Cari Artikel

Thursday, December 3, 2015

PasMa nasihat Mat Sabu berhenti serang Pas


PasMa nasihat Mat Sabu berhenti serang Pas
Tindakan itu memberi kesan buruk kepada pembangkang dan menjejaskan kepercayaan rakyat.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menasihatkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah ), Mohamad Sabu supaya berhenti menyerang parti dan kepimpinan Pas.

Presiden PasMa, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi memberi nasihat itu susulan serangan terbaharu Mohamad Sabu atau Mat Sabu terhadap Pas dengan membuat dakwaan perjuangan Pas sudah diresapi pemikiran militant Negara Islam (IS).

Katanya, sebagai parti yang berada di bawah satu blok pembangkang, Mat Sabu tidak sepatutnya menyerang sesama sendiri kerana tindakan itu memberi kesan buruk pembangkang dan menjejaskan kebolehpercayaan rakyat.

“Tidak perlu Mat Sabu serang Pas. Sepatutnya kita sudah hentikan (budaya) menyerang sesama pembangkang.

“Tidak ada maanfaat untuk menyerang sesama sendiri. Lebih baik kita fokus untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada FMT.

Mat Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, parti Amanah ditubuhkan kerana Pas sudah diresapi pemikiran IS.

Justeru, Mat Sabu mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci ke atas penyusupan pemikiran IS yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” (budaya mengkafirkan orang lain) dalam Pas.


Pembangkang berang RUU MKN dibentang terburu-buru


Pembangkang berang RUU MKN dibentang terburu-buru
Wakil rakyat tidaK diberi masa secukupnya untuk menelaah RUU yang disifatkan membunuh demokrasi.

Para wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mempertikai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang dibuat secara terburu-buru di Parlimen, kerana ia membawa kepada salahguna kuasa.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata beliau tidak faham mengapa pemerintah begitu “terdesak” membawa RUU itu ke Parlimen.

“Tempoh yang secukupnya harus disediakan seandainya mereka mahu meneruskan rang undang-undang itu. Kita tidak diberi masa secukupnya (untuk mengkaji RUU itu) kerana sibuk dengan perbahasan belanjawan.

“Kita mahu undang-undang ini dibatalkan,” tegasnya di satu sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.
Hanipa memetik contoh Seksyen 18 dari RUU itu yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai “kawasan keselamatan”.

“Ini membolehkan PM mengarahkan penahanan tanpa waran, menyekat pergerakan dan banyak lagi. Saya percaya sekiranya RUU ini diluluskan, kita menuju ke arah  negara polis.

“Saya berharap keadilan dapat mengatasi dan pemerintah akan menarik balik RUU ini,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Gobind Singh Deo yang menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said supaya menimbangkan semula pembentangan RUU itu.

“Kita mendesak Azalina supaya tidak membentangkan RUU ini secara terburu-buru. Kita mempersoalkan mengapa mereka tergesa-gesa mahu meluluskan RUU ini?

“RUU seperti ini perlu ditelaah dengan teliti bagi mengelakkan penyalahgunaan. RUU ini memberi kuasa yang sangat besar kepada PM. Jika RUU ini untuk tujuan baik, maka ia harus dibuat dengan tertib,” kata Gobind.

Beliau menambah PH membantah RUU itu, dan berhujah kerana ia memusatkan kuasa di tangan seorang individu seraya mendedahkan undang-undang itu kepada penyalahgunaan.

Ahli Parlimen Gooi Hsiao Leung mengulangi hujah Gobind, dan menambah RUU ini membunuh demokrasi sekiranya ia diluluskan.

“Saya ragu-ragu dengan keikhlasan pemerintah membentangkan rang undang-undang yang sangat penting ini secara senyap. Ia seolah-olah diseludup masuk ke Parlimen.

“RUU ini memberi kebebasan yang luas kepada pemerintah dalam menentukan takat kestabilan sosial politik serta takat keselamatan nasional. Perkara ini perkara serius dan kita menggesa parti-parti komponen BN supaya bersama menentang penggubalannya,” kata Gooi.

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata pembentangan RUU ini dibuat secara “tiba-tiba”.

“Kita tidak pun diserang pengganas. Perkara ini timbul ketika kita menyoal mereka tentang RM2.6 bilion (yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM). Ini perkembangan yang tidak baik.”


Zahid jawab isu RM2.6 bilion tapi soal jawab tidak dibenarkan


Zahid jawab isu RM2.6 bilion tapi soal jawab tidak dibenarkan
Isu itu masih dalam siasatan dan menjadi perkara subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini memberi penjelasan berhubung isu dana RM2.6 bilion kepada Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid memaklumkan dana itu yang dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Beliau berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Dalam pada itu, Zahid berkata, di Malaysia tiada undang-undang khusus yang mengawal dana politik, justeru amalan menerima dana ini dibenarkan oleh mana-mana parti politik termasuk pembangkang.

Dalam sesi penerangan itu, tiada soal jawab dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Najib juga sudah menyuarakan hasrat membuat satu pendekatan baharu supaya ada kawalan selia terhadap dana politik namun ia ditolak pembangkang.

Hasrat itu kata Ahmad Zahid sudah dua kali dinyatakan iaitu pada 2009 dan sekali lagi sebelum ini, susulan isu RM2.6 bilion yang menjadi perhatian umum.

Pembangkang tidak puas hati kerana Najib tidak tidak menjawab soalan itu kerana wang itu dimasukkan ke dalam akaunnya.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memohon Pandikar Amin sekurang-kurangnya membenarkan perkara itu dibahaskan .

Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa pula mempersoalkan mengapa Ahmad Zahid menjawab bagi pihak Najib.

“Bagaimana Timbalan Perdana Menteri yang menjaga hel ewahl dalam negeri boleh menjawab soalan ini,” soalnya.

Pandikar Amin menjelaskan perkara itu tidak menjadi isu kerana sebagai Speaker beliau membenar Ahmad Zahid menjawab bagi pihak Najib.


Rafizi beri petua untuk UMNO menang PRU14


Rafizi beri petua untuk UMNO menang PRU14
Petuanya ialah BN menukar Perdana Menteri kerana populariti Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum setiap hari.

Rafizi Ramli memberi petua kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu terus menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PKR itu berkata, petuanya amat mudah iaitu dengan menukar Perdana Menteri kerana populariti Datuk Seri Najib Tun Razak semakin merudum setiap hari.

“Saya setuju UMNO akan menang lagi PRU-14 dengan syarat tukar Perdana Menteri. Kalau masih kekal juga Najib dan Rosmah kita akan tukar tempat dalam Parlimen.

“Perkara ini harus dijadikan iktibar iaitu rakyat Malaysia doakan kehancuran kita. Saya sering memuat naik gambar Najib di Facebook dan setiap kali itu akan menerima lima, enam ribu “like” dan balasan komen bukan maki tapi doa misalnya ‘Ya Allah Ya Tuhanku jatuhkanlah manusia ini, hukumlah dia pastinya beribu-ribu pelayar Facebook akan mengaminkannya’,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjadi Ahli Panel Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang turut disertai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Tambah Rafizi, perkara itu membuktikan populariti negatif Najib dalam kalangan rakyat biasa dan keluhan hati nurani mereka yang ikhlas.

Bagaimanapun, pandangan Rafizi itu disanggah Noh yang memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

“Kadang-kadang orang tak salah pun kena fitnah. Contoh Tan Sri Khalid (Ibrahim), tak salah tapi kena fitnah.

“Rakan sejawatnya (Datuk) Saifuddin Nasution buat perkara itu sebab nakkan jawatan. Itu usaha PKR, tetapi BN tidak akan buat macam itu,” balasnya.


Hutang negara melebihi RM600 bilion


Hutang negara melebihi RM600 bilion
Kedudukan hutang kerajaan persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

“Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang.

“Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

Johari berkata, tahap ukuran hutang Kerajaan Persekutuan, setakat tempoh tersebut, dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah 50.7 peratus.

Berhubung hutang yang dijamin oleh kerajaan, beliau berkata, hutang tersebut berjumlah RM175.8 bilion setakat Jun 2015, dan telah dikeluarkan kepada 27 institusi termasuk syarikat milik kerajaan.

“Pemberian jaminan itu adalah bagi membolehkan institusi terbabit memperoleh kos pembiayaan yang lebih rendah bagi melaksanakan projek pembangunan strategik yang bersifat jangka panjang yang akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan.

Johari turut berkata, Kerajaan Persekutuan menanggung hutang sebanyak RM30 bilion setakat Jun 2015 bagi melaksanakan program-program di bawah model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Menurutnya, komitmen hutang tersebut telah pun dimasukkan ke dalam peruntukan bajet tahunan bagi tujuan membiayai bayaran balik pinjaman.

“Komitmen (hutang PFI) juga telah diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal dan kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan, dan ini tidak akan meningkatkan sasaran defisit sedia ada,” katanya.

– Bernama


Zaid Ibrahim ‘mangsa’ terbaru Akta Hasutan?


Zaid Ibrahim ‘mangsa’ terbaru Akta Hasutan?
Bekas menteri itu diminta tampil ke balai polis petang ini.

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim tidak tahu-menahu mengenai berita yang melaporkan beliau akan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Sebentar tadi The Malaysian Insider (TMI) melaporkan Zaid akan didakwa di bawah Akta Hasutan pada Jumaat berhubung satu ucapan yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.

Zaid, ketika dihubungi FMT, mengesahkan beliau telah diminta oleh polis supaya menampilkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 3 petang hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak tahu ia berhubung kesalahan apa.

Menurut TMI, polis telah membuka kertas siasatan terhadap Zaid berhubung ucapan “Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohammad” yang disampaikan beliau di Kelab DiRaja Selangor, September lalu.
Beliau telahpun memberikan kenyataan kepada polis mengenai kes itu pada 16 dan 17 November.

“Saya amat terkejut ucapan saya dianggap hasutan. Saya ingat lagi ucapan itu dibuat dalam kontek demokrasi, iaitu mana-mana pemimpin boleh didakwa, dan boleh digulingkan melalui cara yang dibenarkan undang-undang, seperti undi tidak percaya, atau tekanan dari orang-ramai,” katanya selepas disoal-siasat polis bulan lepas.

Ucapan itu turut dimuatnaik di laman blog milik beliau.


Detik pertemuan tidak dijangka Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dikongsi dalam laman sosial Instagram Nazir Razak. “Terserempak rakan lama dari Sabah. Katanya dia kini menganggur,” demikian status yang dimuatnaik pada gambar foto mereka berdua. Menurut laporan Mstar Online, Naib Presiden Umno itu secara tidak sengaja bertembung dengan Nazir yang juga adik kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Rabu. Kedua-duanya berjumpa ketika tiba di KLIA tanpa menyedari mereka sebenarnya secara kebetulan menaiki penerbangan yang sama dari London. “Mereka jumpa di KLIA. Sudah tentu Shafie gembira jumpa Nazir. Perbualan kedua-dua mereka lebih kepada bertanya khabar. Nazir menyifatkan Shafie sebagai kawan lama. “Shafie secara berseloroh mengatakan beliau “menganggur” dan akan terus berkhidmat kepada rakyat di Semporna,” kata sumber. Menurut sumber yang sama, Shafie masih tetap mengikuti isu dan keadaan semasa terutama menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember ini. “Shafie beritahu Nazir bahawa beliau akan kembali pada PAU 2015 selepas balik kawasan. Perwakilan Umno Semporna juga akan datang,” kata sumber yang rapat dengan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut dinyatakan, ramai yang menyangka Shafie bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Detik pertemuan tidak dijangka Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dikongsi dalam laman sosial Instagram Nazir Razak. “Terserempak rakan lama dari Sabah. Katanya dia kini menganggur,” demikian status yang dimuatnaik pada gambar foto mereka berdua. Menurut laporan Mstar Online, Naib Presiden Umno itu secara tidak sengaja bertembung dengan Nazir yang juga adik kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Rabu. Kedua-duanya berjumpa ketika tiba di KLIA tanpa menyedari mereka sebenarnya secara kebetulan menaiki penerbangan yang sama dari London. “Mereka jumpa di KLIA. Sudah tentu Shafie gembira jumpa Nazir. Perbualan kedua-dua mereka lebih kepada bertanya khabar. Nazir menyifatkan Shafie sebagai kawan lama. “Shafie secara berseloroh mengatakan beliau “menganggur” dan akan terus berkhidmat kepada rakyat di Semporna,” kata sumber. Menurut sumber yang sama, Shafie masih tetap mengikuti isu dan keadaan semasa terutama menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember ini. “Shafie beritahu Nazir bahawa beliau akan kembali pada PAU 2015 selepas balik kawasan. Perwakilan Umno Semporna juga akan datang,” kata sumber yang rapat dengan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut dinyatakan, ramai yang menyangka Shafie bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kedua-duanya terserempak di KLIA selepas menaiki penerbangan yang sama dari London.

Detik pertemuan tidak dijangka Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dikongsi dalam laman sosial Instagram Nazir Razak.

“Terserempak rakan lama dari Sabah. Katanya dia kini menganggur,” demikian status yang dimuatnaik pada gambar foto mereka berdua.

Menurut laporan Mstar Online, Naib Presiden Umno itu secara tidak sengaja bertembung dengan Nazir yang juga adik kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Rabu.

Kedua-duanya berjumpa ketika tiba di KLIA tanpa menyedari mereka sebenarnya secara kebetulan menaiki penerbangan yang sama dari London.

“Mereka jumpa di KLIA. Sudah tentu Shafie gembira jumpa Nazir. Perbualan kedua-dua mereka lebih kepada bertanya khabar. Nazir menyifatkan Shafie sebagai kawan lama.

“Shafie secara berseloroh mengatakan beliau “menganggur” dan akan terus berkhidmat kepada rakyat di Semporna,” kata sumber.

Menurut sumber yang sama, Shafie masih tetap mengikuti isu dan keadaan semasa terutama menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember ini.

“Shafie beritahu Nazir bahawa beliau akan kembali pada PAU 2015 selepas balik kawasan. Perwakilan Umno Semporna juga akan datang,” kata sumber yang rapat dengan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Turut dinyatakan, ramai yang menyangka Shafie bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Nik Nazmi cabar KJ berdebat


Nik Nazmi cabar KJ berdebat
Dalam debat terbuka yang dicadangkan dia meminta Ketua Pemuda UMNO memilih tiga tajuk dan menentukan masa serta ketika untuk ia diadakan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya bersemuka dengan debat terbuka.

Ia dibuat ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meminta Ahli Parlimen Rembau itu menentukan masa dan waktu sekiranya sedia menyahut tawarannya.

“Bagi membentuk garis perdebatan, AMK juga suka untuk mencadangkan topik berikut untuk dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan Pemuda UMNO. Topik tersebut adalah, yang pertama, Benarkah Malaysia sedang menuju ‘Negara Gagal’?
.
“Kedua, Apakah Politik Melayu Terancam?, dan pilihan ketiga, Apakah pemotongan bajet Pendidikan Tinggi merupakan helah untuk kerajaan lepas tanggungjawab?.

“Pemuda UMNO boleh memilih salah satu daripada tiga topik tersebut. AMK juga terbuka untuk menerima sebarang cadangan topik lain daripada Pemuda UMNO sekiranya ada,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, AMK berharap perdebatan antara Ketua AMK dan Ketua Pemuda UMNO akan menjadi medan ilmiah untuk masyarakat khususnya generasi muda mendapat penjelasan mengenai isu-isu terkini yang melanda negara.

“Tanggapan pesemis yang mengatakan perdebatan tidak membawa ke mana perlu ditolak jauh kerana Negara-negara maju hampir semuanya menjadikan debat sebagai salah satu daripada isi penting ‘good governance’.

“Kalah menang bukan pertimbangan utama debat, tetapi yang lebih penting ialah memberi akses kepada pendengar mendapat input yang pelbagai seterusnya membuat pendirian yang bijak,” kata Nik Nazmi.

Jelasnya lagi, debat yang bakal diadakan akan menjadi peluang kepada Khairy untuk membuktikan bahawa UMNO sudah keluar daripada politik konservatif perkauman.

“Umum sudah arif dengan gaya politik UMNO. Apabila mereka gagal berhadapan dengan rakyat mengenai isu 1MDB, skandal 2.6 billion, Mara, dan pelbagai lagi isu yang melanda kerajaan, maka jalan terakhir yang UMNO gunakan ialah untuk berselindung di sebalik tembok perkauman,” tulisnya.


Mahathir menipu tuduh kerajaan punca Proton mahal – blog UMNO


Mahathir menipu tuduh kerajaan punca Proton mahal – blog UMNO
Kerajaan mengenakan cukai eksais ke atas kenderaan sekitar 65% hingga 125 % bukan 300% seperti didakwa Tun M.

Blog pro-UMNO, MYKMU menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad menipu apabila mendakwa harga kereta keluaran Proton mahal disebabkan kerajaan mengenakan cukai sehingga 300%.

Blog itu berkata, kenyataan mantan Perdana Menteri itu satu pembohongan kerana cukai eksais ke atas kenderaan yang dikenakan di negara ini hanyalah sekitar 65% hingga 125% mengikut Dasar Automotif Nasional.

“Datang mana pulak 300%?,” soal blog itu.

Katanya, apabila kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April lalu, harga kereta sepatutnya turun 4% lagi kerana cukai jualan sebanyak 10% telah digantikan dengan GST sebanyak 6%.

“Hairan bagaimana Proton tak boleh turun harga kerana banyak syarikat kereta lain boleh turunkan harga selepas GST dilaksanakan. Mungkin sebab pembekal Proton enggan turun harga mereka sebab ada pertalian saudara ke macam mana dengan Pengerusi, mungkinlah, kita tak tahu.

“Tapi nak mengatakan kerajaan punca harga kereta tak boleh turun, itu tak betul. Malah nak disebutkan di sini, Dasar Automatif Negara itu sendiri menyebabkan harga kenderaan yang dipasang dalam negara (CKD) turun sebanyak 30%, tak tahulah kalau kereta Proton sekarang pasang kat Zimbabwe ke mana sampai tak boleh turun harga?,” kata blog itu.

Katanya, Proton telah menurunkan harga kereta keluarannya dengan memberi diskaun sehingga 12 peratus.

“Entah bagaimana maklumat ini tidak sampai kepada Pengerusi (Mahathir) sehingga dia mendakwa seperti itu.

“Atau mungkin maklumat sampai tapi sengaja diselewengkan kerana kesumat yang teramat sangat kepada Perdana Menteri. Benarlah kerajaan tidak lagi boleh layan Proton macam anak emas seperti mana di bawah pentadbiran Mahathir dulu, masa dah berubah, banyak keperluan lain yang kerajaan perlu beri perhatian.

“Tapi jangan kerana itu bohong dan fitnah kerajaan, ingat akhirat sikit,” tulis blog itu.



Perwakilan matang walaupun berbeza pandangan – Pengerusi Tetap


Perwakilan matang walaupun berbeza pandangan – Pengerusi Tetap
Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan berjalan lancar walaupun parti itu menghadapi pelbagai cabaran.

Para perwakilan yang akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Selasa depan mempunyai fikiran yang matang dan mampu menyampaikan pandangan atau bantahan mereka secara berhemah.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin berkata, berdasarkan pengalamannya bersama UMNO selama 47 tahun, beliau mendapati anggota parti itu sentiasa dididik untuk menyampaikan pandangan atau bantahan mereka secara berhemah.

Sehubungan itu, beliau yakin Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan berjalan lancar walaupun parti itu menghadapi pelbagai cabaran, katanya selepas diwawancara oleh Bernama Radio24.

“Insya-Allah perwakilan-perwakilan UMNO ini matang kerana mereka (perwakilan) yang datang ini dipilih di peringkat akar umbi untuk mewakili bahagian masing-masing. Namanya persidangan… maknanya mereka (perwakilan) datang untuk bersidang, bukan datang untuk kita cari masalah.

“Kita (mengamalkan) demokrasi. Contohnya presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang tanpa bertanding, maknanya solid (teguh). Ia pilihan terhadap dia, jadi begitu juga jawatan-jawatan lain dalam parti kita ini,” katanya.

Badruddin berkata, teguran yang dibuat perlulah berhemah mengikut landasan Islam yang menegah umatnya menghina atau mengaibkan pihak lain walaupun berbeza pandangan dan pendirian.

“Saya percaya anggota-anggota UMNO akan akur dan ikut peraturan parti jadi kita serah kepada Allah agar persidangan diberkati dan kita harap perwakilan datang kerana Allah serta kita akan dapat bawa balik satu keputusan yang baik untuk parti dan negara di akhir perhimpunan nanti,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Dis dengan dimulakan dengan perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, dan diikuti dengan perasmian Perhimpunan Agung UMNO pada 10 Dis.


ERL pertahan kenaikan tambang


ERL pertahan kenaikan tambang
Tambang perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit tidak berubah sejak April 2002 walaupun kos operasi dan penyelenggaraan meningkat.

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mempertahankan keperluan menaikkan tambangnya bagi memastikan ia kekal mampan.

ERL Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, tambang perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit tidak berubah sejak April 2002 walaupun kos operasi dan penyelenggaraan meningkat.

“Projek ERL dilaksanakan dengan kos RM2.4 bilion dan syarikat mengalami kerugian sejak beberapa tahun, terkumpul sehingga RM671.7 juta.

“Pada Julai tahun ini, pemegang saham ERL menyuntik modal tambahan RM72 juta kepada syarikat,” katanya.

ERL berkata, syarikat perlu terus melabur dalam sistem baharu dan set kereta api yang akan dihantar secara berperingkat mulai Mei 2016 untuk menampung jumlah penumpang yang meningkat.

Sebelum ini, ERL mengumumkan tambang perjalanan sehala antara KL Sentral ke KLIA dan KKLIA naik RM20 kepada RM55 mulai 1 Januari tahun depan.

– Bernama


Kualiti khidmat pengangkutan awam tidak setanding tambang


Kualiti khidmat pengangkutan awam tidak setanding tambang
Kerajaan sepatutnya menambahbaik kualiti perkhidmatan pengangkutan awam sebelum membenarkan kenaikan kadar tambang.

Kadar kenaikan harga tambang pengangkutan awam di negara ini tidak relevan dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Disebabkan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam menambahkan lagi beban rakyat.

Katanya, kerajaan sepatutnya menyelesaikan terlebih dahulu isu kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di mana tidak banyak penambahbaikan yang dilakukan sebaliknya lebih mementingkan kenaikan kadar tambang.

“Sewajarnya kerajaan menyelesaikan dahulu isu kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini yang kelihatan dan dapat dirasai tidak banyak penambahbaikkan yang berlaku dan sepatutnya juga kerajaan memberikan keutamaan untuk mengekang atau mengawal kenaikan pelbagai kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, kenaikkan tambang pengangkutan awam semakin menjadi trend oleh kerajaan dengan memberi alasan tidak dilakukan sejak sekian lama dan harga itu berada pada kadar lebih rendah.

“Sebelum ini telah diumumkan kenaikan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM iaitu sebanyak 20% hingga 140% dan bagi LRT, Monorail dan RapidKL pula sebanyak 40% hingga 102%. Sebelum itu lagi, kadar harga tol juga telah dinaikkan antara 25% hingga 80%.

“Harga tambang bas pun turut dinaikkan. Selain itu, harga runcit petrol juga dinaikkan pada hampir setiap bulan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan akan menaikkan kadar tarif air dan elektrik untuk menambahkan lagi beban rakyat.


SPRM siasat empat pegawai di tiga kementerian


SPRM siasat empat pegawai di tiga kementerian
Empat pegawai itu disiasat kerana terlibat dengan kes pengurusan projek pembinaan sebuah sekolah dan sebuah hospital

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat empat pegawai daripada tiga kementerian yang terlibat dalam projek yang menerima teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 3, baru-baru ini.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata pegawai-pegawai daripada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan itu juga disiasat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan tatatertib.

Kes terbabit adalah kes pengurusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak dan projek menaik taraf Hospital Nora Ismail, Batu Pahat di Johor, iaitu dua daripada 12 teguran punitif yang diterima dalam LKAN Tahun 2014 Siri 3.

“Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap empat pegawai daripada kementerian terbabit kerana disyaki ada unsur-unsur perlakuan rasuah.

“Siasatan ini berjalan secara serentak. Jika didapati bersalah, mereka akan didakwa di mahkamah. Kalau tidak ada kes, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan tatatertib,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Ali berkata, berdasarkan siasatan juga, dua teguran di Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan telah melibatkan kerugian di pihak kerajaan sebanyak RM501,524.33.

Daripada jumlah itu, ia melibatkan kerugian kerajaan sebanyak RM416,433.33 bagi kes Pengurusan Kerja Awalan melalui kontrak kerja di Kementerian Kerja Raya; RM85,091 untuk pengurusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama; dan kemudahan lain yang berkaitan di Kementerian Pendidikan, katanya.

“Kerugian adalah berikutan pembayaran yang dibuat tidak mengikut spesifikasi kontrak. Teguran-teguran lain tidak melibatkan kerugian kewangan sebaliknya kesalahan yang berlaku adalah akibat ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan,” katanya.


Pegawai Khas Rosmah nafi Permata salur bantuan bulanan


Pegawai Khas Rosmah nafi Permata salur bantuan bulanan
Rizal Mansor menegaskan Bahagian Permata di JPM tidak pernah mempunyai skim bantuan bulanan kepada pelajar UPSR yang mendapat keputusan cemerlang

Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah menawarkan sebarang ganjaran berupa bantuan wang tunai bulanan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Penafian itu dibuat Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor di laman Facebooknya.

“Untuk makluman Bahagian Permata Jpm tidak pernah ada skim seperti dibawah.. ,” tulisnya ringkas.
Maklum balas itu diberikan selepas seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Rosly Yusof memuat naik status dan membangkitkan persoalan apabila anaknya tidak lagi menerima bantuan berkenaan yang dikatakan disalurkan melalui UMNO Bahagian Batu Kawan.

Dia mendakwa anaknya telah dipilih menerima wang daripada Skim Permata Negara sebanyak RM200 sebulan kerana keputusan baik UPSR bermula 1 Januari 2015.

“Selepas menerima RM600 utk bulan Januari hingga march melalui umno cawangan di mana surat tersebut ditandatangan UMNO Batu Kawan, sehingga kini satu sen pun tidak diterima lagi.
Soalannya.
Siapakah sapu duit tersebut,” tanyanya.

Program Permata diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.

Ia bertujuan mengembangkan potensi setiap anak daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.


Parlimen Britain restu serangan ke atas IS di Syria


Parlimen Britain restu serangan ke atas IS di Syria
323 Ahli Parlimen menyokong manakala 223 menentang usul serangan udara terhadap kedudukan IS di Syria

Parlimen Britain meluluskan usul membenarkan negara itu menyertai Tentera Bersekutu untuk melancarkan serangan udara ke atas kedudukan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Ia dibuat selepas lebih 10 jam dibahaskan.

Dalam keputusan berkenaan, 323 Ahli Parlimen menyokong manakala 223 menentang usul serangan udara terhadap kedudukan IS di Syria.

“Pengganas ini sedang merancang untuk membunuh kita dan pada masa sekarang ia mempengaruhi anak-anak kita dengan idea melampau,” kata Perdana Menteri Britain, David Cameron yang dipetik daripada Al-Jazeera.

Berdasarkan kelulusan itu, pesawat pengebom British, Tornado GR4 akan berlepas dari pangkalan udara di Cyprus untuk menyertai misi serangan terbaharu di Asia Barat.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang khuatir keputusan yang dibuat itu akan mengheret negara berkenaan ke dalam satu lagi kancah peperangan di Asia Barat.


PAU 2015: Kembalikan kepercayaan ahli


PAU 2015: Kembalikan kepercayaan ahli
Isu-isu yang dihidangkan pada PAU kali ini akan menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat umum malah, turut akan dinilai oleh pemerhati luar

Sesetengah pihak mungkin menganggap Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember ini `sedikit luar biasa’ berbanding perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Seramai 3.4 juta ahli UMNO menantikan perhimpunan bagi mengetahui hala tuju parti itu seterusnya.

Tidak ketinggalan, para pemerhati politik turut sama menantikannya kerana pelbagai usul akan diangkat dan dibahaskan.

Ini terbukti, kerana terdapat reaksi umum terhadap perhimpunan parti orang Melayu yang berusia hampir 70-dekad itu sudah rancak kedengaran dibincangkan.

Antara yang menjadi topik perbualan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malahan, di tempat-tempat awam adalah perkara yang berkaitan dengan isu dalaman parti selain kestabilan politik tanah air.

Tidak dinafikan, perkara-perkara itu sememangnya diintai dari setiap sudut dan ia bukan sahaja melibatkan orang-orang UMNO malahan, mereka yang berada di luar parti.

Hakikatnya, perhimpunan pada kali ini akan menjadi tumpuan kerana salah satu perkara yang akan dipandang adalah berkaitan dua individu yang merupakan penggerak utama dalam parti itu telah terkeluar daripada barisan kerajaan.

Aspek berkenaan mungkin akan menjadi salah satu daripada topik perdebatan oleh para perwakilan yang hadir dalam perhimpunan terbesar itu kerana kedua-dua individu berkenaan mempunyai pengaruh yang kuat di dalam parti.

Selain itu, tumpuan pastinya akan turut diberikan terhadap pendedahan bekas Presiden parti berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung beberapa perkara yang menjadi isu panas sejak kebelakangan ini.

Bermula dari isu berkaitan skandal syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International hinggalah kepada isu dana suntikan derma terhadap parti berjumlah RM2.6 bilion yang kecoh diperkatakan oleh masyarakat.

Pihak-pihak yang mungkin terlibat dengan skandal-skandal itu harus bersedia dengan jawapan sekaligus merungkai persoalan-persoalan ahli parti yang mahukan ketelusan jawapan yang diberikan.

Jika dilihat secara halus, seandainya perkara-perkara itu dibawakan oleh perwakilan di pentas perdebatan, pastinya perhimpunan pada kali ini akan menjadi penentu kepada hala tuju parti.

Ini kerana apa yang berlaku itu mempunyai hubung kait dengan amanah yang diberikan kepada pemimpin yang menerajui negara.

Dalam hal ini, saya mahu agar persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh para perwakilan pada PAU kali ini dijawab dengan sejujurnya tanpa ada dakwa dakwi atau menggunakan kuasa menghalang serta mengambil tindakan disiplin sebagaimana yang sering dilakukan kepada orang-orang tertentu sebelum ini.

Apa pun, marilah sama-sama kita menunggu tanggal 8 Disember ini untuk melihat dentuman yang akan berlaku dalam perhimpunan yang akan berlangsung dengan penuh warna-warni.


Ingatkan Najib saja ‘kaki rembat’ rupanya orang bawah pun sama – Wan Ji


Ingatkan Najib saja ‘kaki rembat’ rupanya orang bawah pun sama – Wan Ji
Terdapat pemimpin yang diberi amanah cuba mengambil kesempatan atas nama agama Islam untuk menghalalkan setiap tindakan mereka.

Negara Islam dan institusi berkaitan agama Islam sering dilanda masalah akauntibiliti dan masalah ketelusan dalam hal pengurusan kewangan termasuk di Malaysia.

Namun menurut penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin situasi di negara ini lebih menarik apabila sesetengah pihak yang diberikan amanah dan kuasa akan menggunakan agama untuk menghalalkan setiap tindakan mereka.

“Menarik di Malaysia, apabila ada orang menggunakan agama untuk menghalalkan tindakan,” katanya sewaktu menjadi salah seorang panel bagi forum bertajuk ‘Skandal YaPEIM Fitnah Atau Fakta’ di KLSCAH pada malam Rabu.

Wan Ji berkata demikian bagi merujuk kepada tindakan dan salah-laku sesetengah pemimpin kerajaan yang menggunakan wang institusi agama untuk kepentingan dan keseronokkan diri.

“Kita jangka hanya Perdana Menteri kaki ‘rembat’, tetapi menteri-menteri di bawah dia juga kaki ‘rembat’,” katanya lagi.

Dakwanya lagi, apabila negara dan institusi yang menggunakan Islam sebagai dasar pentadbiran, pasti akan terdapat sesuatu masalah yang akan terjadi.

“Negara Islam dan institusi Islam seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) yang terdapat perkataan ‘Islam’ pasti akan terjadi macam-macam perkara.

“Apabila kita pergi ke jabatan agama Islam, itulah jabatan yang paling lembab di dunia dan kalau pergi institusi agama Islam, itulah yang paling ‘haprak’ sekali. Kalau kita pergi negara Islam, rakyat yang paling teruk juga adalah orang Islam,” katanya lagi.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa hairan mengapa situasi sedemikian berlaku di sesebuah negara Islam dan juga institusi agama Islam.

“Kita tidak faham mengapa asalkan ada nama Islam, akan menjadi masalah. Adakah agama itu mengajar kita untuk menjadi lembab?” soalnya.

Bagaimanapun, Wan Ji menegaskan dia tidak menyalahkan agama Islam sebagai punca keadaan tersebut berlaku, tetapi menyifatkan terdapat sesetengah pemimpin yang dilihat cuba mengambil kesempatan.

Justeru beliau mengingatkan agar kebaikkan seseorang itu tidak seharusnya diukur dari segi bacaan al-Quran dan hafalan hadis semata-mata.

“Orang yang baca al-Quran, hadis nampak baik dalam bacaan mereka tapi tindakan mereka tidak baik,” ujarnya.

Antara panel lain yang turut terlibat dalam forum berkenaan adalah aktivis hak asasi manusia, Syukri Razab, Bekas Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan juga Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.


Maharom bersumpah terus setia bersama UMNO hingga akhir hayat


Maharom bersumpah terus setia bersama UMNO hingga akhir hayat
Ibu kepada enam orang ini turut berpesan kepada anak-anaknya agar terus setia hingga ke akhir hayat kepada parti UMNO.

“Saya bersumpah atas nama tuhan, tidak akan keluar dari parti UMNO. Hidup dan mati akan tetap setia bersama UMNO,” itulah kata-kata Maharom Panjang Wahad.

Namanya mungkin tidak pernah didengari di dada-dada akhbar, namun wanita berusia 79 tahun inilah yang melahirkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Maharom yang membahasakan dirinya sebagai makcik menceritakan bahawa beliau dan keluarganya merupakan penyokong tegar parti Melayu itu.

“Sampai tutup mata (meninggal), makcik tidak akan berubah kepada parti lain,” ujarnya.

Malah, ibu kepada enam orang ini turut berpesan kepada anak-anaknya agar terus setia hingga ke akhir hayat kepada parti yang diasaskan oleh Presiden UMNO pertama, Dato’ Onn Jaafar.

“Makcik pesan pada anak-anak makcik, jangan keluar dan tinggalkan UMNO. Kami (ahli keluarga) tidak akan berundur dari UMNO. Makcik juga sudah sebati dengan UMNO.

“Tidak usahlah sokong pembangkang. Sokonglah UMNO. Sekarang ini, kalau ada yang ugut untuk kerat dan desak makcik keluar dari UMNO, makcik takkan keluar maka keratlah,” katanya.

Kecintaan Maharom kepada UMNO itu bersandarkan kepada pengalaman perit yang beliau lalui ketika dijajah oleh pihak Jepun dan komunis.

“Makcik sudah rasa susah di zaman Jepun dan Komunis. Dulu, nak makan dan buat segalanya susah,” ceritanya.

Menceritakan pengalaman kepada Free Malaysia Today (FMT), wanita tua yang masih sihat tubuh badannya itu sanggup mengorbankan cincin perkahwinannya bagi menanggung sedikit sebanyak perbelanjaan Tuanku Abdul Rahman ke London untuk memerdekakan negara.

Bahkan, demi perjuangan untuk anak bangsa, wanita ini sanggup merahsiakan mengenai status cincin perkahwinan hadiah pemberian suami yang tercinta.

“Bila Tuanku Abdul Rahman hendak memerdekakan negara. Kami beramai-ramai berikan sedekah dan derma.

“Masa itu, makcik tidak ada wang, jadi makcik serahkan cincin perkahwinan. Digadai dengan harga RM9.00,” ujarnya.

Mengimbau kenangan ketika zaman sebelum Merdeka, Maharom berkata ketika itu beliau tidak sabar untuk melihat anak Melayu memerintah negara.

“Makcik hendak sangat orang Melayu memerintah negara kita. Mereka (para pemimpin) kata jika Merdeka, rakyat akan hidup senang. Sebab itu makcik berharap sangat,” katanya.

Beliau yang kini sudah mencecah usia 79 tahun turut melahirkan rasa sedihnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihatnya sebagai punca negara dalam keadaan kucar-kacir.

Dalam keadaan sebak, Maharom menjelaskan bahawa beliau bimbang mengenai nasib anak cucunya pada masa akan datang jika keadaan ini berterusan.

“Zaman Tunku Abdul Rahman sampai zaman Tun Hussein Onn pegang memang bersih. Makcik berani cakap, zaman ini kucar-kacir.

“Susah hati makcik, susah hati mengenai apa yang akan jadi pada anak cucu makcik pada masa akan datang,” katanya yang kelihatan sebak mengenangkan masa depan parti Melayu itu.


Peluang BN rampas Selangor makin cerah


Peluang BN rampas Selangor makin cerah
Kecelaruan politik pakatan pembangkang yang turut memberi kesan kepada negeri Selangor membuka peluang lebih cerah kepada BN untuk merampas semula negeri itu selepas dua penggal.

Barisan Nasional (BN) Selangor yakin mampu merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun UMNO sedang menghadapi krisis kepimpinan.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang berpendapat tiada perkara yang mustahil dalam politik.

“Tiada perkara yang mustahil dalam politik. Boleh berlaku (BN tawan semula Selangor).

“Kalau sekarang ada dua pembangkang, boleh pemerintah dan ini kita lihat peluang itu memang cerah,” katanya kepada pemberita selepas forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Rabu.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, krisis yang berlaku pada UMNO pada masa ini boleh diselesaikan asalkan mengikut peraturan.

“Kita ada Perlembagaan parti yang perlu diikuti dan InsyaAllah kalau kita ikut undang-undang dan peraturan semua masalah kita akan selesai.

“Jadi yang penting ialah kita nak kena meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional kalau memerintah, kita akan lebih baik daripada Pakatan Rakyat,” tegasnya.


Jakim dianugerah empat bintang pengurusan kewangan terbaik


Jakim dianugerah empat bintang pengurusan kewangan terbaik
Pengiktirafan itu sekaligus menidakkan tohmahan pihak tertentu kononnya agensi itu gagal mengurus peruntukan kewangan dan pentadbiran akaun yang baik.

Penganugerahan empat bintang Pengurusan Kewangan dan Akaun terbaik daripada Ketua Audit Negara buat empat tahun berturut-turut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuktikan ia mempunyai tadbir urus akaun dan kewangan yang baik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengiktirafan itu sekaligus menidakkan tohmahan pihak tertentu kononnya agensi itu gagal mengurus peruntukan kewangan dan pentadbiran akaun yang baik.

“Lebih melucukan apabila ada segelintir yang mendokong aliran liberalisme dari kalangan bekas-bekas elit penjawat tertinggi kerajaan cuba mengelirukan rakyat dengan mendesak Jakim diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

“Seolah-olah mereka ini tidak tahu atau pura-pura tidak tahu bahawa sebagai agensi kerajaan sudah tentu diaudit oleh Jabatan Audit Negara,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas isu yang sama, beliau berkata, pengiktirafan yang diberikan amat membanggakan apatah lagi selaku agensi peneraju agenda memartabatkan Islam dalam negara.


Kedai mamak tak kena GST – Noh Omar


Kedai mamak tak kena GST – Noh Omar
Kenyataan yang dibuat oleh Noh itu menimbulkan kekecohan apabila penonton tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakannya.

“Yang berhormat mungkin lah kot, nak makan hotel besar-besar mungkin lah kena GST, kalau setakat makan dekat kedai mamak mana kena GST,” demikian ayat yang keluar dari mulut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Kenyataan yang dibuat oleh Noh itu menyebabkan Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Rabu menjadi kecoh seketika.

Menyedari kenyataan itu menimbulkan kekecohan, Noh berjanji bahawa beliau akan memberikan kerjasama untuk mengambil tindakan terhadap restoran mamak yang mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pelanggan.

“Baik. Saya akan beri kerjasama. Tolong bagi tahu dengan saya, saya berjanji… saya berjanji kepada saudara.

“Kalau ada mana-mana restoran yang tidak ada berdaftar dengan nombor pendaftaran GST, dia kenakan GST, saya berjanji saya akan pastikan kita akan ambil tindakan terhadap restoran itu.

“Lepas ini saudara boleh jumpa dengan saya, kita pergi sama-sama minum kedai itu dengan saya. Saya janji..saya pergi minum bawa kedai yang saudara katakan kenakan GST itu. Saya nak tengok,” katanya.

Sebelum itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang mempertahankan perlaksanaan GST oleh kerajaan

Menurutnya, kebanyakan pasaraya telah memaparkan barangan-barangan yang dikenakan GST.

“Pergi Giant, pergi supermarket..kan dia ada bagi yang mana kena GST, yang mana tidak ada GST. Dia dah asingkan yang berhormat. Jangan kata semua kena GST,” katanya.


Rasa dapat gaji untuk bayar pengangkutan awam saja – rintihan pengguna LRT, KTM


Rasa dapat gaji untuk bayar pengangkutan awam saja – rintihan pengguna LRT, KTM
Pengguna yang ditemui FMT tidak bersetuju dengan kenaikan tambang LRT dan KTM yang dianggap membebankan rakyat

Prabagaran A/L Balakrishnan, 34, merupakan seorang penuntut di Universiti Malaya maka beliau sering berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Demi menyara kelangsungan cita-citanya, beliau mengajar sebagai seorang pensyarah di Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan Dairy, ibu negeri Perak.

Ditemui di KL Sentral, beliau antara 10 pengguna pengangkutan awam yang disapa Free Malaysia Today dan terkesan dengan kenaikan kadar harga tambang KTM Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT).

“Gaji RM3000 pun sudah tidak memadai,” keluh Prabagaran, “Saya berhabis RM1200 hanya untuk pengangkutan awam.”

“Kos ulang-alik RM50 sehari. Rasa ambil gaji untuk bayar pengangkutan sahaja,” katanya.

Barangkali kesibukan mengimbangi kerjaya dan pembelajarannya menyebabkan Prabagaran tidak sempat bersedia – kenaikan harga tambang menimpa bahunya secara mengejut.

“Semalam saya turun dari stesen KL Sentral ke Universiti…tiket RM1.60-2.00…naik RM0.40. Sebab kita selalu ambil dan terkejut bila tiba-tiba naik,” tambah beliau.

FMT turut meninjau Stesen LRT Kelana Jaya dan stesen KTM Kuala Lumpur untuk mendengar sendiri pendapat orang awam apabila kenaikan harga tambang pengangkutan awam berkuatkuasa Rabu.

Ammar Farham Mohd Shukar Nor, 24, bekerja di sebuah syarikat swasta dan menggunakan dua mod pengangkutan awam iaitu LRT dan perkhidmatan bas Rapid KL untuk ke tempat kerja dan pulang ke rumah.

Beliau masih belum boleh mengubah gaya hidup dengan kenaikan kadar tambang sehingga 100 peratus.

“Jika dulu kos tambang pergi dan balik dari LRT dari Taman Bahagia ke Ampang adalah RM5.80 pergi dan balik. Sekarang selepas kenaikan menjadi sehingga RM12.00.

“Ini sangat membebankan bagi saya yang baru memulakan pekerjaan,” keluhnya.

Begitu juga dengan Nicole. Gadis ini baru sahaja bekerja di Kuala Lumpur selama dua bulan, dan tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.

“Kenaikan harga pengangkutan awam dilihat sangat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana rakyat telah terbeban dengan banyak benda seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kadar tol, minyak dan ini semua membebankan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Suu Lin, 22, berkata sebagai seorang pelajar kenaikan itu sangat memberi kesan kepada kos pembelajaranya di universiti.

“Ya, sangat memberi kesan lebih lagi saya tinggal di luar dari universiti dan ulang-alik menggunakan LRT untuk ke pulang ke rumah,” katanya.

Beliau masih berharap kerajaan akan mengambil-berat nasib siswa sepertinya.

“Saya berharap kerajaan boleh memberi diskaun untuk pelajar yang menggunakan LRT.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan