Cari Artikel

Wednesday, October 30, 2013

Aman Nassim: Tak kejar glamor


Aman Nassim: Tak kejar glamor
Aman Nassim

Aman Nassim: Tak kejar glamor


NAMA Aman Nassim,24, barang kali masih janggal dalam dunia hiburan tanah air. Bagaimanapun, anak jati Johor Bahru ini semakin giat berusaha \ menempa nama sebagai aktor yang disegani.

Bermula dengan teater, bekas pelajar Diploma Teater, Akademi Seni Kebangsaan (Aswara), ini kemudiannya mencuba nasib di layar kaca dengan membintangi drama 'Mistik Alam Hitam' (2010) arahan Rashid Sibir. 

Nasib menyebelahinya, apabila bakatnya turut dipandang pengarah dan penerbit lain setelah ditawarkan beraksi untuk beberapa drama popular seperti Sebenarnya Aku Isteri Dia, Kerana Sarah, Derhaka Seorang Madu dan Fira Ayuni.

“Saya memang minat berlakon sejak kecil lagi. Sebab itu juga saya mengambil pengajian di Aswara. Malah tak pernah terlintas pun nak mengejar glamor atau wang semata-mata.

“Alhamdulillah... keluarga saya sangat memahami dan tidak menghalang untuk saya mengejar cita-cita dalam dunia seni,” katanya.

Akui masih baru dalam dunia seni, Aman berkata dia sanggup belajar dari bawah dan tidak memilih watak.

“Saya tidak kisah memegang watak apa sekalipun, asalkan ia mampu menyerlahkan bakat lakonan saya.

"Kalau boleh, saya nak jadi pelakon yang versatil dan dan terikat dengan satu-satu watak saja," katanya yang pernah membintangi watak antoganis dalam filem Psiko Pencuri Hati.

Sertai Liga Lawak Superstar

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Aman berkata, pengalamannya di pentas teater banyak membantunya menjadi pelakon yang lebih baik.

“Sebenarnya teater lebih sukar berbanding drama atau filem kerana terikat dengan tempoh tertentu.

“Kita harus peka dengan setiap langkah kerana ia berlaku secara berterusan. Sebaliknya dalam drama pengarah yang akan yang akan menentukan lakonan kita,” katanya yang pernah menjayakan teater Rompakan Bersenjata arahan Aloy Paradoks tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Aman berkata dia kini sibuk dengan program realiti Liga Lawak Superstar yang hanya berbaki 11 episod lagi.

Bersama dengan komedian terkenal, Hamdan dan Amyza Aznan dalam kumpulan Derhaka Seorang Cinderella, Aman berkata dia tetap rasa gembira kerana dapat menyertai program itu.

“Walaupun kumpulan kami mendapat kedudukan tercorot pada minggu pertama dan kedua bagi kumpulan A, namun kami tidak mahu menyerah kalah.

“Ia baru dua minggu dan kami masih mempunyai dua minggu lagi untuk berlatih. Biarpun ia percubaan pertama saya untuk lawak tetapi saya tidak layak digelar pelawak,” katanya.

Ahmad Idham: Jadi mangsa keadaan!


Ahmad Idham: Jadi mangsa keadaan!
Ahmad Idham

Ahmad Idham: Jadi mangsa keadaan!


ENGGAN menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu ini, pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, mengakui ia berpunca daripada kelemahan sistem pentadbiran yang ada.

Menurut Idham, perkara ini berlaku akibat kecuaian badan kerajaan terutamanya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang gagal dalam sistem pengurusan industri.

"Saya tidak marahkan penonton bila mereka mengkritik karya kita dengan lantang kerana saya ibaratkan pembikin filem mangsa keadaan.

"Kami menjadi mangsa kepada sistem pengurusan yang lemah dan tidak relevan. Selagi pengurusan tidak dilakukan dengan cara yang betul, masalah ini akan berlanjutan dari masa ke semasa," kata pengarah filem, Mael Lambong ini.

Tambah Idham, pernah satu ketika hatinya terdetik untuk berundur dalam industri dan penghasilan filem.

"Memang saya pernah terdetik nak tarik 'handbreak'. Namun, memikirkan industri dan penonton, saya jadi serbasalah.

"Atas dasar cintakan industri, saya masih bertahan hingga kini dan begitu juga dengan penerbit lain," katanya.

Adakah Benar Filem tempatan semakin hilang kualiti?


Adakah Benar Filem tempatan semakin hilang kualiti?

Adakah Benar Filem tempatan semakin hilang kualiti?


TIDAK dinafikan, penghasilan karya filem pada tahun ini turut menunjukkan peningkatan drastik berbanding beberapa tahun sebelum ini.

Sepanjang tempoh tayangan tahun lalu, ia mencatat jumlah penghasilan filem paling tinggi iaitu sebanyak 76 filem berbanding 49 filem pada 2011 dan 39 filem pada 2010.

Berdasarkan statistik di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), bermula Januari hingga September tahun ini, 50 filem telah selesai ditayangkan di pawagam.

Malah, bilangan ini akan meningkat dari masa ke semasa selepas Skim Wajib Tayang menetapkan dua filem tempatan akan ditayangkan dalam masa seminggu bermula awal 2012.

Pun begitu, walaupun perkara ini dilihat dapat membantu masalah lambakan filem yang terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tarikh tayangan, namun ia sekali gus mengundang permasalahan baharu.

Di saat pembikin filem berlumba-lumba menghasilkan karya untuk disajikan kepada penonton, mungkin mereka terlepas pandang mengenai beberapa faktor yang menguatkan penghasilan sesebuah filem.

Malah, ada yang hanya mengambil masa kurang daripada 20 hari untuk menyiapkan penggambaran dan proses penyuntingan filem.

Adakah filem yang disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa itu mampu memberikan kepuasan kepada penonton ataupun mereka hanya menghasilkan karya seperti 'melepaskan batuk di tangga' sahaja?

Malah, filem yang dihasilkan kini rata-rata tidak mempunyai kriteria yang perlu ada dalam sesebuah filem.

Jika dilihat dari segi mutu, kualiti, jalan cerita dan skrip, ia hanya setanding drama tempatan sahaja dan sememangnya tidak layak untuk diangkat ke layar perak.

Mana tidaknya, ada segelintir produksi lebih suka memilih pelakon baru untuk diangkat sebagai bintang filem walaupun ada kalanya lakonan dan bakat yang ada hanyalah suam-suam kuku sahaja.

Malah, kebanyakan penonton menilai terlebih dahulu sesebuah filem menerusi trailer dan genre yang disiarkan sebelum menonton.

Selain itu juga, ada segelintir filem kini dilihat semakin terbarai dan tidak mementingkan sinematografi sesebuah filem.

Bukan itu sahaja, dari segi jalan cerita, genre dan tema yang stereotaip juga memberi kesan kepada jumlah tontonan.

Tidak kurang juga yang mengkritik dan membandingkan mutu filem kita dengan filem luar termasuk Indonesia apabila filem kita hanya tahu mengasah cerita-cerita hantu, kisah cinta dan gangster semata-mata.

Penghasilan filem yang tidak memenuhi piawaian ini turut memberi impak kepada kutipan di pawagam, malah ada di antara filem itu hanya mendapat kutipan kurang daripada RM200,000 sepanjang tayangan.

Malah, pada tahun ini, kebanyakan filem yang dihasilkan gagal mendapat pulangan modal, rata-rata daripadanya melibatkan kerugian besar.

Hanya beberapa filem sahaja yang mampu meraih keuntungan, antaranya filem, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, Juvana, Minyak Dagu, Rock Oo, Bikers Kental, Langgar, KL Zombie dan KL Gangster 2.

Betul Ker Abby Abadi tidak hormat suami?


Betul Ker Abby Abadi tidak hormat suami?
Abby Abadi dan suami Muhammad Noor Farhan Che Bakar

Betul Ker Abby Abadi tidak hormat suami?


TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya.

“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.

Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.

“Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.

Tetap dengan pendirian

Dalam pada itu, Abby turut mengulas kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, yang menempelak tindakannya dalam mengaitkan kehidupan artis dan maksiat ketika sesi ceramahnya sebelum ini.

Menurut Abby, dia hanya berkongsi pengalamannya ketika bergelar artis dan tindakan Zed membidasnya itu turut dibayangi jawapan politik.

"Saya lihat kenyataannya tidak realistik. Mengapa dia mahu fitnah saya? Ini perjuangan saya untuk memperbetulkan apa yang berlaku dalam industri hiburan tanah air, yang mana kini terlalu banyak maksiat yang berlaku.

“Namun, siapalah saya kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk dan mendidik acuan dalam industri hiburan. Cuma apa yang dapat saya lakukan adalah berdakwah dan menyebarkan apa yang dibolehkan oleh agama,” katanya.

Mengulas mengenai sikapnya yang tidak disenangi segelintir pihak, ibu kepada tiga cahaya mata ini nyata melahirkan rasa kecewa. Bagaimanapun dia tidak mahu mendendami sesiapa yang tidak menyukainya.

“Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Dan saya maafkan ketelanjuran mereka. Bagi saya setiap manusia perlu melalui proses kematangan.

“Saya memberikan peluang kepada sesiapa untuk memperbaiki niat mereka,” akhirinya.

Maya Karin tak serik pilih ‘mat saleh’!


Maya Karin tak serik pilih ‘mat saleh’!
Maya Karin

Maya Karin tak serik pilih ‘mat saleh’!


Selepas kegagalan rumah tangganya bersama Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010, nampaknya pelakon jelita, Maya Karin Roelcke, 33, tidak serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan jejaka kulit putih.

Maya yang kini sudah tidak berselindung mengenai hubungan cintanya,  bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai 'mat saleh' yang sedang bertakhta di hatinya itu.

"Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih," katanya yang tidak meletakan sebarang syarat, melainkan jejaka itu harus  menyayangi dan memahaminya.

Pelakon yang popular dengan watak Izzah menerusi filem ombak rindu ini juga, tidak mahu lagi memberikan publisiti meluas tentang hubungan cintanya.

Katanya, cukuplah sekadar dia memberitahu media bahawa dia kini masih menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki kulit putih yang juga merupakan orang dalam industri hiburan.

Biarpun mengakui  sedang mengenali hati budi lelaki tersebut, Maya menjelaskan hubungan itu masih lagi di peringkat awal.

“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya.

“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya,” kata Maya yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Namun, apabila ditanya mengenai bilakah dia akan menamatkan status solonya, Maya menegaskan ia akan tiba masanya.

“Kita tunggu saja. Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya akan menghebahkannya kepada media,” katanya.

Maya Karin tak serik pilih ‘mat saleh’!

Bakal ke Sepanyol

Walaupun kini sedang sibuk dengan pengacaraan dan bisnes korporat, namun Maya, mengakui masih boleh membahagikan masa bersama kekasih serta keluarganya.

Malah aktres yang pernah popular menerusi filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini berkata, dia cuba memenuhi hobi lapangnya dengan bercuti bersama keluarga di luar negara. Dan yang terbaru, dia mungkin akan melancong di Sepanyol.

Katanya, walaupun sudah berpunya, namun ia tidak membataskan kemesraan dengan keluarga memandangkan dia sangat menjaga hubungan tersebut dan mementingkan ruang bersama keluarga.

“Sibuk macam mana sekalipun, saya tetap membahagikan masa bersama keluarga. Begitu juga dengan kekasih. Tapi belum pernah lagi saya keluar melancong bersama kekasih,” katanya yang berharap hubungannya dengan jejaka Inggeris itu akan ke arah lebih baik memandangkan dia sudah beberapa kali dikecewakan sebelum ini.


Lepas gian selepas 12 tahun

Mengulas mengenai kerjaya seninya, pelakon ini berkata, dia kini sedang sibuk menjalani latihan teater muzikal ‘Supermokh’ arahan Hans Isacc yang diterimanya. Menerusi teater itu, Maya melakonkan watak Tengku Zarina, isteri kepada legenda bola sepak terkenal negara, iaitu, Allahyarham, Datuk Mokhtar Dahari

Maya berkata, ia adalah satu lagi karakter mencabar selepas membintangi teater terakhir sejak 12 tahun lalu.

“Saya harus menjiwai watak Tengku Zarina. Selepas bertemu sendiri dengannya saya mengkaji karakter Tengku Zarina. Dia adalah wanita yang cukup kuat dan juga romantik.

“Memandangkan ini bukan filem atau dokumentari, maka saya kena bekerja lebih keras untuk memastikan saya benar-benar berjaya membawa watak itu.

“Namun berlakon dan menyanyi dalam satu masa, bukanlah asing untuk saya. Dengan membintangi muzikal ini, sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan 'gian' untuk berlakon di pentas teater," katanya yang ditemui selepas melancarkan kempen
Ekstravaganza Petronas bersama selebriti.


Masih bergelar penyanyi

Bercerita mengenai perkembangan single terbarunya, Maya berkata, walaupun ‘single’ itu masih belum popular, namun ia dapat menjangka selepas selesai pembikinan muzik video dan promosi yang dirancang oleh Warner Music ‘single’ berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal diterima peminat.

Menurutnya, lagu itu juga akan dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Maya berkata, dia kini sibuk belajar mendalami dan menambah ideanya dalam bidang perniagaan.

“Saya ada perancangan untuk terlibat dalam bidang perniagaan, namun saya masih tercari-cari apakah peluang perniagaan yang menjamin saya sebagai pelaburan di masa hadapan.

“Saya masih masih belajar untuk ceburi dunia perniagaan,” kata pelakon yang  pernah memenangi anugerah aktres terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.

Tuesday, October 29, 2013

Liga Lawak Superstar - Belum tunjuk 'taring'


Liga Lawak Superstar - Belum tunjuk 'taring'

Liga Lawak Superstar - Belum tunjuk 'taring'


Program realiti terbaru TV3, Liga Lawak Superstar (LLS) yang menampilkan lapan komedian dan 16 artis popular tanah air dalam menggilap bakat serta kreativiti mereka menerusi sketsa komedi telah memulakan pertarungan pada setiap hari Ahad jam 9 malam.

Hanya berbeza satu mata, juara minggu LLS bagi Kumpulan A menjadi milik Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Fizz Fairuz.

Kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menang nipis (59 markah) dengan kumpulan Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail dan Hairi Safwan) yang memperoleh 58 markah.

Selain itu, dua lagi kumpulan iaitu Derhaka Seorang Cinderella (Hamdan, Amyza Aznan dan Aman Nassim) mendapat 48 markah manakala Spy Kampung (Farouk Hussain, Zalif Sidek dan Shafiq Kyle) peroleh 51 markah  dilihat kurang menyerlah berbanding rakan seangkatan mereka yang lain.

Empat pasukan ini berentap meraih markah daripada barisan juri tetap terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli (ketua juri), juri awam dan mendapat undian SMS daripada orang ramai.

Pusingan pertama menampilkan persaingan sengit antara Apa Kasih Toq dan Aku dalam permainan Apa Maksud Kau.

Sementara itu, kumpulan Derhaka Seorang Cinderella dan Spy Kampung mula menunjukkan peningkatan mendadak menerusi cabaran Jampi.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, mereka perlu berhadapan dengan lima cabaran berbeza pada setiap minggu.

Katanya, minggu ini peserta perlu bermain permainan iaitu Apa Maksud Kau, Jampi, Pentiru Besar, Bilik Soal Siasat dan Karaoke Uncle Spa.

"Selepas pertarungan pertama oleh Kumpulan A dan B, setiap kumpulan sudah jelas mempamerkan potensi mereka namun, terlalu awal membuat ramalan.

"Lagipun kebanyakan peserta belum menunjukkan taring masing-masing kerana masih mencari identiti dalam persembahan," katanya.

Nurlisia berkata, setiap peserta perlu memperbaiki kelemahan persembahan dan ada kalanya mereka tidak konsisten.

"Peserta perlu peka dari awal lagi supaya mengemaskan lagi persembahan  dari semasa ke semasa kerana masih mempunyai 3 pusingan sebelum sesi penyingkiran.

"Kami berharap semua pasukan mengekalkan momentum dan terus memberikan persaingan pada minggu seterusnya," katanya.

Juara LLS sekali gus membawa pulang RM250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM75,000 manakala tempat ketiga RM50,000 dan tempat keempat RM25,000.

Elaine, Sofea dan Dira buktikan kemampuan


Elaine, Sofea dan Dira buktikan kemampuan
Dari kiri: Elaine, Sofea dan Dira buktikan kemampuan. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

Elaine, Sofea dan Dira buktikan kemampuan


Peluang untuk duduk di ‘kerusi’ pengarah digunakan sebaiknya oleh Elaine Daily, Datin Sofea Jane dan Dira Abu Zahar yang lebih dikenali sebagai pelakon.

Semua ini hanyalah kerana projek Ikal Mayang yang dilakukan oleh mereka sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Ikal Mayang merupakan cetusan idea daripada badan bukan kerajaan (NGO), Women: Girls, membabitkan 15 kompilasi filem pendek arahan 15 penggiat seni wanita dalam mengetengahkan isu-isu kehidupan golongan hawa.

Lebih membanggakan lagi, projek Ikal Mayang ini turut diundang menyertai Festival Filem Antarabangsa Busan ke-18 (BIFF18), di Busan, Korea Selatan, Oktober lalu.

Bagaimanapun, dalam mencuba sesuatu yang baru, baik Elaine Daily, Sofea Jane mahupun Dira Abu Zahar, bidang lakonan tetap menjadi pilihan utama.


Elaine, Sofea dan Dira buktikan kemampuan

Tertarik kerana Khairy Jamaluddin- Elaine Daily

Faktor penarik bagi filem pendek, Inspektor Wanita arahan bekas ratu cantik Malaysia dan pelakon, Elaine Daily ialah apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menunjukkan bakat lakonannya.

Membawa watak sebagai penjual ayam percik di sebuah pasar malam, ternyata, Ketua Pemuda Umno itu mempunyai bakat terpendam dalam bidang lakonan sehingga turut diakui oleh Elaine sendiri.

“Di set beliau seorang yang profesional. Semua dialog beliau hafal dan melakonkan babaknya dengan hanya dua kali ‘take’ saja,” kata pengacara program bual bicara, Bella,

Ceritanya lagi, keterlibatan Khairy dalam filem pendek ini adalah secara kebetulan dan tidak menyangka beliau akan menerima tawarannya.

“Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak.

“Mulanya, dia bertanya adakah kemunculannya itu untuk sesuatu yang baik dan saya katakan sudah semestinya kerana filem saya ini adalah untuk memberi inspirasi kepada wanita. Lantas beliau terus bersetuju,” jelasnya.

Kata Elaine, Inspektor Mastura mengisahkan seorang polis wanita yang pada mulanya tidak percaya pada cinta tetapi akhirnya jatuh cinta dengan seorang penjual ayam percik.

“Saya tertarik pada keperibadian anggota polis wanita dan banyak mengikuti kes jenayah.

“Dalam kajian saya, setiap polis wanita itu mempunyai sejarah hidupnya yang tersendiri,” kata pemegang Ijazah Undang-Undang dari External University of London dan Sijil Amalan Guaman dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur itu.

Selain Khairy Jamaluddin, filem pendek itu turut menampilkan Sharifah Aleya, Beto Kusyairy dan penyampai radio Suria FM, Adibah Nor.

Bakal bertudung

Tambah Elaine lagi, pengalaman hasil kerjanya itu dijadikan batu loncatan untuknya terus mengarah dan menghasilkan filem yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya memang berhasrat untuk menghasilkan filem pada masa akan datang, tetapi saya tak rasa Khairy ada masa untuk berlakon lagi.

“Maklumlah, kini dia agak sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010 itu berkata, dia kini baru saja tamat penggambaran telefilem Permata Hati di samping pelakon meningkat naik, Zul Ariffin.

“Dalam telefilem itu, saya memegang watak gadis bertudung. Dulu, saya diberi dengan watak yang stereotaip seperti model.

“Tetapi selepas kejayaan drama Satu Ketika...Apa Dosaku, ramai penerbit dan pengarah sudah mula buka mata dengan bakat lakonan saya,” katanya yang sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang.


Sofea Jane pilih 'anak luar nikah'

Kisah benar mengenai seorang remaja yang mengandung anak luar nikah menjadi subjek utama dalam filem pendek, 1-800-Baby karya Sofea Jane.

Selain bertindak sebagai pengarah, Sofea juga merupakan penulis skrip untuk filem pendek ini.

Filem pendek 1-800-Baby yang menampilkan gandingan pelakon berpengalaman seperti Normah Damanhuri, Nam Ron, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa berkisarkan seorang wanita bernama Salmah yang menggunakan rancangan temu bual televisyen untuk menjejak anaknya yang diserahkan kepada orang lain sejak bayi lagi.

“Ceritanya adalah mengenai seorang wanita yang diasingkan kerana dia menyimpan satu rahsia yang tidak dapat dikongsi dengan orang lain kerana tekanan politik, sosial dan agama di dalam masyarakat itu.

“Tetapi persoalannya, wajarkah bayi yang dikandungkan itu digugurkan atau sedia menanggung malu di kemudian hari? Hal ini berlaku kerana, kita tidak mempedulikan punca utamanya dan itu yang saya cuba dilontarkan,” katanya yang mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan skrip.

Tambahnya, dia cuba melontarkan semua persoalan yang bermain di mindanya kerana dia sendiri tidak mempunyai jawapan pada persoalan itu.

“Saya tampilkan sedikit kelainan apabila ibu itu sendiri yang berusaha untuk mencari anak yang ditinggalkan itu.

“Walau apa pun rintangannya, seorang ibu memang tidak akan pernah melupakan anaknya.

“Tetapi, persoalan saya sebagai penulis ialah di manakah peranan kita sebagai seorang masyarakat?,” katanya yang terlibat dengan kerja pra produksi selama sebulan setengah, termasuk penggambaran dua hari.

Serik mengarah?

Berbeza dengan Elaine, Sofia Jane yang terkenal menerusi filem Perempuan, Isteri dan... berkata, dia tidak berhasrat mengarahkan filem pada masa akan datang.

Menurutnya, projek filem pendek ini dibuat bertujuan memberi suara kepada wanita-wanita di dalam masyarakat yang mungkin tidak mempunyai suara itu.

“Ia dibuat menerusi program Ikal Mayang sempena menyambut Hari Wanita Sedunia.

“Saya tidak sangka ia akan berjalan jauh hingga ke Korea tetapi saya percaya bahawa semua pelakon harus menulis sesuatu walau sekecil manapun dan cuba mengarah sesuatu.

“Lagipun, ia tidak jauh dari apa yang kita lakukan sebagai pelakon iaitu bercerita. Itulah peranan story teller, itulah peranan pengarah dan itu juga peranan pelakon untuk bercerita,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sofea akan beraksi di pentas teater karya Nam Ron di samping Vanidah Imran dan Sharifah Amani pada 1 hingga 3 November ini serta menantikan tayangan filem Hanyut yang dijangka keluar pada Disember nanti.

“Ada juga beberapa projek akan datang yang sedang dibincangkan,” katanya.

Dira bongkar 'Jerat Suami'

Filem pendek arahan sulung Dira Abu Zahar, Jerat Suami iaitu sebuah mokumentari yang memaparkan kisah wanita yang menjerat lelaki untuk mengahwini mereka di samping pengalaman seorang lelaki yang bernama Razi berkongsi pengalamannya
sendiri bersama-sama wanita yang dikahwininya.

“Isu wanita perlu berkahwin itu adalah sesuatu yang serius. Di negara kita, khususnya masyarakat  Melayu, jika dilabel sebagai anak dara tua, itu memang menjadi satu masalah!

“Jadi, sebab itu saya keluar dengan Jerat Suami. Wanita zaman sekarang sanggup berbuat apa saja asalkan mereka tidak dilabel sebagai anak dara tua seperti menjerat suami atau menjerat diri sendiri,” kata bekas pengacara Melodi ini.

Menampilkan barisan pelakon ternama seperti Kavita Sidhu, Qi Razali, Tasha Shila dan Atilia Haron, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar berkata, dia bagaimanapun tidak melibatkan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof, yang mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi dan pengarahan filem.

“Suami cuma memberi galakan dan kongsi ideologi untuk membuat filem yang baik.

“Secara fizikalnya,  dia tidak mengganggu malah tidak campur langsung dengan kerja-kerja saya.

“Ini membuatkan saya bebas untuk membuat semua kerja pengarahan," katanya yang kini berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip.

Serik cipta kontroversi

Sementara itu, Dira yang pernah mencetuskan kontroversi pada awal tahun lalu, apabila dia dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur memberitahu kontroversi itu banyak memberi pengajaran buat dirinya.

“Ia banyak beri pengajaran dalam kehidupan saya terutamanya pandangan masyarakat, tapi saya tidak pernah peduli apa mereka fikir tentang saya.

“Hidup ni macam roda. Ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Pada saya turun naik itu normal cuma macam mana kita nak atasinya.

“Apa pun yang orang buat pada saya, saya terima dengan tenang. Bagi saya, saya tiada masalah,” katanya yang sedia untuk mengandung lagi.

Dalam perkembangan lain, Dira sedang menunggu tayangan filem Papadom 2 yang akan ke pawagam pada Disember nanti.

Tugas berat Siti Nurhaliza


Tugas berat Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Tugas berat Siti Nurhaliza


Selepas selesai dua tugas Inspirer iaitu Faizal Tahir dan Melly Goeslaw selama enam minggu bersama pelajar-pelajar AF2013, kini tiba giliran Datuk Siti Nurhaliza untuk berkongsi pengalamannya bersama pelajar sekali gus menggalas tugasan tersebut.

Siti berkata, beliau kini sedang menekankan aspek membentuk pelajar AF2013 melalui persembahan dan mengkaji karakter pelajar untuk minggu berikutnya.

Menurutnya, selepas ini beliau mahu pelajar melakukan persembahan terbaik, bukan hanya sekadar untuk memuaskan hati pengkritik tetapi membentuk mereka menjadi penghibur sebenar.

“Sebelum ini, saya melihat satu hasil yang membanggakan apabila Inspirer  memberikan tunjuk ajar mereka menerusi lagu dan susunan muzik dan keunikan sendiri dari segi pembinaan karakter.

“Jadi kini, peluang saya adalah untuk memberikan penekanan dari aspek persembahan pula supaya mereka boleh menyahut cabaran di luar sana untuk dinobatkan menjadi bintang yang sebenar,” katanya.

Menurut Siti, beliau akan cuba menggalas tanggungjawab ini untuk membantu pelajar berjaya sebagai pelapis baru dan sedia  memberikan tunjuk ajar yang terbaik serta menggilap pelajar memenuhi pakej sebagai penghibur.

“Masih ada masa dua minggu lagi untuk memberikan penekanan ini supaya mereka dapat menunjukkan kebolehan dan kehebatan masing-masing melalui pentas AF2013 ini.

“Saya sudah nampak ada bintang yang sedang bersinar selepas melalui proses kematangan mereka melalui dua Inspirer sebelum ini,” katanya yang mengakui kesemua pelajar mula menunjukkan peningkatan dari persembahan mereka.

Tugas berat Siti Nurhaliza

Mahu 'pecah kepala'

Tujuh minggu bersiaran, menyaksikan tiga daripada pelajar AF 2013, Azhael, Nabila dan Indah, mendapat kritikan hebat dari tiga juri tetap, Roslan Aziz, Edry Abdul Halim serta Sharifah Amani.

Mengulas mengenai situasi itu, Siti mengakui ulasan yang diberikan juri sangat bertepatan memandangkan beliau juga sedang memperhalusi sudut persembahan pelajar.

“Saya sendiri 'pecah kepala' memikirkan lagu yang sesuai kepada pelajar AF2013 mengikut kemampuan mereka. Alhamdulillah, mereka telah sahut cabaran mengikut kemampuan mereka.

“Saya lihat prestasi mereka sebenarnya sedang meningkat, kerana komen juri tidak begitu menekankan aspek vokal seperti sebelum ini.

"Namun, saya akui ada beberapa pelajar yang perlu memperbaiki lagi mutu persembahan mereka, terutamanya dalam mencari keserasian berduet " katanya yang tetap menghormati kritikan yang diberikan ketiga-tiga juri tetap itu.

Penyanyi tersohor ini bagaimanapun punya pendirian tersendiri terhadap tiga pelajarnya yang menerima kritikan hebat itu.

Menurut Siti, baik Azheal, Nabila dan juga Indah punya keistimewaan serta tarikan tersendiri, malah beliau sedia untuk membantu mereka menjadi penghibur yang lebih baik.

Tugas berat Siti Nurhaliza
Pembukaan lagu Siti Nurhaliza.

Azhael enggan dilabel 'kayu'

Berbeza dari minggu sebelumnya, konsert ketujuh menyaksikan pelajar AF2013 membuat persembahan bersama pasangan duet yang terdiri daripada bekas pelajar AF seperti Hafiz, Mila, Hazama, Stacy, Aril dan Adira.

Bagi duo yang semakin menjadi perhatian, Azhael, mereka sedaya upaya cuba menyanyikan lagu rancak, Menggegar Dunia nyanyian asal oleh Stacy dan Adam dengan tarian sebaik mungkin.  

"Pada mulanya kami mahu pilih lagu balada, sebab tahu kami ni 'kayu', tak boleh menari seperti orang lain. Tapi kami sahut cabaran Datuk Siti dan cuba menari dengan baik.

“Walaupun terima kritikan hebat dari juri terutamanya Roslan Aziz, kami yakin, inilah cabaran terbesar kami menggalas tugas di AF," kata Azheal yang dianggotai Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi.

Sementara itu,  Faizul telah menunjukkan peningkatan berganda apabila dapat membuat kejutan dan kelainan melalui persembahannya bersama Adira.

Mendendangkan lagu Penghujung Cintaku nyanyian asal Pasha dan Adelia, persembahan Faizul itu turut mendapat pujian hebat daripada ketiga-tiga juri.


Selamat tinggal Suhada

Perjuangan Suhada di pentas AF2013 akhirnya terhenti apabila namanya diumumkan sebagai pelajar ketujuh yang tersingkir di Konsert AF2013.

Suhada atau nama sebenarnya Abdul Suhada Unding  menyampaikan lagu duet bersama penyanyi, Mila Jirin berjudul Hanya Memuji nyanyian asal oleh penyanyi dari Indonesia, Shanti dan Marcell.

Pelajar berusia 21 tahun itu tersingkir selepas mendapat undian terendah sebanyak 8 peratus.

Selain Suhada, pelajar Aisyah merupakan pelajar kedua dengan peratusan terendah iaitu sebanyak 11 peratus, manakala undian tertinggi pula adalah milik Nabila, 24, peratus diikuti dengan pasangan duo, Azhael iaitu 21 peratus.

Dengan penyingkiran Suhada itu, kini tinggal enam bintang AF2013 (Azhael, Faizul, Aishah, Nabila, Indah dan Amira) yang akan meneruskan perjuangan.

Mawar Abdul Karim - 'Fizo cinta pertama saya'


Mawar Abdul Karim - 'Fizo cinta pertama saya'
Mawar Abdul Karim

Mawar Abdul Karim - 'Fizo cinta pertama saya'


"Fizo adalah cinta pertama saya dan sebelum ini saya tidak pernah bercinta kerana begitu dijaga oleh keluarga," akui bakal isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim,24, kepada media.

Sebelum itu, pelakon kacak, Fizo Omar atau sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, melamar bakal isterinya dalam suasana penuh romantis di Cathay Cinneplex, e@Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Mengakui agak terkejut dengan majlis itu Mawar berkata, Fizo mengajaknya menonton wayang sebelum menghadiri sidang media yang dikatakan akan diadakan pada sebelah petang.

Bagaimanapun, dia dapat merasakan sesuatu akan berlaku apabila muncul babak lakonan Fizo bersama pelakon cilik, Mia Sara di layar dan turut melibatkan ibunya juga.

"Fizo kata petang nanti (semalam) ada sidang media untuk umumkan tarikh perkahwinan kami dan dia ajak saya menonton wayang terlebih dahulu.

"Memang pelik dan terdetik juga, 'biar betul dia ni', tapi saya ikutkan sahaja. Malah selepas masuk dalam pawagam dan dia minta izin untuk ke tandas, saya masih tidak rasa apa-apa sehinggalah muncul video tersebut baharu saya rasa sesuatu," katanya.

Berkongsi kejutan yang dibuat untuk Mawar, Fizo berkata, idea berkenaan dirancang dalam masa tiga hari dan dia jugalah yang mengarahkan sebuah video pendek untuk kekasih hatinya itu.

Katanya, ia adalah sebagai satu tanda ingatan mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

“Saya pilih untuk membuat kejutan di panggung wayang kerana saya adalah seorang pelakon dan ini adalah kehidupan saya yang ingin saya kongsi bersama Mawar.

"Malah,  ia juga berkisar mengenai perjalanan hidup kami dan lega rasanya apabila rancangan ini menjadi kerana bimbang juga jika ‘terkantoi’,” katanya.

Fizo berkata, dia yakin Mawar akan berkata 'ya' dan perkara itu turut diakui oleh Mawar sendiri :

"Sudah tentu saya kata ‘ya’ kerana persiapan telah pun bermula tetapi kesungguhannya amat menyentuh hati saya,” jelasnya.

Mawar Abdul Karim - 'Fizo cinta pertama saya'

Kahwin dua minggu lagi

Dalam pada itu, Fizo juga turut mengumumkan akan mengikat tali pertunangan pada 9 November depan diikuti dengan majlis pernikahan mereka pada keesokan harinya, iaitu pada 10 November depan.

Kedua-dua majlis itu akan diadakan di kediaman Mawar di Country Heights, Kajang dan disiarkan secara langsung di TV9 menerusi ‘Nasi Lemak Kopi O’.

"Kedua-dua majlis akan disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi lemak Kopi O di TV9. Malah pada majlis pertunangan itu nanti akan ada sedikit kejutan manakala majlis pernikahan akan berjalan seperti biasa," katanya.

Fizo berkata, mereka mengambil keputusan bertunang terlebih dahulu atas permintaan keluarga yang ingin mengikut adat Melayu.

Tambahnya, selepas majlis pertunangan pada sebelah pagi, akan diadakan majlis khatam Al-Quran dan berinai pada sebelah malam yang akan dihadiri sanak saudara Mawar sahaja.

“Saya dan Mawar sebenarnya tidak mahu bertunang dan terus bernikah tetapi atas menghormati permintaan keluarga kami bersetuju tambahan pula ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga bakal isteri saya,” katanya.

Mawar Abdul Karim - 'Fizo cinta pertama saya'

Bisnes 'burgedung'

Sementara itu, Fizo berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang berjalan walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen.

“Walaupun kami jarang berjumpa tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain dan urusan mengenai majlis pertunangan dan perkahwinan tetap berjalan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, beberapa perancangan perniagaan sudah dibuat selepas mereka berkahwin nanti.

"Selepas berkahwin, kami akan terlibat dengan perniagaan 'burgedung' (ketawa), campuran perniagaan burger dan tudung.

"Seperti sedia maklum saya kini menguruskan perniagaan burger yang sudah mempunyai 50 cawangan di Kuala Lumpur dan Kelantan. Saya merancang meluaskan perniagaan ini ke Johor selepas berkahwin.

"Jadi saya sarankan pada Mawar  buka ibu pejabat di Johor dan Kelantan selepas ini kerana hanya di dua negeri itu sahaja tiada ibu pejabat Fareeda. Jadi bila saya ke Johor melihat perniagaan saya, Mawar juga boleh jenguk syarikat dia.

"Sebab itulah saya pilih Mawar kerana kami sama-sama minat dalam  perniagaan. Bagaimanapun selepas berkahwin, saya tetap akan aktif dengan dunia seni kerana itu minat utama saya," katanya.

Rosyam Nor: Dua tahun saya tak dipandang


Rosyam Nor: Dua tahun saya tak dipandang
Rosyam Nor

Rosyam Nor: Dua tahun saya tak dipandang


NAMA Rosyam Nor suatu ketika dulu sememangnya cukup gah dan berada dalam kelas yang tersendiri sebagai hero drama mahupun filem di Malaysia.

Namun seiring dengan kehadiran pelakon baru dalam industri seni, nama Rosyam yang kini sudah bergelar Datuk, mula tenggelam dengan populariti pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Akui pemilik Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini, dia pernah melalui satu fasa yang perit apabila ada pihak seolah-olah menidakkan kehadirannya dalam industri seni sehingga dia terpaksa ‘berehat’ dari industri seni selama dua tahun.

“Secara peribadi sebagai seorang pelakon, saya tidak mahu berhenti di tengah jalan dan saya mahu bawa nama Rosyam Nor ditahap yang tinggi.

“Tetapi sejak dua tahun lalu saya tidak dipandang sehingga saya terpaksa ambil keputusan untuk berehat bagi mencari sebuah karya yang baru untuk saya.

“Kini, saya harus mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak Tailong.

“Watak itu ibarat permulaan baru untuk saya dan saya akui selepas menjayakan watak tersebut, barulah saya dipandang semula,” ujarnya kepada Zass.

Sememangnya harus diakui, biarpun sudah berusia 46 tahun, ternyata Rosyam masih berbisa dalam menjayakan watak antagonis dan aksi dalam filem KL Gangster 2.

“Saya akui menemui rentak lakonan semula selepas membintangi KL Gangster 2 dan  ternyata bukan usia seseorang pelakon itu yang menjadi ukuran untuk menjayakan sesuatu watak.

“Saya juga mahu membuktikan kesangsian sesetengah pihak yang merasakan pemilihan saya untuk membintangi filem tersebut adalah silap. Apatah lagi walaupun watak itu jahat, ia menjadi satu watak popular dan disukai.

“Sebenarnya apa yang penting adalah kredibiliti seseorang pelakon itu dan saya anggap watak Tailong itu adalah kejayaan peribadi saya. Selain itu secara tidak langsung ia memberi laluan kepada pelakon seangkatan saya untuk kembali menyinar,” katanya.

Menurut Rosyam, selepas membintangi filem tersebut, dia mula menerima banyak tawaran lakonan, namun terpaksa menolak kerana kekangan waktu dan watak yang diberikan.

“Saya bukan mahu mendabik dada kerana banyak menolak tawaran filem kerana sebenarnya apa yang penting adalah siapa karyawan di belakang saya; siapa pengarah, krew, penulis skripnya.

“Ini kerana saya tidak pernah menganggap diri saya hebat kerana yang hebat sebenarnya adalah karyawan ini kerana mereka yang membentuk diri saya.

“Jadi saya tidak boleh gelojoh dan cari sesuatu yang baik dan terima tawaran dengan perbincangan yang terperinci,” katanya.

Di tebak mengenai watak yang barangkali menjadi idamannya, Rosyam berkata, soal watak bukan lagi keutamaan baginya.

“Saya impikan watak yang boleh mencabar kredibiliti saya, yang membuatkan saya takut kerana saya boleh buat yang terbaik atau tidak,” katanya.

Tailong jadi ikutan

Dalam pada itu, Zass turut mendengar desas-desus bahawa watak Tailong kini menjadi ikutan beberapa pelajar sekolah sama seperti watak Sharnaaz sebagai Lan Todak dalam filem Juvana baru-baru.

Di tebak mengenai penularan tersebut, Rosyam berkata, dia berharap pelajar kini lebih bijak dan tidak terikut dengan sisi jahat lakonannya sebaliknya mengikut sisi yang lebih positif.

“Ingin saya jelaskan watak Tailong adalah imaginasi pengarah untuk watak antagonis dan apa yang Tailong buat sememangnya salah dari sudut agama, keselamatan. Malah pada penghujung cerita juga penonton dapat melihat Tailong sudah menerima pembalasan di atas perbuatannya.

“Jadi pada sesiapa yang meminati watak Tailong, saya berharap mereka mengikut cara yang lebih positif iaitu bagaimana saya berusaha dalam memastikan watak Tailong menjadi dan melihat bagaimana kredibiliti saya dalam menjayakan watak Tailong. Sama juga macam belajar, jika anda pelajar tercorot dalam kelas sekalipun jika anda berusaha bersungguh-sungguh tidak mustahil akan berjaya.

“Selain itu bagi mereka yang meminati bidang lakonan, anda mungkin boleh jadikan watak Tailong itu sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya sebagai pelakon,” jelasnya.

Bersyukur dengan anugerah

Sementara itu, berkongsi perasaannya dikurniakan gelaran Datuk yang diterimanya sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Rosyam menganggap ia sebagai satu penghargaan kepada anak seni sepertinya.

Katanya, ia menganggap penganugerahan itu sebagai satu tanggungjawab besar kepada karier dan juga industri seni amnya.

“Saya amat bersyukur dengan penganugerahan itu dan ternyata ada orang yang menghargai anak seni seperti saya.

“Saya juga berharap anugerah ini akan memberi motivasi terutamanya golongan muda untuk berjaya kerana sebenarnya apa yang dilakukan pasti diambil kira,” katanya.

Bagaimanapun dalam kegembiraan mendapat anugerah tersebut, masih ada yang mempertikaikan gelaran tersebut dan beranggapan golongan selebriti mudah mendapat gelaran Datuk.

Tidak melenting dengan pemikiran dan cakap-cakap belakang sesetengah pihak tersebut, jelas Rosyam bukan semua artis berpeluang mendapat gelaran tersebut.

“Kita ada berapa ribu artis tetapi hanya beberapa kerat sahaja yang dikurniakan gelaran Datuk. Tapi bagi saya ini adalah kenyataan yang orang seni perlu hadapi.

“Tak semua orang suka apa yang kita buat atau kita peroleh. Lagipun gelaran seperti ini bukan kami minta tetapi diberi.

“Malah bila ditolak pun orang mengata, menerima pun orang mengata,” katanya.

Perancangan Rosyam

Berkongsi perancangannya selepas ini, Rosyam berkata, dia kini dalam rangka untuk membesarkan syarikatnya dan membuka RK Skrin yang akan menumpukan dalam penerbitan filem.

Katanya, tahun depan akan dua filem antaranya filem Balistik yang turut dibintangi Rita Rudaini dan Adi Putra, akan menemui penonton pada 9 Januari 2014.

“Bulan Disember ini saya akan ke Bangkok untuk siapkan Isyarat Cinta dan seterusnya akan buat perancangan untuk filem Jefrizal. Selain itu saya juga akan fokus dalam penerbitan drama,” katanya.

Monday, October 28, 2013

Rozaita Che Wan - Sungguh Beruntungnya Che Ta


Rozaita Che Wan - Sungguh Beruntungnya Che Ta
Che Ta, Rozita Che Wan

Rozaita Che Wan - Sungguh Beruntungnya Che Ta


BAKAL bergelar 'Raja Sehari' tidak lama lagi, Rozita Che Wan sanggup terbang ke London bagi merakam gambar pra perkahwinannya.

Mendapatkan khidmat jurugambar terkenal, Annas Easkey, kejelitaan Rozita terserlah dengan pelbagai busana dan juga aksinya yang cukup menggoda dan seksi.

Bagaimanapun difahamkan bakal suaminya, Zain Saidin, tidak turut serta kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor 2 di Cape Town, Afrika.

Dalam pada itu, Rozita pernah memaklumkan dia ke London juga atas tujuan untuk memborong barang persiapan perkahwinannya.

Nora oh Nora!


Nora oh Nora!
Nora Danish dan Nadeem

Nora oh Nora!


SEPANJANG minggu ini, aktres seksi, Nora Danish,  masih menjadi perhatian ramai, bukan saja di kalangan peminatnya bahkan juga golongan 'haters'. Umum sudah mengetahui hubungan intim yang terjalin antara Nora dan juga anak menteri yang bernama Nadeem.

Meskipun masih belum mengaku hubungan cinta yang terbina, namun pasangan ini nampaknya lebih terbuka untuk mengisytiharkan 'kemesraan ' menerusi alam mikro.

Nora oh Nora!


Sejak dua bulan lalu, gambar kemesraan mereka banyak dimuat naik menerusi Twitter dan juga Instagram milik mereka. Selain pernah menghabiskan masa di Bali, mereka juga pernah ke Vietnam dan yang terbaru ke Eropah.

Tindakan Nora bercuti dengan kekasihnya itu menimbulkan pelbagai reaksi peminat. Ada yang memuji dan tak kurang yang mengeji.

Nora oh Nora!


Semakin berani, baik Nora dan Nadeem, masing-masing memberikan kenyataan balas menerusi laman sosial mereka bagi mempertahankan hubungan mereka.

'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir


'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir

'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir


SEPERTI mana Lisa Surihani, pelakon yang berada di bawah naungan produksi besar, Metrowealth International Group (MIG), ini turut menerima hadiah istimewa dari 'taukenya', Mejar (K) David Teo.

Malah, Diana kelihatan sangat terharu sebaik menerima hadiah seutas 'gelang emas' daripada David yang turut membantunya menguruskan majlis pernikahan.

"Saya sangat bersyukur dengannya apa yang dia (David) lakukan untuk kami.

"Mana mungkin saya dapat menyiapkan semuanya dalam masa seminggu selepas umum tarikh nikah.

"Bos (David) yang banyak beri sumbangan dari segi persiapan nikah malam ini (kelmarin)," ujarnya.

Malah, Diana turut menjelaskan bahawa David tidak mengetahui keputusannya untuk bertunang sebelum ini memandangkan majlis itu hanya untuk kaum keluarga sahaja.

Namun, sebaik saja berita pertunangannya itu tersebar, Diana terus berjumpa David untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Dia sangat memahami keadaan saya. Cuma dia sedih kerana tidak memberitahunya lebih awal kerana dia sudah menganggap saya seperti anaknya sendiri.

"Selepas itu dia sering tanya bila saya nak kahwin. Paling terharu bila dia dan staf yang lain sanggup membantu saya membuat persiapan hari bahagia saya ini," katanya.

Selain MIG, majlis pernikahan Diana turut mendapat tajaan daripada Ezuwan Ismail, Fatimah Shaari Creation, Saiful Sin, Yakult, Shutterplace,  Samsultahir, Lea Henna Artist, dan Sri Gading Catering.

"Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi menaja dalam majlis ini. Alhamdulillah... ALLAH mempermudah majlis pernikahan kami," katanya yang bakal mengadakan majlis resepsi pada awal tahun hadapan.

'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir


Kongsi detik perkenalan

Berkongsi mengenai kisah pertemuannya bersama suami, Diana berkata, mereka sebenarnya bertemu secara tidak sengaja dalam satu majlis.

Jelas Diana, hubungan yang bermula atas urusan kerja itu lama kelamaan menimbulkan bibit cinta dan sayang antara mereka.

"Kriteria pertama yang saya lihat dalam diri bakal suami saya ini adalah sikap bertanggungjawab.

"Malah dia sanggup tunggu saya selama setahun tanpa rasa putus asa," katanya.

Melihat kesungguhan Habib, Diana berkata, dia yakin dengan jejaka itu lantas menerima lamarannya.

Tambahnya, keperibadian Habib yang dekat dengan ilmu agama banyak membantunya mendalami ilmu yang dicari-cari itu.

"Sebelum ini saya tahu latar belakang Habib, dia pernah belajar sekolah agama dan seorang yang berpengetahuan luas dalam soal keagamaan.

"Jika saya ada masalah, Habib sudi mendengar dan tidak pernah menyisihkan saya daripada hidupnya," kata Diana.

'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir


Ingin ramai anak

'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir


Sementara itu, Habib memberitahu, sikap Diana yang pandai menjaga hatinya dan juga keluarganya, membuatkan dia nekad menjadikan Diana sebagai suri hidupnya.  

Malah dia tidak kisah dengan latar belakang Diana yang sebelum ini terkenal sebagai artis yang berimej seksi.

"Imejnya yang dahulu tidak penting sebaliknya saya bersyukur dengan perubahannya kini.

"Diana yang dulu berbeza dengan sekarang dan saya berharap dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik," katanya.

Ditanya mengenai zuriat, Habib berharap mereka ingin dikurniakan anak secepat mungkin.

"Lagipun Diana sangat sukakan kanak-kanak dan kami tidak kisah anak yang ramai,' ujar Habib.

Seperti mana suaminya, Diana juga tidak menolak sekiranya dikurniakan zuriat dalam tempoh terdekat.

"Insya-ALLAH... saya tidak menolak jika hamil kerana anak itu rezeki daripada Ilahi.

"Tetapi saya perlu belajar untuk menjaga suami terlebih dahulu kerana sebelum ini semuanya saya lakukan untuk diri sendiri," katanya.

'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir


Tak halang Diana

Menurut Habib, dia tidak menghalang Diana untuk berlakon sekiranya ia memberi manfaat kepada masyarakat.

Tegasnya, selagi Diana pandai menjaga batas sebagai seorang isteri dan Muslimah, dia tidak akan membantah. Lagipun kontrak Diana bersama MIG masih berbaki setahun lagi.

"Sekarang saya pun berhenti sementara sebagai pensyarah kerana mahu beri tumpuan dalam PHD.

"Bagaimanapun, kami turut mengusahakan perniagaan bersama terutamanya pakaian Muslimah jenama Diana Amir Eksklusif," katanya.

Ning Baizura sedia 'gegar' peminat


Ning Baizura sedia 'gegar' peminat
Ning Baizura

Ning Baizura sedia 'gegar' peminat


SEBELUM ini, penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura, dijadualkan bakal mengadakan konsert solonya, Konsert Pelangi Untukmu, pada 21 September lalu.

Namun, atas sebab-sebab tertentu, konsert itu terpaksa ditunda ke tarikh lain iaitu pada 16 November depan.

Akibat penangguhan itu, ada desas-desus yang mengatakan konsert Ning gagal mendapat sambutan dan tiket tidak laku.

Menafikan perkara itu, pelantun lagu, Selagi Ada Cinta, ini menjelaskan penangguhan itu dibuat kerana dua daripada tiga lagu barunya gagal disiapkan pada tarikh berkenaan.

"Sebenarnya, konsert ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada peminat. Jadi, saya rasa konsert itu 'kosong' sekiranya tiada buah tangan terbaru untuk peminat yang selama ini banyak menyokong karier seni saya.

"Jadi, saya membuat keputusan untuk menunda konsert itu ke tarikh lain selepas lagu terbaru saya siap sepenuhnya kerana pada konsert itu, saya turut menayangkan muzik video (MTV) lagu baru.

"Pada malam konsert itu juga, saya turut memperkenalkan album kompilasi terbaru berjudul, Kekal Ning, yang memuatkan 10 hingga 12 lagu saya termasuk baharu dan lama," katanya ketika ditemui di konti Suria FM, ketika mempromosikan konsert tersebut menerusi segmen, Sepetang Bersama Linda Onn.

Memilih TM Convention Centre, sebagai lokasi konsert, tiga lagu baru yang bakal didendangkan secara eksklusif ketika konsert itu adalah, Pelangi Untukmu, Embunan Bersinar dan Bukan Wanita Sempurna.

Menariknya, lagu Bukan Wanita Sempurna adalah sentuhan komposer dari negara seberang, Ade Govinda.

Ning Baizura sedia 'gegar' peminat

Kos lebih RM1 juta

Walaupun konsert itu dijangkakan penuh dengan tarikan dan kejutan buat penonton, namun Ning tidak meletakkan bebanan dari segi kemampuan mendapatkan tiket.

Hanya meletakkan harga tiket serendah RM50 dan RM75, Ning mengakui, konsert itu bukanlah platform 'buat duit'.

"Inilah pengorbanan saya buat peminat yang banyak menyokong saya sepanjang 20 tahun dalam industri. Malah, ada yang bertanya, kenapa tiket konsert saya sangat murah.

"Sejujurnya, kalau nak kira dari segi untung, ianya nyata merugikan. Bajet untuk konsert itu sebenarnya lebih daripada RM1 Juta. Namun, saya lebih selesa menganggapnya sebagai penghargaan. Rezeki ada di mana-mana sahaja dan ada ketika saya perlu berkorban.

"Namun, saya turut menyediakan pakej eksklusif di mana 300 tiket akan dijual dengan harga, RM150, untuk tempat duduk di baris hadapan pentas. Alhamdulillah, setakat ini sambutan daripada peminat sangat menggalakkan," katanya yang turut mengadakan peraduan di Instagram miliknya.

Menerusi peraduan itu, peserta perlu menghantar video parodi lagu-lagu Ning untuk memenangi pakej makan malam bersama penyanyi itu di Restoran Botanical, Bangsar Village, pada 11 November depan.

Menurut Ning, enam hingga 10 peserta yang menghantar video parodi terpilih akan menyertai makan malam bersamanya.

Selain itu, pendengar radio, Suria FM juga boleh menyertai peraduan untuk memenangi tiket konsert Ning.

Konsert dalam VCD

Menurut Ning, konsertnya itu akan diadakan dalam tiga segmen di mana setiap satu daripadanya menjanjikan persembahan yang terbaik.

"Konsert ini bertujuan mendekatkan diri saya kepada peminat dan mengajak penonton berkaraoke bersama. Segmen pertama, saya akan menyanyikan lagu-lagu yang menggambarkan perasaan saya ketika hamil.

"Segmen kedua membariskan lagu saya bersama anak, Ryan Sky Dalton dan segmen ketiga pula akan diserikan dengan lagu-lagu lama yang diberi nafas baru.

"Insya-ALLAH, saya akan menyampaikan 18 hingga 20 lagu pada malam itu. Malah, saya turut menyusun sesi bergambar dan beramah mesra bersama peminat. Peminat juga boleh bertemu dengan saya secara eksklusif," katanya yang menjanjikan kualiti konsert terbaik.

Tambah Ning, kemungkinan besar, dia juga akan membawa putera kesayangannya ke konsert tersebut.

"Insya-ALLAH, saya akan bawa Ryan bersama. Namun, saya tak janji untuk bawa dia ke atas pentas. Ryan masih tidak biasa dengan suasana pentas dan konsert.

"Lagipun ini adalah konsert 360 darjah yang memerlukan saya menguasai pentas yang bulat di mana pemuzik berada di tengah-tengah pentas," katanya yang turut mengabadikan konsert tersebut dalam bentuk video cakera padat (VCD).

Menurutnya, selepas berakhirnya konsert ini, dia bakal mengadakan konsert jelajah di beberapa buah negeri termasuk Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Singapura.

Pekin: Sharnaaz, Uqasha tak salah


Pekin: Sharnaaz, Uqasha tak salah
Pekin Ibrahim

Pekin: Sharnaaz, Uqasha tak salah


DEMIKIAN ucapan pertama yang muncul dari Pekin sebaik saja kontroversi percintaannya bersama Uqasha Senrose yang turut mengheret nama Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai.

Memohon maaf di atas kekhilafannya, pelakon Paku Pontianak ini berharap kekeruhan yang berlaku antara mereka bertiga segera berakhir.

“Saya minta maaf kepada banyak-banyak, termasuk Uqasha, keluarga dan Shar (Sharnaaz). Kami dah duduk berbincang dan semua ini hanyalah salah faham,” katanya yang mengakui terburu-buru menuduh kecurangan kekasihnya bersama sahabat baiknya, Sharnaaz.

Sebelum ini, Pekin memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara cemburu dengan sahabatnya sendiri.

Katanya, perkara itu berlaku di luar kawalan apabila ada beberapa pihak yang menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

“Saya tahu ini salah saya. Namun ada satu sumber yang banyak melaporkan perkara tak betul.

“Pada mulanya, apabila saya dapat tahu Uqasha berjumpa dengan Shar, saya sangat marah dan terus membuat tindakan yang tak sepatutnya. Saya tak jawab panggilan dan terus buat persepsi sendiri.

"Saya rasa kalau berlaku pada orang lain sekalipun, pasti mereka akan marah bila keluar dengan orang lain atau kawan kita sendiri," jelasnya.

Pekin berkata, apabila dia tahu perkara sebenar dia sedar tindakan melulunya membuatkan semua orang kecewa.

“Tapi bila kita semua dah duduk berbincang, selesai masalah secara baik, saya bersyukur segalanya jernih dan semuanya telah selesai.

“Saya akan lebih hati-hati selepas ini. Saya akui mulut saya seperti longkang dan tidak menerima penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.


Kejutan hari jadi

Bercerita lanjut mengenai salah faham yang berlaku, kata Pekin, dia tidak menyangka Sharnaaz dan Uqasha bertemu atas tujuan untuk merancang parti hari jadinya.

“Saya dah lama berkawan dengan Shar. Jadi, apabila dapat tahu Shar merancang parti hari jadi untuk saya, nyata sangkaan saya meleset.

"Saya harap apa yang berlaku tak akan berulang lagi dan saya akan menjaga hubungan persahabatan saya dengan Shar. Saya juga terharu dan tak sabar menunggu apakah kejutan yang dirancang mereka," katanya yang terharu dengan tindakan teman baiknya dan Uqasha itu.

Jelas Pekin, dia turut kesal kerana menuduh kekasihnya tanpa usul periksa.

“Saya mengakui, Uqasha tidak pernah berlaku curang terhadap saya, Cuma mungkinlah saya terlalu panas hati dan membuat penilaian sendiri tanpa usul periksa. Bila berlaku seperti ini saya juga sangat menyesal,” katanya yang mengakui hubungannya bersama Uqasha kini pulih seperti biasa.


Kahwin tahun hadapan

Pekin juga memberitahu akan berbincang selanjutnya bersama Uqasha untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada tahun hadapan.

“Insya-ALLAH, selepas ini saya akan berbincang tentang perkahwinan kami.

“Yang pentingnya, ia mestilah disegerakan dan kalau boleh tahun hadapan, selesai segala persiapan perkahwinan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja mencetuskan kontroversi untuk menangguhkan perkahwinannya itu, Pekin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Jelas Pekin, dia memang serius dengan Uqasha dan nekad untuk mengahwini wanita itu.

“Kahwin bukan perkara main-main. Banyak perkara perlu difikir dan diselesaikan. Lagi pula, jadual kerja saya yang padat menyebabkan masa berlalu begitu cepat,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan