Cari Artikel

Tuesday, April 29, 2014

25 maut serangan pengebom nekad di Baghdad


25 maut serangan pengebom nekad di Baghdad

25 maut serangan pengebom nekad di Baghdad


BAGHDAD: Pegawai Polis Iraq mengesahkan seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di pinggir Bandar Kurdish, di timur laut Baghdad hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 25 maut. 

Dalam serangan di Pekan Khanaqin di Wilayah Diyala itu, 35 orang dilaporkan cedera dan ramai yang kritikal.

Setakat ini lebih 50 orang dilaporkan terkorban dalam beberapa kejadian keganasan di seluruh Iraq menjelang pilihan raya Parlimen, hujung minggu ini.

Polis berkata, pengebom berani mati itu memetupkan dirinya berdekatan sekumpulan pengikut Kurdis ketika sedang menonton klip video yang disiarkan stesen televisyen mengenai Presiden Jalal Talabani, yang kini berada di Jerman untuk membuat rawatan sejak 2012. - AP

Pekerja kereta api bawah tanah London lancar mogok 48 jam


Pekerja kereta api bawah tanah London lancar mogok 48 jam

Pekerja kereta api bawah tanah London lancar mogok 48 jam


LONDON: Pekerja sistem kereta api bawah tanah London mula melancarkan mogok 48 jam bermula 9 malam waktu tempatan, menyebabkan perjalanan pengguna tersekat dan kelam-kabut termasuk ribuan penyokong yang menyaksikan perlawanan Arsenal dengan Newcastle.

Tindakan itu dianjurkan Kesatuan Pekerja Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan (RMT) sebagai protes dan merancang untuk menutup semua pejabat jualan tiket sistem kereta api “Tube”.


Mogok itu dilancarkan selepas rundingan antara kesatuan dengan syarikat pengangkutan kereta api bawah tanah London menemui kegagalan.

Papan tanda diletakkan di luar stesen kereta api menasihati peminat dan penyokong bola sepak yang keluar dari Stadium Emirates bagaimana untuk melakukan perjalanan balik ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, keadaan dijangka bertamhah buruk apabila pengguna bergegas keluar untuk bekerja pada pagi esok dan Rabu.

Sistem pengangkutan bawah tanah London, iaitu yang tertua di dunia menguruskan lebih tiga juga penumpang setiap hari. - AFP

5 rakyat Malaysia ditahan di Songkhla larikan wang guna kad ATM palsu


5 rakyat Malaysia ditahan di Songkhla larikan wang guna kad ATM palsu

5 rakyat Malaysia ditahan di Songkhla larikan wang guna kad ATM palsu


Kangar: Lima rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand selepas dikesan melarikan wang berjumlah lebih 5 juta baht (kira-kira RM500,000) menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) yang dipalsukan menggunakan data curi. 

Kelima-lima suspek berusia antara 22 dan 35 tahun ditahan secara berasingan dalam beberapa serbuan sekitar Songkhla di Thailand, sehingga semalam.


Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla , Mohd Faizal Razali, ketika dihubungi mengesahkan penahanan kelima-lima rakyat Malaysia terbabit, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa Thailand.

Berdasarkan maklumat, katanya mereka dipercayai menjalankan kegiatan pemalsuan kad ATM di Thailand, sebelum memindahkan wang kepada rakan mereka di Malaysia dengan mendapat upah 10 peratus daripada hasil wang curi itu. "Kebanyakan mangsa mereka sebahagian besarnya terdiri daripada pelancong warga Perancis," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Faizal berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Polis Thailand itu dilakukan selepas mendapat maklumat daripada Kedutaan Perancis mengenai aduan kehilangan kad kredit milik warganya di Hatyai sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, hasil serbuan, polis merampas 732 kad kredit palsu, kad debit, komputer riba, 'skimmer' serta wang tunai yang dicuri.

Beliau berkata, polis juga sedang memburu tiga lagi rakan suspek yang melakukan kegiatan itu selepas masuk ke Thailand 2 April lalu.

Esscom Tekad Pastikan Kawasan Pantai Timur Sabah Selamat


Esscom Tekad Pastikan Kawasan Pantai Timur Sabah Selamat

Esscom Tekad Pastikan Kawasan Pantai Timur Sabah Selamat


Oleh Erda Khursiah Basir dan Norshazlina Nor'azman

Fokus berita ini merupakan bahagian pertama daripada dua siri, yang bertujuan menjelaskan peranan agensi penyelaras, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan di pantai timur Sabah.

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Insiden penculikan di Singamata Adventures and Reef Resort Semporna awal bulan ini memberi mesej jelas kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bahawa masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Ancaman keselamatan berikutan pencerobohan pengganas Sulu dan kes penculikan menuntut Esscom mengambil tindakan drastik dan langkah proaktif bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah ekoran krisis di Tanduo, Lahad Datu pada tahun lepas.

Jenayah rentas sempadan di perairan timur Sabah, yang tujuh daripada 362 pulau di kawasan itu menempatkan pusat peranginan dan aktiviti marin, boleh mencemarkan imej Malaysia dan memberi kesan kepada industri pelancongan negara serta aktiviti ekonomi.

Menyedari impak negatif ancaman keselamatan di kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer itu, Esscom mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan keadaan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal kepada penduduk dan pelancong.

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata Esscom kini melarang pergerakan keluar masuk ke kawasan resort selepas pukul 6 petang bagi mengelakkan insiden penculikan yang modus operandinya dilakukan pada waktu malam dan awal pagi daripada berulang.

"Esscom memutuskan tiada sebarang aktiviti di laut dan sungai selepas matahari terbenam (semua aktiviti hanya dilakukan pada waktu siang). Pengusaha resort yang mempunyai aktiviti unik pada waktu malam hendaklah memohon kebenaran daripada Esscom terlebih dahulu," katanya kepada Bernama.

Selain itu, pasukan keselamatan akan mengadakan rondaan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa di setiap resort dan pengusaha yang gagal mematuhi arahan berkenaan akan dirujuk kepada Kementerian Pelancongan dan pihak berkuasa tempatan untuk tujuan digantung lesen perniagaannya.

Tambah Aset Keselamatan

Mohammad berkata insiden penculikan seorang pelancong China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina mengejutkan banyak pihak kerana ia berlaku selang hanya empat bulan daripada insiden pembunuhan dan penculikan pelancong di Pulau Pom-Pom.

Katanya insiden penculikan itu adalah kes jenayah rentas sempadan atau kes penculikan dan ia bukan kejadian yang pertama kerana beberapa penculikan sedemikian pernah berlaku di kawasan Semporna dan Lahad Datu.

"Esscom tidak menolak kegiatan penculikan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina sejak tahun 2000 itu bertujuan mendapatkan sumber kewangan," katanya.

Bagi membanteras kegiatan penculikan berleluasa khususnya di kawasan perairan Semporna dan Lahad Datu yang terletak hampir dengan sempadan Filipina, pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menambah 30 peratus bilangan aset seperti bot dan kapal di kawasan perairan Semporna tanpa menjejaskan kawalan rondaan di kawasan lain.

Perbaiki Kelemahan

Tidak menafikan masih banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan Esscom untuk memastikan sektor pelancongan tidak terjejas akibat aspek keselamatan, Mohammad berkata Esscom mampu memperbaikinya dan yakin berupaya membentuk persefahaman lebih mantap pada masa akan datang.

Beliau mengakui bahawa agak sukar untuk Esscom memberi jaminan bahawa penculikan tidak akan berlaku di ESSZONE memandangkan beberapa faktor dikenal pasti mendorong berlakunya kes penculikan.

"Dari awal, kita tidak boleh menyamakan Rascom (Rajang Area Security Command) dengan Esscom. Rascom diwujudkan untuk memerangi komunis di Sarawak pada awal tahun 70an sehingga 90an sementara Esscom berperanan menjaga dan mengawal kawasan yang jauh lebih luas meliputi laut dan daratan.

"Tambahan lagi pantai yang panjang sejauh 1,733.7km dari Kudat sehingga ke Tawau membuatkan kita sukar mengenal pasti musuh memandangkan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penduduk negeri ini di samping mengamalkan budaya hidup yang sama dengan penduduk Sabah," katanya.

Mohammad berkata ada di antara mereka yang terlibat dengan jenayah penculikan sudah tinggal di Sabah bertahun-tahun lamanya dan hal itu adalah satu cabaran besar Esscom untuk mengatasinya.

Kerjasama Esscom Dan Pengusaha Pelancongan

Justeru bagi tujuan menjaga keselamatan pelancong dan pelanggan, Esscom menetapkan beberapa syarat penting untuk dipatuhi semua pengusaha pusat peranginan di ESSZONE.

Antara inisiatif itu ialah menggaji pengawal keselamatan terlatih yang akan mengawal premis perniagaan 24 jam sehari selain menugaskan seorang pegawai bertanggungjawab untuk melapor terus kepada polis atau Esscom sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang mendatangkan ancaman terhadap keselamatan pelanggan resort.

Mohammad berkata langkah itu membolehkan tindakan segera diambil kerana sebelum ini pekerja resort terlebih dahulu memaklumkan kejadian kepada pengurus resort dan kemudian barulah pengurus melaporkannya kepada polis.

"Setiap resort di ESSZONE hendaklah memasang peralatan keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup), menara tinjau, lampu sorot dan peralatan komunikasi.

"Semua pengusaha resort juga dikehendaki memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan membenarkan anggota keselamatan membuat rondaan di kawasan resort. Mereka juga boleh melaporkan kepada Esscom sekiranya ada anggota keselamatan yang tidak serius ketika menjalankan tugas di resort," katanya.

Pada masa ini terdapat 362 buah pulau di ESSZONE. Daripada jumlah itu, tujuh pulau mempunyai pusat peranginan iaitu Kapalai, Mabul, Pulau Bum-Bum, Pom-Pom, Mataking, Langkayan dan Billean.

Hubungan Kerjasama Antara Agensi

Mohammad berkata Esscom, sebagai agensi penyelaras, menempatkan pasukan keselamatan dan aset pertahanan di kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan masuk di kawasan perairan melibatkan semua komponen keselamatan dan tugas-tugas pertahanan secara holistik dan bersepadu.

"Arahan penugasan masih terletak di bawah ketua perkhidmatan dan agensi masing-masing. Bagi mencapai matlamat penubuhannya, Esscom dari semasa ke semasa meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan agensi Persekutuan dan negeri yang berkaitan," katanya.

Berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pasukan dalam Esscom, beliau berkata persefahaman itu menjadi asas kekuatan Esscom untuk menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan atau jenayah penculikan.

"Walaupun baru setahun jagung ditubuhkan, saya menyifatkan Esscom sebagai entiti yang berjaya merealisasikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan hasil penggabungan komponen pertahanan, keselamatan dan awam," katanya.

Selain itu, ia turut mengukuhkan pelaksanaan program peningkatan semangat patriotisme masyarakat di ESSZONE serta menyelaras dan memantapkan program pembangunan sosial ekonomi berteraskan keselamatan kepada kumpulan sasar di ESSZON.

Esscom ditubuhkan pada 1 April 2013 di bawah Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduao, Lahad Datu Sabah pada awal Mac 2013.

Dianggotai empat komponen utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pegawai Awam, asas penubuhannya ialah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah susulan pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu.

Matlamat Esscom antaranya memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama, memastikan, memelihara dan memudahkan penjalanan secara bebas serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

ESSZONE meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

-- BERNAMA

Lawatan Obama Tingkat Hubungan AS-Malaysia Kepada Perkongsian Komprehensif


Lawatan Obama Tingkat Hubungan AS-Malaysia Kepada Perkongsian Komprehensif

Lawatan Obama Tingkat Hubungan AS-Malaysia Kepada Perkongsian Komprehensif


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengakhiri lawatan bersejarah beliau di Malaysia Isnin, dengan pemimpin kedua-dua negara beriltizam meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian komprehensif yang berobjektif memperkukuh kepentingan bersama dan nilai bersama rakyat.

Bagi menandakan fasa baharu perkongsian komprehensif itu, kedua-dua negara komited untuk memperkukuh mekanisme dialog dalam bidang utama termasuk kerjasama politik dan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan hubungan rakyat dengan rakyat, keselamatan dan pertahanan serta alam sekitar, sains, teknologi dan tenaga.

Komitmen itu diperluaskan kepada usaha meningkatkan lagi peranan Dialog Pegawai Kanan Malaysia-AS sebagai forum utama bagi pelaksanaan perkongsian komprehensif menerusi rundingan tetap.

Lawatan Obama ke Malaysia adalah yang pertama oleh presiden Amerika sejak lawatan Lyndon B. Johnson pada 1966.

Obama diberikan sambutan permaidani merah di Bangunan Parlimen pada Sabtu, diraikan pada jamuan negara pada Sabtu malam dan pada Ahad mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin muda Asia Tenggara.

Presiden AS itu juga melawat Masjid Negara di ibu negara Malaysia ini pada Sabtu dan bersama-sama Najib melancarkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya, bandaraya pintar yang menempatkan kira-kira 800 firma ICT dan bukan ICT, termasuk 43 perbadanan multinasional.

Malaysia merupakan hentian ketiga dalam siri lawatan Obama ke empat negara Asia, bermula di Jepun dan diikuti Korea Selatan. Presiden berlepas ke Filipina pada Isnin.

Najib berkata kehadiran Obama di Malaysia menandakan "permulaan fasa baharu perkongsian kami - dengan persahabatan dipererat dan perkongsian komprehensif."

Obama dan Najib turut memuji kemajuan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) setakat ini dan mengulangi komitmen mereka untuk menyelesaikan isu tertangguh dan memuktamadkan perjanjian peringkat tinggi secepat mungkin.

Pada mesyuarat itu, Obama dan Najib mengakui akan pentingnya keamanan dan kestabilan bagi keselamatan dan kemakmuran ekonomi bersama.

Mereka turut bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan terbaru di Laut China Selatan dan sedar kepentingan melindungi keselamatan maritim dan memastikan kebebasan navigasi dan penerbangan di rantau itu, termasuk laluan kritikal di Laut China Selatan.

Kedua-dua pemimpin juga mengiktiraf pentingnya menyelesaikan semua pertikaian wilayah dan maritim oleh semua pihak terlibat secara aman, termasuk timbang tara antarabangsa mengikut prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Undang-Undang Laut.

Obama juga menyambut baik komitmen Malaysia untuk memerangi percambahan senjata pemusnah besar-besaran dengan menyertai Inisiatif Keselamatan Pengawalan Senjata (PSI) di bawah Pernyataan Prinsip Perintah Larangan.

Mengenai Malaysia akan memegang jawatan pengerusi Asean pada 2015, Obama menyatakan keyakinan bahawa di bawah pimpinan Malaysia, hasrat perkumpulan serantau itu untuk meningkatkan intergrasi ekonomi mampu direalisasikan.

Presiden AS itu juga memuji peranan Malaysia mengusahakan proses damai di selatan Filipina yang membawa kepada pemeteraian Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro baru-baru ini.

Sebagai mencerminkan hasrat Obama dan Najib untuk meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat yang pertama kali dibincangkan pada 2010, kedua-dua pemimpin yang gembira dengan kejayaan Program Bantuan Pengajaran Bahasa Inggeris (ETA) Fullbright, memutuskan program itu dilanjutkan tiga tahun lagi.

Najib dalam pada itu turut berterima kasih kepada Obama yang bersetuju untuk menimbangkan penyertaan Malaysia dalam Program Pengecualian Visa, membolehkan warganegara negara yang menyertai program itu memasuki AS tanpa visa selama 90 hari atau kurang.

Sebagai langkah pertama, AS komited untuk menyediakan taklimat teknikal tentang syarat keselamatan dan perjanjian perkongsian maklumat pada tahun ini.

Kini terdapat 37 negara menyertai program itu termasuk Brunei Darussalam, Singapura, Taiwan dan Jepun.

Pada sidang akhbar bersama pada Ahad, Najib turut menyatakan penghargaan kepada AS atas sokongan berterusan diberikan dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airline MH370 yang hilang manakala Obama berjanji akan menghulurkan segala bantuan yang termampu bagi misi itu.

Mengakui operasi itu berdepan cabaran besar, Obama berkata pihak berkuasa Malaysia telah berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk mencari pesawat itu.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak negara lain di rantau ini tetapi saya boleh nyatakan bahawa AS dan rakan-rakan yang lain mendapati kerajaan Malaysia memerlukan bantuan, dan telah memberikan kerjasama penuh dari segi maklumat yang mereka ada," katanya.

Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.

Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi'.

Operasi mencari sedang giat dilakukan di selatan Lautan Hindi.

-- BERNAMA

Mampukah MCA Raih Sokongan Pengundi Cina


Mampukah MCA Raih Sokongan Pengundi Cina
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai
bersama barisan kepimpinan parti

Mampukah MCA Raih Sokongan Pengundi Cina

Fokus Berita Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Barisan Nasional (BN), khususnya MCA, sekali lagi menggalas tugas berat dalam usaha meyakinkan pengundi, khususnya kaum Cina, untuk berpihak kepada parti itu dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gelugor, 25 Mei depan.

Mengikut agihan kerusi di dalam BN, kerusi Parlimen Bukit Gelugor adalah milik MCA, menjadikan ini pembabitan kedua MCA dalam pilihan raya kecil selepas yang pertama dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor pada 23 Mac lepas.

Semasa pilihan raya kecil Kajang, MCA di bawah pimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai terpaksa bekerja keras dalam usahanya mendapatkan pengundi Cina yang berjumlah 15,823 orang atau 40 peratus mengalih sokongan mereka kepada BN.

Hasilnya, MCA memperoleh peningkatan sebanyak tujuh peratus kepada 25 peratus berbanding keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu sekitar 18 peratus.

Melihat pilihan raya kecil kali ini adalah kerusi Parlimen, sudah tentu tugas MCA selaku parti komponen kedua terbesar BN, semakin berat kerana bakal berhadapan dengan saiz pengundi Cina yang bilangannya tiga kali ganda lagi besar daripada DUN Kajang.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gelugor, yang mempunyai 61,112 pengundi Cina atau 74.49 peratus, diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, 74, dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Karpal Singh, bekas pengerusi DAP, meraih majoriti 42,706 undi, ketiga tertinggi selepas Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dari DAP yang memperoleh 51,552 majoriti undi dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Sim Chee Keong, juga dari DAP, sebanyak 43,063 majoriti undi.

Di atas kertas, ramai pihak meramalkan bahawa BN-MCA sukar mendapat sokongan pengundi Bukit Gelugor khususnya masyarakat Cina berdasarkan sentimen PRU13.

Biar pun tersungkur di Kajang, formula mengurangkan majoriti pihak lawan sebanyak 14.4 peratus seharusnya dijadikan panduan untuk memperkasakan gerak kerja dan strategi parti bagi meraih seberapa banyak sokongan pengundi.

Menyedari Parlimen Bukit Gelugor merupakan kubu kuat DAP, timbul persoalan, mampukah MCA 'mencuri' sedikit undi daripada jumlah keseluruhan pengundi Cina di kawasan Parlimen itu?

Penganalisis politik meramalkan bahawa majoriti 42,706 undi yang diperoleh Karpal Singh ketika PRU13 berkemungkinan kekal berdasarkan sentimen semasa di kawasan itu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata BN sama ada menerusi MCA atau pun Gerakan akan mempunyai laluan berliku memandangkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor adalah milik tokoh besar DAP.

"Tambahan pula kerajaan negerinya adalah pimpinan DAP dan sentimen pemergian Karpal Singh sangat terkesan di hati pengundi selain ia adalah kubu kuat DAP," katanya kepada Bernama di sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata keyakinan tinggi akan menjadi faktor yang mampu mendorong parti itu berusaha keras untuk meraih sokongan pengundi.

"Kalau kita bertanding, laluannya sukar. Bagaimanapun kita ada keyakinan. Keyakinan itu penting untuk kita cuba kurangkan majoriti lawan," katanya kepada Bernama.

Pun begitu, MCA yang kini giat mengadakan transformasi parti diingatkan supaya tidak menjadikan pilihan raya kecil ini medan untuk menguji pengaruh sebaliknya platform mempamerkan kesediaan dan iltizam kuat untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Saya fikir BN tidak boleh memberi kemenangan mudah kepada DAP dan saya yakin BN akan beri tentangan dan bertanding sebagai 'underdog' (bukan pilihan). Ini bukanlah masa yang sesuai untuk MCA menguji pengaruh mereka," kata Mohamed Mustafa.

Beliau berkata sentimen ketika pilihan raya kecil Kajang amat berlainan daripada sentimen di Bukit Gelugor.

"Di Kajang, wakil rakyat letak jawatan, jadi ia lain sekali manakala di Bukit Gelugor, ia melibatkan kematian wakil rakyat. Pulau Pinang bukan tapak yang kuat untuk MCA berbanding Gerakan. Jadi tak sesuai untuk ukur kemampuan," katanya.

Selepas dilanda prestasi buruk pada PRU13, MCA kini berdepan dengan perang persepsi di kalangan rakyat khususnya masyarakat Cina yang masih meragui sama ada parti yang kini dibarisi kepimpinan baharu telah pulih daripada segala masalah dalaman.

Mohamed Mustafa berpendapat masyarakat Cina khususnya di Parlimen Bukit Gelugor sukar untuk memberikan undi kepada MCA ditambah dengan sentimen politik negeri yang memihak kepada DAP.

"Dalam sejarah Bukit Gelugor, MCA tidak ada pengaruh yang kuat. Pengundi akan memberikan undi kepada DAP kerana faktor simpati dan faktor mengenang budi Karpal Singh," katanya.

Namun bagi Tan, walau apapun keadaan, MCA bersedia menggalas cabaran berat itu dan menambah kata bahawa parti itu sudah membuat persiapan menghadapinya.

Selain 61,112 pengundi Cina atau 74.49 peratus, kawasan Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 orang pengundi Melayu, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.



-- BERNAMA

'Gali Lubang Tutup Lubang' Antara Punca Utama Muflis


'Gali Lubang Tutup Lubang' Antara Punca Utama Muflis

'Gali Lubang Tutup Lubang' Antara Punca Utama Muflis


Oleh Rosmalis Anuar

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Perbuatan 'gali lubang tutup lubang' atau membuat pinjaman lain untuk menyelesaikan hutang sedia ada antara penyebab utama peningkatan golongan muflis di negara ini.

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Mohd Adnan Anan Abdullah berkata ramai individu yang merujuk agensi itu untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila tidak mampu menyelesaikan hutang akibat perbuatan itu.

"Sebagai contoh, graduan yang baru bekerja mendapat gaji RM2,000 sebulan dan membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500 hingga RM600, tanpa mengambil kira kos lain yang perlu ditanggung seperti minyak, penyelenggaraan dan insurans. Jadi mereka akan guna kad kredit untuk tampung kos tersebut.

"Apabila hutang kad kredit meningkat, ada pula yang buat pinjaman peribadi ekspres yang mempunyai kadar faedah tinggi untuk selesaikan hutang kad kredit.

Inilah yang dikatakan 'gali lubang tutup lubang' yang akhirnya tiada kesudahan," katanya kepada Bernama.

Sejak ditubuhkan pada April 2006 hingga 28 Feb lalu, 256,624 individu telah mendapatkan khidmat kaunseling daripada AKPK, dengan 103,768 daripadanya mendaftar untuk Pelan Pengurusan Kredit (PPK).

Daripada jumlah itu, 82.8 peratus menyertai PPK akibat kombinasi beberapa jenis hutang, kad kredit (5.6 peratus), pinjaman peribadi (2 peratus), pinjaman perumahan (1.7 peratus), sewa beli (0.4 peratus) dan lain-lain (7.5 peratus).

Pada 9 April, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, 122,169 rakyat Malaysia diisytihar muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun lalu berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Daripada jumlah itu, 33,570 orang atau 26.54 peratus diisytihar muflis dalam tempoh berkenaan kerana masalah sewa beli kenderaan.

Mengulas perkara itu, Mohd Adnan berkata, perjanjian sewa beli kenderaan tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang berbeza dengan hutang lain, yang juga antara penyebab utama kepada peningkatan golongan muflis.

"Kalau seseorang tak bayar ansuran dua bulan berturut-turut, dia disifatkan telah ingkar dan notis pertama akan keluar. Jika dalam tempoh dua minggu selepas itu hutang tidak dibayar maka kereta boleh ditarik dan dilelong," ujarnya.

Tambahnya, gaya hidup di luar kemampuan seperti membeli kenderaan mewah dan menjual kenderaan menggunakan kaedah 'sambung bayar' juga antara punca peningkatan jumlah golongan muflis.

Bagaimanapun, katanya masih ada harapan untuk individu muflis kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan bantuan AKPK.

Sehingga Februari lalu, 1,943 individu berjaya keluar daripada senarai PPK dengan jumlah portfolio RM194.1 juta, manakala 64,037 masih mempunyai akaun aktif dengan jumlah portfolio RM4.7 bilion.

Seorang pekerja swasta Kamaruzaman Abdul Ghani, 56, antara individu yang berjaya keluar daripada belenggu hutang setelah menyertai PPK.

Menceritakan kembali pengalamannya, katanya beliau merujuk kepada AKPK pada tahun 2008 setelah hutangnya mencecah puluhan ribu ringgit merangkumi hutang kad kredit, pinjaman perumahan, sewa beli kenderaan dan pinjaman peribadi.

"Di AKPK, hutang kad kredit dan pinjaman peribadi saya distruktur semula, dan dalam tempoh lima tahun kesemua hutang itu berjaya diselesaikan. Selepas itu, saya lebih berhati-hati dalam mengurus kewangan agar tidak terjerumus semula ke dalam masalah itu," katanya kepada Bernama.

Seorang lagi bekas peserta PPK, Mohd Najib Hashim, 60, menggunakan kad kredit sejak tahun 80-an bermula dengan hanya satu kad.

Namun, masalah mula berlaku apabila beliau menerima tawaran kad kredit daripada beberapa bank lain.

"Daripada satu kad, jadi enam kad. Apabila satu kad sudah mencecah tahap maksimum, saya guna pula kad yang lain sehingga akhirnya hutang jadi 'snowball' dan saya tak mampu tampung semua, ditambah pula dengan pinjaman perumahan", katanya.

Mohd Najib berjaya menyelesaikan masalah itu dalam tempoh tiga tahun setelah menyertai PPK pada 2010.

Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan AKPK, hubungi talian 1800 88 2575.

-- BERNAMA

Anggota PKR Mulai Memilih Sabtu Ini


Anggota PKR Mulai Memilih Sabtu Ini

Anggota PKR Mulai Memilih Sabtu Ini


Fokus Berita Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengundi mulai esok untuk memilih barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Jawatankuasa Cabang parti bagi penggal 2014-2017.

Pengundian yang diadakan mengikut zon negeri itu akan memilih Timbalan Presiden, empat Naib Presiden, 20 anggota MPP serta kepimpinan di peringkat sayap Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan.

Jawatan Presiden PKR dimenangi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menang tanpa bertanding, selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan itu, Selasa lepas.

Seramai 247 calon sah bertanding merebut pelbagai jawatan parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Datuk Johari Abdul dipetik sebagai berkata seramai 496,923 anggota parti layak mengundi barisan kepimpinan parti yang diadakan secara berperingkat mengikut negeri sehingga 11 Mei ini.

Daripada 222 cabang seluruh negara, anggota PKR di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak menjadi negeri terawal yang akan mengundi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, empat calon menawarkan diri merebut jawatan itu termasuk penyandangnya Mohamed Azmin Ali. Tiga calon lain ialah Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota cabang Hulu Selangor Datuk K. Ramachandran.

Perebutan bagi jawatan nombor dua parti dilihat sengit antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid.

Siapakah yang bakal mengisi kerusi timbalan presiden, dilihat sangat penting bagi menyokong dan membantu presiden dalam menjayakan misi serta visi parti, yang sudah 15 tahun berada dalam arus perdana politik sejak ditubuhkan pada 1999.

Bagi jawatan Naib Presiden, 14 calon layak bertanding termasuk penyandangnya Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh, Tian Chua dan Datuk Dr Mansor Othman.

Jawatan naib presiden yang memperuntukkan secara keseluruhannya tujuh kerusi, empat kerusi diisi oleh mereka yang dipilih menerusi proses pemilihan manakala tiga lagi secara lantikan oleh presiden parti.

Ramai pihak menjangkakan bahawa kesemua penyandang akan menerima saingan sengit apabila persaingan untuk jawatan nombor tiga parti turut ditandingi beberapa pemimpin lama dan mereka yang kian meningkat naik.

Antara mereka yang disebut-sebut ialah Pengarah Strategi Mohd Rafizi Ramli, Pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Selangor Dr Xavier Jayakumar dan juga N. Surendran, yang sebelum ini adalah naib presiden secara lantikan.

Bagi penggal 2010-2013, dua lagi naib presiden dilantik ialah Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dan Datuk John Tenewi Nuek dari Sarawak.

Menurut Fasal 21.7 perlembagaan PKR yang baharu, seorang daripada tiga Naib Presiden yang dilantik mestilah dari Sabah dan Sarawak. Fasal 24.3 pula menyebut Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah dan Sarawak secara automatik menjadi ahli biro politik parti.

Meneliti perebutan jawatan naib presiden, agak menarik diperhatikan ialah calon dari Sarawak iaitu Baru Bian turut bertanding jawatan itu meskipun secara dasarnya presiden parti boleh melantiknya sebagai naib presiden apatah lagi beliau adalah Pengerusi PKR Sarawak.

Apakah hasrat Baru Bian bertanding ingin menguji penerimaan dan popularitinya di kalangan anggota akar umbi di Semenanjung?

Baru Bian dilapor sebagai berkata hasratnya menawarkan diri untuk jawatan naib presiden adalah bagi mewakili 'suara rakyat' di Sabah dan Sarawak selain meletak harapan tinggi untuk dipilih, memandangkan dalam saingan itu, hanya beliau wakil tunggal Bumi Kenyalang manakala Negeri di Bawah Bayu pula tiada calon.

Bagi penganalisis politik, kesediaan Baru Bian bertanding memberi isyarat kepada kepimpinan parti bahawa kemasukan wakil dari Sabah dan Sarawak bukanlah hanya pelengkap kepada jumlah keanggotaan parti.

"Baru Bian perlu bertanding bagi menunjukkan pengaruhnya selain sebagai isyarat kepada kepimpinan bahawa mereka bukan hanya tempelan," kata Che Hamdan Che Mohd Razali, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu kepada Bernama.

Che Hamdan berkata kewujudan kem-kem tertentu di dalam PKR seperti Saifuddin yang membentuk pasukan bersama Nurul Izzah dan Mohd Rafizi menyajikan elemen kejutan terhadap keputusan pemilihan Mei nanti.

Tidak kurang juga yang memandang sinis pembentukan pasukan tertentu dalam saingan pemilihan parti, dan menganggapnya lebih sebagai usaha mempromosikan kem-kem di dalam parti.

"Untuk jawatan naib presiden, pemimpin muda seperti (Mohd) Rafizi dan Nurul Izzah dilihat mempunyai harapan," kata Che Hamdan.

Keputusan barisan kepimpinan baharu PKR dijangka diumumkan pada 13 Mei.

-- BERNAMA

Tabiat Penggunaan Air Penduduk Malaysia Perlu Diubah Untuk Elak Catuan



Tabiat Penggunaan Air Penduduk Malaysia Perlu Diubah Untuk Elak Catuan

- Oleh Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman dan Mohd Fakri Awang Lah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Di sebalik langkah pencatuan yang dikenakan pihak berkuasa, penduduk Malaysia masih menggunakan purata 250 liter air atau kira-kira 160 botol 1.5 liter air seorang, setiap hari.

Melainkan mereka mengubah tabiat ini, pencatuan air tidak akan berkesan untuk mengatasi krisis air semasa, kata Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Aldric Loong Kim Yew.

Beliau berkata pada masa ini penduduk Malaysia mencatatkan kadar penggunaan air tertinggi di Asia Tenggara, dengan purata penggunaan antara 220 hingga 250 liter sehari setiap orang.

"Daripada 220 hingga 250 liter yang kita gunakan setiap hari, hanya 30 untuk penggunaan sebenar seperti memasak dan minum, manakala bakinya pula digunakan untuk perkara misalnya mencuci kereta dan pakaian serta membasuh kolam setiap hari.

"Kadar ini tinggi berbanding negara jiran kita seperti Thailand dengan kadar penggunaan biasa kira-kira 160 hingga 170 sehari liter, Singapura antara 130 hingga 150 liter dan Indonesia 140 hingga 160 liter," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Loong percaya jika penduduk Malaysia dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 30 peratus secara beransur-ansur, kesannya boleh mengatasi krisis air.

Beliau juga percaya air yang boleh diperoleh dengan begitu mudah dan murah menjadikan penduduk Malaysia lalai dalam menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) Foon Weng Lian menggesa kerajaan Pusat dan Negeri supaya mencari penyelesaian untuk mengubah tabiat pengguna yang membazirkan air.

Foon berkata sungguhpun kerajaan berusaha untuk meningkatkan bekalan air dengan membina loji rawatan air Langat 2, ia masih bukan merupakan penyelesaian kepada krisis air di Lembah Klang.

"Sebagai contoh jika anda mahu menyimpan lebih banyak air seperti Langat 2, pengguna perlu tahu cara untuk menjimatkan air. Kalau kita ada 100 projek sekalipun, ia tidak akan cukup bagi masa depan," katanya.

Peringkat pertama catuan di Lembah Klang bermula pada 2 Mac melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, dan kini memasuki peringkat keempat melibatkan 6.7 juta pengguna.

Sementara itu, paras air di empangan Sungai Selangor yang membekalkan 62 peratus keperluan air Selangor adalah 38.9 peratus pada Selasa, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding minggu lepas.

Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah pencatuan air di Selangor akan diteruskan memandangkan air di empangan Sungai Selangor berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan 29 hari.

Pada Ahad, paras air di empangan itu adalah 89.29 juta meter padu atau hanya 38.82 peratus daripada kapasiti penuh 235.32 juta meter padu.

Beliau turut berkata catuan air berjadual akan disemak semula jika paras air di empangan Sungai Selangor meningkat kepada 55 peratus minggu depan.

-- BERNAMA

Forum Palestin Tarik Minat 400 Peserta


Forum Palestin Tarik Minat 400 Peserta
Gambar Sekadar Hiasan

Forum Palestin Tarik Minat 400 Peserta
- Daripada Nor Faridah Abd Rashid

ISTANBUL (Bernama) -- Menganjurkan forum untuk media adalah sesuatu perkara yang biasa, namun bagi Forum Antarabangsa Palestin untuk Media dan Komunikasi, ia dianggap unik kerana berjaya menarik kira-kira 400 peserta dari dunia Islam dan negara lain untuk berkumpul di bawah satu bumbung dan merungkai isu-isu mengenai laporan perjuangan rakyat Palestin.

Peserta bukan sahaja didedahkan dengan ceramah, bengkel dan seminar tetapi juga sesi latihan untuk membolehkan mereka lebih bersedia dengan media baharu dan bagaimana mengendalikan dengan lebih berkesan demi memastikan penggunaan dan pengaruh yang maksimum dalam menangkis laporan media barat, yang disifatkan penceramah, tidak melaporkan kebenaran tentang perjuangan rakyat Palestin.

Forum dua hari yang berakhir di sini Jumaat, membuka peluang untuk mengadakan dialog yang bermanfaat, penilaian objektif dan kritikan membina mengenai pelbagai pengalaman media yang membantu memperbaiki dan membimbing prestasi media berkaitan Palestin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Persiapan Fayed Abu Shammala ia mengambil masa yang lama untuk menyediakan acara itu dari segi membina data dan cubaan untuk mendapatkan semua peserta serta pertubuhan dan tokoh-tokoh media untuk bercakap mengenai isu Palestin, namun ia adalah berbaloi.

Beliau berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa isu lain rantau ini, mesej mengenai perjuangan Palestin tidak dapat "disampaikan", dengan menyatakan bahawa media antarabangsa berpuas hati dengan apa yang berlaku dan tidak melakukan secukupnya untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa.

"Kita perlu membina rangkaian ini untuk memulakan secepat mungkin. Mesej rakyat Palestin berada di bawah sekatan antarabangsa dan orang ramai tidak tahu apa yang sedang berlaku, terdapat kematian, kebuluran di Palestin. Palestin dikepung untuk bertahun-tahun lamanya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Beliau berkata forum itu menyediakan platform kepada peserta untuk berkomunikasi dan membina hubungan antara media atau pertukaran idea bagi meningkatkan profesion dan organisasi mereka.

"Tetapi apa yang paling penting adalah para peserta perlu berkomunikasi walaupun selepas berakhirnya forum. Mereka harus mengikuti dan melakukan dengan terbaik untuk membina hubungan peribadi atau dua hala," katanya.

Mengenai pemilihan Istanbul sebagai lokasi forum itu, beliau berkata ini kerana Istanbul adalah tempat yang mudah untuk diakses bagi kebanyakan peserta.

"Ia adalah tempat yang baik untuk permulaan forum ini kerana kami mahu ramai orang mengambil bahagian sama ada dari barat dan juga timur. Kami mahu peserta dari dunia Arab, Eropah dan Amerika. Kami tidak mahu hanya peserta dari satu tempat yang datang," katanya.

"Kami percaya bahawa Palestin adalah isu untuk perpaduan, terutama di negara Arab dan Dunia Islam. Kami berharap dengan membawa masuk ramai orang luar, ia akan membantu kami mendapat akses kepada masyarakat antarabangsa, memberitahu mereka mengenai ketidakadilan di Palestin," katanya.

Abu Shammala turut berharap agar forum itu yang dianjurkan Kelab Media Palestin, asas bagi penyelidikan politik, ekonomi dan sosial; dan Middle East Monitor (MEMO) pertubuhan yang memberi liputan yang fokus dan komprehensif mengenai Palestin dan negara jiran serantau, boleh diadakan setiap tahun.

Peserta dan penceramah berasal dari pelbagai negara seperti Mesir, Palestin, Amerika Syarikat, United Kingdom, Turki, Jordan, Perancis dan Malaysia manakala tajuk yang dibentangkan termasuk "The Palestinian Cause in the Western Media; Working Towards a New Palestinian Strategy and Investigative Journalism.

-- BERNAMA

Tuesday, April 22, 2014

Shila Amzah Bakal Berentap Lagi Di Pentas I Am A Singer!


Shila Amzah Bakal Berentap Lagi Di Pentas I Am A Singer!

Shila Amzah Bakal Berentap Lagi Di Pentas I Am A Singer!


Biarpun hanya menduduki tempat ketiga dalam final, I Am A Singer Musim 2, namun kejayaan yang dikecapi penyanyi, pemuzik dan komposer berbakat besar ternyata cukup membanggakan rakyat Malaysia.

Apatah lagi bila program realiti terbitan Hunan TV, China itu menampilkan peserta-peserta yang sememangnya sudah berpengalaman luas dalam bidang nyanyian dan sebagai Shila Amzah pula adalah satu-satunya penyanyi bukan berdarah Cina yang berjaya menyertai pertandingan tersebut seterusnya mara ke peringkat final hingga berjaya meraih tempat ketiga setelah tewas di tangan penyanyi veteran Han Lei serta penyanyi Hong Kong, G.E.M.

Menyorot semula persembahan Shila Amzah pada pusingan pertama final I AM A Singer 2 pada Jumaat lalu, Shila telah berjaya membuatkan ramai penonton terpegun serta terpukau dengan kemampuannya membawakan lagu when You Believe yang dipersembahkan bersama finalis, I Am A Singer pertama iaitu Huang Qishan.

Seperti berada di dunianya sendiri, Shila Amzah yang berjaya menonjolkan kekuatan vokal lunaknya itu terus mara ke pusingan yang kedua menerusi lagu Mama daripada Exo.

Bagi yang pernah mengikuti Shila Amzah sejak dia menyertai program realiti tempatan, One In A Million 2, pastinya ada mengetahui bahawa anak gadis ND Lala ini mampu beraksi dan menari dengan lincah.

Nampaknya di dalam pusingan kedua final I AM A Singer 2 ini, Shila Amzah telah menunjukkan pula kebolehannya menari dan menyanyi menerusi lagu Mama itu kepada peminat di negara China.

Biarpun tidak menjuarai I Am A Singer 2 seperti mana yang dilakukannya di dalam program realiti Asian Wave di China pada 2012, namun kejayaan yang dikecapi Shila Amzah itu membuktikan bahawa dia masih mencipta nama di peringkat antarabangsa khususnya di negara publik yang mempunyai populasi penduduk terbesar di dunia itu.

Apapun perjuangan Shila Amzah dalam pentas I AM Singer 2 masih belum berakhir kerana dia bersama 4 finalis I Am Singer 2 yang lain iaitu Han Lei (China), G.E.M. (Hong Kong), Gary Chaw (Malaysia) dan Zhang Jie (China) akan berentap dengan 5 finalis I Am A Singer pertama pada 11 April 2014 ini.

5 Finalis I Am A Singer pertama diwakili Yu Quan (China), Terry Lin (Taiwan), Aska Yang (Taiwan), Huang Qishan (China) dan Peng Chia-Hui (Taiwan).

Apakah Shila Amzah sekali lagi akan melakar kejayaan yang cukup membanggakan buat kita semua? Jangan lupa saksikan persaingan di antara 5 finalis I Am A Singer 2 dengan 5 finalis I Am A Singer pertama pentas I AM A Singer 2 pada 11 April 2014 ini.

Penerbit Akui Tak Jual Nama Pelakon Popular Untuk Perempuan Dalam Pasungan


Penerbit Akui Tak Jual Nama Pelakon Popular Untuk Perempuan Dalam Pasungan

Penerbit Akui Tak Jual Nama Pelakon Popular Untuk Perempuan Dalam Pasungan


Tidak seperti kebiasaan penerbit drama bersiri lain, Dato’ Rafiena tidak mementingkan nama atau populariti seseorang pelakon sebaliknya pelakon yang dipilih haruslah bersesuaian dengan watak dalam drama terbitan syarikatnya Darkwave Pictures.

Menerusi drama terbaru terbitannya Perempuan Dalam Pasungan, Rafiena berkata dia memlilih pelakon utamanya, Lia Natalia kerana merasakan pelakon baru itu punya bakat yang besar.

“Saya tahu dia pelakon baru tetapi dari apa yang saya lihat dia seorang pelakon yang punya bakat besar dan boleh digilap. Malah dia memberikan komitmen yang tinggi apabila sanggup melakukan apa sahaja demi menghidupkan wataknya.

“Pada saya, ada nama atau tidak itu bukan faktor penting buat sesebuah drama tetapi yang penting kualiti drama dan lakonannya,” katanya dalam sidang media Perempuan Dalam Pasungan di Hard Rock Café, kelmarin.

Pun begitu, Fariena sendiri merupakan salah seorang pelakon utama drama tersebut yang bergandingan dengan Dato’ Eizlan Yusof .

Rafiena bagaimana pun memberitahu dia pada awalnya enggan berlakon dalam drama drama terbitannya sendiri kerana bimbang tindakkannya itu akan disalah erti.

Bagaimanapun selepas diyakinkan oleh barisan panel skrip syarikatnya dia akhirnya bersetuju untuk memegang watak utama itu.

“Sebenarnya sebelum ini saya memang jarang berlakon dalam drama terbitan sendiri dan jika ada pun sekadar kemunculan istimewa atau watak sampingan kerana bimbang akan disalah erti.

“Tapi, saya juga sudah lama tidak berlakon dan boleh dikatakan drama terbaharu ini sebagai comeback saya juga lah,”jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Rafiena kini sedang menyiapkan hampir 10 judul drama dan bercadang untuk menerbitkan sebuah filem pada tahun ini.

Wow! Soo Wincci Menyanyi Sambil Bergayut Atas Udara


Wow! Soo Wincci Menyanyi Sambil Bergayut Atas Udara

Wow! Soo Wincci Menyanyi Sambil Bergayut Atas Udara


Bukan penyanyi antarabangsa Pink sahaja yang mampu menyanyi sambil bergayut pada kadar ketinggian menggayatkan, malah penyanyi tempatan kita juga mampu melakukannya dengan penuh kewibawaan.

Dengan semangat, kesungguhan dan latihan konsisten, penyanyi cantik Soo Wincci telah membuka mata ribuan penonton yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil pada hujung minggu lalu dengan persembahannya yang menakjubkan sempena majlis anugerah Global Chinese Hits Awards.

Bekas ratu cantik itu telah membuktikan bahawa dia juga mampu menghiburkan penonton dengan membuat beberapa pergerakan akrobatik di udara dan dalam masa yang sama masih mampu menyanyi dan masih kekal mempersona.

Semuanya telah dikongsikan penyanyi yang juga popular di Taiwan itu di laman Instagram peribadinya selepas membuat persembahan di majlis anugerah berkenaan yang menampilkan perebutan pengiktirafan artis-artis daripada 7 negara.

Soo Wincci dalam salah satu nukilannya di Instagram berkata, tiada sebarang alat bantuan keselamatan seperti tali dan jaring penyokong yang mengiringi persembahan lagak ngerinya itu.

Meskipun dia begitu, dia telah berjaya membuktikan tiada sebarang yang mustahil apabila dia membuat gerak gaya merbahaya di atas udara hanya bertemankan gelung untuk dia duduk dan berpaut sepanjang persembahan berkenaan.

Semuanya kerana berkat usaha dan latihan insentif bersama-sama gurunya Miko Samantha Yee yang telah menunjuk ajarnya bagi menjadi penari gelung udara terbaik sejak beberapa bulan lalu.

Ucapan tahniah daripada portal murai.com.my buat Soo Wincci yang berjaya membuktikan bahawa dia bukan sahaja seorang penyanyi yang cantik dari rupa paras malahan juga berani menyahut cabaran yang jarang di buat oleh artis wanita lain.

Maya Karin Teka-Teki Pasal Apa Dengan Adira dan Nadiya Nisaa?


Maya Karin Teka-Teki Pasal Apa Dengan Adira dan Nadiya Nisaa?

Maya Karin Teka-Teki Pasal Apa Dengan Adira dan Nadiya Nisaa?


Setelah kali terakhir muncul dengan album sekitar 10 tahun dahulu iaitu pada tahun 2004, penyanyi dan pelakon jelita Maya Karin sekali lagi hadir dengan karya terbaru iaitu albumnya berjudul Teka-teki yang telah pun berada di pasaran sejak 4 Mac yang lalu.

Umum mengetahui yang Maya pernah mencipta nama dalam dunia nyanyian apabila lagunya, Erti Cinta menjadi hits dan pernah menjadi siulan ramai beberapa tahun yang lalu. Namun bagaimana pula dengan percubaan terbarunya kali ini? Adakah Maya dapat menghasilkan sebuah lagi lagu hits sepertimana Erti Cinta. Semua itu akan dijawab oleh wanita jelita ini dalam program MeleTOP malam ini.

Program MeleTOP kembali menemui penonton selepas hampir 3 minggu tidak bersiaran bagi menghormati tragedi kehilangan pesawat MH370 baru-baru ini.

Selain Maya, turut sama akan hadir sebagai tetamu jemputan ialah penyanyi popular Adira. Kehadiran Adira seperti mana Maya Karin ialah untuk mempromosikan serta berkongsi cerita tentang album terbarunya bersama para penonton.

Dalam pada yang sama Adira akan mempromosikan sebuah persembahan minggu setiausaha yang dinamakan ‘A Golden Moment With Hafiz’.

Adira dan Hafiz bakal berduet untuk persembahan tesebut dengan beberapa buah lagu popular seperti Ombak Rindu dan Salahkah pada 22 April ini.

Tidak terlepas pelakon kegemaran ramai, Nadiya Nisaa yang turut akan bersama dua jelitawan pada malam ini. Apa cerita terbaru Nadiya selepas popular dengan drama Adam & Hawa. Ada drama terbarukah lakonannya selepas ini? Nantikan jawapannya dalam MeleTOP.

Dan tidak lengkap rasanya jika program MeleTOP tanpa persembahan secara live oleh artis undangan iaitu Daiyan Trisya. Penyanyi muda kelahiran Bangi, Selangor ini akan berkongsi cerita lebih lanjut tentang karier perjalanannya dan membawakan lagu Kerana Kau khas buat para penonton.

Jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP episod 76 malam ini bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Emma Maembong Elak Adegan Berpeluk Kerana Ayah


Emma Maembong Elak Adegan Berpeluk Kerana Ayah

Emma Maembong Elak Adegan Berpeluk Kerana Ayah


Sedar lakonannya di dalam drama bersiri Projek Memikat Suami mendapat perhatian ramai, Emma Maembong bagaimanapun terpaksa akur dengan kehendak bapanya supaya mengurangkan adegan berpeluk atau berpegangan tangan selepas ini.

Katanya, keputusannya itu langsung tidak ada kait mengait dengan hubungannya bersama Zizan Razak, tetapi sebagai menghormati nasihat serta kehendak bapanya yang memainkan berperanan besar dalam hidupnya ketika ini.

“Bagi saya tak perlulah berpeluk, berpegangan tangan atau mesra sangat kerana kalau setakat ingin mengambil gambar, berdiri di sebelahpun sudah mencukupi.

“Saya buat ini bukannya kerana Zizan tetapi mengikuti nasihat bapa saya yang meminta saya untuk menghormati dirinya yang masih hidup,” katanya kepada pihak media yang ditemui selepas majlis pelancaran sempena perlantikannya sebagai duta produk Maixara petang semalam.

Emma Maembong menambah, semuanya terjadi selepas bapanya, Ismail Embong terperasan dengan beberapa adegan mesra yang dilakonkannya di dalam drama bersiri Projek Memikat Suami yang ditayangkan di stesen TV Astro.

Katanya, sebagai seorang anak dia perlu menghormati permintaan bapanya itu apatah lagi dia sedar liku-liku perjalanan sebagai seorang anak seni bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselusuri.

“Dia (ayah) tidak marah, cuma dia bising saja selepas melihat lakonan saya dalam drama itu. Katanya dia perlu berbuat demikian bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai nasihat seorang ayah kepada seorang anak.

“Saya tak ada masalah untuk mengikutinya dan saya memilih untuk mengikuti nasihatnya selepas ini,” kata Emma yang akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan sebaranga degan mesra dalam lakonan mahupun sesi fotografi.

Bercerita mengenai bakat melukis yang diambil daripada bapanya, Emma Maembong berkata dia masih lagi aktif melukis dan menjadikan aktiviti itu sebagai hobinya bagi memenuhi waktu lapang.

Malah dia juga bersyukur kerana ada pihak yang sudi membeli beberapa karya lukisannya pada harga paling berpatutan sekiranya ada permintaan.

Ana Dahlia Serius Bercinta Dengan Jejaka Muda?


Ana Dahlia Serius Bercinta Dengan Jejaka Muda?

Ana Dahlia Serius Bercinta Dengan Jejaka Muda?


Ana Dahlia dengan jejaka muda ini sudah diperkatakan apabila mereka dilihat telah ke butik pereka fesyen, Ezuwan Ismail untuk menempah baju.

Namun, Ana Dahlia mengakui jejaka itu hanyalah temannya sahaja dan tujuannya berjumpa dengan Ezuwan Ismail hanya untuk menempah baju untuk ke sebuah anugerah.

Bagaimana pun, baru-baru ini Murai Batu ada terima beberapa keping gambar lagi yang menunjukan Ana kerap sekali keluar dan bersama jejaka yang berbadan ketak itu ke mana-mana.

Wah, kalau teman biasa tak mungkin lah begitu bukan? Maknanya dia memang seriuslah bercinta dengan jekaka itu? Alah, kalau betul kekasih apa salahnya kerana Ana pun single selepas bercerai dengan Chef Riz.

Murai Batu tak tahulah berapa usia jejaka itu, tetapi Murai Batu dengar ianya masih muda dan bujang. Malah dari gambar yang dikirimkan memang kacak betul ya.

Eloklah kalau Ana Dahlia kini sudah ada pengganti kerana Murai Batu dengar Chef Riz juga sudah punya kekasih. Ala, tak kisahlah apa status lelaki itu asalkan bukan milik orang.

Emma Maembong Nafi Nak Nikah Dalam Masa Terdekat


Emma Maembong Nafi Nak Nikah Dalam Masa Terdekat

Emma Maembong Nafi Nak Nikah Dalam Masa Terdekat


Angin sedang bertiup kencang yang mengatakan perhubungan yang terjalin antara pelakon baru Emma Maembong dan pelawak terkenal, Zizan Razak bakal berakhir ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Lebih hebat lagi apabila tindakan pelakon Projek Memikat Suami itu untuk berehat seketika daripada beraksi di lokasi penggambaran telah di salah anggap kerana  ada yang menyifatkan pasangan itu sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka berdua.

Namun semua itu dinafikan sendiri Emma Maembong kepada pihak media sebaik sahaja ditemui selepas majlis pelancaran sempena perlantikannya sebagai duta terbaru produk makanan tambahan dan kecantikan Miaxara di Menaka Kuala Lumpur petang semalam.

Katanya, semua perkhabaran itu adalah khabar angina semata-mata, malah dia dan Zizan tidak pernah bercakap soal untuk berkahwin, apatah lagi menetap tarikh hari bersejarah berkenaan.

“Memamg saya akui, ramai yang bercakap bahawa saya dan Zizan akan bverkahwin dalam tahun ini atau tahun depan. Semua itu tak betul.

“Memang benar kami rapat dan memang benar kami bercinta, tapi setakat ini dia (Zizan) tidak pernah mengajak saya berbincang ke arah itu dan jauh sekali untuk membuat baju atau menetapkan tarikh perkahwinan kami. Tiada langsung.

“Tidak  ada sebarang kenyataan yang mengatakan kami akan berkahwin tetapi apa yang pasti kami memamg rapat ketika ini,” katanya yang telah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan razak sebagai pemberian hari jadinya yang ke 22 tahun.

Jelas Emma Maembong, keputusannya untuk bercuti seketika daripada berlakon adalah kerana dia mahu berehat untuk sementara waktu memandangkan jadual hariannya sebelum ini terlalu sibuk di set penggambaran.

Katanya, inilah masa terbaik untuk dia  berehat sepuas-puasnya, bagaimanapun masih mahu diisi dengan beberapa aktiviti seni seperti sesi fotografi mahupun temubual bersama pihak media seperti yang dihadirinya ketika ini.

Jelas gadis kelahiran Terengganu itu, dia sedar hubungannya dengan Zizan telah berada pada fasa yang berbeza dan dia langsung tidak mahu berselindung lagi dengan pihak umum tentang keakrabannya dengan pengacara Raja Lawak itu.

“Saya kena Zizan sejak sebelum saya menjadi artis lagi. Itupun kerana kami berjiran di kampung dan kemudian barulah kami mula rapat.

“Bukannya dulu saya mahu menyorokkan hubungan kami, tapi dalam setiap perhubungan perlulah diberikan masa untuk mengenal hati budi masing-masing.

“Saya tak mahu sekiranya kami terlalu terbuka di awal perhubungan, takut nanti kalau tak jadi, pastinya saya juga yang malu.

“Seperti  anda semua dapat lihat, barulah sekarang barulah kami bersikap terbuka, selepas kami mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Jelas Emma Maembong, masih terlalu awal untuk dia bercerita soal rumah tangga meskipun dia sedar bapanya langsung tidak kisah dengan siapa dia ingin berkawan atau mengakhiri zaman bujang.

Katanya, bapanya telahpun berpeluang berkenalan dengan Zizan Razak dan agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa jejaka kelakar itu merupakan seorang artis popular apabila dikejari beberapa orang jurukamera ketika sesi mengenali bapa pelakon cantik itu.

“Ayah saya memang taka da masalah kerana dia memang faham tentang hubungan kami. Dia tak kata yes atau no tentang hubungan kami. Asalkan semua ok dia ok saja,” katanya ringkas.

Awal Ashaari Terpilih Muncul Dalam Program Masakan Terbaru AFC


Awal Ashaari Terpilih Muncul Dalam Program Masakan Terbaru AFC

Awal Ashaari Terpilih Muncul Dalam Program Masakan Terbaru AFC



Awal Ashaari telah dipilih untuk menyahut cabaran ini dengan mempelajari dan memasak serta menyediakan pelbagai hidangan dalam program masakan terbaru terbitan Asian Food Channel (AFC) , ‘How To Make It: Culinary Dreams’.

Program masakan terbaru terbitan Asian Food Channel (AFC) , ‘How To Make It: Culinary Dreams’ ini akan ditayangkan secara eksklusif di Asian Food Channel (saluran 703) pada hari inibermula jam 9.00 malam.

Menurut Awal, sebelum ini dia pernah menerima beberapa tawaran untuk program masakan namun tidak menarik minatnya sehinggalah dia dihubungi oleh pihak AFC.

“Saya dihubungi oleh wakil AFC dan diberitahu mengenai sebuah program masakan dan menyatakan minat untuk ambil saya sertai mereka.

“Apa yang membuatkan saya berasa teruja untuk menerima tawaran tersebut adalah kerana program ini dikhususkan kepada selebriti yang ingin menjalankan perniagaan makanan.

“Kebetulan pula saya pada masa itu memang sedang merancang untuk membuka sebuah kafe, jadi saya rasa tak rugi jika saya terima tawaran itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program ‘How To Make It: Culinary Dreams’ bertempat di Kolej Universiti KDU, Petaling Jaya, tidak lama dulu.

Selain itu, pengacara dan pelakon ini juga memberitahu dia perlu menjalani kelas kulinari sepanjang enam minggu di Kolej Universiti KDU untuk program berkenaan.

“Untuk program ini saya kena hadir ke kelas sebagaimana pelajar-pelajar yang lain… Kelas pula dari pagi hingga malam tapi saya tak kisah kerana seronok.

“Walaupun kelas hanya enam minggu, namun banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat… Selain belajar mengenai masakan saya juga diajar tentang perkhidmatan dan pemasaran,”katanya kepada portal Murai.

‘How to Make It: Culinary Dreams’ yang diterbitkan oleh Scripps Networks Interactive dengan kerjasama Kolej Universiti KDU dan IMI University Centre. Jangan lupa saksikan secara eksklusif di Asian Food Channel (saluran 703) pada hari ini bermula jam 9.00 malam.

Majalah Digital Hiburan, Studio H Tampil Penuh Berprestij


Majalah Digital Hiburan, Studio H Tampil Penuh Berprestij


Majalah Digital Hiburan, Studio H Tampil Penuh Berprestij


Majalah digital hiburan pertama di Malaysia, Studio H, satu inisiatif terbaru Astro Digital Publications telah dilancarkan pada 1 April lalu.

Memetik kata Editor Studio H, Badrul Hashim dalam ruangan nota editor, beliau menulis "Membawa revolusi baru dalam berkongsi cerita industri hiburan tempatan, besar harapan agar Studio H akan memberi nafas segar bukan sahaja kepada peminat tetapi juga kepada pemain-pemain industri hiburan".

Keluaran sulung Studio H menampilkan penyanyi popular negara Anuar Zain sebagai penghias muka depan dan lebih menarik lagi pembaca boleh melihat wawancara 'hidup' menerusi video sisipan ringkas.

Dalam keluaran sulung itu juga anda boleh melihat Anuar Zain menjawab soalan yang diutarakan wartawan selain nyanyian istimewa dan ekslusif dari penyanyi hebat tersebut khas buat pembaca mereka.

Selain Anuar Zain, Studio H turut memuatkan perkembangan terkini mengenai pelakon Bront Palarae, chef selebriti Nik Michael, Hafiz Suip, AG Hot FM dan ramai lagi.

Buat masa ini, pengguna iPad boleh mendapatkan edisi pertama majalah digital Studio H dengan memuat turun aplikasi Studio H di Apple Store.

Untuk pengguna iPhone, Tablet, Smart Phone dan Android, nantikan kemunculan Studio H tidak lama lagi.

Ikuti Studio H di Twitter @studioh_MYdan instagram: StudioH_MY.

Jodoh 2 Platform Terbaik Hanis Zalikha Cari Bakal Suami?


Jodoh 2 Platform Terbaik Hanis Zalikha Cari Bakal Suami?

Jodoh 2 Platform Terbaik Hanis Zalikha Cari Bakal Suami?


Kepada mereka yang sudah menonton ‘Jodoh’ pada musim pertama kini drama bersiri ini kembali lagi dengan ‘Jodoh 2’ yang pastinya lebih menarik.

Mempertaruhkan pelakon dan pengacara Hanis Zalikha bergandingan bersama pelakon baru Fadlan Hazim sudah pasti memberikan kelainan berbanding musim pertama.

Jika sebelum ini drama bersiri ‘Jodoh’ menyaksikan seorang jejaka mencari wanita pilihan menerusi program realiti, namun lain pula jadinya untuk musim kedua apabila tiba giliran gadis pula untuk memilih calon suami menerusi cara yang sama.

Drama bersiri sebanyak 13 episod ini dibintangi oleh Hanis Zalikha, Fadlan Hazim, Aliff Aziz, Redha Fear Factor dan ramai lagi.

Jadi siapa agaknya 10 orang jejaka yang bakal dijodohkan dengan gadia jelita itu?

Nantikan ‘Jodoh 2’ yang akan bersiaran jam 10.00 malam ini di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Drama bersiri ini juga turut disiarkan secara serentak di portal Astro Gempak.

Untuk menonton sila layari http://www.astrogempak.com.my/jodohmusim2

Sinopsis :

Pencari jodohnya adalah seorang gadis yang di pikat oleh 10 orang peserta lelaki. Lebih menarik, hadiah wang sebanyak Rm1 juta ditawarkan!

Bagaimanapun, dalam musim Jodoh kali ini, peserta lelaki yang akhirnya dipilih oleh gadis Jodoh, akan diberikan pilihan samada ingin mengahwini Gadis Jodoh dan berkongsi Rm500,000 atau memilih untuk mengambil RM1 satu Juta dan tidak berjumpa dengan gadis tersebut selama-lamanya.

Apabila pengumuman untuk rancangan Jodoh dibuat, Nik Fahmi, seorang pengusaha muda yang terdesak untuk menambah duit modal untuk untuk menaikkan peniagaannya, mengambil keputusan untuk menyertai rancangan tersebut.

Akan tetapi, segalanya menjadi rumit apabila Nik jatuh hati dengan Zara yang merupakan gadis Jodoh.

Anjur Tayangan Perdana Sendiri, Produksi Apokalips X Sahkan Tiada Krisis


Anjur Tayangan Perdana Sendiri, Produksi Apokalips X Sahkan Tiada Krisis

Anjur Tayangan Perdana Sendiri, Produksi Apokalips X Sahkan Tiada Krisis


Walaupun terpaksa menanti hampir empat tahun bagi membolehkan filem Apokalips X ditayangkan di pawagam, namun apabila tiba masa dan ketika yang dinantikan itu pula, negara kita telah ditimpa pelbagai musibah antaranya kes kehilangan MH370.

Wakil Murai pada minggu lalu telah mengikuti tayangan filem Apokalips X bersama beberapa orang pelakon serta orang dibelakang tabir filem tersebut. Mereka ini mengambil inisiatif sendiri menganjurkan tayangan perdana secara sendiri tanpa dihadiri oleh pengarah Mamat Khalid dan wakil produser Tayangan Unggul/Astro Shaw Sdn Bhd.

Wujud persoalan adakah kelewatan dan hal yang berlaku kepada filem Apokalips X yang beberapa kali menunda tarikh tayangan perdana kerana terdapat krisis dalaman? Malah ia dianjurkan secara tidak rasmi dan tidak dihadiri oleh orang penting seperti pengarah dan produser. Tampil menjelaskan hal ini Raja Mukhriz, pengarah fotografi dan Noozwan Wahab pengurus produksi mewakili kru produksi lain untuk filem ini.

“Sebenarnya tiada sebarang masalah yang timbul tentang filem ini. Sebenarnya kita memang patut adakan tayangan perdana untuk filem ini dan semua pun telah dibincangkan dengan semua pihak yang terlibat.

“Tetapi disebabkan kes MH 370, Astro Shaw/Tayangan Unggul tiba-tiba terpaksa menarik balik penganjuran tayangan perdana itu sebagai menghormati kes yang besar melanda negara.

“Nak dijadikan cerita pula, produser kami Gayatri Su-Lin Pillai telah kehilangan ayahnya semalam dan sekaligus tidak dapat hadir walaupun untuk majlis tidak rasmi pada malam ini,” ujar Raja Mukhriz yang merupakan pengarah fotografi dan juga suami kepada Sharifah Shahora ini.

Masa empat tahun yang diambil oleh filem ini turut menjadi pertikaian namun begitu ia disifatkan berbaloi oleh Noozwan Wahab selaku pengurus produksi kerana hasil yang mereka tonton di layar perak memuaskan hati mereka.

“Sebab mengapa Apokalips X lambat ditayangkan adalah pertamanya disebabkan penghasilan CGI tersebut mengambil masa yang lama. Produksi ini menggunakan khidmat anak tempatan untuk mendapatkan seperti mana yang dimahukan iaitu dalam bentuk komik Jepun atau manga.

“Selama 30 hari masa yang diambil ketika penggambaran filem ini, kami menjadi satu keluarga besar dan disebabkan itu kami mahu juga buat acara malam ini untuk mengimbau semula kenangan empat tahun lalu.

“Idea acara mala mini ini memang datang daripada kru dan juga pelakon yang mahu bersama-sama menonton di layar perak. Jadi kami memilih tayangan pertama di WangsaWalk Mall ini untuk menjadi antara yang terawal menonton Apokalips,”ucap Noozwan yang mewakili Naga VXS yang turut terlibat menerbitkan filem ini.

Antara lain Raja Mukhriz turut mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk pergi menonton serta memberi peluang kepada filem tempatan. Apokalips X merupakan sebuah kisah fantasi Mamat Khalid tentang perpaduan dan Malaysia dan penuh mesej yang ingin disampaikan.

“Pada saya Mamat Khalid memang seorang pengarah yang mempunyai karisma tersendiri. Daripada idea jalan cerita yang segar dia garapkan dengan kemas dalam bajet cuma kurang daripada RM1.5 juta, saya memang  mengagumi hasil filem aksi pertama Mamat Khalid,”tambah Raja Mukhriz yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Tujuh.

Apokalips X yang ditayangkan sejak 3 April lalu di semua pawagam seluruh negara menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Peter Davis, Dayana Roza, Miera Liyana,, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Adam (AF2), Dazrin Kamaruddin dan Jehan Miskin.

Alunan Muzik Romantis Hidupkan Stanza Cinta


Alunan Muzik Romantis Hidupkan Stanza Cinta

Alunan Muzik Romantis Hidupkan Stanza Cinta


Konsert Stanza Cinta berjaya menghiburkan penonton dengan alunan lagu-lagu romantis dendangan beberapa artis popular seperti Amy (Search), Adira, Jaclyn Victor, Noh Salleh dan Haziq yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada malam Khamis.

Konsert yang berdurasi hampir dua jam ini dibuka dengan segmen pembukaan apabila setiap orang penyanyi mendendangkan sebuah lagu dimulakan dengan Ombak Rindu daripada Adira, Seraut Wajah (Haziq), In Love With You (Noh Salleh) dan Cinta Tiada Akhirnya (Jaclyn Victor).

Kemudian diikuti dengan segmen lagu popular yang oleh setiap penyanyi dan penyanyi pertama adalah Adira dengan lagu Dewi Cinta, Lara Lagi dan Aku Ada Kamu. Adira yang tampil berbaju putih diiringi Koir Nada Utama.

Nyanyian diteruskan dengan persembahan yang agak berbeza daripada Haziq bersama nyanyian lagu irama Melayu berjudul Juwita Ku Sayang.

Konsert kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer.

Ia diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-30 universiti tersebut dan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu 4 dan 5 April ini.

Bagi segmen kedua pula, vokalis Noh tampil dengan menyanyikan lagu-lagu popular daripada kumpulan Hujan iaitu Kotak Hati, Bila Aku Sudah Tiada dan Angin Kencang.

Sementara Jaclyn Victor menyampaikan lag- lagu melankolik dan romantic seperti Bersama Kamu, I Will Always Love You dan Jagalah Diri.

Kemuncak bagi konsert yang bertemakan cinta ini menampilkan penyanyi rock popular, Amy Search dengan tiga buah lagu popularnya iaitu Isabella, Gadis Ku dan Tiada Lagi.

Persembahan ditutup dengan gabungan lagu medley Cinta Di Akhir Garisan dan Raikan Cinta daripada semua artis terrlibat.

Pihak Istana Budaya Ada Sebab Tolak Penarikan Diri Hanez Suraya


Pihak Istana Budaya Ada Sebab Tolak Penarikan Diri Hanez Suraya

Pihak Istana Budaya Ada Sebab Tolak Penarikan Diri Hanez Suraya


Hanez Suraya untuk menjayakan teater Projek Kahwin telah membuatkan pihak Istana Budaya menolak keputusannya untuk menarik diri.

Malah, Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhari Shaarani berkata Hanez Suraya telah menunjukan kesungguhan dan komitmen yang bagus sejak mula lagi.

"Memang pada awalnya Hanez mahu menarik diri. Tetapi keputusan pihak produksi untuk mengekalkan Hanez juga mendapat campur tangan daripada pihak Istana Budaya.

"Kami tidak membenarkan Hanez tarik diri kerana percaya yang dia mempunyai potensi besar untuk menjayakan teater Projek Kahwin.

"Malah dari tahun lepas lagi saya sudah nampak kesungguhan Hanez mempromosikan teater ini dalam mana-mana sesi temubualnya bersama media. Jadi adalah tidak adil jika Hanez menarik diri begitu saja," katanya.

Lantaran itu Hanez dikekalkan sebagai teraju utama teater terbitan Mask Team Productions itu untuk tiga hari pementasan iaitu pada 12 Jun hingga 14 Jun 2014. Sementara Kyalfairy pula akan menggalas tanggungjawab watak utama pada 6 Jun hingga 11 Jun 2014.

Dalam pada itu, Johari memberitahu dia menjamin tidak akan ada insiden kekecohan yang boleh berlaku sewaktu pementasan teater tersebut.

Tegas beliau lagi, jika ada mana-mana pihak yang cuba membuat kacau pada hari pementasan itu, mereka boleh didakwa dan dikenakan tindakan tegas.

"Tentang soal ada pihak yang nak baling telur busuk dan sebagainya, perkara itu tak mungkin mereka dapat dilakukan. Bukan semudah yang mereka fikirkan.

"Bagi memastikan semua berjalan lancar, jika perlu pihak IB akan menggunakan khidmat pasukan polis yang akan berpakaian seperti biasa (preman) dan mengawal sepanjang pementasan itu nanti," tegasnya.

Johari diminta mengulas selepas Hanez ada menerima ugutan dari sesetengah pihak yang mahu menconteng poster dan mahu melemparkan telur busuk ke arahnya sewaktu pementasan teater itu nanti.

Aktres berkenaan menerima ugutan tersebut berikutan kontroversi yang melanda dirinya atas dakwaan merampas suami orang.

Sementara itu, penerbit teater tersebut, Mohd Amir Shafiq Khalip atau Shawn Amir menganggap kontroversi yang melanda ini sebagai satu cabaran buat sebuah produksi yang baru dan kurang berpengalaman seperti mereka.

"Kami adalah sebuah produksi yang baru dan kecil. Tapi kami anggap ini semua sebagai satu cabaran buat produksi yang kurang berpengalaman seperti kami.

"Tapi dengan bantuan pihak Istana Budaya serta tunjuk ajar dari beberapa orang penerbit teater berpengalaman, sikit sebanyak memberi semangat kepada kami untuk meneruskan projek ini walaupun timbul beberapa isu panas dalam beberapa hari ini,"katanya.

Selain Hanez,Projek Kahwin yang diarahkan oleh Muhammad Azri Ali itu turut di bintangi oleh Kylafairy, teater ini turut diterajui oleh Izzue Islam serta dibarisi pelakon seperti Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Fazleena Hishamuddin dan Kaka Azraff.

Bakal Lahirkan Puteri Sulung, Liyana Jasmay Gementar Lepas Tonton Youtube


Bakal Lahirkan Puteri Sulung, Liyana Jasmay Gementar Lepas Tonton Youtube

Bakal Lahirkan Puteri Sulung, Liyana Jasmay Gementar Lepas Tonton Youtube


Liyana Jasmay yang kini menghitung hari menantikan kelahiran cahayamata pertamanya telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran doa selamat pada hari Sabtu, hujung minggu lalu di kediaman keluarganya.

Isteri kepada Fathuddin Mazlan ini tetap ceria walaupun kandungannya itu semakin membesar dan difahamkan sudah pun berusia hampir lapan bulan. Pelakon ini telah berkongsi dengan tetamu yang datang mengenai jantina kandungannya tersebut melalui dekorasi yang dipilih untuk majlis tersebut.

“Tengoklah dekorasi yang saya pilih malam ini, sah-sah warna pink. Kalau pink itu sudah semestinya saya menantikan kelahiran puteri sulung saya. Kalau lelaki takkan saya pilih warna ini,” ujarnya sambil berseloroh.

Ditanyakan mengenai persedian mental dan fizikal, aktres popular ini akui menyesal kerana menonton video kelahiran di Youtube. Akibatnya kini dia mengakui bahawa dia agak gementar untuk melahirkan namun yakin keterujaan suami dapat memberikan dia semangat untuk melakukan dengan tenang.

“Disebabkan ingin tahu saya pergi menonton video di Youtube dan kini saya sedikit rasa takut untuk melalui detik melahirkan tersebut. Maklumlah, kita tak tahu apa yang akan berlaku apabila berada di dalam situasi tersebut.

“Tetapi mujurlah saya mendapat khidmat doktor berpengalaman iaitu Doktor Seri dari Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) yang prihatin dengan apa yang saya rasakan. Dia berpesan supaya saya menyuruh ibu menyediakan kurma dan air zam-zam apabila hampir tiba hari dijangka melahirkan.

“Selain daripada itu saya disarankan untuk mengamalkan senaman yoga agar memberikan saya lebih kesenangan apa berada di dalam ruang melahirkan kelak. Kalau boleh saya memang nak melahirkan secara normal kerana lebih cepat untuk kembali sihat seperti sediakala,”cerita Liyana panjang lebar mengenai persediaan terakhirnya sebelum menjelang minggu pertama bulan Mei, waktu dia dijangkakan bakal melahirkan.

Mengenakan busana ala jubah moden rona lavender dan putih, Liyana tampil berseri bersama seorang lagi kakaknya, Adriana Jasmay yang dijangkakan bakal melahirkan kandungannya sebulan selepas Liyana. Dalam pada itu dia juga sempat bergurau mengenai jantina bayi yang dikandungkannya itu.

“Apa-apa pun, saya akan menjaga dia seperti seorang puteri. Sama macam ibu saya menjaga saya ketika kecil,"ucap Liyana sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kepada ibunya yang sentiasa menjaga pelakon ini kemana sahaja dia pergi.

Liyana ditemui pada majlis doa selamat sempena  kelahiran anak sulungnya dan yang ketiga buat kakaknya di kediaman keluarga mereka di Kemensah Height.

Pada majlis doa selamat dan kesyukuran itu, kira-kira 200 tetamu telah hadir termasuklah rakan artis iaitu teman baik Liyana, pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari, aktres Datin Ummi Aida dan adik Mya Sara.

‘I Am A Singer ’, Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga


‘I Am A Singer ’, Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga

‘I Am A Singer ’, Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga


Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan ‘I Am A Singer 2014’ yang berlangsung di Changsa, China, pada malam Jumaat.

Pada pusingan pertama, Shila telah menyampaikan lagu duet bersama penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu berjudul ‘When You Believe’ nyanyian asal oleh Whitney Houston dan Mariah Carey.

Manakala untuk pusingan kedua, penyanyi muda ini juga telah menunjukkan bakat tarian dengan beraksi secara solo menerusi lagu K-Pop popular berjudul ‘MAMA’ nyanyian Exo-M.

Ketika beraksi di pentas, Shila telah mendapat tepukan gemuruh dan penonton nyata terpesona dengan persembahannya.

Juara program ‘I Am A Singer 2014’ dimenangi oleh Han Lei dari China manakala naib juara jatuh kepada penyanyi dari Hong Kong iaitu G.E.M.

Sebelum ini, Shila pernah menjuarai pertandingan ‘Asian Wave 2012’ yang berlangsung di Shanghai, China.

Warga Murai ingin mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah.

Misha Omar & Firos Sah Akan Bernikah 2 Mei Ini


Misha Omar & Firos Sah Akan Bernikah 2 Mei Ini

Misha Omar & Firos Sah Akan Bernikah 2 Mei Ini6


Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, menjadi sasaran semua pihak yang ingin tahu status dirinya itu, akhirnya dia telah pun secara rasminya mengumumkan bahawa bakal melangsungkan pernikahan pada 2 Mei depan.

Memilih seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, perkahwinan pasangan ini akan dilangsungkan di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan di mana dua majlis akan diadakan pada tarikh yang sama.

" Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.

“Kedua-dua majlis nikah dan resepsi akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," jelas penyanyi lagu Bunga-BUnga Cinta ini.

Pasangan ini dengan rasminya membuat pengumuman mengenai tarikh perkahwinan mereka yang sebelum ini digembar-gemburkan itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.

Misha dan Firos masing-masing sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan majlis dijangkakan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

Bagi pihak lelaki, majlis resepsi akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Dalam pada masa yang sama, Misha menjelaskan mengenai kenapa tarikh yang sebelum itu telah diubah iaitu pada 21 Februari lalu. Ini ekoran pemergian bapa Misha Omar iaitu Omar Ismail ke rahmatullah pada 30 November lalu dan sebagai menghormati keluarga, Misha telah menunda ke tarikh 2 Mei ini.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.

Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.50 malam semalam di hospital Tropicana Medical Centre.

Wan Sakinah menerusi laman Instagram memberitahu anak sulungnya lahir dengan selamat dan sihat seberat 2.51 kilogram secara normal.

Wan Sakinah turut melahirkan rasa gembira dan syukur apabila anaknya itu selamat lahir kedunia dan dalam akaun Instagram miliknya seolah-olah memberitahu anaknya itu bukan sahaja ada seorang ibu tetapi dua iaitu dia dan Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf.

Bayi tersebut merupakan zuriat pertama pelakon Ashraf Muslim selepas berkahwin dengan 2 wanita.

Tahniah dari kami warga Murai dan Astro Gempak buat Ashraf dan keluarga.

Che Ta Bagi Tempoh 14 Hari Kepada Pihak Yang Mempergunakannya


Che Ta Bagi Tempoh 14 Hari Kepada Pihak Yang Mempergunakannya

Che Ta Bagi Tempoh 14 Hari Kepada Pihak Yang Mempergunakannya


Che Ta atau Nama sebenarnya Rozita Che Wan akan mengeluarkan notis kepada pihak yang telah mengekaploitasi gambar dan namanya untuk mempromosi produk jualan mereka.

Notis itu akan dikeluarkan berikutan tiada tindakan yang dibuat oleh pihak berkenaan selepas dihubungi pihak pengurusan Che Ta iaitu Laugh Out Loud Entertaiment beberapa bulan lalu berhubung kes itu.

Ditemui ketika sidang media bagi mengeluarkan notis tuntutan berhubung perkara itu di sini sebentar tadi, Che Ta melahirkan rasa kesal dan sedih atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit sehingga sanggup menggunakan nama serta gambarnya tanpa sebarang keizinan.

"Ini bukanlah kali pertama gambar dan nama saya digunakan oleh pihak tidak bertanggung jawab untuk mempromosikan produk mereka dan kali ini saya tidak boleh duduk diam lagi.

"Saya memberikan tempoh 14 hari selepas notis ini dikeluarkan supaya pihak berkenaan menurunkan dan membuang gambar serta nama saya dalam produk promosi mereka,"katanya kesal.

Gambar dan nama Rozita Che Wan telah digunakan tanpa izin atau tidak sah bagi produk kehamilan dan kecantikan yang dipromosikan menerusi saluran beberapa laman sosial.

Menurut Che Ta, dia tidak mahu namanya dikaitkan sama sekali dengan produk-produk berkenaan supaya pengguna tidak diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kerana kejadian itu juga, tawarannya untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan lain telah ditolak dan oleh kerana itu cukup penting untuknya membersihkan namanya terlebih dahulu.

Sementara itu peguam Che Ta iaitu Ahmad Fuad Hasim dari Fuad Hasim & Co berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis berkenaan dalam masa terdekat termasuk beberapa tuntutan lain kepada pihak-pihak berkenaan.

"Kami akan mengeluarkan notis terlebih dahulu supaya pihak terbabit membuat tindakan serta merta seperti yang diminta dan dalam tempoh 14 hari itu juga kami mahu mereka menyelesaikan tuntutan yang diminta.

"Tapi sekiranya selepas 14 hari tiada sebarang perubahan dibuat, maka pihak kami akan meneruskan dengan tindakan undang-undang,"katanya.

Tahniah Julfekar Selamat Nikahi Penyanyi Baru Min Yasmin


Tahniah Julfekar Selamat Nikahi Penyanyi Baru Min Yasmin

Tahniah Julfekar Selamat Nikahi Penyanyi Baru Min Yasmin


Hanya dengan sekali lafaz, komposer Julfekar Ahmad Shah, 49, telah selamat menamatkan zaman dudanya dengan penyanyi, Min Yasmin, 25, di Masjid Kota Damansara kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Kota Damansara, Mohd Aeip Johdi yang diwakil walikan oleh bapa perempuan Abdul Aziz.

Min menerima mas kahwin sebanyak RM1000 serta menerima sebentuk cincin.

Selain itu pihak perempuan juga turut menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas pihak Julfekar dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis nikah yang diadakan dalam serba sederhana itu turut dihadiri oleh 200 tetamu termasuk anak-anak dan menantu Julfekar serta keluarga daripada pihak perempuan.

Mempelai bakal diraikan dalam majlis resepsi akan berlangsung pada 13 April ini di Restoran N'Dah Mahligai, Shah Alam.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Zaini Mohd Zain, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan yang berumur antara 23 tahun hingga 30 tahun. Tiga daripada anak Julfekar telah berumah tangga dan dia juga mempunyai dua orang cucu berusia setahun dan dua tahun.

Tahniah Radhi OAG Tamatkan Status Duda Dengan Gadis 20 Tahun


Tahniah Radhi OAG Tamatkan Status Duda Dengan Gadis 20 Tahun

Tahniah Radhi OAG Tamatkan Status Duda Dengan Gadis 20 Tahun


Setelah beberapa tahun hidup menduda, vokalis kumpulan indie OAG, Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 37, sah bergelar suami kepada model sambilan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, dengan sekali lafaz dalam satu majlis serba ringkas yang di adakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat menurut laporan portal mStar Online.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 10.30 pagi disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri,  Ustaz Mohd Firdaus Subhi. Pada majlis itu Radhi menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 beserta wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan.

Bagi melengkapkan upacara akad nikah dengan adat Melayu,  majlis merisik dan bertunang telah berlangsung terlebih dahulu. Pasangan ini terlihat segak dan sopan dalam padanan busana sedondon berona putih .

Sebaik selesai kedua mereka diijabqabulkan dengan disaksikan jua anak Radhi hasil daripada perkahwinan yang terdahulu, Muhammad Rifdhi Muslim. Pihaknya telah menyerahkan 12 dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, produk kesihatan, sirih junjung, kek dan cincin.

Sebanyak  14 buah dulang hantaran dibalas oleh pengantin perempuan mengandungi antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah dan cincin.

Radhi yang ditemui selepas majlis akad nikah melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan. Saya harap dapat membimbing isteri ke arah kebaikan bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan