Cari Artikel

Wednesday, December 19, 2012

Lagak pekerja cekup perompak


KUALA LUMPUR: Tindakan anggota polis menyamar sebagai pekerja kedai serbaneka KK Supermart Holdings Sdn Bhd berjaya menangani kes rompakan dan samun di premis milik syarikat itu termasuk yang terbaru seorang remaja ditembak mati dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Setapak, kelmarin.

Pengurus Besarnya, Hooi Weng Kheong berkata, kejayaan itu hasil kerjasama antara pihaknya dengan polis sejak dua bulan lalu bagi menangani kes rompakan berkenaan yang kerap berlaku.


Lagak pekerja cekup perompak, KUALA LUMPUR: Tindakan anggota polis menyamar sebagai pekerja kedai serbaneka KK Supermart Holdings Sdn Bhd berjaya menangani kes rompakan dan samun di premis milik syarikat itu termasuk yang terbaru seorang remaja ditembak mati dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Setapak, kelmarin.
BUKTI...Hooi (tengah) menunjukkan gambar pekerjanya yang diacu parang oleh suspek.
Katanya, anggota polis yang menyamar dengan memakai pakaian seragam kedai serbaneka itu mematahkan cubaan samun dan rompakan yang sering berlaku.

“Taktik polis memakai pakaian seragam pekerja kedai sudah dilaksanakan di beberapa cawangan yang dikenal pasti sering disamun terutama di kawasan panas termasuk Sentul, Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Puchong, Cheras, Serdang, Wangsa Maju dan Setapak,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kedai serbaneka di kawasan itu menjadi tumpuan samun apabila 15 kes dicatat bagi tempoh tahun lalu hingga kini.

Menurutnya, sejak beroperasi pada 2008, pihaknya mengalami kerugian lebih RM1 juta akibat kejadian rompakan dan samun bersenjata.

Katanya, kes berkenaan berlaku di 351 cawangan kedai serbaneka itu membabitkan 671 kes.


“Bagi 2012, syarikat mengalami kerugian RM352,000 membabitkan 217 kes samun,” katanya.

Hooi berkata, operasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam turut membantu mengesan suspek terbabit.

Beliau membuat sidang media berkenaan sebagai mengulas kejadian dua lelaki menyerang polis yang mengakibatkan seorang mati, manakala rakannya cedera selepas ditembak dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Rampai, kelmarin.

Dua lelaki bersenjata parang itu memasuki kedai berkenaan pada jam 4.40 pagi sebelum polis melepaskan tembakan menyebabkan seorang suspek berusia 19 tahun mati, manakala rakannya melarikan diri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, seorang rakan suspek yang berusia 19 tahun kini diburu untuk membantu siasatan.

Selaras 74.3 meter persegi


KUALA LUMPUR: Keluasan semua 5,669 rumah kos rendah yang akan dibangunkan di Taman Ikan Emas, Cheras, diselaraskan kepada 74.3 meter persegi (800 kaki persegi).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sebelum ini pemilik yang mempunyai dua bilik (rumah asal) akan mendapat keluasan rumah baru 83.6 meter persegi (900 kaki persegi), manakala rumah asal satu bilik akan mendapat keluasan rumah baru 74.3 meter persegi.

Selaras 74.3 meter persegi, KUALA LUMPUR: Keluasan semua 5,669 rumah kos rendah yang akan dibangunkan di Taman Ikan Emas, Cheras, diselaraskan kepada 74.3 meter persegi (800 kaki persegi).

“Hasil perbincangan kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pemaju dan wakil penduduk, keluasan rumah kos rendah yang bakal dibina di situ akan diseragamkan.

“Bagaimanapun, bagi 859 pemilik rumah yang sepatutnya mendapat keluasan rumah 83.6 meter persegi akan mendapat tambahan pampasan RM14,000 selain sebuah rumah baru,” katanya di sini, semalam.

Turut hadir dalam Mesyuarat Pembentangan Hasil Bancian Bagi Cadangan Pembangunan Semula Di Atas Tapak Pangsapuri dan Rumah kos Rendah Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas di Bandar Tun Razak, semalam, ialah Ketua Setiausaha KWPKB, Datuk Adnan Md Ikshan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Menurut Raja Nong Chik, pihaknya akan mengadakan sesi penerangan berperingkat kepada penduduk di kawasan terbabit bermula minggu depan mengenai perancangan pemaju.

5,000 terima bantuan persekolahan anak


KUALA LUMPUR: Seramai 5,000 penerima dipilih menerima bantuan persediaan persekolahan anak berupa baucar membeli pakaian dan kasut sekolah bernilai RM100 dan wang RM100 setiap seorang.

Bantuan disalurkan Yayasan Wilayah Persekutuan menerusi peruntukan RM1 juta.

5,000 terima bantuan persekolahan anak, KUALA LUMPUR: Seramai 5,000 penerima dipilih menerima bantuan persediaan persekolahan anak berupa baucar membeli pakaian dan kasut sekolah bernilai RM100 dan wang RM100 setiap seorang.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pemberian bantuan daripada kerajaan itu menjadi program tahunan dianjurkan sejak 2008 membabitkan penerima dari tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Ia menjadi program yang memberi perhatian dan bantuan pada ibu bapa untuk menyediakan kemudahan pada anak-anak masuk sekolah rendah. “Bantuan berupa sepasang pakaian, kasut, tiga sarung kaki, beg dan wang RM100,” katanya pada majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan di sini, semalam.

Penarik kereta kena tembak


SUBANG JAYA: Seorang penarik kereta, M Subramaniam, 33, parah selepas ditembak dari jarak dekat di kepala ketika minum bersama bapa saudara dan abang iparnya di sebuah restoran 24 jam di Puchong Prima, di sini, pagi semalam.

Seorang saksi berkata, ketika kejadian jam 9 pagi itu, mangsa baru tiba di restoran berkenaan untuk bersarapan sebelum kira-kira 10 minit kemudian terdengar letupan seperti bunyi mercun.

Penarik kereta kena tembak, SUBANG JAYA: Seorang penarik kereta, M Subramaniam, 33, parah selepas ditembak dari jarak dekat di kepala ketika minum bersama bapa saudara dan abang iparnya di sebuah restoran 24 jam di Puchong Prima, di sini, pagi semalam.


“Orang ramai berpusu-pusu melarikan diri sebelum saya melihat lelaki itu rebah dengan kepala berlumuran darah,” katanya.

Adik perempuan mangsa yang enggan dikenali berkata, abangnya (mangsa) tinggal di rumah lain berdekatan rumahnya dan bekerja sebagai penarik kereta.

“Saya diberitahu bapa saudara mengenai kejadian dan bergegas ke sini, namun polis memberitahu abang sudah dibawa ke Hospital Serdang (HS) dengan ambulans,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa dari jarak dua hingga tiga meter dan mengenai bahagian belakang kepala mangsa.

“Suspek yang berbadan gempal serta bertopi keledar lengkap berpenutup melarikan diri menaiki motosikal bersama seorang lagi rakannya.

“Siasatan di tempat kejadian tidak menjumpai kelongsong dan anak peluru serta senjata digunakan suspek, malah hasil pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di restoran berkenaan,” katanya.

Menurut Yahaya, mangsa dibawa ke HS dan masih berada dalam keadaan kritikal serta semakan ke atasnya mendapati dia tiada rekod jenayah.

“Polis belum dapat mengenal pasti motif kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat, sila hubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Rosdi M Husin di talian 013-3920694 atau 03-56332222,” katanya.

Peluru tembus kening kiri


KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam keadaan mengerikan selepas dua das tembakan yang dilepaskan penyerangnya mengenai belakang kepalanya sehingga menembusi kening sebelah kiri dalam kejadian di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, Md Shah Jalal, 31, yang bekerja di kedai pendingin hawa dan aksesori kenderaan dalam perjalanan membeli makanan kira-kira 100 meter dari tempat kerjanya dengan menunggang motosikal apabila dia dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada dua penyerang yang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna merah.

Peluru tembus kening kiri, KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam keadaan mengerikan selepas dua das tembakan yang dilepaskan penyerangnya mengenai belakang kepalanya sehingga menembusi kening sebelah kiri dalam kejadian di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.


Tembakan itu menyebabkan mangsa yang dipercayai tidak memakai topi keledar, gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke arah tiang elektrik di tepi jalan sebelum meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pemeriksaan mendapati kesan luka pada kepala mangsa akibat terkena tembakan jarak dekat.

Katanya, mangsa dipercayai tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal kerana topi keledarnya ditemui dalam raga motosikal.

“Menurut saksi yang tinggal berhampiran, mereka terdengar dua das tembakan dan ada saksi melihat motosikal Honda EX-5 berwarna merah dinaiki dua orang meninggalkan tempat kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Peluru tembus kening kiri, KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam keadaan mengerikan selepas dua das tembakan yang dilepaskan penyerangnya mengenai belakang kepalanya sehingga menembusi kening sebelah kiri dalam kejadian di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.


“Buat masa ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut termasuk menyemak data dalam telefon bimbit mangsa.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat,” katanya.

Mazlan berkata, mangsa bekerja dengan majikan berketurunan Siam sejak dua tahun lalu dan tinggal di tempat kerjanya.

“Mangsa tiada keluarga di negeri ini, namun mempunyai seorang rakan senegara, tetapi sudah dua minggu tidak berjumpa,” katanya.

Suami isteri ditahan bantu siasatan


KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan pasangan suami isteri berusia 40 dan 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan warga Bangladesh yang ditembak di kepala di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan penduduk tempatan itu ditahan tujuh jam selepas kejadian berdekatan Jalan Padang Garong, di sini, pada jam 1.30 pagi semalam.

Suami isteri ditahan bantu siasatan, KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan pasangan suami isteri berusia 40 dan 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan warga Bangladesh yang ditembak di kepala di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.


Katanya, mereka ditahan reman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan.

“Penahanan suami isteri itu hasil siasatan awal polis dan mereka direman sehingga 24 Disember ini bagi membantu siasatan," katanya.


Ditanya mengenai hubungan pasangan berkenaan dengan mangsa, Mazlan menjelaskan perkara itu masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan mereka saling mengenali.


Pasangan suami isteri itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, pada jam 11 pagi semalam, untuk mendapatkan perintah reman.

Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozita Md Saad membenarkan permohonan reman berkenaan.

Lelaki enggan alih motosikal dari parkir parah ditikam


PETALING JAYA: Hanya kerana enggan mengalih motosikal yang diletakkan di tempat letak kereta, seorang lelaki berusia 21 tahun kini kritikal selepas ditikam dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau di perut dalam kejadian di tempat letak kereta hadapan sebuah restoran di Jalan Pluto, di sini, malam kelmarin.

Akibat perbuatan dua lelaki terbabit mangsa yang dilaporkan menerima 50 jahitan di perut masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Lelaki enggan alih motosikal dari parkir parah ditikam, PETALING JAYA: Hanya kerana enggan mengalih motosikal yang diletakkan di tempat letak kereta, seorang lelaki berusia 21 tahun kini kritikal selepas ditikam dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau di perut dalam kejadian di tempat letak kereta hadapan sebuah restoran di Jalan Pluto, di sini, malam kelmarin.


Menurut sumber, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa ditikam dua lelaki berkenaan selepas keengganannya mengalihkan motosikal miliknya yang diletakkan di tempat letak kereta di hadapan restoran berkenaan.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa baru meletakkan motosikal miliknya di hadapan restoran berkenaan.


“Sebelum meninggalkan kenderaannya itu, mangsa dihampiri Proton Wira dinaiki dua lelaki tidak dikenalinya.


“Seorang daripada suspek turun dari kereta berkenaan sebelum mengarahkan mangsa mengalihkan motosikalnya itu ke tempat lain,” katanya.

Sumber berkata, keengganan mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran lebih 10 minit sebelum rakan suspek campur tangan.


“Gagal menemui jalan penyelesaian, dua suspek yang bersenjatakan pisau menikam perut mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri,” katanya.

Katanya, orang awam yang menyaksikan kejadian membantu mangsa dengan membawanya ke PPUM.


Mangsa yang kini dirawat di ICU PPUM dilaporkan kritikal dan menerima 50 jahitan di perut.


Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Melayu Subang, di sini, berhubung kejadian berkenaan.


Tambahnya, sehingga kini tiada tangkapan dilaporkan, namun usaha memburu dua suspek giat dijalankan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Belum sampai ajal


MIRI: Seorang anggota polis bernasib baik apabila pedang samurai dilibas ke arahnya oleh penjenayah tepat mengenai telefon bimbit disimpan dalam poket seluarnya, sekali gus menyelamatkannya daripada cedera dalam kejadian di Pujut Padang Kerbau, di sini, semalam.


Belum sampai ajal, MIRI: Seorang anggota polis bernasib baik apabila pedang samurai dilibas ke arahnya oleh penjenayah tepat mengenai telefon bimbit disimpan dalam poket seluarnya, sekali gus menyelamatkannya daripada cedera dalam kejadian di Pujut Padang Kerbau, di sini, semalam.

Beberapa jam sebelum kejadian, polis menahan ketua kumpulan jenayah Geng Jerry dan seorang ahlinya dalam serbuan di Pusat Komersial Boulevard, jam 1.30 pagi.
Siasatan polis terhadap suspek membongkar maklumat kehadiran saki-baki ahli kumpulan itu di Pujut Padang Kerbau, sebelum sepasukan polis dihantar ke lokasi terbabit, jam 4.30 pagi.

Sumber berkata, polis mengesan tiga lagi ahli kumpulan terbabit, namun mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

Menurutnya, berlaku pergelutan antara seorang anggota polis berpangkat lans koperal dengan seorang daripada suspek berusia 20-an sebelum suspek mengeluarkan pedang samurai yang diselitkan di pinggang.

################################################################################


(Newspaper Miri, the 18th) rampant city number of the tumbledown burglary, motorcycle and car thefts and robbery 4-One Jelly Party (Geng Jerry) today arrested along with the heads of three accomplices, was smashed; police in the next a sleepless 9 hours investigation, successfully seized a shotgun, parang knife, a large number of suspected tools of crime, as well as the two reported stolen motorcycle, and tumbledown steal case of stolen goods.

Police spider arrest last three accomplices, one of the suspects see the police suddenly appeared, parang knife slashing policemen actually launched an attack took out the leg twice in the attack, although the latter successfully flashed the neck, but suddenly plot by the suspects, legs almost in knife glad IPHONE smartphone in his pocket and he blocked a violent knife, and ultimately keep the leg, but the phone is thus reimbursement.

Police believe that the expected cracked with the arrest of four men suspected of at least 10 motorcycles stolen, as well as the rest of the shack burglary case and car theft.

Arrested four men suspected of verified about more than 20 years old, are indigenous, they afterwards together with the modus tools reported stolen motorcycles, lawn mowers, and fan was escorted back to the police station for further inquiries.

To prevent crime group police officers today 1:00 clues based on the investigation, the Furama Business Center ambush, found the Summit and accomplices stepped out from the billiard centers ready to leave, stepped forward to reveal the identity of their seizure, together with the vehicle is verified in Dan velvet vicinity reported stolen motorcycles escorted back to the police station for further inquiries.

Spider let accomplices appeared

The two men suspected in Vigorous cross-examination, with the police today 4:00 spider, let the other three accomplices automatically appeared.

It is understood that the three accomplices fact, at that time in the vicinity of of Po Yi Wan cattle village home burglary, and agreed to meet at the roadside, the police arrested time machine, under the guidance of his two accomplices to their destinations arrest people .

3 too did not know in the trap, holding stolen goods including lawn mowers and fans waiting at the roadside rendezvous, the result, the police arrived in the scene and immediately rushed before ready to arrest people, one suspected of actually launch an attack, and pulled out a parang knife continuous Mito play cut police officers, the latter did not expect the results of the left thigh was knifed glad the phone to keep their thighs to avoid being chopped.

Which men suspected subdue a suspected disarray fled without a trace, the police afterwards will attack the police officers, together with another accomplices seized modus tools, parang knife and stolen goods be escorted back to the police station for further inquiries.

Successfully seized a homemade shotgun, four suspects were in full charge at the police station after police conducted searches at eight o'clock this morning pull the team a bead bar district heads of the home for a reported stolen motorcycle and dry case tools such as pliers.

Police believe this party active in the city a number of property criminal crime, which does not rule out the summit may also involve 13,000 ringgit Lan spelled in October of this year, a highwayman, and it gets stolen cars and burned attempt mysterious murder case, has stepped up to trace the related criminal case and fugitives another too.

Upah RM5 minta pijak belakang sebelum cabul


LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing mengambil kesempatan mencabul gadis berusia 10 tahun selepas meminta gadis itu memijak belakang badannya dengan bayaran RM5, dalam kejadian di rumah kongsi di Ladang Felda Sahabat 10, di sini, kelmarin.

Perbuatan suspek berusia 23 tahun terbongkar apabila gadis itu menceritakan kejadian itu kepada ibunya, jam 2 petang.

Upah RM5 minta pijak belakang sebelum cabul, LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing mengambil kesempatan mencabul gadis berusia 10 tahun selepas meminta gadis itu memijak belakang badannya dengan bayaran RM5, dalam kejadian di rumah kongsi di Ladang Felda Sahabat 10, di sini, kelmarin.


Terkejut dengan keadaan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di hospital sebelum membuat laporan polis.

Susulan laporan itu, sepasukan polis menjalankan operasi dan menahan suspek di rumahnya beberapa jam selepas kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Ang Seow Aun berkata, suspek warga Timor Leste ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berjalan kaki seorang diri disapa suspek ke rumahnya sebelum diminta memijak belakang badannya dengan upah RM5.

“Kesempatan itu digunakan suspek untuk mencabul mangsa yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada hari sama, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menjadi mangsa cabul, juga oleh seorang lelaki warga asing di rumah kongsi Ladang Felda Sahabat 48.

“Dalam kejadian kedua jam 7 malam, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di luar rumah sebelum suspek berusia 25 tahun menghampiri mangsa lalu mengheretnya ke rumah kongsi.

“Namun, perbuatan suspek disedari jirannya yang kebetulan berada di tingkap rumahnya lalu memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan polis,” katanya.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan suspek di rumahnya jam 11 malam, pada hari sama.

Aidil hadir proses sulh hak penjagaan 2 anak


SEREMBAN: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, bagi proses sulh hak penjagaan dua anak lelakinya.

Mohd Aidil, 25, memberitahu Harian Metro, proses sulh hari pertama hanya membabitkannya dan pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, manakala isterinya juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 33, tidak dapat hadir saat akhir.

Aidil hadir proses sulh hak penjagaan 2 anak, SEREMBAN: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, bagi proses sulh hak penjagaan dua anak lelakinya.


“Proses sulh pertama tetap diteruskan kerana tarikh sudah ditetapkan oleh mahkamah dan akan disambung pada tarikh ditetap kelak menerusi surat dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan,” katanya.

Peguamnya, Noor Ariff Delia ketika ditemui di pejabatnya di Senawang, berkata Aidil memfailkan permohonan sulh itu pada 1 November lalu bagi mencari jalan penyelesaian awal terhadap hak penjagaan anak.


“Proses sulh bertujuan mencari jalan penyelesaian antara pasangan suami isteri itu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat keadilan. Tuntutan hak penjagaan anak ini boleh dilakukan walaupun pasangan tidak bercerai,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.


Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil dan mereka dikatakan tinggal berasingan sejak enam bulan lalu selepas pemain pertahanan kebangsaan itu meninggalkan rumah mereka di Damansara, Selangor.

Pada 15 Mei lalu, Aidil menarik balik permohonan cerai terhadap Rita Rudaini atas alasan ingin berbaik semula.


Sementara itu, Rita Rudaini memfailkan permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember lalu.

‘Semua ini sudah tertulis’


ALOR SETAR: “Saya pasrah dengan apa yang terjadi. Ini semua sudah tertulis dan memang saya akui agak terkejut selepas mendapat tahu insiden yang menimpa dua anak saya tetapi semua ini adalah takdir.

“Saya tidak salahkan sesiapa termasuk Md Effendi (bapa saudara) yang membawa mereka keluar bersiar-siar dengan bot itu kerana ia adalah ketetapan daripada Tuhan,” kata Anuar Ismail, 31, bapa kepada dua beradik yang lemas selepas mereka tercampak daripada bot yang dinaiki bersama bapa saudaranya, kelmarin.

‘Semua ini sudah tertulis’, ALOR SETAR: “Saya pasrah dengan apa yang terjadi. Ini semua sudah tertulis dan memang saya akui agak terkejut selepas mendapat tahu insiden yang menimpa dua anak saya tetapi semua ini adalah takdir.


Mayat Mohd Hafis Anuar, 4, ditemui terapung di tebing sungai Kedah berdekatan bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini, kira-kira jam 3 petang semalam, manakala mayat abangnya, Mohd Ashrik, pula ditemui jam 4.25 petang, kira-kira 50 meter dari lokasi mayat adiknya itu ditemui.

Anuar berkata, dia amat terkejut sebaik mengetahui kejadian yang menimpa dua anaknya kerana ketika itu dia pergi melawat bapa saudaranya di Naka, dekat sini, dan hanya mengetahui insiden itu sebaik tiba di rumah ibunya di Taman Nelayan, di sini.


“Ketika menghampiri rumah emak, saya lihat orang ramai sedang mengerumuni rumah. Hati saya berdetik apa sebenarnya yang terjadi dan lantas meluru masuk ke dalam rumah untuk mengetahui perkara sebenar.

Mangsa takut ditinggal ibu


ALOR SETAR: “Arwah sempat makan ayam kicap yang saya masak dengan penuh selera sebelum dia ditinggalkan bersama teman lelaki saya,” kata Norhafiza Othman, 25, ibu kepada Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang maut dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Mergong, kelmarin.

Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu anak tunggalnya itu kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin ketika dia hendak ke tempat kerja, tetapi Muhammad Faiz kelihatan sedih apabila dimaklumkan dia akan tinggal bersama suspek.

Mangsa takut ditinggal ibu, ALOR SETAR: “Arwah sempat makan ayam kicap yang saya masak dengan penuh selera sebelum dia ditinggalkan bersama teman lelaki saya,” kata Norhafiza Othman, 25, ibu kepada Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang maut dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Mergong, kelmarin.


“Saya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa anak saya itu kira-kira jam 3.30 petang semalam (kelmarin) ketika bekerja dan bergegas ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tetapi anak saya disahkan meninggal dunia.

“Saya mahukan keadilan dan berharap kes ini akan selesai,” katanya yang ditemui di rumahnya di Flat Simpang Kuala, di sini, semalam selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.


Semalam, Harian Metro melaporkan Muhammad Faiz meninggal dunia dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya., dan disahkan mati sewaktu dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HSB, kira-kira jam 3 petang selepas mendapati badannya lebam dan mengalami kecederaan.


Sementara itu, datuk mangsa, Othman Hashim, 47, berkata, sebelum ini dia yang menjaga kanak-kanak itu tetapi anak perempuannya, Norhafiza yang tinggal berasingan kerap mengambil Muhammad Faiz tinggal bersamanya.

Beliau berkata, dia pernah menegur Norhafiza apabila mendapati kemaluan mangsa dan seluruh badan kanak-kanak itu lebam serta cedera apabila cucu sulungnya itu dikembalikan tetapi anak kedua daripada tujuh beradik itu memberi alasan anaknya cuma jatuh dari motosikal.


“Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara anak sulung saya dengan Norhafiza menyebabkan beliau membawa Muhammad Faiz pulang ke Kampung Berjaya pada malam Jumaat lalu sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian cucu kesayangan saya itu.

“Lebih menyedihkan lagi, pada sehari sebelum dia meninggal, arwah makan dalam jumlah yang banyak dan berselera menyebabkan saya seronok melihat gelagatnya tetapi tak sangka itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.


Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata, beliau tidak akan memaafkan suspek kerana sanggup melakukan penderaan terhadap cucunya sehingga menyebabkan arwah meninggal dunia, namun bersyukur kerana lelaki itu akhirnya ditahan polis pagi semalam.


Saya tidak akan melupakan sampai mati sepanjang tempoh menjaga arwah kerana kanak-kanak itu seorang yang aktif, petah bercakap serta tidak banyak kerenah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan ketika dihubungi mengesahkan laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu mendapati kematiannya berpunca akibat penderaan.


Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai mati akibat kecederaan serius di seluruh badan terutama abdomen, bibir dan muka dipercayai akibat dipukul senjata tumpul berkemungkinan ditumbuk, di siku atau dipijak.


“Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan dalaman termasuk pankreasnya putus dipercayai akibat tindakan sama,” katanya.


Saravanan berkata, teman lelaki kepada ibu kanak-kanak itu yang berusia 27 tahun ditahan membantu siasatan kira-kira jam 3 pagi semalam.

Masyarakat perlu peka


ALOR SETAR: Keprihatinan masyarakat terhadap isu penderaan kanak-kanak dengan melaporkan segera ke talian Nur 15999 dapat menangani masalah itu berlaku sekali gus dapat menyelamatkan satu nyawa tidak berdosa dari menjadi mangsa.

Masyarakat perlu peka, ALOR SETAR: Keprihatinan masyarakat terhadap isu penderaan kanak-kanak dengan melaporkan segera ke talian Nur 15999 dapat menangani masalah itu berlaku sekali gus dapat menyelamatkan satu nyawa tidak berdosa dari menjadi mangsa.


Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata masyarakat perlu peka dengan keadaan kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan mereka dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat tanda penderaan terhadap kanak-kanak terbabit.


Beliau berkata, ketika ini terlalu banyak kes membabitkan penderaan kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian berlaku dan perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan.

‘Biar munasabah’


PUTRAJAYA: Bayaran agensi yang dikenakan terhadap pembantu rumah Indonesia akan disemak semula supaya kadar munasabah dapat ditentukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, langkah itu perlu berikutan kadar sedia ada agak tinggi, malah membebankan pembantu rumah.

‘Biar munasabah’, PUTRAJAYA: Bayaran agensi yang dikenakan terhadap pembantu rumah Indonesia akan disemak semula supaya kadar munasabah dapat ditentukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


“Perjanjian Lombok membabitkan kerangka kerja kerjasama yang ditandatangani sudah pun dipatuhi, tetapi ada sedikit kesulitan terutama dari segi kadar bayaran agensi agak tinggi.

“Justeru, saya dan Bapak Susilo (Presiden Susilo Bambang Yudhoyono) bersetuju mengusahakan supaya kadar ini dapat ditentukan pada kadar munasabah, sekali gus membolehkan perjanjian ini dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya pada sidang media bersama Presiden Indonesia itu sempena Rundingan Tahunan Ke-9 antara Malaysia dan Indonesia di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.


Perjanjian Lombok ditandatangani pada Rundingan Tahunan Malaysia Indonesia kali Kelapan di Lombok, Indonesia, Oktober tahun lalu, selepas negara itu menarik balik pembekuan pengambilan pembantu rumah pada 2009 berikutan insiden penderaan pembantu rumah oleh segelintir majikan di negara ini.


Dari segi persempadanan maritim, Najib berkata, usaha itu perlu dilakukan secara lebih intensif bukan saja di peringkat teknikal, tetapi merumuskan satu formula penyelesaian yang boleh diterima rakyat kedua-dua negara tidak lama lagi.

“Ini penting kerana apa-apa persetujuan jika tidak dilandaskan dalam penerimaan rakyat, ia tidak boleh dilangsungkan berikutan tidak ada dukungan daripada rakyat kedua-dua negara,” katanya.


Menyentuh mengenai bidang ekonomi, beliau berkata, kedua-dua negara bersetuju menetapkan sasaran perdagangan dua hala antara Malaysia dan Indonesia mencecah AS$30 bilion (RM91.7 bilion) menjelang 2015.

Menurutnya, walaupun sasaran disifatkan agak tinggi, ia mencerminkan kesungguhan kedua-dua pemerintah untuk mencapai kerjasama ekonomi dua negara.


Katanya, kedua-dua pemimpin juga berpuas hati dengan arah aliran hubungan ekonomi dua negara yang menunjukkan projektori semakin meningkat.


“Umpamanya, perdagangan dua hala Malaysia dan Indonesia tahun ini meningkat AS$1 bilion (RM3.06 bilion) iaitu AS$15.9 bilion (RM48.59 bilion) dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding AS$14.9 bilion (RM45.53 bilion) bagi tempoh sama tahun lalu.


“Malah, Malaysia muncul sebagai pelabur keenam di Indonesia. Sejak kebelakangan ini juga kemasukan pelabur dari Indonesia semakin ketara terutama dalam bidang perhotelan dan saya harap jumlah pelaburan dapat ditingkatkan terutama dalam bidang kewangan dan perbankan,” katanya.


Sementara itu, Susilo berkata, sebagai jiran terdekat, kedua-dua negara tidak lari daripada perkara atau isu yang boleh mengganggu ketenteraman dan hubungan silaturahim.


Namun katanya, pemimpin kedua-dua negara akan berusaha mengatasi isu itu dengan bijak dan sebaik mungkin supaya tidak mengganggu hubungan dua hala yang sudah lama terjalin.

‘Malaysia’ tak sepi lagi


JOHOR BAHRU: “Malaysia tidak sepi lagi kerana mempunyai ramai rakan dan menerima penjagaan baik di sini,” kata Pengurus Besar Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin.

Menurutnya, Malaysia dimaksudkan itu seorang penghuni baru di pusat penjagaan berkenaan yang mempunyai nama unik, Malaysia @ Abdul Latif Abdul Kadir, 49.


‘Malaysia’ tak sepi lagi, JOHOR BAHRU: “Malaysia tidak sepi lagi kerana mempunyai ramai rakan dan menerima penjagaan baik di sini,” kata Pengurus Besar Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin.


Katanya, Malaysia berasal dari Batu Pahat dan dimasukkan ke pusat penjagaan itu sejak 1 Disember lalu berikutan ahli keluarganya menghadapi kesulitan menjaganya kerana lelaki itu mengalami kemurungan.

“Adik-beradik Malaysia sudah lanjut usia menyebabkan mereka berdepan masalah menjaganya. Jadi, kami menawarkan bantuan menjaganya,” katanya.


Menurutnya, pihaknya mula menyedari keunikan nama lelaki itu yang masih bujang selepas melihat kad pengenalannya.


“Namun, kad pengenalan asal Malaysia disimpan ahli keluarganya dan kami cuma memiliki salinannya,” katanya.

Jelajah negara kumpul suara kaum hawa


ALOR SETAR: Resolusi Program Aspirasi Wanita berkaitan idea, cadangan dan kritikan berhubung pembangunan wanita di negara ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi diambil tindakan selanjutnya.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (MPWKM), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, siri jelajah Program Aspirasi Wanita dijalankan di seluruh negara bagi mendengar sendiri suara golongan itu di peringkat akar umbi.

Jelajah negara kumpul suara kaum hawa, ALOR SETAR: Resolusi Program Aspirasi Wanita berkaitan idea, cadangan dan kritikan berhubung pembangunan wanita di negara ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi diambil tindakan selanjutnya.


Menurutnya, melalui kaedah itu, pihaknya akan memberi penerangan kepada kaum hawa berhubung kelebihan disediakan membabitkan program, dasar dan perundangan yang membela dan membantu mereka. “Bagi Kedah, kita akan lakukan jelajah melalui program terbabit ke setiap kawasan Parlimen, sekali gus memastikan mesej yang ingin disampaikan sampai kepada golongan sasar berkenaan.

“Dalam masa sama kita akan kumpul segala suara isi hati mereka membabitkan pelbagai isu untuk tindakan susulan.


“Tindakan itu diambil selepas mengambil kira masih ramai wanita terutama di pedalaman yang belum menyedari kewujudan pelbagai kemudahan yang disediakan khusus kepada mereka,” katanya selepas merasmikan Program Aspirasi Wanita di peringkat Zon Utara, di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini, semalam.


Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata, sehingga kini beliau sudah turun padang ke dua zon membabitkan utara dan kawasan tengah melalui Program Aspirasi Wanita bagi mendengar sendiri suara golongan itu di peringkat akar umbi.

“Hasilnya, kita dapati masih ramai wanita terutama di luar bandar tidak sedar akan pelbagai bantuan dan kemudahan disalurkan kerajaan bagi membela nasib mereka.


“Justeru, melalui lawatan di dua zon ini, saya dapati kita perlu memperincikan lagi program dan polisi yang ada bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang pelbagai bentuk bantuan itu yang ketika ini mesejnya masih tidak sampai kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata, suara hati wanita yang dikumpulkan sebagai resolusi Program Aspirasi Wanita akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


“Kita bercadang anjurkan perhimpunan besar-besaran di bawah Program Aspirasi Wanita yang mengumpulkan golongan itu di seluruh negara, Februari depan.


“Resolusi itu mengandungi suara golongan itu di peringkat akar umbi akan diserahkan kepada Perdana Menteri, sebelum dihantar kepada kementerian berkaitan bagi tindakan susulan,” katanya.

Jalan buntu


KUALA LUMPUR: Permohonan hak penjagaan anak (hadanah) pelakon dan penerbit drama, A Aida yang sebelum ini menemui jalan buntu selepas proses sulh (rundingan) antara dia dan suaminya Deputi Superintendan Suffian Sulaiman tidak berjaya, ditetapkan untuk perbicaraan pada 28 Februari depan.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan tarikh itu dengan dihadiri Aida yang diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong manakala Suffian tidak hadir dan hanya diwakili peguam Ismail Mohd. Mahkamah juga menetapkan 21 Januari ini sebagai tarikh sebutan untuk Suffian selaku defendan memfailkan pernyataan pembelaan.

Jalan buntu, KUALA LUMPUR: Permohonan hak penjagaan anak (hadanah) pelakon dan penerbit drama, A Aida yang sebelum ini menemui jalan buntu selepas proses sulh (rundingan) antara dia dan suaminya Deputi Superintendan Suffian Sulaiman tidak berjaya, ditetapkan untuk perbicaraan pada 28 Februari depan.


Sementara itu, di mahkamah berasingan, Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain di dalam kamarnya menetapkan 15 Januari ini sebagai tarikh sebutan untuk hujahan kedua-dua pihak bagi permohonan injunksi yang difailkan Suffian untuk mendapatkan perintah menghalang penerbit drama kontroversi Halimah Jongang itu daripada membuat kenyataan media berhubung masalah rumah tangga mereka.

Pada prosiding itu juga, Aida memasukkan afidavit jawapan kes itu. Pada 2 November lalu, Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 41, memfailkan permohonan membubarkan perkahwinan secara fasakh terhadap Suffian yang juga Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik Bukit Aman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini. Sebelum ini, Aida memfailkan permohonan bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, tetapi menarik semula permohonan itu selepas proses perbincangan menemui jalan buntu.


Aida dan Suffian bernikah pada 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia empat tahun, Muhammad Rahul.


Pelakon itu pernah bernikah dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama penuhnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, pada 1994 dan dikurniakan dua anak, Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha, 11, sebelum bercerai pada 17 Disember 2004.

Shila ceria dapat visa buat persembahan


KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Patah Seribu dan Memori Tercipta, Shila Amzah, 22, sah membuat persembahan pada World Music Awards 2012 di Marlins Park, Miami, Amerika Syarikat pada 22 Disember ini apabila beliau mendapat visa pada saat akhir.

Shila memberitahu Harian Metro, semalam, dia ditemani ayahnya, ND Lala serta ibunya, Fauziah Sarman dan mereka dijadual berlepas jam 8 malam ini (Rabu) dengan pesawat Etihad Airways.


Shila ceria dapat visa buat persembahan, KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Patah Seribu dan Memori Tercipta, Shila Amzah, 22, sah membuat persembahan pada World Music Awards 2012 di Marlins Park, Miami, Amerika Syarikat pada 22 Disember ini apabila beliau mendapat visa pada saat akhir.


Apa yang membanggakan bagi anugerah tahunan itu, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, menerima pencalonan bagi kategori World Best Female Artist bersama penyanyi handalan lain termasuk Madonna, Beyonce, Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink dan Kelly Clarkson. Shila berkata, dia perlu memperoleh dua visa daripada Kedutaan Amerika Syarikat iaitu visa pelancongan yang diterima lebih awal diikuti visa persembahan yang memerlukan proses kelulusan lebih terperinci.

“Alhamdulillah, syukur segala-galanya selesai. Perancangan saya bertolak ke sana sebelum 20 Disember ini terlaksana dan semuanya dipermudahkan Allah S.W.T.


“Pada acara itu nanti saya menyampaikan dua lagu dan kemungkinan besar lagu yang pernah saya nyanyikan ketika bertanding di Shanghai, September lalu,” kata penyandang gelaran juara bagi Asian Wave 2012 ini.


Tidak meletakkan harapan tinggi, Shila bagaimanapun berjanji memberikan persembahan terbaik dan menganggap ia satu peluang terhebat mempamerkan bakat dalam satu lagi acara bertaraf dunia demi mengharumkan nama Malaysia.

“Menang atau kalah itu perkara kedua, maklum sajalah ia membabitkan nama hebat muzik antarabangsa. Apa yang penting, saya diberi peluang membuat persembahan bersama ramai penyanyi terkenal,” katanya.

Satu kampung kena ‘kencing’


KUCHING: “Kami akan berusaha mendapatkan kembali wang yang dilesapkan itu walaupun separuh kerana ia sudah cukup asalkan dapat membayar semula pinjaman bank,” kata Tito Ball, 33, seorang daripada 12 mangsa penipuan pelaburan Skim Beras 1Malaysia yang membabitkan wang tunai lebih RM1.98 juta di Siburan, baru-baru ini.

Satu kampung kena ‘kencing’, KUCHING: “Kami akan berusaha mendapatkan kembali wang yang dilesapkan itu walaupun separuh kerana ia sudah cukup asalkan dapat membayar semula pinjaman bank,” kata Tito Ball, 33, seorang daripada 12 mangsa penipuan pelaburan Skim Beras 1Malaysia yang membabitkan wang tunai lebih RM1.98 juta di Siburan, baru-baru ini.


Menurut Tito, dia melabur RM334,420 dan dijangka menerima pulangan antara 50 dan 100 peratus daripada jumlah pelaburan, tetapi sejak Oktober lalu tidak menerima sebarang pembayaran.
“Usaha mengesan ejen berkaitan berusia 33 tahun sudah dijalankan, tetapi gagal, malah pelabur yang berkunjung ke rumah keluarga lelaki itu turut dihalau dan mendakwa tidak mencampuri urusannya.

“Kelmarin, laporan polis berkaitan kes ini dibuat di Balai Polis Simpang Tiga dan hari ini (semalam) kami membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) Cawangan Sarawak bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kes ini,” katanya ketika ditemui di BNM, di sini semalam.


Seramai 12 penduduk Kampung Menjau, Batu 21, Jalan Kuching-Serian, di sini, hadir ke BNM, di sini, semalam untuk membuat laporan mengenai penipuan berkenaan, selain mendapatkan khidmat nasihat bagi menyelesaikan kes itu.

Pelaburan tidak wujud


KUCHING: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri mengakui skim pelaburan Skim Beras 1Malaysia tidak pernah wujud.

Skim itu dipercayai menggunakan beras 1Malaysia yang dikeluarkan sebuah kilang di Sejingkat sebagai produk jualan tanpa mendapat kebenaran dari PPDNKK Sarawak.

Pelaburan tidak wujud, KUCHING: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri mengakui skim pelaburan Skim Beras 1Malaysia tidak pernah wujud.


Pengarahnya, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, pihaknya tidak pernah membenarkan mana-mana pihak menjual beras melalui kaedah pelaburan seperti yang didakwa berlaku dalam skim berkenaan.

“Kami tidak ada sebarang kaitan dengan skim ini kerana beras 1Malaysia dijual secara terbuka dan bukan sesuatu yang eksklusif dan dijual syarikat tertentu.


“Saya akan teliti laporan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menyerbu syarikat terbabit,” katanya.


Semalam, seramai 12 pelabur yang kerugian lebih RM1.9 8 juta selepas menyertai skim itu bertindak membuat laporan di PPDNKK Sarawak selepas diminta berbuat demikian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) cawangan Sarawak.

Usah peduli tawaran tidak logik


KUALA LUMPUR: “Sudah banyak kali kita ingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana skim berkepentingan yang menjanjikan pulangan luar biasa.

“Kalau untung yang dijanjikan nampak tidak logik, janganlah ambil,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Usah peduli tawaran tidak logik, KUALA LUMPUR: “Sudah banyak kali kita ingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana skim berkepentingan yang menjanjikan pulangan luar biasa.


Beliau mengulas laporan akhbar berhubung kes penipuan menggunakan nama Skim Beras 1Malaysia yang didalangi lelaki berusia 33 tahun di Kampung Menjau, Siburan, Sarawak semalam.

Ejen skim pelaburan palsu itu didakwa menggelapkan wang pelaburan bernilai RM1.98 juta yang dikutip daripada 12 penduduk kampung terbabit selepas berjanji mahu menjadikan mereka jutawan.


Menurut Ismail, rakyat sepatutnya tahun membezakan sama ada pelaburan yang ditawarkan itu realistik atau sekadar modal kosong untuk memudahkan pihak berkenaan mengaut keuntungan mudah.


“Dalam kes di Sarawak, skim berkenaan menjanjikan keuntungan 50 hingga 90 peratus sedangkan angka berkenaan jelas menunjukkan pulangan luar biasa.

“Sebagai orang yang menawarkan pelaburan, dia (suspek) juga mesti mahu untung...sebab itu kita selalu ingatkan pengguna, kalau tawaran itu nampak terlalu menarik, mesti ada sesuatu yang tidak betul,” katanya.


“Kalau keliru, semak status syarikat di laman web SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau hubungi terus talian bebas tol, jangan terus keluar duit sebab tamak mengejar untung,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengguna 2012 di sini, semalam.

Berikutan itu katanya, SSM akan bertindak mengambil tindakan tegas mengikut Seksyen 90 Akta Syarikat 1965, kerana menjalankan skim berkepentingan tanpa mendaftar dengan suruhanjaya berkenaan.

Penjara 7 bulan cuba langgar polis


PETALING JAYA: Dua pelajar masing-masing warga Columbia dan Guatemala dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan cuba melanggar seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman itu terhadap Wilmar Albearto Uribe Lodila, 25, dan John Bayron, 23, selepas kedua-duanya mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Penjara 7 bulan cuba langgar polis, PETALING JAYA: Dua pelajar masing-masing warga Columbia dan Guatemala dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan cuba melanggar seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.


Mahkamah memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka ditahan iaitu 29 Ogos lalu dan tambahan penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, Sazali Abdul Samek dari cawangan kereta peronda, IPD Subang Jaya dengan cuba melanggar anggota itu dengan menggunakan sebuah kereta.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi rumah nombor 62A, Jalan USJ 18/2A, Subang Jaya, di sini, jam 9.35 malam, 26 Julai lalu.


Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ching Kian Chun memohon hukuman setimpal dikenakan kerana kes berkenaan membabitkan keselamatan penjawat awam.

Nota atuk mati tergantung


SHAH ALAM: “Maafkan saya kerana tidak dapat menjaga cucu.”

Itu antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki sebelum mayatnya ditemui tergantung di dalam bilik air rumahnya di Taman Alam Megah, Seksyen 28, di sini, pagi semalam.
Mayat Law Choon Hock, 56, ditemui kawan sekerjanya jam 10 pagi selepas cubaan rakannya itu menghubungi mangsa gagal semalam.

Nota atuk mati tergantung, SHAH ALAM: “Maafkan saya kerana tidak dapat menjaga cucu.”


Difahamkan, selepas gagal menghubungi mangsa, rakannya ke rumah mangsa, namun terkejut melihat asap keluar dari tingkap rumah mangsa ketika dia cuba menjenguknya sebelum menghubungi polis dan bomba.


Anggota bomba memotong kunci mangga selain memecahkan pintu depan rumah mangsa. Apabila diperiksa, asap berkenaan didapati berpunca daripada colok dibakar untuk upacara sembahyang kaum Cina.

Tak jadi mengaku


KLANG: Seorang mekanik yang pada mulanya mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mendera anak tiri berusia tiga tahun menggunakan senduk nasi dan acuan muruku di sini, tiba-tiba menukar pengakuannya setengah jam kemudian.

Tak jadi mengaku, KLANG: Seorang mekanik yang pada mulanya mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mendera anak tiri berusia tiga tahun menggunakan senduk nasi dan acuan muruku di sini, tiba-tiba menukar pengakuannya setengah jam kemudian.


Terdahulu, T Rajasegaran, 32, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaima Mohd Noor, jam 11 pagi semalam.
Bagaimanapun, lelaki beristeri dua itu menukar pengakuannya selepas prosiding ditangguhkan sejam untuk memberi masa bagi pihak pendakwaan mengemukakan fakta kes.

Rajasegaran yang berasal dari Kapar, di sini, ditahan pada 11 Disember lalu selepas rakaman video memaparkan seorang lelaki menumbuk dan menghempas budak lelaki tersebar di laman sosial facebook, minggu lalu.


Mengikut pertuduhan, Rajasegaran didakwa menganiaya kanak-kanak itu menggunakan senduk nasi dan acuan muruku sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa, di sini, jam 12.30 tengah hari, pada September lalu.

Dipenjara 27 tahun


KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang dituduh merompak pusat urut di Setapak dan merogol seorang pekerja warga Vietnam akhir bulan lalu, dihukum penjara 27 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan ke atas Mohamad Fadzlie M Rosdi, 20, bagi tuduhan rogol selain 12 tahun dan dua sebatan bagi setiap dua tuduhan merompak.

Dipenjara 27 tahun, KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang dituduh merompak pusat urut di Setapak dan merogol seorang pekerja warga Vietnam akhir bulan lalu, dihukum penjara 27 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


, masing-masing 12 tahun penjara dan dua sebatan.

Bagaimanapun, hukuman bagi tuduhan merompak berjalan dijalankan serentak selepas menjalani hukuman bagi tuduhan rogol yang berkuat kuasa semalam.


Sementara itu, buruh kasar, Mohd Khairiell Idzham Hashimi, 21, yang didakwa bersama Mohamad Fadzlie bagi dua tuduhan merompak dipenjara 30 tahun dan 10 sebatan.


Tertuduh yang didakwa melakukan perbuatan itu menggunakan parang sehingga menyebabkan penjaga premis serta rakannya cedera, dijatuhkan hukuman penjara masing-masing 15 tahun dan lima sebatan, namun hukuman berjalan berasingan bermula semalam.

‘Saya tiada dendam’


KUALA LUMPUR: “Saya tidak menyimpan dendam malah lega perkara ini selesai dengan baik. Demi masa depan mereka, saya bersetuju menerima permohonan maaf ini,” kata bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka, Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, yang sebelum ini mendakwa 11 pelajar memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Ahmad Zulhelmi sebelum ini memfailkan saman menuntut RM10 juta terhadap semua pelajar itu yang dipercayai terbabit dalam insiden memukul mangsa pada 18 Julai 2010.

‘Saya tiada dendam’, KUALA LUMPUR: “Saya tidak menyimpan dendam malah lega perkara ini selesai dengan baik. Demi masa depan mereka, saya bersetuju menerima permohonan maaf ini,” kata bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka, Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, yang sebelum ini mendakwa 11 pelajar memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan serius.


Bagaimanapun, dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, peguam bela Muhd Azmi Talib yang mewakili Ahmad Zulhelmi memaklumkan bahawa selepas perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan secara baik dengan semua yang terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin merekodkan permohonan maaf itu yang dibacakan Haiqal Syukri Jantan, 22, mewakili 10 pelajar lain.


Muhd Azmi kemudian memohon mahkamah memerintahkan supaya semua defendan bersalaman dengan mangsa.


Pada 30 Mac lalu, Ahmad Zulhelmi memfailkan saman itu bagi menuntut ganti rugi am bagi konspirasi dan niat jahat mencederakannya berjumlah RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.

Ahmad Zulhelmi sebagai plaintif menamakan Mohd Firdaus Arizan, 24; Mohd Azmir Ariff Shayuti, 23; Ahmad Faidhi Othman Gumanti, 25; Haiqal Syukri, Muhammad Muzakir Othman, 22; Ahmad Idris Baharom, 23; Muhammad Hasif Daud, 22; Ahmad Firdaus Husni Ahmad Razali, 22; Mohd Farhan Md Mukhtar, 24; Mohd Fikry Lokman, 22, dan Muhammad Amirul Haron, 22, sebagai defendan. Dalam pernyataan tuntutannya, Ahmad Zulhelmi mendakwa pada 18 Julai 2010, jam 10.30 malam, dia dipanggil semua pelajar itu yang tanpa kuasa sah mahu membuat soal siasat secara salah terhadapnya di sebuah bilik.


Bagaimanapun, plaintif mendakwa semua defendan bertindak memukulnya dan menyebabkan kecederaan fizikal serius sehingga jam 4 pagi keesokan harinya.

Plaintif mendakwa, dia kemudian dihantar ke kolejnya sebelum diarahkan ke tempat yang tidak berpenghuni oleh semua defendan sebelum sesi soal siasat diteruskan dari jam 4 pagi hingga jam 7 pagi.


Dakwa plaintif, pada setiap masa material ketika dua sesi soal siasat itu, dia ditampar, dipukul, ditumbuk dan ditendang di semua bahagian anggota badannya.

Dua sahabat masuk penjara bersama


KOTA BHARU: Dua sahabat dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah memiliki wang tunai dan 30 harta curi milik seorang lelaki.

Awang Mohd, 25, dan Ahmad Azizul Mahmud, 21, mengaku di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly memiliki wang RM442 yang dicuri dan harta curi membabitkan 30 barangan, antaranya seunit pemprosesan komputer (CPU), monitor komputer, dua pembesar suara, tetikus dan sekotak barang kemas.

Dua sahabat masuk penjara bersama, KOTA BHARU: Dua sahabat dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah memiliki wang tunai dan 30 harta curi milik seorang lelaki.


, tiga jam tangan, pemutar skru, cermin mata, lampu suluh, sebilah parang dan kain pelekat milik Che Abd Hamid Che Hussin, 56.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tok Guru, Jambatan Kampung Baung, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 10.45 pagi, 22 November 2012.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Ahmad Azizul turut dipenjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah gagal mengemukakan kad pengenalan kepada pegawai polis ketika ditahan.

Saman sah


PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk mengkaji kebimbangan dibangkitkan pihak tertentu mengenai aspek undang-undang serta teknikal lain berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Beliau juga mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga perkara itu ditangani.

Saman sah, PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk mengkaji kebimbangan dibangkitkan pihak tertentu mengenai aspek undang-undang serta teknikal lain berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).


Beliau bagaimanapun menegaskan, saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekarang adalah saman yang sah dari segi undang-undang.

“Keputusan mengenai isu berkenaan akan dibuat oleh pihak berkuasa dalam tempoh beberapa hari akan datang,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, semalam.


Menurutnya, berkenaan empat kes saman yang dilepaskan tanpa dibebaskan baru-baru ini, kes itu akan dikaji dan didaftarkan semula jika didapati ia boleh dilakukan pendakwaan.

Melayu DAP terpinggir


SABTU lalu adalah hari paling malang bagi Melayu dalam DAP. Lapan calon Melayu terbabit tidak terpilih dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Kongres DAP Kebangsaan Ke-16 yang berakhir esoknya di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Pulau Pinang.

Lebih mendukacitakan pegawai kanan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng iaitu Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari turut tidak terpilih pada pemilihan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Zairil hanya berjaya meraih 305 undi - jauh untuk melayakkannya berada pada saf kepemimpinan parti pembangkang itu.

Senator Dr Ariffin SM Omar adalah calon Melayu yang mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 348 undi dengan hanya menduduki tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

Melayu DAP terpinggir, SABTU lalu adalah hari paling malang bagi Melayu dalam DAP. Lapan calon Melayu terbabit tidak terpilih dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Kongres DAP Kebangsaan Ke-16 yang berakhir esoknya di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Pulau Pinang.


Yang malang satu-satunya penyandang iaitu Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor. Nasib tidak menyebelahinya kali ini apabila tersingkir dengan 327 undi untuk berada di tempat ke-38.


Calon lain yang kalah ialah Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (216 undi); Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121); Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim (98); Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Ahmad dan Zulkifli menyuarakan kekecewaan mereka dengan menyatakan bahawa keputusan pemilihan berkenaan tidak mencerminkan slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang menjadi kebanggaan parti selama ini.


Kata mereka, keputusan perwakilan juga tidak akan menguntungkan parti malah menjauhkan golongan atas pagar yang terdiri daripada orang Melayu untuk memilih DAP pada PRU-13 nanti. Inilah wajah sebenar DAP yang kononnya pejuang demokrasi. Sikap perwakilan yang cauvinis langsung tidak melayan seruan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya calon Melayu diberi peluang menduduki senarai kepemimpinan parti pembangkang berkenaan.

Seramai 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepemimpinan DAP bagi sesi 2012-2015.


Bagaimanapun untuk ‘menyejukkan’ keadaan, Ariffin dan Zairil dilantik menganggotai CEC seperti yang diumumkan Guan Eng, Ahad lalu.


Karpal pula kekal sebagai pengerusi parti sekali gus menolak cakap-cakap terdapat gerakan menjatuhkan peguam veteran itu daripada terus memimpin.


Dominasi satu kaum Antara dalam senarai Ahli CEC yang dipilih iaitu Lim Kit Siang (1,607 undi), Lim Guan Eng (1,576), Karpal Singh (1,411), Chong Chieng Jen (1,211), Anthony Loke (1,202), Vincent Wu (1,202), Tan Kok Wai (1,199), Gobind Singh Deo (1,197) dan Tony Pua (1,162).


Ternyata barisan ini didominasi oleh satu kaum semata-mata sedangkan juak-juak pembangkang sering melaungkan bahawa DAP adalah parti berbilang kaum yang kononnya tidak terhad kepada kaum Cina saja. Mereka mendabik dada bahawa ramai pemimpin Melayu kini berada dalam parti berkenaan. Namun perwakilan kongres ternyata kali ini gagal menterjemahkan slogan itu. Selayaknya suara-suara itu hanya dikelaskan sebagai laungan retorik.


Pernah seorang penulis memberikan pendapatnya di lidah rasmi pembangkang sambil mendabik dada mempertahankan bahawa kononnya DAP adalah sebuah parti berbilang kaum. Malah, lebih lucu lagi penulis itu beranggapan bahawa penguasaan kaum Cina dalam parti itu berlaku secara kebetulan. Disalahkan pula Umno yang dikatakan memainkan propaganda bahawa DAP adalah parti milik satu kaum dan dia meletakkan DAP setaraf dengan Barisan Nasional (BN) yang berbilang kaum sedangkan hakikatnya jauh panggang daripada api. Kita sendiri boleh menilai kehendak yang tersirat ahli-ahli DAP.


Cabaran Pas Pemilihan semula Karpal sebagai pengerusi ternyata memberi tamparan kepada Pas. Ini kerana, umum mengetahui betapa pemimpin pembangkang veteran itu menentang kuat hasrat Pas untuk melaksanakan syariat Islam khususnya hukum hudud.


Pas akan terus mendapat tentangan secara berdepan oleh Karpal yang dilabel sebagai anti-Islam oleh pihak tertentu, termasuk mereka yang di dalam Pas.


Pas tiada pilihan melainkan terus berdepan dengan ‘musuh dalam selimut’ dalam usahanya memperjuangkan negara Islam. Tentangan Karpal tidak selembut Guan Eng dan bapanya, Kit Siang terhadap matlamat perjuangan Pas sehinggakan beliau sanggup menyatakan langkah mayatnya jika Pas mahu menegakkan negara Islam.


Selain itu, Pas perlu berdepan dengan satu lagi masalah apabila pucuk pimpinan DAP pada kongres berkenaan acap kali menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.


Pendirian itu amat bertentangan dengan akar umbi parti yang memperjuangkan Islam itu yang mahukan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara di bawah kerajaan baru walau apapun terjadi.


Pertembungan ini pastinya menyulitkan pakatan pembangkang untuk meyakinkan kira-kira 13 juta pengundi pada PRU-13 nanti. Bagaimana mungkin hal mentadbir negara dapat diselesaikan kelak jika di kalangan pembangkang sendiri bercakaran berebut-rebut untuk menjadi Perdana Menteri. Ternyata situasi tidak menang-menang ini memberi banyak kelebihan kepada BN di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Penulis Wartawan Eksekutif Harian Metro

‘Harap tidak dipolitik’


PENGERANG: Fasa pertama projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di tapak seluas lebih 5,000 hektar di sini, kini berjalan lancar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berpuas hati dengan kelancaran projek berkenaan dan berharap semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Fasa pertama ini dijadualkan siap sepenuhnya pada 2016. Bagi projek Dialog Group Berhad (Dialog) dan Projek Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) pula, ia dijadualkan siap pada 2014.

“Saya berpuas hati dengan perjalanan projek ini dan pada masa sama berharap projek ini tidak dipolitikkan untuk bahan pilihan raya oleh pihak tertentu,” katanya pada sesi taklimat PIPC di tapak projek perumahan Bayu Permai di sini, semalam.

‘Harap tidak dipolitik’, PENGERANG: Fasa pertama projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di tapak seluas lebih 5,000 hektar di sini, kini berjalan lancar.


Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Pengarah Unit Perancangan Negeri (UPEN) Johor, Elias Hasran; dan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor (JPDC), Mohd Yazid Jaafar.


Berkaitan isu pengambilan tanah, Muhyiddin berkata, sebahagian besar penduduk yang terbabit dengan projek itu bersetuju dengan kadar pampasan diberikan.

Pampasan diberikan kepada individu mengikut penilaian dibuat Jabatan Penilai dan golongan itu akan menerima bayaran berkenaan dalam tempoh dua minggu selepas persetujuan.


“Jumlah individu yang tidak bersetuju dengan jumlah pampasan ditawarkan kecil. Semua proses dilaksanakan mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah.

“Soal sensitif membabitkan pemindahan perkuburan Islam berjalan lancar dan kubur berkenaan kini ada yang sedang dipindahkan, namun bagi perkuburan bukan Islam, ada sedikit isu timbul, namun akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Tuesday, December 18, 2012

Maut dipercayai didera


ALOR SETAR: “Ketika berbual melalui telefon bimbit ibunya malam tadi (kelmarin), dia memberitahu mahu pulang ke rumah kerana rindu neneknya. Tak sangka pula ia perbualan terakhir kami,” kata Norhanisha Othman, 23, ibu saudara Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang mati dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Mangsa dipercayai meninggal dunia jam 3 petang ketika berada dalam jagaan ibunya di rumah mereka di Kampung Berjaya, Mergong, dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan berkata, pihaknya mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.

“Polis akan menyiasat dari segala sudut termasuk kemungkinan mangsa menjadi mangsa dera hingga menyebabkan kematiannya, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes,” katanya ketika dihubungi. Norhanisha berkata, kakaknya, Nurhafiza, 25, yang juga ibu mangsa menghubungi keluarganya bagi memaklumkan anaknya terjatuh dari tangga sebelum dibawa ke sebuah klinik.


Maut dipercayai didera, ALOR SETAR: “Ketika berbual melalui telefon bimbit ibunya malam tadi (kelmarin), dia memberitahu mahu pulang ke rumah kerana rindu neneknya. Tak sangka pula ia perbualan terakhir kami,” kata Norhanisha Othman, 23, ibu saudara Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang mati dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan sebelum kes dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya.

Menurutnya, sebelum ini arwah pernah mengadu dipukul ibunya dan suspek yang berusia 20-an, malah terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badannya setiap kali pulang ke rumah ibunya di Flat Simpang Kuala, di sini.

Norhanisha berkata, arwah dijaga oleh ibunya, Padzilah Ismail, 46, sejak dilahirkan sehingga kini disebabkan kakaknya yang bekerja sebagai pembantu restoran sudah berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, ketika mangsa berusia lima bulan.

“Muhammad Faiz memang tinggal dengan ibu saya, tetapi sejak beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang ke rumahnya selepas mengenali lelaki terbabit yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Malah, saya pernah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas menemui beberapa kesan gigitan dan lebam di badan Muhammad Faiz yang dipercayai dilakukan lelaki terbabit,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini.

Padzilah pula berkata, dia terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan cucu sulungnya yang sepatutnya pulang ke rumahnya semalam, walaupun baru dua hari kanak-kanak itu tinggal bersama ibu kandungnya dan lelaki terbabit.

Menurutnya, dia sememangnya tidak merestui hubungan anaknya dengan lelaki terbabit kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Saya menghalang mereka berkawan rapat. Apa yang saya bimbangkan selama ini akhirnya berlaku apabila cucu saya menjadi mangsa dan meninggal dunia dipercayai akibat didera.

“Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku, tetapi pasti akan merindui arwah kerana dia seorang yang petah bercakap, aktif dan comel,” katanya. Dalam pada itu, Iskandar berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak tunggalnya itu selepas Aidilfitri lalu berikutan Muhammad Faiz dijaga keluarga bekas mentuanya.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan arwah meninggal dunia dan tidak menyangka perkara seumpama ini berlaku, malah langsung tidak tahu mengenai hubungan bekas isteri dengan lelaki itu. Namun, saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya dalam nada sebak.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai, di sini, pagi ini.

Dalam pada itu, pekarangan luar wad kecemasan HSB kecoh apabila datuk dan ibu saudara mangsa berang terhadap suspek.

Suspek yang dilihat menaiki kerusi roda mendakwa kakinya turut patah akibat terjatuh dari tangga bersama mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran mulut dengan datuk dan ibu saudara mangsa, sebelum dileraikan polis.

Pasar Pudu perlu bersih tarik pelanggan


KUALA LUMPUR: Peniaga kecil di Pasar Pudu mampu memberi saingan perniagaan kepada pasar raya besar sekiranya mereka sentiasa mengutamakan kebersihan pasar terbabit.

Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd Rahman berkata, pasar itu mempunyai kelebihan kerana peniaga dapat menjual barang pada harga murah.

Pasar Pudu perlu bersih tarik pelanggan, KUALA LUMPUR: Peniaga kecil di Pasar Pudu mampu memberi saingan perniagaan kepada pasar raya besar sekiranya mereka sentiasa mengutamakan kebersihan pasar terbabit.

Menurut beliau, bagaimanapun, terdapat beberapa persatuan penjaja merungut kewujudan pasar raya besar berhampiran pasar itu menjejaskan jualan dan pendapatan mereka.

“Kalau soal harga, barangan di Pasar Pudu dijual lebih murah daripada pasar raya, tetapi pelanggan lebih suka membeli di pasar raya kerana persekitarannya yang bersih.

“Sebab itu, peniaga perlu meningkatkan kebersihan di kawasan ini,” katanya selepas merasmikan Program Gotong-Royong Mega Pasar Pudu di sini, semalam.

Mengulas lanjut Rolan berkata, ke arah usaha itu, peniaga diminta menggunakan mesin pengisar sisa buangan moden (Spiral Waste Bin) yang disediakan DBKL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan