri profesional yang dilantik nyata memainkan peranan mereka dengan bijaksana untuk memilih finalis berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan,” ujar Encik Nizam Sani di sidang media Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana.

Dalam pada itu, tiga anugerah popular iaitu Artis Lawak Lelaki Paling Popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular dan Segmen Radio Paling Popular bakal ditentukan menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk memberi peluang kepada umum memilih siapa yang lebih layak ditabal sebagai pemenang.

Istimewa Anugerah Lawak Warna 2014 bakal menggabungkan kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Daripada 20 anugerah yang diberikan, 17 kategori akan diadili menerusi fasa kedua sistem penjurian profesional termasuk dua kategori anugerah khas juri.

Dengan Sinar FM sebagai radio rasmi, Anugerah Lawak Warna 2014 bakal dianjurkan pada 19 September bertempat di Teater Selangor , Shah Alam dan dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Senarai pencalonan penuh Anugerah Lawak Warna 2014 boleh anda lihat di sini.

Layari www.anugerahlawakwarna.com.my untuk maklumat lanjut Anugerah Lawak Warna 2014.

Senarai Penuh Top 5 Anugerah Lawak Warna 2014


Senarai Penuh Top 5 Anugerah Lawak Warna 2014


Tahun lalu menyaksikan filem Istanbul Aku Datang berjaya mengungguli Anugerah Lawak Warna menerusi kategori Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Anugerah Lawak Warna 2014 menyaksikan dua filem iaitu Adnan Sempit 3 dan Sejoli telah mengungguli to 5 menerusi 15 kategori dipetandingkan.

Senarai Penuh Top 5 Anugerah Lawak Warna 2014


Berikut merupakan senarai finalis 15 kategori yang pertandingkan Dalam Anugerah Warna 2014.

KATEGORI TERBAIK

1. FILEM KOMEDI TERBAIK

Sejoli (PrimeWorks Studio)
Bikers Kental (Astro Shaw)
Adnan Sempit 3 (MIG Pictures)
Kami Histeria (Red Communication/ Astro Shaw)
Hantu Tok Mudim (KRU Studio/ Showbiz)

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)

Bront Palarea (Sejoli)
Azad Jazmin (Sejoli)
Zizan Razak (Bikers Kental)
Shaheizy Sam (Adnan Sempit 3)
Sofi Jikan (Hantu Tok Mudim)

3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)

Maya Karin (Sejoli)
Nur fazura (Kami Histeria)
Yana Samsudin ( Adnan Sempit3)
Diana Danielle (Kami Histeria)
Intan Ladyana (Adnan Sempit3)

4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)

Shuib Sepah (Bini Aku Hantu Langsuir)
Kazar Saisi (Bila Joyah Dan Goyah)
Sharol Shiro (Atan & Atoi)
Hairie Safwan (Bini Aku Hantu Langsuir)
Ajak Shiro (Yem Rempit)

5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)

Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Jihan Musa (Jihan Tak Nak Balik Raya)
Nadiya Nissa (Pengancam Perkahwinan)
Fazlina Ahmad Daud (Awang Senandung)
Khatijah Tan (Atan & Atoi)

6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)

Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Superspontan 2013 (Visionwork)
Sembang Teh Tarik (Creative Stew)
Bintang Mencari Bintang Final (Primeworks Studio)
Kan Da Kena Siri 2 (Nurul Ain Mohd Noor/APSB)

7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI)

Oh My English - April Fool (Red Communication)
Osman Baku Musim 2 (Syareel Izam & Dr Nora Hendon Faiezah)
Yem Rempit (Opy Global Pictures)
Projek Memikat Suami (Zaiton Mohd Jiwa)
Benci Vs Cinta (Michael Ang)

8. SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

Karoot Komedia Raya
Warna Raya
Fuyo Raya Zizan
Kaunter Kaboom Raya
Lari Lari Raya

9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

Bini Aku Hantu Langsuir
Bila Joyah Dah Goyah
Jihan Tak Nak Balik Raya
Oh My English Hello America
Kampung Semarah Padi
Pengancam Perkahwinan

10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Sejoli
Hantu Tok Mudim
Kami Histeria
Adnan Sempit 3
Bikers Kental

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)

Bini Aku Hantu Langsuir
Oh My English - Hello America
Jihan Tak Nak Balik Raya
Pengancam Perkahwinan
Bila Joyah Dah Goyah

12. SKRIP KOMEDI WANITA TERBAIK

Bini Aku Hantu Langsuir
Oh My English - Hello America
Jihan Tak Nak Balik Raya
Pengancam Perkahwinan
Bila Joyah Dah Goyah

13. SKRIP KOMEDI TERBAIK FILEM

Sejoli
Kami Histeria
Hantu Tok Mudim
Bikers Kental
Adnan Sempit 3

14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)

Bini Aku Hantu Langsuir - Jamal Khan
Oh My English - Hello America - Shamyl Othman
Jihan Tak Nak Balik Raya - Kye Fariz
Pengancam Perkahwinan - Tam Suhaimi
Bila Joyah Dah Goyah - Nazir Jamaluddin

15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Sejoli - Osman Ali
Kami Histeria - Shamyl Othman
Hantu Tok Mudim - Waan Hafiz
Bikers Kental - Helmy Yusof
Adnan Sempit 3 - Ismail Bob Hasim

KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR

Jepp (Sepah)
Johan
Zizan Razak
Achey
Nabil Ahmad

2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR

Tiz Zaqyah
Didie Alias
Jihan Muse
Sharifah Sakinah
Noorkhiriah

3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

Johara Pagi Era - Spontan Era
Johara Pagi Era - Gosip Mosip Mak Jemah
Johara Pagi Era - Sketsa Johara
Sinar Pagi - Drama Ke Laut
Hot FM - AM Krew bersama Dr. R

Shaheizy Sam Ingin Berkahwin, Tinggalkan Dunia Lakonan


Shaheizy Sam Ingin Berkahwin, Tinggalkan Dunia Lakonan


Shaheizy Sam akui ada rasa cemburu setiap kali menerima jemputan perkahwinan daripada rakan-rakan sebayanya.

Malah menurut aktor berusia 32 tahun ini, keinginan untuk memiliki keluarga sendiri sudah lama difikirkan, cuma masa tidak mengizinkan dia berbuat demikian.

Akuinya lagi, dia juga sering berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipertemukan jodoh secepat mungkin dengan wanita yang terbaik.

Meskipun sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga, Sam menafikan dia telah mempunyai kekasih hati ketika ini, jauh sekali calon isteri.


Shaheizy Sam Ingin Berkahwin, Tinggalkan Dunia Lakonan


“Sebagai seorang lelaki normal, pastinya saya mengidamkan sebuah keluarga yang besar. Saya mahu ada isteri, ada anak-anak yang melengkapkan kehidupan kami.

“Usia saya sekarang dah masuk 32 tahun tetapi masih solo…saya risau sebenarnya. Risau bila kahwin lambat anak-anak masih kecil, saya pula sudah tua,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mamat Cupcakes di Cathay Cineplex, baru-baru ini.

Selain itu, tambah Sam lagi dia kini dalam proses mengukuhkan kewangannya kerana banyak tanggugjawab yang masih belum terlaksana.

“Saya kalau boleh mahu menyenangkan keluarga saya dahulu sebelum mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa yang baru,” katanya.

Bercakap mengenai kerjayanya dalam dunia lakonan, Sam ada meluahkan hasrat berehat dari berlakon tetapi bukanlah dalam jangka masa yang terdekat.

“Pernah sesekali saya terfikir untuk berahat panjang dan berhenti berlakon buat seketika tetapi, apabila memikirkan keluarga dan ekonomi saya, hasrat tersebut saya pendamkan buat masa ini.

“Saya akan berehat, tetapi bukan sekarang. Kalau boleh saya mahu menyenangkan keluarga saya terlebih dahulu. Saya juga perlu menyimpan kerana siapa tahu pada masa akan datang saya dah tak popular,” katanya.

“Wajah Anak, Isteri Saya Akan Dedahkan” - Awal Ashaari


“Wajah Anak, Isteri Saya Akan Dedahkan” - Awal Ashaari


Awal Ashaari tidak kisah dengan apa orang nak kata mengenai dirinya dan Scha apabila mereka dituduh menyorokkan wajah anak menyebabkan pelbagai telahan yang timbul.

“Saya tak akan ambil peduli mengenai perkara remeh-temeh begitu. Tiba masanya kami akan dedahkan jua wajah Lara,” kata Awal Ashaari kepada Astro Gempak baru-baru ini.

Awal yang ditemui pada majlis pelancaran saluran terbaru Astro, BollyOne HD turut terkejut apabila keputusannya dan Scha dijadikan isu.

“Saya hairan juga mengapa keputusan kami untuk tidak mendedahkan wajah bayi kami sekarang dijadikan isu. Sedangkan sebelum ini ada juga artis yang melakukan perkara sama,” katanya.

“Wajah Anak, Isteri Saya Akan Dedahkan” - Awal Ashaari


Tambah Awal lagi, dia menghormati Scha yang masih berpantang dan mahu isterinya itu sendiri memperkenalkan Lara kepada peminat.

“Bagi Awal, perasaan Scha lebih penting…Orang nak kritik, teruskanlah...Isteri saya masih berpantang dan biarlah dia kembali pulih dahulu.

“Selepas selesai berpantang nanti, dia sendiri akan memperkenalkan anak kami seperti yang telah dijanjikan sebelum ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Awal turut memberitahu tidak akan memberikan sebarang hak eksklusif kepada mana-mana media cetak atau elektronik bagi memperkenalkan anak perempuannya kepada umum.

“Tidak ada perjanjian yang dibuat dengan mana-mana pihak untuk tujuan itu. Kami akan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook sahaja untuk memperkenalkan lara kepada peminat.

“Cara itu lebih adil kepada semua pihak,” katanya lagi.

Scha selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Pasangan itu berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Anda Dialu-alukan Hadiri Ujibakat Pencetus Ummah Musim Kedua


Anda Dialu-alukan Hadiri Ujibakat Pencetus Ummah Musim Kedua


Program realiti Pencetus Ummah ternyata telah berjaya mencipta fenomena televisyen di Malaysia. Kelainan pendekatan dakwah yang dibawakan berjaya mencuri perhatian dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. 

Justeru, pihak Astro Oasis bakal meneruskan lagi usaha pencarian pendakwah baru yang serba boleh dengan mengadakan sesi uji bakat Pencetus Ummah musim kedua di beberapa buah lokasi. 

Pencarian ini telah pun bermula di Zon Utara bertempat di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah pada 23 Ogos lalu. 

Anda Dialu-alukan Hadiri Ujibakat Pencetus Ummah Musim Kedua


Sesi uji bakat ini terbuka kepada semua lelaki Muslim warganegara Malaysia yang fasih berbahasa Melayu dan berusia antara 18 – 40 tahun serta sihat tubuh badan di samping mempunyai latar belakang dan pengetahuan agama Islam yang baik. Peserta mestilah memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sjilil Menengah Rendah Agama (SMRA). 

Sesi uji bakat ini akan menjelajah ke beberapa buah lokasi lain seperti berikut: 

1. Zon Utara: 23 Ogos 2014, lokasi di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah. 

2. Zon Pahang: 30 Ogos 2014, lokasi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia, Kampus Kuantan, Pahang. 

3. Zon Johor: 6 September 2014, lokasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. 

4. Zon Selangor: 13 & 14 September 2014, lokasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra. SELANGOR

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris berkata, Usaha murni yang ingin dicapai melalui program ini belum terhenti. Sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak yang diterima pada musim lalu telah memberikan inspirasi kepada pihak Astro Oasis untuk meneruskan pencarian Pencetus Ummah untuk musim yang kedua. 

Mereka yang berminat perlu hadir ke lokasi uji bakat dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dengan membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R. Selain diuji untuk membaca surah Al Fatihah dan beberapa surah lazim, para peserta juga perlu hadir dan bersedia dengan satu topik tazkirah dengan tajuk bebas. 

Astro Oasis turut mengalu-alukan penyertaan secara online dengan menghantar tazkirah pendek yang tidak melebihi tiga minit untuk dimuat naik ke www.pencetusummah.com.my mulai 20 Ogos sehingga 5 September 2014 beserta butiran lengkap yang dikehendaki di laman web itu.

Memey Hamil 6 Minggu, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Memey Hamil 6 Minggu, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Kira-kira empat hari lalu, pelakon Memey Suhaiza yang juga isteri kepada aktor Norman Hakim telah berkongsi berita kehamilan menerusi akaun Instagram miliknya.

Memey telah memuat naik foto imbasan beserta kapsyen:

“Doktor ckp sy mengandung 6 minggu…Rezeki tak ternilai dr Allah, Hadiah utk suami tercinta, Adik utk #awishz , Cucu baru utk mak& abah + mak n ayah mertua sy..syukur ya Allah.... @normanhakim_786 #khalifahAllah#mdh”.

Memey Hamil 6 Minggu, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Sebaik sahaja foto tersebut dimuatnaik pada Khamis lalu, seramai lebih kurang 1 ribu pengikut telah menekan ‘like’ dan jumlah tersebut bertambah ke angka hampir 5 ribu ketika artikel ini ditulis.

Rata-rata pengikut Memey di Instagram telah mengucapkan tahniah dan gembira dengan berita baik yang dikongsi pelakon cantik itu.

Memey Hamil 6 Minggu, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Ada juga pengikut yang mendoakan keselamatan kandungan Memey dan kesejahteraannya sekeluarga.

Kepada Memey dan Norman Hakin, tahniah dari Astro Gempak dan Murai!

Memey Suhaiza dan Norman Hakim berkahwin pada 28 September 2011 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki selepas satu tahun berkahwin.

Mohamed Darwisz Hakim telah dilahirkan pada 1 Februari 2013 yang lalu di Dewan Bersalin Muslimah, Sunway Gombak.

Tony Eusoff Sebagai P. Ramlee, Cabaran Untuk Diri Sendiri


Tony Eusoff Sebagai P. Ramlee, Cabaran Untuk Diri Sendiri


Melihat kepada raut wajah yang dimiliki aktor Tony Eusoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman,37, tidak ada persamaan pada rupa yang membuatkan kita akan teringatkan kepada rupa allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Tetapi itu tidak bererti pelakon yang berasal daripada Sarawak ini tidak mampu membawakan semula watak seniman agung itu dalam pementasan muzikal P. Ramlee The Musical.

Buktinya, pihak penerbit iaitu Enfiniti Vision Media Sdn Bhd yang diterajui  Datin Sri Tiara Jacquelina masih mengekalkan Tony sebagai tunggak utama dalam pementasan yang bakal memasuki siri yang ketiga pada Oktober depan.

Sudah semestinya beban utama akan dipikul Tony sebagai P. Ramlee namun dia yakin dengan keboleh yang dimiliki oleh produksi arahan Pat Ibrahim ini. Dia meletakkan tanggungjawab menghidupkan semula P. Ramlee dalam pementasan muzikal ini dengan hasil kebijaksanaan yang dimiliki penulis skrip dan pengarahan.

Tony Eusoff Sebagai P. Ramlee, Cabaran Untuk Diri Sendiri


“Saya bersedia untuk menerima apa-apa kritikan dan pandangan yang diberikan oleh umum bila mereka menonton teater ini nanti. Ini adalah cabaran yang saya sahut sendiri kerana kepercayaan yang diberikan oleh penerbit, saya perlu buktikan mereka tidak salah memilih Tony Eusoff.

“Saya cuba untuk lahirkan P. Ramlee dari dalaman dan penjiwaan watak. Sudah tentunya intrepretasi saya dengan P. Ramlee yang sebelum ini (Sean Ghazi & Musly Ramli) berlainan kerana dulu keduanya lebih dikenali dengan penyanyi.

“Itu semua akan menjadi tanggungjawab Pat dan Adlin Aman Ramlie untuk mengolah jalan cerita dan saya yakin mereka tahu apa yang mereka mahu,”ujarnya yang turut membawakan watak yang sama dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang menampilkan Nabila Huda sebagai Puan Sri Saloma.

Di sidang media tersebut juga pihak penganjur mendedahkan gambar promo yang diinspirasikan daripada salah satu foto bintang tersohor itu pada zaman kegemilangannya. Dua foto istimewa itu dilihat berjaya meyakinkan bahawa Tony mampu menggalas watak tersebut.

Tony Eusoff Sebagai P. Ramlee, Cabaran Untuk Diri Sendiri


“Dari segi wajah memang tiada persamaan jelas diantara saya dan P. Ramlee tetapi saya tidak pernah fikirkan itu semua. Bagi saya jika wajah yang tidak sama ia lebih menyukarkan namun saya akan cuba menghayati watak seniman terkenal ini.

“Contohnya ketika penggambaran memang macam-macam yang perlu dilakukan bagi mendapatkan mood yang sama seperti foto asal P. Ramlee.

“Dengan gabungan idea dan penglibatan mereka yang berpengalaman ia dapat dijayakan,”tambah Tony lagi apabila memperkatakan mengenai dua gambar yang dihasilkan berjaya menyerupai foto sebenar P. Ramlee.

Menurut Wan Izhar selaku jurugambar yang bertanggungjawab mengendalikan sesi fotografi ini, dia mencuba yang terbaik dalam waktu yang terhad untuk mendapatkan apa yang dimahukan oleh produksi.  Kesemua dilakukan dalam masa satu malam sahaja untuk dua suntingan gambar seperti yang dapat dikongsikan disini.

P. Ramlee The Musical akan dipentaskan bermula dari 3 hingga 12 Oktober 2014 di Istana Budaya. Turut menjayakan pementasan kali ini adalah Nadia Aqilah sebagai Saloma, Tiara Jacquelina selaku penerbit juga turut tampil membawakan watak Noorizan manakala Lisa Surihani bakal menjadi isteri pertama P.Ramlee iaitu Junaidah.

Suami Yasmin Hani, Sha’arin Terselamat Dari Virus Kencing Tikus


Suami Yasmin Hani, Sha’arin Terselamat Dari Virus Kencing Tikus


Suami kepada pengacara Yasmin Hani, Sha’arin telah terselamat daripada terkena virus kencing tikus atau penyakit Leptospirosis dan telah dikeluarkan dari hospital Prince Court baru-baru ini.

Yasmin Hani yang ditemui portal murai.com.my berkata, dia langsung tidak menyangka suaminya itu telah terkena virus itu selepas mendapati suhu badan Sha’arin meningkat dan mendapati itu bukanlah demam biasa.

“Sebenarnya Sha’arin baru saja keluar dari hospital Rabu lepas dan Alhamdulillah doktor telah mengesahkan keadaannya kini beransur pulih, bagaimanapun perlu konsisten dengan ubat-ubatan yang diberikan.

Suami Yasmin Hani, Sha’arin Terselamat Dari Virus Kencing Tikus


“Saya agak terkejut kerana balik ke rumah saja saya lihat dia mengigil tak tentu arah dan suhu badannya meningkat. Saya terus membawanya ke hospital,”katanya yang ditemui baru-baru ini.

Ditanya bagaimana Sha’arin boleh terkena virus itu, Yasmin Hani bagaimanapun tidak pasti, namun  mereka sekeluarga kini mengambil langkah berhati-hati dengan apa juga makanan dan minuman yang diambil.

Sha’arin yang ditemui di gymnasium Celebrity Fitness juga melahirkan rasa syukur kerana terselamat daripada virus berkenan yang dipercayai boleh membawa maut sekiranya tidak dikenal pasti lebih awal.

“Syukur Alhamdulillah saya terselamat kerana bertindak dengan cepat. Sekarang saya tak sabar untuk menjalani senaman di gimnasium seperti sedia kala,” katanya positif.

Lagu `Terbang` Suntik Semangat Malaysia daripada Malaysia Airilnes (MAS)


Lagu `Terbang` Suntik Semangat Malaysia daripada Malaysia Airilnes (MAS)


Lagu terbaru nyanyian Yuna yang berjudul “Terbang” hasil ciptaan AG Coco dan Yuna sendiri merupakan lagu tema filem pendek Terbang #flyhigh merupakan buah tangan terbaru daripada Malaysia Airlines (MAS).

Filem pendek ini diarahkan oleh 2 pengarah iaitu Linus Chung dan Mohd Hisham Saleh.

Ia dibintangi pelakon berbakat besar iaitu Beto Khusairy, Fatimah Abu Bakar, Marina Tan dan Jeff Omar.

Berdurasi 9 minit 39 saat, filem pendek ini mempunyai jalan cerita yang sangat positif dan amat menyentuh hati.


Lagu `Terbang` Suntik Semangat Malaysia daripada Malaysia Airilnes (MAS)
Lagu `Terbang` Suntik Semangat Malaysia daripada Malaysia Airilnes (MAS)


Kisah 3 beranak antara datuk, anak dan cucu yang memfokuskan kepada pembuatan wau, merupakan ‘trademark’ logo MAS yang dikenali di seluruh dunia terutama di industri penerbangan.

Filem pendek ini boleh anda tonton di bawah:




Sentuhan skrip yang sangat tersusun membolehkan penonton terbuka hati dan menyelami metafora yang cuba disampaikan.

Ia sekaligus meniup semula semangat rakyat Malaysia susulan tragedi MH17 dan MH370, sudah tiba masanya kita bersatu hati dan tidak perlu menunding jari menyalahkan mana-mana pihak.




Bait-bait lagu yang yang dinyanyikan Yuna dalam filem ini menguatkan lagi penyampaian cerita seperti lirik ini “Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki, kan ku cari langit, terbang,terbang tinggi, awan biru menanti bersama pelangi,”

Monday, August 25, 2014

Angkara ‘Buatan Orang’, Lydiawati Jatuh Sakit Buat Kali Kedua


Angkara ‘Buatan Orang’, Lydiawati Jatuh Sakit Buat Kali Kedua


Lydiawati menjelaskan punya penyakit saraf dan reumatik yang dialaminya selama ini adalah disebabkan perbuatan khianat seseorang.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata, dia menyedari perkara itu selepas bertemu dengan beberapa orang ustaz yang memaklumkan perkara berkenaan.

"Itulah nak percaya susah, tak percaya pun susah. Selepas berubat oleh beberapa ustaz, mereka cakap benda yang sama bahawa penyakit saya adalah kerana khianat orang.

"Dan difahamkan orang yang 'mengenakan' saya itu adalah teman rapat saya. Entahlah, sekiranya ada orang yang berniat jahat, saya berserah kepada Allah," katanya.

Pada Mei lalu, Lydiawati dilaporkan diserang penyakit saraf dan reumatik selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.

Angkara ‘Buatan Orang’, Lydiawati Jatuh Sakit Buat Kali Kedua
Angkara ‘Buatan Orang’, Lydiawati Jatuh Sakit Buat Kali Kedua


Bagaimanapun Lydiawati memutuskan untuk tidak menjalani sebarang rawatan hospital selepas mendapati kos rawatan yang perlu dibayar agak mahal.

Dalam pada itu, Lydiawati berkata, ini merupakan kali kedua dia mengelami perbuatan khianat seperti itu selepas kejadian disantau pada tahun 1997.

"Harap-harap penyakit saya sekarang ini tidak seperti dulu. Saya pernah kena santau angin sampaikan badan saya kecut dari dalam. Alhamdulillah selepas empat bulan dirawat, barulah sihat," ujarnya.

Sementara itu, Lydiawati berkata, dia bersyukur apabila salah seorang peminatnya menawarkan bantuan membiayai kos rawatan penyakitnya itu.

"Alhamdulillah, selain menerima pelbagai ubat-ubatan, saya juga didatangi seorang hamba Allah yang juga merupakan peminat saya dan ingin membiayai rawatan penyakit saya ini.

"InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan menjalani rawatan sepenuhnya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.


Nak Jadi Saloma, Nadia Aqilah Tidur Pakai Korset!


Nak Jadi Saloma, Nadia Aqilah Tidur Pakai Korset!


Karektor dan peribadi insan yang bernama Saloma senantiasa mekar dalam ingatan siapa sahaja yang pernah menatap wajahnya juga mendengar alunan suaranya. Biarpun mungkin ada yang tidak pernah melihat nya, persona milik wanita ini bukan sahaja kerana bakat yang dimiliki.

Menjadi sebahagian daripada keluarga besar pementasan P. Ramlee The Musical sejak dari mula lagi, Nadia Aqilah akhirnya diberikan kepercayaan menggalas watak yang diakui aktres itu mempunyai cabaran tersendiri.

Dia yang juga pernah membawakan watak isteri-isteri P. Ramlee yang lain sebelum ini bakal berdepan dengan komitmen yang besar menjayakan watak Saloma, seorang biduanita tersohor yang juga ikon fesyen di zaman itu.

“Bila saya dipanggil untuk ujibakat bagi watak Saloma memanglah teruja sangat. Bukan sahaja sebab dah lama idamkan watak menjadi Saloma tetapi kerana aura dan personaliti yang dimilikinya itu membuatkan saya seronok untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Nak Jadi Saloma, Nadia Aqilah Tidur Pakai Korset!
Nak Jadi Saloma, Nadia Aqilah Tidur Pakai Korset!


“Buat masa ini kami semua belum bertemu bagi sebarang latihan mahupun script reading tetapi saya memang tidak sabar untuk tahu peranan Saloma dalam pementasan yang memasuki siri ketiga ini.

“Saya juga akan memberikan tumpuan kepada latihan vokal kerana ingin mengimbangi peranan menjadi pelakon dan penyanyi dengan baik diwaktu pementasan Oktober kelak,”ucap Nadia Aqilah yang hadir berpakaian ala Saloma di sidang media pementasan teater tersebut di Panggung Bandaraya di ibu negara, minggu lalu.

Cabaran yang dianggap mengujakan dirinya itu menuntut Nadia untuk mengikuti langkah dan petua untuk menjiwai karektor biduanita pujaan Malaya tersebut. Ada diantaranya telah pun mula dipraktikkan pelantun lagu Patah Sayap ini selepas dia ditawarkan watak ikonik ini.

“Penjiwaan watak itu penting pada saya tambahan lagi dengan watak besar begini, saya akan cuba memberikan yang terbaik. Percaya atau tidak sudah seminggu saya tidur dengan korset.

“Dimensi pinggang kerengga seperti Saloma setidak-tidaknya berada dalam bayangan bila saya tahu saya memang memakai korset untuk mendapatkan bentuk sedemikian.

“Selain itu saya ingin bertemu dengan kenalan rapat atau saudara kepada Saloma seperti Melissa Saila bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang ibu saudaranya itu. Biopik mengenai Saloma juga bakal ditayangkan dan saya rasa ia juga boleh dijadikan panduan  untuk membawakan watak tersebut,”ceritanya lagi mengenai wataknya itu yang kini digalas Nabila Huda dalam siri khas biopik Saloma arahan Melissa Saila.

P. Ramlee The Musical akan dipentaskan bermula dari 3 hingga 12 October 2014 di Istana Budaya dengan jumlah 14 persembahan keseluruhannya. Selain daripada Nadia Aqilah sebagai Saloma, Tiara Jacquelina selaku penerbit juga turut tampil membawakan watak Noorizan manakala Lisa Surihani bakal menjadi isteri pertama P.Ramlee iaitu Junaidah. Tony Eusoff kekal sebagai P. Ramlee juga Douglas Lim akan membawakan watak Run Run Shaw dibawah arahan Pat Ibrahim selaku koreografer dan pengarah.

Salammusik Kekal Positif Dalam Perjuangan Seni Mereka


Salammusik Kekal Positif Dalam Perjuangan Seni Mereka


Memakai kemeja-T terpampang dengan kata-kata “kekal positif,” bersempena dengan single terbaru kumpulan Salammusik, Salam hadir ditemani oleh seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai pengurus Salam, Iris.

Saya kemudian mendapat tahu bahawa Iris adalah seorang keturunan Belanda, dan merupakan antara orang yang paling dekat dengan Salam dan kumpulan Salammusik sendiri, selaku pengurus sejak detik awal perjalanan seni beliau.

Sewaktu permulaannya dahulu, Salammusik hanya sekumpulan rakan-rakan dan kenalan masing-masing yang kerap berkumpul untuk sama-sama menghasilkan muzik. Sesi jamming yang sering diadakan di sebuah rumah sewa millik Salam sendiri menjadi titik permulaan pelbagai kenalan baru, pengalaman baru, dan lantas mencetuskan suatu nafas muzik yang baru.

Menurut Salam, beliau mengambil langkah mendirikan studio sendiri ekoran kekurangan peralatan di pusat pengajiannya. Sesuai dengan jurusan yang diambil dalam bidang penataan bunyi dan rekaan muzik, studio ini menjadi tempat beliau berkarya dan berlatih dalam bidang yang difikirnya akan bakal diceburinya nanti.

Salammusik Kekal Positif Dalam Perjuangan Seni Mereka
Salammusik Kekal Positif Dalam Perjuangan Seni Mereka


Hasil daripada studio itu, wujudlah sekumpulan rakan-rakan yang kini dikenali sebagai Salammusik.

“Kadang-kala pelajar lain akan datang ke rumah untuk menyiapkan tugasan pembelajaran. Ada kenalan yang kemudian turut membawa kenalan mereka yang lain ke mari, ada antaranya juga pemuzik, dan disitulah tercetusnya bibit-bibit awal Salammusik. Ia berlaku secara semulajadi,” kata Salam, menceritakan detik awal berkenalan dengan beberapa pemuzik yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan itu.

Tahun 2010 menampakkan permulaan yang serius bagi Salammusik dengan kemunculan lagu Cerita Kedai Kopi, single pertama mereka bersama DJ Fuzz dan juga Malique.

“Minat muzik itu memang sentiasa wujud dalam diri saya,” tegas Salam, yang berkata kiranya haluannya sebagai penyanyi tidak pernah menjadi kenyataan beliau akan tetap melibatkan diri dalam muzik tidak kisahlah sebagai penerbit, pencipta, atau lain-lain. Tetapi kejayaan Cerita Kedai Kopi benar-benar menjadi pencetus bagi Salammuzik untuk terus membawa muzik yang dijuangkan oleh kumpulan itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Biarpun untuk melayan minatnya sendiri ataupun sebagai sumber inspirasi, Salam ternyata lebih condong ke arah mendengar lagu-lagu daripada artis lama. Ramli Sarip, M. Nasir, Ella, kumpulan Alleycats, serta P. Ramlee merupakan antara nama yang disebut sepanjang temubual ringkas kami. Kebetulan, Salam baru sahaja membeli koleksi lagu-lagu terbaik P. Ramlee yang mempunyai enam CD kesemuanya sehari sebelum pertemuan kami yang katanya tidak sabar untuk diamati sepenuhnya.

Selain itu, Salam menyebut lagu Jasai Nights daripada artis Prem Joshua sebagai lagu yang sedang ligat diputarkan dalam playlist peribadinya di saat ini. Artis antarabangsa lain yang menjadi pilihannya termasuk Wyclef Jean, Lauryn Hill, serta Erykah Badu.

Salam mengakui memang banyak merujuk sumber lagu-lagu lain sebagai ilham dalam menghasilkan lagu Salammuzik sendiri, tetapi berkata pengaruh yang paling besar dalam setiap lagu yang dihasilkan adalah rakan-rakannya sendiri.

“Setiap lagu akan ada liriknya, dan mungkin ada garis panduan yang sangat asas, tetapi apabila kami masuk ke studio dan mula berkarya, setiap pemuzik yang terlibat boleh menyumbangkan kreativiti masing-masing, dan hasilnya mungkin terlalu berbeza dengan perancangan asal. Sebab itulah kami tidak terlalu suka merancang. Kami tidak suka menyekat haluan kreatif kumpulan kami,” tegasnya lagi.

Tidak dinafikan, Salammusik sudah mendapat pengikutnya yang tersendiri dan ramai di antara mereka meminati kumpulan ini kerana keunikan lagu-lagu yang dibawa. Ada yang pernah mengklasifikasikan muzik mereka sebagai reggae, hip hop, atau muzik Melayu moden, tetapi Salam sendiri lebih suka menggambarkan muzik yang mereka bawa sebagai muzik rakyat yang katanya dihasilkan berdasarkan senario sosial negara Malaysia sendiri.

“Bila menghasilkan lagu, apa yang kami mahukan adalah pendengar fahami lirik dan maksud lagu itu, itu sahaja,” tambahnya lagi.

Jelaslah bahawa Salammusik bukan bertujuan menyaingi ataupun menyamai kebanyakan artis masa kini. Pada zaman di mana muzik bergenre pop dan romantis banyak menjadi pilihan penggemar muzik tempatan, Salammusik terus berkarya untuk sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru tanpa mahu disekat oleh kekangan yang diberikan melalui label atau genre.

Konsep ‘bebas’ ini turut diaplikasikan dari segi bilangan ahli Salammusik, yang jumlahnya sering berubah-ubah. Pada masa ini, ahli-ahlinya terdiri daripada sepuluh orang pemuzik kesemuanya, tetapi Salam menegaskan kumpulan itu sendiri sentiasa mengalami evolusi.

Kerana kumpulan ini menemui asal-usulnya dalam sebuah studio yang kecil suatu masa dahulu, ahli Salammusik sebenarnya pernah lebih ramai daripada yang ada sekarang ini, dan pernah juga kurang.

“Pokoknya, siapa yang masuk ke studio, sertai sesi jamming, dan menyumbang pada sesuatu lagu itu, dialah Salammusik pada waktu itu,” terangnya ringkas.

Salammusik banyak mendapat perhatian apabila berjaya merangkul Anugerah Album Terbaik AIM 19 pada tahun 2012, kejayaan yang ternyata mengejutkan orang ramai apabila mereka mengalahkan artis-artis hebat seperti Stacy, Nora, Pesawat, dan juga Hujan. Apabila saya bertanya kepada Salam jika beliau pernah menyangka akan kejayaan yang dicapai pada waktu itu, Salam tidak menjawab serta merta. Beliau menjeling ke arah pengurusnya, seolah-olah mencadangkan bahawa Iris orang yang lebih sesuai bagi saya untuk mengajukan soalan ini.

“Sama sekali tidak,” ujar Iris, yang turut merasakan kejayaan itu sebagai suatu kejutan yang menggembirakan.

“Bagaimana anda boleh memenangi Anugerah Album Terbaik jika tidak mendapat Anugerah Artis Baru Terbaik?”

“Kami mendapat dua pencalonan pada tahun itu dan ada meletakkan harapan kecil untuk memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik,” ujar Salam, menyambut pertanyaan Iris tadi.

“Apabila anugerah itu diumumkan sebagai milik artis lain, kami sudah tidak berharap langsung untuk memenangi Anugerah Album Baru Terbaik pula.”

Meskipun Salam sendiri tidak pernah menyangka akan memiliki anugerah tersebut pada tahun itu, peminat setia Salammusik pasti beranggapan ia merupakan pengiktirafan yang sewajarnya bagi kumpulan pemuzik yang membawa arus baru dalam industri muzik tempatan.

Apa yang pasti, kejayaan itu tidak sedikitpun mengubah sikap ahli-ahli kumpulan itu kecuali menjadikan mereka lebih serius untuk terus menghasilkan muzik berkualiti bagi menghiburkan peminat, selain menjadikan genre muzik rakyat yang mereka juangkan terus diterima ramai.

“Bila bercerita tentang festival muzik, memang banyak perbezaannya. Dari segi suasananya, mereka yang bekerja di belakang tabir, layanan yang diterima, dari segi bunyi juga, semua perkara pasti ada perbezaannya,” jawab Salam.

“Tetapi semasa acara Rock The World misalnya, penonton kelihatan benar-benar menyelami persembahan yang dibawakan Salammusik, dan itu antara ketikanya Salammusik menerima maklumbalas paling positif daripada penonton,” sambung Iris lagi, yang membuat kesimpulan bahawa tanpa mengira negara, penonton di festival dan acara muzik akan sentiasa menunjukkan sokongan dan penerimaan mereka, cuma ia ditonjolkan dalam cara yang berbeza.

Salam bersetuju dengan Iris sambil menawarkan pendapatnya sendiri. “Saya merasakan perbezaan paling besar sebenarnya dari segi produksi. Di Eropah misalnya, produksi festival muzik diatur dengan begitu rapi, artis dijaga dengan betul, dan jurutera bunyi juga melakukan tugas dengan sangat baik. Dan apabila membuat persembahan pentas itu benar-benar milik anda sepenuhnya. Anda boleh melakukan apa sahaja semasa persembahan dengan syarat bahawa ia adalah dalam tempoh masa yang diperuntukkan bagi persembahan itu.”

Bagi Salam, segala yang dilaluinya ini sebagai pemuzik adalah semata-mata demi cintanya pada cabang seni itu sendiri. Jelasnya,

“Membuat persembahan di Malaysia atau di tempat lain, apa yang penting keseronokan yang saya terima sebagai seorang penghibur sama sahaja tidak kira di mana saya berada.”

Bercerita tentang perancangan masa hadapan, dua daripada ahli Salammusik iaitu Tip dan Eyza Bahra bakal menghasilkan single di bawah label Salammusik masing-masing pada bulan April dan May 2014. Bagi Salammusik sendiri, kumpulan itu akan melancarkan album seterusnya menjelang akhir tahun 2014, sebuah album bersifat live. Apa yang menarik, album ini bakal mengumpulkan lagu-lagu yang dirakam secara terus di dalam studio, serta diambil daripada persembahan mereka semasa jelajah Muzikal Express di Eropah. Sebuah dokumentari terbitan Motiofixio berkenaan jelajah tersebut akan turut dilancarkan pada masa yang sama.

Salam juga sedang menumpukan tenaga untuk mendirikan Salammusik Studio C, sebuah studio di Shah Alam yang pada hematnya bakal menjadi sebuah pusat bagi segala macam aktiviti muzik dari merakam lagu, membuat persembahan, hinggalah menganjurkan acara. Jelaslah, masih jauh perjalanan Salam dan rakan-rakannya dalam berbakti pada industri seni muzik tanah air.

Bagi seorang seperti Salam yang seolah telah menenggelamkan segala aspek dirinya untuk disaluti sepenuhnya dengan muzik, apa pula “hobi” beliau? Apakah aktiviti sampingan yang memberikan keseronokan kepadanya?

“Muzik,” jawabnya penuh yakin.

Salam menawarkan pendapatnya sebagai renungan kami. “Semasa duduk di kafe ini kita ditemani muzik. Semasa duduk di dalam kereta kita ditemani muzik. Di mana-mana pun ada muzik. Muzik adalah segalanya, dan segalanya adalah muzik. Bagi saya, mencipta muzik adalah sesuatu yang paling mengujakan,” katanya, sekaligus mengakhiri cerita kedai kopi kami petang ini.

Hattan Sambut Jenazah Sepupunya Yang Juga Mangsa MH17


Hattan Sambut Jenazah Sepupunya Yang Juga Mangsa MH17


Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan antara yang turut hadir sewaktu menyambut ketibaan jenazah atau  mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai lalu.

Hattan kelihatan hiba bersama saudara yang lain ketika menyambut jenazah sepupunya, Dora Shahila Kassim yang merupakan Ketua Pramugari yang bertugas dalam pesawat itu pada Jumaat,  22 Ogos lalu.

Selain sepupu Hattan, antara mangsa yang  turut terbabit dalam nahas ialah saudara terdekatnya iaitu Sherliza Zaini, 45, yang menaiki pesawat bersama suami dan tiga orang anak mereka.

Hattan Sambut Jenazah Sepupunya Yang Juga Mangsa MH17
Hattan Sambut Jenazah Sepupunya Yang Juga Mangsa MH17


Sekurang-kurangnya 20 daripada 43 jasad warganegara ini yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 298 orang penumpang dan anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 22 Ogos lalu.

Jumaat lalu juga diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara.

Jihan Musa Sedia Dikritik Menjadi Hos Diari AF2014


Jihan Musa Sedia Dikritik Menjadi Hos Diari AF2014


Jihan Musa sedia dikritik oleh penonton setia Akademi Fantasia kerana untuk musim kali ini, dia akan menjadi hos diari AF2014 yang akan membuka tirai pada 1 September ini.

“Saya sangat positif menerima kritikan, kerana saya juga di lahirkan dari program realiti, komen negatif dan positif telah sebati dalam hati dan minda saya,” katanya kepada Murai di Majlis Pengumuman 12 Pelajar AF2014 di ibu negara.

Menurut Jihan lagi, sangat teruja untuk mengalas tanggungjawab sebagai hos diari AF dan akan memberikan komitmen yang sepenuhnya agar penonton diari AF terhibur dengan caranya sendiri.

Jihan Musa Sedia Dikritik Menjadi Hos Diari AF2014
Jihan Musa Sedia Dikritik Menjadi Hos Diari AF2014


“Pada mulanya saya agak keberatan untuk menerima tawaran ini kerana AF merupakan program realiti yang menjadi fenomena besar dalam dunia penyiaran. Di waktu yang sama juga, AF juga alami musim yang kurang memberangsangkan, untuk AF kali ini tanggungjawab saya amat berat untuk mengembalikan kegemilangan program ini,” ujarnya bersahaja.

Jihan juga merasakan diari AF dapat mengasah bakatnya sebagai seorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan. Pihak Astro telah memberi kebebasan untuk menjadi dirinya dan unsur humor akan diselitkan semasa diari ini ditayangkan.

“Secara keseluruhan saya sudah bersedia, ‘flow’ kerja masih lagi belum diperkemaskan lagi disebabkan saya baru kali pertama untuk mengacarakannya. Insha-Allah info-info di belakang tabir AF2014 akan saya laporkan dengan cara saya sendiri dan kemungkinan tambahan skrip secara spontan antara dalam perancangan.”

Dafi Diikat Sebagai Duta Produk Selama 10 Tahun


Dafi Diikat Sebagai Duta Produk Selama 10 Tahun


Selepas menunggu sekian lama oleh jenama salon Snips, untuk mengambil penyanyi berwajah comel, Dafi sebagai duta produk mereka, rezeki nampaknya sekali lagi berpihak kepada selebriti kesayangan ramai itu.

Dafi nampaknya telah dilamar oleh satu lagi produk untuk menjadi duta jenama yang masih menjadi tanda tanya itu.

Namun apa yang mengejutkan portal murai.com.my ialah apabila dia akan diikat selama 10 tahun sebagai duta jenama berkenan.

Dafi Diikat Sebagai Duta Produk Selama 10 Tahun
Dafi Diikat Sebagai Duta Produk Selama 10 Tahun


Apa yang pasti, ianya satu tempoh yang terlalu panjang dan tidak pernah dilaksanakan oleh mana-mana selebriti di negara ini.

Daripada informasi yang diberikan oleh pihak pengurusan Dafi kepada portal murai.com.my berkata, sebuah majlis pengumuman khas di Pulau Pinang akan diadakan dalam masa terdekat sebagai perlantikan penyanyi berkenaan dengan produk itu.

Pihak pengurusan Dafi juga berkata, untuk tujuan itu Dafi akan diterbangkan ke ibu pejabat jenama berkenaan di pulau berkenaan untuk beberapa hari bagi merealisassikan usaha sama berkenaan.

Portal murai.com.my mengucapkan tahniah kepada Dafi yang bukan sahaja berbakat besar dalam bidang nyanyian, malah wajah serta personalitinya telah menjadi perhatian banyak produk untuk menjadikannya sebagai duta.

Gegaran Cinta Hadiah THR Gegar Buat Pendengar Setia


Gegaran Cinta Hadiah THR Gegar Buat Pendengar Setia


Zaman kini kemudahan mendapatkan berita serta hiburan bukan lagi menjadi kuasa stesen radio yang pada satu ketika menjadi wacana utama manusia mendapatkan pelbagai info dan maklumat tentang apa yang berlaku di serata ceruk dunia.

Namun masih ada komuniti serta kelompok manusia yang masih menjadikan radio sebagai sumber hiburan kerana beberapa perkara contohnya segmen yang menjadi tarikan utama pendengar memilih stesen radio tersebut.

Stesen Radio No. 1 di Pantai Timur, THR Gegar terus mengungguli dan menjadi pilihan utama kepada warga di pantai timur kerana mempunyai tarikan tersendiri. Segmen Cinta Gegar kendalian Dj Nazz antaranya yang mendapat perhatian ramai pendengar dan  THR Gegar telah tampil dengan idea untuk menghadiahkan pendengar mereka dengan sebuah lagu istimewa.

Gegaran Cinta Hadiah THR Gegar Buat Pendengar Setia
Gegaran Cinta Hadiah THR Gegar Buat Pendengar Setia


Gegaran Cinta telah menampilkan pengendali segmen itu sendiri iaitu DJ Nazz sebagai penyanyi disamping seorang penyanyi baru, Wanie. Lagu tersebut telah dilancarkan semalam, Selasa, di MJK Coffee House, Kinrara bersama tayangan muzik video yang dihasilkan oleh MVM Production.

Istimewanya lagu ini kepada pendengar segmen Cinta Gegar adalah lirik yang digunakan merupakan hasil tulisan serta luahan hati pendengar yang telah menghantarnya sendiri kepada pihak THR Gegar sebelum ia diproses dan digubah oleh DJ Nazz dan mendapatkan iramanya melalui sentuhan Eddie Hamid.

Inisiatif stesen radio ini menghasilkan single khas untuk segmen Cinta Gegar adalah sebagai ucapan terima kasih kepada pendengar mereka yang merealisasikan impian mereka menjadi stesen radio pilihan utama di pantai timur.



Kerana itu jika dilihat kepada butir mengenai Gegaran Cinta, lagu tersebut telah ditulis oleh pendengar THR dan lagunya dicipta oleh Eddie Hamid. Vokal yang dimiliki DJ Nazz dirasakan mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan menjadikan ia lebih dekat kepada pendengar THR Gegar khususnya segmen Cinta Gegar.

Wanie merupakan barisan pelapis dunia seni suara dimana dia nyata memiliki keistimewaan sendiri melalui vokal yang ditampilkan dalam single ini. Gegaran Cinta telah mula diputarkan di THR Gegar dan diharap menjadi hits bukan sahaja di stesen radio tersebut malah di semua radio lain yang ada di negara ini.

Sabhi Saddi Tunggu Jawapan Nova Music


Sabhi Saddi Tunggu Jawapan Nova Music


Biarpun lagu Cinta Sesungguhnya masih menjadi pilihan kebanyakan stesen radio tempatan, namun penyanyi lagu berkenaan Sabhi Saddi mengharapkan agar satu lagi lagunya akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Dia yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan LOL Entertaimen sejak Mac lalu berkata, buat masa sekarang dia masih menunggu kata putus daripada Nova Music untuk melancarkan salah satu daripada dua lagu baru nyanyiannya.

Dua lagu berkenaan iaitu Percuma yang merupakan nyanyian Sabhi Saddi secara solo dan Kisah Kita iaitu duetnya bersama Nieyl Mentor.

Nova Music yang bertindak selaku pengedar dua lagu baru  Sabhi Saddi itu termasuk Cinta Sesungguhnya bertanggungjawab untuk membuat pilihan paling tepat bagi merealisasikan impiannya itu.

Sabhi Saddi Tunggu Jawapan Nova Music
Sabhi Saddi Tunggu Jawapan Nova Music


“Itulah, saya masih menunggu jawapan daripada pihak Nova Music untuk memilih lagu Percuma atau Kisah Cinta duet saya bersama Nieyl.

“Kedua-dua lagu berkenaan sudahpun siap sepenuhnya dan hanya menunggu untuk dilancarkan saja terutama sekali lagu Percuma yang telah siap sejak 2012.

“Sepatutnya bulan depan saya akan keluar dengan lagu baru. Tapi tunggulah nanti bagaimana keputusan Nova Music selepas perbincangan kami nanti,” katanya yang kini sibuk menguruskan rumah tangga bersama isteri dan anak sulungnya.

Menurut Sabhi Saddi, jauh di lubuk hatinya untuk memperkenalkan lagu Percuma ciptaan komposer Indonesia, Bamby Noor itu kepada peminatnya tetapi dia sedar pihak Nova Music mempunyai strateginya sendiri.

Tambahnya, dia bersama pihak pengurusannya akan bertemu dengan Nova Music dalam masa terdekat bagi membincangkan kekeliruan itu.


Johan Dakwaan Minta Bayaran Untuk Ditemubual Itu Mengarut!


Johan Dakwaan Minta Bayaran Untuk Ditemubual Itu Mengarut!


Pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak menafikan dakwaan yang mengatakan pelawak terkenal ini meminta bayaran sekiranya ada pihak media yang ingin menemubualnya.

Johan yang ditemui pada majlis pra-tonton filem animasi Ribbit di TGV One Utama pada Selasa menyifatkan tuduhan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

“Takkanlah jika nak ditemubual pun saya nak mintak bayaran? Lainlah kalau saya ini seorang pelawak antarabangsa yang terkenal, mungkin perkara itu akan berlaku.

“Tak adalah, bagi saya tuduhan itu semua mengarut!” katanya tegas,

Johan Dakwaan Minta Bayaran Untuk Ditemubual Itu Mengarut!
Johan Dakwaan Minta Bayaran Untuk Ditemubual Itu Mengarut!


Tambah Johan lagi, timbulnya dakwaan tersebut mungkin kerana intonasi dan gaya percakapannya telah disalah ertikan.

“Kadang-kadang tu bila orang tanya, jawapan saya itu bergantung pada keadaan dan juga tempat.

“Mungkin orang macam saya ini percakapannya banyak di salah ertikan, adakalanya kita melawak tetapi mereka anggap itu serius.

“Saya suka jawab soalan secara spontan dan saya juga tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan mengenai hal ini.

“Jadi dakwaan tentang meminta bayaran itu adalah tidak benar sama sekali.” jelasnya.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam filem animasi terbitan KRU Studios berjudul 'Ribbity', penyampai radio Era.fm ini memberitahu dia berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan produksi tersebut.

“’Ribbit’ merupakan filem animasi pertama saya dan saya memegang wataksebagai Ribbit iaitu seekor katak yang mengalami krisis identiti.

“Ini merupakan pengalaman baru buat saya dan saya berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk terlibat dalam filem ini.” ujarnya pendek.

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 September 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan