Cari Artikel

Wednesday, October 7, 2015

“Sering Lakukan Seks Oral Dan Seks Anal Dengan Pasangan”- Mini


“Sering Lakukan Seks Oral Dan Seks Anal Dengan Pasangan”- Mini

Mini, 19, mendapatkan rawatan doktor setelah mulutnya dijangkiti kudis yang teruk. Pada mulanya Mini enggan memberitahu hal sebenar tetapi apabila diasak dengan pelbagai soalan barulah remaja ini membuka rahsia.

Katanya bagi mengekalkan dara, dia sering melakukan seks oral dan seks anal dengan pasangan.

Malah remaja berkenaan juga mengaku sering bertukar pasangan atas alasan tidak cool jika kekal dengan satu pasangan saja.

Katanya, ini adalah trend baru dalam kalangan remaja yang ingin mengekalkan dara untuk suami masing-masing.

Apabila keadaan tidak terkawal, remaja terutama perempuan akan terdedah kepada pelbagai masalah sosial seperti seks di usia muda dan mempunyai banyak pasangan seks.

Mereka bukan saja terdedah kepada penyakit kelamin tetapi juga boleh merebakkan penyakit kepada orang lain.

Remaja perempuan ini akan terdedah kepada penyakit kelamin seperti herpes yang menyebabkan kudis di bahagian badan.

Mereka yang sering bertukar pasangan juga terdedah kepada virus human papillomavirus (HPV) meningkatkan kebarangkalian kanser serviks.

Remaja ini juga jelas Dr. Dharmini juga terdedah kepada hepatitis B dan C serta HIV akibat sering bertukar pasangan serta pasangan yang mempunyai ramai pasangan lain.

Mereka juga terdedah kepada bakteria dan fungus yang menyebabkan pelbagai penyakit kelamin kerana sering bertukar pasangan dan tidak menjaga kebersihan.

Apa yang menyedihkan perkara sebegini telah mula menjadi gaya hidup apabila terdapat gadis remaja yang melakukan seks luar tabii semata-mata untuk menyimpan dara mereka.

Remaja juga perlu dididik mengenai bahaya mempunyai banyak pasangan seks demi kesihatan fizikal, mental dan masa depan mereka.Di bawah ini pula adalah beberapa keping gambar yang kami jumpa dari bantuan Tan Sri Google. Gambar-gambar ini mungkin tidak sesuai dengan anda dan mungkin juga akan meloyakan tekak anda.

Kami juga ada mencari beberapa link lain yang mungkin boleh merawati HPV ini. Tetapi kami tak cukup masa untuk cerita.

Kami juga ada mencari beberapa link lain yang mungkin boleh merawati HPV ini. Tetapi kami tak cukup masa untuk cerita semuanya. Sila lah lawat link yang kami sertakan iaitu cara rawatan HPV, juga nasihat kami terakhir…
PASTIKAN ANAK-ANAK ANDA TIDAK TERJEBAK DENGAN AKTIVITI TIDAK BERMORAL BEGINI.. bertindak sekarang!! bubye.. – Kisahbenar

“Saya Sudah Tidak Tahan Diperkosa Lelaki Bangla” – Lily


“Saya Sudah Tidak Tahan Diperkosa Lelaki Bangla” – Lily

Sudahlah diperkosa, kini dia diugut pula video intim mereka akan disebarkan jika tidak melayani kehendak nafsu seorang lelaki warga Bangladesh yang baru dikenalinya dua tahun lalu semasa bekerja di kilang pemborong sayur, Simpang Pulai.

Lily, seorang kerani berusia 21 tahun, mendakwa dia telah dirogol oleh Anwar, 27, pada 30 Ogos lalu, pada waktu tengah hari setelah diberikan air yang tidak diketahui kandungannya itu.

“Hubungan kami seperti rakan sekerja yang lain. Tetapi detik hitam itu bermula pada 30 Ogos lalu pada jam 12 tengah hari. Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tidak lama selepas itu, saya rasa pening dan terus tidak sedarkan diri.
“Apabila sedar, saya terkejut yang diri saya berada dalam keadaan tanpa seurat benang di sebuah bilik hotel. Hotel itu berada di sebelah kedai tempat kami minum. Anwar juga ada di dalam bilik itu dan dia mengugut akan menyebarkan video intim kami yang dirakam menggunakan telefon bimbit,” katanya.
“Selepas kejadian itu, Anwar selalu menghubungi saya setiap hari dan memaksa saya melayani nafsunya jika tidak mahu video itu tersebar. Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsunya dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.
“Saya sudah tidak tahan dan saya beritahu perkara ini kepada teman lelaki saya dan dia menasihatkan saya membuat laporan polis. Atas nasihatnya itu, saya membuat laporan di Balai Polis Bercham, Sabtu lalu,” katanya yang turut menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada hari yang sama.

Susulan mangsa membuat laporan polis, suspek telah ditangkap oleh 20 anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Bercham dan diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan berkenaan dan akan menjalankan siasatan.

“Buang Botol Dan Perempuan Itu Sekali” – Ustaz Di Kedai Mamak Yang Pakai Pelaris


“Buang Botol Dan Perempuan Itu Sekali” – Ustaz Di Kedai Mamak Yang Pakai Pelaris
“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.

Usah pelik dan usah tidak percaya , semua ini sememangnya ada berlaku . Bukan sahaja di kedai mamak , kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya berbeza . Ambil ikhtibar atas kejadian ini , dan peringatan juga kepada pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini . Yakinlah pada rezeki yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangat pun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah sedap.

Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan bertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit saja pun kalau memandu.

Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.

“Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?”

Duduk dan order. ‘Mak aiii!’ Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlah juga. Bak kata orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana pun takkan berseri.

Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekeliling memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepala yang tidak gatal.

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan berjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalu lihat dalam kaca tv.

Wajahnya, harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannya dihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepada pelanggan.

“Ini tehnya. Makan? Tak mahu?,” tanya seorang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang berisi air teh.

Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duit pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan orang macam pengemis meminta sedekah.

Petua orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minuman itu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa makan.

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yang merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu tadi.

Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak di kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.

“Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,”

Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.

“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.

Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori. Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badan menghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju ke arah kereta.

Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.

Pelahan-lahan botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan raya dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.

“Buat tak tahu je lah”

Bukan ini lembaga yang mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya, lembagai perempuan itu mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya.

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada ‘luar’? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak!

Apakah ketamakkan telah mengabui matanya?

Wallahua’alam..

FB Bob Kelanang

Bila Hobi Berzina Dan Rakam Aksi Seks


Bila Hobi Berzina Dan Rakam Aksi Seks

Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

Bila Hobi Berzina Dan Rakam Aksi Seks

Bila Hobi Berzina Dan Rakam Aksi Seks

“Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara.”- Bakal Adik Ipar


“Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara.”- Bakal Adik Ipar
Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata “Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara.

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik.

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering ‘terpaksa’ melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia.

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya.

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata “Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara.”

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya.

Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku.

Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan.

Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah “Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita.”

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua: “Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta”.

PKR kalah teruk jika tidak bekerjasama dengan Pas


PKR kalah teruk jika tidak bekerjasama dengan Pas
PKR Bertanding di kawasan majoriti Melayu dan undi orang Melayu menjadi penentu pertukaran kerajaan memerintah.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.

Terjemahan kenyataan Tian Chua ke dalam bahasa Melayu ditelah diviral dan dikongsi di laman sosial oleh pemimpin politik termasuk Pas.

Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.

Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.

Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.

“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.

“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.

Tian Chua antara 25 pemimpin PKR yang menandatangani petisyen kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail supaya mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membincangkan semula penubuhan Pakatan Harapan.

FMT difahamkan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong Pakatan Harapan dan satu kumpulan lagi mahukan kerjasama dengan Pas diteruskan.

Portal Iran bela Arab Saudi


Portal Iran bela Arab Saudi
Ia mendedahkan gambar yang tersebar di laman sosial kononnya kerajaan Arab Saudi menggunakan jentolak untuk mengangkut mangsa dalam insiden di Mina adalah gambar lama.

Dakwaan kerajaan Arab Saudi menggunakan jentolak untuk mengangkat mayat jemaah haji yang terbunuh dalam insiden rempuhan di Mina bulan lalu adalah palsu.

Gambar yang dimuat naik itu adalah imej lama yang dirakam dalam insiden pada 2004.
Penafian itu dibuat portal Iran, Namnak.com.

Berdasarkan penelitian imej berkenaan, ia menunjukkan gambar yang tersebar di laman sosial itu bukan yang baru.

Ia dikukuhkan lagi imej persekitaran di mana kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan sedangkan dalam insiden yang berlaku, kawasan berkenaan telahpun siap.

Dalam kejadian musim haji yang lalu, lebin 720 maut dalam insiden rempuhan di Mina ketika jemaah berpusu-pusu untuk melontar Jamrah.

Kejadian dikatakan berpunca daripada jemaah Iran yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

Saya tidak terlibat – Khalid Ibrahim


Saya tidak terlibat – Khalid Ibrahim
Beliau tidak hairan jika terdapat gerakan menubuhkan parti baharu susulan kegagalan PKR menyelesaikan aduan ahli parti secara telus dan adil.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak terlibat dengan gerakan menubuhkan parti baharu sebagai kuasa ketiga oleh pemimpin dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau lebih selesa melihat perkembangan itu dari luar daripada melibatkan diri dalam gerakan itu.

“Saya lebih selesa menumpukan kepada usaha dan memberi pandangan memulihkan kedudukan ekonomi yang kini diasak dari dalam dan luar,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu berkata, beliau tidak hairan dengan gerakan itu susulan banyak masalah yang timbul kerana kegagalan pimpinan PKR menguruskan parti dengan baik.

Katanya, terlalu banyak aduan daripada ahli PKR yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh.

Malah, katanya, tindakan parti-parti pembangkang sejak akhir-akhir ini juga menunjukkan ia gagal menyediakan wadah yang lebih kondusif dan inklusif kepada rakyat Malaysia khususnya pengundi atas pagar.

“Saya tidak hairan sekiranya ada usaha dari PKR untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yang lebih seimbang,” katanya.

Pada masa sama, Khalid berkata, beliau masih menunggu keputusan aduannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan tindakan PKR memecatnya yang didakwa dilakukan secara tidak sah dan melanggar perlembagaan parti itu.

Khalid disebut-sebut antara bekas pemimpin PKR yang terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu itu.

Ia susulan pendedah ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang mendakwa terdapat gerakan untuk menubuhkan parti baharu oleh bekas pemimpin dan aktivis PKR dan turut didalangi parti sekutu pembangkang.

Dia mendakwa mendapat maklumat dari kakitangan ROS bahawa usaha mendaftarkan parti baharu itu dilakukan di Putrajaya pada minggu lalu.

Katanya, gerakan itu ada kaitan dengan penubuhan Pakatan Harapan yang menyebabkan perpecahan dalam PKR sehingga membawa kepada usaha mengulingkan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pimpinan Pas menafikan parti itu terlibat membantu PKR dalam gerakan menubuhkan parti baharu itu.

Frog VLE: Beban guru sampai tahap mahu gantung diri


Frog VLE: Beban guru sampai tahap mahu gantung diri
Kaedah itu dikatakan terlalu membebankan kerana pengendaliannya yang rumit dan memakan masa

Kaedah baru sistem pembelajaran berasaskan web, 1BestariNet dikatakan memberi kesan bukan setakat fizikal, malah mental para guru.

China Press melaporkan di bawah sistem itu, ia akan meletakkan seluruh komuniti pendidikan di bawah rangkaian tunggal dikenali Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanapun ia dikatakan terlalu membebankan.

“Namun, sistem itu dilapor meletakkan guru-guru berhadapan pelbagai masalah khususnya tidak cukup tidur kerana terpaksa mengendalikan tugas-tugas pengendalian yang rumit dan memakan masa.

“Para guru mengadu mereka dipaksa menggunakan sistem Frog VLE dalam kelas dan sekolah-sekolah oleh pegawai pendidikan dan mana-mana sekolah yang tidak memenuhi sasaran akan dimalukan,” petik akhbar itu.

Dalam laporannya, ia juga mendakwa masa lama yang dihabiskan di hadapan komputer turut memberi kesan kepada mata guru kerana terpaksa berjaga sehingga lewat malam.

“Ya Tuhan, selamatkan kami. Kami naik gila. Saya mahu menggantung diri saya tetapi tidak mempunyai masa mencari tali untuk melakukannya,” kata Jie kepada China Press.

Guru terbabit mendakwa sistem itu meletakkan mereka dalam situasi tertekan semata-mata untuk menunjukkan prestasi baik mereka di bawah projek berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Chong Sin Woon menyatakan pihaknya akan mengumpul maklum balas daripada guru-guru yang terlibat dan akan membincangkan masalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan beban kerja mereka.

Pemandu Uber lancar petisyen bantah SPAD


Pemandu Uber lancar petisyen bantah SPAD
Petisyen itu dibuat bagi mempertahan pemandu Uber dari tindakan SPAD

Satu satu petisyen, “Uber Supporter Malaysia” diperkenalkan di laman sosial Facebook bagi membantah tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ia dibuat selepas pemandu berkenaan berdepan dengan ancaman apabila agensi itu mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan termasuk tidak dibenar memperbaharui cukai jalan.

“Kami menyeru supaya wakil pihak kami akan mengambil pendekatan pragmatik untuk mengawal selia perkhidmatan alternatif dan baharu ini, menggantikan sistem teksi yang tidak berkualiti selain tidak tunduk kepada suara samseng-samseng teksi.

“Sejak pelancarannya di Malaysia, Uber telah memperoleh keyakinan pengguna pengangkutan awam sebagai perkhidmatan teksi alternatif yang selamat dan boleh dipercayai,” petik status petisyen itu.

Petisyen berkenaan dilancarkan pada Selasa dan mendapat lebih 3,000 ‘likes’ di hari kedua.

Perkhidmatan menggunakan applikasi Uber dilihat satu alternatif yang kepada perkhidmatan teksi yang dikatakan mempunyai reputasi buruk dan lemah.

Si cilik tuntut wang daripada jokowi


Si cilik tuntut wang daripada jokowi
Ia sebahagian keluhan lebih 30 juta penduduk Indonesia di enam provinsi yang kini menderita akibat jerebu.

Sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan seorang kanak-kanak memegang sekeping nota yang ditujukan kepada Presiden Indonesia, Jokowi Widodo.

Ia bagi menyampaikan mesej kesengsaraan yang dialami akibat jerebu.

“Pak Presiden kalau tak bisa matikan asap kirimkan kami uang untuk ke dokter”, luah kanak-kanak berkenaan.

Berdasarkan maklumat ringkas yang tersebar di media sosial, mesej itu sebahagian daripada keluh kesah yang disuarakan penduduk di Provinsi Riau, antara kawasan yang paling teruk diancam jerebu.

Sementara itu portal berita detikNews melaporkan lebih 30 juta penduduk di enam provinsi diancam masalah kesihatan yang teruk.

10 peratus daripada mereka mengalami masalah berkaitan pernafasan.

Isu 1MDB: Pas sokong gesaan Raja-Raja Melayu


Isu 1MDB: Pas sokong gesaan Raja-Raja Melayu
Pas menyarankan agar pasukan siasatan khas 1MDB dihidupkan
semula untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih

Pas menyokong penuh saranan Raja-Raja Melayu yang mendesak supaya siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan cepat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan desakan yang dibuat itu, kerajaan seharusnya tidak melengah-lengahkan usaha untuk menghidupkan semula pasukan siasatan khas 1MDB.

Katanya, pasukan itu perlu terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membenarkan mereka menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Pas mengharapkan pasukan siasatan ini akan melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail meskipun beliau telah bersara dan juga Ketua Audit Negara yang telah menyerahkan laporan audit 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Tan Sri Dr Zeti pula diberi kuasa penuh mendedahkan hasil siasatan dari semasa ke semasa seperti ketika pasukan siasatan aktif sebelum dibenamkan,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak seharusnya menyokong penuh untuk 1MDB disiasat, susulan dakwaan Najib sendiri yang mengatakan tidak berlaku penyelewengan di dalam urusan yang dikendalikan oleh anak syarikat milik kerajaan itu.

“Apakah kerajaan yang menyahut saranan Raja-Raja Melayu atau akan membiarkan 1MDB menjawabnya sekali lagi? Sikap Najib selepas teguran Raja-Raja Melayu akan menentukan nasib politik beliau dan 1MDB,” katanya.

Tindakan undang-undang jika penganjur Bersih 4.0 enggan bayar RM65,000


Tindakan undang-undang jika penganjur Bersih 4.0 enggan bayar RM65,000
DBKL mempunyai hak menuntut pampasan di atas kerosakan
landskap dan kekotoran yang dilakukan oleh peserta Bersih 4.0.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan undang-undang kepada penganjur Bersih 4.0 sekiranya enggan membayar bil pembersihan berjumlah RM65,000.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, DBKL mempunyai hak untuk menuntut pampasan yang dilakukan atas kerosakan landskap dan kotoran yang dilakukan oleh peserta Bersih 4.0.

“Kita akan mengambil tindakan undang-undang. Jika mereka mempunyai hak (berhimpun) kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan pampasan.

“Bersih telah menggunakan kawasan itu. Mereka telah membuat kerosakan kepada landskap, kotoran dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2013/2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.

Loga menambah, jika Bersih 2.0 sebuah organisasi dan rakyat yang baik, mereka seharusnya membayar kos pembersihan itu.

Terdahulu, Gabungan reformasi pilihan raya (Bersih 2.0) yang menganjurkan Bersih 4.0 bertegas tidak mahu membayar bil pembersihan RM65,000 kepada DBKL.

Bendahari Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah dalam sidang medianya berkata, bil pembersihan yang dihantar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, itu tidak jelas kerana tidak memperincikan kerja-kerja pembersihan yang terlibat.

1MDB: Raja-raja Melayu mahu siasatan cepat selesai


1MDB: Raja-raja Melayu mahu siasatan cepat selesai
Penemuan siasatan 1MDB hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat
dapat diyakinkan keikhlasan kerajaan yang sama
sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.

Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

“Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara pada Selasa.

Ia berkata: “Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. – Bernama

Cina dan India akan hormat jika Melayu berjaya


Cina dan India akan hormat jika Melayu berjaya
Bangsa Melayu kini dipandang rendah oleh bangsa lain kerana hidup dalam kegagalan.

Bangsa Melayu akan terus dipandang mulia dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain sekiranya berjaya dalam pelbagai bidang walaupun terpaksa berkongsi kepentingan dengan Cina dan India.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata, orang Melayu kini hidup dalam kegagalan dan disebabkan itu Cina dan India tidak lagi menyanjungi bahkan memandang rendah kepada Melayu.

“Kalau nak orang Cina hormat, kita mesti berjaya dan sukses kerana selama ini orang kita dalam keadaan kegagalan,” katanya di majlis Bicara minda dan sesi dialog Tan Sri Sanusi Junid bertajuk “Perpaduan: Mengapa kita masih keliru?” pada Selasa.

Mengulas lanjut, Sanusi turut menjelaskan sewaktu zaman kesultanan Melayu dahulu, bangsa Cina menghormati bangsa Melayu kerana kemegahan yang dimiliki oleh bangsa Melayu.

“Orang Cina dulu hormat sebab ada Sultan dan penghulu mempunyai kuasa. Hinggakan, pada zaman itu, yang bawa najis pun orang dia (Cina). Tetapi kini, kita tidak mempunyai apa-apa.

“Dan bila orang Cina tak peduli, kita marah. Hal ini kerana bagi mereka (Cina) ,tidak ada sebab lagi nak hormat kita,” jelasnya.

Mengulas lanjut, veteran UMNO itu turut menjelaskan bangsa India juga akan menyanjungi sekiranya bangsa Melayu berjaya.

“Orang India memang sudah terbukti, akan berkawan rapat dengan Melayu jika orang itu besar-besar (berjaya).

“Cuba lihat, Deepak Jaikishan, Datuk Seri Solaimalai Nallakarupan, dan Arul Kanda bila tengok orang besar dia akan datang,” katanya lagi.

Justeru, Sanusi menjelaskan semua bangsa akan menghormati bangsa Melayu, sekiranya orang Melayu mampu mengubah sikap dan dikenali sebagai satu bangsa yang berjaya.

“Kalau Melayu sukses, bukan sahaja Cina, semua orang akan datang ke kita,” jelasnya.

Kerajaan terdesak, tidak lagi utamakan kepentingan bangsa – Sanusi


Kerajaan terdesak, tidak lagi utamakan kepentingan bangsa – Sanusi
Demi TPPA, pemimpin politik akan terus memanipulasikan rakyat
dan menyatakan perjanjian itu menguntungkan tetapi hakikat sebaliknya.

Keputusan kerajaan yang bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) menunjukkan kerajaan tidak lagi memperdulikan nasib rakyat.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata, kerajaan kini dalam keadaan terdesak dan disebabkan itu kepentingan bangsa tidak lagi menjadi keutamaan.

“Kalau orang dah lemas, jumpa kayu dia pegang, jumpa ranting pun dia akan pegang. Dia tak peduli apa dah,” katanya sewaktu sesi soal jawab di majlis Bicara minda dan sesi dialog Tan Sri Sanusi Junid bertajuk “Perpaduan: Mengapa kita masih keliru?” pada Selasa.

Sanusi berkata, dalam isu TPPA, pemimpin politik akan terus memanipulasikan rakyat dengan menyatakan bahawa perjanjian itu menguntungkan dan memberi manfaat untuk semua pihak namun hakikat adalah sebaliknya.

“Yang saya dengar dari orang ekonomi, semua kata tak elok. Tapi bila orang politik kata, TPPA ini semua untung.

“Saya dulu pun orang politik juga, tapi kini bertaubat banyak dah,” jelasnya.

Pada masa sama, veteran UMNO itu turut menyatakan bahawa beliau tidak terkejut bahawa perjanjian itu akan ditandatangani kerana sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku.

“Saya dari dulu sewaktu dengar (TPPA), memang dah boleh agak bahawa perjanjian ini akan ditandatangani,” katanya.

Mengulas lanjut, Sanusi turut mencabar pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menandatangani perjanjian itu yang disifatkan akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang kepada rakyat.

“Kalau diaorang (kerajaan) berani diaorang tidak tandatangani. Kalau nak puaskan hati rakyat Malaysia, jangan tandatangani. Tapi kalau nak jadi kawan kepada Amerika Syarikat, kita tandatangani,” katanya.

Pas nafi terlibat bantu PKR tubuh parti baharu


Pas nafi terlibat bantu PKR tubuh parti baharu
Pas tidak pernah terfikir untuk 'kacau daun' parti
lain apatah lagi parti itu sendiri telah berpecah.

Pas tidak terlibat dengan gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivitis PKR untuk menubuhkan parti baharu seperti yang didakwa ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, Pas tidak pernah terfikir untuk ‘kacau daun’ parti lain apatah lagi parti itu sendiri telahpun mengalami perpecahan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan Chegubard). Pas memang tidak pernah terfikir nak ‘kacau daun’ parti lain.

“Pas sendiri pun dah berpecah. Pas ini parti Islam dan (jika dilihat) Amanah pun hasil dari serpihan Pas,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Chegubard yang menyatakan ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis PKR untuk menubuhkan parti baharu.

Dia mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu.

Chegubard turut mendakwa kemungkinan usaha terancang itu turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang dan membayangkan Pas terlibat dalam usaha itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, dia tidak percaya ahli Pas akan bertindak membantu PKR menubuhkan parti baharu.

“Maaf saya tidak percaya,” katanya dalam pesanan ringkas kepada FMT.

FMT difahamkan gerakan menubuhkan parti baharu oleh ahli PKR kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan yang menyingkirkan Pas.

Sesetengah pemimpin PKR masih ‘sayangkan hubungan dengan Pas’ kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi PKR adalah majoriti pengundi Melayu dan memerlukan bantuan jentera pilihan raya Pas.

50,000 peniaga kecil terjejas akibat jerebu


50,000 peniaga kecil terjejas akibat jerebu
Peniaga kerugian sehingga 60 peratus pendapatan
semasa kerana kekurangan pelanggan.

Kira-kira 50 peratus atau 50,000 usahawan kecil dan sederhana seluruh negara terjejas akibat masalah jerebu yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, jerebu telah menjejaskan industri perhotelan, pelancongan, restoran dan perniagaan kecil.

Katanya, peniaga kerugian sehingga 60 peratus pendapatan semasa akibat masalah jerebu yang semakin berlarutan itu.

“Kita terima banyak aduan daripada peniaga menerusi telefon hampir setiap hari. Apa yang mereka luahkan ada hubung kaitnya dengan masalah jerebu yang sedang melanda negara pada masa ini.

“Mereka mahu agar kerajaan bertindak dengan lebih tegas dalam menangani perkara itu dan tidak terlalu memberi muka kepada Indonesia,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Ridzuan mendesak agar kerajaan Indonesia lebih bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang berulang saban tahun.

“Kerajaan Indonesia seharusnya bukan sahaja meminta maaf tetapi menangani masalah jerebu dengan segera.

“Sudah tiga tahun kejadian jerebu ini berlaku…. Kita lihat sehingga hari ini kerajaan Indonesia tak pandang serius.

“Keadaan ini menjejaskan kesihatan dan memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil di tepi-tepi jalan khususnya hingga mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kekurangan pelanggan,” katanya.

Dakwaan palsu terhadap pemimpin negara perbuatan berdosa – Shahrizat


Dakwaan palsu terhadap pemimpin negara perbuatan berdosa – Shahrizat
Penyalahgunaan teknologi maklumat seperti membuat dakwaan
palsu terhadap orang lain dianggap dosa mengikut ajaran Islam.

Perbuatan menyalahgunakan teknologi maklumat untuk membuat dakwaan palsu terhadap pemimpin negara adalah perbuatan berdosa.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil berkata, sejak akhir-akhir ini kepimpinan negara sering menjadi sasaran fitnah dan menerima tuduhan palsu di media sosial.

“Bukan sahaja Najib (Perdana Menteri) tetapi pemimpin-pemimpin lain dalam kerajaan turut menjadi mangsa fitnah dalam media sosial,” katanya.

Bercakap pada sidang media di ibu negara pada Selasa, Shahrizat menggesa orang ramai agar menggunakan media sosial dengan cara sewajarnya agar masyarakat dapat manfaat daripadanya.

“Sebenarnya, informasi di media sosial ini boleh menjadi sesuatu yang boleh memberi faedah kepada orang ramai dan kita perlu mendidik mereka,” katanya.

Shahrizat menjelaskan, penyalahgunaan teknologi maklumat seperti membuat dakwaan palsu terhadap orang lain dianggap dosa dalam Islam.

“Kita perlu mendidik diri kita sendiri dengan semua orang tidak menyalahgunakan teknologi ICT dengan tuduhan palsu dan fitnah yang merupakan satu dosa dan menyalahi undang-undang,” katanya.

Shahrizat membuat kenyataan demikian selepas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Israel, Benyamin Netanyahu tersebar di alam maya.

Gambar yang tersebar itu telah mendapat kritikan keras daripada pengguna media sosial yang masih terhadap pencerobohan tentera Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqadis, baru-baru ini.

Najib bagaimanapun menafikan pernah mengadakan pertemuan dengan Netanyahu dan menyatakan hanya terserempak antara satu sama lain ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di New York.

Penganjur Bersih 4.0 enggan bayar bil RM65,000


Penganjur Bersih 4.0 enggan bayar bil RM65,000
Abdul Rahman Dahlan diminta memperincikan tuntutan RM65,000
termasuk jenis kekotoran yang telah dilakukan peserta
Bersih 4.0 dan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan.

Gabungan reformasi pilihan raya (Bersih 2.0) yang menganjurkan Bersih 4.0 bertegas tidak mahu membayar bil pembersihan RM65,000 kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bendahari Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah berkata, bil pembersihan yang dihantar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, itu tidak jelas kerana tidak memperincikan kerja-kerja pembersihan yang terlibat.

Sehubungan itu, dia meminta Datuk Abdul Rahman Dahlan menyenaraikan lebih terperinci jumlah RM65,000 dengan kekotoran yang telah dilakukan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

“Sukarelawan kami membersihkan kawasan perhimpunan. Saya lihat banyak perbezaan kebersihan di tempat perhimpunan dan kami juga ingin tahu, RM65,000 untuk apa?

“Kami tidak akan membuat sebarang pembayaran kepada DBKL,” katanya dalam sidang media di Seksyen 4 di sini.

Majaliza berkata, pihaknya telah mengarahkan peguam untuk membalas surat bil tuntutan yang dibuat oleh Rahman Dahlan itu.

Rahman Dahlan sebelum ini berkata, tuntutan sebanyak RM65,000 itu tentunya tidak akan menjadi suatu bebanan buat Bersih 2.0 kerana telah menerima sumbangan derma berjumlah jutaan Ringgit.

Jerebu: Rani Kulop nasihat pakai cermin mata hitam


Jerebu: Rani Kulop nasihat pakai cermin mata hitam
Saranan itu juga bagi membantu meningkatkan jualan
cermin mata hitam yang terjejas sejak akhir-akhir ini.

Abdul Rani Kulop yang menggelarkan dirinya Ayah menasihatkan rakyat Malaysia supaya memakai cermin mata hitam pada siang hari bagi menghadapi jerebu yang semakin buruk.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) itu berkata, nasihat tu bagi mengelak orang ramai terdedah kepada habuk halus yang terkandung dalam jerebu.

Dalam masa yang sama, nasihat supaya memakai cermin mata itu bagi membantu meningkatkan jualan cermin mata hitam yang terjejas sejak akhir-akhir ini.

“Ini satu cadangan yang baik dan ini bukan main-main.

“Memang kalau kita dengar nampak kelakar tetapi realitinya rakyat juga dapat membantu meningkatkan pembelian terhadap penjual cermin mata hitam yang tak laku di negara ini,” katanya dalam sidang media di hadapan Pasar Seni.

Jerebu di negara ini dijangka berakhir pada 11 Oktober tetapi bergantung kepada arah tiupan angin.

Bersih 2.0 dedah akaun RM2.6 juta, cabar Najib buat sama


Bersih 2.0 dedah akaun RM2.6 juta, cabar Najib buat sama
Bersih 2.0 mendapat dana hasil sumbangan daripada
27,000 penderma serta jualan t-shirt dan mafla.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendedahkan secara terperinci kutipan RM2.6 juta derma yang diperolehi bagi menganjurkan Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Jumlah itu dikutip hasil derma daripada 27,000 penderma rakyat Malaysia dan jualan kemeja-t Bersih 4 serta mafla.form
Bendahari Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah berkata, kira-kira 27,000 penderma telah menyumbang secara purata RM76 seorang dan majoritinya telah menderma antara RM10 ke RM50.

“Jumlah jualan kemeja-t Bersih. 4 adalah sebanyak RM553,914 dan mafla adalah sebanyak RM28,795,” katanya dalam sidang media di Seksyen 4, Petaling Jaya pada Selasa.
Bersih 2.0 dedah akaun RM2.6 juta, cabar Najib buat sama

Masjaliza juga menyatakan, jumlah perbelanjaan yang ditanggung sekitar perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos lalu itu hanya RM664,052.52.

Oleh itu, lebihan sebanyak RM1.9 juta daripada derma tersebut akan disimpan dan digunakan untuk mendana program Bersih 2.0 untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Ia termasuk program pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dan sebagainya,” jelasnya.

Dengan pendedahan itu, Bersih 2.0 mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah yang sama dengan mendedahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Katanya, sekiranya Najib gagal, sudah tentu kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri akan hilang.

MCA boleh desak sampai kiamat, saya tak kisah – Tajuddin


MCA boleh desak sampai kiamat, saya tak kisah – Tajuddin
MCA mendesak Tajuddin Abdul Rahman meminta maaf kerana
membuat kenyataan mahu menampar Cina Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertegas beliau tidak akan meminta maaf kerana membuat kenyataan mahu melempang orang Cina.

Beliau berkata, MCA boleh terus membuat desakan tetapi beliau tetap tidak akan meminta maaf kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“MCA suruh saya mintak maaf, apa dosa saya? Sebenarnya MCA yang banyak salah.

“Mereka (MCA) boleh buat bising sehingga kiamat, i dont care (saya tak kisah),” katanya dalam sidang media di Kementeriannya pada Selasa.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon sebelum ini mendesak Tajuddin meminta maaf kerana membuat kenyataan mahu menampar orang Cina dari Malaysia yang mencari perlindungan China.

Tajuddin, Ahli Parlimen Pasir Salak, telahpun menafikan menggunakan perkataan lempang seperti dilaporkan sebuah portal. Namun rakaman audio yang dimuatnaik portal berkenaan telah membuktikan beliau menyebut perkataan itu.

Tajuddin kemudian berkata, kenyataannya itu lebih kepada gurauan.

Ditanya dakwaan akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, Tajuddin berkata, beliau tidak menerima sebarang makumat mengenai dakwaan itu.

Tun M bukan pengkhianat UMNO – Hishammuddin


Tun M bukan pengkhianat UMNO – Hishammuddin
Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun tidak menafikan
kritikan dan tuduhan Tun M boleh memecahbelahkan parti.

Tidak wajar menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat kepada UMNO walaupun beliau membuat pelbagai kritikan terhadap parti itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut mengakui tuduhan dan kritikan Dr Mahathir bukan sesuatu yang baharu.

“Kalau dari segi parti tidak ada (pengkhianatan). Juga tuduhan Mahathir juga bukan suatu perkara baru,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Majlis Pra-Pelancaran Malaysia United Run, pada Selasa.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, kritikan Dr Mahathir terhadap pemimpin dan UMNO boleh memecah belahkan parti.

“Ini (kritikan) tidak patut diteruskan sebegitu rupa atau tak patut dilayan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

“Ini kerana ia boleh memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam parti. Kalau tanya dia memburukkan keadaan di parti, setakat ini saya rasa tidak,” katanya.

Hishammuddin berkata, walaupun kritikan Dr Mahathir boleh memberi kesan kepada parti, tetapi ia tidak berlaku setakat ini.

“Sebelum ini pun ada banyak tuduhan yang dilontarkan kepada Presiden kita, tapi tidak pecah jugak parti,” katanya.

Ditanya adakah wajar Dr Mahathir diambil tindakan tatatertib, Hishammuddin berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada parti.

“Terpulang kepada parti,” tegasnya.

Ahli akademik gariskan kebaikan dan keburukan sertai TPPA


Ahli akademik gariskan kebaikan dan keburukan sertai TPPA
Malaysia akan ketinggalan berbanding Singapura dan Vietnam jika
tidak menyertai TPPA dan risiko kehilangan pelaburan asing.

Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang telah dirumuskan oleh 11 negara termasuk Malaysia di Atlanta, Amerika Syarikat, mampu menarik pelaburan asing ke negara ini.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, perjanjian itu juga membolehkan syarikat Malaysia menikmati akses pasaran kepada semua negara ahli sekaligus menjadikan syarikat tempatan lebih berdaya saing.

Agus menambah, sekiranya Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan mengalami kerugian beberapa perkara antaranya hilang kredibiliti sebagai negara pasaran bebas.

Katanya, Malaysia juga akan ketinggalan kepada Singapura dan Vietnam sebagai negara pilihan pelabur di rantau ASEAN.

Katanya, kerugian lain yang akan dialami adalah pelaburan yang sedia ada di Malaysia mungkin berpindah ke negara lain.

“Syarikat Malaysia yang berdagang di luar negara seperti Petronas, Felda, Sime Darby tidak boleh menikmati faedah TPPA.

“Jika Malaysia membuat keputusan menyertai TPPA kemudian hari, ia akan memakan kos yang tinggi, pasaran untuk barangan elektronik yang dikeluarkan oleh negara akan hilang dan hilang 50 peratus pasaran ‘glove’ (sarung tangan getah) kepada Thailand,” tulisnya di Facebook.

Beliau berkata, walaupun Malaysia telah merumuskan TPPA di Atlanta, namun tidak bermakna negara ini sah akan menyertai TPPA dan terikat dengan persetujuan itu.

Katanya, sebelum TPPA dikuatkuasakan, terdapat dua peringkat lagi yang perlu dilalui iaitu kerajaan perlu mendapatkan kelulusan Kabinet atau Parlimen.

“Sekiranya Parlimen meluluskan, maka kerajaan perlu meratifikasikannya (mengesahkan). Selepas meratifikasikannya, barulah kita terikat dengan perjanjian ini,” katanya.

Agus berkata, kebaikan dan keburukan TPPA perlu dibincangkan secara meluas dan penilaian perlu dibuat demi kepentingan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan