Cari Artikel

Thursday, August 6, 2015

Protes di luar pejabat MB, polis tangkap MP, petani




Polis hari ini menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jayakumar dan puluhan petani serta aktivis yang mengadakan protes di luar pejabat Menteri Besar Perak.

Petani, membantah arahan pengusiran dari ladang mereka berkumpul di luar pejabat dalam usaha terakhir mereka untuk berjumpa dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas gagal mendapatkan temujanji walaupun mencuba hampir empat bulan.

Menteri: Umno tak mahu presiden rompak duit rakyat




Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengulangi kenyataan bahawa Umno tidak mahu seorang presiden parti yang merompak duit rakyat.

Sambil mempertahankan RM2.6 billion yang didakwa sebagai derma yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya apabila timbul tomahan atau fitnah, siasatan terperinci perlu dibuat tanpa perlu campur tangan luar.

Sekilas Fakta, Rabu 5 Ogos - Mengapa Muhyiddin tak




Antara paparan Sekilas Fakta, Rabu 5 Ogos, PKR mempersoalkan jika benar, wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan derma untuk Umno, mengapa timbalan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengetahui mengenainya.

DAP desak Bank Negara bekal perincian akaun RM2.6b




DAP hari ini menghantar memorandum kepada Bank Negara mendesak bank pusat itu mengesahkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Rrazak mengakui bahawa wang RM2.6 bilion disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Selain itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, memorandum itu juga mendesak Bank Negara membekalkan perincian dan penjelasan berkenaan kemasukan wang itu.

DAP pelawa BN hadir majlis kutip dermanya




DAP mempelawa BN, khususnya pengarah strategi komunikasi parti itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan bagi menghadiri majlis makan malam anjurannya pada Rabu, 12 Ogos depan bagi mempelajari cara pembangkang mengutip derma daripada orang ramai.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, sebagai seorang menteri kabinet, Rahman, terlebih dahulu perlu menaja RM750 bagi sebuah meja jika ingin mengetahui dari mana sumber sumbangan DAP dan untuk tujuan derma itu diadakan.

SPRM kini ibarat kapal tanpa nakhoda




Selepas orang nombor dua di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan diarah bercuti, kini muncul laporan yang mendakwa pegawai tertinggi agensi itu turut menerima perintah sama.

Ketiadaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan timbalannnya Datuk Mohd Shukri Abdull didakwa 'melumpuhkan' siasatan agensi berkenaan terhadap SRC International Sdn Bhd serta isu pinjaman bernilai RM4 billion.

Abby Abadi Bawa Jumpa Bakal Suami Pada Norman Hakim


Abby Abadi Bawa Jumpa Bakal Suami Pada Norman Hakim

Norman Hakim mendedahkan bekas isterinya, Abby Abadi pernah membawa bakal suaminya, Mohd Faizal Zakaria berjumpa dengannya sebelum ini.

Namun Norman Hakim berkata ketika dibawa berjumpa dengannya, Abby Abadi hanya memperkenalkannya sebagai rakan niaga biasa tidak lebih dari itu.

"Saya tahu mereka sudah berkawan sejak beberapa tahun yang lalu. Malah Abby sendiri pernah membawa bakal suaminya itu berjumpa dengan saya.

"Namun ketika dia bawa berjumpa saya, masa itu saya pun tidak tahu  mereka ada hubungan istimewa  tetapi yang saya tahu mereka hanya rakan niaga sahaja.

"Melalui perjumpaan itu, apa yang boleh saya katakan bakal suaminya seorang yang cool. Itu sahaja," katanya  kepada murai.com.my

Beberapa hari lalu, Abby Abadi menerusi saluran media  sosial Instagram telah mengumumkan  dia dan seorang duda, Mohd Faizal Zakaria,41, bakal bernikah pada 14 Ogos ini.

Bakal menghadiri hari bahagia Abby dan Faizal bersama isterinya, Memey Suhaiza, Norman berharap perkahwinan bekas isterinya itu kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Saya dan Memey dari dahulu lagi memang sentiasa mendoakan kebahagiaan Abby. Malah, saya harap perkahwinan Abby kali ini kekal hingga akhirnya dan Faizal merupakan pilihan terbaik  untuknya," luahnya lagi.

Selepas perkahwinannya dengan Abby gagal dan berakhir pada 2008, bekas ahli kumpulan Elite itu telah berkahwin kali kedua dengan Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya.

Artikel ini disiarkan pada Khamis, 6 Ogos 2015

Maya Matahari Dah 6 Bulan Duduk Berasingan Dengan Suami


Maya Matahari Dah 6 Bulan Duduk Berasingan Dengan Suami

Maya Matahari atau nama sebenar Maya Ruslee mengakui sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung  bersama suaminya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz.

Menurut Maya status perkahwinnya bersama suami masih lagi tergantung dan  belum mempunyai kata putus.

"Sebenarnya kami berdua sudah tidak tinggal bersama sejak enam bulan yang lalu.

"Saya dan suami mengambil keputusan untuk tinggal berasingan buat sementara waktu kerana sudah tidak ada persefahaman antara kami.

“Mengenai status perkahwinan pula, ianya masih tergantung dan belum mempunyai kata putus lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang media Teater Y Sebuah Muzikal di Istana Budaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Maya yang juga dikenali sebagai Maya Matahari memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan masalah hal rumah tangga dan ingin lebih fokus kepada kerjaya seninya.

“Bila umur dah makin meningkat saya rasa banyak benda yang saya belajar dan ambil yang positif sahaja. Saya tidak mahu berfikiran negatif sebab bagi saya apa yang berlaku itu mempunyai hikmah dan menjadikan saya seorang yang sangat tabah,” jelasnya.

Bagaimanapun Maya menolak dakwaan yang mengatakan masalah rumah tangganya berlaku adalah disebabkan orang ketiga.

“Tidak, kadang-kadang masalah yang datang itu tidak semestinya berpunca daripada pihak ketiga,” jelasnya pendek.

Maya yang telah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz sejak tahun 2009 itu bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut mengenai keretakan hubungan rumahtangga mereka dan lebih selesa untuk berdiam diri.

Sumber Astro Gempak

Artikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 6 Ogos 2015

Penerbit Puji Komitmen Pelakon dan Krew Produksi Memori Cinta Suraya


Penerbit Puji Komitmen Pelakon dan Krew Produksi Memori Cinta Suraya

Penerbit Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Muhd. Jiwa memuji komitmen barisan pelakon dan krew drama bersiri Memori Cinta Suraya. Bakal bersiaran sebanyak 148 episod, drama bersiri ini merupakan adaptasi daripada sebuah produksi di Mexico, A Love to Remember.

Penerbitan drama bersiri tersebut menggandingkan kerjasama tiga pihak iaitu Azteca, salah satu pengeluar rancangan televisyen Bahasa Sepanyol terbesar di dunia bersama Astro dan Global Station.

“Menerusi Memori Cinta Suraya, saya menggandingkan 30 orang artis yang mempunyai nama dalam industri hiburan. Setakat ini, penggambaran telah berlangsung selama setahun dan bakal tamat pada September ini,” kata Zaiton kepada Portal Murai.

Memilih barisan pelakon dan tenaga produksi yang senang memberikan kerjasama, Zaiton juga memastikan semua pihak yang terlibat dalam Memori Cinta Suraya memberi komitmen terbaik untuk drama bersiri ini.

“Saya harus memberikan kredit kepada barisan pelakon dan tenaga produksi yang terlibat dalam Memori Cinta Suraya kerana mereka langsung tidak menimbulkan masalah semenjak dari awal penggambaran sehingga ke hari ini. Mereka juga bekerja seperti satu keluarga besar,” kata Zaiton ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Global Station di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Memori Cinta Suraya menggandingkan bintang ternama seperti Anzalna Nasir, Hisyam Hamid, Miera Leyana, Afiq Muiz dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan drama bersiri ini yang bakal keudara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 17 Ogos ini di Astro Bella dan Astro Mustika HD.

Kredit gambar: Harian Metro.
Artikel ini disiarkan pada Khamis, 6 Ogos 2015.

Siti Nurhaliza Diberi Penghormatan Nyanyi Lagu Tamil


Siti Nurhaliza Diberi Penghormatan Nyanyi Lagu Tamil

Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin telah mengejutkan peminatnya apabila memuat naik sebuah video yang memperlihatkan aksinya merakam suara untuk sebuah lagu Tamil yang bertajuk Nenge Ezhu.

Lagu Tamil itu adalah karya komposer AR Rahman yang merupakan salah seorang pengarah muzik serta komposer terkenal dalam industri hiburan di India serta Hollywood.

Dalam beberapa video yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, Siti Nurhaliza dilihat telah membuat latihan serta menyanyikan beberapa bait lirik lagu Nenge Ezhu untuk program International Superstar 2015 terbitan Astro.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Siti Nurhaliza turut menulis kapsyennya seperti berikut:


“cabaran baru buat saya...saya suka”
“berjaya jugak... istimewa jugak buat peminat saya”
“It's an honour to sing ur beautiful song @iamarrahman for International Superstars in Malaysia,"

Tahniah diucapkan kepada Siti Nurhaliza. Ianya sesuatu yang baru dalam industri muzik tempatan!

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 5 Ogos 2015

‘Lelaki Harapan Dunia’ Sapu Bersih Pencalonan #FFM27


‘Lelaki Harapan Dunia’ Sapu Bersih Pencalonan #FFM27

Filem Lelaki Harapan Dunia terbitan Everthing Film Sdn Bhd mendominasi senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) apabila menerima 13 daripada 24 kategori yang diumumkan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).                                                                                                      

Filem arahan Liew Seng Tat menerima pencalonan dalam beberapa kategori utama termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Senimotografi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman berkata, tahun ini sebanyak 140 pencalonan melibatkan 56 buah filem yang merangkumi 24 kategori termasuk kategori Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik dipertandingkan

Kategori filem Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha menerima 12 pencalonan diikuti oleh Manisnya Cinta Di Cappadocia 10 pencalonan, Amir & Loqman Pergi Ke Laut dan Dollah Superstar sebanyak 9 pencalonan.

“Manakala, Kami Histeria menerima 8 pencalonan, The Journey 6 pencalonan serta Cuak dan Hungry Ghost Ritual masing-masing menerima 4 pencalonan,” katanya kepada portal Murai.com.my

Selain itu, Dendam Orang Mati, Lagenda Budak Setan 3, Ophilia, Sejoli, The Cage masing-masing menerima tiga pencalonan.
Karya-karya yang layak berbanding adalah filem-filem yang telah ditayangkan dari Januari 2014 sehingga Disember 2014.

"Pencalonan kali ini lebih berkualiti dan banyak variasi, apa yang saya industri filem kita semakin berkembang dan tidak ditakuk lama.

 “Bagi memastikan ketelusan, kesemua keputusan akhir oleh pihak juri telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara untuk pengiraan skor dan pengesahan muktamad,” tambahnya lagi.

Malam perasmiam FFM27 akan diadakan pada 2 September depan di Symphony Lake Suite, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Manakala malam kemuncak Anugerah FFM27 pula akan diadakan di Dewan Plenary, KLCC pada 5 September depan jam 9 malam.

Artikel Ini Disiarkan Pada 5 Ogos 2015

Nabila Huda Terpegun Bertentangan Mata Dengan Tom Hanks!


Nabila Huda Terpegun Bertentangan Mata Dengan Tom Hanks!

Nabila Huda akui tidak pernah terfikir  seumur hidupnya dapat bertentangan mata secara realiti dengan aktor hebat antarabangsa Tom Hanks ketika berada di Venice.

Nabila Huda berkata dia yang ketika itu berada di sana bagi menjayakan rakaman program terbaru Astro Ria (104) iaitu Awak Kat Mana tidak menyangka dapat berjumpa dengan pelakon idolanya Tom Hanks.

"Masa tu, saya dan kru sedang berehat di appartment. Saya terkejut dan teruja apabila diberitahu Tom Hanks sedang menjalani penggambaran  filem berdekatan  dengan appartment kami diami di Venice.

"Saya apa lagi, bila dapat tahu sahaja terus melompat,  siap ala kadar dengan segera untuk keluar melihat Tom Hanks secara dekat.

"Sampai sahaja di hadapannya saya rasa bagai nak menjerit kegembiraan tapi malu pula bila lihat semua orang di situ macam tak endah saja dengan Tom Hanks. Saya perasan saya seorang sahaja yang teruja melihatnya.

"Terpegun seketika bila berada dekat degannya yang ketika itu sedang bergurau dan membuat lawak dengan kru. Saya sempat mengambil video merakam gelagatnya.

"Selepas tu sepanjang 2 hari juga saya asyik tersenyum dan tersengeh sebab bagai tak percaya dapat jumpa Tom Hanks depan depan mata saya sendiri. Banyak kali juga saya lihat kembali video yang saya ambil itu," katanya kepada murai.

Nabila Huda ditemui di pelancaran program terbaru yang dikemusikannya iaitu Awak Kat Mana di Avenue K, petang tadi.

Bercerita lanjut mengenai Awak Kat Mana, Nabila Huda beritahu dia amat gembira apabila diberi peluang mengendalikan program realiti tersebut yang mana membawanya ke 13 buah destinasi di Eropah.

"Saya memang suka melancong dan mengembara. Jadi bila diberi peluang untuk mengendalikan  program ini saya memang tidak akan melepaskannya.

"Pun begitu, saya tidak  keseorangan malah saya ditemani oleh 26 artis tempatan di kesemua tempat itu. Namun mereka akan diberi tugasan berbeza dalam setiap episod.

"Menariknya setiap pasangan yang menyertai program  ini mereka tidak tahu dengan siapa mereka digandingkan dan ke negara mana mereka akan dicampak.

"Setiap tugasan adalah selama 5 jam. Jadi nak tak nak saya juga turut terjebak menemani mereka 5 jam setiap episod dengan hanya berjalan kaki.



"Banyak kejutan dan kejadian yang suspen berlaku yang saya rasa penonton perlu tonton setiap episod," jelasnya lagi.

Nabila Huda  membawa 26 selebriti mengembara ke 13 buah lokasi berbeza serata Eropah seperti Brussel, Paris, Barcelona, Milan, Venice, Budapest, Vienna, Munich, Frankfurt serta banyak lagi untuk menyelesaikan tugas

Barisan selebriti yang terlibat adalah Anzalna, Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Chacha Maembong, Iqram Dinzly, Izzue Islam, Fattah Amin, Syazwan Zulkifly, Farish Aziz, Rahmat Mega, Syed Ali, Atu Zero, Saiful Zero, Ieda Moin, Nabil Mahir, Aedy Ashraf, Alam Wakaka, Harris Baba, Syahrul Ridzuan serta ramai lagi.

Awak Kat Mana bakal bersiaran di saluran ASTRO RIA (104) & ASTRO RIA HD (123) pada 13 Ogos 2015 setiap Khamis, bermula jam 9.30 malam.

Artikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 5 Ogos 2015

Nabila Huda Pusing Dunia Dalam Awak Kat Mana?


Nabila Huda Pusing Dunia Dalam Awak Kat Mana?

Kalau sebelum ini, Nabila Huda sering melancong serta menziarahi negara orang secara sendirian atau bersama teman, kali ini, aktres yang berbakat serta penuh berkaliber itu telah mengajak rakan-rakan artisnya untuk mengelilingi dunia dalam program kembara Awak Kat Mana yang berkonsep realiti game show.

Menampilkan 26 selebriti popular yang akan digandingankan secara berpasangan untuk membentuk 13 buah pasukan, Nabila akan membawa mereka mengembara ke 13 buah lokasi serata dunia seperti Brussel, Paris, Barcelona, Milan, Venice, Budapest, Vienna, Munich, Frankfurt serta banyak lagi untuk menyelesaikan tugasan misteri yang akan diberikan.

Dengan berbekalkan wang sebanyak USD10,000 berbentuk kad kredit serta sebuah jam randik, setiap pasukan terpaksa menyelesaikan tugasan misteri tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan tanpa dibenarkan membawa telefon bimbit peribadi di tangan.

Adakah mereka telah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan itu? Jangan lupa saksikan Awak Kat Mana yang telah dijayakan barisan selebriti seperti Anzalna, Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Chacha Maembong, Iqram Dinzly, Izzue Islam, Fattah Amin, Syazwan Zulkifly, Farish Aziz, Rahmat Mega, Syed Ali, Atu Zero, Saiful Zero, Ieda Moin, Nabil Mahir, Aedy Ashraf, Alam Wakaka, Harris Baba, Syahrul Ridzuan serta ramai lagi.

Awak Kat Mana bakal bersiaran di saluran ASTRO RIA (104) & ASTRO RIA HD (123) pada 13 Ogos 2015 setiap Khamis, bermula jam 9.30 malam.

Artikel ini disiarkan pada Selasa, 4 Ogos 2015.

Memey Suhaiza Tak Terkejut Dengan Berita Abby Abadi Nak Kahwin Lagi


Memey Suhaiza Tak Terkejut Dengan Berita Abby Abadi Nak Kahwin Lagi

Pelakon Memey Suhaiza akui tidak terkejut dengan pengumuman berita perkahwinan Abby Abadi yang di buat di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Malah Memey berkata Abby sendiri telah berkongsi berita gembira itu terlebih dahulu kepadanya dan suami Norman Hakim sebelum umum mengetahuinya.

“Saya dan Norman memang tidak terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini lagi dia sudah beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi.

“Cuma baru-baru ini sahaja baru secara rasmi dia beritahu kepada umum pengumuman tarikh perkahwinannya,” katanya kepada murai.com.my

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan bakal bernikah dengan seorang wartawan yang juga merupakan duda iaitu Mohd Faizal Zakaria, 41.

Menerusi akaun Instagramnya (IG), Abby menceritakan detik-detik manis perkenalannya bersama jejaka tersebut.

Menurut Abby, mereka mula berkenalan sejak tahun 2013 namun mereka mulai rapat pada Disember 2014 disebabkan urusan kerja

Majlis pernikahan Abby dan Faizal akan berlangsung pada 14 Ogos ini bertempat di Keramat, Kuala Lumpur dan ini merupakan perkahwinan yang ketiga buat Abby .

Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya menyulam cinta dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar, 25, dan berkahwin pada Julai 2003. Namun jodoh mereka tidak panjang dan pasangan ini bercerai pada Jun tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada Selasa, 4 Ogos 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan