Cari Artikel

Tuesday, December 31, 2013

10 Topik Paling Trending Dalam Dunia Hiburan Tempatan Sepanjang 2013


10 Topik Paling Trending Dalam Dunia Hiburan Tempatan Sepanjang 2013

10 Topik Paling Trending Dalam Dunia Hiburan Tempatan Sepanjang 2013

Bermula dengan rasa suka-suka untuk memebuat parodi di Youtube, mereka kini mula dikenali ramai dengan angka ‘followers’ yang begitu tinggi.

Berikut merupakan 10 topik paling trending dalam hiburan tempatan pilihan kami :



1) Bobo – Shae ‘Sayang’


Mula dikenali menerusi lagu Shae berjudul Sayang apabila Bobo telah meniru aksi penyanyi tersebut. Tidak dinafikan ada yang suka kerana bagi mereka parody tersebut merupakan satu hiburan, namun tidak kurang juga yang tidak gemar.

Bobo kini telah menandatangani kontrak bersama bersama Metrowealth International Group (MIG).



2) Gwiyomi


Gwiyomi telah menjadi satu fenomena kedua terbesar di Malaysia selepas ‘Gangnam Style’ dan ‘Harlem Shake’. Ianya bermula sebagai sebuah lagu, namun aksi comel penyanyi asal lagu tersebut, Hari, telah mendapat perhatian dan menjadi ikutan.

Selain itu, pengaruh salah seorang artis K-pop dari kumpulan BTOB, Ilhoon juga merupakan salah satu pengaruh dan telah menwan hati peminat0peminat di Asia sehingga menyebabkan trending di Youtube dan juga Twitter.

.

3) Syasya Solero – Macam Cantik Je


Bermula dengan hanya suka-suka, aksi comel oleh wanita yang dikenali sebagai Syasya ini dengan aksi mata yang besar menyebut “Macam Cantik Je, Macam Comel je” telah menjadi trending!

Video yang berdurasi selama 37 saat ini telah ditonton oleh lebih 1.3 juta penonton dan pelbagai respon telah diberikan kepadaSyasya sama ada yang psitif mahupun negatif. Syasya kini telah semakin popular sehingga baru-baru ini telah di jemput oleh Radio ERA.FM sebagai tetamu jemputan selain muncul dalam muzik video lagu terbaru Erry Putra.



4) Wak Doyok


Wak Doyok, suatu nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen kerana gaya dan perwatakannya yang unik telah berjaya menarik minat anak muda untuk di jadikan sebagai ikon fesyen.

Stail dan keunikan beliau bergaya sering mencuri perhatian media dan juga orang ramai, selain itu Wak Doyok juga telah memperkenalkan jenama The Garment yang menampilkan fesyen Mods pada tahun ini.



5) Shila Amzah – Ombak Rindu


Penyanyi, Shila Amzah telah membuat kejutan apabila telah memuat naik video lagu berjudul ‘Ombak Rindu’ yang dinyanyikan olehnya sendiri, Apa yang membuatkannya menjadi trending ialah lagu terseut telah dinyanyikan sambil menitiskan air mata.

Video tersebut telah di muat naik sendiri oleh Shila sebagai tanda memohon maaf berikutan kemelut yang dihadapi oleh ayahnya ND Lala bersama bekas teman lelakinya Sharnaaz Ahmad.



6) Puisi Isteri Pertama Ashraf Muslim


Puisi tersebut menjadi bualan hangat kerana bait-bait ayat yang di karangkan oleh isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana jelas menunjukkan perasaan hatinya ketika mendapat berita suaminya itu telah bernikah di Thailand bersama Sakinah yang merupakan isteri keduanya sekarang.

Antara bait-bait puisi yang di karangkan ialah “Tak bicara tentang paying emas, kerana aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah.”



7) Isteri Mat Yo – Saya Tak Bodoh


Pada bulan September yang lalu, video amukan isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo telah tersebar di secara meluas secara online.

Isterinya, Siti Aisya Adam di katakana mengamuk terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Yang menjadikannya trending ialah ayat yang di sebut oleh Siti Aisyah iaitu “Saya Tak Bodoh” secara berulang-ulang kali telah menjadi perbualan ramai.



8) Sharifah Sakinah – Seluar Dalam Merah


Pelakon, Syarifah Sakinah telah menjadi bualan hangat dan juga ayat yang di tuturkan ketika membuat video di laman sosial Keek telah menjadi isu. Beliau dikatakan tidak sensitive terhadap perkataan yang disebutnya iaitu ‘Spender Merah’.

Video tersebut sebenarnya di muat naik adalah hanya sekadar suka-suka tetapi dia juga tidak menyangka video tersebut telah menjadi isu.



9) Budak baru ‘couple’ seminggu.


Video budak remaja berusia 15 tahun ini telah berjaya menarik lebih 28 ribu jumlah tontonan di laman Youtube.

Dengan mood yang dan juga ucapan yang diberi boleh dikatakan gadis ini sedang bahagia bersama teman lelakinya dan mereka baru sahaja bercinta selama seminggu.

Berdurasi selama 2.41 minit, video ini juga ,memaparkan gadis tersebut meluahkan janji-janjinya terhadap kekasihnya yang dikenali sebagai Ery.




10) Erma Fatima, Rebecca – 5 sen


Baru-baru ini industri hiburan telah dikejutkan dengan kes pelakon dan pengarah, Erma Fatima yang telah membayar wang tuntutan saman berjumlah RM 11,200 dengan menggunakan syiling 5 sen.

Kes tersebut telahhangat di perkatakan tidak kira sama ada phak media mahupun peminat.

Raja Azmi: Tuduhan Saya Hina Islam Melampau


Raja Azmi: Tuduhan Saya Hina Islam Melampau

Raja Azmi: Tuduhan Saya Hina Islam Melampau

Produser filem, Raja Azmi, 54,menganggap tuduhan yang dikeluarkan oleh sebuah akbar mengenai dirinya itusudah melampaui batas.

Raja Azmi berkata, sepaptutnya tuduhan mengatakan diamenganggap upacara bacaan doa dalam majlis anjurannya baru-baru ini tidakpenting adalah bertentangan dengan kejadian sebenar yang berlaku.

“Saya bukan tidak puas hati dengan tulisan yangdikeluarkan  mengenai saya tetapi sayaterkilan dan kecewa dengan sikap penulis itu, seolah-olah dia ada personal attackterhadap saya.

“Cara dia menulis itu seolah-olah seperti menuduh saya memperlekehkanserta menghina agama Islam. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenarannya tetangapa yang saya maksudkan.

“Bagaimana dia boleh tulis begitu, sedangkan dia sendirikata dalam artikel itu dia hanya mendengarnya dari seorang kawan tapi seolah-olahtelah menuduh saya secara terus.

“Sepatutnya, dia datang kepada saya dan bertanyakan mengeanihal itu sebelum menulisnya. Ia memang sangat melampaui batas,” katanya kepadamurai.com.my ketika dihubungi.

Laporan itu turut mendakwa Raja Azmi mengeluarkan kenyataanberbaur sindirian bahawa bacaan doa wajar dilakukan di surau atau masjid sajadan bukan pada majlis hiburan.

Meskipun terpaksa menanggung malu di atas artikel yangdikeluarkan itu, Raja Azmi berkata dia tidak akan mengambil tindakanundang-undang kepada akbar tersebut sebaliknya berharap penulis berkenaan sedarakan kesilapannya.

“Saya tidak akan mengambil tindakan untuk menyaman maluakbar tersebut walaupun saya berasa agak malu dan terikilan. Tak perlu jugaminta maaf kepada saya kerana dia salah terhadap etika penulisanya sendiri yangsaya anggap tidak professional.

“Cuma saya harap dia sedarlah akan kesilapnya dan berubahkanmenulis begitu yang tiada kesahihannya. Apa salahnya dia bertanyakan atausiasat dulu kebenarannya sebelum menulis secara melulu,” luahnya lagi.

Nash Ingin Tamatkan Zaman Duda Pada Tahun 2014


Nash Ingin Tamatkan Zaman Duda Pada Tahun 2014

Nash Ingin Tamatkan Zaman Duda Pada Tahun 2014

Menjelang tahun baru 2014 esok, penyanyi veteran Nash mendedahkan yang dia berhasrat untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun 2014.

Melalui laporan mStar Online hari ini, Nash atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 54, berkata, pada usianya sekarang dia ingin mencari seorang isteri yang boleh menjadi penemannya sehingga ke akhir hayat.

"Jika saya ingin berkahwin lagi ia bukan kerana nafsu tetapi saya ingin seorang isteri yang dapat menemani dan melengkapi hidup saya sehingga akhir hayat," katanya .

Nash ditemui pada sidang media Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, semalam.

Dalam perkembangan sama, Nash merancang untuk menamatkan zaman dudanya dengan kekasihnya yang telah dikenali sejak tiga tahun lalu pada tahun 2014.

Nash bagaimanapun berkata, perkara itu hanyalah perancangannya namun tidak mengetahui sama ada ia akan terjadi atau pun tidak.

"Jika diizinkan Allah saya mahu berkahwin pada tahun hadapan.

"Bagaimanapun itu hanya perancangan dan berharap semua peminat doakan saya," katanya.

Jelas Nash, pada usianya kini, dia tidak terlalu memikirkan perkara-perkara remeh dalam menjalinkan hubungan kerana menganggap ia tidak lagi sesuai dengan dirinya.

Nash juga berkata, dia kini banyak menghabiskan masa bersama cucu sulungnya yang berusia setahun.

"Tiada apa yang lebih penting selain keluarga dan kehadiran cucu sulung menambahkan seri keluarga saya.

"Saya banyak menghabiskan masa dengan cucu sekiranya tiada persembahan pentas atau kerja-kerja persatuan," katanya lagi.

Hasil perkahwinan terdahulu, Nash dikurniakan tiga cahaya mata, Fareena Nasha, 24, Najeeha Nasha, 22 dan Mohd Shameer Nasha, 16.

Vokalis kumpulan Lefthanded ini turut mempunyai seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 14.

Nash juga pernah berkahwin dengan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor sebelum bercerai pada 26 Mei 2009.

Izreen Azmida Minta Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan Wanita


Izreen Azmida Minta Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan Wanita

Izreen Azmida Minta Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan Wanita

Aktres yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As'ari, Izreen Azminda menasihatkan agar aktor tersebut berhenti daripada memainkan perasaan wanita.

Menerusi laporan mStar Online, Izreen, 29, berkata, Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.

"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.

"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," katanya.

Izreen berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin setelah sebulan menjalinkan hubungan cinta.

Tambah Izreen, sebagai selebriti, Johan juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain.

"Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.

"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang hubungannya dengan lelaki tersebut yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Izreen berkata, dia sudah melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang.

Hubungan Izreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja.

Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip Meriahkan Pelancaran TMM 2014


Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip Meriahkan Pelancaran TMM 2014

Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip Meriahkan Pelancaran TMM 2014

Seramai 11 penyanyi popular tanah air bakal memeriahkan perlancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) yang bakal berlangsung dalam sebuah konsert di Dataran Merdeka pada 4 Januari 2014.

Sebelas penyanyi itu termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip, Dato’ Jamal Abdillah, Nash, Najwa Latiff, Azlan & The Type Writer, Khatijah Ibrahim dan ramai lagi.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Rashidi Hasbullah berkata, artis-artis itu dipilih kerana yakin dapat menarik lebih ramai peminat muzik tempatan dan luar untuk bersama-sama mempromosi kempen TMM 2014.

“Penyanyi yang akan membuat persembahan pada malam itu semuanya terdiri artis popular tempatan dari semua golongan. Maknanya kami tampilkan artis-artis dari era 70-an hinggalah yang terkini untuk hiburkan pengunjung nanti.

“Malah, kita sedia maklum bahawa golongan artis memainkan peranan besar dan mampu menarik perhatian dalam membantu menaikkan industri pelancongan di negara ini.

"Atas sebab itu juga pihak kementerian telah menyusun pelbagai aktiviti melibatkan artis-artis popular dalam program sepanjang tahun hadapan,” katanya dalam sebuah sidang media yang diadakan di Banggunan Sultan Abdul Samad, semalam.

Menurut Rashidi, barisan artis berkenaan bakal membuat persembahan lagu-lagu pelancongan dan popular mereka pada acara yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada malam itu, tun;uan persembahan artis-artis ini haruslah bertemakan pelancangan dan kebudayaan Malaysia. Jadi penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza akan menyampaikan lagu Cuti-Cuti Malaysia dan Malaysia Truly Asia.

“Selain itu, lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2014 yang digubah oleh seorang penuntut Universiti Lim Kok Wing akan diperdengarkan pada malam itu dengan persembahan koir,” jelasnya lagi.

Pelbagai aktiviti yang bakal diadakan pada hari tersebut bermula jam 5 petang, namun pelancaran secara rasmi akan bermula pada jam 8 malam. Pelancaran tersebut terbuka kepada orang awam yang dialu-alukan bagi mempromosikan TMM 2014.

Sm*sh Gementar Menari Bersama Stacy


Sm*sh Gementar Menari Bersama Stacy

Sm*sh Gementar Menari Bersama Stacy

Kumpulan SM*SH yang dianggotai oleh enam orang anak muda iaitu Rafael, Rangga, Bisma, Dicky Reza dan Ilham telah hadir ke Malaysia baru-baru ini untuk menjayakan Showcase Smash dan Stacy di Auditorium Bently Music, Damansara.

Menurut Rafael, ini merupakan kali kedua mereka hadir ke Malaysia dan gembira kerana di beri peluang untuk mengadakan showcase bersama penyanyi, Stacy.

“Kami gembira dan berterima kasih kerana di beri peluang untuk membuat persembahan bersama Stacy.

“Ini juga merupakan kali kedua kami di sini dan sambutan peminat Malaysia terhadap kami sangat mengejutkan, kami tidak sangka begitu ramai yang menyokong kami dan menghadari showcase kami.” ujarnya ketika di temui pada majlis pelancaran album kedua mereka iaitu ‘Step Forward’.

Selain itu, kumpulan popular dari Indonesia itu juga mengakui gementar untuk menari bersama Stacy.

“Siapa yang tidak kenal Stacy, kami cukup kagum dengan stamina dan tariannya yang bertenaga, kami akui memang tidak sabar untuk berada satu pentas dengannya tetapi dalam masa yang sama kami juga gementar.

“Gementar kerana kami risau jika kami tidak dapat mencipta sesuatu yang hebat sebagaimana Stacy, tapi syukurlah semuanya berjaya dan Stacy juga sangat ‘sporting’, kami selesa bersama dengannya.

“Dapat berkolaborasi bersama Stacy memang kami rasa sangat bertuah…Bagi kami ini juga merupakan peluang untuk kami lebih di kenali di Malaysia.

“Lagu kami dan Stacy berjudul ‘Hello’ juga sudah banyak menduduki carta-carta radio dan menjadi siulan ramai... kami harap dapat bekerjasama dengan Stacy lagi.” ujar Bisma yang merupakan salah seorang ahli kumpulan itu.

Smash juga turut menyatakan hasrat hati untuk berkolaborasi bersama penyanyi hiphop terkenal negara, Joe Flizzow.

“Kami juga berharap pada masa akan datang kami dapat bekerjasama dengan Joe Flizzow… kami amat meminati karya-karya beliau.” ujar Bisma mengakhiri perbualan.

Dalam perkembangan lain, SM*SH bakal melancarkan album ‘Step Forward’ di Indonesia pada awal Januari 2014 dan bakal muncul dengan sebuah filem.

The Glam Girls Muncul Juara Ceria Superstar 2


The Glam Girls Muncul Juara Ceria Superstar 2

The Glam Girls Muncul Juara Ceria Superstar 2

Satu-satunya kumpulan yang mewakili bahagian utara tanah air, iaitu The Glam Girls telah di nobatkan sebagai juara Ceria Superstar bagi musim ke dua yang berlangsung pada Ahad.

Kumpulan yang berasal dari Kedah ini di barisi oleh lima sahabat iaitu Puteri Nur Aliaa, 11, Emisya Alis Putri, 11, Syarifah Nur Hayati, 10, Nur Afriena Athirah, 11, dan Hazdiba Aziz, 12 telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi.

Menurut Hazdiba, kemenangan tersebut merupakan kejayaan terbesar mereka dan sebagai platform untuk memperkembangkan bakat mereka dalam bidang tarian.

“Kami berlima sebenarnya bersahabat di satu sekolah yang sama, dan kami gembira kerana kemenangan ini memberi semangat kepada kami untuk teruskan perjalanan kami dalam bidang tarian.

“Sebelum memasuki pertandingan ini, kami sering memenuhi undangan untuk membuat persembahan di istana.” ujar ketua kumpulan ini.

Selain itu, pemenang tempat kedua, Zeppo Youngsterz Crew telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,00. Peserta kegemaran ramai ini juga telah merangkul anugerah istimewa iaitu Anugerah Kalsium.

Pemenang tempat ketiga, Nation One dan tempat keempat, Warisan N9 masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000.

Ceria Superstar 2 turut di serikan oleh persembahan dari kumpulan Smash dan Stacy yang menyampaikan lagu duet berjudul ‘Hello’ serta Joe Flizzow dan Sonaone dengan lagu ‘Apa Khabar’ dan juga ‘Havoc’.

Peserta telah di adili oleh dua juri tetap iaitu Belalang dan Alam Wakaka serta juri jemputan, Stacy, manakala Aril Pilus yang bertindak sebagai hos rancangan serta pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai penaung.

Program realiti Ceria Superstar 2 telah bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil dan di tayangkan di Astro Ceria (saluran 611).

Saturday, December 28, 2013

Geng Lawak Bakal Hangatkan PICC


Geng Lawak Bakal Hangatkan PICC

Geng Lawak Bakal Hangatkan PICC

Jika kebiasaannya malam tahun baru dimeriahkan dengan pelbagai konsert artis ternama, sambutan tahun baru 2014 agak berbeza apabila beberapa barisan pelawak seperti kumpulan Jambu, kumpulan SYJ, kumpulan Osama dan Kuah Jenhan akan mengadakan persembahan Geng Lawak yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 31 Disember ini.

Kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Shuk, Yassin dan Jihan merancang untuk fokus pada tema ‘tahun baru’ pada malam tersebut. Walaupun masih sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega, SYJ menjanjikan persembahan yang terbaik buat penyokong mereka.

“Setiap pelawak diberi masa 30 minit untuk membuat persembahan. Kami merancang untuk fokus pada tema ‘tahun baru’ tapi masih belum terfikir jalan ceritanya lagi,” ujar Jihan.

Kumpulan Jambu pula pada awalnya merancang untuk mengadakan persembahan komedi muzikal. Namun, terpaksa menukar rancangan mereka memandangkan kumpulan Osama sudah terlebih dahulu memilih konsep itu.

“Kami masih belum ada idea tentang persembahan. Pada awalnya kami nak buat muzikal, tetapi terpaksa fikirkan idea lain kerana kumpulan Osama sudah lebih awal mahukan konsep muzikal,” ujar Taukeh mewakiki Jambu.

Menurut Ketua Eksekutif PICC, Badlishah Ahmad, pihaknya memilih konsep komedi sebagai acara sambutan tahun baru kerana ia adalah pembuka tirai untuk PICC itu menganjurkan acara-acara yang lebih santai sepanjang 2014.

Geng Lawak Bakal Hangatkan PICC


“PICC biasanya dikenali dengan acara-acara lebih serius seperti mesyuarat, konvensyen dan sebagainya. Namun, pada tahun 2014 PICC merancang untuk mengadakan acara berbentuk santai seperti konsert hiburan dan sebagainya. Geng Lawak merupakan pembuka tirai untuk acara seperti itu,” ujar Badlishah.

Selain acara Geng Lawak, sambutan tahun baru dimulakan lebih awal di PICC dengan pelbagai acara menarik yang telah disediakan oleh pihak pengurusan pusat konvensyen itu. Seawal jam 10 pagi pada 31 Disember itu akan berlangsung Bazar@PICC dan akan berlanjutan sehingga 1 Januari 2014. Selain itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan percuma daripada kumpulan Buskers & Clown.

Pada sebelah malam pula, Geng Lawak akan memulakan persembahan sekitar jam 9 malam dan berakhir dengan acara ‘countdown’ tahun baru sekitar jam 11 malam.

Tiket bagi acara Geng Lawak berharga dari RM85 sehingga RM205 dan boleh didapati di www.picc.com.my atau hubungi 0388876000 untuk maklumat lanjut.




Stacy Berkolaborasi Dengan Smash


Stacy Berkolaborasi Dengan Smash

Stacy Berkolaborasi Dengan Smash

Penyanyi yang mendapat jolokan Miley Cyrus Malaysia, Stacy kini tampil berkolaborasi dengan kumpulan Smash dari Indonesia menerusi sebuah single berjudul 'Hello' karya Audi Mok dan liriknya ditulis oleh Inu Numata.

Jika anda pernah mendengar lagu ini, pasti anda bersetuju lagu ini mempunyai kelainan tersendiri. Jadi, tidak hairan mengapa lagu ini mendapat tempat di stesen-stesen radio tempatan.

"Lagu Hello ini merupakan lagu bonus yang dimuatkan dalam album Smash yang berjudul 'Step Forward'. Album Smash kali ini merupakan versi yang berbeza daripada pasaran di Indonesia. Versi ini hanya untuk pasaran Malaysia dan kerana itulah kita tampilkan Stacy untuk berduet dengan Smash," ujar Pengurus Besar Warner Music Malaysia, Darren Choy ketika ditemui di majlis pelancaran album Smash di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara pada Jumaat petang.

Stacy Berkolaborasi Dengan Smash


Album 'Step Forward' memuatkan 15 buah lagu yang antaranya Pahat Hati, Mencurangi Cinta, Siang Dan Malam (dua versi), You Are, Demi Kalian, Kisah Romantis, Selalu Tentang Kamu, Ku Tau Kau Mau, Refresh & Renew, Dunia Cinta, Rindu Ini, I Heart You, Ada Cinta, Senyum Semangat dan Hello.

Smash biarpun tidak begitu dikenali di Malaysia, namun kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan Indo Pop yang telah mencetuskan fenomena 'boy band' dalam industri muzik Indonesia sekitar tahun 2011. Selain itu, Smash juga baru sahaja memenangi International Award MNet MAMA Awards baru-baru ini bagi kategori Best International Artist  2013.


Dato’ Fazley Yaakob Kongsi Resipi Dalam Lagu


Dato’ Fazley Yaakob Kongsi Resipi Dalam Lagu

Dato’ Fazley Yaakob Kongsi Resipi Dalam Lagu

Juara Masterchef Selebriti musim pertama, Dato’ Fazley Yaakob kini muncul dengan single terbaru berjudul ‘Chocolate Cake’. Single yang sudah mendapat tempat di corong radio ini agak unik dan tersendiri kerana ia turut memuatkan resipi Kek Coklat daripada seorang Chef Pastri di kota Paris.

“Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh terfikir untuk meletakkan resipi Kek Coklat dalam lirik single terbaru ini. Sebenarnya idea ini datang daripada seorang Chef Pastri yang saya kenali ketika melanjutkan pelajaran di Le Cordon Blue Paris. Chef terbabit berikan resipi Kek Coklat miliknya kepada saya sebaik sahaja dia mendapat tahu saya ini merupakan seorang penyanyi. 

Dia minta saya lagukan resipi terbabit. Lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang percintaan Chef itu dan isterinya. Pada mulanya , saya agak tidak yakin dengan idea ini, tetapi apabila difikirkan beberapa kali, saya rasa ia merupakan sesuatu yang unik dan gaya baru untuk masyarakat Malaysia,” ujar Fazley ketika ditemui pada majlis pelancaran single ini di The Sumbs Café, Shah Alam pada Khamis.

Jelas Fazley lagi, resipi yang disertakan dalam lirik lagunya itu adalah resipi sebenar dan ia boleh dicuba oleh mereka yang berminat.

“Resipi Kek Coklat itu adalah resipi sebenar dan peminat boleh mencubanya sendiri. Saya jamin Kek Coklat yang dimasak pasti menjadi jika ikut sukatan yang diberikan. Itulah keistimewaan single ini,” ujar Fazley lagi.

Dato’ Fazley Yaakob Kongsi Resipi Dalam Lagu


Dalam masa yang sama, Fazley turut menyangkal pendapat segelintir peminat muzik yang menganggap beliau tidak punya  idea apabila muncul dengan single resipi ini.

“Bagi saya ini adalah suatu kelainan. Memang ada peminat yang kata saya tidak ada idea apabila muncul dengan single sebegini. Bagaimanapun, saya tidak setuju. Untuk menghasilkan lagu dan lirik daripada sebuah resipi ini sebenarnya bukan mudah. Saya perlu berfikiran kreatif bagi menghasilkan perkataan-perkataan yang sesuai. Bagi saya, tak salah mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain,” ujar Fazley yang bekerjasama dengan Rafik (rafikoncept) dan Imran Ajmain dalam menghasilkan ‘Chocolate Cake’.

Memandangkan lagu ini dihasilkan sewaktu beliau masih berada di Paris, Fazley juga telah mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit kelainan dalam menampilkan artis jemputan. Fazley telah memilih seorang bakat baru dari Kota Cinta itu, iaitu Maeva dan secara kebetulan, Maeva merupakan anak kepada seorang Chef Pastri di sana. 

“Maeva saya pilih setelah melakukan satu ujibakat di sana. Oleh kerana lagu ini berkisar tentang kisah cinta di Paris, jadi saya minta Maeva mengalunkan ayat-ayat cinta di dalam bahasa Perancis. Selain itu, saya juga tampilkan Caprice sebagai Rapper,” cerita Fazley.

Peminat yang ingin mencuba resipi Kek Coklat dari Paris, bolehlah mengikut sukatan yang terdapat dalam lirik single ini.

Chocolate Cake 

Kau 
Cantik di mata
Harum bak vanilla 
Halus persis
Creme brule

Masih terasa
Enak dan manisnya
Seumpama souffle

Duduk -duduk di cafe
Nikmat Secawan latte
Teringat kamu yg jauh

Suka suka di cafe
semua pastinya ok
Aku sudah jatuh cinta

Chocolate cake
Chocolate cake
Hanya sesuap coklat di bibir
Terukir aku terfikir fikir

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula caster
3 sudu besar cocoa powder nya
3 sudu besar butter
1/3 cawan susu
3 biji telur sahaja

180 celcius
45 minit 





Bella Dally & Nazim Othman Enggan Kongsi Kisah Cinta


Bella Dally & Nazim Othman Enggan Kongsi Kisah Cinta

Bella Dally & Nazim Othman Enggan Kongsi Kisah Cinta

Walaupun mengaku sedang bercinta, namun pasangan pelakon, Nazim Othman dan Bella Dally enggan bersikap terlalu terbuka mengenai hubungan mereka. Ini kerana mereka lebih selesa berbicara tentang kerjaya masing-masing daripada mengembar-gemburkan kisah cinta yang sudah terjalin selama dua tahun.

“Bagi saya kisah cinta itu adalah milik peribadi. Hanya Nazim dan saya saja yang tahu. Biarlah setakat orang tahu kami memang sedang bercinta dan tidak perlu didedahkan selebihnya kepada umum,” ujar Bella mengakui hubungan cintanya dengan Nazim adalah serius.

Namun begitu, pasangan ini tidaklah terlalu berahsia sehingga tidak mahu digandingkan dalam mana-mana produksi. Sebaliknya, Nazim dan Bella sedia berlakon bersama jika skrip atau watak yang diberikan bersesuaian. Terbaru, Nazim dan Bella bergandingan untuk kali ketiga menerusi drama bersiri 'Kalimah Jiwa'.

“Saya tengok dulu drama jenis macamana dan baru fikirkan sama ada mahu atau tidak menerima tawaran terbabit. Saya menerima tawaran berlakon drama bersiri 'Kalimah Jiwa' ini di saat-saat akhir. Agak mencabar buat saya kerana setelah sebulan bercuti, agak susah hendak dapatkan balik momentum,” ujar Bella ketika ditemui di penggambaran drama bersiri tersebut di Bandar Sungai Long Cheras, baru-baru ini.

Bella Dally & Nazim Othman Enggan Kongsi Kisah Cinta


Sementara itu, Nazim yang turut berada di lokasi juga mengulas lanjut tentang gandingan terbaru mereka itu. Jelas Nazim, walaupun bercinta, namun tidak semestinya keserasian di antaranya dengan Bella mudah diperolehi.

“Walaupun bercinta, namun bukan mudah untuk mendapat keserasian ketika digandingkan bersama. Ini kerana ketika berlakon kita diberikan watak yang jauh berbeza daripada personaliti sebenar. Personaliti saya ketika bekerja dan di luar adalah berbeza kerana saya tidak mahu mencampur adukkan kerjaya dan hal peribadi. Jika Bella ada melakukan kesilapan ketika penggambaran, saya akan menegur,” ujar Nazim.

Dalam masa yang sama, Nazim turut menepis dakwaan yang mengatakan dia mengongkong Bella. sebaliknya dia merasa bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan Bella memandangkan dia jauh daripada keluarga.

“Saya bukan nak mengawal Bella, tetapi apa-apa yang berkaitan dengan keselamatannya akan dijaga oleh saya. Kadangkala dia terleka dan terlupa. Jadi saya selaku seorang yang lebih berusia daripadanya selalu mengingatkannya. Ini untuk kebaikan dia juga,” ujar jejaka yang bakal mencecah umur 30 tahun pada tahun hadapan ini.

Bella Dally & Nazim Othman Enggan Kongsi Kisah Cinta


Ketika ditanya tentang perancangan kahwin, Nazim memberitahu dia sudah memikirkan perkara itu, namun ingin memberi peluang kepada Bella untuk menerokai hidup dahulu kerana Bella baru saja berusia 22 tahun.

“Hidup memang ada target dan saya juga sering bertanya kepada kawan-kawan yang telah berkahwin tentang alam berumahtangga. Bagaimanapun, saya tahu Bella masih muda dan masih banyak yang perlu ditempuhinya. Saya tidak ingin mengongkong dia,” ujar Nazim mengakhiri perbualan.

5 Filem Hollywood Mesti Tonton di 2014


5 Filem Hollywood Mesti Tonton di 2014

5 Filem Hollywood Mesti Tonton di 2014

Pada Khamis is telah senaraikan lima filem tempatan yang ditunggu-tunggu untuk tontonan tahun hadapan. Kali ini is senaraikan pula lima filem Hollywood yang dijangka pecah panggung pada 2014. Kesemua cerita ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia merupakan sekuel kegemaran ramai. Jom semak!

RoboCop


RoboCop


RoboCop yang bakal ditayangkan pada 2014 merupakan arahan sutradara Jose Padilha. Filem ini dibikin semula berdasarkan filem dengan tajuk yang sama pada tahun 1987. Ditunggu-tunggu oleh peminat siri RoboCop, filem ini dibintangi oleh Joel Kinnaman, Gary Oldman, Michael Keaton, Samuel L. Jackson, Abbie Cornish dan ramai lagi.

Pada mulanya, pengarah filem ‘Black Swan’, Darren Aronofsky menggalas tugas untuk mengarahkan filem ini tetapi selepas beberapa kali ditangguhkan, kerusi pengarah diambil alih oleh Jose Padilha. Pastinya penonton yang pernah menyaksikan versi asal filem ini satu ketika dahulu menantikan bagaimanakah filem ‘remake’ ini dihasilkan.

Captain America: The Winter Soldier


Captain America: The Winter Soldier


Diarahkan oleh Anthony Russo dan Joe Russo, filem ini merupakan sekuel untuk filem Captain America: The First Avenger keluaran tahun 2011. Membariskan pelakon hebat seperti Chris Evans, Scarlett Johansson, Cobie Smulders dan ramai lagi, filem ini turut menampilkan Sebastian Stan dan Anthony Mackie buat pertama kalinya dalam siri filem ini memegang watak sebagai Winter Soldier dan Falcon. 

Transformers 4: Age of Extinction


Transformers 4: Age of Extinction


‘Transformers 4: Age of Extinction’ adalah filem keempat daripada rangkaian francais ‘Transformers’. Jika sebelum ini, tiga siri pertama filem ini dibintangi oleh Shia LaBeouf, untuk filem ini pula, Mark Wahlberg memegang peranan utama. Selain Mark Wahlberg, Nicola Peltz, Jack Reynor and Kelsey Grammer membintangi filem yang berkisar aksi kenderaan yang bertukar menjadi robot ini. Siri ketiga filem ini mendapat kritikan kurang memberangsangkan, jadi peminat setia ‘Transformer’ pasti mengharapkan siri keempat filem ini divisualkan dengan lebih baik.

X Men: Days of Future Past


X Men: Days of Future Past


Diarahkan oleh Bryan Singer, filem ini merupakan filem ketujuh daripada  siri filem ‘X-Men’. Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin dan ramai lagi. Selepas 10 tahun, Bryan kembali menggalas tugas sebagai pengarah filem ini.

Sebelum ini, Bryan pernah mengarahkan dua filem daripada siri ‘X-Men’ iaitu filem ‘X-Men’ pada tahun 2000 dan ‘X2’ yang diterbitkan pada tahun 2003. Filem ini merupakan sekuel kepada filem terbitan tahun 2006, X-Men: The Last Stand and filem tahun 2011, X-Men: First Class. Filem ini juga berkesinambungan daripada filem terbitan tahun 2013, The Wolverine. Semestinya peminat siri filem ‘X-Men’ tidak sabar menantikan filem ini!

The Amazing Spider-Man 2


The Amazing Spider-Man 2


Filem ini merupakan filem sekuel kepada ‘The Amazing Spider-Man’ terbitan tahun 2012. Masih mengekalkan Andrew Garfield dan Emma Stone selaku teraju utama, filem ini sekali lagi mendapat sentuhan daripada sutradara terkemuka Marc Webb. Pastinya peminat siri filem Spider-Man tertunggu-tunggu apakah sambungan cerita yang dipaparkan dalam filem ini. Berlainan dengan filem sebelum ini, filem ini menjalani penggambaran secara sepenuhnya di kota New York. Pihak penerbit filem ini juga telah mengesahkan yang akan ada dua lagi kesinambungan daripada filem ini.


TV9 Perkenal Raudhah Lin Nisa'


TV9 Perkenal Raudhah Lin Nisa'

TV9 Perkenal Raudhah Lin Nisa'

TV9 yang terkenal dengan rangkaian rancangan dan program berbentuk keagamaan dan kerohanian iaitu 'Raudhah' akan memperkenalkan satu jenama baru yang menghimpunkan program-program hiburan berbentuk ilmiah yang dikhaskan untuk golongan wanita pada tahun 2014 iaitu 'Raudhah Lin Nisa'. 

Antara program yang akan berada di bawah penjenamaan 'Raudhah Lin Nisa' adalah 'Tanyalah Ustazah', 'Hijab Stailista', 'SIS', 'Shoutul Quran' dan 'Safiyya'.

Bermula 3 Januari 2014, program 'Shoutul Quran' akan bersiaran pada setiap Jumaat, jam 11.00 pagi. Program baru ini akan mengetengahkan proses pengajian Al-Quran kepada penonton untuk mengalunkan surah-surah lazim dengan penggunaan tajwid yang betul, alunan taranum yang merdu dan diakhiri dengan qasidah. Menampilkan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzaman sebagai pengajar, penyanyi Siti Nordiana dan Salima Habibi akan tampil sebagai pelajar untuk memperbaiki lagi bacaan Al-Quran mereka.

Seterusnya, program 'Tanyalah Ustazah' yang memang sudah menjadi pilihan penonton TV9 akan menampilkan seorang ustazah berpengalaman dan akan bersiaran secara langsung. Penonton di studio dan di rumah boleh berinteraksi dengan ustazah jemputan mengenai topik-topik tertentu yang diberikan dalam setiap episod. Program ini akan bersiaran setiap Jumaat, jam 11.30 pagi.

Program 'Semangat Intelek Swadaya' atau 'SIS' yang sebelum ini menampilkan Anne Ngasri dan Shabana akan bersiaran dengan dua orang pengacara baru, Heliza Helmi dan Emy Ramli. Mereka akan bergandingan dengan pengacara sedia ada, Diana Amir. Mereka bertiga akan membincangkan topik-topik yang lebih meluas, bukan sahaja mengenai masalah kaum wanita, tetapi 'SIS' akan mencakupi topik-topik yang membabitkan isu semasa dan isu global. 'SIS' akan bersiaran setiap Jumaat jam 7.00 malam.

Program 'Hijab Stailista' yang akan bersiaran setiap Jumaat, jam 7.30 malam pula akan mengekalkan pengacaranya, Ameera Zaini. Kali ini, Ameera akan membawa penonton meneroka lebih jauh untuk menjelajahi kota fesyen seperti Tokyo, Milan, Melbourne dan banyak lagi untuk mengetengahkan cara pemakaian hijab muslimah di serata dunia yang lebih unik dan moden.

Akhir sekali, program 'Safiyya' yang akan bermula pada 5 Januari 2014 pada setiap Ahad, jam 11.00 pagi akan menampilkan pengacara baru yang dicungkil bakatnya melalui program pencarian hos 'Raudhah' iaitu Yusma Nabila Yunus atau Bella. Bella akan membawa penonton rancangan ini meneroka topik-topik yang berkenaan dengan isu semasa serata Malaysia yang bersesuaian dengan semua gadis di luar sana.

5 Filem Melayu Paling Ditunggu Di 2014


5 Filem Melayu Paling Ditunggu Di 2014


Tahun 2013 menyaksikan filem-filem tempatan agak kurang mendapat sambutan di pawagam. Malah, filem KL Gangster 2 tidak berjaya mengutip jualan seperti yang diraih KL Gangster pada tahun 2011.

Selain berhadapan dengan masalah cetak rompak, kemerosotan penonton Melayu juga dipercayai kerana penonton mula hilang kepercayaan kepada filem-filem Melayu.

is harapkan industi perfileman tempatan akan kembali rancak pada tahun 2014. Berikut is senaraikan lima filem Melayu yang paling ditunggu-tunggu di 2014. 

Balistik


Balistik


Filem ini membariskan pelakon ternama seperti Datuk  Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Syamsul Yusof dan ramai lagi. Ramai yang ternantikan filem ini selepas melihatkan aksi Rosyam dalam filem ‘KL Gangster 2’ yang memberikan impak kepada penonton dan ramai juga yang kagum dengan kebolehan Rosyam dalam melakonkan aksi lasak walaupun umurnya telah memasuki usia 46 tahun. Bakal menemui khalayak umum pada 9 Januari 2014 nanti, filem arahan Silver Chung ini menjanjikan babak penuh aksi dan bakal memacu adrenalin penonton!

Kami Histeria




Bakal menemui penonton pada 6 Februari 2014, filem ini membariskan nama-nama besar seperti Diana Danielle, Sara Ali, Izzue Islam, Nad Zainal, Mila Jirin, Nur Fazura, Afdlin Shauki dan ramai lagi. Filem arahan Shamyl Othman ini mengisahkan mengenai sekumpulan gadis yang menubuhkan band mendapatkan bantuan langsuir untuk meraih populariti. Pastinya penggemar filem hasil terbitan Red Films tidak sabar untuk menantikan ‘Kami Histeria’ kerana sebelum ini Red Films tidak pernah gagal dalam menghasilkan filem berkualiti tinggi seperti ‘Gol & Gincu’, ‘Istanbul Aku Datang’, ‘Pisau Cukur’ dan banyak lagi.

Hanyut


Hanyut



Tarikh tayangannya masih belum lagi disahkan, tetapi filem ini dijangka akan ditayangkan pada awal tahun 2014. Karya hebat daripada sutradara ternama U-Wei Haji Saari ini dibintangi oleh Diana Danielle, Adi Putra, Sofia Jane, Khalid Salleh, Alex Komang dan ramai lagi ini diadaptasikan daripada novel ‘Almayer’s Folly’ yang diterbitkan pada tahun 1895. ‘Hanyut’ mendapat respon positif ketika ditayangkan pada Festival Filem Asia Jogja – NETPAC yang berlangsung di Yogjakarta, Indonesia 29 November lalu. Ini membuatkan penggemar filem tempatan tidak sabar untuk menyaksikan ‘Hanyut’.

Manisnya Cinta di Cappadocia


Manisnya Cinta di Cappadocia


Filem ini merupakan filem adaptasi novel berjudul ‘Manisnya CInta’ hasil nukilan Anis Ayuni. Dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Eja, Faizal Hussein dan ramai lagi, filem ini masih belum mempunyai sebarang tarikh spesifik untuk tayangan, namun dijangka akan menjengah pawagam pada tahun 2014. Selepas drama bersiri ‘Kisah Cinta’ yang berjaya menampilkan keserasian antara Fazura dan Sam, peminat mereka semestinya tidak sabar untuk menunggu tarikh tayangan filem ini.

Apokalips X


Apokalips X


Khabarnya filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2013, namun sehingga penghujung tahun, belum ada suatu tarikh yang betul-betul pasti bila filem ini bakal ditayangkan. Namun begitu, GUA mendapat tahu filem arahan Mamat Khalid ini bakal ditayangkan pada tahun 2014. Sama-sama nantikan filem lakonan Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Vassan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, Dazrin Kamarudin dan ramai lagi. Walaupun kedengaran khabar angin mengatakan bahawa filem ini lambat ditayangkan kerana pengarahnya yang menghadapi masalah ekonomi, ramai penonton tidak sabar menanti buah tangan Mamat Khalid yang satu ini.

Johan As’ari Tinggalkan Lana Demi Keluarga


Johan As’ari Tinggalkan Lana Demi Keluarga

Johan As’ari Tinggalkan Lana Demi Keluarga

Percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya terlerai jua biarpun masih terlalu baru. Perpisahan itu diumumkan oleh Johan sendiri menerusi akhbar Berita Harian pada Rabu. Jelas pelakon kesayangan ramai itu, dia berpisah dengan Lana pada 24 Disember kerana terpaksa melepaskan Lana lantaran keluarganya tidak dapat menerima pelakon wanita itu.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana. Keadaan saya cukup tersepit, umpama diluah mati mak, ditelan mati bapa,” luah Johan kepada Berita Harian.

Jelas Johan As'ari lagi, walaupun dia sayangkan Lana Nordin, dia terpaksa memilih keluarganya berbanding wanita itu. 

Perpisahan Johan dan Lana ini bagaimanapun tidak memeranjat kerana sejak awal lagi ramai yang kurang yakin dengan percintaan segera kedua-dua pelakon ini. Lebih-lebih lagi, desas-desus mengatakan ibu Johan tidak merestui percintaan mereka. Perpisahan ini bukti desas-desus selama ini adalah benar.

Sementara itu, Lana dalam satu kenyataan memberitahu dia tetap akan berubah ke arah kebaikan kerana niatnya untuk berubah timbul sebelum mengenali Johan lagi. Tegas Lana, perpisahan dengan Johan bukan penghalang untuknya berubah.

Nabila Huda Enggan Kongsi Kisah Cinta


Nabila Huda Enggan Kongsi Kisah Cinta

Nabila Huda Enggan Kongsi Kisah Cinta

Jika sebelum ini pelakon Nabila Huda bersikap terbuka apabila membicarakan soal cinta, kini wanita yang selesa dengan panggilan Abil ini punya pendirian berbeza. Abil enggan lagi berkongsi tentang kisah cintanya. Mengapa?

"Sebelum ini, saya berkongsi mengenai banyak perkara yang terjadi dalam hidup saya. Namun begitu, ada orang ambil kesempatan terhadap perkara tersebut. Jadi sekarang saya mahu jadi seorang yang perahsia. Ada perkara yang boleh saya kongsikan, ada perkara yang harus saya simpan," jelas Abil ketika disoal mengenai khabar angin yang mengatakan dia sudah mempunyai cinta hati baru.

Bagaimanapun, Abil memberitahu dia tetap akan berkongsi apabila hubungan cintanya menuju ke arah lebih serius.

"Namun begitu, apabila hubungan tersebut menuju ke arah yang lebih serius, saya akan beritahu kepada semua. Buat masa ini, biar ianya datang secara natural. Kini saya enggan lagi bercerita soal cinta, saya tak mahu cerita mengenai cinta boleh mengkaburi perjalanan karier saya. Saya bahagia sekarang dan saya di kelilingi dengan orang yang menyayangi saya," ujar anak kepada penyanyi rock Amy Search ini.

Nabila Huda Enggan Kongsi Kisah Cinta


Dalam perkembangan terbaru, Abil baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk empat episod 'Saloma Biopik' arahan Melissa Saila yang bakal bersiaran di Astro tahun hadapan. Selain itu, Abil juga bakal muncul menerusi drama bersiri 'Ariana Rose' bermula 30 Disember ini, jam 7.00 malam di TV3.

"Saya memegang watak sebagai Liyana, adik kepada Ramzul lakonan Arja Lee. Watak ini watak antagonis. Namun begitu, saya membawakan watak Liyana secara berbeza agar ianya tidak sama dengan watak-watak antagonis yang pernah saya bawakan sebelum ini," ujar Abil.

"Liyana merupakan seorang wanita yang berkarakter 'adik abang' dan dia selalu bergantung kepada abangnya. Mereka berdua sama-sama bersikap antagonis, namun begitu pada akhirnya, Liyana akan mengkhianati abangnya sendiri," tutur Abil mengakhiri perbualan.


Nur Fathia - "Doakan Saya Dan Aiman Ada Jodoh"


Nur Fathia - "Doakan Saya Dan Aiman Ada Jodoh"

Nur Fathia - "Doakan Saya Dan Aiman Ada Jodoh"

Pelakon tinggi lampai, Nur Fathia kini sedang dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama aktor Aiman Hakim Ridza. Namun begitu, setiap kali diajukan soalan mengenai hubungan mereka, Aiman mahu pun Fathia enggan berbicara lebih lanjut.Bahkan, mereka juga enggan mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai cinta. Sebaliknya, mengakui sedang berkawan rapat.

Bertemu dengan Fathia di Majlis Ramah Mesra Drama 'Ariana Rose' di Sri Pentas, Damansara pada Selasa, Fathia memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

"Selagi tiada jodoh, selagi itu saya tidak akan beritahu status hubungan kami. Secara umumnya, Aiman ada ciri-ciri calon suami idaman semua wanita. Dia bersikap realistik dan bijak walaupu masih muda. Apapun, saya harap semua orang boleh mendoakan kami ada jodoh," jelas gadis yang masih lagi menuntut dalam bidang perundangan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam ini.

Dalam pada itu, Fathia juga menjawab desas desus yang mengatakan dia menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka berstatus kerabat.

"Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan mana-mana jejaka berstatus kerabat. Saya pun tidak tahu macamana cerita ini boleh timbul," jelas Fathia.

Nur Fathia - "Doakan Saya Dan Aiman Ada Jodoh"


Sedia Dikecam

Membawakan watak sebagai Ariana untuk drama bersiri 'Ariana Rose' yang diadaptasikan daripada novel 'The Wedding Breaker', Fathia menjelaskan yang dia sudah bersedia untuk menerima kritikan dan kecaman apabila dia menggalas tanggungjawab untuk melakonkan watak tersebut.

"Umum tahu, sesebuah novel mempunyai golongan peminat mereka sendiri. Saya sendiri membaca novel ini untuk menghayati watak Ariana. Saya sudah bersedia jika lakonan saya dikritik dan dikecam kerana saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Namun begitu saya berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam membawakan watak ini," ujar Fathia.

Tambah Fathia lagi, dia berharap agar peminat novel 'The Wedding Breaker' dapat memahami situasi adaptasi daripada novel ke drama yang tidak boleh direalisasikan secara 100 peratus.

"Kadang-kadang, jika saya kurang pasti dengan sesebuah adegan, saya sendiri menghubungi penulis novel tersebut, Evelyn Rose untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai adegan tersebut. Peminat novel tersebut memang mahu saya buat yang terbaik, jadi saya memang tidak boleh main-main dalam drama ini," jelas Fathia lagi.


Amyra Rosli Yakin Dengan Dazrin


Amyra Rosli Yakin Dengan Dazrin 

Amyra Rosli Yakin Dengan Dazrin

Pelakon Amyra Rosli, 22, memberitahu dia dan tunangannya yang juga merupakan seorang pelakon, Dazrin Kamaruddin, 25, merancang untuk berkahwin untuk tempoh dua tahun lagi.

Jelas Amyra, walaupun dia masih muda, tetapi dia yakin umur bukanlah penghalang untuk dia mendirikan rumah tangga. Paling penting dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. 

“Berkahwin ini bukanlah perkara mudah, namun saya menjadi yakin apabila melihat pendirian Dazrin yang bukan sahaja menerima saya tetapi seluruh ahli keluarga saya. Malah Dazrin juga tidak meletakkan syarat terhadap kerjaya lakonan saya dan juga tempoh pertunangan kami,” ujar Amyra ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Kalimah Jiwa di Bandar Sungai Long Cheras, Kajang, baru-baru ini.

Mengakui setiap hubungan pasti ada pasang surutnya, Amyra mengakui seperti pasangan lain, dia dan Dazrin juga tidak terkecuali dilanda dugaan. Namun, kongsi Amyra dia dan Dazrin sering berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Amyra Rosli Yakin Dengan Dazrin


“Kami jarang berjumpa dan kadang-kadang langsung tidak berjumpa jika masing-masing sibuk dengan penggambaran. Kalau berjumpa pun, kami bertiga dengan mama yang sering bersama dengan saya," ujar Amyra yang mendedahkan dia Dazrin masih belum membuat sebarang persiapan kahwin.

Ditanya sama ada dia mahu atau tidak bergandingan dengan Dazrin di kaca televisyen, Amyra memberitahu dia tidak menolak sekiranya diberikan peluang itu. Bagimanapun, dia akan meneliti dahulu jalan cerita serta skrip sebelum membuat keputusan. 

“Saya tak merasa kekok sekiranya digandingkan dengan Dazrin, malah merasa gembira kerana berkesempatan untuk berlakon bersama tunang sendiri. Secara tak langsung, dapat juga kami meluangkan masa bersama,” ujar Amyra yang mula mengenali Dazrin ketika sama-sama membintangi drama bersiri 'Jodoh'.

Cinderella Undang Air Mata


Cinderella Undang Air Mata

Cinderella Undang Air Mata

Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, kini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara. Untuk makluman, filem ini diadaptasi daripada drama bersiri Cinderella yang mencetuskan fenomena sekitar tahun 1998. Ketika itu, Ahmad Idham dan Haliza Misbun menggalas watak hero dan heroin.

Atas populariti drama bersiri itu, Ahmad Idham berani mengambil risiko tampil dengan naskah filem. Bagaimanapun, jalan cerita yang ditampilkan agak berbeza kerana mahu disesuaikan dengan latar masa ketika ini, sekaligus mahu menarik generasi muda ke pawagam. 

Melihat maklum  balas peminat-peminat Fizo Omar dan Nelydia Senrose di laman Twitter, rata-rata ramai yang berpuas hati dan memuji-muji filem ini. Malah, ramai juga yang  berkempen supaya peminat filem Melayu lain menonton filem ini.

Cinderella Undang Air Mata


Jadi, bagi yang belum lagi menyaksikan Cinderella di pawagam, pasti anda mahu ulasan yang tidak berat sebelah bukan? Bagi GUA, buah tangan terbaru Excellent Pictures ini menampilkan sebuah jalan cerita yang mudah untuk difahami dan boleh dijadikan pengajaran kepada golongan muda-mudi ketika ini. Namun, ada juga kekurangannya kerana kisah yang dipaparkan klise!

Kisah cinta sebegini sudah terlalu banyak ditampilkan. Bukan hanya di layar perak, tetapi juga di kaca televisyen. Tetapi jika difikir-fikirkan, itulah realiti kehidupan ketika ini.  GUA berpendapat, tindakan Salman bersetuju berkahwin dengan Nurul mungkin dirasakan tidak releven oleh penonton masa kini. Ini kerana agak susah mencari lelaki yang sudi berkahwin dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya. Tapi, ia tidak mustahil bukan? Masa dan keadaan boleh memungkinkan segalanya.

Tentang gandingan Fizo dan Nelydia pula, GUA lihat kedua-dua pelakon ini selesa bersama. Tidak teragak-agak ataupun kekok. Masing-masing tahu cara mengheret penonton untuk bersimpati dengan situasi mereka. Sebab itu GUA tidak hairan apabila ramai penonton yang berderai air mata. Maklumlah rasa sedih dan simpati menguasai diri.

Cinderella Undang Air Mata


Selain itu, GUA juga suka dengan kemunculan orang gaji Salman yang dijayakan oleh Fauziah Nawi. Biarpun dia hanya pelakon pembantu, tetapi kehadirannya sangat membantu menghangatkan jalan cerita. Malah, dia juga mengundang tawa penonton. Kalau dia tiada, rasanya Cinderella kurang rencahnya.

Bagi GUA, kekuatan Cinderella bukanlah pada jalan ceritanya, tetapi populariti hero dan heroin. Persoalannya, bolehkah filem ini mengutip jualan pecah panggung seperti yang diharapkan oleh pihak produksi. Lebih-lebih lagi ia perlu bersaing dengan beberapa filem hebat Hollywood yang seperti The Hobbit : The Desolation Of Smaug, Walking With Dinosaurs, dan 47 Ronin.  

Cinderella mengisahkan tentang Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Di kampung, keluarga tiri Nurul melayan Nurul seperti orang gaji. Tiada langsung rasa belas kasihan.

Mereka terpaksa membenarkan Nurul tinggal di situ kerana terpaksa dan juga kerana menunjukkan kepada orang-orang kampung kemuliaan hati mereka membela seorang gadis yatim piatu.

Cinderella Undang Air Mata


Pada masa yang sama, Zamil pula teruja dengan keayuan adik tirinya dan menunggu masa yang sesuai saja untuk mencabul Nurul. Suatu malam,  Zamil  Berjaya mendapat peluang. Dia bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Namun, Nurul Berjaya melepaskan dan lari ke luar rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke khemah penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Tiba-tiba Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan – di bawa ke balai polis dan didakwa di Mahkamah Syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan kedua.

Filem : Cinderella


Dibintangi oleh : Fizo Omar (Salman), Nelydia Senrose (Nurul), Kamal Adli (Ray), Fauziah Nawi (Mak Jah), Datuk Jalaludin Hassan (Datuk Mokhtar), Azizah Mahzan (Ainon), Azlan Komeng (Zamil), Erin Malek (Farah), Dayangku Faratiwan (Sheila), Sahrol Nizam (doktor)

Genre : Romantik Drama

Info : Ahmad Idham mengakui dia tidak begitu mengenali Fizo Omar pada mulanya. Tetapi selepas berkerjasama dengan pelakon ini, dia yakin Fizo memang sangat sesuai menggalas watak Salman, seorang lelaki yang leka dengan kehidupan dunia.
Rating : 3 / 5





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan