Cari Artikel

Friday, August 28, 2015

Tun M sedarkan rakyat yang diperbodohkan Najib


Tun M sedarkan rakyat yang diperbodohkan Najib
Tulisan Dr Mahathir diblognya pasti akan sedar telah 'diperbodohkan-bodohkan'
dan dihina taraf pemikiran mereka oleh Perdana Menteri.

Penerangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai derma RM2.6 bilion telah membuatkan ramai orang sedar mereka telah diperbodohkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, kenyataan Dr Mahathir dalam blognya bertajuk ‘Derma RM2.6 bilion’ itu membuatkan orang ramai sedar pemikiran mereka telah dihina oleh Perdana Menteri.

Kata Zainuddin, kecuali dua orang tidak merasakan diri mereka tidak diperbodohkan kerana merasakan diri mereka lebih pintar daripada orang lain iaitu Menteri Komunkasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Atau mungkin juga kedua menteri ini sengaja membodohkan diri atau buat-buat bodoh,” katanya menerusi entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Dr Mahathir menerusi tulisan di blognya, menasihatkan Perdana Menteri dan penyokongnya supaya berhenti memperbodohkan rakyat berhubung isu dana berjumlah RM2.6 bilion.

Katanya, orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui berkenaan sumbangan dana itu dan tidak percaya ia sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri untuk pilihan raya.

Video parodi Power Rangers Kumpulan Anti Bersih 4.0


Video parodi Power Rangers Kumpulan Anti Bersih 4.0
Mereka yang dipaparkan dalam visual itu digambarkan
menerima kuasa untuk menjadi kebal.

Rakaman video demonstrasi mempertahankan diri Kumpulan Anti Bersih 4.0 yang menjadi viral sejak dua hari lalu kini menjadi bahan ejekan di media sosial.

Visual tersebut telah disunting menjadi satu babak parodi superhero menerusi rancangan kegemaran kanak-kanak `Power Rangers’.

Wajah lima lelaki yang dilihat dalam rakaman asal video itu ditunjukkan dengan jelas termasuk wajah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Menerusi video tersebut, kesemua mereka telah dilakonkan dengan aksi menerima kuasa untuk menjadi kuat dan kebal.

Pada Selasa lalu, kumpulan Anti Bersih 4.0 membuat gimik dengan mempamerkan demonstrasi mempertahankan diri sebagai persediaan berhdapan dengan peserta Bersih 4.0.

Kumpulan itu menjangkakan seramai 30,000 akan menyertai kumpulan baju merah yang akan berarak dari Plaza Low Yat ke Dataran Merdeka.



Persembahan seni pertahankan diri Anti Bersih versi power ranger (Parody)Sumber: https://goo.gl/gRm7SO
Posted by Siakap Keli on Wednesday, August 26, 2015

Fahami hak, elak diusir dari tanah sendiri


Fahami hak, elak diusir dari tanah sendiri
Orang ramai perlu tahu status tanah yang mereka duduki dan mendapatkan
dokumen yang sah bagi mengelak diusir dan rumah diroboh sekaligus menanggung kerugian besar.


Oleh SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Mutakhir ini, banyak dilaporkan kes-kes berkenaan pemilik sesuatu hartanah yang “diusir” daripada hartanah mereka sendiri. Misalnya, kes penduduk Kg. Chubadak, Sentul yang diarah mengosongkan rumah mereka oleh BDKL untuk membolehkan tanah tersebut dibangunkan, suatu ketika dahulu mendapat liputan luas media massa.
Terkini, kes penduduk Kg. Mutiara, Batu Ferenggi yang di usir keluar oleh pemaju untuk memberi laluan kepada pembangunan di kawasan tersebut dan kes penduduk Taman Desa Duranta, Senawang yang diperintahkan mengosongkan rumah mereka oleh tuan tanah asal.
Kes-kes sebegini memberi kesan emosi yang besar kepada pemilik-pemilik hartanah terlibat. Bayangkan, setelah bertahun-tahun mendiami hartanah mereka sendiri, dengan tidak semena-mena mereka di arah keluar begitu sahaja tanpa sebarang bentuk pampasan atau tempat baru untuk berlindung daripada panas dan hujan. Pastinya, ia suatu dugaan yang cukup besar kepada penduduk-penduduk yang terlibat.
Sebenarnya, kes-kes sedemikian dapat dielakkan atau setidak-tidaknya dapat dikurangkan risiko kerugiannya sekiranya pemilik sesuatu hartanah memahami hak-hak mereka berkaitan hartanah yang mereka miliki. Diantaranya :
1. Pemilik sesuatu hartanah hendaklah mempastikan mereka adalah pemilik berdaftar yang sah terhadap hartanah yang mereka diami. Dalam erti kata lain, hartanah yang mereka diami itu telah dianugerahkan (alleniated) oleh kerajaan negeri kepada mereka. Dan geran individu yang berasingan terhadap hartanah tersebut juga telah dikeluarkan kepada mereka.
Di dalam geran individu juga jelas tertulis nama mereka sebagai pemilik berdaftar terhadap hartanah tersebut.
Terdapat sesetengah pihak yang mendiami sesuatu hartanah hanya berdasarkan kepada janji lisan pemimpin-pemimpin negeri di waktu pilihanraya, kononnya hartanah itu akan diberikan kepada mereka atau hanya berdasarkan kepada permohonan tanah yang pernah dibuat oleh mereka suatu ketika dahulu. Sedangkan, mengikut prinsip Undang-undang Tanah, seseorang itu hanya dianggap sebagai pemilik berdaftar dan mempunyai hak eksklusif terhadap hartanah mereka apabila nama mereka telah didaftarkan sebagai tuan punya di dalam geran individu yang dikeluarkan oleh pejabat tanah kepada mereka.
2. Pemilik juga hendaklah menyimpan segala rekod dan dokumen berkaitan dengan pemberimilikan atau sebarang bentuk urusniaga berkaitan hartanah tersebut. Sekiranya mereka membeli hartanah daripada pemaju atau pemilik sebelumnya, segala dokumen berkenaan jual beli dan pindahmilik hendaklah disimpan dengan baik.
Ketiadaan dokumen yang lengkap pasti akan menyukarkan mereka untuk membuktikan yang mereka adalah pemilik berdaftar yang sah terhadap hartanah tersebut.
3. Segala transaksi berkaitan hartanah itu mestilah diuruskan melalui peguam hartanah yang berpengalaman dan amanah. Elakkan daripada menguruskan sendiri urusan berkaitan hartanah anda. Ini kerana dibimbangi ada prosedur-prosedur perundangan atau dokumentasi perundangan yang meraka tidak patuhi dan tidak faham akan memberi kesan perundangan kepada mereka suatu hari kelak.
Dapatkan semua salinan dokumen-dokumen berkaitan hartanah anda daripada peguam yang telah dilantik. Pastikan juga anda mendapatkan nasihat perundangan yang sewajarnya daripada peguam anda.
4. Pemilik hendaklah peka dan cepat bertindak dengan merujuk kepada peguam mereka sekiranya menerima apa-apa surat atau notis daripada mana-mana pihak berkaitan dengan hartanah mereka. Misalnya notis yang meminta mereka keluar daripada hartanah mereka atau notis yang memaklumkan ada pihak lain mempunyai kepentingan terhadap hartanah tersebut.
Terdapat sesetengah pemilik yang buat acuh tak acuh apabila menerima sesuatu notis berkenaan hartanah mereka. Sehinggalah apabila tindakan perundangan telah diambil dan perintah mahkamah telah dikeluarkan terhadap mereka, barulah mereka panik dan berjumpa dengan peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya. Ketika itu mungkin tindakan perundangan sudah agak terlewat. Oleh yang demikian, tindakan segera pemilik hartanah mampu mengelakkan masalah tersebut daripada berlaku.
5. Sekiranya anda mendiami sesuatu hartanah yang mana anda bukanlah pemilik berdaftar yang sah, misalnya anda pemilik Lesen Pendudukan Sementara (TOL) tanah tersebut, atau anda mendiami sesuatu hartanah itu atas ehsan atau kebenaran (sama ada tersurat atau tersirat) daripada kerajaan negeri atau tuan tanah asal, pastikan anda tidak membuat sebarang binaan kekal di atasnya.
Ini bertujuan untuk mengelakkan anda mengalami kerugian yang besar sekiranya diminta mengosongkan tanah tersebut. Sebaik-baiknya, usahakanlah sebaik yang mungkin untuk membolehkan tanah itu menjadi milik anda secara sah mengikut prosedur perundangan.
6. Sebaik-baiknya eratkanlah hubungan kejiranan dengan pemilik-pemilik hartanah sekeliling anda. Ini bertujuan untuk membolehkan satu tindakan bersama dan seragam diambil sekiranya berlaku keadaan dimana hartanah di kawasan tersebut terpaksa di serahkan kepada pihak lain. Tindakan secara kolektif kebiasaannya boleh memberi kesan yang besar terhadap keputusan yang telah dibuat.
Kesimpulannya, dengan memahami hak-hak anda berkaitan hartanah anda dan memahami undang-undang serta amalan guaman hartanah yang sebenar, isu di atas mengkin dapat dielakkan atau setidak-tidaknya tidaklah memberi kesan kerugian yang besar kepada anda.
Penulis adalah Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

100 cawangan UMNO Johor bubar jika Muhyiddin dipecat


100 cawangan UMNO Johor bubar jika Muhyiddin dipecat
Tindakan itu dibuat sebagai protes terhadap ketidakadilan yang dilakukan
ke atas Muhyiddin yang semata-mata mahu menyelamatkan UMNO dan negara.

Hampir 100 cawangan UMNO di Johor akan dibuburkan sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO.

Menulis melalui entri terbaharu blognya, bekas Naib Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, perkara itu disahkan sendiri seorang pemimpin UMNO negeri itu.

“Terdengar ura-ura beliau (Muhyiddin) akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

“Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu.

“Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti,” tulisnya di Shahbudindotcom.

Dia berkata, pemimpin tersebut menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan dilakukan keatas Muhyiddin memandangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan UMNO.

Shahbudin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 9 September ini merupakan penentu masa depan politik Muhyiddin dalam UMNO.

“Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya,” katanya.

Pelajar Malaysia di luar negara seperti dalam ‘neraka’


Pelajar Malaysia di luar negara seperti dalam ‘neraka’
kerajaan Malaysia terlalu bangga dengan pembangunan modal
insan sedangkan pelajar di luar negara pun mereka tidak mampu membantu.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membidas kerajaan Malaysia yang ghairah mengembar-gemburkan negara ini seperti ‘syurga’ tetapi hakikatnya pelajar di luar negara berada seperti dalam ‘neraka.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyuarakan kemarahan itu ekoran kegagalan kerajaan membantu pelajar Malaysia yang kesempitan berikutan kejatuhan merudum nilai Ringgit.

Katanya, kerajaan Malaysia terlalu bangga dengan pembangunan modal insan sedangkan pelajar di luar negara pun mereka tidak mampu membantu.

“Rugi kepada negara dan bangsa, apa yang dikatakan pembangunan modal insan tapi budak-budak belajar tak mampu nak biayai.

“Seperti guruh di langit digembar-gemburkan Malaysia seperti ‘syurga’ tapi pelajar duduk dalam ‘neraka’,” katanya.

Ibrahim mendesak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjual hartanah bernilai RM63 juta di Australia bagi membiayai pelajar Melaysia yang tidak mendapat biasiswa dan pinjaman pelajaran di luar negara.

Katanya, beliau ‘kecewa’ apabila 40 pelajar Universiti di Mesir mengadu kepadanya berdepan masalah kewangan dalam meneruskan pelajaran ekoran tidak mendapat biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.

“Saya cadang MARA jual tanah di Melbourne Australia. MARA harus kumpul duit yang ada bantu pelajar yang tak ada pinjaman ni,” katanya.

Katanya, jika hartanah di Australia itu tidak mencukupi bagi membantu pelajar Malaysia di luar negara, Ibrahim mencadangkan MARA menjual aset mereka di negara lain.

Bersih 4: Malaysia kearah revolusi?


Bersih 4: Malaysia kearah revolusi?
Semangat Bersih 4 kali ini agak berbeza kerana suntikan semangat demonstrasi di Hong Kong semacam menguasai
kumpulan pro Bersih 4 ini. Namun apakah ini
petanda bahawa negara bakal menyaksikan revolusi politik dalam memaksa Perdana Menteri berundur?


Oleh Raziq Michael
Pelbagai analisis sudah dibuat tentang Bersih 4 ini. Ada yang berpendapat harus dan ada pula yang berpendapat bahawa Bersih 4 ini hanyalah sekadar satu gimik politik pembangkang dalam terus mengukuhkan cengkaman survival politik mereka di negara ini.
Namun persoalannya, siapa yang sebenarnya memberikan ‘nyawa’ kepada Bersih 4 ini untuk kembali bangkit dalam arena politik negara? Andaikata isu-isu berat seperti 1MDB mahupun isu dana politik ini diadili sewajarnya oleh Perdana Menteri serta pasukannya maka hari ini Bersih hanyalah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.
Dalam erti kata lain, Barisan Nasional yang sebenarnya membuka ruang kepada kumpulan ini untuk mengambil kesempatan dengan segala kekusutan politik saat ini.
Haruskah Kerajaan Tegas pada Bersih 4?
Benarkah Bersih 4 ini bakal membawa harapan baru kepada rakyat negara ini serta menjadi satu platform rakyat untuk sampaikan mesej meminta Perdana Menteri berundur. Atau Bersih 4 ini hanyalah sekadar satu hiburan hujung minggu semata-mata?
Realitinya, segala permasalahan hari ini dalam politik negara adalah berpunca daripada ketidakcekapan pemerintah dalam menafi serta melawan pelbagai persepsi dan spekulasi negatif yang melibatkan kredibiliti Perdana Menteri. Ini ditambah pula dengan serangan demi serangan oleh media antarabangsa yang gagal ditangkis oleh media tempatan pro pemerintah.
Maka ketika rakyat memerlukan satu platform untuk melepaskan kekecewaan terhadap ketidakupayaan pemerintah dalam berdepan isu-isu politik ini lalu muncullah Bersih 4 ini bak wira yang kononnya menggalas suara 30.9 juta rakyat Malaysia.
Adalah sia-sia andaikata kerajaan cuba untuk mengekang kumpulan ini daripada berhimpun kerana hakikatnya persepsi kononnya kerajaan bersifat autokratik dan menindas suara rakyat Malaysia daripada berhimpun secara aman akan dimainkan dan diviralkan dalam media sosial. Soalnya, jika Bersih 4 ini berhimpun sekalipun apa manfaat kepada negara?
Bersih, dimana Bersihnya?
Apa sebenarnya yang telah tercapai dan dicapai sejak penganjuran Bersih 1 hinggalah kepada Bersih 3? Harus diakui bahawa kesemuanya gagal sama sekali memberikan momentum kepada politik negara. Tiada sebarang pembaharuan dalam politik pemerintah. Apa lagi yang dapat diwar-warkan sebagai pencapaian terbaik kumpulan pro Bersih 4 ini selain daripada perhimpunan ini dijadikan medan ceramah oleh politikus pembangkang yang kemudiannya bertukar ganas dengan pergaduhan antara para peserta demonstrasi dan pihak berkuasa.
Malah, ada pandangan sinis pula menyimpulkan Bersih 4 ini lebih bertumpu kepada strategi menjual cenderamata seperti tshirt berbanding benar-benar gerakkan rakyat marhaen untuk melakukan revolusi menumbangkan kerajaan. Di Malaysia, sebelum berevolusi, harus menjual dan mempromosikan cenderamata Bersih terlebih dahulu serta keuntungan diutamakan berbanding objektif perhimpunan itu sendiri. Hakikatnya, Bersih secara langsung bukannya tentang revolusi rakyat marhaen tetapi menjadi medan memperalat kuasa membeli rakyat.
Apa Harapan Rakyat?
Apakah rakyat masih ada harapan di negara ini sedangkan kerajaan semacam lembap dalam mendengar suara rakyat sementara pembangkang pula berpura-pura mendengar suara rakyat sedangkan hakikatnya tidak sebegitu. Pembangkang perlukan kuasa. Bersih 4 perlukan sokongan rakyat. Maka hubungan Bersih 4 dan pembangkang ini umpama simbiosis. Atau dalam kata lain, ‘I jaga you, you jaga I.’
Terimalah kenyataan bahawa revolusi tidak mungkin sama sekali akan berlaku dinegara ini kerana walau apa jua terjadi sekalipun, selepas himpunan bersih 4 ini, rakyat marhaen harus kembali bekerja dan mengharungi rutin harian seperti biasa sementara kerajaan akan tetap berfungsi tanpa apa-apa perubahan dalam konteks kepimpinan. Dan yang paling penting, Barisan Nasional akan terus berkubu di Putrajaya.
Inilah realiti politik di Malaysia.
Raziq Michael adalah pembaca FMT
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dari pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

Pihak ketiga cemari institusi kehakiman negara ini


Pihak ketiga cemari institusi kehakiman negara ini
Minta pegawai kerajaan lapor kepada pembangkang
jika wujud salah guna kuasa dalam pentadbiran

Persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap agensi penguatkuasaan di negara ini tercalar selepas kewibawaan institusi kehakiman dibayangi campur tangan pihak ketiga.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, ia kelihatan ketara selepas wujudnya dakwaan pihak tertentu yang membantu menyembunyikan tiga saksi penting 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador baru-baru ini berhubung usaha menggunakan pelbagai cara bagi menghalang siasatan yang adil dan telus ke atas kes 1MDB mengubah persepsi rakyat terhadap kewibawaan agensi berkenaan.

“Khususnya penyaluran wang RM42 juta dari SRC International ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri.

“Dengan pendedahan mengejutkan ini, saya tertanya-tanya apa lagi keyakinan yang dapat diberikan kepada pihak berkuasa khususnya PDRM,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya pada Rabu.

Bagi mengekangnya, bekas Ketua Penerangan Pas Pusat itu menyeru kepada pegawai kanan kerajaan untuk tampil ke hadapan bersemuka secara terbuka atau sebaliknya untuk mendedahkan segala maklumat perbuatan jenayah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh sebilangan mereka di dalam kerajaan.

“Saya dan pimpinan-pimpinan parti-parti pembangkang negara ini bersedia mendengar dan juga menggunakan apa jua ruang yang ada untuk melindungi pegawai-pegawai terbabit.

“Tanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini dari kerosakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan kerajaan UMNO serta BN bukanlah menjadi tangungjawab parti-parti pembangkang sahaja,” tegasnya.

Tegasnya setelah berdepan dengan masalah ekonomi, apa yang berlaku jika tidak dihalang akan mempercepatkan lagi kehancuran negara.

Muhyiddin membuat serangan balas terhadap pengkritiknya


Muhyiddin membuat serangan balas terhadap pengkritiknya
Beliau bukan calang-calang kerana telah berjuang dalam UMNO lebih
40 tahun dan membina semula UMNO di Johor selepas parti itu diharamkan.

Tan Sri Muhyidin Yassin membuat serangan balas terhadap pemimpin UMNO yang menuduhnya sebagai pengkhianat dan mendesak beliau dipecat sebagai Timbalan Presiden parti.

Beliau mengingatkan kepada pemimpin UMNO yang berkenaan bahawanya dirinya bukan calang-calang kerana telah berjuang dalam UMNO lebih 40 tahun.

“Kepada mereka ini ingin saya ingatkan, sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun.

“Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum.

“Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan,” katanya menerusi kenyataan media.

Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, menjadi lumrah apabila seseorang tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan menjadi mangsa kecaman.

“Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita.

“Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan.

“Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti,” katanya.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, kecaman dan serangan itu sedikit pun tidak melunturkan semangatnya untuk menyelamatkan parti, rakyat dan negara.

Katanya, suasana politik dan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, beliau bimbang Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal.

“Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).

“Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai Ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka,” tegasnya.

Beliau juga bangga dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan pemimpin pergerakan di semua peringkat yang berani bersuara demi menyelamatkan negara.

“Tahniah kerana berani membuat kenyataan mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri.

“Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam,” katanya.

Muhyiddin juga berterima kasih kepada Khairy dan pemimpin Pemuda kerana menyokongnya untuk terus kekal sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh perwakilan dalam pemilihan parti.

“Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya,” katanya.

Ramai Melayu ‘bangsat’ di bawah pentadbiran UMNO – Ibrahim Ali


Ramai Melayu ‘bangsat’ di bawah pentadbiran UMNO – Ibrahim Ali
Perkataan `bangsat' tidak sesuai digunakan meskipun
Perdana Menteri mempunyai mesej tersendiri

Masih ramai lagi orang Melayu di negara ini yang `bangsat’ meskipun telah diperintah UMNO lebih 58 tahun lalu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, hakikat yang perlu diterima sepanjang tempoh berkenaan, jurang kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu yang semakin melebar di negara ini.

“Orang Melayu pada masa ini hanya layak untuk meminta rumah kos rendah, rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tidak mampu untuk membeli rumah-rumah mewah yang dibina oleh pemaju-pemaju swasta.

“Orang Melayu tak mampu nak beli rumah banglo yang dibina syarikat pemaju gergasi seperti Sime Darby dan IOI di Seri Kembangan, Taman Tun Dr Ismail dan Mont Kiara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa pada Rabu.

Ibrahim berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengejutkan banyak pihak apabila beliau berkata orang Melayu Islam akan ‘bangsat’ sekiranya UMNO tidak lagi memerintah negara.

Jelasnya, perkataan tersebut tidak sesuai dengan apa yang disampaikan Perdana Menteri sekalipun ia mempunyai mesej tersendiri.

“Perkataan tersebut adalah ‘uncalled for’ dan sekiranya Najib mengatakan bahawa kalau UMNO dan BN kalah keselamatan dan ekonomi negara terjejas adalah lebih tepat.

“Ia kerana UMNO sudah mempunyai pengalaman berkongsi kuasa dengan parti-parti lain sejak tahun 1957 dan parti pembangkang baru dua penggal bersama sudah berpecah,” ujarnya.

Ibrahim bersetuju dengan kenyataan veteran UMNO Tan Sri Sanusi Junid apabila menyifatkan bangsa Melayu tidak bangsat sebaliknya pemimpin yang menjadikan UMNO kalah adalah bangsat.

“Ya, saya memang selalu setuju dengan pandangan beliau ,”katanya.

Polis nafi beri keizinan kepada Bersih


Polis nafi beri keizinan kepada Bersih
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, penganjur diingatkan
tidak memutar belit kenyataan yang dikeluarkan polis sebelum ini.

Polis tidak pernah memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan haram yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Ia bagi menafikan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin sebagaimana yang dilaporkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa mengingatkan penganjur supaya tidak memutar belit kenyataan yang dikeluarkan polis sebelum ini.

“Dalam perjumpaan yang diadakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama pihak penganjur jam 10 pagi tadi, polis sudah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.

“Bermula 26 hingga 30 Ogos ini juga akan berlangsungnya persiapan bagi majlis sambutan Hari Kemerdekaan 2015,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan berkenaan menyalahi undang-undang kerana penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepertimana yang disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Tun M nasihat Najib berhenti perbodoh rakyat


Tun M nasihat Najib berhenti perbodoh rakyat
Sumbangan RM2.6 bilion terlalu besar untuk digunakan untuk pilihanraya
kecuali ia digunakan untuk merasuah pengundi untuk menyokong Najib.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan penyokongnya dinasihat supaya berhenti memperbodohkan rakyat berhubung isu dana berjumlah RM2.6 bilion.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui berkenaan sumbangan dana itu dan tidak percaya ia sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri yang akan digunakan untuk tujuan pilihan raya.

“Rakyat Malaysia tidak akan percaya calon dari kuasa tertinggi kerajaan dinamakan sebagai calon daripada negara lain.

“Apa yang akan menjadi tanggungjawab kepada penyokongnya. Adakah dia akan berkhidmat untuk rakyat Malaysia atau beberapa negara asing?,” soalnya menerusi entri terbarunya di blog chedet.cc.

Dr. Mahathir turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa tidak ada orang yang akan percaya sumbangan dana yang didermakan kepada Perdana Menteri itu atas apa jua sebab.

“Penjelasan bahawa ia diberi kerana pendirian Malaysia terhadap kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) adalah tidak masuk akal kerana IS hanya menunjukkan tanda sebagai pengganas pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

“Mengatakan ia adalah disebabkan kesederhanaan Malaysia dalam Islam adalah tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah melampau dalam amalan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut berpendapat sumbangan dana RM2.6 bilion itu adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di negara ini.

“Kecuali jika ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa seseorang mahu merasuah pengundi Malaysia supaya Najib dapat menang.

“Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi oleh orang asing,” ujarnya.

Muhyiddin jadi talian hayat UMNO


Muhyiddin jadi talian hayat UMNO
Jika benar seperti khabar angin beliau akan dipecat
9 September ini, ia diibarat menggali lubang sendiri

Sebarang tindakan penyingkiran Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti itu akan menyebabkan ia bertambah parah.

Jika benar seperti khabar angin beliau akan dipecat 9 September ini, ia diibarat menggali lubang sendiri.

“Orang cakap Muhyiddin akan dipecat 9 September ini, kalau benar ia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal ibarat gali lubang makin dalam,” kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Bagi menyelamat keadaan beliau melihat hanya pemilihan semula bekas Timbalan Perdana Menteri yang boleh menyelamatkan kelangsungan politik UMNO di negara ini.

Katanya, hanya dengan cara itu ia dapat mengukuhkan semula UMNO sekaligus membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang akan datang.

“Talian hayat UMNO pada PRU 14 ini duduk pada Muhyiddin, kalau bijak, Najib perlu mengembalikan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Muhyiddin.

” Malah… talian hayat UMNO kini begantung kepada sokongan orang Melayu, tapi kalau kasihan kepada Zahid, jawatan Timbalan Perdana Menterinya hanya kekal dua tahun sahaja,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PERKASA pada Rabu.

Penganjur Bersih 4.0 nafi akan masuk Dataran Merdeka


Penganjur Bersih 4.0 nafi akan masuk Dataran Merdeka
Penganjur enggan berganjak dan tetap dengan lokasi
yang ditetapkan iaitu di luar Dataran Merdeka.

Pihak penganjur Bersih 4.0 menjelaskan peserta bantahan itu tidak akan memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Jaminan itu diberikan Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah kepada pihak polis berhubung lokasi yang dipilih pihaknya.

“Mereka beranggapan kita akan memasuki dataran tetapi tidak.

“Bila dah diperjelaskan, kita mengadakan rundingan bersama polis mengenai bagaimana untuk menanganinya,” katanya di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Dalam laporan yang dipetik daripada Mstar Online, Maria turut memaklumkan pendiriannya mereka akan tetap berada di luar kawasan berkenaan.

“Rancangan kita akan berdasarkan tentang bagaimana polis merancang untuk menanganinya. Kita akan memaklumkannya dalam masa terdekat,” katanya yang dipetik daripada portal itu.

Aksi seksi Tasha Shilla hiasi muka depan Cosmopolitan


Aksi seksi Tasha Shilla hiasi muka depan Cosmopolitan
Pelakon itu menjelaskan apa yang dilakukan untuk menjadi diri sendiri.

Pelakon, Tasha Shilla meminta peminatnya tidak memberi komen negatif selepas dia dipilih menghiasi muka depan majalah Cosmopollitan, September ini.

Peringatan itu diberikan selepas dia tampil seksi dengan memakai coli yang dilitupi baju nipis.

“My cosmo sept issue is out now! Grab a copy! (Majalah Cosmo keluaran September sudah tersedia. Dapatkan sekarang),” katanya di laman Instagram.

Tulisnya lagi, gaya yang diaksikan itu untuk menjadi diri sendiri.

“Saya menjadi diri sendiri. Kalau anda tidak boleh menjadi positif, sekurang-kurangnya, berdiam diri,” tulisnya,

Bersih 4.0 akan menyebabkan RM merudum-Rahman Dahlan


Bersih 4.0 akan menyebabkan RM merudum-Rahman Dahlan
Statusnya mengenai keadaan ekonomi yang merosot dikatakan
bertentangan dengan kenyataan PM bahawa ekonomi negara masih kukuh.

PETALING JAYA, dalam beberapa siri Tweet di laman sosial Twitternya berkata, Perhimpunan Bersih 4.0 akan membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Lebih teruk bantahan yang diadakan akan memburukkan lagi matawang Ringgit kerana ia akan menyebabkan nilainya merudum.

Peringatan itu diberikan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan di laman Twitternya.

“Tetapi demo itu boleh menyebabkan nilai Ringgit turun lebih buruk!,” katanya.

Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran krisis global, beliau meminta penganjur menangguhkan buat sementara bantahan yang dirancang hujung minggu ini.

“”# Bersih4 harus bijak. Ini adalah masa untuk bawa bertenang dalam menghadapi krisis ekonomi global. Walaupun ia hanya untuk beberapa minggu,” katanya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Tidak dinafikan, kerajaan bersedia menghadapi penganjuran bantahan #Bersih4, kerana apa yang penting ialah untuk mengekalkan ketenangan dan kedalamaian dalam setiap suasana itu.”

Pengikut Twitter Rahman bagaimanapun mempersoal kenyataannya.

“Beberapa hari yang lalu PM berkata ekonomi masih kukuh. Mengapa baru sekarang dikatakan dalam masalah? Hilang berbilion kepada siapa?” soal TengTJ.

Bersih terima dana Yahudi, apa pandangan mufti?


Bersih terima dana Yahudi, apa pandangan mufti?
Maria Chin beragama Islam dikatakan mengaku menerima
dana daripada Yahudi untuk menganjurkan Bersih 4.0

Mufti di negara ini diminta supaya menyuarakan pandangan terhadap penganjur Bersih 4.0 yang didakwa menerima dana daripada pertubuhan Yahudi.

Pengerusi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, langkah itu perlu diambil kerana Maria yang beragama Islam mengaku menerima dana tersebut untuk penganjuran perhimpunan itu.

“Maria Chin sendiri mengaku dia terima duit daripada NDI-NOCI. Dia mengaku dia terima duit daripada Yahudi.

“Mufti-mufti di seluruh Malaysia, apa fatwa ustaz, alim ulama mengenai seorang Islam menjadi penganjur dan mempengerusikan Bersih ini yang jelas bertentangan dengan Islam, agama Hindu pun tentang, Kristian pun tentang.

“Ketiga-tiga agama ini melarang dan tidak sokong demonstrasi jalanan. Maria Chin ini agama apa dan pesertanya agama apa?,” katanya pada sidang media di pejabatnya pada Rabu.

Ramesh berkata, pihaknya juga kecewa dengan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai himpunan Bersih.

Katanya, amaran seperti itu sering kali diberikan oleh pihak berkuasa berkenaan, namun, Bersih masih juga diadakan.

“Sehingga ke hari ini saya tidak nampak tindakan tegas yang diambil. Tak nampak juga. Amat boringlah.

“Sebab setiap kali Bersih, setiap kali himpunan.. kami (Polis) mengatakan akan ambil tindakan tegas, masuk lokap kalah juga,” katanya.

Dalam pada itu, Ramesh berkata, seramai 300 orang anggota persatuannya akan turun pada perhimpunan tersebut untuk sama-sama memantau pergerakan peserta yang pastinya akan bertindak agresif.

Pemimpin kerajaan negeri Kelantan abai amanat Nik Aziz


Pemimpin kerajaan negeri Kelantan abai amanat Nik Aziz
Husam mendakwa kepimpinan yang ada gagal menepati
garis panduan yang ditinggalkan bekas Menteri Besar

Kepimpinan Pas Pusat diminta membuat semakan terhadap kemewahan pemimpin kerajaan negeri Kelantan.

Desakan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa di laman Facebooknya.

Dalam kenyataannya beliau mendakwa kepimpinan yang ada gagal menepati garis panduan yang ditinggalkan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, kekerapan lawatan ke luar negara antara kemewahan yang ditunjukkan.

“Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz) dari segi kemewahan hidup para pemimpin, kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap, pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender,” katanya dalam perutusan Majlis Penerangan Dan Dialog Isu-Isu Semasa PAS Kubang Kerian.

Katanya apa yang berlaku telah menyebabkan ia menjadi buah mulut rakyat mengenai cara menguruskan negeri itu.

Pemimpin yang sebabkan UMNO kalah ‘bangsat’-Sanusi Junid


Pemimpin yang sebabkan UMNO kalah ‘bangsat’-Sanusi Junid
Bangsa Melayu diancam akan bangsat jika UMNO
kalah tetapi yang sebenarnya bangsat adalah pemimpinnya

Pemimpin yang menyebabkan UMNO kalah pada pilihan raya umum akan datang dan gagal memenangi dua pertiga kerusi adalah bangsat.

Kenyataan pedas itu dibuat bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Sanusi Junid.

“Sekarang ini, bangsa Melayu diancam bangsat jika UMNO kalah. Jadi, orang yang menyebabkan UMNO kalah itu adalah punca yang harus dicari kepada penyebabnya bangsat.

“Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat, tetapi pemimpin yang menyebabkan UMNO kalah itu adalah pemimpin yang bangsat,” katanya ketika ditemu ramah blogger Din Turtle dan kemudian di muat naik di Youtube.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kedah itu turut menyelar perkataan kasar yang digunakan oleh pemimpin UMNO kebelakangan ini.

“Kita lihat ada dua perkataan dalam bahasa Malaysia yang timbul dalam polemik ini.

“Pertamanya Perwakilan Wanita UMNO Langkawi, guna perkataan kencing sekarang kita dengar perkataan bangsat yang digunakan sendiri oleh pemimpin UMNO sendiri,” katanya

Penyokong Najib patut malu dengan Orang Asli


Penyokong Najib patut malu dengan Orang Asli
Orang Asli dapat membezakan kesahihan derma RM2.6 bilion
walaupun tidak berpendidikan tinggi seperti penyokong Najib

Penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepatutnya malu dengan Orang Asli yang turut mempersoal wang RM2.6 billion, yang di masukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Menulis melalui entri terbaharu blognya, bekas Naib Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Orang Asli sudah tahu membuat penilaian dan membangkitkan keraguan itu.

Katanya, penyokong Najib sepatutnya malu dengan tindakan mereka yang mempertahankan kononnya kemasukan wang itu adalah telus.

“Malu wehh…Orang Asli pun dah cerdik dan boleh memikir antara betul dengan salah.

“Walaupun berita yang disiarkan di Free Malaysia Today itu hanya kecil dan mungkin tidak disedari oleh banyak pihak, ia sebenarnya memberi nilai yang bermakna kepada kita semua.

“Penyokong Najib yang sekolah tinggi-tinggi tak rasa malu ke?. Kebenaran tetap kebenaran, Orang Asli pun nampaknya dah tahu menilainya,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan