Cari Artikel

Saturday, August 8, 2015

Saifuddin: Putrajaya tunjuk kuasa lebih-lebihan ga




CEO Gerakan Global Kesederhanaan Datuk Saifuddin Abdullah percaya tindakan penggantungan lesen penerbitan The Edge sebagai suatu cara Putrajaya menunjukkan kuasanya secara lebih-lebihan.

Katanya, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana tugas wartawan adalah melaporkan berita dengan prinsip kebenarkan dan keadilan untuk rakyat mendapatkan maklumat sebanyak mungkin.

Wakil Pagoh: Pemimpin kuburkan Umno demi k




Timbalan Ketua Umno Pagoh, Johor Ismail Mohamed hari ini meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin Umno hari ini.

Katanya, mereka sanggup kuburkan Umno dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana kepentingan diri.

Muhyiddin: Mereka dikelilingi 'yes man' tak akan undur




Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya apabila seseorang pemimpin dikelilingi dengan penyokong yang sentiasa mengampu dan tidak berani mentakan kebenaran adalah punca pemimpin berkenaan rasa bangga diri walaupun melakukan kesalahan.

Tanpa menamakan pemimpin itu tetapi jelas merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tetpalit dengan skandal 1MDB, katanya pemimpin tersebut akan berhujah tiada sebab untuk berundur kerana mendapat sokongan ramai dengan ribuan yang datang ke majlisnya.

Eksklusif: Lagi pegawai kanan SPRM diarah pindah




Seorang lagi pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu.

Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik badan antirasuah itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Eksklusif: Bos operasi khas SPRM dipindah ke JPM serta-merta




Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi yang menyiasat skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kumpulan mahasiswa desak Najib disiasat




Sekumpulan mahasiswa yang dikenali sebagai “Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara” hari ini tampil menyerah memorandum ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat wang 'derma' yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Merujuk Akta SPRM 2009, Presidennya, Lukman Nulhakim berkata, pemberian derma tersebut merupakan satu bentuk suapan atau rasuah.


Sekilas Fakta, Jumaat 7 Ogos - Muhyiddin: Saya bukan 'yes man'




Antara paparan Sekilas Fakta, Jumaat 7 Ogos - Muhyiddin: Saya bukan 'yes man', Zahid Hamidi tiada tindakan lanjut pada pegawai SPRM dan Kesihatan Anwar merosot, PKR cabar Zahid tunjuk perikemanusiaan.

Bekas TPM: Polis jangan campur tangan dalam SPRM




Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak polis supaya tidak campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas SRC International.

Katanya, polis sepatutnya bertindak dengan berhemah sekiranya mahu menyiasat mengenai dakwaan kebocoran maklumat SPRM.

Beliau mencadangkan agar satu perbincangan antara Polis dan SPRM supaya penyiasatan boleh dilakukan lebih berkesan.

'Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia cubaan mendiamkan rakyat'




Cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia1998 yang bakal diusulkan dalam sidang Parlimen bulan Oktober nanti disifatkan sebagai cubaan kerajaan untuk mendiamkan rakyat yang sedang marah terhadap skandal 1MDB, kata Penagarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membenarkan campurtangan kerajaan dalam memantau industri komunikasi dan multimedia negara ini.

Muhyiddin: Najib enggan dedah identiti penderma




Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.

NGO gesa Switzerland henti biaya sekutu Sarawak Report




NGO mesra Barisan Nasional, Pertubuhan Minda dan Sosial Perihatin (PMSP) hari ini menghantar memorandum kepada kedutaan Switzerland supaya kerajaan negara itu menghentikan tajaan dana kepada Bruno Manser Fund (BMF) yang didakwa mencampuri hal politik negara ini.

Presidennya, Ramesh Rao Krishnan Naidu menggesa BMF yang juga didakwa bekerjasa dengan Sarawak Report supaya menjalankan aktiviti asal mereka berkenaan alam sekitar seperti yang terkandung dalam visi dan misi NGO itu.

Muhyiddin: Saya bukan 'yes man'




Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau bukanlah seorang pak turut dan beliau juga tidak akan berundur daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Dalam ucapannya hari ini, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau juga telah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak memegang jawatan dalam lembaga 1MDB.

Menteri lama gagal, PKR gesa isu kad prabayar di selesaikan




Parti Keadilan Rakyat, (PKR) meminta supaya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak bersama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani menyelesaikan isu pengenaan GST terhadap kad prabayar.

Pengarah Biro Strategi PKR, Sim Tze Tzin hari ini mengumumkan pelancaran logo kempen bantah GST sebagai desakan kepada kerajaan.

AMK lapor SPRM isu derma RM 2.6 bilion




Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma sebanyak RM 2.6 bilion ke akaun perseorangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Timbalan ketuanya, Amiruddin Shaari berkata badan pencegahan rasuah itu harus diberikan ruang secukupnya untuk menyiasat dengan seadil mungkin.

PKR ikrar bantah sebarang usaha sekat kebebasan media




Parti Keadilan Rakyat, (PKR) memberi amaran kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) supaya menarik balik cadangan sekatan penggunaan media sosial Facebook di Malaysia.

Pengarah Biro Strategi PKR, Sim Tze Tzin, memberi amaran kepada pihak kerajaan untuk menghantar petisyen kepada semua syarikat Fortune 500 untuk menerangkan tindakan kerajaan menyekat kebebasan media.

Pemuda PAS minta semua menyokong SPRM




PAS akhirnya mengikut langkah DAP, PKR dan NGO pembangkang muncul memberi sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyerahkan memorandum sokongan kepada badan itu hari ini.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata semua pihak harus menghormati proses siasatan yang sedang berlangsung tanpa perlu memberi tekanan kepada mereka.

DAP: Pakatan baru bakal muncul tidak lama lagi




Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi gambaran bahawa satu gabungan baru parti pembangkang akan diwujudkan selepas Gerakan Harapan Baru didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik.

Dalam satu kenyataan media Lim berkata apabila satu parti politik baru muncul daripada Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam masa beberapa minggu, satu Pakatan Rakyat baru – sama ada Pakatan Baru, Pakatan 2.0 atau apa juga nama – akan sedia untuk membawa obor bagi Malaysia Baru.

PERKASA: Siapa tangan ghaib ganggu SPRM?




Pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA tampil mempersoalkan sekiranya terdapat pihak tertentu mengganggu siasatan ke atas SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri.

Setiausaha biro pemantauan dan integriti PERKASA, Azrul Akmal Saharudin berkata individu yang bertindak seperti itu perlu didedahkan dan dikenakan tindakan kerana dianggap sebagai musuh negara jika benar terlibat dengan perbuatan itu.

Siasatan selesai, Justo dijangka didakwa




Bekas eksekutif Petrosaudi Internasional, Xavier Andre Justo bakal didakwa setelah pihak berkuasa thailand selesai menjalankan siasatan terhadapnya berhubung pertuduhan pemerasan.

Menurut pegawai polis Thailand, justo hanya menghadapi satu tuduhan memeras ugut bekas majikannya di Thailand, manakal kesalahan tersebut lebih berat daripada ugutan di negara itu.

13 maut bom meletup dalam masjid




Sebuah masjid yang biasa dikunjungi oleh polis Arab Saudi meletup dipercayai berpunca daripada pengebom berani mati menyebabkan sekurang-kurangnya 13 maut di Bandar Abha.

Letupan berlaku ketika jemaah sedang beribadat dan turut mengorbankan sepuluh anggota polis serta kakitangan masjid.

7 maut bom kereta meletup di Kabul




7 orang terkorban dan ratusan lain cedera apabila bom kereta meletup awal pagi tadi di Shah Shaheed,timur Kabul.

Sebuah kereta meletup di tengah kawasan kediaman yang padat dengan penduduk turut memusnahkan beberapa rumah dalam kawasan berkenaan.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan ini.

Sekilas Fakta, Khamis 6 Ogos - Rakyat berdiri teguh di belakang SPRM




Antara paparan Sekilas Fakta, Khamis 6 Ogos - Rakyat berdiri teguh di belakang SPRM, Polis siasat SPRM atas arahan dalang? Timbalan IGP enggan ulas dan Serpihan pesawat sah milik MH370.

Mahkamah UK tentukan ekstradisi editor S'wak Report




Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata terpulang kepada mahkamah di United Kingdom bagi menentukan sama ada pengarang atau editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown boleh diekstradisi.

Katanya, untuk mengektradisi Brown perlu melalui beberapa proses perundangan di negara itu terlebih dahulu dan Jabatan Peguam Negara perlu membentangkan fakta yang kukuh di mahkamah di United Kingdom.

Polis nafi ganggu siasatan SPRM mengenai 1MDB




Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan tindakan pihaknya menyiasat beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan menggangu siasatan berhubung skandal 1MDB.

Sebaliknya, kata beliau polis menghormati bidang kuasa SPRM dalam menagani rasuah dan siasatan tersebut adalah kerana kes kebocoran maklumat dan dokumen sulit kerajaan.

'Penjawat awam tak boleh bocor dokumen sulit kerajaan'




Mengulas soalan bahawa tindakan polis menyiasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjejaskan keyakinan orang ramai, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata semua penjawat awam tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Katanya, sekiranya, dokumen sulit kerajaan dibocorkan, pihak polis mempunyai hak untuk membuat siasatan dan tangkapan.

Polis: Siasat pegawai SPRM bidang kuasa kami




Siasatan polis ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kebocoran dokumen sulit kerajaan adalah di bawah bidang kuasa polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab dengan jelas berhubung dakwaan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin bahawa polis bertindak atas arahan “dalang-dalang”.

Nur Jazlan enggan ulas lagi siasatan PAC




Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed enggan menjawab sebarang soalan mengenai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan alasan bahawa beliau kini merupakan anggota eksekutif.

Dalam satu sidang media hari ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beliau enggan mengulas soalan berkaitan penangguhan mesyuarat PAC yang dilontarkan oleh wartawan.

Najib mahu transformasi Felda jadi kuasa politik




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ucapannya semasa mesyuarat agung tahunan Felda Global Ventures (FGV) berkata matlamat induk kerajaan adalah untuk mentransformasikan Felda sebagai kuasa politik dan ekonomi.

Katanya, dengan sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 kerusi DUN di seluruh negara bergantung kepada undi masyarakat Felda, maka sekiranya mereka penyokong tegar BN, kerajaan akan selamat.

PM: Untung besar jika beli syarikat ladang Indonesia




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta pemilik saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) supaya tidak terpengaruh dengan hasutan penentang cadangan pembelian saham syarikat Indonesia PT Eagle High Plantation.

Menurut Najib, pemilik saham FGV perlu bersikap waras dan rasional dalam menentukan keputusan berhubung pembelian saham berkenaan bagi memastikan peluang keemasan itu tidak terlepas.

Pembangkang kunjungi SPRM tanda solidariti




Pemimpin utama pembakang hari ini berkunjung ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sokongan terhadap agensi itu yang menerima tekanan kerana menyiasat SRC International Sdn Bhd.

RM42 juta daripada RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dikatakan adalah dari SRC International.

Pegawai SPRM sejak beberapa hai lalu disoal-siasat oleh polis manakala rumah dan pejabat mereka pula diserbu dan digelidah.

Warga maya sokong SPRM siasat Najib




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima sokongan mencurah-curah di alam maya meskipun menerima tekanan apabila pihak polis menyiasat dan menangkap anggotanya.

Di Twitter, hashtag #sokongsprm semalam menjadi antara yang paling hangat dibincangkan sebelum diambil alih oleh #MH370 awal pagi tadi.

MH370: Menteri minta media hormati privasi keluarga




Susulan pengumuman pakar yang mengesahkan bahawa sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menggesa anggota media supaya menghormati privasi anggota keluarga penumpang dan anak kapal.

Sebagai pemangku Menteri Pengangkutan pada masa kejadian dan peringkat awal usaha mencari, katanya, penemuan sayap itu mengembalikan kepedihan yang dialami tahun lalu dan berita berkenaan pasti sesuatu yang sukar diterima oleh ahli keluarga.

PKR: Siasatan tak telus ke atas Zeti akan jejaskan ringgit




Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR mahu pihak polis memastikan ketelusan jika mereka memutusakan untuk menyiasat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Pengerusi Biro, Wong Chen berkata Zeti adalah tokoh yang dihormati di kalangan masyarakat kewangan antarabangsa dan sebarang tindakan ke atasnya yang bermotifkan politik akan menjejaskan nilai ringgit yang kini terus lesu.

Helikopter terhempas, 16 polis terbunuh di Colombia




Seramai 16 anggota polis terbunuh apabila helikopter dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan terpencil di Antioquia, barat daya Colombia.

Ketika kejadian, seramai 18 anggota polis berada di helikopter jenis Blackhawk terbabit dalam operasi memburu kumpulan pengedar dadah yang terbesar di Colombia.

Korban kereta api tergelincir India meningkat 29 orang




Angka korban, insiden dua buah kereta api penumpang tergelincir akibat banjir di tengah India, malam Selasa lalu meningkat kepada 29 orang.

Kereta api Ekspres Kamayani dalam perjalanan ke Mumbai itu tergelincir ketika berhampiran bandar Harda di Madhya Pradesh, manakala Ekspres Janata tergelincir tidak lama kemudian ketika dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Lakaran sepihan MH370 hanyut ke Pulau Reunion




Pakar Australia melakarkan semula bagaimana pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi dan dibawa arus hingga ke Pulau Reunion iaitu kira-kira dalam jarak 4,000 kilometer.

Waris mangsa MH370 masih menaruh harapan




Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan penemuan serpihan sayap kapal terbang di Pulau Reunion minggu lalu adalah milik pesawat penerbangan MH370, namun bagi ahli keluarga selagi jasad mereka belum dijumpai, ada yang masih menaruh harapan.

Serpihan pesawat sah milik MH370, kata PM




Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 terjawab selepasa penemuan serpihan sayap kapal terbang berukuran dua meter di Pulau Reunion minggu lalu disahkan milik pesawat penerbangan MH370.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengesahkan penemuan itu berkata, bukti fizikal tersebut disahkan sepadan dengan pesawat MH370 oleh pasukan penyiasat penerbangan antarabangsa di Toulouse Perancis.

Ambiga: Derma Najib ditakrif ‘rasuah’ ikut Akta SPRM




Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma.

Justeru, katanya apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila SPRM menjelaskan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya sebagai derma, adalah suatu kesalahan kerana seksyen itu menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah.

‘Akar umbi Umno waras mesti bersuara’




Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, meminta ahli Umno yang berfikiran waras supaya bersuara pada mesyuarat bahagian parti akan datang.

Pada satu forum bertajuk ‘Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini’ yang diadakan di Kuala Lumpur, malam semalam, beliau merayu kepada ahli-ahli Umno untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan perjuangan asal parti.

Katanya, Umno semakin lari dari kedaulatan undang-undang kerana beberapa pemimpin tertinggi cuba untuk melindungi presiden Datuk Seri Najib Razak daripada kemungkinan terbabit dengan rasuah.

Saya sedia bersama Dr M, Muhyiddin, kata Lim




Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pada sebuah forum, malam semalam berkata parti pembangkang itu sedia bersama dengan pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin dalam usaha menyelamatkan negara ini.

Katanya, krisis 1MDB yang kini tenat memerlukan semua rakyat negara ini bersatu dan tampil sebagai patriot bagi menyelamat Malaysia.

Maklumat siasatan 1MDB bocor, polis serbu pejabat SPRM




Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diarah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Mereka termasuk Timbalan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai dan dua lagi pegawai yang dipanggil semula untuk memberi keterangan. Pihak polis juga dirakamkan hadir di Bahagian Operasi Khas di Ibupejabat SPRM di Putrajaya hari ini dan membawa dokumen serta fail sebelum beredar.

8 memo, MB tetap enggan jumpa petani, penternak




Penyelaras bagi kumpulan petani dan penternak yang mengadakan demonstrasi di luar bangunan SUK Perak hari ini, K Segar memberitahu selepas menghantar lapan memorandum sejak 2014 kepada Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir tetap enggan berjumpa mereka.

Katanya, penternak dan peladang itu mahu merayu agar notis mengarahkan mereka berpindah dari tanah yang diusahakan m,ereka selama ini langsung tidak dihiraukan kerajaan negeri.

‘Hidup petani’ bergema di luar pejabat MB Perak




Kira-kira 300 petani, peladang dan penternak yang diberi notis supaya berpindah dari tanah yang diduduki mereka mengadakan demonstrasi di luar bangunan SUK Perak dengan membawa pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sambil melaungkan ‘hidup petani’ dan ‘turun MB’ mereka berkumpul sebelum disuraikan oleh anggota penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh.

Kecoh! Anggota MBI rampas sayur, buah peladang




Kekecohan tercetus seketika apabila anggota penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengarahkan kira-kira 300 petani, peladang dan penternak bersurai dan merampas pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibawa bersama.

Dalam kejadian itu, pihak berkuasa menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jayakumar dan puluhan petani serta aktivis yang mengadakan protes di luar pejabat Menteri Besar Perak yang diberi notis supaya berpindah dari tanah yang diduduki mereka.

Rahman Dahlan enggan makan malam bersama DAP




Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan menolak pelawaan DAP untuk hadir bersama dalam majlis makan mengutip dana parti itu.

Katanya, beliau tidak mahu terbabit untuk mensahkan kemasukan wang yang banyak ke dalam parti itu.

Pergolakan Semporna terkawal, kata Rahman Dahlan




Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin pergolakan dalaman di bahagian Semporna adalah terkawal meskipun mereka menarik balik undangan kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak daripada merasmikan mesyuarat agung tahunan bahagian berkenaan.

Katanya, walaupun beliau memahami perasaan ahli Umno di Semporna selepas ketua mereka Datuk Shafie Apdal dipecat sebagai menteri kabinet, namun kesetiaan ahli seharusnya kepada parti dan institusi presiden.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan