Cari Artikel

Thursday, October 8, 2015

Tarikan Seksual Terbaru Di Pulau Pinang


Tarikan Seksual Terbaru Di Pulau Pinang

Sebuah pusat mencuci kenderaan di Pulau Pinang dilaporkan mengupah sekumpulan gadis yang dipercayai berasal dari China dan Vietnam sebagai tarikan pelanggan ke kedai basuh kereta miliknya.

Gambar gadis yang hanya berbikini sahaja sambil membasuh kereta pantas menjadi viral di laman-laman sosial Facebook hari ini. Pelbaga reaksi diberikan oleh para natizen yang majoritinya mengutuk ekspolitasi wanita dalam memajukan perniagaan.

Tarikan Seksual Terbaru Di Pulau Pinang


Menerusi bantuan rakan penulis di Pulau Pinang hari ini, lokasi pusat mencuci kenderaan ini betul-betul ditangah pusat Bandaraya dan berhampiran dengan Komtar, lokasi dimana menempatkan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jadi tiada apa yang perlu dihairankan kerana kerajaan Pulau Pinang kini dikenali sebagai kerajaan liberal sepenuhnya setelah pengharaman penggunaan pembesar suara dikuatkuasakan di seluruh Pulau Pinang. Jadi tarikan seksual terbaru di pusat mencuci kereta berkenaan bukanlah sesuatu yang menjelikkan bagi penduduk berbangsa Cina di Pulau Pinang.

Tarikan Seksual Terbaru Di Pulau Pinang

Derhaka jika lindungi siasatan 1MDB


Derhaka jika lindungi siasatan 1MDB
Perbuatan menghalang siasatan 1MDB dianggap menderhaka kepada titah Raja-Raja Melayu yang mahu skandal itu diselesaikan segera

Mana-mana pihak yang cuba campur tangan dengan niat menghalang ketelusan siasatan terhadap syarikat milik penuh negara,1MDB, dianggap derhaka kepada titah Raja-Raja Melayu.

Perkara itu ditegaskan gabungan Pakatan Harapan yang menyokong gesaan Raja-Raja Melayu supaya isu 1MDB diselesaikan dengan segera.

“Pakatan Harapan menyeru supaya semua institusi awam dan agensi penguatkuasaan di negara ini memainkan peranan dengan sebebas mungkin supaya kemelut 1MDB dapat diselesaikan segera seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu,” kata Pakatan Harapan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Pakatan Harapan berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh melengah-lengahkan keputusan-keputusan yang penting mengenai 1MDB kerana kelewatan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.

Pada masa sama, Pakatan Harapan juga menyokong gesaan Raja-Raja Melayu supaya rakyat negara ini mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum.

“Titah ini adalah tepat mengambil kira pelbagai kejadian mutakhir ini yang seolah-olah cuba melagakan-lagakan antara kaum.

“Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan menemukan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang untuk memupuk budaya saling memahami bagi mengendurkan keadaan jika ada percubaan untuk menimbulkan ketegangan kaum dan agama,” katanya.

Bekas Presiden PBTM pertahan Ali Tinju


Bekas Presiden PBTM pertahan Ali Tinju
Beliau menyifatkan apa yang dirancang Ali Tinju adalah untuk menuntut keadilan.

Tindakan Mohd Ali Baharom atau Ahli Tinju yang merancang untuk mengadakan Gerakan Merah di Melaka bukan satu kesalahan.

Sokongan itu diberikan bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani yang menyifatkannya satu usaha untuk menuntut keadilan.

Malah beliau turut menolak dakwaan kononnya rancangan berkenaan sebagai usaha untuk mencetuskan ketegangan kaum.

“Tidak salah, mereka turun bukan untuk bergaduh atau melakukan kekecohan, mereka buat Gerakan Merah untuk menuntut keadilan supaya pihak berkuasa bertindak, malah ia tidak sepatutnya dilihat perkauman.

“Tidak kira Cina buat salah atau Melayu buat salah, apa yang penting keadilan mesti dituntut untuk memastikan keamanan dan perpaduan kaum dapat dicapai,” katanya ketika dihubungi FMT.

Kenyataan berkenaan merujuk kepada tindakan gengster Cina yang didakwa memukul pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen.

AMK Selangor gesa keahlian PKR Chegubard dipecat


AMK Selangor gesa keahlian PKR Chegubard dipecat
Zainol turut menggesa Lembaga Disiplin Parti untuk turut menyiasat kemungkinan Chegubard dibiayai oleh pihak-pihak tertentu di dalam parti.

Lembaga Disiplin PKR digesa memecat ahli parti seumur hidup Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard kerana melemparkan dakwaan palsu dan fitnah ke atas kepimpinan parti itu secara terbuka.

Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Zainol Abidin Mohamed berkata, kenyataan yang dibuat Chegubard merupakan suatu perbuatan yang tidak beretika dan bermoral sebagai anggota parti itu.

“Kami sesekali tidak akan berkrompomi terhadap sebarang anasir yang mahu memecahbelahkan perpaduan dan keharomonian kaum.

“Kami juga memohon agar Lembaga Disiplin Parti untuk turut menyiasat kemungkinan bahawa beliau dibiayai oleh pihak-pihak tertentu di dalam parti bagi memecahbelahkan belahkan perpaduan parti,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.

Terdahulu beliau menghantar laporan dan aduan disiplin salah laku Chegubard kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab kira-kira jam 11.15 pagi.

Zainol menambah, sekiranya wujud unsur bahawa Chegubard dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, pihak yang bersekongkol dengan perilaku jahat itu perlu turut diambil tindakan tegas oleh Lembaga Disiplin demi maruah dan keharmonian parti.

“AMK Selangor mendukung penuh prinsip demokrasi termasuk amalan menegur dan mengkritik kepimpinan parti.

“Namun kami menegaskan bahawa sebarang kritikan dan teguran hendaklah dilakukan secara beradab dan mengikut tatatertib yang ditetapkan oleh perlembagaan parti,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu Lembaga Disiplin melakukan siasatan secara telus berkenaan laporan dan aduan yang dibuat oleh pihaknya.

Sebelum ini, Chegubard melalui blognya mendakwa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Chegubard turut mendakwa, wujudnya gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

Kualiti udara dijangka bertambah baik minggu depan


Kualiti udara dijangka bertambah baik minggu depan
Tiupan angin akan membawa jerebu yang dialami sekarang ke arah Sumatera atau Lautan Hindi.

Kualiti udara di negara kita dijangka bertambah baik menjelang 12 Oktober ini.
Ia dikaitkan dengan faktor arah tiupan angin yang akan membawa jerebu ke arah bertentangan dengan kedudukan Malaysia.

“Angin tersebut dijangka membawa jerebu yang dialami sekarang ke arah Sumatera atau Lautan Hindi,” kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk

Ini dapat dilihat apabila kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) bertambah baik sejak negara dilanda jerebu teruk.

Dalam pada itu, Hamim juga mengulas penggunaan kadar ukuran menggunakan peralatan PM10 di semua stesen pemantauan jerebu sehingga tahun 2017.

“Walaupun kita guna PM10, namun, kerajaan akan tetap mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan.”

Hamim juga menyatakan kelewatan menukar peralatan itu kepada PM2.5 seperti yang dilakukan oleh Singapura adalah kerana syarikat konsesi yang menjalankan stesen pemantauan terikat dengan kontrak yang akan berakhir pada 2016.

“Ia berbeza dengan Singapura, yang dikendalikan oleh kerajaan,” ujarnya.

Muhyiddin paling layak ganti Najib-Tun M


Muhyiddin paling layak ganti Najib-Tun M
Masalah negara terutama ekonomi dan perkauman akan selesai jika Najib letak jawatan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin paling layak untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Timbalan Presiden UMNO itu memiliki ciri-ciri untuk menerajui negara.

Katanya, seseorang pemimpin yang baik mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding diri sendiri dan pandai memelihara jawatan untuk melakukan perkara-perkara yang baik untuk negara.
“Pemimpin yang kita perlu ada ialah yang berkeupayaan memberi fokus kepada apa yang baik untuk negara bukan fokus kepada diri sendiri.

“Sekarang saya dapati tidak semua boleh menjadi pemimpin. Kita memerlukan seseorang yang berdedikasi untuk melakukan sesuatu kepada negara,” katanya yang dipetik daripada wawancara bersama majalah antarabangsa, The Diplomat.

Dr. Mahathir juga mengulangi keyakinan bahawa ekonomi negara terutama nilai Ringgit dan keyakinan pelabur asing akan kembali pulih sekiranya Najib berundur.

“Malaysia perlu membayar hutang dalam bentuk mata wang asing termasuk Dollar Amerika Syarikat. Kita perlukan lebih Ringgit dan untuk membuat lebih Ringgit kita perlukan ekonomi yang baik tetapi kita ekonomi kita baik, tidak berkembang dengan pantas, kita bukan semakin kaya tetapi semakin miskin,” katanya.

Dr. Mahathir turut mengulas perhimpunan Baju Merah yang diadakan selepas Perhimpunan Bersih 4.0 yang mencetuskan isu perkauman.

Katanya, Himpunan Baju Merah itu diadakan oleh kerajaan pemerintah untuk mengalih isu Bersih dan 1MDB dan supaya rakyat terus menyokong kerajaan.

“Kerajaan menjadikan Perhimpunan Bersih sebagai isu perkauman, Cina menentang Melayu yang sebenarnya tidak berlaku. Mereka terpaksa mengalih isu tuntutan Bersih dan 1MDB dengan mencipta isu perkauman.

“Perbuatan ini sangat bahaya tetapi kerajaan mahu rakyat terus menyokong mereka,” katanya.
Walau apapun usaha dilakukan kerajaan untuk mengalih pandangan rakyat , Dr. Mahathir tetapi berkeyakinan rakyat negara ini tidak akan melakukan sesuatu yang buruk.

Katanya, rakyat Malaysia sangat baik dan bertoleransi walaupun terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kaum.

“Di sesetengah negara, perbezaan kaum dan budaya serta jurang ekonomi boleh menimbulkan keganasan. Tetapi di negara ini, walaupun terdapat ketegangan kaum tetapi tidak membawa kepada keganasan,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberi amaran perkara sebaliknya boleh berlaku jika pihak tertentu melakukan sesuatu yang salah kerana negara pernah berhadapan dengan penentangan komunis dan rusuhan kaum pada 1969.

“Tetapi secara amnya, rakyat Malaysia hidup dengan aman,” katanya.


Penguatkuasa dimaki, dicampak wang


Penguatkuasa dimaki, dicampak wang
Dua lelaki bertindak biadap selepas tayar kenderaan mereka dikunci anggota penguatkuasa MBPP.

Seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersikap profesional walaupun diperlaku kurang ajar oleh dua lelaki.

Kejadian berlaku selepas kenderaan mereka dikunci tayar kerana diletak di kawasan yang tidak sepatutnya.

Anggota penguatkuasa berkenaan yang juga seorang wanita kelihatan tenang meskipun dihembur dengan kata-kata kesat selain dicampak wang untuk membuka kunci tayar.

Sebelum itu, dua lelaki berkenaan cuba untuk membuka sendiri tayar.

“Sendiri parking salah tempat, sendiri buat salah, masih mahu biadap,” komen Kiro Chan.

“Jangan ada undang-undang tapi kutuk pula undang-undang tu. Tak ada undang-undang pula,buat kesalahan macam rumah sendiri. Negara ini ada undang-undang sendiri. Buat salah dihukum,” tulis William Yap.



Titah Majlis Raja-Raja telah disensasikan – Hishammuddin


Titah Majlis Raja-Raja telah disensasikan – Hishammuddin
Hishamuddin menolak dakwaan Raja-Raja Melayu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.

Titah Raja-Raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan segera siasatan 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) telah disensasikan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dakwaan Raja-Raja Melayu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu hanyalah spekulasi yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, Raja-Raja Melayu tentunya akan mengeluarkan titah terus kepada Najib sekiranya tidak percaya dengan kepimpinannya.

“Sekiranya Raja-Raja Melayu tidak percaya kepada Perdana Menteri, tentunya Raja-Raja Melayu akan terus cakap bulat-bulat tak percaya kepada Najib.

“Sangatlah tidak adil titah untuk menyelesaikan 1MBD itu dimanipulasi sehingga begitu.

“Ada pihak buat spekulasi dan andaian itu dibuat oleh tidak bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak.

Mengulas mengenai titah berkenaan, Hishammuddin yang juga sepupu kepada Najib berkata, ia bukanlah perkara baru.

Tambahnya, Najib sudah tentunya akur dengan titah itu dan percaya isu itu akan diselesaikan dengan segera.

“Saya kira Najib sendiri sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah 1MDB.
“Tentunya mana-mana pihak yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Pahlawan Cina tidak akan mengalah dengan pahlawan Bugis


Pahlawan Cina tidak akan mengalah dengan pahlawan Bugis
Anina berharap Ling tidak akan membatalkan saman sekiranya Najib benar-benar bertindak mengheret beliau ke mahkamah

Pendirian dan tindakan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, yang enggan memohon maaf serta bersedia berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di mahkamah digambarkan sebagai keberanian seorang pahlawan Cina.

Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin mengalu-alukan kenyataan Ling yang sedia berdepan dengan Perdana Menteri untuk menegakkan keadilan.

“Saya mengharapkan Tun Ling Liong Sik menjadi seorang pahlawan Cina sebagaimana Datuk Seri Najib menjadi seorang Pahlawan Bugis yang berani datang ke mahkamah untuk menegakkan keadilan bagi dirinya,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Beliau juga berharap, Ling tidak akan membatalkan saman sekiranya Najib benar-benar bertindak mengheret beliau ke mahkamah.

“Saya yakin Datuk Seri Najib berhak menyaman Tun Ling Liong Sik. Saya juga mengharapkan agar Tun Ling Liong Sik tidak akan memohon pembatalan saman sekiranya DS Najib benar-benar menyaman beliau di mahkamah yang mulia nanti,” katanya.

Dalam kenyataannya Ainina yakin bahawa rakyat akan mendapat perlindungan dan keadilan di bawah sistem kehakiman negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Pihak berkuasa India silap hantar mayat


Pihak berkuasa India silap hantar mayat
Berdasarkan rekod pergigian mangsa dan sampel ujian DNA yang diambil ia dikatakan tidak sepadan

Pihak berkuasa India didakwa silap menghantar mayat warga Britain yang didakwa dibunuh di Amritsar.

Keluarga Ranjit Singh Power, dari Wolverhampton, mendakwa berdasarkan rekod pergigian mangsa dan sampel ujian DNA yang diambil ia dikatakan tidak sepadan.

“DNA milik nenek saya belum dihantar seperti diminta dan saya rasa ia tak perlu kerana apa yang kami dapati bahawa mayat itu bukan milik ayah saya.

“Kami percaya badan yang telah dihantar ke UK kini tanggungjawab koroner di UK,” kata anak mangsa.

Sebelum ini, Power,54, kali terakhir kelihatan di lapangan terbang tempatan pada 8 Mei lalu.

Mayat pemilik hotel itu, kemudian ditemui dalam keadaan yang teruk dan berdasarkan pengecaman gelang dan ketinggian, ia dikatakan sepadan dengan mangsa.

Pemandu teksi Sukhdev Singh kemudian dituduh melakukan pembunuhan selepas dia mengaku berbuat demikian.

Ali Tinju batal perhimpunan di Melaka


Ali Tinju batal perhimpunan di Melaka
Keputusan itu bagi menghormati sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob yang disambut pada 10 Oktober.

Persatuan Veteran Tentera Melayu membatalkan rancangan mengadakan Gerakan Merah di Melaka Raya pada 10 Oktober ini.

Presidennya, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati sambutan Ulang tahun Yang di-Pertua Melaka, Tun Khalil Yaakob yang disambut pada hari yang sama.

Katanya, keputusan membatalkan Gerakan Merah itu tiada kaitan dengan desakan mana -mana pihak.

Dia bagaimanapun berkata, pihaknya terus mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap gengster Cina yang didakwa telah memukul pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen di Melaka Raya baru-baru.

“Setakat ini, kami belum ada perancangan untuk meneruskan perhimpunan di Melaka,” katanya kepada FMT.

Ali Tinju memberi amaran jika polis gagal bertindak, dia tidak menolak kemungkinan meneruskan Gerakan Merah bagi membantah tindakan kurang ajar kumpulan terbabit.

Dia berkata, pihak polis telahpun mengambil keterangannya berhubung kenyataan untuk mengadakan gerakan itu.


TPPA: Hak istimewa Melayu dan Islam akan terhapus


TPPA: Hak istimewa Melayu dan Islam akan terhapus
Isma mendakwa TPPA akan mengakibatkan orang Melayu kembali menjadi hina sama seperti zaman penjajahan beratus tahun dahulu.

Penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan menyebabkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang diperuntukkan dalam Perlembagaan tidak lagi terpakai.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, TPPA bakal menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera dilayan seperti warga asing.

“Kedudukan istimewa Islam dan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan akan dikira sebagai ‘trade barrier’. Penapisan filem-filem lucah boleh dikira satu bentuk sekatan perdagangan bebas begitu juga peruntukan tanah rizab,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Ismaweb.

Mohd Hazizi berkata, kerajaan boleh disaman di tribunal antarabangsa jika kerajaan memberikan layanan istimewa kepada syarikat Melayu dan Bumiputera selepas TPPA ditandatangani.

Katanya, ia pernah berlaku kepada kerajaan Afrika Selatan akibat melaksanakan dasar mengutamakan rakyat kulit hitam yang dikenali sebagai ‘Black Economic Empowerment’, yang mirip Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Katanya, Parlimen hanya memberikan kata dua- terima atau tolak- dan masa yang diberikan untuk membahaskannya hanya dua bulan untuk meneliti dokumen yang sangat teknikal tetapi keputusannya sudah dijangkakan.

“Orang Melayu akan kembali hina dan mundur kesan daripada TPPA sama seperti akibat penjajahan ratusan tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau mungkin memohon p ersidangan khas Parlimen bagi membentangkan butiran perjanjian itu, jika perlu.

Katanya, kerajaan yakin Ahli Parlimen BN akan menyokong TPPA bagi manfaat jangka panjang termasuk aspek pelaburan langsung asing (FDI) dan perdagangan untuk negara.

Gerakan desak BN tubuh jawatankuasa siasat Tajuddin


Gerakan desak BN tubuh jawatankuasa siasat Tajuddin
Tindakan itu sebagai pengajaran kepada pemimpin BN lain supaya tidak mengeluarkan perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Gerakan menggesa supaya Jawatankuasa Lembaga Disiplin Barisan Nasional (BN) ditubuhkan bagi menyiasat kenyataan yang dikeluarkan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa mahu melempang orang Cina.

Desakan itu dibuat, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, supaya BN dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemimpin parti komponen yang bersalah mengeluarkan kenyataan perkauman.

“Lebih baik tubuh Jawatankuasa Lembaga Disiplin untuk mengatasi isu sebegini (perkauman).
“Ini seharusnya diselesaikan di peringkat BN. Kepimpinan tertinggi kena kaji apa yang berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Dia mendakwa kenyataan yang dibuat Tajuddin itu sekiranya benar, seolah-olah menunjukkan beliau mahu menjadi seperti hero.

“Dia seperti mahu menjadi hero sedangkan sebagai pemimpin BN, dia sememangnya tidak wajar mengeluarkan kenyataan sebegitu,” katanya.

Tajuddin enggan memohon maaf berhubung kenyataan itu kerana percaya beliau tidak melakukan aa-apa kesalahan.

Ali Tinju akan dipanggil bagi keterangan – Khalid


Ali Tinju akan dipanggil bagi keterangan – Khalid
Mohd Ali diminta memberi penjelasan berhubung kenyataan Melaka Raya tidak selamat susulan rancangannya untuk mengadakan Gerakan Merah 10 Oktober ini

Polis akan memanggil Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju untuk memberikan keterangan berhubung amarannya bahawa Melaka Raya tidak akan selamat pada 10 Oktober ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Mohd Ali berkenaan perkara itu.

“Kita akan panggil dia (Mohd Ali) untuk jelaskan apa maksud dia tidak selamat tu,” katanya secara ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada FMT.

Dalam sidang media pada Rabu, Mohd Ali menjelaskan satu perhimpunan anjuran Gerakan Merah akan diadakan di Melaka Raya pada Sabtu ini.

Dia mendakwa tindakan itu dibuat bagi menuntut keadilan ke atas pegawai dan kakitangan Imigresen yang dipukul oleh gengster Cina dalam kejadian baru-baru ini.

Siasatan 1MDB mendukacitakan – Muhyiddin Yassin


Siasatan 1MDB mendukacitakan – Muhyiddin Yassin
Beliau mendakwa seolah-olah ada tangan ghaib yang cuba menutup kesalahan orang lain yang menyebabkan siasatan 1MDB hampir tergendala.

Tan Sri Muhyddin Yassin membangkitkan persoalan mungkinkah ada tangan ghaib yang cuba menutup kesalahan pihak-pihak tertentu yang menyebabkan siasatan 1MDB hampir tergendala.

Ini kerana, katanya, pada awalnya kerajaan kelihatan serius menyiasat bagi menyelesaikan kemelut itu tetapi kemudian menjadi makin perlahan dan kini hampir tergendala.

“Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB,” katanya dalam kenyataan bagi menyokong titah Raja-Raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan segera isu 1MDB.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, Peguam Negara bertanggungjawab mendakwa mereka yang terlibat sekiranya hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan kesalahan di bawah undang-undang negara.

“Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis.

“Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini,” katanya.

Tambahnya, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas 1MDB juga mesti diberikan ruang seluasnya meneruskan siasatan terhadap syarikat itu hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara.

“Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB.

“Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.

“Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC. Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB,” ujarnya.

Muhyiddin turut menyuarakan kebimbangannya mengenai tindakan pihak berkuasa terhadap pihak yang membuat laporan berkenaan 1MDB seperti penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA 2012).

“Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme.

“Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan?

“Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu,” katanya.

Beliau turut mempertahankan Khairuddin yang membuat laporan terhadap 1MDB dan menyifatkan laporan yang dibuat itu bukan merupakan satu keganasan dan 1MDB bukan sebuah institusi yang kebal.
“Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya,” ujarnya.

‘Hilang’ alat sulit kerana kahwin lari


‘Hilang’ alat sulit kerana kahwin lari
Majlis mengikut adat yang dijanjikan oleh saudara pihak perempuan bertukar tragedi apabila pertengkaran berlaku

Gara-gara kahwin lari, seorang lelaki kehilangan alat kelamin selepas keluarga sebelah isterinya, yang berang dengan perbuatan itu bertindak memotong kemaluannya.

Kejadian di negeri Madhya Pradesh, India, berlaku pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku selepas dua abang ipar lelaki berkenaan iaitu, Rakesh dan Suresh Kushwaha tidak menyenangi Bhupendra Jain, 28, sejak dia kahwin lari dengan adik perempuan mereka, Babli.

Menurut Hindustan Times, mangsa telah dijanjikan akan diraikan dalam majlis perkahwinan mengikut adat agar hubungan mereka mendapat restu masyarakat.

Bagaimanapun, kejadian sebaliknya berlaku apabila mereka bertengkar dan ketika itu suspek telah memotong kemaluan mangsa.

Tun M dakwa dirinya lebih telus daripada Najib


Tun M dakwa dirinya lebih telus daripada Najib
Mahathir mendakwa Najib telah bertindak menyekatnya untuk berjumpa pemimpin dan juga ahli UMNO yang lain.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menghalang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam untuk menjatuhkannya sebagai Presiden UMNO ketika beliau berkuasa.

Bahkan beliau mengakui membenarkan kempen untuk mencabarnya diadakan.

“Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.

“Bahagian-bahagian UMNO menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan di masa-masa lain,” ujarnya.

Jelasnya lagi bagi tujuan berkenaan, beliau tidak pernah menyekat sesiapa untuk mencalonkan mana-mana pihak untuk mencabarnya.

“Saya tidak anggap mereka musuh saya dan perlu diambil tindakan. Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi. Di waktu ini calon-calon untuk Presiden Amerika Syarikat sibuk berkempen di mana-mana sahaja, kerana inilah cara demokrasi,” kata Dr Mahathir menerusi entri terbaru di blog chedet.cc.

Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila beliau cuba untuk menghalang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak daripada terus mengekalkan jawatannya.

“Saya tidak bersetuju dengan Najib, Presiden UMNO dan saya desak supaya dia disingkir. Walaupun masih ahli UMNO dan biasa menjadi Presiden UMNO, kini saya dianggap sebagai musuh kepada parti yang saya pimpin selama 22 tahun,” tulisnya.

Mengulas lanjut mengenai kenyataannya, Dr Mahathir berkata, walaupun masih belum dicabar secara rasmi tetapi Najib telah bertindak menyekatnya untuk berjumpa pemimpin dan juga ahli UMNO yang lain.

“Ada unsur ugutan dalam arahan ini. Akan diambil tindakan, akan dibuang dari parti, akan disiasat. Masa depan dalam parti akan menjadi gelap. Tidak boleh jadi pemimpin lagi; tidak akan dijadikan calon lagi,” katanya yang merujuk kepada ugutan-ugutan yang pernah diberikan Najib.

Jelasnya lagi, kini sesiapa sahaja yang bertindak untuk menegur Najib akan dituduh cuba untuk mensabotaj kerajaan, mengugat demokrasi, dan cubaan untuk menjatuhkan Presiden UMNO yang dipilih secara demokratik.

“Mereka yang membuat laporan polis kerana kehilangan duit kerajaan disoal dan disiasat, dijadikan muflis seterusnya ditahan. Apabila dibebas oleh mahkamah ditangkap semula bawah undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kononnya untuk pengganas,” ujarnya.

Selain itu, Dr Mahathir turut mendakwa bahawa imej negara kini sudah bertukar dari demokrasi kepada seakan-akan ‘negara polis’ di mana undang-undang telah disalah guna dan diguna untuk tujuan menakutkan rakyat.

“Kesalahan kerajaan dan Perdana Menteri tidak boleh disebut. Perjumpaan rakyat dihalang dengan berbagai cara, dituduh rasis.

“Kerajaan juga menggalakkan demonstrasi rasis diadakan kerana kononnya perhimpunan Bersih yang bertujuan meminta Najib berhenti didakwa adalah rasis. Selain ia juga dianggap sebagai satu percubaan orang Cina untuk menjatuhkan kerajaan Melayu,” ujarnya.

Pada masa sama, pihak kerajaan kini juga sering mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan selain menyatakan bahawa sesiapa yang menjatuhkan Najib merupakan tindakan yang tidak demokratik.

“Kerajaan menuduh sesiapa yang mendedah kesalahan Najib sebagai percubaan mengguling kerajaan secara tidak demokratik. Sebenarnya, kerajaanlah yang bertindak mengugut rakyat, melarang ahli UMNO dari mendengar syarahan politik, kerajaan sudah tidak demokratik lagi.

“Tidak ada demokrasi untuk diruntuh oleh rakyat, kerana demokrasi sudah dimusnah oleh kerajaan,” katanya lagi.

AMK lapor Chegubard ke Jawatankuasa Disiplin PKR


AMK lapor Chegubard ke Jawatankuasa Disiplin PKR
Laporan itu dibuat kerana tindakan Chegubard yang memfitnah pemimpin PKR dan cubaan memecahbelah parti itu.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan membuat laporan kepada Jawatankusa Disiplin Keadilan terhadap Ahli PKR seumur hidup Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard kerana tindakannya yang didakwa memfitnah pemimpin parti itu.

Timbalan Ketua AMK Selangor, Zainol Abidin Mohamed berkata, laporan itu juga kerana tindakan Chegubard yang mengeluarkan kenyataan terbuka di media, blog dan media sosial yang disifatkan sebagai cubaan untuk memecahbelahkan PKR.

Zainol berkata, dia bersama pimpinan AMK negeri akan membuat laporan itu di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.

Chegubard melalui blognya mendakwa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Chegubard turut mendakwa, wujudnya gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

Polis siasat kenyataan Ali Tinju


Polis siasat kenyataan Ali Tinju
Polis belum boleh mengklasifikasikan siasatan Ali Tinju mengikut seksyen tertentu kerana mahu meneliti isi kandungan kenyataannya terlebih dahulu

Polis sedang menyiasat kenyataan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang mendakwa akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada Sabtu ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, beliau telah mengarahkan pegawai penyiasatnya untuk menyiasat video berkenaan yang disiarkan oleh sebuah laman portal.

Beliau berkata, pihaknya tidak ada menerima apa-apa permohonan untuk mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan itu.

“Saya belum lagi lihat kenyataan Ali Tinju itu tetapi selepas dimaklumkan oleh pegawai saya mengenainya kita sedang lakukan siasatan.

“Buat masa ini kita belum boleh mengklasifikasikan siasatan ke atas perkara ini mengikut seksyen apa kerana mahu meneliti terlebih dahulu isi kandungan kenyataannya Ali Tinju itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Dalam pada itu Ghee Lye memberitahu, jika benar perhimpunan sebagaimana yang dirancang, ia bermakna penganjurnya tidak menghormati Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob kerana ia dibuat sehari selepas hari ulang tahun beliau.

Mengulas mengenai insiden serangan gengster Cina terhadap anggota Jabatan Imigresen yang menjadi alasan Ali Tinju untuk mengadakan bantahan itu, Ghee Lye berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan melalui kawad cam oleh anggota terbabit.

Katanya, kertas siasatan juga sedang disiapkan sepenuhnya sebelum dihantar ke pihak pendakwaaan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Liong Sik tak sabar jumpa Najib di mahkamah


Liong Sik tak sabar jumpa Najib di mahkamah
Ling Liong Sik bertegas tidak akan membuat sebarang permohonan maaf terhadap Najib Tun Razak dan sanggup disaman.

Bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik bertegas tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur fitnah.

Sebaliknya, bekas Menteri Pengangkutan itu menyatakan beliau tidak sabar untuk berjumpa dengan Najib di mahkamah.

“Saya ingin memberitahu kepada Perdana Menteri, jika anda (Najib) memilih untuk menyaman saya, saya akan mempertahankan diri saya.

“Saya menerima cabaran anda (Najib). Saya tidak sabar untuk berjumpa Perdana Menteri di mahkamah.

“Saya ingin tegaskan saya teguh dengan pendirian saya untuk tidak membuat permohonan maaf,” katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Najib menerusi firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menghantr notis tuntutan kepada Liong Sik dan memberi tempoh tujuh hari untuk memintaa maaf dan menarik balik kenyataan itu.

Najib menghantar notis itu susulan kenyataan Liong Sik yang mendakwa Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mengambil duit rakyat untuk diri sendiri yang disiarkan portal Malaymail Online pada 3 Oktober lalu.

Aktivis Khalid Ismath ditahan polis


Aktivis Khalid Ismath ditahan polis
Dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung posting di media sosial berkaitan bekas peguam keluarga Diraja Johor dan Sultan Johor.

Aktivis pelajar, Khalid Mohd Ismath ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyebarkan khabar angin di media sosial berkenaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berkata, Khalid ditahan di pejabatnya pada Rabu dan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.

Katanya, Khalid ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komuniksi dan Multimedia kerana membuat posting berkenaan kes bekas peguam kerabat Diraja Johor, Kamal Hisham dan Sultan Johor.

“Polis juga merampas handphone, komputer dan modem beliau di rumahnya. Sila sebarkan dan kawan-kawan di Johor diharap beri solidariti,” tulis Arul.

Himpunan Gerakan Merah kerja gila – Gerakan


Himpunan Gerakan Merah kerja gila – Gerakan
Pihak polis perlu menyiasat adakah gerakan ini boleh mengancam keamanan dan keharmonian negara.

Parti Gerakan menyifatkan perhimpunan Gerakan Merah yang dirancang di Melaka Raya pada 10 Oktober ini untuk membalas perbuatan gengster Cina sebagai kerja gila.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, demonstrasi seperti itu langsung tidak memberi sebarang makna malah ia akan menjejaskan lagi keamanan negara.

“Saya rasa ini kerja gila. Semua nak buat demo, sikit-sikit demo, Saya rasa ini (Gerakan Merah) tidak sepatutnya dilakukan,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Sehubungan itu, dia mewakili Gerakan membantah penganjuran tersebut dan menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap penganjur, Persatuan Veteran Tentera Melayu.

“Perkara ini perlu diambil berat oleh pihak polis. Adakah ini satu ancaman kepada keharmonian dan keamanan negara? Pihak polis kena siasat,” katanya.

Katanya, penganjur perlu berfikiran waras dan tidak bertindak melebihi undang-undang.

“Mereka perlu berfikiran waras. Kalau mereka tidak puas hati (pegawai Imigresen di pukul gengster Cina), mereka perlu membuat laporan polis. Ali Tinju juga perlu buat laporan polis supaya polis dapat bertindak, jangan buat undang-undang sendiri,” katanya.

Titah Raja-Raja Melayu amalan luar biasa


Titah Raja-Raja Melayu amalan luar biasa
Najib yang bukan setakat pahlawan Bugis tetapi Orang Besar Berempat Pahang pastinya arif mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Titah Raja-Raja Melayu yang supaya kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan satu amalan luar biasa yang berlaku dalam pentadbiran di negara ini.

Malah, pembabitan Raja-Raja Melayu itu dilihat satu keadaan terdesak untuk memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyelesaikannya secepat mungkin.

Pandangan itu diutarakan wartawan veteran, Datuk A. Kadir menerusi blognya  kadirjadin.blogspot.my.

“Dalam erti kata lain, Raja-Raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi,” katanya dalam entri terbarunya.

Jelasnya, Najib sebagai pahlawan Bugis dan Orang Besar Berempat Pahang, maka beliau pasti arif mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Katanya, rakyat juga mahu lihat sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Bin Haji Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, Suruhnjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Gabenor Bank Negara (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) taat kepada Raja-Raja Melayu atau setia dan takut kepada Mohd Najib.

Media melaporkan Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

“Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan,” petik kata kenyataan tersebut.

Ali Tinju ancam demo di Melaka


Ali Tinju ancam demo di Melaka
Beri amaran kawasan Melaka Raya tidak akan selamat dan menjangka 10,000 akan menyertainya pada 10 Oktober ini.

Penganjur Gerakan Merah akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada 10 Oktober ini.

Kenyataan itu dibuat Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Dia mendakwa tindakan itu dibuat bagi menuntut keadilan ke atas pegawai dan kakitangan Imigresen yang dipukul oleh gengster Cina.

“Melaka Raya tidak akan selamat pada hari itu. Ini isyarat saya,” Katanya pada sidang media di ibu negara pada Rabu.

Ali berkata, keadaan tidak selamat yang dimasudkannya bukan menjurus kepada kekecohan sebaliknya, lebih kepada tahap keselamatan pada hari kejadian.

“Tidak selamat ini bukan berlaku kekecohan, mungkin akan berlaku kemalangan, bukan bermaksud tidak selamat itu berperang.

“Kita minta pihak polis membuat pemantauan di sekitar Melaka Raya,” katanya.

Mengulas lanjut Ali menjelaskan, perhimpunan berkenaan bukan bertujuan untuk melakukan huru-hara tetapi sekadar mahu mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap gengster Cina dan mengenakan mereka dengan hukuman setimpal.

“Gerakan Merah tidak perlu permit, sebab kita tidak buat kacau, tetapi turun ke sana untuk jalan-jalan makan angin.

“Kita mahu mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap gengster Cina. Bukan saya anti Cina tetapi anti gengster Cina.Saya mahu mereka didakwa dan dihukum dengan berat kerana kita tidak mahu gengster Cina ini keras kepala,” katanya.

Dijangka lebih 10,000 peserta Gerakan Merah seluruh negara akan turun ke Melaka Raya untuk menuntut keadilan.


Penganjur Bersih 4.0 sedia diheret ke mahkamah


Penganjur Bersih 4.0 sedia diheret ke mahkamah
Bersih 2.0 tidak akan membayar bil sebaliknya menunggu notis tuntutan atau surat saman daripada DBKL dan sedia mencabarnya di mahkamah.

Gabungan Reformasi Pilihan Raya (Bersih 2.0) yang menganjurkan Bersih 4.0 bersedia diheret ke mahkamah berhubung pembayaran bil pembersihan berjumlah RM65,000.

Anggota Bersih 2.0, Mandeep Singh berkata, pihaknya menunggu notis tuntutan saman atau surat saman dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sedia mencabarnya di mahkamah.

“Kita tetap akan teruskan dengan pendirian kita untuk tidak membayar bil pembersihan kepada DBKL.

“Kita juga akan tunggu sebarang notis atau surat saman daripada DBKL dan kami juga akan menjawabnya…. Kita sudah sedia dengan cabaran untuk membawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada FMT.

Setiausaha Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah sebelum ini menjelaskan mereka tidak akan membayar kepada DBKL kerana bil yang dihantar tiada perincian jenis kerosakan dan kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan.

Membalas kenyataan Masjaliza itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, DBKL akan mengambil tindakan undang-undang kepada penganjur Bersih 4.0 sekiranya enggan membayar bil pembersihan itu.

Anthony Loke ‘manusia babi’ – Jamal


Anthony Loke ‘manusia babi’ – Jamal
Gelaran itu setelah video Anthony memanggil 'Melayu Celaka' tersebar di laman sosial.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menggelar Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sebagai ‘manusia babi’.

Gelaran itu dibuat setelah video Anthony memanggil ‘Melayu Celaka’ tersebar di laman sosial.

“Saya sendiri mendengar rakaman video berkenaan dan saya juga melihat bahawa dia (Anthony Loke ) bercakap ‘Melayu Celaka. Sebagai seorang Ahli Parlimen, dia tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Mengulas lanjut, Jamal menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan ‘Cina Babi’ sebaliknya ia hanyalah fitnah yang disebarkan di laman sosial.

“Sekarang ini, dia (Anthony Loke ) manusia babi,” katanya sewaktu ditemui pemberita di IPD Ampang Jaya, selepas selesai membuat laporan berdasarkan kepada kenyataan ‘Melayu Celaka’.
Anthony Loke dilaporkan telah menafikan bahawa beliau pernah menggunakan perkataan ‘Melayu Celaka’.

“Sudah tentu dia akan menafikan, pihak pembangkang akan menafikan apa yang sahaja yang mereka buat. Mereka sering main dari belakang dan mereka juga nafikan perkara itu.

Apabila diaju soalan oleh pemberita adakah Anthony Loke perlu meminta maaf, beliau menjelaskan bahawa perkara itu sudah terlambat kerana kerosakan telah berlaku.

“Dia sudah cakap ‘Melayu Celaka’. Kita akan ajar dia. Tunggu dan lihat. Kita akan ajar dia sehingga mulut dia jadi seperti babi,” jelasnya.

Jubah di Masjid Negara kurang sopan


Jubah di Masjid Negara kurang sopan
Zainuddin mendakwa jubah yang disediakan untuk pelancong bukan Islam tidak sesuai dan kelihatan seperti kebaya labuh

Pengurusan Masjid Negara dikatakan gagal menyediakan pakaian yang sopan kepada pelancong bukan beragama Islam memasuki masjid.

Perkara itu dibangkitkan Zainuddin Atai yang menyifatkan pakaian sedia ada tidak sesuai dan menganggapnya seperti memakai kebaya labuh.

Bagi menyokong dakwaan berkenaan, dia bertindak merakam dan kemudian memuat naiknya di laman sosial.

“Kita punya religion and race, aspek penyediaan kita sendiri untuk bagi mereka respect tidak ada. Kenapa? Kita kena fikir benda ni. Menteri jangan tutup mata, sebab musibah datang tidak kenal siapa pun.

“Saya tadi dah berbincang pun dengan pegawai-pegawai di Masjid Negara ni..tapi diorang kata…. hei..you suka ikut tak suka sudah.

“Itu ke cara orang yang mempunyai ilmu agama bercakap tentang mempertahankan syiar Islam di Malaysia. Tak betul,” katanya.

Zainuddin yang kesal dengan herdikan kakitangan masjid berkenaan terhadapnya turut menjelaskan, dia bukannya hendak melarang, sebaliknya tegurannya itu adalah sebagai satu cara agar ada penambah baikan dalam aspek penyediaan pakaian untuk pelancong wanita memasuki masjid.




MasyaAllah.......pihak berwajib......baiki yg wajib.....
Posted by Zainnudin Atai on Saturday, October 3, 2015

Ali Tinju desak polis tangkap Tun M


Ali Tinju desak polis tangkap Tun M
Dia mendesak polis menangkap, menyiasat dan mendakwa Tun M kerana menghasut rakyat membenci dan menolak Najib Tun Razak.

Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mendesak pihak polis menangkap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Dr Mahathir wajar ditangkap, disiasat dan didakwa kerana menghasut rakyat di Pekan supaya menolak Najib dalam satu forum di Ampang pada Sabtu lalu.

Dia juga mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap Dr Mahathir yang secara jelas telah menuduh Najib sebagai pencuri.

“Tidak ada satu tindakan oleh pihak berkuasa untuk memangil dan menyiasat Tun M yang didakwa menghasut kerana dengan jelas Tun Mengatakan Najib mencuri,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Ali Tinju juga mendesak Dr Mahathir tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan anak beliau memiliki kekayaan luar biasa hasil pengaruhnya sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Tun M harus beri penjelasan segera tentang hal ini. Banyak sidang media dah dibuat pelbagai pihak, namum Tun M masih berdiam diri,” katanya.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis perlu menyiasat hasil kekayaan anak Dr Mahathir.

Dalam perkembangan lain, Ali Tinju mendesak Dr Mahathir bertanding di Pekan bagi membuktikan kejantanannya.

“Kalau Tun M anak jantan turunlah. Saya cabar Tun M bertanding di Parlimen Pekan,” katanya.

Mufti Pahang memalukan Islam -Wan Ji


Mufti Pahang memalukan Islam -Wan Ji
Tuduhan DAP sebagai 'musuh Islam' adalah satu tuduhan yang berat dan ia haruslah diselesaikan dengan penuh ilmiah dan berfakta.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman didakwa memalukan Islam kerana menolak hasrat Pengerusi DAP negeri, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji untuk berbahas mengenai isu Khutbah Aidiladha.

Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BiPPA) Angkatan Muda Kedilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin berkata, sepatutnya Mufti Pahang menerima jemputan bahas itu bagi membuktikan tuduhan bahawa DAP ‘musuh Islam’ .

Ini kerana, katanya, tuduhan yang berat mesti diselesaikan dengan penuh ilmiah dan berfakta.
“Dalam pengajian usul fiqh, ada kaedah menyatakan bahawa hukum sesuatu perkara, setengahnya terletak pada mengetahui gambaran perkara yang mahu dihukumkan itu.

“Sehubungan itu, wajib bagi Mufti berdialog dan berhujah dengan pihak DAP untuk memastikan sejauh mana kebenaran di sebalik dakwaan DAP sebagai Musuh Islam itu,” katanya dalam kenyataan media.

Wan Ji berkata, Abdul Rahman seharusnya bebas untuk berhujah selain tidak mempunyai rasa takut tentang kebenaran.

“Jika tidak, sudah pasti kenyataan mufti-mufti selepas ini akan dianggap picisan oleh rakyat Malaysia. Keadaan ini, sudah pasti memberi implikasi buruk pada imej institusi mufti di mata rakyat Malaysia terutama dalam kalangan bukan muslim,” katanya.

Pimpinan DAP tidak berpuas hati dengan kandungan Khutbah Aidiladha lalu yang didakwa memburukkan parti itu dan meminta Abdul Rahman meminta maaf.

Abdul Rahman enggan berbuat demikian dan mempertahankan kandungan khutbah serta tidak gentar jika DAP mengambil tindakan undang-undang.

Malah, Kerajaan negeri sedia menawarkan khidmat peguam terbaik kepada Abdul Rahman sekiranya DAP mengheret perkara itu ke mahkamah.

Pas juga menyokong Abdul Rahman dan menasihatkan DAP supaya tidak mencampuri bidang tugas mufti.

Jerebu: Indonesia beri masa tiga minggu


Jerebu: Indonesia beri masa tiga minggu
Jakarta masih berdegil dan enggan menerima bantuan negara luar untuk memadam kebakaran yang menjadi punca jerebu

Indonesia akan mempertimbangkan menerima bantuan negara jiran sekiranya masalah jerebu berterusan sehingga tiga minggu lagi.

Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno berkata, setakat ini Indonesia masih berpendirian mampu menyelesaikan masalah itu sendiri dan sekiranya bantuan dari negara jiran diperlukan, ia akan diselaraskan melalui sekretariat ASEAN.

“Indonesia hendak berusaha sendiri terlebih dahulu, pastinya kalau kita tunggu dua atau tiga minggu lagi tidak selesai (masalah jerebu), saya kira tentu kita akan koordinasikan bantuan (dari negara jiran) melalui ASEAN,”katanya kepada pra pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC) ke-14.

Baru-baru ini Singapura menyatakan hasrat untuk membantu Indonesia mengatasi masalah jerebu namun ia ditolak republik itu.

Herman juga berkata setiap hari Kedutaan Indonesia melaporkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia kepada kerajaan Indonesia dan pemimpin di sana melahirkan rasa prihatin mereka atas keadaan jerebu di sini.

Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo berkata republik itu memerlukan tempoh tiga tahun untuk menangani kegiatan pembakaran ladang dan hutan sekali gus menyelesaikan masalah jerebu yang melanda negara jiran mereka.

Herman berkata beberapa langkah telah diambil kerajaan Indonesia dalammenyelesaikan masalah jerebu yang sehingga kini menyebabkan 30,000 rakyatnya mengalami gangguan pernafasan, antaranya dengan membina terusan pengaliran air parit dan longkang di Kalimantan Tengah.

Sehingga kini, 30 syarikat perladangan yang disyaki terlibat dalam pembakaran hutan di Kalimantan sedang disiasat dan lesen mereka akan digantung sekiranya disabit kesalahan, katanya.

Namun, Herman enggan mendedahkan sama ada syarikat tersebut merupakan syarikat tempatan (Indonesia) atau luar negara.

Terdahulu, Indonesia telah mengambil tindakan terhadap empat syarikat kerana menjadi punca kebakaran hutan di negara itu sehingga menyebabkan sebahagian Asia Tenggara diseliputi jerebu yang teruk.

– BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan