Cari Artikel

Monday, November 2, 2015

Ali Tinju dipanggil polis kerana gaduh dengan Zahid


Ali Tinju dipanggil polis kerana gaduh dengan Zahid
Dia mendakwa ada pihak cuba mengambil peluang dengan memperbesarkan isu pergaduhan beliau dengan Zahidi Hamidi sedangkan ia telahpun selesai dengan cara baik.

Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju di panggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung pergaduhan menerusi aplikasi Whatsapp dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu memberitahu FMT, perselisihan faham berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak Zahid pada September lalu telahpun selesai secara baik.

Namun, dia mendakwa, ada pihak ketiga sengaja mahu mengambil peluang dan memperbesarkan itu dengan membuat laporan polis.

“Isu pergaduhan saya dengan Zahid berhubung jemputan  ke majlis perkahwinan anak beliau pada September lalu sudah selesai.

“Saya sendiri telah memohon maaf kepada beliau (Zahid) mungkin pada masa itu saya terlalu emosi, apabila dimaklum oleh pegawai  Zahid bahawa saya tak dijemput sedangkan saya menerima jemputan itu.

“Malah pergaduhan saya dengan Zahid ibarat adik dengn abang, ibarat seorang pekerja dengen bos kerana saya Presiden Veteran Tentera semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

“Namun ada pihak ketiga yang diupah oleh wakil NGO untuk membawa kes kepada pihak polis semula.,” katanya.

Mengulas lanjut, dia akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyelesaikan siasatan kes itu.

Ali Tinju akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang jam tiga petang pada Isnin (hari ini) untuk memberi keterangan.

Bapa ‘serang’ pemandu van sekolah


Bapa ‘serang’ pemandu van sekolah
Kejadian dikatakan berpunca apabila pemandu van sekolah tidak membunyikan hon ketika berhenti di hadapan rumah lelaki itu dan kemudian terus berlalu.


Seorang lelaki yang tidak mampu mengawal emosi telah bertindak kasar apabila mencekak baju pemandu van sekolah anaknya.

Maklumat yang dikongsi pada status video berkenaan di Facebook menyatakan bahawa pemandu berkenaan adalah pekerja Syarikat Perkhidmatan Van Sekolah Sri Omega.

Berdasarkan penelitian audio pada rakaman video berkenaan, kejadian dikatakan berpunca apabila pemandu van sekolah terbabit yang diupah untuk menghantar anak lelaki itu ke sekolah tidak membunyikan hon ketika berhenti di hadapan rumah dan kemudian terus berlalu.

Lebih menyemarakkan lagi api kemarahan lelaki itu apabila pemandu van berkenaan merakam gambar aksinya yang sedang marah.

Meskipun, pemandu van berkenaan memberitahunya bahawa dia sedang berpuasa namun, lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati mahu menyerang pemandu van berkenaan dengan membuka pintu sebelum dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.

lelaki itu turut memberikan amaran kepada pemandu van berkenaan jika melakukan perkara sama selepas ini.

Visual insiden itu telah tersebar di media sosial.





Anwar Ibrahim mendapat layanan istimewa di penjara


Anwar Ibrahim mendapat layanan istimewa di penjara
Kerajaan menasihatkan keluarga Anwar Ibrahim menerima hakikat bahawa bekas Ketua Pembangkang sedang menjalani hukuman di penjara.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kemudahan rawatan istimewa di penjara yang diberikan kerajaan atas dasar kemanusiaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, layanan istimewa yang diterima Anwar tidak dinikmati oleh lebih 50,000 banduan lain.

“Terdapat 50,000 banduan lain di seluruh negara yang sepatutnya menerima kemudahan rawatan yang sama rata.

“Tetapi dalam kes Anwar, beliau diberi peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti fisioterapi dan solat Jumaat.

“Saya ingin menekankan kerajaan telah memberikan rawatan istimewa kepada Anwar mengikut keperluan atas dasar kemanusiaan. Terimalah hakikat,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Parlimen pada Isnin.

Nurul membangkitkan soalan mengapa Kementerian Dalan Negeri tidak membenarkan bapanya menerima rawatan fisioterapi dua hingga tiga kali seminggu.

Menurut Nur Jazlan, Anwar telah menerima 83 pemeriksaan kesihatan dan 10 sesi fisioterapi sepanjang 38 minggu dalam penjara.

Katanya, Anwar dibenarkan berjumpa dengan keluarganya sebanyak 15 kali dan peguamnya sebanyak 65 kali dan dibenarkan menunaikan solat Jumaat sebanyak 35 kali.

Video Dua Pelajar Sekolah Berciuman


Video Dua Pelajar Sekolah Berciuman
Pelajar perempuan itu berlari dan kemudian menerpa ke arah seorang pelajar lelaki sebelum mereka berpelukan dan bercumbu.

Sebuah video menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki yang dipercayai kekasihnya dengan berpakaian sekolah mengundang kritikan di media sosial.

Berdasarkan penelitian pada visual berkenaan, aksi kedua-dua pasangan itu dirakam di dalam kawasan sekolah dan disaksikan rakan-rakan mereka yang lain.

Tidak dinyatakan tarikh aksi itu dirakamkan dan lokasi sekolah terbabit namun, ia dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah.

Remaja perempuan itu pada mulanya dilihat berlari sebelum menerpa ke arah seorang pelajar lelaki dan berpelukan.

Aksi pada video berkenaan diakhiri dengan kedua-dua mereka kemudiannya bercumbu.








Datuk Seri Najib - 1MDB tidak jejaskan pelaburan asing


Datuk Seri Najib - 1MDB tidak jejaskan pelaburan asing
Jumlah pelaburan asing di negara ini terus meningkat setiap tahun yang membuktikan pelabur asing masih yakin dengan ekonomi Malaysia.

Skandal 1MDB yang mendapat liputan meluas dalam dan luar negara tidak menjejaskan keyakinan dan kepercayaan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Seri Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelabur asing di negara ini adalah pelabur jangka masa panjang yang telah membantu membangunkan ekonomi Malaysia sejak sekian lama.

“Ini termasuk menjadikan asas makroekonomi yang kukuh dengan kadar pengangguran yang rendah dan jumlah rezab negara serta hutang kerajaan yang terkawal.

“Isu 1MDB bukan faktor yang menjejaskan pelaburan asing di Malaysia. Malah, statistik terkini menunjukkan pelabur asing masih yakin dengan ekonomi Malaysia,” katanya.

Menurut Menteri Kewangan itu, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat RM22.4 bilion pada suku pertama 2015 berbanding RM17.5 bilion pada pada suku kedua 2014.

Katanya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan RM113.5 bilion pelaburan pada suku pertama 2015 berbanding RM112 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“1MDB telah mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan aliran maklumat antara 1MDB, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

“Unit Komunikasi Korporat 1MDB dan kumpulan respons kerajaan berkerjasama rapat untuk menjadi lebih proaktif dan membalas sebarang cabaran,” katanya.

Kumpulan Pengganas - Lapan disyaki menyertainya ditahan


Kumpulan Pengganas - Lapan disyaki menyertainya ditahan
Enam daripada yang ditahan disyaki menyertai Kumoulan Tandzim Al Qaeda manakala dua lagi disyaki ada kaitan dengan militan IS.

Seramai lapan rakyat tempatan yang menyertai dua kumpulan pengganas ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi serentak di tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Johor pada 30 Oktober lepas.

Menerusi kenyataan pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam daripada yang ditahan disyaki menyertai Kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia manakala dua lagi disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

“Semua suspek adalah rakyat Malaysia berusia 22 hingga 36 tahun dan dua suspek yang mempunyai kaitan dengan IS adalah penjawat awam.

“Enam ahli kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia itu adalah saki baki ahli kumpulan yang masih bersembunyi selepas operasi tangkapan ke atas pemimpin kanannya dilakukan pada Februari 2013,” katanya.

Menurut Khalid lagi, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA Kesalahan Berkaitan Keganasan dan Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah – Langkah Khas) 2012.

Bank beri pinjaman RM500 juta kepada DEIG?


Bank beri pinjaman RM500 juta kepada DEIG?
Wakil rakyat UMNO dikatakan telah mendapat maklumat berkenaan dan bersedia mendedahkan kepada media dalam masa terdekat.

Syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang penubuhannya dikritik hebat dikatakan mendapat pinjaman bank berjumlah RM500 juta.

Sumber memberitahu FMT, pinjaman itu diperolehi daripada salah sebuah bank tempatan terbesar.
Pinjaman itu dikatakan diperolehi anak syarikat DEIG, DEIG Land Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Mei lalu.

Difahamkan pinjaman itu bagi membolehkan DEIG mengambilalih sebuah  anak syarikat milik kerajaan negeri yang memiliki banyak aset hartanah.

Sumber itu memberitahu, beberapa wakil rakyat UMNO telahpun mendapat maklumat berkenaan dan akan membuat pendedahan kepada media dalam waktu terdekat.

Wakil rakyat berkenaan mahu mempersoalkan mengapa sebuah syarikat yang dikatakan hanya akan beroperasi tahun depan telah mendapat pinjaman bank selain kebimbangan terhadap keselamatan aset-aset milik rakyat.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sebelum ini menjelaskan DEIG yang merupakan sayap pelaburan kerajaan negeri hanya akan beroperasi pada suku pertama tahun depan.

Wakil rakyat UMNO sebelum ini ini  melahirkan kebimbangan terhadap DEIG sebagai entiti baru di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu akan memberi kesan negatif apabila kedudukannya lebih istimewa kerana tidak perlu melaporkan terus kepada kerajaan negeri selain operasinya tidak akan diaudit.

DEIG turut mendapat kritikan DAP apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Damansara, Yeo Bee Yin menggesa Menteri Besar tampil memberi penjelasan yang konkrit untuk menggelak berlakunya kekeliruan dalam kalangan wakil rakyat.

GST, rasionalisasi subsidi untuk pertahan ekonomi negara


GST, rasionalisasi subsidi untuk pertahan ekonomi negara
Pembangunan dan pengurusan untuk mempertahankan ekonomi masih mampu dilakukan walaupun dengan kejatuhan harga minyak dan gas.

Langkah proaktif kerajaan membina pertahanan ekonomi negara termasuk melalui pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi membolehkan ia dikembalikan kepada rakyat dalam Bajet 2016.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktor luaran seperti ketidaktentuan ekonomi global, penguncupan ekonomi khususnya China, kadar faedah Amerika Syarikat dan kejatuhan ketara harga minyak menyebabkan hasil negara berkurangan daripada sektor minyak dan gas sebanyak RM30 bilion.

Dalam situasi sedemikian seperti yang berlaku pada krisis kewangan Asia pada 1997, perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus dikurangkan, katanya.

“Kita dapat laksanakan (program-program) sebab kita mengambil langkah proaktif dan membuat pertimbangan tepat.

“Apabila kita perkenalkan langkah rasionalisasi subsidi dan GST, apa yang kita janjikan, kita pulangkan kepada rakyat,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, lapor Bernama.

Dalam perkembangan lain, Najib meminta penjawat awam di semua kementerian dan agensi berkaitan melaksanakan tugas dengan memasukkan lima tunjang utama.

Lima tunjang utama yang digariskan Perdana Menteri adalah terkandung dalam Bajet 2016 iaitu untuk memperteguh ketahanan ekonomi negara; meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau; mempersiaga modal insan; memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

“Dengan cara ini, kalau bekerjasama dalam satu pasukan, maka kita mampu menghadapi apa jua keadaan, walaupun ombak bergelora, bahtera tetap menuju ke destinasi yang kita harapkan.

“Tingkatkan usaha dan produktivi, perkukuhkan jaringan kerjasama antara kita dan kementerian, pentadbiran dan dengan ini Malaysia akan lebih berjaya dalam apa jua keadaan,” katanya.

Pemimpin PKR bertindak mendesak gugurkan PAS


Pemimpin PKR bertindak mendesak gugurkan PAS
Desakan itu bertentangan dengan resolusi MPP yang mahukan kerjasama diperluaskan dengan semua parti politik termasuk Pas.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendesak kerajaan Selangor supaya menggugurkan EXCO Pas perlu dikenakan tindakan.

Saranan itu dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimie Shafie.

Katanya, desakan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober lalu yang telah memutuskan untuk memanjangkan hubungan kerjasama dengan semua parti politik termasuk melibatkan Adun Pas dalam membentuk ‘kerjasama pentadbiran’ di Negeri Selangor dengan sokongan semua Adun.

“Kenyataan tertentu yang dibuat seolah-olah mendesak untuk Menteri Besar menggugurkan Exco daripada Pas adalah suatu saranan yang bertentangan dengan resolusi mesyuarat MPP.

“Maka perlu suatu tindakan disiplin serta penyiasatan diambil terhadap mana-mana pimpinan PKR yang jelas menolak pendirian semasa pada masa ini yang telah diputuskan oleh MPP. Harus diingatkan semula, MPP adalah badan pemutus tertinggi dalam PKR,” katanya menerusi kenyataan media.

Shuhaimie berkata, anggota serta pimpinan parti seharusnya memahami situasi ini dan tidak memberikan suatu sisi pandangan yang tersasar daripada maksud resolusi yang telah diputuskan oleh MPP PKR.

Dalam masa sama, dia juga menafikan sikap Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang masih mengekalkan Adun-Adun Pas sebagai Exco adalah suatu bentuk langkah peribadi.

RTM Dikecam oleh Persatuan Pelajar


RTM Dikecam oleh Persatuan Pelajar
Tindakan ke atas Eksekutif Berita Mandarin disifatkan sebagai sejarah gelap kepada dunia penyiaran.

Pelajar Persatuan Pelajar Kolej Era Baru (UMANY) dan beberapa pertubuhan pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) mengutuk keras langkah Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenakan tindakan terhadap Eksekutif Berita Mandarin, di TV2.

Ia dibuat selepas individu berkenaan menggunakan gambar yang didakwa menyinggung perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa laporan berita pada Selasa lalu.

Menerusi kenyataan bersama pada Ahad, kumpulan pelajar berkenaan menyifatkan RTM sebagai sebuah stesen televisyen yang telah membawa kegelapan kepada sejarah media di negara ini.

“Mandarin TV2 telah dihukum atas tindakannya yang telah menyinggung perasaan Perdana Menteri kerana penggunaan foto yang tidak sesuai.

“Pihak berkuasa telah sewenang-wenangnya menindas dan menafikan kebebasan akhbar dan juga mencampur tangan dalam kebebasan media,”petik kenyataan itu.

Dalam bantahan yang sama, kerajaan juga telah dituduh melanggar Perlembangaan kerana tidak menghormati bahasa ibunda kaum Cina.

“Penggunaan bahasa ibunda merupakan hak asasi setiap kumpulan etnik dan harus sama sekali tidak dicampur tangan oleh anasir-anasir politik, tetapi seharusnya dilindungi dengan sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan juga rakyat Malaysia,” dakwanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan