Cari Artikel

Sunday, May 15, 2016

7 Cara Menunaikan Solat Awal Waktu


7 Cara Menunaikan Solat Awal Waktu Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam. 

Walaupun sakit dan masih sedar serta waras, solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal (ada kaedah-kaedahnya).

“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”An-Nisa’:103
Dari situ, kita akan fahami bahawa begitu pentingnya solat. Pasti ada “rahsia” dalam ibadat solat ini sehingga waktu kita sakit pun dituntut untuk mengerjakannya.

7 Cara Menunaikan Solat Awal Waktu Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam.

Solat itu fardhu ke atas semua umat Islam. 

Jika anda seorang usahawan, anda mungkin sudah tiada majikan. Tetapi jika kita fikir jauh sedikit, “majikan” bagi seorang usahawan adalah Allah. Jadi jika mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, sudah pasti kita perlu ikut arahan majikan.

Begitu juga dengan solat, ia adalah perintah daripada Allah untuk semua manusia. Apabila usahawan mengikut perintah Allah, sudah pasti Allah akan memudahkan usaha-usaha yang dilakukan.

Solat Sebaiknya Pada Awal Waktu

Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab: Solat di awal waktu.Hadis Riwayat At-Trimidzi
Di sini saya senaraikan 7 cara mudah (mengikut situasi) untuk menunaikan solat di awal waktu. Ingat, menunaikan solat sahaja tidak cukup, tetapi menunaikan solat dengan betul dan sebaiknya pada awal waktu.

Insya-Allah, barulah “khasiat” solat itu akan kita perolehi. Solat awal waktu dengan di akhir waktu umpama jus buah-buahan yang diperah terus dari buah dan jus yang asli telah dicampur dengan air sehingga hilang kelazatannya. Jadi jus mana yang kita mahu?

#1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan

Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop, apabila kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.

“Save” segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.

#2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji

Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.


Jadikan waktu solat sebagai panduan kita melakukan sebarang kerja.

Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.

#3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat

Gunakan perisian ataupun aplikasi ‘reminder’ waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian “reminder” waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.

Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.

#4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja

Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.


Di antara kata-kata berkenaan solat yang menginspirasikan.

#5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat

Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.

Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.

#6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda

Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.

Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.

#7 – Solat Berjemaah Di Masjid

Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.


Kita akan mendapat 27 kali ganda pahala apabila solat berjemaah.

Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.

Rumusan

Akhir kata daripada saya, kita memang manusia yang serba serbi kelemahan. Diri kita dengan para sahabat Nabi usah dibandingkan, apatah lagi dengan para ustaz dan ulama soleh, memang kita terlampau jauh berbanding mereka. Kita jadi sahaja diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Taala.

Jodoh Saya Berkahwin Dengan Gadis Yang Tak Pandai Masak


Jodoh Saya Berkahwin Dengan Gadis Yang Tak Pandai Masak, Saya mengenalinya isteri saya sudah agak lama iaitu sejak tahun 2004 semasa di matrikulasi UIA lagi. 

Walaupun jurusan berlainan tetapi kami berpeluang mengenali disebabkan dia antara pelajar yang menyertai kelas Bahasa Arab saya.

Jodoh Saya Berkahwin Dengan Gadis Yang Tak Pandai Masak, Saya mengenalinya isteri saya sudah agak lama iaitu sejak tahun 2004 semasa di matrikulasi UIA lagi.


Saya mengambil jurusan kejuruteraan manakala isteri saya pula mengambil jurusan Bahasa Arab. Peliknya saya merupakan pelajar jurusan kejuruteraan yang mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Bahasa Arab. Pelik bukan?


Suasana Kelas Bahasa Arab yang saya anjurkan.

Lebih kurang 40 orang pelajar telah menyertai kelas tambahan saya di mana kebanyakannya daripada jurusan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu. Boleh dikatakan kelas ini majoritinya disertai oleh kumpulan ustazah.

Berazam Untuk Berkahwin Awal

Semasa di matrikulasi lagi saya sudah memasang matlamat untuk berkahwin awal apabila memasuki kampus utama. Saya hendak berkahwin semasa masih belajar lagi. Calon isteri semasa itu belum ada, cuma angan-angannya sahaja. Saya tidak memikirkan sangat berkenaan hal kewangan disebabkan yakin dengan asbab perkahwinan Allah akan bagi rezeki.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan “Memberi Kekayaan” kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Surat An-Noor : 32
Saya mula mengumpul duit sedikit demi sedikit dengan hasil jualan prepaid telefon bimbit di matrikulasi. Alhamdulillah perniagaan agak maju. Disitulah saya dapat mengumpul sedikit duit. Apabila masuk ke kampus utama di Gombak, saya bekerja mengajar pelbagai subjek untuk tuisyen di rumah.

Saya mula dengan meminjam motor kawan untuk pergi mengajar. Lama jugak saya meminjam motornya, sehinggakan kadang-kala rasa bersalah takut dimarahi disebabkan asyik meminjam. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli sebuah motorsikal terpakai dan kereta kemudiannya.

Mula Mencari Calon Isteri

Apabila pendapat bulanan sudah agak banyak dan stabil, saya mula mencari calon isteri. Calonnya banyak disebabkan geng-geng “ustazah pilihan” ramai yang menyertai kelas saya. Ini memudahkan saya senang untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya saya telah memilih seorang yang terbaik pada pandangan saya.

Tetapi saya tidak mahu membuat keputusan sendirian. Saya meminta pendapat adik perempuan saya yang turut belajar di UIA sama ada pilihan saya baik ataupun tidak. Alhamdulillah adik saya menyatakan ianya baik.


Kita tidak boleh bersendirian dalam mencari calon isteri.

Tekad dengan pilihan hati, saya meminta bantuan orang tengah untuk memberitahu niat saya untuk menjadikan Widyana Ali sebagai isteri. Jika sang dia suka, maka dia kenalah bersetuju untuk berkahwin dalam masa setahun.

Kalau tidak bersetuju berkahwin dalam masa setahun, maka saya akan mencari calon lain. Alhamdulillah dia suka dan bersetuju. Saya menelefon maknya dan berbincang mengenai hal ini beberapa kali. Akhirnya maknya pun setuju. Maka kami pun bertunang.

Selepas bertunang barulah saya tahu bahawa dia sudah lama berdoa supaya dapat jodoh dengan insan yang bernama Mohd Yazid Ismail. Sejak matrikulasi lagi rupa-rupanya. Patutlah dari banyak-banyak calon, sayalah menjadi pilihanya. Inilah berkat doa.

Sedihnya, Isteri Tidak Pandai Memasak!

Tetapi alangkah sedihnya, selepas bertunang barulah saya tahu dia tidak pandai masak langsung. Dahulu semasa merisik tidak semak betul-betul. Aduhai nasib-nasib.

Risau juga pada awalnya disebabkan tidak pandai memasak biasanya mempunyai kaitan dengan sifat yang lain iaitu kekurangan sifat keibuan dan urusan rumah tangga. Tetapi saya cuba positifkan fikiran bahawa semua benda boleh dipelajari. Tidak semestinya seseorang itu kena pandai sebelum berkawin.

Kalau begitu semua yang hendak jadi isteri kenalah pandai mengandung dan pandai menjaga anak sendiri sebelum berkahwin. Jadi saya tetapkan minda untuk terima dirinya seadanya dan bersedia untuk memberi sokongan.

Kami berkahwin semasa tahun dua di UIA Gombak. Apabila sudah berkahwin barulah saya tahu bahawa kemahiran memasak ini tidak perlu pandai. Semua perkara ini boleh di cari menerusi enjin carian Google seperti resepi dan cara-cara memasaknya. Cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan ikutkan sahaja langkah-langkah yang diberi. Akhirnya siap satu hidangan.

Tak Pandai Atau Malas Memasak?

Jadi zaman sekarang istilah tidak pandai masak ini lebih bermaksud kepada malas memasak. Seseorang itu sebenarnya malas memasak dan bukanlah disebabkan tidak pandai masak. Boleh sahaja memasak dengan bantuan tutorial dari telefon bimbit dengan meletakkan di tepi dan mengikutnya. Mudah!


Lihat bagaimana rupa bekal makanan anak-anak yang disiapkan oleh isteri saya.

Sekarang, pelbagai resipi telah dicuba dan jauh lebih sedap daripada tukang masak pakar di restoran. Tahun lepas, banyak telah dikongsi di FaceBook resepi masakannya, tips-tips mengurus rumah tangga dan tips keibubapaan.

Kalau di lihatkan inbox Facebooknya, seolah-olah dirinya yang pakar memasak disebabkan ramai yang PM bertanyakan resipi dan nasihat tunjuk ajar. Walhal sampai masa sekarang pun kadang-kala dia masih memasak menggunakan telefon bimbit.

Malah cara mengemas rumah dan susun atur perkakas dan perabot pun di carinya di Google. Banyak juga group Facebook disertainya mengenai hal menguruskan rumah tangga. Terima kasih Dyana sebab rajin dan tabah mengurus hal rumahtangga dan minta maaf juga sebab kadang-kala abang tidak banyak menolong.

Jangan Jadikan Alasan Tidak Pandai Memasak

Jadi peringatan kepad para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk tidak memasak. Alasan begitu sudah tidak logik. Adik-adik yang masih di universiti, jikalau hendak berkawin silalah memasang matlamat betul-betul. Stabilkan ekonomi diri dulu. Tidak perlu kaya tetapi stabil.

[FB Yazid Ismail]

Terima seadanya apa saja kekurangan pasangan kita.

Adakah Berbaloikah Kita Mengejar Dunia?


Adakah Berbaloikah Kita Mengejar Dunia? Kelihatan cantik tetapi tidak sebenarnya cantik. Menginginkan sesuatu tetapi tiada penghujungnya. Semakin kita mendekat, dia semakin menjauh.

Sebagai usahawan saya cekap dalam mengira untung dan rugi. Saya selalu melatih diri agar membuat kira-kira serta analisa agar kita boleh menentukan sasaran pendek dan juga sasaran jangka masa panjang.

Adakah Berbaloikah Kita Mengejar Dunia? Kelihatan cantik tetapi tidak sebenarnya cantik. Menginginkan sesuatu tetapi tiada penghujungnya. Semakin kita mendekat, dia semakin menjauh.

Majoriti daripada kita terlalu beria-ia mengejar dunia. 

Jika kita buat perkiraan, kita hidup di dunia ini sekadar 50-60 tahun sahaja. Di media sosial sekarang kita boleh lihat seorang demi seorang kenalan kita yang pergi bertemu Tuhan pada umur yang cukup muda.

Transit Di Alam Kubur

Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.Ensiklopedia Islam: 3/8-9
Selepas alam dunia, kita akan transit sebentar di alam kubur sebelum dibangkitkan pada hari pembalasan. Kalau kita lihat nenek dan moyang kita di dalam kubur, mereka tidur mungkin telah mencecah ratusan tahun. Lebih lama dari jangka hayat mereka hidup di dunia.

Entah sampai bila mereka berada di dalam kubur sebelum tibanya kiamat dan dibangkitkan untuk hari pembalasan. Mungkin beratus tahun lagi atau ribuan tahun lagi.

Sayangnya, kelak kita tidur di dalam kubur bukan sekadar tidur. Sebagai orang beriman kita percaya kepada azab dan seksa kubur. Ustaz kata, lubung kubur kita nanti akan jadi sama ada lubang neraka ataupun syurga.

Bangkit Di Alam Mahsyar

Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar)Surah An-Naba’ 78:18
Tidak terhenti disitu, kita juga akan melalui alam mahsyar yang disebut dengan pelbagai nama. Di antara nama lain bagi alam mahsyar ialah hari pembalasan, hari penyesalan, hari kebenaran dan sebagainya.

Seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam sehingga keseluruhan umat Nabi Muhammad s.a.w akan bangkit dalam situasi yang sangat dahsyat sekali. Digambarkan ada yang peluh sampai ke telinga, bersesak-sesak, menangis-nangis dan macam-macam lagi.

Adakah Berbaloikah Kita Mengejar Dunia? Kelihatan cantik tetapi tidak sebenarnya cantik. Menginginkan sesuatu tetapi tiada penghujungnya. Semakin kita mendekat, dia semakin menjauh.

Padang Arafah ialah bayangan kita di mahsyar kelak. 

Ketika ini terputus semua perhubungan di dunia. Tiada lagi hubungan di antara ibu bapa dan anak, guru dan murid, majikan dan pekerja dan sebagainya. Masing-masing ingin menyelamat diri sendiri sahaja.

Hanya mereka yang beriman dan bertakwa sahaja melalui saat ini dengan tenang. Entah berapa lama pula kita di mahsyar. Setelah selesai dihisab oleh Tuhan maka akhirnya kita ditentukan sama ada ke Syurga ataupun Neraka. Akhirat jugalah yang kekal abadi.

Alam Dunia Hanya Sebentar

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Al-Takaathur: 1-2
Jika kita telusuri proses ini, dunia ini adalah tempah yang sangat singkat tetapi cukup penting untuk menentukan nasib hidup kita selepas ini. Rugi dan terpedayalah mereka yang bermati-matian 50-60 tahun (atau kurang!) yang diberikan ini untuk mengejarkan dunia semata-mata.

Sedangkan di dunia ini tipu daya belaka. Kelihatan cantik tetapi tidak sebenarnya cantik. Menginginkan sesuatu tetapi tiada penghujungnya. Semakin kita mendekat, dia semakin menjauh. Akhirnya terasa seperti dipermainkan sahaja, diperbodohkan. Itulah dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan