Cari Artikel

Thursday, July 23, 2015

#MakeMoneyOnline Hari nie is nak flip Innity


#MakeMoneyOnline Hari nie is nak flip Innity

#MakeMoneyOnline Hari nie is nak flip Innity dengan additional ad dari ad network yang lain-lain seperti clickbank serta Ashadee untuk maksimumkan income.

Kenapa nak flip? Innity xbagus kah? Innity bagus, malah is campur Nuffnang sekali, dengan Meridian Sovrn(lijit) dan jugak Geniee, akan datang lain2 ppc dan cpm ad network akan is masukkan dalam additional ad flip.

Apa maksud Additional flip ad nie? Ok tu bahasa is guna untuk faham kan diri is, kalau korang nak tahu, Innity ada build-in ad rotator untuk static banner add dengan upload banner, mahupun html code serta javascript ad support.

So kalau lah pengisian ad untuk channel korang kurang atau kekosongan Innity akan automatiknya mengisi dengan additional ad yang telah korang setting. Ataupun dia akan randomly rotate ad-ad yang ada dalam additional ad slot untuk reduce impression cpm terhadap ad dorang so client dorang xlah merungut sebab kehabisan credit advertise bila advertise kat blog korang.

So sistem auto random rotation additional ads nie sepatutnya Google Adsense mu ada function nie sebab dorang yang banyak iklan, dok harap kat DoubleClick yang rotate untuk dorang, last-last dia cop kita fraud, is pernah lost USD 5k dengan Adsense sebba dorang cakap is fraud, traffic Malaysia depa xsuka masa tu, siot, ala macam depa sekoq jea ada advertising platform kan?

Boleh Blah la lu #Adsense belambak lagi advertiser, so jangan givceup kalau kena fraud, (yang sebenarnya Google Scam korang hahahahaha padan muka) sebab masih banyak lagi alternatif advertiser kat luaq sana.

Kalau kata yang suka main blogwalking is syorkn korang cari advettiser CPM punya, makan impression punya earning, memang sikit tapi impression yang banyak dan kerap memang menguntungkan tapi jangan la menipu pulok dengan pakai robot atau sebagainya, kalau korang bloh exchange anta email bagi tau traffic korang banyak datang dari traffic exchange macam ping arrogator, widget dan sebaginya.

Dorang setuju baru letak ad dorang, dorang xreply cari lain advertiser. Tapi is syorkan korang naikkan traffic blog memsing sampai qualify untuk dapat register dengan #Innity, sebab ada additional alternatif ad dan eh letak #Clickbank ad mahupun #Ashadee.

Oklah sampai sini jer is nak merepek is nak sambung masukkan ad dalam rotator, is tak tau lagi innity nak allow ke dak belambak2 alternatif ad hehehehe.


Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose


Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose

Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose ya is join segmen lagi kali nie segmen Jom Raya oleh Sweet Rose pula bagi mengmuhibahkan lagi suasana blogging world pada hari raya ini.

Ok sape2 yang nak join leh macam biasa klik sini atau kat banner yang is upload kat atas tu. Ala support2 la rakan2 blogger kita, is tengok bukannya ramai dah blogger2 yang aktif skang nie, semua asyik main facebook jer.

Dorng lupa platform blogspot lagi power dari FB dari segi SEO percuma serta xperlu register untuk dibaca berbanding FB yang agak private serta limit content jika tak register.

So ayuh kita join segmen Jom Raya nie reramai kasi pecah blog Rose hehehehe jangan marah nyerr TT.

5 PETUA MERAWAT SENGUGUT


5 PETUA MERAWAT SENGUGUT

5 Petua Merawat Sengugut bagi sesiapa yang mengalami kesakitan ketika datang bulan atau sengugut, sini ada 5 petua yang boleh diamalkan.

Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

pinang tua

Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama
sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

halia

Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap, minum air tadi didahulukan dengan selawat.

rumput jarum emas

Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

lada hitam

Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

teh pehit

Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit TANPA gula.
p/s: Petua No 5 yang paling mudah dan berkesan

Petua Masalah Kencing Tak Lawas



Petua Masalah Kencing Tak Lawas is rasa masalah nie memang dihadapi oleh ramai pasangan yang beru berkahwin, jangan malu meh baca cara nak setelkannya.

Boleh cuba mana-mana cara-cara berikut...

daun sirih

1. Daun sirih :
Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

Air barli

2.Air barli :
Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Jika perlu tambahkan sedikit gula. InsyaAllah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.

Air basuhan beras terakhir

3. Air basuhan beras terakhir :
Boleh kat isteri simpam segelas. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda tu sembuh. Sebaikknya guna air yg ditapis

Jus Nenas yg kurang masak

4. Jus Nenas yg kurang masak :
Buang kulit dan potong/hilis dengan beberapa potong, masukkan 2 potongan dalam 2 gelas air dan kisar. Airnya bolehlah diminum. Mudahan selesai masalah.

Sebaiknya mulakan dengan niat, dan berdoa pd Allah supaya sembuh.

Selamat mencuba dan semoga berhasil.

Petua Rawat Rabun Mata Dan Makanan Baik Untuk Mata


Petua Rawat Rabun Mata Dan Makanan Baik Untuk Mata

Petua Rawat Rabun Mata Dan Makanan Baik Untuk Mata bagus petua nie leh kita amalkan supaya mata yang rabun boleh jadi terang kembali.

Silalah cuba salah satu dari cara-cara dibawah….

Wap nasi

1. Wap nasi :
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

sawi

2. Sawi :
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

Lobak merah

3. Lobak merah :
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

teh

4. Teh :
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Bawang Putih & Bawang Merah

5. Bawang Putih & Bawang Merah :
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut

6. Kacang Walnut :
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.


7. Tomato :
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Kacang Soya

8. Kacang Soya :
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

Telur

9. Telur :
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Brokoli

10. Brokoli :
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Selamat mengamalkan. Like dan Share

Petua Halau Semut


Petua Halau Semut

Petua Halau Semut jika dapur korang banyak semut sebab suka tumpahkan makanan atau gula jom try petua untuk halau semut nie.

Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:

cili kering

1. Cili kering :
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Minyak masak

2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Bawang merah

3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Kulit telur

4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Asam gelugur

5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Daun sirih

6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Selamat mencuba.

Cara-Cara Putihkan Ketiak Yang Hitam Dan Celah Peha Dalam Masa 7 Hari


Cara-Cara Putihkan Ketiak Yang Hitam Dan Celah Peha Dalam Masa 7 Hari

Cara-cara Putihkan Ketiak Yang Hitam Dan Celah Peha Dalam Masa 7 Hari ini adalah berita baik kpada yang ketiak hitam dan celah peha.

Bukan semua ketiak hitam dan celah peha tu di sebabkan daki ok? Kekadang kulit sensitif terkena bahan kimia yang kita alah pun boleh jadi hitam, seperti sabun, ubat ketiak serta bedak yang tak sesuai dengan kulit kita.

Tahukah anda kapur makan atau kapur sireh dan sedikit air perahan limau nipis boleh mencerahkan ketiak yang hitam?

Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak dan celah peha seperti sediakala:


1) Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi basahkaan bahagian ketiak terlebih dahulu. Kemudia gosok ketiak, sebaiknya gosok ketiak dengan kepala lutut.

Dengan cara ini, ketiak akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Memang akan terasa sedikit pedih atau panas tapi tidak lah ssampai memudaratkan kesihatan kulit anda tu. Amalkan sekerap yang mungkin iaitu 2kali/seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan In sha Allah.


2) Cuci ketiak dan celah peha anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, selepas tu basuh bersih dengan menggunakan air suam.


3) Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dan celah peha dengan menggunakan span ataupun kapas.


Satu lagi tips yang paling mudah ialah semasa mandi; ambil sabun dan sapukan pada bahagian belakang telapak tangan, kemudian gosok pada celah ketiak dan celah peha.

SELAMAT MENCUBA petua yang mudah ni smile emoticon

PETUA SEMBELIT


PETUA SEMBELIT

Petua Sembelit nie khas untuk yang suka makan banyak protien serta lemak berbanding makanan berserat serta sayur hijau.

Jika anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar, cubalah mana-mana petua sembelit di bawah. InsyaAllah sembuh.

Pisang atau betik

1. Pisang atau betik :
Makan buah pisang atau betik selalu.

Pisang Masak

2. Pisang masak :
Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

Akar Temulawak

3. Akar temulawak :
Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

Daun gelenggang

4. Daun gelenggang :
Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Selamat mencuba

Doa bahagia suami isteri


Doa bahagia suami isteri

Doa bahagia suami isteri mudah-mudahan dengan berkat doa yang diamalkan kebahgiaan rumah tangga kita lebih harmoni mesra antara suami isteri, insyaallah.

Doa supaya diri dan anak-anak rajin solat


Doa supaya diri dan anak-anak rajin solat
Doa supaya diri dan anak-anak rajin solat

Doa supaya diri dan anak-anak rajin solat insyaallah mudah-mudahan kita serta anak-anak akan lebih rajin bersolat, insyaallah.

Doa pemanis & penyeri muka


Doa pemanis & penyeri muka

Doa pemanis & penyeri muka ya doa nie yang paling orang minat bila berniaga supaya dengan berkat doa yang kita amal semoaga muka kita berseri-seri.

Bukan niat untuk bergantung kepada selain Allah S.W.T tapi hanya sekadar usaha yang dilakukan, segala hajat kerja dan perbuatan serta kudrat itu milik Allah Ta'ala jua.

Doa Pendekat Jodoh


Doa Pendekat Jodoh Klik Image untuk size besar


Doa Pendekat Jodoh jom kita amal bagi yang masih bujang la kalau dah berkahwin suka hati lah nak amalkan tiada masalah pun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan