Cari Artikel

Thursday, March 27, 2014

Adly Syairi Hasilkan Lego Wajah Yuna, Anuar Zain


Adly Syairi Hasilkan Lego Wajah Yuna, Anuar Zain

Adly Syairi Hasilkan Lego Wajah Yuna, Anuar Zain


Watak Lego versi artis antarabangsa yang telah dihasilkan oleh Adly Syairi Ramly,38, mula menjadi sebutan ramai bermula hari ini. Watak Lego versi artis antarabangsa yang dihasilkan antaranya The Ramones, The Beatles, Pearl Jam, Led Zappelin, Tupac, N’Sync, Michael Jackson dan ramai lagi.

Adly secara eksklusif juga turut berkongsi foto-foto artis tempatan dalam bentuk Lego dengan Astro AWANI. Antara selebriti yang menjadi perhatian termasuk Yuna, Butterfingers, Awi Rafael, Altimet serta Ustaz Azhar Idrus.

Selaku perekanya, Adly Syairi mula menyusun dan membuat karekter Lego mengikut artis kegemarannya secara suka-suka sejak 2011.Kemudian, karekter-karekter tersebut dirakam dan dimuatnaik menggunakan iPhone 5 di laman Instagramnya di @adlysyairi.

“Saya bermula dengan hobi, setiap malam saya akan susun koleksi Lego, ambil gambar dan muat naik di Instagram.Salah satu kumpulan antarabangsa yang saya buat dari Lego telah mendapat perhatian editor portal antarabangsa terkenal Highsnobiety.com” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Hari ini, hasil rekaan Adly mendapat liputan luas dan gambar-gambar koleksinya turut dimuatkan di beberapa laman web antarabangsa seperti Rolling Stone ( Itali dan Jerman), Spin Magazine, Entertainment Weekly, Complex.com, HuffingtonPost, NME Magazine, Mashable dan CNET.

Karekter-karekter yang direka Adly tidak terhad hanya kepada artis malah turut dibuat mengikut sketsa isu semasa.

“Saya akan ambil wajah orang Lego yang hampir sama dengan wajah artis yang ingin saya buat, dan mencantumkan beberapa bahagian Lego seperti kepala, kaki dan badan mengikut karekter sebenar artis tersebut.

“Selain itu, teknik ‘super impose’ juga digunakan untuk menambah tudung pada Yuna dan tengkolok pada Loque” jelas Adly yang mempunyai lebih 700 koleksi Lego. Adly merancang untuk mengadakan pameran koleksi Legonya di 17A Snackfood & The Off Day di Bangsar dalam bulan Ogos tahun ini.

Buat masa ini, Adly tidak berhasrat untuk menjual koleksi Legonya.

iskandarX: Bagus ramai artis dah dijadikan tokong, memang terbaik!

Monday, March 24, 2014

Temubual Eksklusif Bersama Lisa Surihani - E! News Asia Special


Temubual Eksklusif Bersama Lisa Surihani - E! News Asia Special

Temubual Eksklusif Bersama Lisa Surihani - E! News Asia Special


Terpilih menjadi artis Malaysia yang pertama ditampilkan di dalam saluran E! News Asia untuk siaran 30 minit istimewa, Lisa Surihani bukanlah calang-calang selebriti yang hanya berbekalkan kecantikan sahaja.

Pada 30 Mac ini, isteri kepada Yusry KRU ini akan dapat ditonton di saluran E! untuk 30 minit bagi E! News Asia Special - Lisa Surihani yang akan memberikan anda lebih pengenalan lanjut mengenai wanita cantik yang mempunyai pengaruh yang ramai di media sosial ini.

Portal Murai juga turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama meraikan kejayaan Lisa yang terpilih dikalangan selebriti hebat lain yang ada dengan mengadakan sesi temubual istimewa dengannya baru-baru ini.



Sekadar sedikit pengenalan mengenai wanita cantik ini, kami bawakan temubual ringkas dan santai bersama Lisa. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih mengenai wanita ini, jangan lupa untuk menyaksikan E! News Asia Special - Lisa Surihani yang bakal disiarkan pada 30 Mac ini jam 10 malam di saluran 712 di Astro.

Adik Elfira Loy, Ezlisa Loy Dapat 7a Untuk Spm


Adik Elfira Loy, Ezlisa Loy Dapat 7a Untuk Spm

Adik Elfira Loy, Ezlisa Loy Dapat 7a Untuk Spm


Tahniah diucapkan kepada adik pelakon Elfira Loy, iaitu Ezlisa Loy yang telah mendapat 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pagi tadi.

Ezlisa atau nama sebenarnya, Nurul Ezlisa Loy Binti Ahmad Sabri adalah calon yang telah mengambill peperiksaan SPM tahun lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) dan menerusi foto yang dimuat naik di laman Facebook ERA fm sebentar tadi, Esliza telah mendapat 7A dan 2B.

Subjek mata pelajaran di mana Ezlisa mendapat A ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan.

Manakala bagi subjek mata pelajaran Kimia dan Biologi, Ezlisa telah mendapat B.

Ezlisa merupakan anak ketiga daripada lima beradik dalam keluarganya.

Meskipun pernah menceburi dunia lakonan seperti mana kakaknya iaitu Elfira Loy, Ezlisa berkata dia tidak bercadang mengikuti jejak langkah kakaknya itu dengan menjadikan dunia lakonan sebagai karier sepenuh masa sebaliknya dia mahu meneruskan pengajian untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor.

Tahniah dari kami warga Murai di atas keputusan hebat Ezlisa ini dan semoga cita-citanya tercapai.

Datuk A Rahman Hassan Terima Kunjungan Rais Yatim


Datuk A Rahman Hassan Terima Kunjungan Rais Yatim

Datuk A Rahman Hassan Terima Kunjungan Rais Yatim


Pada petang 25 Februari lalu, kira-kira pada pukul 3.30 petang,  Datuk A. Rahman Hassan rebah ketika sedang duduk di dalam Lambang sari, Istana Budaya sebelum sempat disambut oleh tetamu yang berada di sebelahnya.

Penyanyi itu dikejarkan ke HKL dengan sebuah ambulans dan telah menghabiskan masa selama 2 minggu di hospital sebelum pulang ke rumahnya kini di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

"Saya baru sahaja keluar HKL minggu lalu dan doktor menasihatkan agar berehat di rumah selama dalam proses pemulihan iaitu kira-kira lima hingga enam bulan," katanya ketika ditemui pada program lawatan Pengasas Yayasan Warisan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang, di sini, Rabu.

Penyanyi era 60-an ini mengakui dia lebih menghargai kesihatan tubuh badan dan akan berehat selama lima hingga enam bulan sebelum pulih sepenuhnya dan kembali aktif.

"Saya tidak boleh bangun dan mereka menyuruh saya buang air kecil dan besar dari atas katil tetapi saya tidak mahu dan menyuruh anak-anak menolong saya ke tandas.

"Sehingga beberapa hari saya gagahkan juga diri untuk berjalan perlahan-lahan sendiri ke tandas, saya sentiasa fikir bahawa saya boleh lakukannya sendiri," katanya.

Selain itu, penyakit strok tersebut membuatkan dia kurang daya imbangan badan dan sukar untuk berjalan. Sementara itu, pada majlis tersebut, Datuk A.Rahman turut menerima sumbangan ikhlas daripada pihak Yayasan Warisan Negara sebanyak RM5,000 dimana acara turut dihadiri Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez.

Bob Nowseeheart Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung


Bob Nowseeheart Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung

Bob Nowseeheart Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung


Anggota kumpulan nasyid Nowseeheart iaitu Bob atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin, disahkan meninggal dunia oleh Mujahid, bekas ahli kumpulan Nowseeheart di Facebook milik beliau.

Bob dikatakan telah meninggal dunia pada jam 12.04 pagi tadi di Hospital Selayang kerana sakit lemah jantung.

Bob dikhabarkan berada dalam koma pada petang semalam. Dikhabarkan juga jantungnya sangat lemah dan terlalu banyak air dalam badan.

Pada awal tahun 2013, arwah telah berundur diri daripada Nowseeheart atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Taman Melewar, Gombak jam 9 pagi tadi.

Kami dari warga Murai dan Astro Gempak mengucapkan takziah kepada keluarga Bob Nowseeheart dan Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Ub40, Judikal Bakal Gegar Kl Life 9 Dan 12 April Ini


Ub40, Judikal Bakal Gegar Kl Life 9 Dan 12 April Ini

Ub40, Judikal Bakal Gegar Kl Life 9 Dan 12 April Ini


Berita baik kepada peminat-peminat penyanyi popular Indonesia, Judika dan kumpulan reggae lagenda, UB40 kerana anda akan bertemu dengan mereka pada April ini di KL Life, Kuala Lumpur.

Dua artis antarabangsa ini akan menggegarkan pentas KL Life Centre menerusi persembahan konsert masing-masing iaitu UB40 Live In Kuala Lumpur (9 April) dan Judika Mencari Cinta..(12 April).

Pengarah UCS Clockwork, Syamil Yusof berkata pemilihan dua artis tersebut adalah bersesuaian dengan citarasa penggemar muzik yang terdiri daripada golongan yang berbeza.

“Judika dan UB40 masing-masing mempunyai peminat mereka masing-masing. Kami menyasarkan dua golongan iaitu remaja dan dewasa untuk menonton konsert ini.

“Sebagai contoh, Judika sudah tentu peminatnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan muda.

“UB40 pula peminatnya terdiri daripada golongan dewasa berusia 35 tahun ke atas terutama yang mengikuti perkembangan kumpulan popular ini sejak tahun 70-an hingga 80-an,” katanya pada majlis sidang media baru-baru ini.

Tambah Syamil, peminat-peminat UB40 tidak seharusnya terlepas peluang untuk menyaksikan konsert UB40 Live In Kuala Lumpur kerana ini kali pertama mereka membuat persembahan di Malaysia.

“UB40 adalah kumpulan reggae paling berjaya di sepanjang zaman selepas mencatat jualan album lebih tujuh juta unit di seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak UCS Clockwork percaya dua selebriti hebat itu mampu menarik para peminat berkumpul di bawah satu bumbung iaitu di KL Life Centre untuk menyaksikan persembahan mereka.

Lebih menarik, Konsert Judika Mencari Cinta… pula akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi rock lagenda Malaysia, Amy Search yang bakal berduet dengan tenor pop kegemaran Indonesia itu.

Tiket UB40 Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM158 (aras bawah) dan RM258 (aras atas - VIP) manakala tiket bagi Judika Mencari Cinta… sebanyak RM98 bagi aras bawah dan RM168 untuk VIP (aras atas).

Kedua-dua tiket konsert boleh dibeli menerusi talian Ticketpro Malaysia iaitu 03-78807999 atau di www.ticketpro.com.my atau talian hotline, 017-3555134.

Ia turut dijual di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music dan Guitar Store.

Zombi Kilang Biskut Bikin Mamat Khalid Berdebar


Zombi Kilang Biskut Bikin Mamat Khalid Berdebar

Zombi Kilang Biskut Bikin Mamat Khalid Berdebar


Mamat Khalid mengakui bahawa sekalipun Zombi Kilang Biskut bukanlah filem pertamanya, namun dia tetap berdebar menunggu maklum balas penonton terhadap filem tersebut.

“Kalau nak diikutkan pengalaman yang dilalui, pahit dan manis sudah pun saya rasa…Sebagai penggiat seni saya sudah berusaha untuk harus tahu kehendak penonton dan berikan yang terbaik…Terpulang kepada mereka untuk menilai nanti.

“Asalkan penonton sanggup datang ke pawagam menyaksikan Zombi Kilang Biskut, itu sudah merupakan penghargaan terbesar buat saya,” katanya kepada portal Murai pada majlis tayangan perdana filem itu di Ipoh, Sabtu lalu.

Diterbitkan di bawah produksi miliknya, Enjit Semut Sdn. Bhd. Mamat yakin sentuhan terbarunya itu akan menghiburkan penonton.

Tambahan lagi, ketika tayangan pada Sabtu lalu bersama kerajaan negeri Perak, Zombi Kilang Biskut berjaya menarik perhatian ramai.

Mamat turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah memberikan sokongan kepada pihaknya sekaligus membantu promosi filem itu.

“Tayangan pada hari ini sempena Expo Pelancongan Perak merupakan satu platform yang baik dalam mempromosikan filem ini.

“Saya sungguh berbesar hati dan bersyukur apabila pada tayangan hari ini, penerimaan daripada penonton amat-amat menggalakkan,” katanya.

Oleh itu kepada penonton yang sudah terbiasa dengan karya Mamat Khalid dan sentiasa menantikan karya terbaru daripadanya, jangan lupa ke pawagam pada 20 Mac (Khamis) ini di 88 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Jika anda tidak berbuat demikian, itu merupakan satu kerugian kerana Zombi Kilang Biskut hanya akan ditayangkan di pawagam sahaja.

“Hanya di pawagam. Tiada video cakera padat digital (DVD) diterbitkan dalam tempoh terdekat. Jadi, bagi peminat-peminat filem Zombi sentuhan saya jangan lepaskan peluang menonton di pawagam,” katanya yang enggan meletakkan sasaran kutipan pecah panggung untuk filem terbarunya ini.

Menelan belanja sebanyak RM1.7 juta, Zombi Kilang Biskut membariskan pelakon seperti Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Eina Azman, Adam AF, Man Kadir, Delimawati, Soffi Jikan dan Dayana Roza.

Nak Tahu Latar Belakang, Sarimah Ibrahim Google Tunku Nadzimuddin


Nak Tahu Latar Belakang, Sarimah Ibrahim Google Tunku Nadzimuddin

Nak Tahu Latar Belakang, Sarimah Ibrahim Google Tunku Nadzimuddin


Sarimah Ibrahim yang juga pelakon serta penyanyi memberitahu dia pada mulanya  tidak mengenali siapakah Jamie atau cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar itu.

Sehinggalah dia mengambil keputusan untuk meneliti latar belakang Jamie di laman Google selepas mendapati layanan yang diberikan oleh orang sekeliling terhadap jejaka berkenaan agak berlainan selain panggilan Tunku yang sering diajukan kepada jejaka berkenaan ketika meereka menghadiri sebuah majlis makan malam.

“Ketika pertama kali bertemunya, banyak persoalan yang timbul difikiran saya berkenaan dia. Saya tak tahu dia ini orang mana kerana raut wajahnya yang agak berbeza. Nak kata Melayu tak Melayu, nak kata Arab pun tak juga.

“Biarpun pertama kali bertemu, banyak perkara yang kami borakkan. Dari hal perpisahan rumah tangga, latar belakang keluarga, tentang United Kingdom dan banyak lagi. Memang banyak persamaan. Kami tak henti berborak walaupun ramai orang sudah beransur pulang dari majlis berkenaan,” katanya terbuka.

Sarimah Ibrahim menambah, antara alasan utama dia terlalu terbuka memperkenalkan Jamie kepada pihak umum kerana tidak mahu orang ramai menyalah anggap dengan hubungannya sehingga timbul pelbagai cerita tidak sedap didengari.

Ia bertepatan sekali dengan status dirinya sebagai bekas isteri orang dan kerjayanya sebagai artis selain latar belakang Tunku Nadzimuddin dalam kelompok keluarga diRaja.

Kata Sarimah Ibrahim, dia dan Jamie sudah berbincang terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berterus terang akan hubungan mereka berdua meskipun pada awalnya agak sukar untuk mereka berbuat demikian.

“Semuanya kerana kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) yang diperkenalkan stesen radio Mix FM baru-baru ini. Memang tidak diduga dan ia bukan dirancang sama sekali.

“Saya telah memberitahu 3 lelaki daripada finalis kempen berkenaan bahawa saya sudah pun berpunya tetapi hos rancangan itu, Rod meminta saya untuk dipertemukan dengan Jamie di dalam konti radio Mix FM supaya saya dapat mengesahkan kebenarannya.

“Saya menyahut cabaran Rod, maka saya telah meminta Jamie untuk hadir dalam konti radio Mix FM pagi ini untuk membuktikan bahawa hubungan saya dengannya bukanlah jenaka.

“Saya merasakan adalah perlu untuk saya berterus terang dan memperkenalkan Jamie kepada pihak umum termasuk tiga orang finalis kempen berkenaan kerana rasanya tak manis kalau saya keluar makan malam dengan salah seorang pemenang kempen berkenaan dan dalam masa yang sama saya keluar dengan Jamie,” katanya.

Sementara itu jelas Jamie, pada awalnya dia agak resah dan gelisah apabila diminta untuk tampil dan bercakap di konti radio Mix FM. Bagaimanapun demi kebaikan masa depan hubungan mereka berdua, dia melakukannya dengan hati terbuka.

Meskipun berlatar belakangkan keluarga diraja, Jamie bagaimanapun seboleh-bolehnya tidak mahu dia dan kekasih hatinya itu terikat dengan sebarang protokal sebaliknya memilih untuk bersikap bersederhana, terbuka dan menerima Sarimah Ibrahim seadanya.

“Saya tidak kisah mengikut Sarimah ke mana sahaja ataupun sekiranya memerlukan saya untuk bergambar dengannya dalam mana-mana majlis sekalipun kerana saya faham dengan kerjayanya sebagai seorang selebriti,” katanya merendah diri.

Tunku Nadzimuddin Tunggu Masa Sesuai Lamar Sarimah Ibrahim


Tunku Nadzimuddin Tunggu Masa Sesuai Lamar Sarimah Ibrahim

Tunku Nadzimuddin Tunggu Masa Sesuai Lamar Sarimah Ibrahim


Sudah tiga bulan menyemai kasih bersama Sarimah Ibrahim, 36, cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42 sememangnya mempunyai perancangan masa depan terhadap pelakon dan pengacara cantik berkenaan.

Ditemui selepas sesi temubual bersama radio MIX FM pagi tadi, Tunku Nadzimuddin yang senang dengan panggilan Jamie berkata, buat masa ini biarlah mereka mengenali hati budi masing-masing sebelum pendekatan lebih besar diambil oleh kedua-dua belah pihak.

Jelas Jamie, pihaknya sudahpun bertemu dengan keluarga Sarimah Ibrahim, begitu juga dengan penyampai radio MIX FM berkenaan terhadap keluarga Jamie sebagai salah satu cara menghormati hubungan yang terjalin supaya tiada rasa syak was sangka.

“Kami baru saja berjumpa tiga bulan lalu dan pastinya kami perlu mendapatkan restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.

“Saya mengenali siapa dia (Sarimah Ibrahim) meskipun ketika pertama kali bertemu. Cuma sekarang barulah saya berpeluang mengenalinya dengan lebih dekat,” katanya yang mengaku pernah mendirikan rumah tangga dan telahpun berpisah.

Tunku Nadzimuddin yang kini mengusahakan perniagaan dalam bidang pelaburan pernah menuntut dan menetap di United Kingdom dari tahun 1985 sehingga 1996.

Sarimah Ibrahim dan Jamie telah dipertemukan buat pertama kalinya sejak tiga bulan lalu sewaktu menghadiri majlis makan malam seorang kenalan yang kebetulan merupakan kenalan mereka berdua.

Sementara itu kata Sarimah Ibrahim, dia agak gusar apabila ada pihak yang mengaitkan hubungannya bersama jejaka itu dengan ikatan perkahwinan kerana dia masih dibayangi oleh kegagalan rumah tangganya beberapa tahun lalu.

“Sebenarnya saya memang berasa takut apabila mahu bercerita soal kahwin. Kerana saya pernah gagal dalam perkahwinan dan begitu juga Jamie.

“Saya pernah berfikir adalah lebih baik saya hidup sendirian dan memiliki anak angkat. Bagaimanapun dalam masa yang sama saya sering berdoa kepada Tuhan supaya membuka hati saya dan dipertemukan dengan jejaka yang sesuai.

“Saya juga sedar,  sebelum ini saya sering menjalani hubungan dengan jejaka asing. Tapi itu bukanlah sesuatu yang saya mahu kerana semuanya telah ditentukan olehNYA dan Alhamdulillah sekarang saya telah dipertemukan dengan Jamie yang mempunyai darah Melayu,” jelasnya panjang lebar.

Datuk Rosyam, Erra & Nora Danish Bakal Semarakkan Selawat Perdana 1435h


Datuk Rosyam, Erra & Nora Danish Bakal Semarakkan Selawat Perdana 1435h

Datuk Rosyam, Erra & Nora Danish Bakal Semarakkan Selawat Perdana 1435h


Orang ramai dijemput hadir ke Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya jam 8 malam pada 21 Mac (Jumaat) ini untuk menyemarakkan lagi program ‘Selawat Perdana 1435H’ anjuran Sekretariat Selawat Perdana.

Program keagamaan bercorak santai bertemakan kesatuan, perpaduan dan persaudaraan ini turut mendapat sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia selaku Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, pihaknya menyasarkan seramai 500,000 orang untuk bersama-sama merealisasikan program berkenaan.

“Program ini diadakan untuk memupuk perhubungan se­sama manusia yang berterusan tanpa mengira keturunan, darjat dan warna kulit, bahasa dan lain-lain.

“Tujuan lain program ini diadakan adalah untuk mendoakan misi pencarian pesawat MH370 serta keselamatan dan kesejahteraan semua 239 penumpang termasuk anak kapal yang hilang, sejak Sabtu lalu.

“Pengisian program ini membabitkan budaya selawat, zikir dan qasidah yang mengajak umat Islam untuk mengingati Allah dan Rasulul­lah SAW sekali gus dapat menjadi pemangkin perpaduan umat Islam di sini.

“Ia juga untuk menyatukan seluruh umat Islam di negara ini untuk memupuk perasaan mahabbah iaitu cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui qasidah,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media program Selawat Perdana 1435H - Malam Cinta Allah dan Rasul yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara baru-baru ini.

Hadir sama, penasihat Sekretariat Selawat Perdana, Datuk Noh Gadut.

Lebih menarik, program ini menampilkan ikon agama nusantara dan pendakwah terkenal yang bukan calang-calang iaitu Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan tausiyah pula bakal disampaikan penceramah bebas yang juga imam muda dan pencetus ummah, Habib Ali Zaenal Abidin.

Tidak ketinggalan, penampilan kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti In-Team, Al Mawlid dan finalis program Imam Muda dan Pencetus Ummah.

Penganjuran program Selawat Perdana 1435H - Malam Cinta Allah dan Rasul turut disemarakkan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air seperti Adira, Datuk Rosyam Nor, Aziz M Osman, Zizan Razak dan Mawi.

Turut serta adalah selebriti seperti Nora Danish, Erra Fazira, Shahir, Nabil Ahmad, Rita Rudaini, Johan As’ari, Hazama, Fizz Fairuz, Angah Raja Lawak, Jep Sepahtu, Tomok, Zahida Rafik, Irma Hasmie, Faizal Ismail, Puteri Sarah Liyana, Mila Jirin, Yatt Hamzah, Dazrin Kamaruddin, Abby Nazri, Adam AF, Cor­rie, Siti Nordiana, Atie AF, Fiify Natasha dan ramai lagi.

Ahli Perniagaan Heret Zarina Anjoulie Ke Mahkamah


Ahli Perniagaan Heret Zarina Anjoulie Ke Mahkamah

Ahli Perniagaan Heret Zarina Anjoulie Ke Mahkamah


Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap pelakon Zarina Anjoulie, kerajaan dan empat lagi atas dakwaan berlaku kecuaian serta penipuan membabitkan sebuah kereta mewah milik arwah bapanya.

Kevin Shah Kadar Shah, 33, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Nov tahun lepas.

Beliau turut menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerani penghantar surat Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad sebagai defendan.

Pada prosiding hari ini, Hakim Hue Siew Kheng yang mendengar kes itu dalam kamar, menetapkan 7 April depan untuk mendengar permohonan plaintif bagi meminda penyataan tuntutan dan permohonan Salleh bagi membatalkan saman terhadapnya.

Peguam J.Jev Anand mewakili Kevin Shah, peguam YK Leong mewakili Salleh manakala Peguam Persekutuan Nur Aqilah Ishak bagi pihak kerajaan, JPJ Negeri Selangor dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya pada 17 Mei 2010 dan menandatangani perjanjian sewa beli dengan Public Islamic Bank pada 11 Mei, tahun sama.

Beliau mendakwa bapanya meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, sekitar Jun 2010 untuk kegunaan harian dan kereta itu masih dalam milikan pelakon berkenaan sehingga bapanya meninggal dunia pada 19 Nov 2011.

Kevin Shah mendakwa selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian.

Ahli perniagaan itu mendakwa Public Islamic Bank memulangkan kereta berkenaan kepadanya pada 21 Feb tahun lepas setelah beliau melunaskan segala tunggakan ansuran bulanan.

Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858.

Kevin Shah juga mendakwa Kementerian Pengangkutan, melalui surat bertarikh 18 Mac 2013, memaklumkan bahawa nombor WTN 8850 telahpun didaftarkan ke atas kenderaan lain, iaitu sebuah motosikal atas nama bapanya, manakala nombor BLP 8858 didaftarkan bagi kereta BMW itu.

Beliau berkata JPJ, melalui surat bertarikh 3 Jun 2013, menyatakan pertukaran nombor pendaftaran antara kereta dan motosikal itu dibuat pada 14 Feb 2012 namun perkara berkenaan adalah mustahil kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum tarikh pertukaran.

Oleh itu, Kevin Shah mendakwa sebarang permohonan yang diterima JPJ tidak pernah ditandatangani bapanya dan mendakwa jabatan berkenaan gagal mengesan tandatangan yang terkandung dalam permohonan untuk pertukaran nombor WTN 8850 dari kereta kepada motosikal dan juga pertukaran nombor BLP 8858 dari motosikal kepada kereta.

Beliau juga mendakwa Zarina, Salleh dan Public Islamic Bank berkomplot melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor kereta dan motosikal itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milikan Kadar Shah.

Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kereta dan motosikal itu adalah tidak sah dan terbatal.

Hati Sarimah Ibrahim Kini Milik Tunku Nadzimuddin


Hati Sarimah Ibrahim Kini Milik Tunku Nadzimuddin

Hati Sarimah Ibrahim Kini Milik Tunku Nadzimuddin


Sarimah Ibrahim,36 akhirnya mengaku bahawa dia sedang menjalani hubungan cinta dengan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

Pengakuan itu dibuat sendiri penyampai radio MIX FM berkenaan kepada portal murai.com.my ketika mengumumkan jejaka yang terpilih untuk menemaninya bagi acara makan malam sempena kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) yang diperkenalkan stesen radio Mix FM.

Jelas Sarimah Ibrahim, walaupun mempunyai latar belakang daripada golongan diRaja, namun katanya Tunku Nadzimuddin seorang jejaka yang sangat ringkas dan peramah.

“Sememangnya saya agak gementar untuk memperkenalkan dia (Tunku Nadzimuddin) kepada pihak media. Yalah mengenangkan apa yang telah terjadi dengan perkahwinan saya sebelum ini.

“Tapi, saya harapkan semuanya akan baik-baik saja selepas ini,” katanya yang pernah gagal dalam perkahwinan bersama jejaka berbangsa Australia, Andrew Amir Browning  Abdullah pada penghujung 2008.

Wanita kacukan Melayu-Ireland itu juga pernah menjalani hubungan cinta dengan jejaka kelahiran Perancis bernama Guillaume, bagaimanapun terputus di tengah jalan.

Kempen #DSS yang diperkenalkan stesen Radio MIX FM memberi kelebihan kepada pendengar radio berbahasa Inggeris itu untuk menyertai bagi memenangi peluang makan malam bersamanya.

Ikuti temubual lanjut bersama-sama Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin menerusi portal murai.com.my.

Sheila Majid Pandang Serius Insiden Fmfa, Beri Pesanan Di Instagram


Sheila Majid Pandang Serius Insiden Fmfa, Beri Pesanan Di Instagram

Sheila Majid Pandang Serius Insiden Fmfa, Beri Pesanan Di Instagram


Acara terbesar melibatkan penganjuran festival muzik yang bermula Khamis, 13 Mac dan diikuti malam seterusnya menunjukkan petanda negatif yang menjurus kepada aspek keselamatan yang tidak diberi perhatian.

Akibatnya, 6 nyawa menjadi korban di Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014), yang sepatutnya menjadi agenda yang disokong pihak Tourism Malaysia (Pelancingan Malaysia) bagi menarik pelancong ke Malaysia.

Ekoran daripada insiden ini, penganjur iaitu Livescape Asia Sdn Bhd telah dinasihatkan supaya tidak meneruskan festival muzik terbesar di Asia Tenggara itu dan membatalkan semua persembahan pada hari terakhir iaitu Sabtu, 15 Mac lalu.

Dibarisi lebih ramai barisan pemuzik hebat seantero dunia pada finalefestival itu dan salah seorang dariapada mereka adalah ratu jazz negara, Dato’ Sheila Majid.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sinaran itu akan ditemani  DJ yang dikenali dengan nama Dangerdisco dijadualkan mula beraksi pada jam 5 petang.

Ia disahkan melalui deskripsi foto di Instagram milik Sheila Majid yang berbunyi “Catch us LIVE tomorrow 15/3/14 Time:1715hrs-1815hrs at #FMFA2014. Premiering Sinaran Reworked by #dangerdisco.

Platform yang sepatutnya menjadi tempat penyanyi ini berkongsi karya terbarunya hasil kerjasama dengan Dangerdisko telah diarahkan tutup.

Rencana untuk mempersembahkan hits Sinaran yang diberi nafas baru itu tidak kesampaian tetapi Dato’ Sheila akur dengan arahan tersebut disamping meninggalkan pesanan kepada anak-anak muda khususnya para peminat muzik.

“Bila mendapat tahu mengenai insiden membabitkan dadah dan penyalahgunaan dikalangan mereka yang datang ia amat mengejutkan saya. Ia merupakan kejadian yang mengecewakan semua orang dan saya sendiri memandang serius perkara yang semakin berleluasa di zaman ini.

“Saya merasakan satu kesedihan yang menghibakan bila mendengar betapa tragiknya insiden ini. Hanya doa yang mampu saya panjatkan agar semuanya dipermudahkan baik buat mangsa mahupun kelurganya,”petikan kata-kata penyanyi tersebut melalui applikasi Whatsapp yang dikirim pengurusnya.

Dato’ Sheila Majid turut memberikan pandangannya secara umum disamping menyelar mereka yang telah merosakkan muzik kerana penyalahgunaan dadah di Instagram miliknya @missmajid . “Music on its own is not bad. Sadly mixing it with negative substance, influences & elements, spoils its reputation.”

Kredit Foto Instagram MissMajid

Tuesday, March 18, 2014

Hisyam Hamid Cadang Bawa Keluarga Pindah Ke Malaysia


Hisyam Hamid Cadang Bawa Keluarga Pindah Ke Malaysia

Hisyam Hamid Cadang Bawa Keluarga Pindah Ke Malaysia


Hisyam Hamid bercadang untuk membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur mulai tahun hadapan.

Menerusi laporan mStar Online, aktor yang dikenali menerusi drama Ariana Rose itu memberitahu dia bersama isterinya kini sedang mencari kawasan perumahan dan sekolah untuk dua anak mereka.

Tambahnya, jika diikutkan mahu saja dia membawa anak-anak dan isterinya sekarang tetapi keadaan yang tidak menentu buat masa ini membuatkan dia tidak berani untuk membawa mereka datang ke Kuala Lumpur secara terburu-buru.

Buat masa ini, aktor itu menumpang di rumah bapanya di Shah Alam sekiranya mempunyai penggambaran di Malaysia.

Hisyam, 29, berkata, keputusan berpindah itu dibuat selepas melihat keadaan kerjayanya yang semakin stabil di negara ini terutama selepas membintangi drama bersiri Ariana Rose yang melonjakkan namanya dikalangan peminat.

Kesibukan jadualnya yang padat membuatkan dia tidak mempunyai masa terluang untuk bersama keluarganya yang kini menetap di Singapura dan tidak mahu berjauhan dengan anak-anaknya.

"Pada sudut positif ia adalah perkembangan baik kepada kerjaya lakonan saya tetapi masa untuk bersama keluarga akan bertambah kurang.

"Sebelum ini saya pernah memberitahu masih belum bersedia untuk berpindah ke Malaysia tetapi rasanya saya perlu berbuat demikian supaya lebih banyak masa dapat diluangkan bersama mereka," katanya Hisyam lagi.

Jelas Hisyam, walaupun penat dengan penggambaran namun sekiranya mempunyai cuti dia akan sedaya upaya untuk kembali ke Singapura bagi bertemu dengan isteri dan anak-anaknya.

Justeru, dengan mengambil langkah membawa keluarganya berpindah ke Malaysia, dia dapat menjimatkan masa dan wang selain dapat memberi fokus sepenuhnya kepada karier dan keluarga.

Digugurkan Dari Aurawhite: Hanez Suraya Tak Peduli Tanggapan Orang


Digugurkan Dari Aurawhite: Hanez Suraya Tak Peduli Tanggapan Orang

Digugurkan Dari Aurawhite: Hanez Suraya Tak Peduli Tanggapan Orang


Nama aktres Hanez Suraya nampaknya terus dilanda kontroversi apabila khabar terbarunya menyatakan, aktres ini telah digugurkan dari menjadi duta kepada produk kecantikan, AuraWhite.

Laporan sebuah akhbar tempatan menyebut, pihak pengurusan jenama tersebut berasa tidak senang duduk dengan imej yang menimpa diri duta produk mereka itu.

Lalu, khabarnya kontrak Hanez sebagai duta produk pemutihan kulit jenama Aura White sudah ditarik balik, gara-gara kontroversi melandanya.

“Maaf, Hanez tak mahu komen apa-apa buat masa sekarang,” demikian kata Hanez Suraya ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Hanez turut menambah yang dia sudah tidak peduli tanggapan orang ramai dengan segala kontroversi yang melandanya itu.

"Berdiam pun orang kata, bercakap pun orang mengata," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Sementara itu menurut laporan Sinar Harian, pihak pengurusan Aura White tidak mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai pembatalan kontrak Hanez Suraya sebagai duta mereka.

"Pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung soal penarikan kontrak Hanez Suraya sebagai duta produk kami.

"Kami juga tidak mahu beri sebarang kenyataan buat masa sekarang," kata salah seorang wakil pengurusan Aura White yang enggan namanya dikenali.

Noh Hujan Tujukan Lagu Untuk Mizz Nina


Noh Hujan Tujukan Lagu Untuk Mizz Nina

Noh Hjan Tuujukan Lagu Untuk Mizz Nina


Selepas lapan tahun bersama band Hujan, vokalis utama band itu, Noh Salleh kini mengorak langkah membuka lembaran baru dalam hidupnya sebagai penyanyi solo.

Sebagai permulaan bergerak secara solo, Noh bakal tampil dengan album pertamanya dengan lima buah lagu baru yang mengetengahkan adunan muzik yang nyata berbeza daripada karya yang pernah dihasilkan bersama band Hujan sebelum ini.

Kata Noh, minatnya terhadap karya muzik jazz dengan elemen pop Nusantara adalah pendorong utamanya untuk bergerak solo.

“Dalam album terbaru saya ada beberapa buah lagu yang saya dedikasikan khas buat individu yang selalu memberi inspirasi kepada saya…Individu tersebut merupakan isteri, ibu bapa, mertua dan kumpulan Hujan.

“Angin Kencang dan Bunga Di Telinga merupakan lagu yang saya cipta khas buat Nina dan Biar Seribu didedikasikan buat ibu dan bapa serta kedua mertua sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

“Mereka dan Hujan banyak memberi inspirasi kepada saya sepanjang proses penghasilan album dilakukan,” kata Noh Salleh ketika ditemui pada majlis pra dengar single terbarunya, ‘Angin Kencang’ minggu lalu.

“Sebagai permulaan saya akan tampil dengan album pertama tidak lama lagi…Ada lima buah lagu baru dan adunan muziknya sangat berbeza daripada karya yang pernah dihasilkan bersama band Hujan sebelum ini.

“Dalam album ini, karya-karya yang saya cipta sendiri yang turut mendapat sentuhan kreatif daripada pemuzik dari Indonesia memang berbeza.

“Menerusi album ini, peminat akan nampak sisi berbeza saya dan saya mengharapkan peminat akan menerimanya,” ujarnya.

Selain Angin Kencang, Biar Seribu dan Bunga Di Telinga, lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini adalah Sang Penikam dan Gelung.

Hamil Anak Ke-2: Tunggu Penjelasan Fasha Sandha Sendiri - Pengurus


Hamil Anak Ke-2: Tunggu Penjelasan Fasha Sandha Sendiri - Pengurus

Hamil Anak Ke-2: Tunggu Penjelasan Fasha Sandha Sendiri - Pengurus


Fasha Sandha kini dikhabarkan sedang hamil anak kedua berdasarkan beberapa keping gambar terbarunya ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya, baru-baru ini.

Melalui foto itu, jelas dapat dilihat Fasha yang mengenakan busana rona ungu dengan perut yang semakin membesar.

Namun, sehingga kini tiada pengesahan ataupun maklumat lanjut dari empunya badan.

Meskipun begitu, akaun laman sosialnya sudah mula menerima banyak ucapan tahniah terutama daripada para peminat.

Pihak kami cuba menghubungi pengurus Fasha, Yasmin untuk mendapatkan kesahihan tentang perkara tersebut.

Yasmin menerusi aplikasi Whatsapp memberitahu, Fasha Sandha sendiri akan mengesahkan perkara itu.

“Pasal tu, kita tunggu Fasha announce ya,” katanya.

Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) ketika ini masih berada di Bali, Indonesia selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan rakan mereka di kepulauan itu, pada minggu lalu.

Anak pertama Fasha dan suaminya, Rizal Ashram iaitu Putra Rayfal Ramli lahir pada 15 April tahun lalu.

Pasangan ini bernikah pada 27 April 2012.

Penganjur Kesal Dengan Tragedi Maut Di Fmfa 2014


Penganjur Kesal Dengan Tragedi Maut Di Fmfa 2014

Penganjur Kesal Dengan Tragedi Maut Di Fmfa 2014


Susulan daripada kes 6 maut ketika berlangsungnya Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014) hujung minggu lalu, penganjur konsert berkenaan, Livescape kesal dengan jumlah kematian yang berlaku.

Menerusi siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan semalam,Livescape berkata pihaknya telah menyediakan kawalan ketat dan sumber di tempat berpatutan bagi memastikan kesihatan serta keselamatan setiap penghunjung terjaga.

Bagaimanapun mereka kecewa apabila perkara sedemikian telah berlaku dan turut melahirkan rasa  sedih serta bersimpati dengan kehilangan beberapa nyawa pada tangga 14 Mac lalu itu.

Dalam kenyataan yang sama, pihak penganjur berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia, Bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Stadium Nasional Bukit Jalil dan Pengawal Keselamatan (Millenium Patriot Security).

“Penganjur bersama-sama penguatkuasa utama telah bertemu dan mewujudkan beberapa strategi termasuk perancang operasi bagi keselamatan pengunjung dan pihak pengurusan,kemudahan awam, pengurusan trafik, keselamatan dan presedur bantuan perubatan.

“Lokasi dilengkapi dengan pusat operasi acara yang membolehkan sebarang komunikasi bersama pihak penguatkuasa atau berpatutan dapat dibuat dengan kadar segera,” kata kenyataan yang dikeluarkan semalam itu.

Pihak berkuasa telah mengesahkan tentang kematian 6 orang pengunjung tersebut selepas mereka menghadiri konsert hari kedua FMFA di Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Kesemua 6 pengunjung tersebut adalah dari kalangan remaja tempatan berusia 19 hingga 28 tahun dan kesemua mereka telah disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya 9UUMC) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUK).

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Polis Daerah, IPD Cheras Tuan Mohan Singh berkata, Polis DiRaja Malaysia telah bekerjasama dengan pihak penganjur, pengawal keselamatan, Stadium Nasional Bukit Jalil dan beberapa agensi kerajaan bagi proses perlaksanaan acara berkenaan.

“Kami menyediakan 100 orang pegawai polis yang berkhidmat bagi mengawal dan mengenal pasti aktiviti penyalah gunaan dadah pada acara itu.

“Kami juga mengiktiraf usaha yang diajalankan pihak penganjur dalam memastikan kesihatan dan keselamatan diambuil kira pada acara itu.

“Mereka telah menjalankankerjasama yang baik dengan pihak kami bagi memastikan suasana yang selamat untuk orang ramai.

“Apa yang terjadi pada acara berkenaan adalah sama sekali sangat mendukacitakan dan kami mengingatkan kepada orang ramai akan bahawa pengambilan dadah,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Seramai 100 orang pegawai polis tambahan telah disediakan bagi memantau keadaan kawalan pengunjung, trafik dan juga pengesan dadah.

Penganjur juga menyediakan 3 pusat kawalan kecemasan/perubatan dan 1 pusat trauma yang turut dilengkapi oleh dua orang doctor perubatan, 14 paramedik, 10 jururawat , 7 ambulan dan 12 paramedik bergerak.

Turut disediakan 280 kakitangan keselamatan dan 80 ahli RELA yang berkhidmat sepanjang festival itu dijalankan.

Sementara itu, pihak penganjur berterima kasih dengan kesabaran pemegang tiket yang turut memahami pembatalan yang diadakan pada hari ketujuh.

Untuk sebarang pengembalian semula wang boleh dibuat menerusi www.futuremusicfestival.asia.

Menurut sumber, pihak penganjur sedang sibuk menjalankan proses mengembalikan semula wang kepada pihak tertentu terutama individu yang datang dari luar negara.

Yuna Kecewa, Akur Pembatalan Fmfa 2014 Ada Hikmah


Yuna Kecewa, Akur Pembatalan Fmfa 2014 Ada Hikmah

Yuna Kecewa, Akur Pembatalan Fmfa 2014 Ada Hikmah


Penganjuran Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014 ) yang dijadualkan selama 3 hari telah dibatalkan pada saat-saat akhir iaitu hari terakhir, Sabtu atas sebab keselamatan.

Selain nama besar muzik antarabangsa seperti Pharrell Williams, Macklemore & Ryan Lewis, Knife Party, Deniz koyu, Tinie Tempah dan ramai lagi, senarai persembahan turut dilengkapkan dengan dua nama besar industri muzik tempatan iaitu Yuna dan Dato Sheila Majid.

Yuna ketika dihubungi melalui pengurusnya sebentar tadi memberitahu bahawa keputusan ini memeranjatkan penyanyi bertaraf antarabangsa tersebut yang turut kecewa setelah membuat persiapan bagi penampilan di festival muzik ini.

"Pembatalan disaat akhir oleh penganjur memang mengejutkan saya dan ramai lain yang turut terlibat bagi menjayakan persembahan di FMFA ini. Tetapi saya percaya ada hikmah disebalik tindakan pihak berkuasa ini.

"Saya dan ahli kumpulan muzik saya telah teruja untuk menghiburkan peminat yang hadir tetapi pembatalan konsert ini berada di luar bidang kuasa saya.

"Diharapkan peminat dan mereka yang sudah membeli tiket untuk menonton persembahan saya dan penyanyi lain pada hari terakhir tersebut menghormati keputusan ini kerana ia pasti dibuat kerana sebab tertentu.

"Saya pohon agar peminat terus menyokong karier muzik dan berharap dapat membuat persembahan di Malaysia dalam masa terdekat," ucapnya yang berlepas ke Eropah pagi tadi bagi membuat persembahan di beberapa buah bandar di benua tersebut.

Melalui laporan media mengenai kejadian awal Sabtu lalu, 6 penonton yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia 19 hingga 27 tahun itu dipercayai memngambil dadah jenis methamphetamine atau syabu dari luar sebelum menggunakannya ketika berhibur di konsert itu.

Berikutan peristiwa yang mengorbankan semua remaja tempatan, konsert hari penutup yang sepatutnya berlangsung petang kelmarin terpaksa dibatalkan penganjur, Livescape Asia atas arahan pihak berkuasa.

Pihak Polis Sahkan 6 Mati Di Konsert Hari Kedua FMFA 2014


Pihak Polis Sahkan 6 Mati Di Konsert Hari Kedua FMFA 2014

Pihak Polis Sahkan 6 Mati Di Konsert Hari Kedua FMFA 2014


Pihak penganjur terpaksa membatalkan konsert hari ketiga Future Music Asia Festival 2014 apabila 6 orang pengunjung mati dipercayai akibat pengambilan dadah yang berlebihan.

Pihak berkuasa telah mengesahkan tentang kematian 6 orang pengunjung tersebut selepas mereka menghadiri konsert hari kedua FMFA di Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Kesemua 6 pengunjung tersebut adalah dari kalangan remaja tempatan berusia 19 hingga 28 tahun dan kesemua mereka telah disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UUMC) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Mereka adalah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27, menurut laporan New Straits Times. Kesemua mangsa dipercayai telah mengambil dadah jenis methamphetamine sebelum memasuki konsert tersebut.

Dua lelaki Singapura dan seorang lelaki Malaysia berusia di antara 19 hingga 27 pula berada di dalam kondisi yang kritikal dan sedang dirawat di UUMC dan PPUKM.

Pihak polis turut menahan 12 pelancong dari Australia, Singapura dan Indonesia serta 7 lagi pengunjung tempatan kerana dipercayai mengambil dadah pada hari kedua konsert FMFA 2014 berkenaan. Sementara itu penganjur FMFA 2014 dalam siaran akhbar bertarikh 16 MAc 2014 memberitahu sehingga jam 5 PM pada 15 Mac, mereka mampu mengesahkan bahawa hanya 1 saja yang mati dan bukan 5, yang mana ianya berlaku pada konsert hari kedua iaitu pada 14 Mac 2014.

Siaran akhbar itu dibuat sebagai maklum balas kepada laporan yang dibuat pihak media bahawa 5 orang pengunjung telah dipercayai mati pada malam FMFA tersebut dan pihak penganjur juga telah membuat laporan polis supaya siasatan dilakukan.

Mengambil kira keselamatan umum pihak Livescape Asia memutuskan untuk tidak meneruskan penganjuran hari ketiga Future Music Festival Asia 2014.

Maklumat mengenai pemulangan semula wang tiket bagi hari ketiga FMFA ini akan dibuat dalam masa seminggu. Pemegang tiket boleh berbuat demikian dengan login masuk ke www.futuremusicfestival.asia untuk maklumat lanjut.

Tragedi #MH370, Aril Tak Halang Kerjaya Puteri Sebagai Pramugari


Tragedi #MH370, Aril Tak Halang Kerjaya Puteri Sebagai Pramugari

Tragedi #MH370, Aril Tak Halang Kerjaya Puteri Sebagai Pramugari


Tragedi kehilangan pesawat #MH370 sememangnya memberi kesan kita semua rakyat Malaysia. Ditambah pula jika ada dikalangan ahli keluarga kita yang bekerja di sektor penerbangan.

Bagi penyanyi dan juga penyampai radio ERA FM, Khiril Azam Pilus ataupun lebih dikenali sebagai Aril, meskipun bimbang dengan keselamatan isterinya, Puteri Erma Edlinda yang merupakan seorang pramugari kepada syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines, dia tidak akan menghalang isterinya itu dari meneruskan kerjayanya sebagai pramugari.

“Itu kerjaya dia, saya tak pernah larang dia untuk tidak bekerja kerana saya faham bukan semua orang berani nak lepaskan impian dan kalau itu impian dia, saya mahu dia teruskan.

“Saya juga tahu pelbagai risiko mungkin terjadi ketika dia sedang bertugas namun ianya tidak halang saya untuk sekat kerjaya dia, saya sudah sedia dan redha untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya faham, dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, ramai yang bimbang dengan keselamatan anak kapal dan juga penumpang.

“Pada saya, selagi dia mampu untuk teruskan kerjaya dia, saya benarkan dia bekerja dan sentiasa doakan keselamatan dia.

“Saya juga berharap agar masyarakat hentikan penyebaran berita yang tidak sahih tentang insiden MH370, tolong hentikan spekulasi agar tidak mengguris hati ahli keluarga penumpang dan juga anak kapal tersebut. Teruskan berdoa agar semuanya selamat,” ujarnya ketika ditemui pada majlis resepsi kedua mereka bertempat di Saloma Bistro, pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 29 tahun ini memberitahu buat masa ini mereka sedang sibuk dengan karier masing-masing dan belum membuat perancangan mengenai cahaya mata.

“Kami masih belum membuat sebarang perancangan mengenai cahaya mata kerana buat masa ini saya tengah fokus dengan kerjaya saya dan dia pun sibuk dengan karier dia.

“Oleh sebab itu saya menunggu hari yang baik iaitu dia balik ke Malaysia dan akan bekerja disini... Walaupun saya tahu dia masih terpaksa tinggal saya selama tiga atau empat hari untuk bertugas.

“Sebagai suami, kita kena faham dan kena terima, mungkin perkara-perkara sebegini yang membuatkan kami rasa seperti pengantin baru,” ujarnya ketawa.

Selain itu, penyanyi berusia 29 tahun ini juga turut menceritakan perubahan yang berlaku selepas berkahwin.

“Saya rasa perubahan paling besar adalah tanggungjawab. Bila kita dah berkahwin secara tak langsung dah ada dua keluarga dan saya kena hormat serta jaga hati kedua-dua belah pihak.

“Kalau dari segi makanan dan minum saya rasa tiada perubahan kerana isteri saya tidak ada di sini dan saya yang uruskan sendiri. Tapi jika dia balik, Insya Allah dia yang uruskan.” tambahnya.

Dato' Jamal Abdillah Selektif Demi Jaga Nilai Eksklusif


Dato' Jamal Abdillah Selektif Demi Jaga Nilai Eksklusif


Dato' Jamal Abdillah Selektif Demi Jaga Nilai Eksklusif



Sekian lama menjadi anak seni, raja pop terkenal negara, Dato’ Jamal Abdillah bukan sahaja menimba ilmu dalam bidang nyanyian, dia turut menjaga kualiti persembahannya dengan menubuhkan syarikat produksinya sendiri serta memperluaskan rezekinya dalam bidang perniagaan.

Bercakap kepada portal Murai ketika ditemui pada sidang akhbar konsert eksklusifnya baru-baru INI di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bintang filem Azura ini memberitahu dia kini meneruskan aktiviti seninya dengan Bin Jamal Event Sdn Bhd serta menghadkan kemunculan demi menjaga nilai eksklusifnya itu.

“Saya memang buat masa ini memilih undangan persembahan kerana alasan untuk menjaga kualiti persembahan pada setiap kemunculan saya. Ini termasuklah undangan muncul di konsert terbuka dan juga di kaca televisyen.

“Bila berada di peringkat ini, saya rasakan langkah ini perlu agar peminat lebih menghargai dan sekaligus saya juga akan memberikan persembahan yang memuaskan hati mereka.

“Penubuhan Bin Jamal Event Sdn Bhd ini adalah strategi saya menjaga kualiti persembahan saya dengan bekerja dengan pemuzik dan individu yang sekian lama sudah selesa dengan saya. Dalam masa yang sama saya boleh memperkembangkan perniagaan saya,” ujar Dato’ Jamal Abdillah mengenai aktiviti seni serta rencana masa depan syarikat pengurusan acara miliknya itu.

Sibuk dengan minggu setiausaha menjelang April depan, juara Bintang RTM ini bakal membuat konsert eksklusif beliau di Hotel Zenith, Kuantan Pahang pada 11 April 2014 nanti.

Konsert yang bakal diadakan di Ballroom Hotel itu lebih eksklusif dan bukan seperti dinner show yang biasa.

Ianya khusus untuk peminat-peminat Jamal Abdillah menghayati lagu-lagu beliau yang sentiasa segar sepanjang zaman.

Konsert yang akan dikhaskan untuk 2500 penonton itu turut memampilkan artis-artis seperti Dato` Ramli Sarip, Elly Mazlein dan penyanyi veteran Elias Shah sepanjang konsert yang dijangka memakan masa 2 jam itu.

Menurut Jamal, penampilan setiap artis memberikan setiap kelebihan antaranya Elly Mazlein yang akan menyerikan lagi untuk peminat-peminat, juga penampilan artis veteran Elias Shah yang sebelum ini senantiasa mengikuti setiap persembahan Dato` Jamal akan memberikan satu pengalaman untuk orang yang lebih berusia.

Penampilan Dat`o Ramli Sarip pula sebagai mengimbau nostalgia kolaborasi diantara dua artis hebat ini serta diketahui ramai, papa rock ini mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri .

Menurut Jamal Abdillah, inilah masanya yang sesuai untuk beliau membuat konsert, terutama di pantai timur seperti yang berlaku di Terengganu sebelum ini yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Konsert Eksklusif Dato` Jamal Abdillah anjuran Budak Zapin Production, wakilnya memberitahu bahawa pengalaman menonton konsert raja Pop tahun lalu memberikan ilham mengadakan konsert eksklusif ini.

Tiket-tiket yang berharga RM8 , RM150 dan RM250 boleh didapati dengan menghubungi 014 262 9116 Ayu , 019 9851714 Kurie, 0107948879 Fatih dan 095659595 atau berhubung kepada pihak Zenith Hotel.

Felixia Yeap: Ambil Iktibar Kejadian Di FMFA 2014


Felixia Yeap: Ambil Iktibar Kejadian Di FMFA 2014


Felixia Yeap: Ambil Iktibar Kejadian Di FMFA 2014



Model, pelakon dan personaliti yang menjadi trending di Facebook, Felixia Yeap semalam telah berkongsi reaksi tentang kejadian yang menimpa penonton konsert Future Music Festival Asia, FMFA 2014 yang maut akibat mengambil dadah berlebihan.

Menurut Felixia , perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

Felixia menerusi laman Facebook miliknya telah menulis status tersebut:


"Salah satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.


"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu. Tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran itu, konsert hari ketiga perlu dibatalkan kerana melibatkan masalah keselamatan.

FFM 2: Tiada Penyingkiran, Syed Ali & Tat Terselamat


FFM 2: Tiada Penyingkiran, Syed Ali & Tat Terselamat

FFM 2: Tiada Penyingkiran, Syed Ali & Tat Terselamat


Walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan seperti hujan dan angin yang kencang tidak dapat menghalang semangat peserta kumpulan A untuk meneruskan cabaran.

Cabaran untuk minggu kelima ini adalah ‘Lintang Pukang’, ‘Roda Ngeri’, dan ‘Tali Histeria’.

Nasib tidak berpihak pada pasangan Syed Ali dan Tat apabila mereka gagal menyempurnakan cabaran kedua iaitu ‘Roda Ngeri’.

Mereka dikehendaki untuk menghabiskan biji mata kambing yang dicampur dengan buah tomato busuk.

Bagaimanapun kekecewaan jelas terpancar di wajah Syed Ali apabila pasangannya Tat gagal menyempurnakan misi tersebut.

Manakala untuk cabaran yang ketiga, “Tali Histeria’, pasangan ini juga hanya mampu mengutip sebanyak tujuh bendera dan sekaligus meletakkan mereka pada kedudukan terbawah bersama pasangan Erin dan Redha.

Nama Syed Ali dan Tat telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir apabila masa yang diambil oleh pasangan Erin dan Redha untuk mendapatkan bendera pertama lebih pantas.

Namun siapa sangka ada kejutan di saat-saat akhir apabila hos FFM 2, Aaron Aziz mengumumkan tiada penyingkiran dilakukan pada minggu ini.

Pasukan Ryzal dan Sam sekali lagi telah berjaya merampas RM10,000 dalam cabaran ‘Roda Ngeri’.

Bagaimana pula dengan minggu akan datang? Adakah mereka mampu mengekalkan kemenangan tersebut?

Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

Korban Nyawa Punca Fmfa Dibatalkan


Korban Nyawa Punca Fmfa Dibatalkan

Korban Nyawa Punca Fmfa Dibatalkan


Festival muzik terbesar di Asia Tenggara, Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) yang bakal memasuki hari terakhir penganjuran iaitu hari ini Sabtu, 15 Mac 2014 telah dibatalkan menurut sumber daripada penganjur.

Kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak Livescape Asia sebagai respons kepada laporan berita yang dikeluarkan pada tengahari tadi mendakwa acara muzik tersebut telah menyebabkan kematian sebanyak 5 orang penonton yang hadir.

Sehingga jam 5 petang ini, pihak penganjur memastikan bahawa kematian yang melibatkan penonton yang hadir ke FMFA hanya seorang dan bukan 5 seperti yang didakwa media.

Korban Nyawa Punca Fmfa Dibatalkan


Laporan polis telah dibuat mengenai dakwaan ini dan siasatan akan dibuat bersama pihak berkuasa bagi mengenalpasti punca insiden Ini.

FMFA telah bertemu dengan pihak berkuasa yang terlibat dalam penganjuran acara muzik ini iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Stadium Nasional Bukit Jalil, Millennium Patriot Security, RELA dan pegawai serta pembantu perubatan.

Korban Nyawa Punca Fmfa Dibatalkan


Mengambil kira keselamatan umum pihak Livescape Asia memutuskan untuk tidak meneruskan penganjuran hari ketiga Future Music Festival Asia 2014.

Maklumat mengenai pemulangan semula wang tiket bagi hari ketiga FMFA ini akan dibuat dalam masa seminggu. Pemegang tiket boleh berbuat demikian dengan login masuk ke www.futuremusicfestival.asia untuk maklumat lanjut.

Aril & Puteri Diraikan Dalam Majlis Resepsi Kedua


Aril & Puteri Diraikan Dalam Majlis Resepsi Kedua

Aril & Puteri Diraikan Dalam Majlis Resepsi Kedua


Selepas selamat diijabkabulkan pada 20 Disember tahun lalu, penyanyi dan juga penyampai radio ERA FM, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril, 28, bersama isterinya telah diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Saloma Bistro Jalan Ampang, malam tadi.

Menariknya majlis resepsi yang berkonsepkan retro ini dihiasi dengan warna 'gold' berserta lampu-lampu candeliar menampakkan majlis ini begitu indah sekali.

Pasangan pengantin telah tiba memasuki dewan sekitar jam 9.02 malam sambil diiringi oleh pengapit.

Selain rakan media, majlis ini turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Seri Tiara Jacquelina, Serina Redzuwan, Nita, Hanis Zalikha serta beberapa orang penyampai radio ERA fm sendiri.

Aril serta Puteri Erma Edlinda, 27,  yang merupakan pramugari kepada syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines telah selamat diijabkabulkan pada 20 Disember 2013 di Kota Bharu, Kelantan dan sebuah majlis resepsi ringkas bagi pihak sebelah perempuan telah diadakan di sana.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan pada minggu depan iaitu di Melaka yang merupakan kampung halaman bagi Aril.

Atilia Rai Ulang Tahun Anak Angkatnya Dari Nigeria


Atilia Rai Ulang Tahun Anak Angkatnya Dari Nigeria


Atilia Rai Ulang Tahun Anak Angkatnya Dari Nigeria



Sudah lebih enam bulan mereka dipertemukan, sambutan ulang tahun ke empat anak angkat kepada penyanyi Atilia Haron yang berasal dari Nigeria itu pastinya menjadi detik paling manis buat mereka berdua.

Apatah lagi, Atilia telah menghadiahkan Ayo atau nama sebenarnya Fatimah dengan sepersalinan gaun bak permaisuri yang menjadi idaman kanak-kanak berkenaan bagi menyerikan sambutan ulang tahunnya iaitu pada tanggal 12 Mac lalu.

Atilia yang dihubungi portal murai.com.my  berkata kemunculan anak angkatnya itu disifatkan cukup istimewa dan dia kini banyak menghabiskan masa bersama-sama kanak-kanak itu walaupun dalam keadaan sibuk mana sekalipun.

“Saya mula mengenali Ayo sejak enam bulan lalu kerana kedai tempat ibunya bekerja hanya di bawah tempat tinggal saya.

“Selepas kerap berjumpa dan mengetahui dia keseorangan kerana ibunya sibuk bekerja, hubungan kami semakin rapat dan saya memilih untuk menjadikannya sebagai anak angkat saya sejak itu itu,” katanya yang turut menjalinkan hubungan baik bersama ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Atilia telah mengundang beberapa orang anak kenalannya untuk meraikan ulang tahun keempat Ayo yang telah diadakan kelab Yoga miliknya pada tanggal hari istimewa kanak-kanak berkenaan.

Antara perkara yang membuatkan Atilia cukup tertarik dengan kanak-kanak Nigeria itu kerana kebolehan Ayo memberikan ekspresi wajah yang berza serta sikapnya yang peramah dengan sesiapa sahaja termasuk dirinya.

Kata penyanyi  Sangkar itu lagi, setiap hari dia akan membawa Ayo bersama-samanya ke mana saja dia berada sebaik sahaja selepas kanak-kanak itu selesai dengan sesi persekolahan harian.

Bagi menjalankan tanggungjawabnya, dia telah berkongsi beberapa perkara dengan Ayo bagi membolehkan kanak-kanak berkenan arif dengan adat serta budaya masyarakat di negara ini.

“Memang dari sudut budaya kami sangat berbeza. Bagaimanapun saya bertuah kerana ibu bapa Ayo bersikap terbuka dengan kehadiran saya dalam hidupnya.

“Pada awalnya agak kekok kerana saya sendiri tidak mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak, tapi lama kelamaan keadaan semakin baik.

“Malah ibunya tidak pernah berkecil hati apabila saya menegur Ayo sekiranya dia membuat kesilapan. Sedikit demi sedikit juga saya mengajar Ayo budaya kita seperti mencium tangan apabila bersalaman dengan seseorang,” katanya.

Friday, March 14, 2014

Kaka Azraff Minta Peminat Minum Banyak Air Putih Kerana Jerebu


Kaka Azraff Minta Peminat Minum Banyak Air Putih Kerana Jerebu

Kaka Azraff Minta Peminat Minum Banyak Air Putih Kerana Jerebu


Prihatin dengan keadaan cuaca ibu negara yang kini sangat berjerebu penyanyi Kaka Azraff yang kini muncul dengan lagu solo, Pulanglah, meminta supaya semua masyarakat Malaysia khusus peminatnya supaya sentiasa menjaga kesihatan diri.

Selain mengenakan topeng untuk mengelakkan udara kotor memasuki liang rongga badan, Kaka juga turut meminta supaya mereka minum banyak air putih.

Kata Kaka Azraff, cuaca di ibu negara sekarang ini sangat teruk dan ia juga berada di tahap membimbangkan, jadi semua orang harus berjaga-jaga untuk memastikan mereka tidak jatuh sakit.

"Minum banyak air kerana pada cuaca yang seperti ini badan kita akan cepat tersejat," katanya.

Popular dengan lagu duet bersama Zizan Razak iaitu Bawalah Ku Pergi, Kaka Azraff mengakui bahawa dia cukup gembira dengan kemunculan lagu solo, Pulanglah yang dicipta oleh Q.Z dan Rafikoncept, manakala lirik Q.Z sendiri.

"Memang dah lama saya menunggu saat untuk muncul dengan lagu solo sendiri kerana saya mahu ianya menjadi sesuatu yang cukup istimewa buat peminat saya.

"Lagipun saya mahu peminat mendengar sendiri kemampuan vokal saya. Sebab, kalau dalam lagu featuring bersama Zizan Razak, saya tak dapat tonjolkan sangat kemampuan vokal saya itu.

"Satu lagi, lagu-lagu yang menampilkan saya dengan Zizan tu, lagu-lagu yang manja-manja saja," katanya lagi kepada portal murai.com.my.

Pulanglah menceritakan tentang kekuatan atau semangat seseorang yang ingin bangkit dari kekecewaan setelah berkali-kali di disakiti oleh teman hati dan kini ia sudah diputarkan di stesen-stesen radio tempatan Melayu.

FMFA Tetap Berjalan Walaupun Jerebu & Kehilangan Pesawat #MH370


FMFA Tetap Berjalan Walaupun Jerebu & Kehilangan Pesawat #MH370

FMFA Tetap Berjalan Walaupun Jerebu & Kehilangan Pesawat #MH370


Meskipun keadaan jerebu teruk yang sedang melanda sekitar ibu negara dan Selangor serta misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya, namun Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014) tetap berjalan seperti yang dijadualkan.

Bakal berlangsung bermula hari ini sehingga Sabtu depan, pihak penganjur festival iaitu Livescape Asia telah mengeluarkan kenyataan kepada portal murai.com.my sebentar berhubung dua isu berkenaan.

Pengarahnya, Iqbal Ameer berkata pihaknya telahpun mendapat khidmat nasihat daripada pegawai kesihatan di situ dan memberi tahu indeks kualiti jerebu di lokasi FMFA iaitu Bukit Jalil adalah selamat.

"Pegawai kesihatan kami di sini memberi tahu bahawa tahap jerebu di sini tidak mencapai tahap bahaya.

"Oleh kerana itu FMFA 2014 akan tetap berjalan seperti yang telah dijadualkan,"katanya.

Menurut Iqbal Ameer lagi, sebagai langkah keselamatan, pihak Livescape bagaimanapun akan menyediakan 3,000 topeng penutup mulut yang akan diedarkan kepada pengunjung secara percuma.

Bagaimanapun pihaknya akan memberikan perkembangan lanjut berkenaan kualiti udara di lokasi berkenaan dari masa kesemasa sekiranya ada perubahan.

Berhubung tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang masih menjadi tanda tanya, Iqbal Ameer berkata pihaknya percaya peranan muzik akan dapat menyatukan semua individu untuk berdiri seiringan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh keluarga penumpang pesawat berkenaan.

"Kami meminta mereka supaya terus cekal dan mahu mereka sedar bahawa bukan sahaja komuniti muzik di Malaysia malah dari seluruh dunia akan bersatu hati untuk bersama-sama mereka.

"Kami akan adakan beberapa aktiviti sepanjang berlangsungnya acara ini nanti bagi membolehkan pengunjung mengantar mesej dan doa untuk menyokong keluarga mangsa insiden itu,"katanya.

Lisa Surihani Rakamkan Video Beri Kata Semangat Buat Keluarga Mangsa Mh370


Lisa Surihani Rakamkan Video Beri Kata Semangat Buat Keluarga Mangsa Mh370

Lisa Surihani Rakamkan Video Beri Kata Semangat Buat Keluarga Mangsa Mh370


Masuk hari enam, pesawat MAS MH370 sehingga kini masih lagi belum ditemui dan dikenal pasti. Ramai dikalangan rakyat Malaysia terutamanya perihatin dan berdebar menunggu berita kehilangan  pesawat yang mempunyai 277 penumpang dan 12 anak kapal.

Selain orang ramai, selebriti seperti Lisa Surihani juga turut perihatin apabila bersama-sama bersolat hajat untuk keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 anjuran Astro yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC pada Selasa lalu.

Lisa Surihani juga sempat memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa dalam sebuah video usai sudah majlis solat hajat tersebut.

Berikut merupakan video Lisa yang masih bertelekung:




Qazem Nor Dan Elly Azman Kecewa Produksi Guna Alasan Stesen Tv Untuk Disingkirkan


Qazem Nor Dan Elly Azman Kecewa Produksi Guna Alasan Stesen Tv Untuk Disingkirkan

Qazem Nor Dan Elly Azman Kecewa Produksi Guna Alasan Stesen Tv Untuk Disingkirkan


Qazem Nor dan Elly Azman akui kecewa dengan tindakan beberapa produksi drama tempatan yang menyingkirkan nama mereka pada saat-saat akhir sebelum penggambaran dengan menggunakan alasan stesen TV menolak.

Qazem Nor, 41, berkata dia hairan bagaimana pihak produksi boleh menggunakan alasan yang sama iaitu nama mereka tidak dipersetujui pihak stesen walhal mereka baharu sahaja menerima tawaran dengan stesen televisyen yang sama.

“Sebenarnya, ini bukan perkara pertama kali ianya berlaku kepada diri saya tetapi sudah seringkali terjadi kepada saya dan kawan-kawan artis yang lain, sehingga sekarang ia menjadi seperti satu perkara biasa.

“Saya kecewa dengan sikap segelintir pihak produksi ini kerana ia menjejaskan periuk nasi kami apabila terpaksa menolak tawaran lain untuk fokus kepada drama tersebut sebaliknya disingkirkan di saat akhir,” katanya kepada murai.com.my yang ditemui bersama Elly pada satu sidang media yang dianjurkan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), di Plaza Damansara, petang semalam.

Tambah Qazem, produksi drama tempatan tidak melalui prosedur yang betul ketika membuat tawaran kepada pelakon menyebabkan perkara itu terjadi.

Sementara itu, bagi Elly Azman yang turut melalui perkara yang sama memberitahu dia tidak mahu kejadian yang sama berlaku kepada artislain kerana ia akan menjejaskan industri lakonan tempatan.

“Memang merugikan saya kerana bila produksi dah meminta saya untuk lock date saya automatic akan menolak job lain tapi bila saya disingkirkan di saat-saat akhir saya telah melepas kesemua job.

“Saya rasa perkara ini tidak patut berterusan kerana saya tidak mahu lebih ramai pelakon turut menerima nasib yang sama dengan saya,” luahnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez akan mengadakan satu perbincangan dengan beberapa pihak dan persatuan penerbit bagi mencari penyelesaian masalah ini.

Katanya, satu kontrak ringkas akan dicadangkan untuk diguna pakai kepada semua ahli persatuan seandainya mendapat sesuatu tawaran.

Maya Karin Tangguh Pelancaran Album, Prihatin Isu #MH370


Maya Karin Tangguh Pelancaran Album, Prihatin Isu #MH370

Maya Karin Tangguh Pelancaran Album, Prihatin Isu #MH370


Tragedi kehilangan pesawat #MH370 yang hingga kini masih belum ditemui turut meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat penyanyi dan pelakon jelita, Maya Karin.

Atas keprihatinan yang tidak berbelah bahagi terhadap tragedi yang menimpa juruterbang, anak-anak kapal serta penumpang-penumpang pesawat #MH370, bintang Sejoli ini sanggup menangguhkan majlis pelancaran album baru serta showcasenya.

Majlis pelancaran album baru serta showcasenya yang sepatutnya berlangsung pada 25 Mac 2014 ini telah ditangguhkan ke tarikh yang baru iaitu 1 April 2014.

Menurut Maya Karin, sewaktu pesawat #MH370 itu dilaporkan hilang pada Sabtu lalu, dia ketika itu berada di kota London atas urusan keluarga.

"Saya berasa amat terkejut dan berdukacita apabila terlihat berita tersebut di kaca televisyen. Saya berasa amat terkejut dan berdukacita apabila terlihat berita tersebut di kaca televisyen," katanya yang turut meminta agar semua masyarakat Malaysia tidak putus harap serta mendoakan yang terbaik untuk pesawat itu kembali semua #prayforMh370.

Berikutan kejadian tersebut, Maya Karin telah berbincang dengan pihak pengurusan dan syarikat rakaman beliau agar showcase dan majlis pelancaran album terbarunya di tangguhkan pada bulan hadapan.

The Moments With Dato' Jamal Abdillah Janjikan Kelainan


The Moments With Dato' Jamal Abdillah Janjikan Kelainan

The Moments With Dato' Jamal Abdillah Janjikan Kelainan


Gelaran Raja Pop yang diberikan kepada penyanyi hebat negara, Dato’ Jamal Abdillah amatlah bertepatan kerana bukan sahaja kerana muzik dan lagu yang dipersembahkan tetapi pesona seorang bintang yang ada pada beliau belum ada gantinya lagi.

Di usia 54 tahun, kemunculan Dato’ Jamal Abdillah pada sebarang majlis pasti dinantikan. Difahamkan menjelang minggu setiausaha yang akan berlangsung setiap April ini bakal menyaksikan 3 persembahan eksklusif dijayakan penyanyi hebat ini.

Dalam beberapa undangan persembahan di minggu setiausaha itu, terdapat satu yang menampilkan kelainan menerusi susunan acara yang bakal mengambil tempat pada persembahan eksklusif itu.

Minggu Setiausaha 'The Moments With Dato` Jamal Abdillah`  pada 24 April 2014 di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya bukan sekadar hiburan kosong tetapi lengkap dengan pengisian ilmiah lain.

Majlis anjuran Alam Hijrah Convention ini akan  bermula jam 2 petang hingga 5 petang itu turut menampilkan persembahan peragaan fesyen daripada pereka terkenal Hatta Dolmat dan juga 'Career Talk' oleh Imam Muda Wan Mohd Najdi.

Hatta ketika ditemui pada sidang akhbar di Tropicana Golf  &C ountry Resort, Petaling Jaya baru-baru ini melahirkan keterujaan kerana peluang yang datang kali ini belum pernah diterima pereka popular pilihan selebriti tempatan itu.

“Rasanya inilah pertama kali saya mendengar mengenai konsep persembahan minggu setiausaha yang mengabungkan 3 elemen persembahan dalam satu acara majlis. Ia merupakan percubaan yang menarik dan saya juga secara tidak langsung dapat berkongsi pentas dengan bintang tersohor macam Dato’ Jamal Abdillah.

Untuk majlis yang boleh dikira santai dan lebih intim itu, saya akan menampilkan koleksi kasual sopan yang bercirikan muslimah dan memiliki variasi bagi memberikan setiausaha yang hadir inspirasi untuk mereka bergaya setiap hari,” ucapnya ketika menceritakan persembahan yang bakal dijayakan Hatta Dolmat pada hari tersebut.

Harga tiket bagi majlis tersebut terbahagi kepada kategori korporat, platinum, gold dan silver itu telah mula dijual bermula daripada RM445 seorang hingga ke RM1150 seorang. Manakala bagi penjualan meja untuk 10 orang bermula dari RM4450 hingga ke RM11,500.

Syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat Jamal bersempena dengan Minggu Setiausaha 'The Moments With Dato' Jamal Abdillah' pada 24 April 2014 di Tropicana Golf &Country Resort, Petaling Jaya bermula jam 2 petang, hubungi 012-4748687, 012-2267679, 017-2798556, 016-3510117 dan 012-9060677.

Nora Danish Perjelas Isu Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram


Nora Danish Perjelas Isu Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram

Nora Danish Perjelas Isu Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram


Beberapa hari lalu program 999yang disiarkan di TV3 ada menyiarkan satu kisah serbuan pihak berkuasa yang dilakukan ke atas sebuah premis hiburan tidak berlesen di Bandar Utama, Selangor.

Wartawan berkenaan menunjukkan beberapa keping kad jemputan ke majlis artis tersebut yang menyerupai atau hampir sama dengan kad jemputan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang telah dimuat naik dalam laman sosial Instagram.

Dalam laman sosial Instagram Nora Danish itu juga dia bukan sahaja menyambut hari kelahirannya dengan rakan-rakannya tetapi teman istimewanya iaitu Nadeem Nazri.

Menurut laporan itu juga, selebriti yang didakwa menyewa bilik khas bernilai RM5,000 itu sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa tiba.

Tonton sedutan video dari program 999 di bawah untuk mengetahui laporan tersebut:




Bagaimana pun, Nora Danish sendiri semalam telah tampil memberi kenyataan di dalam sebuah video Youtube yang dimuat naik oleh syarikat naungannya Metrowealth Sdn Bhd iaitu MIG.

Selain menjelaskan isu tersebut, Nora Danish akui kad jemputan itu menyerupai kad jemputannya, namun menafikan majlis itu adalahmajlisnyA.

Berikut merupakan  video penjelasan Nora Danish:





Steve-Shaz Duo Terbaru Lite Fm The Breakfast Show


Steve-Shaz Duo Terbaru Lite Fm The Breakfast Show

Steve-Shaz Duo Terbaru Lite Fm The Breakfast Show


Stesen radio Lite FM telah memperkenalkan pasangan penyampai radio dua terbaru iaitu Steve dan Shaz sejak 3 Mac lalu.

Pasangan duo terbaru ini akan menghangatkan para pendengar dengan lawak jenaka, keserasian, muzik terbaik dan tidak dilupakan cadangan-cadangan makanan yang menarik. Secara kebetulan, Steve & Shaz berkongsi satu ciri yang sama - pencinta makanan!

Mempunyai pengalaman bertahun dalam radio dan industri hiburan, Steve & Shaz kedua-duanya merupakan pasangan juruhebah ideal dan sebagai saluran komunikasi kepada semua infotainment untuk para pendengar Lite FM.

“Kami berasa gembira dengan adanya Steve & Shaz bersama, memandangkan personaliti dan pengalaman hidup mereka adalah sangat ideal untuk bercerita dan berkongsi dengan orang ramai, mengenai kehidupan sebenar dan kisah benar

“Kami percaya pasangan duo ini akan memberikan pengalaman mendengar radio yang terbaik kepada pendengar-pendengar Lite FM. Shazmin Shamsuddin, seorang personaliti radio mempunyai pengalaman ke udara selama 17 tahun, dengan 10 tahun di The Breakfast Show, kini kembali ke radio pagi bersama All New Lite Breakfast. "Menjadi seorang ibu, wanita berkarier, pencinta haiwan, Shaz menguruskan gaya hidupnya dengan mempunyai perancangan kerja-peribadi yang terancang.

Berbekalkan semua pengalaman ini, Shaz mampu berhubung dengan semua lapisan masyarakat. Pastinya Shaz akan membawa gaya baru dan pandangan yang menekankan kepentingan hidup kepada para pendengar,” kata Aaron Pinto, Pengurus Rangkaian Kandungan Astro Radio.

Bagi Steve, selain cintanya pada makanan, dia adalah seorang ‘family man’, dengan seorang isteri, dan tiga orang anak lelaki yang semuanya disayangi dengan sepenuh hati.

Minat Steve sentiasa ke arah muzik dan hiburan, maka sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazahnya dalam bidang Kejuruteraan Komputer, dia memulakan kariernya di stesen radio swasta.

Sejak dari itu, Steve telah berada dalam industri radio selama tiga belas tahun. Dengan penyertaan Steve dalam The Lite Breakfast, dia akan membawakan satu dimensi baru kepada para pendengar Lite FM.

Dengan adanya gandingan baru Steve & Shaz, mereka sangat teruja untuk memenangi hati para pendengar dengan menjanjikan muzik terbaik, perbincangan menarik dan tips - tips dalam kehidupan.

Dengarkan kedua-dua personaliti terkenal ini mendedahkan rahsia kejayaan mereka dan pengajaran tetang kehidupan yang sangat berharga. Anda juga boleh berkongsi bersama pada Steve & Shaz untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai topik kehidupan, seperti keluarga, anak-anak, hobi dan gaya hidup.

Steve & Shaz telah pun memulakan tugas mereka di konti Lite FM pada 3 Mac 2014 lalu mendapat reaksi yang baik dari pendengar Lite FM. Rancangan The Lite Breakfast yang bakal ke udara dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, Isnin hingga Jumaat, dibawakan kepada anda oleh Maybank. Untuk maklumat lanjut, layari www.litefm.com.my

Usop Wilcha Tampil Bela Eina Azman Pasal Isu Tinggalkan Lokasi


Usop Wilcha Tampil Bela Eina Azman Pasal Isu Tinggalkan Lokasi

Usop Wilcha Tampil Bela Eina Azman Pasal Isu Tinggalkan Lokasi


Terpanggil kerana rasa prihatinnya terhadap masalah yang dialami pelakon baru Eina Azman, pelakon yang terkenal dengan panggilan Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri atau Shy8 tampil untuk membela aktres muda itu dengan menjadi perunding atau konsultan peribadinya.

Melalui HD SLR Media, syarikat yang ditubuhkan Usop Wilcha ini akan memberikan khidmat rundingan khusus buat artis jika terdapat sebarang perkara berkaitan korporat mahupun hal-hal lain yang berkenaan.

Semuanya tercetus setelah Eina Azman dan Usop yang keduanya merupakan pelakon bagi filem Zombi Kilang Biskut bersama-sama menyertai promosi filem di Johor Bahru.

Aktres ini yang baru sahaja pulang daripada Indonesia itu menceritakan pengalamannya menjayakan filem Kuntilanak Ciliwung.

“Memang Eina ada menceritakan masalah dia berkenaan isu ini dan sebagai rakan dalam bidang lakonan ini saya rasa ia sebahagian daripada tanggujawab untuk membantu Eina. Kenapa saya rasa demikian kerana sepanjang kami berlakon dalam Zombi Kilang Biskut, dia tidak pernah memberi masalah.

“Lagipun sudah menjadi undang-undang untuk diadakan kontrak di antara pelakon dan pihak produksi jika ada tawaran berlakon dan ia harus ditandatangi sebagai bukti ada persetujuan daripada semua aspek.

“Tetapi saya difahamkan tiada sebarang kontrak langsung. Apa jaminan untuk dia terus berada di sana dan berlakon dengan produksi itu? Apakah yang cuba dilakukan mereka dengan menyuruh Eina melakonkan babak-babak panas.

“Selain itu saya mendapat tahu bahawa Julia Ziegler yang juga telah menerima tawaran berlakon dalam Kuntilanak Ciliwung itu mahu memulangkan semula duit kepada penerbit, tetapi dia di dakwa melanggar kontrak.

“Sekarang pihak mereka tidak mahu melayan sebarang pertanyaan berkaitan status Eina dan hanya menyuruhnya menghubungi peguam mereka. Saya telah berpesan kepada Eina supaya tidak memberikan sebarang respon kepada mereka juga,” ujarnya panjang lebar sebagai perunding peribadi buat pelakon baru itu.

Pelakon dan juga bekas penyampai radio ini turut memberitahu bahawa mereka tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana mahu menjaga baik hubungan dua hala.

Namun jika tiada sebarang penyelesaian ia harus ditamatkan dengan rundingan yang baik dan keduanya harus tampil membersihkan nama.

Melalui HD SLR Media, Usop akan mengaturkan satu sidang media bersedia bersemuka dengan penerbit filem itu untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan