Cari Artikel

Wednesday, August 12, 2015

SEDARLAH BANGSAKU MELAYU..


SEDARLAH BANGSAKU MELAYU..

SEDARLAH BANGSAKU MELAYU..


Melayu perlu berhati-hati dan mengambil iktibar daripada KESAN BOLA SALJI (SNOWBALL EFFECT) Kaum Cina ke atas ekonomi Malaysia.

Menjelang tahun 2030, kira-kira 95% daripada semua premis komersial dan perniagaan di bandar-bandar utama akan dimiliki oleh orang Cina! Kira-kira 70% daripada rumah-rumah kediaman akan dimiliki oleh mereka. Ini adalah akibat daripada KESAN BOLA SALJI.

Kaum Cina sudah mempunyai asas ekonomi yang kukuh, jadi secara lojiknya mereka akan mempunyai lebih banyak dana untuk membuat lebih banyak pembelian pada masa akan datang. "Bola salji" tersebut akan terus membesar.

Graduan Cina akan mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor swasta manakala orang Melayu akan terus bergantung kepada Kerajaan untuk peluang pekerjaan dan kontrak.

Apa yang akan berlaku apabila lebih banyak negeri jatuh ke tangan DAP? Orang melayu perlu bangun dan sedarlah akan kemungkinan ini. Bolehkah DAP dipercayai?

Lihat sahaja Singapura dibawah PAP! Orang Melayu perlu mengambil iktibar dari Singapura.


  • Adakah kita bersedia untuk itu?
  • Apa yang patut kita buat?
  • Adakah pemimpin-pemimpin kita tidak melihat gambaran yang lebih besar dalam perspektif ini?
  • Adakah mereka lebih berminat untuk meningkatkan taraf hidup mereka sendiri?


Orang2 Melayu, terutama pemimpin-pemimpin, SEDAR DAN BANGUN! Orang Melayu lebih baik mengambil iktibar daripada tindakan mereka sekarang, yang akan menentukan nasib generasi akan datang.

Saudara-saudara, penulisan saya ini adalah untuk menjawab persoalan bagaimanakah hampir 100% kedai dan premis perniagaan di semua bandar utama di Malaysia dimiliki oleh orang2 Cina.

Kaum Cina mampu memiliki rumah-rumah teres dua tingkat yang mahal di bandar-bandar utama sedangkan graduan Melayu hanya berputih mata.

Orang Melayu terlalu taksub dengan politik sehingga terlupa bahawa menjelang tahun 2050, gaya hidup mereka perlu bergantung dan dipengaruhi oleh kaum Cina walaupun di tanah air sendiri.

Sesuatu MESTI DILAKUKAN SEKARANG. Sekurang-kurangnya meletakkan beberapa sekatan dan imbangan bagi membolehkan orang Melayu untuk membuka dan menjalankan perniagaan mereka dalam persekitaran yang adil.

Terdapat beberapa kontraktor Melayu tidak dapat meneruskan perniagaan mereka kerana ditindas oleh pembekal2 Cina supaya membayar TUNAI bagi bahan-bahan mentah, seperti batu-bata, pasir dan simen.

Bagi kontraktor yang berkemampuan pula, mereka perlu menunggu stok bahan mentah sehingga dua minggu sementara keutamaan pembekal adalah kepada kontraktor2 Cina.

Saya menjangkakan keadaan ini semakin teruk dalam sektor-sektor lain, termasuk perkhidmatan automotif dan juga pembuatan makanan menjelang tahun 2025, kerana hampir semua pengedar dan perniagaan utama, termasuk bekalan ayam dan ikan, adalah terdiri daripada kaum Cina.

Orang Melayu masih leka mengejar jawatan dan kontrak jangka pendek sehingga terlepas pandang akan landskap masa depan yang meruncing ini.

Adalah sangat PENTING untuk Kerajaan dan GLC merangka pelan tindakan strategik yang komprehensif bagi menangani isu ini.

Melayu perlu sedar bahawa kuasa politik tidak akan berguna jika tidak mampu mengawal halatuju ekonomi. Salah satu langkah yang boleh diambil adalah menubuhkan koperasi profesional Melayu untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan Melayu.

Orang Melayu perlu bangun! Jika tidak, sesungguhnya mimpi ngeri yang amat ditakuti akan menjadi KENYATAAN!

Sekilas Fakta, Selasa, 11 Ogos - RM melebihi 4.0 berbanding dolar






Antara paparan Sekilas Fakta, Selasa 11 Ogos - Ringgit terus hampiri RM4 sedolar, Umno Semporna pilih Muhyiddin ganti Najib, TMJ puji Khaled, selar 'lalang ditiup angin'

Selagi tak jumpa MH370, rakyat China tak mahu ke M'si






Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengakui bahawa selagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak dijumpai, ia akan membawa masalah kepada negara untuk menyakinkan rakyat China supaya melancong ke negara ini.



Justeru, katanya, layanan khas seperti tidak perlu mendapatkan visa terpaksa diberikan bagi menarik mereka.

'SPRM bebas tetapi bukan mengatasi undang-undang'






Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mengakui bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah badan yang bebas tetapi bukan bermakna ia boleh melakukan sesuatu mengatasi undang-undang.



Katanya, apabila melakukan siasatan , SPRM tidak boleh menggunakan maklumat atau mendedahkannya kerana tindakan itu melanggar undang-undang.

Sumbangan kepada parti bukan rasuah, kata menteri






Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata sembangan atau derma kepada parti-parti politik adalah sesuatu yang biasa dilakukan dan bukannya rasuah.



Mengulas derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya tidak ada parti politik yang tidak menerima sumbangan ataupun derma.

Half of Shah Alam PAS Youth committee quits






Half of the Shah Alam PAS division’s 2015-16 Youth wing committee members resigned from their positions today, claiming 'a lack of cooperation' and differences in the working methods with the new conservative-majority central and state Youth leaderships.



Among them are the division’s Youth chief Helmi Radzuan, his deputy Zainal Said, vice-chairperson Abbas Salimmi Adzmi and 10 other leaders of branches under the PAS Shah Alam division.

Ringgit terus menjunam: AS$1 = RM3.9725






Nilai ringgit terus menghampiri RM4 untuk AS$1.



Setakat 2.30 petang, laman kewangan Bloomberg menunjukkan matawang negara diniagakan pada RM3.9725 untuk setiap dolar Amerika Syarikat (AS).

TMJ puji Khaled, selar 'lalang ditiup angin'






Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tampil menyelar tindakan pemimpin yang dilihat seperti "lalang ditiup angin".



Menulis di Facebopok, titah baginda, sesetengah orang yang pada mulanya hanya memuji melambung tinggi sesetengah pemimpin, tetapi apabila melihat rakyat tidak berpuas hati, berubah pula pendirian bagai lalang ditiup angin.



Tunku Ismail bagaimanapun memuji tindakan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilihat ikhlas menegakkan kebenaran demi masa depan Johor.

K'jaan pertimbang 'FactCheck' bagi tangkis tomahan






Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk melancarkan laman 'FactCheck' bagi menangkis fitnah dan tomahan media sosial bagi pihak kerajaan.



Katanya, laman seumpama itu sudah dilaksanakan di beberapa negara luar.

Urusan tukar PM juga urusan Sabah, S'wak kata menteri






Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jika rakyat mahu menyingkir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, mereka perlu mengambil kira Sabah dan Sarawak kerana mereka adalah tulang belakang BN.



Katanya, rakyat di semenanjung perlu bertanyakan kepada rakyat Sabah dan Sarawak sama ada boleh atau tidak untuk menukar perdana menteri.

Najib 'game over' jika dana RM2.6 billion wang rasuah






Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jika wang RM2.6 billion adalah rasuah maka ia adalah 'game over' (pengakhiran) buat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.



Namun, katanya, BN yakin wang berkenaan adalah derma dan bukannya wang rasuah.

TPM: K'jaan ambil pekerja asing kerana sikap rakyat






Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemasukkan pekerja asing daripada luar negara bekerja dalam sektor ‘3D’ – ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty kerana tabiat rakyat Malaysia yang tidak berminat untuk dalam bidang berkenaan.



Menurut Zahid, kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing oleh kerana ekonomi, industri, pelaburan dan perniagaan harus berjalan walaupun menyedari risiko besar yang bakal dihadapi dengan tindakkan seperti itu.

24 maut suhu panas melampau di Mesir






Angka korban akibat cuaca panas melampau di Kaherah dan beberapa tempat lain di Mesir setakat ini mengorbankan 24 orang dan 66 orang yang lain terpaksa di kejarkan ke hospital.



Suhu di negera tersebut mencecah 47 darjah celcius dan semua mangsa yang meninggal dunia dipercayai mengalami kekejangan haba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan