Cari Artikel

Tuesday, August 11, 2015

100 maut banjir besar di Myanmar






Korban banjir besar di Myanmar meningkat kepada 100 orang setakat ini dan menjejaskan sekurang-kurangnya sejuta penduduk di negera tersebut.



Media tempatan Myanmar Akhbar Global New Light Of Myanmar melaporkan lebih 486000 hektar sawah padi ditenggelami air dengan 173720 lebih hektar musnah teruk.

Alhamdulillah Mahathir faham perasaan rakyat, kata Kak Wan






Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa demonstrasi jalanan boleh dilakukan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak walaupun ianya sebagai ikhtiar terakhir.



Katanya lagi Alhamdulillah, ini bermakna Mahathir memahami perasaan rakyat dan tahu apa yang mereka mahukan.

Kak Wan pada isteri Muhyiddin: Nasib kita serupa tapi berbeza






Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa simpati kepada isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dengan nasib beliau selepas pemecatan suaminya.



Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau lebih dikenali dengan Kak Wan mengatakan beliau mengenali Puan Sri Norainee Abdul Rahman ketika bersama di dalam Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) berkata nasib Norainee lebih baik daripadanya kerana suami beliau tidak ditahan oleh pihak berkuasa selepas pemecatan suaminya daripada kerajaan.

Menteri mahu sidang khas lantik bos baru PAC






Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa sidang khas Parlimen diadakan bagi melantik pengerusi baru Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan segera.



Menurut Khairy, ini kerana jawatankuasa itu sedang menjalankan siasatan 1MDB yang menjadi isu besar kepada negara kini.

KJ: Alhamdulillah, arahan pindah batal






Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyambut baik pembatalan arahan pindah dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi.



Khairy yang juga menteri belia dan sukan itu berkata pembatalan tersebut tepat bagi meredakan situasi sekarang.

Sekilas Fakta, Isnin 10 Ogos - Mahathir: Derma Arab RM2.6 bilion 'bulls**t'






Antara paparan Sekilas Fakta, Isnin 10 Ogos - Kerajaan batal pindah 2 Pegawai SPRM. Menteri bersyukur arahan pindah dibatalkan. Derma Arab RM2.6 bilion? Mengarut! kata Dr Mahathir. Dr Mahathir kata demokrasi sudah mati. Poskad besar, 3 kek hadiah hari jadi untuk Anwar.

Pekerja kedai telefon Low Yat mengaku bersalah






Hampir sebulan selepas pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, tiga orang pekerja kedai telefon didakwa atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan.



Low Leong Seng, Eric Chan Weng and Soo Weng Hing, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.


Poskad besar, 3 kek hadiah hari jadi Anwar ke 68






Sempena hari kelahiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, seramai 50 orang yang terdiri dari keluarga, penyokong serta wakil parti itu berkumpul diluar perkarangan Penjara Sungai Buloh hari ini.



Lebih kurang pukul 12.20 tengah hari tadi, pondok keselamatan penjara mula dipenuhi dengan barisan kepimpinan, yang kelihatan adalah Presiden parti yang juga isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, anaknya yang juga Naib Presiden Nurul Izzah dan kesemua anak perempuannya yang lain. Selain Tian Chua. Selaku Naib Presiden, Setiausaha Agung Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu Zuraida Kamaruddin turut kelihatan.

Arahan pindah 2 pegawai SPRM dibatalkan






Setelah bantahan keras daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perpindahan dua pegawai kanannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat lalu, dibatalkan hari ini.



Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini.

Mahathir: Derma Arab RM2.6 bilion 'bullshit'






Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.



Menulis di blog katanya Siapa dalam dunia ini akan dermakan AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

Tun M: Demokrasi sudah mati






Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan bahawa demokrasi negara ini ttelah mati di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak



Menulis di blog hari ini, katanya, Najib sedang merosakkan institusi kerajaan dengan menjadikan mereka sebagai alat bagi mengekalkan kuasanya..

'RM2.6b untuk p'raya? Tak masuk akal'






Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, perbelanjaan 2.6 bilion Ringgit Malaysia untuk pilihanraya di negara ini oleh mana-mana parti tidak masuk akal.



Beliau menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

Pencarian rangka pesawat MH370 diteruskan






Misi mencari lebihan serpihan rangka pesawat Malaysia Airlines MH370 diteruskan hari ini di perairan sekitar Pulau Reunion, lautan Hindi selepas ia ditangguhkan sejak Jumaat lalu ekoran cuaca buruk.



Operasi pencarian ini melibatkan pesawat pengangkut kecil tentera dan tiga buah helikopter serta tiga buah bot. Kawasan pencarian seluas 5300 kilometer persegi di sekitar pulau dan pantai timur serta di kawasan berhampiran pulau Mauritius.

10 maut serangan di Mali






Sepuluh orang maut dalam serangan bersenjata di sebuah perkampungan di utara Mali.



Sehari sebelum serangan sama di sebuah hotel di ibu negera itu. Kumpulan militan baru yang dikaitkan dengan al Qaeda dikatakan muncul bagi menentang misi pengaman PBB dan tentera Mali.

Anwar di sebalik tirai besi, keluarga ucapkan selamat hari lahir ke-68






Tiada kek ataupun nyanyian selamat hari jadi atau doa khas buat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merengkuk di penjara Sungai Buluh pada hari kelahiran ke-68 pada 10 Ogos.



Sebaliknya, mereka mengucapkan selamat hari lahir melalui video khas ini.

GHB tekankan Islam ramah






Gerakan Harapan Baharu (GHB) menekankan agama Islam sama seperti parti PAS tetapi bezanya adalah GHB lebih menitik beratkan Islam yang ramah dan bukannya Islam marah-marah.



Pengerusi Jawatankuasa Interim Gerakan Harapan Baharu (GHB) Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata GHB mengaluk-alukan penyertaan daripada orang bukan Islam dan lebih bersifat demokrasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan