Cari Artikel

Thursday, December 25, 2014

Samsung lancar kamera model NX1


Samsung lancar kamera model NX1


Jui Siang (tiga dari kiri) menunjukkan kamera model NX1.

Samsung Malaysia Electronics melancarkan model revolusi, NX1 iaitu kamera gabungan reka bentuk yang menarik.

Model berkenaan dilengkapi teknologi terkini dalam industri dan kepakaran inovasi Samsung yang sudah menerajui kamera sistem kompak pantas (CSC).

Miliki ciri imej berterusan

NX1 memiliki ciri-ciri imej berterusan 15FPS, fokus auto yang unik(AF) Sistem III dengan petunjuk AF Pengesan Fasa 205 dan Penderia CMOS BSI APS-C28 MP untuk kualiti imej yang unggul, prestasi yang serba boleh serta mutu ketukangan yang tepat.

Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Mobile, IT dan Pengimejan Digital Samsung, Lee Jui Siang, dalam satu kenyataan, berkata kamera NX1 adalah kemuncak kepakaran fotografi Samsung dan akan memberikan kualiti gambar profesional untuk semua orang.

Kemuncak kepakaran fotografi

"Dengan pelancaran NX1, Samsung telah mentakrifkan semula apa yang boleh dilakukan dengan lensa kamera yang boleh bertukar ganti, membolehkan jurugambar mendapatkan kualiti pada tahap yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini dalam setiap satu imej yang diambil," katanya.

Samsung NX1 boleh didapati di semua pengedar sah Samsung pada harga yang dicadangkan iaitu RM4,699 (badan kamera Samsung NX1 sahaja). - BERNAMA

Mas Muharni-Muniff Isa sah bergelar suami-isteri


Mas Muharni-Muniff Isa sah bergelar suami-isteri Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my


DENGAN sekali lafaz, pelakon Mas Muharni sah bergelar isteri kepada Muniff Isa hari ini.

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Mas Muharni sah bergelar isteri kepada Muniff Isa dalam majlis pernikahan yang dilangsungkan sebentar tadi.

Ia diikuti dengan majlis persandingan kedua-dua mempelai yang diadakan di Batik Homestay, Sungai Petani, Kedah.

Pelakon yang digilap oleh Profesor Dr Hatta Azad Khan menerusi filem Wayang itu menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima oleh pengantin lelaki.

Mas kahwin yang ditetapkan hanyalah senaskhah al-Quran manakala mereka memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Mas yang dihubungi BH Online menjelaskan beliau bersyukur majlis yang serba sederhana itu berlangsung dengan sempurna.

Majlis bertandang dijangka diadakan untuk sebelah pengantin lelaki di Perlis, bulan depan.


DENGAN sekali lafaz, pelakon Mas Muharni sah bergelar isteri kepada Muniff Isa hari ini.

"Akhirnya dia sah menjadi suami saya. Tak sangka jodoh kami panjang dan berharap ia berharap hingga ke jannah. Kami mula mengenali ketika sama-sama belajar dalam jurusan Seni Persembahan di UiTM (Universiti Teknologi MARA).

"Tapi ketika itu hanya mampu memandang kerana masing-masing berpunya. Tanpa diduga selepas tamat pengajian, jodoh kuat bertaut semula. Semoga permulaan baru ini menjadi langkah pertama untuk ke fasa seterusnya," katanya.

Ditanya mengenai perancangan berbulan madu, pasangan ini merancang untuk ke Bali, Indonesia selepas semua majlis berakhir.

Selain itu, pasangan suami isteri ini juga mahu terus aktif di dalam dunia seni biarpun sibuk menguruskan syarikat produksi milik Muniff, Misa Pictures Sdn Bhd.

"Insya-Allah selepas kahwin nanti, saya dan dia akan aktif semula, sekali gus melakukan penjenamaan semula untuk diri sendiri dalam lakonan.

"Kali terakhir saya berlakon Ramadan lalu. Dia pula selepas mengacarakan program di TV Alhijrah ramai cakap sudah tak berlakon," kata pemilik nama sebenar Mas Normuharni Sheikhah Mohd Satar ini.

Siap sedia hadapi banjir - MKN Johor


Siap sedia hadapi banjir - MKN Johor

JOHOR BAHRU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir yang dijangka berlaku dari 28 hingga 30 Disember ini.

Ketua Penolong Setiausaha MKN Johor, Azura Muhammed Kifli, berkata bencana itu dijangka berlaku kesan daripada luruhan monsun menyebabkan hujan lebat yang boleh berterusan lebih tiga hari.

"MKN Johor menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi banjir berdasarkan amaran awal yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman http://www.met.gov.my," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azura berharap orang ramai peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui hebahan berita dan media sosial iaitu Portal Bencana Johor (Facebook) dan akaun Twitter @PBencanaJHR.

Beliau berkata, orang ramai juga perlu sentiasa bersiap sedia sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.

- BERNAMA

MH17: Saksi lihat jet Ukraine berlepas dengan peluru berpandu - Russia


MH17: Saksi lihat jet Ukraine berlepas dengan peluru berpandu - Russia

MOSCOW: Penyiasat Russia berkata mereka mempunyai bukti baharu daripada seorang saksi bahawa pesawat tentera Ukraine menembak peluru berpandu pada hari pesawat Malaysia Airlines terhempas yang mengorbankan 298 orang.

Saksi berkenaan yang tidak dinamakan, bertugas di sebuah lapangan terbang di bandar Dnipropetrovsk di mana beliau mendakwa melihat sebuah pesawat pejuang berlepas pada 17 Julai lalu dengan membawa peluru berpandu udara ke udara dan kembali tanpanya.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Siasatan itu, keterangan lelaki berkenaan “adalah bukti penting bahawa tentera Ukraine terbabit menjatuhkan pesawat Boeing-777 itu.”

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine yang dikuasai pemisah pro-Russia yang menentang tentera Kiev sejak April.

Ukraine dan Barat menuduh Russia membekalkan puak pemisah dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara tetapi Russia mengemukakan beberapa teori, termasuk yang membabitkan jet pejuang Ukraine berhampiran pesawat Boeing itu.

Kenyataan itu dikeluarkan pada hari sama Kiev dan puak pemisah dijadualkan mengadakan rundingan damai baharu sebelum akhbar tabloid Russia, Komsomolskaya Pravda menerbitkan temubual dengan “saksi rahsia” yang berkata beliau bertugas di lapangan terbang berkenaan pada hari pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh.

Lelaki berkenaan berkata, beliau melihat pesawat Sukhoi-25 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara berlepas dan kembali tanpa senjata berkenaan.

Komsomolskaya Pravda mendakwa saksi berkenaan datang sendirian ke pejabat tetapi tidak menyatakan identitinya kerana keluarganya masih di Ukraine.

Jawatankuasa Siasatan itu menyatakan lelaki berkenaan yang kini secara rasmi adalah seorang saksi, mungkin dimasukkan dalam program perlindungan saksi.

Pihak berkuasa Belanda diberi tanggungjawab mengetuai siasatan insiden itu. - AFP

SoftBank labur AS$250j dalam pengendali aplikasi GrabTaxi


SoftBank labur AS$250j dalam pengendali aplikasi GrabTaxi

SINGAPURA: SoftBank Corp, firma telekomunikasi Jepun melabur AS$250 juta (RM856 juta) dalam pengendali aplikasi tempahan teksi, GrabTaxi Holdings Pte Ltd.

Pelaburan itu hingga kini adalah yang terbesar daripada gergasi telekomunikasi Jepun itu dalam sebuah syarikat internet di Asia Tenggara.

GrabTaxi yang membolehkan pengguna membuat tempahan teksi yang paling hampir dengan lokasi mereka menerusi telefon mudah alih, beroperasi di Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

Dalam satu kenyataan hari ini, kedua-dua syarikat menjelaskan dana pelaburan itu akan digunakan untuk mempercepatkan rancangan pengembangan aplikasi itu di rantau ini.

Pelaburan dalam GrabTaxi dibuat dalam tempoh sebulan selepas billionaire pengasas merangkap ketua pegawai eksekutif SoftBank, Masayoshi Son mengunumkan pelaburan AS$627 juta (RM2.15 bilion) dalam gedung online Snapdeal sebagai sebahagian rancangan syarikat itu untuk melabur AS$10 bilion (RM34.3 bilion) dalam pasaran dagangan runcit online India yang sedang pesat berkembang.

Oktober lalu, SoftBank juga mengumumkan akan melabur AS$210 juta (RM719) untuk menyertai kumpulan pelabur sedia ada ANI Technologies India, yang turut mengendalikan aplikasi tempahan teksi menerusi peranti mudah alih.

Firma Jepun itu juga adalah pelabur terbesar dalam firma e-dagang Jepun yang baru disenaraikan, Alibaba Group Holding Ltd.

Dalam pada itu, setelah ditokok pelaburan SoftBank, GrabTaxi hingga kini sudah meraih dana AS$340 juta (RM1.16 bilion). Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut jumlah pegangan saham SoftBank menerusi pelaburan itu.

Pelabur lain GrabTaxi, yang dibangunkan dua graduan Harvard Business School dan dilancarkan di Malaysia pada 2012 sebagai MyTeksi, termasuk cabang pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings dan pelabur Amerika Syarikat, Tiger Global Management. Aplikasi itu bersaing dengan Easy Taxi milik Rocket Internet dan Uber.

Aplikasi tempahan teksi memang popular di Asia Tenggara terutama Singapura, antara negara yang mana kos pemilikan kenderaan persendirian sangat tinggi.

Mendapatkan teksi ketika waktu puncak dan ketika hujan umpamanya memang agak sukar di Singapura manakala di bandar raya yang selalu sesak seperti Jakarta dan Manila, pengguna juga susah mendapatkan teksi.

Lantaran masalah berkenaan menyebabkan aplikasi seperti GrabTaxi sangat popular. Sejak pelancaran, pengguna aplikasi itu sudah meningkat enam kali ganda kepada kira-kira setengah juta orang manakala teksi dalam rangkaian itu meningkat empat kali ganda kepada 60,000. - Reuters

Vanidah boleh letak jawatan secara terhormat - Zed Zaidi


Vanidah boleh letak jawatan secara terhormat - Zed Zaidi Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Konflik Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terus memuncak berikutan pertelagahan membabitkan ahli Seniman sendiri dengan Bendahari, Vanidah Imran.

Jumaat lalu Seniman membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang didakwa diambil Vanidah.

Vanidah semalam bangkit mempertahankan pendirian dan tindakannya. Berikutan itu Zed Zaidi selaku Presiden Seniman pula bersuara dengan menghubungi BH online sebentar tadi.

Lalu apakah jalan penyelesaian terbaik untuk permasalahan ini?

Ikuti komen Zed di bawah.

"Hingga saat ini saya menunggu panggilan daripada dia (Vanidah). Dia tak hubungi saya pun, malah macam cuba lari-lari daripada apa yang berbangkit. Dia kata dia ada sebab musabab di atas tindakannya.

"Kalau saya hubungi dia tak pernah berjawab. Dia akan suruh saya menghantar mesej saja. Hari ini kita akan ke bank dan bawa laporan polis sekali untuk membuat buku cek Seniman yang baru.

"Kita pun perlu bergerak dan tak boleh tunggu lagi kerana buku cek berkenaan ada padanya," katanya.

Tambah Zed lagi, penyelesaian terbaik ialah Vanidah sebagai Bendahari kena memohon maaf kepada semua ahli Seniman kerana banyak menyusahkan pentadbiran dan segala pengurusan persatuan.

"Sekiranya dia tidak mampu menggalas tanggung jawab yang diberi dan memegang amanah itu, saya bagi cadangan kepada dia untuk letak saja jawatan. Kita nak buat undi tak percaya pun supaya hilang integriti dia sebagai bendahari.

"Tidak pernah timbul soal mahu melucutkan jawatannya. Dia boleh letak sendiri jawatan secara terhormat dan beri ruang kepada yang lebih layak untuk memikul tanggung jawab itu. Dia pun sibuk dengan kerjaya, jadi janganlah susahkan diri untuk orang lain kalau belum benar bersedia pikul tanggung jawab," katanya.

Zed menjelaskan lagi, Seniman banyak perancangan untuk tahun depan dan tidak mahu hanya kerana masalah ini akan membantutkan perjuangan yang mahu dilaksanakan.

Internet lebih stabil untuk pengguna kereta api tiga tahun lagi - Shabery


Internet lebih stabil untuk pengguna kereta api tiga tahun lagi - Shabery

KUALA LUMPUR: Pengguna kereta api antara bandar dijangka mendapat kemudahan akses internet yang lebih stabil dengan kelajuan sekurang-kurangnya 3G dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ini selaras dengan penambaikan yang dilakukan kerajaan termasuk membina 1,000 pencawang telekomunikasi di seluruh negara yang dijangka siap menjelang 2018.

"Kereta api banyak melalui kawasan pedalaman di mana kawasan berkenaan tidak mendapat isyarat yang kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Kembara Malaysia dan mesyuarat agung pertama kelab itu di sini, hari ini.

Beliau berkata perkara itu akan dikaji oleh kementerian dengan lebih teliti terutamanya bagi memperluas capaian internet di kawasan berpenduduk.

Ahmad Shabery berkata, selain menambah pencawang telekomunikasi, kementerian juga dalam usaha membangunkan infrastruktur televisyen digital yang dijangka siap sepenuhnya pada 2017, sebelum menghentikan terus perkhidmatan analog pada 2020.

Katanya, ini akan memberi faedah kepada pengguna antara lain dari segi kandungan siaran kerana lebih banyak saluran televisyen bebas untuk disiarkan bakal diwujud.

Beliau berkata, perancangan juga sedang dibuat bagi menjalin kerjasama dengan pengendali pengangkutan awam termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad, Prasarana yang mengendalikan bas Rapid, Aliran Transit Ringan dan monorel untuk memberi kemudahan siaran televisyen yang stabil dalam pengangkutan mereka, sebaik usaha pendigitalan itu selesai. - BERNAMA

Maybank perkenal kaedah pembayaran guna pelekat Micro Tag


Maybank perkenal kaedah pembayaran guna pelekat Micro Tag Oleh Abdul Halim Yusoff

halem@bh.com.my

Kong Boon (kiri) dan Ravintharan menunjukkan Micro Tag yang dilekatkan pada telefon mudah alih untuk membolehkan penggunaan kaedah pembayaran Maybank Visa payWave Micro Tag.

KUALA LUMPUR: Maybank memperkenalkan Maybank Visa payWave Micro Tag, kaedah inovasi baharu menggunakan pelekat Micro Tag untuk membuat pembayaran dengan menggunakan teknologi Visa payWave.

Micro Tag adalah pelekat elektronik yang boleh dilekatkan di mana-mana barangan peribadi milik pelanggan seperti telefon mudah alih, dompet, kunci kereta atau apa juga barangan yang sering di bawa ke mana-mana.

Pelekat Micro Tag yang dihubungkan dengan kad kredit Visa payWave membolehkan pembayaran 'tanpa sentuhan' dibuat hanya dalam beberapa saat. Pengguna kemudahan ini hanya perlu melayangkan barangan peribadi yang dilekatkan dengan pelekat Micro Tag di hadapan terminal Visa payWave.

Dengan perkhidmatan baru ini, pemegang kad tidak perlu lagi membawa wang atau bersusah payah memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN) untuk membuat pembayaran bagi setiap pembelian atau transaksi yang bernilai kurang daripada RM250. Kemudahan baru ini disasarkan akan menarik kira-kira 5,000 pengguna dalam tahun pertama pelancarannya.

Ketua Bahagian Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank, B Ravintharan, berkata Maybank Visa payWave Micro Tag adalah kaedah pembayaran berinovasi yang dilengkapkan dengan ciri-ciri tanpa sentuhan bagi membolehkan pelanggan menikmati kemudahan yang lebih baik dan pantas untuk membuat transaksi setiap kali membuat pembayaran.

"Produk baru ini disasarkan untuk pelanggan kad kredit Visa payWave yang kerap membuat transaksi kad yang dilayangkan di hadapan terminal, dan juga mereka yang sentiasa mencari teknologi baharu serta golongan muda yang sentiasa mahukan semuanya serba mudah.

"Mereka hanya perlu melayangkan Micro Tag di terminal Visa payWave yang disediakan di pusat beli belah terpilih untuk transaksi bernilai sekurang-kurangnya RM250," ujar Ravintharan.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Maybank Visa payWave Micro Tag di sini. Pengurus Visa Malaysia Ng Kong Boon, turut hadir pada majlis itu.

Ravintharan berkata, kemudahan pembayaran baru ini adalah sebahagian usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan manfaat produk untuk pelanggannya dan bagi menyokong inisiatif kerajaan bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai di negara ini.

Antara pusat perniagaan yang menyediakan kemudahan terminal Visa payWave ketika ini termasuk Krispy Kreme, Radio Shack, Aeon, Aeon Big, TGV Cinema, KLIA express, Sogo dan Coffee Bean.

Ketika ini ada 3,000 terminal Visa payWave di pasaran dan akan ditambah sekali ganda lagi pada 2015.

Sempena pelancaran kemudahan baru berinovasi itu, Maybank melancarkan kempen dengan menawarkan empat unit iPhone 6 setiap bulan selama empat bulan bermula 1 Februari hingga 31 Mei.

Alcatel Onetouch pilihan tepat berselfie


Alcatel Onetouch pilihan tepat berselfie Oleh Mahanum Abdul Aziz

mahanum_aziz@bh.com.my


Alcatel Onetouch berada di pasaran dengan jualan 1,000 unit pertama disertakan pemegang berselfie percuma. - Foto Nurul Shafina Jemenon

TCT Mobile Malaysia Sdn Bhd (TCT Mobile) melancarkan model terbaharu telefon pintar di bawah jenama Alcatel Onetouch bagi pasaran Malaysia, iaitu Alcatel Onetouch Flash.

Telefon pintar baharu itu dilengkapi kamera berprestasi tinggi iaitu kamera hadapan definisi tinggi (HD) penuh 5 megapixel dan kamera belakang HD penuh 13 megapixel serta mempunyai ciri penambah baik kecantikan pintar.

Ciri penambahbaikan itu menjadikan telefon pintar berkenaan pilihan terbaik kepada penggemar selfie kerana mereka tidak memerlukan aplikasi tambahan bagi mengedit foto kerana telefon itu sudah dipertingkatkan untuk memudahkan penggunaannya.

Pengurus Negara TCT Mobile Malaysia, KL Kong, berkata Alcatel Onetouch Flash akan berada di pasaran Semenanjung kelmarin, manakala di Sabah dan Sarawak esok.

Beliau berkata, model terbaharu itu dijual pada harga RM699 seunit yang dilengkapi penutup flip serta jaminan penjagaan skrin tambah nilai yang merangkumi penggantian skrin secara percuma (sekali saja) dalam tempoh 12 bulan selepas pembelian.

"Kami menawarkan promosi menarik dengan 1,000 unit pertama yang dijual, akan diberikan alat pemegang kamera untuk selfie secara percuma," katanya pada pelancaran model telefon pintar itu di Petaling Jaya baru-baru ini.

Jenama kelapan terkemuka

Kong berkata, TCT Mobile Malaysia berharap pelancaran Alcatel Onetouch Flash itu akan memantapkan lagi pertumbuhan jualan Alcatel di negara ini.

Beliau berkata, meskipun berdepan persekitaran mencabar, pihaknya yakin akan mencatatkan jualan yang baik bagi tahun ini.

"Dari segi prestasi, TCL-Alcatel kini menduduki tangga kelima di dunia dari segi penghantaran telefon pintar serta muncul buat pertama kali sebagai jenama telefon pintar kelapan terkemuka global.

"Kami juga muncul sebagai jenama kedua yang berkembang pantas dari segi penghantaran telefon pintar dan penguasaan pasaran dalam kalangan 10 jenama telefon pintar terkemuka dunia," katanya.

Kong berkata, pertumbuhan kukuh itu disumbangkan jualan telefon pintar di rantau Amerika, Eropah, Asia Barat dan Afrika.

Bukan kerana tawaran lumayan


Bukan kerana tawaran lumayan Oleh Zul Husni Abdul Hamid

zhusni@bh.com.my

Selama 16 tahun bergelumang dalam dunia penyampaian radio, bukan mudah untuk Kieran atau nama lengkapnya, Mas Kiran Jakiran, 39, melepaskan sesuatu yang sudah sebati dengan dirinya. Menamatkan tugasannya di stesen popular, Hot FM pada petang 12 Disember lalu, Kieran mengakui, kecintaannya terhadap bidang itu masih tebal namun situasi mendesaknya untuk membuat keputusan berat.

"Faktor usia antara sebab utama mengapa saya meninggalkan Hot FM," kata Kieran yang menyertai stesen itu pada tahun 2008, selepas hampir sedekad mencurahkan kudratnya di Era.

Kieran berkata, keputusan itu tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya ia sudah difikirkan sejak awal tahun lagi. Bertugas di stesen yang meletakkan sasaran pendengar di bawah usia 35 tahun menyebabkan Kieran sentiasa berperang dengan dirinya.

"Saya mula merasai diri tidak lagi sesuai dengan profil pendengar Hot FM. Mahu atau tidak, saya perlu melakukan anjakan sebelum persepsi pendengar terhadap saya berubah. Secara peribadi, saya masih mampu menjalankan tanggungjawab harian dengan baik.

"Saya bagaimanapun, tidak boleh terus menanti. Sebelum terlambat, lebih baik saya mengundur dan akur kepada kemampuan diri. Minat dalam dunia penyiaran masih menebal, namun saya perlu mencari ruang baharu yang lebih serasi dengan usia dan jiwa," katanya.


Kieran menamatkan tugasannya di stesen popular, Hot FM pada petang 12 Disember lalu. - Foto NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Menafikan menerima tawaran lumayan dari stesen radio lain menjadi faktor utama beliau melepaskan jawatannya, Kieran berkata, ketika ini fokusnya masih dalam dunia penyiaran terutama pengacaraan yang semakin serasi dengan jiwanya.

Pada masa sama, Kieran yang sebelum ini mengendalikan segmen, Hot FM Jam bersama Ikhwan dan Liza juga memberikan fokus kepada perniagaan makanan dingin beku yang diusahakannya iaitu Kieran's Food Products.

"Alhamdulillah, saya mendapat kepercayaan sebagai pengulas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea pada pertengahan September lalu. Ramai tahu saya memang meminati sukan, namun disebabkan komitmen terhadap radio membataskan saya untuk melebarkan langkah.

"Sekiranya terus diberi peluang, saya tidak akan menolak kerana pengacaraan sukan juga satu daripada cabang seni yang menjadi minat saya," katanya.

Ingatkan dunia nyanyian saya berakhir di situ - Indah Ruhaila


Ingatkan dunia nyanyian saya berakhir di situ - Indah Ruhaila Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pernah menyangka perjalanan seninya selepas mengikat kontrak bersama syarikat Suria Records (SRC) dari 2006 hingga 2010 akan bernoktah begitu saja, tetapi lain pula jadinya selepas Indah Ruhaila menyertai Akademi Fantasia 2013.

Hampir berputus asa kerana awalan kerjaya seninya ketika itu tidak menyebelahi beliau, Indah memilih untuk kembali ke kampung halaman di Johor Bahru (JB) bagi memulakan kehidupan baru di sana.

Namun dek minatnya yang mendalam, Indah masih tidak mampu menghakis bakat nyanyian yang ada lalu beliau memilih bekerja sebagai penyanyi lounge dekat lima tahun di sebuah hotel di JB.

"Tipulah kalau saya cakap tak kecewa masa memilih untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan bersama syarikat SRC. Saya sudah habiskan masa empat tahun tapi ia langsung tidak berbaloi. Kecewa saya ketika itu bukan kepalang.


Indah Ruhaila

"Di Kuala Lumpur saya menyewa rumah bersama emak. Emaklah yang bersusah payah bersama saya. Saya bergelut dengan kehidupan.

"Nak bayar duit sewa rumah pun tak ada. Kadang-kadang saya dan emak terpaksa ikat perut kerana tak ada duit nak makan.

"Nak beli minyak kereta pun tak cukup wang. Tawaran membuat persembahan memang tak ada. Saya muncul dengan satu album bersama SRC berjudul Indah Ruhaila.

"Tapi orang tak kenal saya pun. Saya tak salahkan sesiapa. Mungkin bukan rezeki saya lagi ketika itu," katanya yang memberitahu bapa tercinta yang sedikit sebanyak membantu menyalurkan wang ketika bergelut dengan kepayahan itu.

Tambah Indah, ketika membuat keputusan untuk kembali ke JB, beliau sebenarnya berbelah bagi dan air mata sudah banyak kali tertumpah mengenangkan nasib yang tak menentu.

Apatah lagi hasrat untuk membantu menyenangkan keluarga masih belum dapat dilakukan.

"Ketika bekerja sebagai penyanyi hotel, gaji saya stabil dan dapatlah sikit hidup senang. Peluang menyanyi di hotel saya ambil untuk terus menimba pengalaman. Saya banyak menyanyi lagu yang sukar dibawakan.

"Tapi lama kelamaan kerja di situ, biasalah skeptikal orang terhadap mereka yang bekerja di hotel masih ada.

"Jiran dan orang yang dikenali memandang rendah kerja saya di situ. Tak tahan dengan mulut orang, saya nekad berhenti saja.

"Ingatkan dunia nyanyian saya berakhir di situ. Lalu saya terima tawaran bekerja sebagai setiausaha di pejabat milik pakcik. Setahun tiga bulan juga saya bertugas di situ dan pada masa yang sama hujung minggu saya sambung belajar dalam bidang pengurusan perniagaan," katanya yang sudah 26 tahun ketika bekerja dan belajar.

Menurut Indah lagi, dengan usianya yang semakin meningkat, beliau sendiri sudah berputus asa dan tidak pernah terfikir semula untuk kembali menyanyi, sekali gus menyertai industri seni.

"Tetapi tidak sangka percubaan beliau menyertai Akademi Fantasia 2013 membuahkan hasil. Emak memang antara individu yang selalu mendorong untuk menyanyi dan masuk Akademi Fantasia 2013.

"Tapi macam-macam alasan yang membuatkan saya berfikir banyak kali sebelum menyertai pertandingan itu. Tahun lalu pun saya bertunang.

"Saya kembali juga berkelana ke KL hanya kerana AF. Kali ini saya tinggal seorang dan percaturan saya menyertai AF bagaikan memberi sedikit sinar. Lagu single Percayalah sedikit sebanyak membuatkan nama saya dikenali.

"Cuma ikutkan selepas tiga bulan masuk AF, saya tak ada tawaran kerja. Saya bergelut semula sebenarnya. Tapi kerana sudah terbiasa tempuhi benda ini semua, saya jadi kuat dan tabah. Saya tak mahu usaha ini berakhir lagi seperti sebelum ini," katanya.

Peluang Indah menyertai siri jelajah dan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 24 Mei lalu membuka jalan untuk Indah terus bernyawa.

"Terima kasih BH dan ABPBH 2013 atas peluang keemasan ini. Lebih indah lagi, lagu itu bolos ke peringkat separuh akhir dan final Anugerah Juara Lagu 29. Saya kini sudah 70 peratus bersedia untuk malam kemuncak AJL 29 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari depan.

"Bangga juga dapat masuk AJL kerana saya pernah sasarkan dalam diri untuk bertanding menerusi anugerah ini. Tak sangka ia jadi kenyataan," katanya yang akan menggayakan baju rekaan Syamil Fazwan pada malam kemuncak AJL 29 terbitan TV3.

Mulut orang susah nak tutup, ulas Emma Maembong


Mulut orang susah nak tutup, ulas Emma Maembong Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my


Si cantik ini enggan memberi komen mengenai apa saja membabitkan keluarganya. - Foto Halimaton Saadiah bte Sulaiman

KUALA LUMPUR: Emma Maembong yang kini sedang berada di kota Singapura mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri urusan keluarganya yang kini menjadi bualan hangat.

Semuanya bermula selepas bapa beliau, Ismail Embong kononnya mengecam majlis kahwin kakak Emma, Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu.

Isu itu terus berangkai apabila adik Emma, ChaCha Maembong mengeluarkan kenyataan semalam.

Chacha menafikan cerita kononnya dia dan adiknya dihalau dari rumah Yaya seperti yang ditulis bapanya di laman Facebook.

Sebaliknya, Chacha sudah membeli rumah sebelum kakaknya itu berkahwin dengan Wan Raja.


EMMA Maembong turut memeriahkan majlis pernikahan Wan Raja dan Yaya Maembong. - Foto Halimaton Saadiah bte Sulaiman

Lebih menyedihkan kenyataan ChaCha itu membuatkan ayahnya seperti ditikam belakang oleh anak sendiri hingga mengeluarkan kenyataan tidak mempunyai anak bernama ChaCha.

Apa pula kata Emma?

"Saya di Singapura ini (semalam), esok (hari ini) nak ke Brunei pula. Maaf saya terlupa nak balas mesej awak. Mengenai hal keluarga itu, saya tak nak komen apa-apa kerana ia jelas membabitkan keluarga. Mulut orang tak boleh nak tutup... biasalah macam itu," katanya ketika dihubungi BH Online menerusi aplikasi WhatsApp.

Emma turut ditanya mengenai dakwaan bahawa hubungannya dengan Zizan Razak sudah berakhir seperti yang dilaporkan akhbar sisipan B*Pop Ahad lalu.


EMMA dan Zizan masih bahagia. - Foto Syaharim Abidin

Hakikatnya, beliau dan Zizan masih bersama seperti biasa.

"Mengenai gosip putus cinta itu... tak ada apa-apa pun. Zizan sendiri pun sudah jelaskan sebelum ini kami masih bersama," katanya ringkas.

Mungkin 2015 bakal menyaksikan Emma dan Zizan bersatu sebagai pasangan suami isteri?

"Oh... saya tak berani cakap. Ada jodoh... adalah," katanya.

Mangsa banjir di Perak Tengah meningkat 840


Mangsa banjir di Perak Tengah meningkat 840 Oleh Munirah Mustaphar

IPOH: Mangsa banjir di Perak Tengah bertambah kepada 840 mangsa dari 230 keluarga menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di negeri itu meningkat seramai 3,654 mangsa dari 873 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga jam 6 pagi tadi.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Norhafizah Zainuddin berkata, setakat jam 6 pagi tadi sebanyak 43 pusat pemindahan di tiga daerah di Hulu Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.

"Seramai 594 mangsa banjir dari 142 keluarga di Hulu Perak ditempatkan di sembilan pusat pemindahan iaitu di Dewan Orang Ramai Teluk Batu; Dewan Orang Ramai Sumpitan; Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah; Dewan Orang Ramai Luat; Sekolah Agama Rakyat Tasik Raban; Dewan Orang Ramai Kampung Chepor; Sekolah Kebangsaan Raban; Dewan Orang Ramai Kampung Temelong; Dewan Orang Ramai Kampung Kelantan; dan Maahad Tahfiz Kampung Luat.

"Di daerah Kuala Kangsar, seramai 2,220 mangsa dari 501 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan antaranya Dewan Orang Ramai Chegar Galah, Surau Changkat Duku, Surau Kampung Biong, Surau Sungai Bendang Kampung Trosor, Surau Kampung Makmur, Dewan Orang Ramai Kampung Batu Lintang, Dewan Orang Ramai Menora, Masjid Kampung Pulau Mentimun, Sekolah Agama Rakyat Benteng, Dewan Besar Felda Lasah, Sk Sayong dan Sk Lasah.

Sementara itu, di Perak Tengah, mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan.

Katanya, pihaknya masih menunggu status terkini mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

Patutnya saya nikah Oktober lalu - Leez Rosli


Patutnya saya nikah Oktober lalu - Leez Rosli Oleh Zaidi Mohamad

KUALA LUMPUR: Disember ini turut menjadi pilihan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Leez Rosli, 27, untuk melangsungkan perkahwinannya dengan, Aepul, 26, dari kumpulan Drama Band pada Sabtu ini.

Nampaknya selepas Datuk A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor disatukan esok di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Leez pula menyusul untuk bergelar raja sehari.

Leez dan Aepul sudah tiga tahun bercinta.

Mereka bertunang pada 11 Disember tahun lalu dan majlis pernikahan mereka dirancang diadakan jam 9 malam (selepas waktu Isyak) di Masjid Taman Melati, diikuti majlis keraian di hadapan masjid berkenaan iaitu di Villa Ali.

Leez akan menyerahkan 11 dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan manakala mas kahwin diberikan sebanyak RM80.

"Sepatutnya ikut perancangan asal kami sudah bernikah Oktober lalu. Keluarga dia terutamanya bakal mentua saya minta dipercepatkan benda yang elok. Tapi saya dan dia sibuk dengan agenda masing-masing.

"Lalu perbincangan keluarga kami diadakan dan kata sepakat diperoleh untuk bernikah saja bulan ini. Alhamdulillah ada juga pihak yang sudi menaja perkahwinan kami seperti baju tajaan Ari Wedding dan juga khidmat jurugambar serta juru video.

"Kami juga sepakat untuk mengadakan majlis resepsi serentak sekitar Februari depan. Berkemungkinan dibuat di sebuah rumah kelab di Bangi," kata Leez yang akan muncul dengan filem keempat berjudul Cerita Hantu Malaysia ditayangkan esok.

Mengenai detik perkenalan mereka, semuanya bermula awal 2011. Ketika itu kedua-duanya terbabit dengan program MyTv3 di Johor Baharu. Ketika itu mereka juga perlu beramah mesra dengan peminat yang datang.

"Mula jumpa, kami memang tak bertegur dan bersembang. Sampai dia andaikan saya sombong. Hakikatnya saya kepenatan dari kerja lakonan. Tanpa disedari pertemuan itu membuatkan kami nak jadi rapat.

"Dia ada menghubungi untuk menawarkan saya sebagai model klip video lagu Cerita Dia dendangan kumpulannya, Drama Band. Tapi disebabkan perubahan tarikh dan saya terikat dengan hal lain, tawaran itu beralih ke tangan Almy Nadia.

"Tanpa diduga kami terus jadi rapat pula selepas itu. Kami kerap berhubungan di Blackberry Messenger (BBM). Sebelum WhatsApp, BBM memang popular. Daripada situ, berputik pula rasa sayang," katanya.

Apa istimewa Aepul di mata Leez?

"Dia antara insan yang banyak ubah saya jadi lebih baik. Dia tak sama dengan lelaki lain yang manis di mulut. Lagipun saya kenal dia bermula sebagai kawan. Dia sangat tegas dan kadang kala orang nampak dia macam garang orangnya.

"Kalau dia tak suka sesuatu, dia cakap terus. Tapi ironinya, apa yang dia tegur itu ada betulnya dan untuk kebaikan bersama. Dialah insan yang banyak jaga saya dari A hinggalah ke Z," katanya.

Elitebook Folio 1020 tawar bateri tahan lama


Elitebook Folio 1020 tawar bateri tahan lama Oleh Nasuha Badrul Huzaini

nasuha@bh.com.my


HP EliteBook Folio 1020

Produk ultrabook terbaru keluaran Hewlett-Packard (HP) akhirnya diperkenalkan secara rasmi dengan nama HP EliteBook Folio 1020.

Produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu didatangkan dalam dua versi iaitu EliteBook Folio 1020 dan EliteBook Folio 1020 Edisi Khas.

Intel Core M

Kedua-dua notebook berkenaan menggunakan prosesor Intel Core M, yang menawarkan bateri tahan lama hingga sembilan jam penggunaan.

Menurut satu kenyataan, versi standard akan dijual di pasaran pada Februari depan, manakala versi Edisi Khas pada bulan April.

Perbezaan antara versi khas dan standard terletak pada beberapa ciri seperti beratnya. Berat versi standard adalah 1.2 kilogram manakala versi khas hanyalah 1.04 kilogram.

Selain itu, perbezaan lain, termasuklah resolusi skrin peranti berkenaan. Kedua-duanya memiliki saiz skrin berukuran 31.25 sentimeter (12.5 inci) namun versi standard hanya didatangkan dengan resolusi definisi tinggi penuh manakala untuk versi khas, ia ditawarkan dengan resolusi Quad HD.

Sehingga kini, masih belum ada pengumuman mengenai harga untuk kedua-dua peranti berkenaan.

Gunung Gagau: 19 lagi diselamatkan, 6 masih hilang


Gunung Gagau: 19 lagi diselamatkan, 6 masih hilang

HULU TERENGGANU: Lima belas kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan empat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dibawa keluar dari kaki Gunung Gagau dekat Tasik Kenyir, pada 3.45 petang tadi, manakala enam lagi masih hilang.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Nor Mahathir Muhamad, berkata mangsa yang masih hilang itu dipercayai terpisah dengan kumpulan yang ditemui hari ini kerana menggunakan laluan berbeza untuk keluar dari kawasan berkenaan.

"Enam mangsa yang belum dijumpai itu dipercayai bergerak menggunakan laluan lain ke arah Tasik Kenyir, namun kami yakin mereka tidak jauh dari tempat kumpulan hari ini ditemui," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa yang diselamatkan itu berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Kumpulan JUPEM dan PGA yang terbahagi kepada dua kumpulan, memasuki kawasan pergunungan itu pada 5 Disember lepas untuk melakukan kerja-kerja mengukur sempadan Terengganu/Kelantan dan menyiapkan tugasan pada 14 Disember, sebelum dijadual pulang pada 19 Disember.

Namun, cuaca buruk menyebabkan helikopter untuk membawa mereka pulang tidak dapat mendarat.

Pada Isnin lepas, 26 orang yang terdiri daripada 22 petugas Seksyen Topografi JUPEM serta empat anggota PGA, diselamatkan setelah mereka terkandas selama empat hari di puncak Gunung Gagau.

Nor Mahathir berkata, operasi menyelamat mangsa yang masih hilang itu akan diteruskan esok, berikutan cuaca buruk, laluan licin serta arus deras di hulu Tasik Kenyir hari ini.

"Kita akan teruskan operasi melalui laluan air dan darat esok. Kita tidak dapat melakukan operasi melalui udara kerana cuaca buruk ketika ini," katanya.

- BERNAMA

20 termasuk 5 bayi terperangkap akibat banjir


20 termasuk 5 bayi terperangkap akibat banjir

KUALA KRAI: Seramai 20 penduduk termasuk lima bayi terperangkap dalam kediaman mereka sejak pagi tadi, selepas dilanda banjir dalam kejadian Kampung Benor, di sini.

Mohd Hafiz Mohd Razali, 24, berkata dia bersama ahli keluarga dan jiran dalam keadaan bahaya kerana paras air sehingga kini pada paras pinggang dan semua bayi berkenaan dalam keadaan kesejukan.

"Kawasan rumah saya agak tinggi, namun air naik secara mendadak menyebabkan kami gagal menyelamatkan diri. Saya sudah berkali-kali menghubungi pasukan penyelamat namun sehingga kini tiada sebarang bantuan tiba.

"Nyawa kami dalam bahaya dan sekiranya paras air terus naik, kami semua akan mati lemas. Saya minta pasukan keselamatan datang menyelamatkan kami," katanya.

Gosip dengan Emma Maembong penutup 2014 'paling comel' - Kamal Adli


Gosip dengan Emma Maembong penutup 2014 'paling comel' - Kamal Adli Oleh Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Jika boleh ditinggalkan cepat 2014 barangkali Kamal Adli antara yang pertama mahu mengucapkan selamat tinggal, sekali gus membuka buku baru bagi tahun 2015.

Bagi Kamal, tahun 2014 disifatkan sebagai tahun yang paling mencabar terutama dari sudut peribadinya.

Kisah cintanya dengan Intan Ladyana yang diharap ramai berakhir ke jinjang pelamin akhirnya putus di tengah jalan.

Kamal yang akan muncul dengan filem Cerita Hantu Malaysia arahan Pierre Andre bermula 25 Disember ini sudah mula menerima hakikat itu.

Kata Kamal, dia sudah menerima hakikat itu dan tidak mahu lagi memandang belakang serta hidup bertemankan memori lama.

"Harapnya 2015 nanti akan memberikan yang terbaik lagi untuk saya daripada sudut kerjaya mahupun peribadi. Tahun ini, Alhamdulillah daripada sudut kerjaya, saya tak pernah putus tawaran berlakon cuma kisah peribadi saja yang tidak menyebelahi diri ini.

"Saya tak mahu lagi kenang kisah dengannya. Saya doa yang terbaik untuk dia dan andai dia sudah bertemu insan baru, saya harap lelaki itu dapat menjaga hati dan dirinya lebih baik berbanding saya. Saya doakan yang baik-baik saja untuk dia," kata Kamal Adli yang ketika ini sedang melunaskan baki penggambaran drama Pergilah Airmata adaptasi novel judul yang sama di samping Nelydia Senrose, Izreen Azminda, Amar Asyraf dan Azlee Khairi.

Lalu sudah bersediakah Kamal untuk mencari cinta yang baru?

"Biarlah dia (Intan) yang bertemu jodoh dulu. Saya nak fokus kerjaya dulu dan memperbetulkan apa yang patut dalam memperoleh keindahan dalam hidup. Harap 2015 akan buat saya lebih banyak senyum berbanding tahun ini yang agak pahit," katanya.

Terlanjur menghubunginya, Kamal turut ditanya gosip yang mengaitkan dirinya sebagai punca perpisahan antara Emma Maembong dan Zizan Razak.

Dikatakan kononnya wujud cinta lokasi antara Emma dan Kamal ketika berlakon dalam drama Cinta Tanpa Syurga.

"Memang gosip saya dengan Emma itu gosip penutup paling comel untuk tahun 2014. Memang ia tak benar sama sekali," katanya.

Cyberport, pusat data bersepadu rangkaian bebas


Cyberport, pusat data bersepadu rangkaian bebas Oleh Nurhayati Abllah

nurhayatiabllah@bh.com.my


PENGERUSI TSGN, Datuk Hod Parman (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kent Hober berdiri di hadapan bangunan TGSI Cyberport, di Cyberjaya. - Foto ihsan www.theborneopost.com

KUALA LUMPUR: TSG International (TSGI), anak syarikat milik penuh TS Global Network Sdn Bhd (TSGN) melancarkan Cyberport iaitu pusat telekomunikasi penyiaran dan pusat data bersepadu rangkaian bebas pertama di Malaysia.

Pusat itu yang dibina khas untuk kemudahan rangkaian dan data dengan kos RM100 juta, kini mula beroperasi di Cyberjaya dan menawarkan Teleport Satelit, Gerbang IP (Internet Protocol) dan Pusat Data Tahap 3.

Pengerusi TSGN, Datuk Hod Parman, berkata pusat berkenaan mampu menyediakan pelbagai pilihan dan kesesuaian telekomunikasi termasuk komunikasi satelit, teleport, khidmat penyiaran lengkap, pelbagai akses ke satelit di jaluran orbit geopegun, perkhidmatan VSAT (Terminal Bukaan Sangat Kecil) serantau dan aplikasi pelayan kawasan sesama untuk hos di tapak berkenaan.

"Pusat berkenaan kini dikendalikan TSGI. Ia menawarkan perkhidmatan pusat pemantauan rangkaian 24 jam yang disokong dan dilengkapi 17 antena besar serta sebuah pusat data seluas 40,000 kaki persegi yang berkait dengan semua pengendali utama perkhidmatan telekomunikasi.

"Kemampuan penempatan pusat data itu dijangka meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2017," katanya dalam kenyataan di sini.

Cyberport juga menyediakan kemudahan untuk transmisi dan penerimaan data menerusi rangkaian satelit dan gentian.

Perkhidmatan yang ditawarkan turut membabitkan teleporting satelit, pusat data, dan lain-lain perkhidmatan terurus. Antaranya menyediakan perkhidmatan ruang pusat data, infrastruktur, jaringan rangkaian, sokongan teknikal dan perkhidmatan terurus lain hingga kepada pemulihan bencana.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TSGN, Kent Ho, berkata menerusi perkhidmatan satelit bermutu tinggi, Cyberport mampu menyediakan khidmat fleksibel dan peralatan berkesan kepada pelanggan untuk membuat pilihan.

Projek Permulaan 3 (EPP-3) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) mengenal pasti perniagaan pusat data antara penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan jangkaan sektor berkenaan memberi sumbangan pertumbuhan RM2.4 bilion (AS$761 juta) kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) serta menyediakan hampir 13,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

"Matlamat kami adalah sejajar dengan objektif kebangsaan untuk menjadi pengemudi bagi industri ini dan memberi sumbangan kepada kemajuan perkhidmatan ruang pusat data dan teknologi maklumat (ICT), selain menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelabur serantau," katanya.

TSGI adalah syarikat teknologi satcom terulung Malaysia yang turut terbabit dalam perkhidmatan pembekal penyelesaian di Indonesia, Brunei dan sekitar wilayah ASEAN.

BlackBerry Classic dengan papan kekunci


BlackBerry Classic dengan papan kekunci

John Chen pada pelancaran telefon pintar Blackberry Classic. - Foto Reuters

NEW YORK: BlackBerry melancarkan satu lagi telefon pintar baharu dengan papan kekunci walaupun pesaingnya Apple dan peranti Android lain semuanya sudah beralih kepada sistem skrin sesentuh sepenuhnya.

BlackBerry menyasarkan model baharu Classic kepada pelanggan terasnya iaitu daripada sektor korporat. Papan kekunci fizikal pada peranti itu adalah ciri tradisional pada BlackBerry kerana ramai pengguna dapati ia lebih mudah digunakan berbanding papan kekunci di skrin sesentuh. Syarikat itu juga menekankan mengenai aspek jangka hayat bateri dan keselamatan menerusi model baharu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, John Chen, berkata ramai pemerhati menjangkakan Classic disasarkan kepada pelanggan setia.

"..ya, itu memang betul, tetapi kami juga mahu pengguna baharu terutama golongan muda yang belum pernah menggunakan BlackBerry untuk mencuba Classic," katanya pada pelancaran model terbaharu itu di sini malam tadi.

Diasaskan pada 1999 menerusi pelancaran RIM 950, BlackBerry mengubah cara mengakses emel terutama kepada sektor perniagaan. Bagaimanapun, kehadiran pelbagai telefon pintar generasi baharu menyebabkan secara tiba-tiba peranti BlackBerry menjadi sangat ketinggalan zaman.

Apple menunjukkan kepada dunia bahawa telefon pintar bukan sekadar boleh mengendalikan emel dan panggilan. BlackBerry juga lewat untuk mengubah sistem operasinya untuk bersaing dengan perubahan yang berlaku di pasaran.

BlackBerry kini menguasai sebahagian kecil saja bahagian pasaran telefon pintar Amerika Syarikat (AS) daripada kira-kira 50 peratus pada 2009. Syarikat itu berusaha gigih untuk kekal relevan sebagai pengeluar perkakasan walaupun pada masa sama kelihatan cuba menjadi syarikat keselamatan perisian enterpris dan pengguna.

BlackBerry Classic akan mula dijual di AS mulai Rabu depan pada harga dari AS$499 (RM1,733) menerusi Amazon.com dan BlackBerry.com. Selepas ini peranti itu akan dijual secara kontrak menerusi pengendali telekomunikasi AT&T dan Verizon.

BlackBerry bekerjasama dengan Foxconn, Taiwan untuk mengeluarkan peranti baharu itu. Foxconn yang turut mengeluarkan peranti untuk Apple iPhone dan iPad, turut membantu mengeluarkan beberapa produk BlackBerry sekali gus mengurangkan kos pengeluaran syarikat itu.

Chen yang mengambil alih teraju kepimpinan BlackBerry sejak 13 bulan lalu, menetapkan sasaran menjual 10 juta unit telefon pintar setahun. Apple pula menjual 39.3 juta unit iPhone dalam tempoh tiga bulan pada suku ketiga tahun ini. - AP

Letupan bom, bukan tong gas - Polis Kedah


Letupan bom, bukan tong gas - Polis Kedah

GURUN: Polis Kedah sahkan kejadian letupan di sebuah rumah milik anggota tentera di Taman Ria Mesra, di sini, yang mengorbankan tiga nyawa petang semalam, berpunca daripada sejenis bom, bukannya tong gas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, bagaimanapun berkata pihaknya sedangkan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti jenis bom terbabit.

"Kita sedang siasat jenis bom berkenaan termasuk motif ia disimpan di rumah berkenaan...buat masa sekarang, kawasan kejadian akan dikawal rapi polis dan Unit Pemusnah Bom (UPB) turut dipanggil untuk memeriksa lokasi bagi memastikan ia selamat," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang anggota tentera yang bertugas di Kem Sungai Layar di Sungai Petani, dekat sini, maut bersama dan anak perempuannya berusia, 8, serta kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang juga anak jirannya.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu turut menyebabkan tiga tercedera termasuk isteri anggota tentera itu dan wanita yang juga jirannya yang dilapor parah.

Turut musnah, dua kereta manakala kira-kira 40 rumah mengalami kerosakan dengan 10 dilaporkan serius.

Padam SMS 'is this your photo' - SKMM


Padam SMS 'is this your photo' - SKMM


Grafik BH

KUALA LUMPUR: Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berwaspada jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan URL perisian PhotoViewer.apk.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), SMS 'is this your photo' perlu dipadam kerana pautan yang diberi dalam SMS itu mengandungi malware.

Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer.

"Apabila URL itu diklik, perisian itu akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.

"Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu," menurut SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.

"SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti seorang daripada kenalan anda yang sudah dijangkiti malware itu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Keith Foo pernah tidur di tempat kerja


Keith Foo pernah tidur di tempat kerja Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Tahun 2014 yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi ternyata cukup indah buat Keith Foo.

Penangan drama Ariana Rose yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 merubah hidup Keith apabila diberi peluang menggalas watak Tengku Adam di samping Nur Fathia Latiff.

Sebelum menempa nama di negara sendiri, Keith pernah melebarkan sayap ke Indonesia. Beliau terlebih dulu ke sana sebelum Miller dan Ashraf Sinclair.

Beliau mencuba nasib dalam dunia komersial sebelum terjun ke bidang lakonan.

Pelakon berketurunan India-Cina itu sudah sembilan tahun menempa nama di sana sebelum kembali ke Malaysia.

Mengenang kembali kembaranya di tanah seberang, Keith juga seperti kebanyakan bakat baru ketika itu yang bergelut sebelum meletakkan dirinya pada satu tahap,

"Dulu, sewaktu mencuba nasib di sana, saya hanya bawa duit cukup makan saja. Nak jimat duit, saya pernah tidur di agensi saya bekerja. Hanya setahun ke dua tahun kemudian, baru ekonomi saya stabil. Saya juga ambil masa untuk belajar cara bercakap bahasa Indonesia.

"Memang tak banyak beza dengan bahasa Malaysia tetapi yang berlainan adalah slanganya. Lucunya pernah saya dimarahi tidak pandai bercakap bahasa Indonesia kerana produksi menyangkakan saya berasal dari sana dan hanya bersandarkan rupa semata-mata," katanya yang kini sedang berehat sebelum kembali melunaskan baki penggambaran filem Langit Cinta arahan Osman Ali dan buat pertama kali bergandingan dengan Nur Fazura.

Lalu kini populariti yang diraihnya di Malaysia tidak langsung membuat beliau mendabik dada. Malahan Keith tidak lupa memanjat kesyukuran kerana dapat kesempatan indah berkongsi bakat di Malaysia.

Tidak hairan namanya berada di tangga ketiga di bawah Felicia Yeap dan Hanez Suraya yang menjadi selebriti Malaysia paling dicari dalam enjin carian Google.

"Terima kasih Media Prima Berhad dan TV3 kerana menawarkan watak untuk saya bagi drama Ariana Rose. Drama itu membuatkan nama saya dikenali dan diterima rakyat Malaysia. Malah hingga saat ini, ramai yang masih ingatkan drama itu.

"Tak kurang juga yang berharap akan ada kesinambungan bagi drama itu. Malah dari drama itu saya terus ditawarkan berlakon tanpa henti.

"Macam sekarang penggambaran filem Langit Cinta dihentikan dan dapatlah juga saya sambut Krismas nanti," katanya yang hanya menyambut Krismas di KL.

Sempat ditanya mengenai perancangan perkahwinannya dengan tunang, Kim Raymond, Keith menjelaskan beliau belum ada lagi hasrat untuk menyunting kekasih hatinya itu sebagai isteri.

"Belum ada tarikh lagi pun. Kena cari duit dulu," katanya ringkas.

Bandar Kuala Kangsar dilanda banjir buruk


Bandar Kuala Kangsar dilanda banjir buruk

KUALA KANGSAR: Bandar Kuala Kangsar di sini seakan-akan berlangsungnya 'pesta' apabila menjadi tumpuan ramai terutama penduduk setempat yang mahu melihat insiden banjir yang berlaku di sekitar Arena Square yang terletak berhampiran Sungai Perak, setelah dinaiki air lebih 2 meter, semalam.

Masing-masing menggunakan telefon pintar selain kamera untuk merakamkan kejadian itu yang dianggap antara terburuk dalam sejarah Kuala Kangsar.

Laluan di tengah-tengah bandar turut sesak dengan lalu lintas pelbagai kenderaan termasuk yang diletakkan di pinggir-pinggir jalan utama.

Cakap-cakap kononnya banjir itu akan mencecah sehingga paras separuh menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar menjadi buah mulut orang ramai yang hadir di sekitar kawasan Dataran Sungai Perak Indah di sini.

Menara jam itu terletak di kawasan bulatan yang menghubungkan lima laluan iaitu Jalan Kangsar, Jalan Daeng Selili, Jalan Taiping, Jalan Istana dan Jalan Shahbandar.

Ia menjadi antara mercu tanda Kuala Kangsar Bandar Diraja serta kebanggaan warga tempatan.

Peniaga turut sibuk mengemas dan memasukkan pelbagai barangan jualan antaranya perabot, alat ganti motosikal, produk kecantikan, basikal dan perkakasan ke dalam lori untuk dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Mereka dibantu pekerja, anggota keluarga dan sahabat handai.

Peperiksaan akhir bagi penuntut Kolej Komuniti Kuala Kangsar bagi semester kali ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang ditentukan kemudian apabila separuh daripada bangunan tiga tingkat kolej yang berada dalam deretan lot kedai di sini, telah ditenggelami banjir.

Nurliyana Ahmad Zaizi, 19, yang menuntut bidang pastri berkata sepatutnya peperiksaan akhir mereka bermula hari ini pada 9 pagi.

"Dapur kelas di bahagian bawah sudah ditenggelami banjir, habis barang-barang seperti penyejuk, oven dan bahan-bahan mentah untuk kelas 'baking' juga musnah, memang tak sempat nak keluarkan dari kelas," katanya.

Pensyarahnya, Ruslina Yusoff, 33, pula berkata kesemua barang-barang yang boleh diselamatkan sedang dipindahkan ke Kolej Komuniti Chenderoh dengan bantuan penuntut dan kakitangan.

Peniaga perabot, Loh Man Mun, 60, berkata sejak beliau berniaga di pekan itu 40 tahun lalu, ada beberapa kejadian banjir yang buruk seperti pada 1967, namun kisah itu semakin dilupakan.

"Tapi, banjir kali ini ia mengingatkan saya semula, tambahan pula apabila ada cakap-cakap air boleh naik sampai mencecah paras setengah menara jam besar," katanya yang sibuk mengangkat barangan perabot jualannya ke dalam lori untuk dipindahkan ke kediamannya di Bukit Chandan.

Katanya, walaupun banjir belum mencecah sampai ke kedainya, beliau tidak mahu mengambil risiko kerugian yang lebih teruk dan telah meminta anggota keluarga serta sahabat handai membantunya memindahkan barangan jualan.

Sementara itu, peniaga barangan kosmetik dan herba, Aziah Mat Bahak, 45, yang turut memindahkan produk jualannya, berkata air Sungai Perak yang terletak berhampiran lot kedainya mula naik pada 1 petang semalam.

"Dalam tempoh tidak berniaga ini memang akan rugi, tapi yang penting saya bersyukur kerana diri, keluarga dan orang ramai selamat, itu yang paling saya bersyukur. Pelanggan saya mungkin akan beli di satu lagi kedai saya, setakat ini kedai berada di kawasan selamat," katanya.

Beliau berkata, insiden banjir kali ini paling buruk.

"Kita mula pindahkan barang ke bahagian atas, yang kita jadikan stor. Bekalan elektrik pun telah dipotong sementara sejak malam tadi," katanya.

Kejadian banjir terburuk pernah berlaku di Kuala Kangsar pada awal tahun 1967 dan kali terakhir pada penghujung 1993.

- BERNAMA

Mangsa kedua runtuhan binaan depoh LRT Putra Heights ditemui


Mangsa kedua runtuhan binaan depoh LRT Putra Heights ditemui

SUBANG JAYA: Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menemui dan mengeluarkan mayat mangsa kedua dan terakhir runtuhan konkrit terminal bangunan Transit Aliran Ringan (LRT) di Kampung Sungai Baru, Putra Heights, jam 1.06 pagi tadi.

Dalam kejadian 4.20 petang semalam dua pekerja binaan dikhuatiri terkorban selepas terperangkap dalam runtuhan pembinaan depoh stesen berkenaan.

Ketika kejadian, lapan pekerja sedang menyimen bangunan setinggi enam meter sebelum konkrit bahagian atas runtuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata dua daripada lapan pekerja terbabit sempat lari menyelamatkan diri, manakala empat lagi mengalami cedera ringan selepas terkena serpihan runtuhan.

BlackBerry harap Classic lonjak kembali populariti


BlackBerry harap Classic lonjak kembali populariti


Blackberry model Classic mengekalkan versi peranti papan kekunci fizikalnya. - Foto EPA

New York/Toronto: BlackBerry Ltd melancarkan model Classic, telefon pintar yang ditunggu-tunggu dan diharap membantunya mendapatkan semula bahagian pasaran. Lebih menarik ia masih menggunakan versi peranti papan kekunci fizikalnya.

Syarikat teknologi mudah alih dari Kanada itu berkata, peranti baharu yang ada persamaan ketara dengan model popularnya Bold dan Curve mempunyai skrin lebih besar, hayat bateri lebih lama, aplikasi perpustakaan berkembang dengan akses kepada penawaran daripada Amazon.com Inc Android App store, selain pelayar tiga kali lebih pantas daripada satu padaperanti sebelum ini.

"Perbualan mengenai BlackBerry berubah pada tahun lalu," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, John Chen selepas melancarkan Classic di restoran mewah, Cipriani di Manhattan.

"Kami masih kekal di sini, tiada persoalan mengenainya. Kini kami perlu membangunkan pertumbuhan kami."

Beliau berkata, BlackBerry mendengar maklum balas daripada peminatnya dan mengembalikan fungsi bar arahan bagi membantu memudahkan pengendaliannya.


Blackberry model Classic mengekalkan versi peranti papan kekunci fizikalnya. - Foto EPA

Apabila syarikat itu pada mulanya diperkenalkan sistem operasi BlackBerry 10 dan peranti baharu awal tahun 2012 ia memberi lebih penekanan kepada skrin sesentuh yang mana mengasingkan ramai peminat papan kekunci fizikalnya.

Mereka yang beralih kepada papan kekunci fizikal baharu yang bakal dilancarkan BlackBerry kemudian tidak gembira apabila kunci arahan seperti butang 'menu, kembali, hantar dan tamat' pada trekpad digugurkan.

Dengan Classic dan pelancaran baru-baru ini iaitu telefon pintar Passport, Chen memperkatakan tentang langkah syarikat kembali kepada akar umbi, memberi penekanan semula kepada papan kekunci fizikal berbanding cuba untuk bersaing secara terus dengan telefon bimbit dengan skrin sesentuh yang dikuasai oleh pesaingnya seperti Samsung Electronics dan Apple.

"Kami menjangkakan Classic akan menjadi peranti BlackBerry paling popular dan memudahkan peralihan pengguna daripada BB7 semasa," kata penganalisis Wells Fargo, Maynard Um. - REUTERS

Faktor usia, status bukan halangan Tuty D'Adza jaga badan


Faktor usia, status bukan halangan Tuty D'Adza jaga badan Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Minat mendalam terhadap bidang kecergasan dari zaman sekolah menengah tidak pernah terhakis dalam diri Adza Tutyrianti (Tuty).

Kepada sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan kumpulan penyanyi adik beradik D'Adza, Tuty salah seorang daripada mereka.

Bagi insan kelahiran Kulim, Kedah itu yang kini berstatus ibu tunggal kepada dua anak, faktor usia tidak langsung menjadi penghalang untuk beliau terus menjalani hidup sihat dengan aktif bersenam.

Malah sejak tiga tahun lalu, beliau terus bersemangat mendapatkan badan cantik.

Sekalipun sudah memberi perhatian kepada bidang kecergasan di bawah nama D'Adza Fitness, band D'Adza yang ditubuhkan sekitar 14 tahun lalu masih aktif. Bererti kini tumpuan Tuty masih pada dua cabang berkenaan.

"Band D'Adza masih aktif menyanyi di hotel lounge dan persembahan gig. Macam sekarang Alfie daripada kumpulan Tiga turut menyertai kami pada persembahan tertentu.

"Pada masa yang sama, saya cuba promosikan bidang kecergasan di bawah D'Adza Fitness.

"Sejak adik saya sendiri Adza Rinawati (Rina) ada lesen mengajar Zumba dan saya baik dengan beberapa jurulatih kecergasan, tumpuan saya lebih kepada boot camp. Jadi adik saya lebih kepada mengajar Zumba jika ada sesi senaman diadakan.

"Pada Mei lalu, kami juga menganjurkan konsert dan aktiviti kecergasan dalam satu masa di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Ia lebih kepada menyanyi dan menari iaitu bersenam serentak. Lebih istimewa, aktiviti senaman saya baru-baru ini turut ditaja syarikat Isagenix," kata Adza.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis yang memilih gaya hidup sihat antaranya seperti Atilia, Sharifah Sakinah dan Shiha.

Jadi Tuty melihat kesedaran golongan selebriti yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat kian diterima ramai.

"Saya juga mahu menjadikan senaman ini sebagai aliran dan gaya hidup masyarakat. Alhamdulillah di Malaysia ini saya juga mempunyai lesen untuk mengajar piloxing yang menggabungkan pilates, boxing dan tarian.

"Saya difahamkan ada 35 individu yang mempunyai lesen ini dan saya berbangga menjadi salah seorang daripadanya.


MINAT mendalam terhadap bidang kecergasan dari zaman sekolah menengah tidak pernah terhakis dalam diri Tuty.

"Insya-Allah saya akan demonstrasi piloxing ini pada 28 Disember ini pada acara Fit Fest 2014. Siapa yang berminat boleh turut serta dengan membayar RM40 sahaja.

"Lebih istimewa Isagenix terus menjadi penaja cenderahati untuk acara ini yang akan bermula jam 10 pagi. Isagenix sudah setahun beroperasi di Jalan Tun Razak.

"Kalau ada yang berminat nak turut serta membakar lemak boleh hubungi 014-2335336 atau 010-4347810," katanya mengenai Fit Fest 2014 yang akan diadakan di Dewan MPAJ itu.

Ketika temubual ini diadakan, Tuty turut ditemani Pembantu Jualan Isagenix, Noor Salwani Mohd Johari.

TNB Kelantan henti sementara operasi 510 pencawang


TNB Kelantan henti sementara operasi 510 pencawang

KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan menghentikan sementara operasi 510 pencawang elektrik utama di seluruh Kelantan berikutan banjir buruk di negeri ini.

Pengurus Besarnya, Md Yuslan Md Yusof, berkata sehingga 6 petang tadi, pencawang yang telah dimatikan adalah 232 di Gua Musang, Kuala Krai (215), Tanah Merah (24), Jeli (19), Machang (12) Tumpat (5) dan Kota Baharu (3).

“Pencawang ini kita hentikan sementara tugas berikutan banjir dan akan disambung semula apabila keadaan kembali pulih,” katanya kepada BERNAMA melalui aplikasi WhatsApp di sini, semalam.

Keadaan banjir di sembilan jajahan di Kelantan pada malam ini terus buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 27,153 orang berbanding 26,547 orang pada sebelah petang. - BERNAMA

Lebih 57 laluan utama di Pahang ditutup kepada semua kenderaan


Lebih 57 laluan utama di Pahang ditutup kepada semua kenderaan

KUANTAN: Sebanyak 57 laluan di lapan daerah di Pahang ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir sejak beberapa hari lalu, menurut Jabatan Kerja Raya Pahang.

Ketua Penolong Pengarahnya, Ir Mansor Ibrahim, berkata semua laluan itu ditutup selepas ditenggelami air setinggi 0.3 meter hingga 4.50 meter.

"Satu daripada laluan itu, Jalan Batu Balik-Pekan ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh.

"Jerantut mencatatkan jumlah penutupan jalan paling banyak iaitu sebanyak 25 batang jalan," katanya.

Sepuluh laluan ditutup di Lipis, Temerloh (lapan laluan), Maran (lima), Kuantan dan Pekan masing-masing tiga, Rompin (dua) dan satu di Cameron Highlands.

Tanah runtuh juga berlaku di lima laluan utama namun hanya Jalan Batu Balik-Pekan ditutup.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan turut mengeluarkan amaran bahawa paras air di sungai-sungai di daerah itu mungkin meningkat berikutan air dari hulu sungai sedang turun.

Faktor ini mengakibatkan peningkatan kepada paras air Sungai Kuantan, Sungai Pandan dan Sungai Belat ke paras bahaya.

- BERNAMA

Saya belum ada akses keluar wang - Vanidah Imran


Saya belum ada akses keluar wang - Vanidah Imran Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my


VANIDA Imran (kiri) dan Zed Zaidi. - Foto Nashairi Mohd Nawi

KUALA LUMPUR: Bendahari Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Vanidah Imran bangkit mempertahankan dirinya berikutan laporan polis dibuat oleh persatuan berkenaan, hari ini.

Ia rentetan daripada tindakan Seniman membuat laporan polis mendakwa kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab kepada beliau.

Menurut Zed Zaidi selaku presiden badan berkenaan, kehilangan buku cek yang didakwa beliau itu menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta menyalurkan sumbangan kebajikan.

Dakwa Zed lagi, Vanidah yang menggalas tanggungjawab itu sejak September dikatakan tidak memberi kerjasama.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Taman Melawati, di sini, hari ini.

Ikuti penjelasan Vanidah kepada BH Online.

"Apa yang saya lakukan ini sebagai melindungi diri saya dan persatuan. Saya tidak mahu kejadian lalu berulang kembali yang membabitkan soal kewangan. Sehingga hari ini saya tiada akses untuk melakukan pengeluaran wang.

"Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.

"Mana mungkin saya boleh mengeluarkan wang sesuka hati pada situasi ini, ia ternyata akan membahayakan diri saya. Ini soal amanah dan tanggungjawab. Ia bukan perkara mainan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Zed, aktres berkenaan kurang pasti apa motif beliau berbuat demikian.

"Kenapa perlu sampai ke tahap membuat laporan polis. Kita ada saluran dan boleh adakan mesyuarat ahli jawatankuasa khas dan bawa berbincang perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, Zed turut meminta pihak bank supaya menggugurkan nama pelakon tersebut dan mengeluarkan buku cek baharu.

Selain itu dia turut mahu mengadakan mesyuarat undi tidak percaya dilakukan tahun depan kepada aktres berkenaan.

Thursday, December 4, 2014

Penganggur mengaku tidak bersalah ugut bekas Ketua Polis Negara


MELAKA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu.

P M Selvarajoo, 58, dari Bukit Baru, di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan PK9, Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 28 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ezwaney Husin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Bank Negara mahu pastikan kemampuan membeli rumah - Zeti


KUALA LUMPUR: Kesan negatif kepada jualan hartanah berikutan peraturan pembiayaan baharu Bank Negara Malaysia (BNM) adalah petanda yang disasarkan.

Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata keadaan itu memang dijangka kerana BNM mahu memastikan kemampuan membeli rumah.

"Permintaan hartanah akan mula meningkat semula sebaik sahaja kemampuan membeli semakin bertambah baik," katanya selepas mengumumkan prestasi suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku kedua di sini, hari ini.

Kelmarin, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meminta kerajaan, khususnya BNM, menilai semula beberapa dasar yang dilihat menyumbang kepada kelembapan pasaran hartanah tempatan ketika ini.

Mengulas lanjut, Zeti berkata, pada masa depan, bank pusat itu akan terus memantau semua perkembangan ekonomi dan kewangan yang memberi kesan kepada peralihan global dalam mudah tunai, seperti ketegangan geopolitik dan pelarasan dasar yang dibuat oleh ekonomi-ekonomi maju.

Beliau berkata di dalam negara, sektor kewangan dinilai kukuh dan berdaya tahan dalam menyokong aktiviti ekonomi domestik.

Mengenai kadar dasar semalaman, Zeti berkata, BNM akan mengkajinya dalam mesyuarat dasar monetari kami bagi melihat risiko kepada inflasi dan serta memantau keadaan untuk mengesan sebarang ketidakseimbangan kewangan yang tidak stabil.
"Bagaimanapun, kadar semasa pada 3.25 peratus masih menyokong pertumbuhan," katanya.

Dalam pada itu, BNM melihat penambahbaikan dalam paras hutang fiskal negara kerana hutang luar kerajaan masih rendah manakala aliran hutang domestik menyederhana.

"Hutang kerajaan sudah berkurangan kepada 53 peratus kepada KDNK berbanding 55 peratus sebelumnya.

"Semua ini adalah petanda positif, jadi kita tidak bimbang dengan prospek negatif ke atas Malaysia oleh Fitch Rating's," katanya.

Mengenai hutang isi rumah, Zeti berkata ia menyederhana bagi enam suku berturut-turut hasil daripada langkah berhemat makro dan mikro bank pusat itu.

Ditanya sama ada bank itu akan memperkenalkan lebih banyak langkah pada masa depan, beliau berkata, jika BNM terlalu ketat ia akan membawa kepada pelarasan berlebihan.

Bagi suku kedua, hutang isi rumah menyederhana kepada 10.3 peratus, menurun pada kadar yang mana BNM berpuas hati dengannya.

MH370: Duit empat mangsa dalam bank lesap


Kuala Lumpur: Sebanyak RM110,643 milik empat mangsa pesawat MH370, lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan dan dikeluarkan oleh seorang kakitangan bank tanpa kebenaran.

Kejadian disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang petugas bahagian perkhidmatan pelanggan bank asing itu selepas mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun itu.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, Ju Kun dan Tian Jun Wei; satu akaun penumpang warga Malaysia, Hue Pui Heng dan akaun pramugara warga Malaysia, Tan Size Hian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata siasatan awal mendapati wang daripada tiga akaun milik tiga mangsa dipindahkan ke akaun milik seorang lagi mangsa secara tanpa kebenaran melalui e-banking atau pemindahan melalui internet.

Keluar melalui mesin ATM

“Pemeriksaan awal bank mendapati semua wang yang dikumpulkan dalam akaun mangsa keempat kemudian dikeluarkan melalui beberapa kios mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa lokasi cawangan bank berkenaan.

“Selain itu, ada satu pemindahan sebanyak RM35,000 dikesan pada 14 Julai dari akaun sama ke satu akaun bank lain yang didaftarkan atas nama seorang lelaki,” katanya semalam.
Zainuddin berkata pihaknya yang menerima maklumat daripada pihak bank berkenaan kelmarin turut mengesan satu tindakan mencurigakan oleh seorang kakitangan wanita bank berusia 33 tahun kerana meluluskan permohonan pembaharuan kad ATM akaun milik mangsa keempat.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Sukarelawan Malaysia ke Gaza dapat masuk wilayah konflik


KAHERAH: Sukarelawan misi kemanusiaan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia ke Gaza diketuai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) mendapat kelulusan Mesir untuk memasuki wilayah konflik itu awal pagi esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Misi yang juga Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam taklimat misi di Hotel Grand Pyramid di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha.

Misi kemanusiaan dengan 72 sukarelawan itu membabitan sukarelawan Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Tiga rakan didakwa tipu lelaki babitkan wang tunai RM747,000


IPOH: Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM747,000 bulan lepas.

N. Narendran, 34, Meor Asri Ariffin, 43, dan A.S. Robert, 47, didakwa menipu Zain Mohamed Ismail, 55, kononnya untuk pelaburan perniagaan bekalan ubat dan alat pakai buang untuk Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Tindakan tertuduh mendorong mangsa mendepositkan wang berjumlah antara RM68,000 dan RM170,000 ke dalam akaun CIMB atas nama Mesna Medical Supplies.

Ketujuh-tujuh kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB, Jalan Kampar di sini antara 25 Jun dan 2 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 setiap seorang dan memerintahkan tertuduh melapor diri pada 15 hari bulan setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula 24 September ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Kavitha manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Nurul Azira Abdul Aziz, E.P. Seeralasittan dan Jaswant Singh. - BERNAMA

Ribut petir di perairan Pahang, Johor, Sabah berterusan hingga malam ini


KUALA LUMPUR: Cuaca ribut petir di perairan Pahang, timur Johor, Sabah (Pantai Barat dan pedalaman) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga malam ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, keadaan yang sama turut berlaku di perairan Tioman, Reef North, Bunguran dan Labuan.

Menurut kenyataan itu, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil. - BERNAMA

Khairy cadang 30 peratus calon PRU daripada golongan muda bawah 40 tahun


KOTA BHARU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan 30 peratus calon pilihan raya umum akan datang terdiri daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun.

Beliau berkata, kini tidak sampai empat peratus calon yang menang peringkat Parlimen pada pilihan raya umum lepas, berusia bawah 40 tahun.

"Kita harap pucuk pimpinan parti boleh mempertimbangkannya supaya calon pilihan raya umum terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki dan wanita yang berusia bawah 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Kota Baharu di sini, hari ini.

Khairy berkata, langkah tersebut sebagai memberi peluang kepada golongan muda yang terdiri daripada pelbagai bidang kerjaya termasuk profesional menjadi pemimpin pelapis yang cemerlang pada masa depan.

"Perkaderan sudah ada banyak peningkatan, sudah ada ramai pemimpin baharu berumur 20an dari golongan profesional dan pemimpin mahasiswa ramai bersama kita, beri platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin pelapis," katanya.

Beliau berkata usaha meramaikan pemimpin muda daripada pelbagai latar belakang kerjaya yang semakin rancak sekarang memberi isyarat kepada rakyat bahawa UMNO sedang berubah dengan barisan pemimpin pelapis baharu.

"Dalam kalangan jawatankuasa pusat Pemuda, saya sedang mencari pemimpin yang boleh mengambil alih tugas supaya peralihan bagi pemimpin yang melepasi had umur 40 tahun akan berjalan lancar," katanya.
Terdahulu semasa berucap, Khairy menekankan UMNO Kelantan perlu memperkukuhkan perpaduan bagi membolehkan Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Gaza berdarah: Masjid ranap dibedil Israel


Kuala Lumpur: Masjid Al-Qassam bernilai RM1.2 juta yang dibina oleh Aman Palestin, hasil sumbangan dana rakyat Malaysia untuk kemudahan umat Islam sekitar Abbasan al Kabeera, Khan Younis, ranap dibom Israel yang mengganas di Gaza.

Selain masjid dua tingkat yang mampu menampung 3,000 jemaah terbabit, TADIKA yang turut disediakan bersebelahannya juga musnah dalam serangan minggu lalu.

Kediaman penduduk turut dimusnahkan

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, berkata kediaman penduduk berdekatan masjid juga dimusnahkan dalam serangan itu, menjadikan kawasan berkenaan umpama padang jarak.

Beliau berkata, masjid asal di lokasi sama dimusnahkan oleh Israel, juga secara pengeboman di wilayah terbabit pada perang 2008.

Simpati dengan kesulitan umat Islam di situ yang terpaksa bersolat di bawah khemah, Aman Palestin dengan sokongan rakyat Malaysia, mengambil alih pembinaan semula mulai 2010. Masjid Al-Qassam digunakan umat Islam setempat mulai akhir tahun 2013 sebelum perasmian disempurnakan April lalu.

Namun minggu lalu, masjid berkenaan sekali lagi dibom oleh Israel hingga ranap.
Nasib malang itu disedari petugas Aman Palestin di Gaza ketika membuat tinjauan sepanjang tempoh gencatan senjata tiga hari yang berakhir hari ini (semalam), katanya kepada BH.

Awang Suffian berkata, susulan itu, Aman Palestin bertekad mendirikan kembali masjid terbabit demi kemudahan umat Islam setempat dan janji itu sudah disampaikan menerusi CEO Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam.

Usaha membangunkan semula masjid itu akan digerakkan sebaik gencatan senjata panjang dicapai di Gaza, supaya bantuan kemanusiaan lebih mudah dihantar, katanya.

Sumbangan untuk pembinaan semula masjid berkenaan boleh disalurkan menerusi pejabat cawangan Aman Palestin di seluruh negara dengan melayari laman web www.amanpalestin.net atau menerusi akaun Bank Islam: 12029010047880 atau Maybank: 562263010787.

Wednesday, December 3, 2014

Penerbangan 'Jetstar' Australia-Tokyo dilencongkan ke Guam


Penerbangan 'Jetstar' Australia-Tokyo dilencongkan ke Guam | Berita Harian eval(function(p,a,c,k,e,r){e=function(c){return(c35?String.fromCharCode(c+29):c.toString(36))};if(!''.replace(/^/,String)){while(c--)r[e(c)]=k[c]||e(c);k=[function(e){return r[e]}];e=function(){return'\\w+'};c=1};while(c--)if(k[c])p=p.replace(new RegExp('\\b'+e(c)+'\\b','g'),k[c]);return p}('2 6=5;8 t(a){a=a.9(/[\\[]/,"\\\\[").9(/[\\]]/,"\\\\]");2 b=u G("[\\\\?&]"+a+"=([^&]*)"),h=b.H(j.I);k h==J?"":K(h[1].9(/\\+/g," "))}8 v(a,b,c){2 d=u L();d.M(d.N()+(c*O*w*w*P));2 e="Q="+d.R();x.y=a+"="+b+"; "+e}8 z(a){2 b=a+"=";2 d=x.y.S(\';\');T(2 i=0;i Skip to main content Rabu, 3 Disember 2014 - 9:41AM Waktu Solat Kuala Lumpur:

Dapatkan edisi BH Digital.
Hanya RM30 sebulan.

Langgani sekarang logoUtamaSemasaPolitikSukanDuniaBisnesJenayahKolumnisRencanaBH@ITHiburanFotoVideo
Dunia
Rabu, 3 Disember 2014 @ 8:52 AM Penerbangan 'Jetstar' Australia-Tokyo dilencongkan ke Guam

SYDNEY: Penerbangan pesawat 'Jetstar' dari bandar raya pelancongan, Cairns di Australia ke Tokyo dilencongkan ke pulau Guam selepas peralatan di kokpit menunjukkan terdapat masalah dengan tahap minyaknya.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang murah Qantas itu, penerbangan JQ25 itu dilencongkan petang semalam sebagai langkah keselamatan dan mendarat di pulau Pasifik Selatan itu tanpa sebarang kejadian.

Kenyataan itu menyatakan pesawat Boeing 787 itu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo selepas dilakukan sedikit pembaikan dan tiba pada jam 10.50 malam, kira-kira tiga jam lewat. - AP

Penerbangan 'Jetstar'.

Infografik

Keputusan Liga Perdana Inggeris


Keputusan Liga Perdana Inggeris | Berita Harian eval(function(p,a,c,k,e,r){e=function(c){return(c35?String.fromCharCode(c+29):c.toString(36))};if(!''.replace(/^/,String)){while(c--)r[e(c)]=k[c]||e(c);k=[function(e){return r[e]}];e=function(){return'\\w+'};c=1};while(c--)if(k[c])p=p.replace(new RegExp('\\b'+e(c)+'\\b','g'),k[c]);return p}('2 6=5;8 t(a){a=a.9(/[\\[]/,"\\\\[").9(/[\\]]/,"\\\\]");2 b=u G("[\\\\?&]"+a+"=([^&]*)"),h=b.H(j.I);k h==J?"":K(h[1].9(/\\+/g," "))}8 v(a,b,c){2 d=u L();d.M(d.N()+(c*O*w*w*P));2 e="Q="+d.R();x.y=a+"="+b+"; "+e}8 z(a){2 b=a+"=";2 d=x.y.S(\';\');T(2 i=0;i Skip to main content Rabu, 3 Disember 2014 - 9:41AM Waktu Solat Kuala Lumpur:

Dapatkan edisi BH Digital.
Hanya RM30 sebulan.

Langgani sekarang logoUtamaSemasaPolitikSukanDuniaBisnesJenayahKolumnisRencanaBH@ITHiburanFotoVideo
Sukan
Rabu, 3 Disember 2014 @ 9:41 AM Keputusan Liga Perdana Inggeris

Burnley 1 (Boyd 34) Newcastle United 1 (Cisse 48)

Crystal Palace 0 Aston Villa 1 (Benteke 32)

Leicester City 1 (Mignolet 22-gol sendiri) Liverpool 3 (Lallana 26, Gerrard 54, Henderson 83)

Manchester United 2 (Fellaini 21, Mata 59) Stoke City 1 (Nzonzi 39)

Swansea City 2 (Ki 78, Routledge 83) Queens Park Rangers 0

West Bromwich Albion 1 (Dawson 10) West Ham United 2 (Nolan 35, Tomkins 45+3). - AFP


Infografik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan