Cari Artikel

Thursday, June 25, 2015

Petua Untuk Elak Gastrik Semasa Berpuasa


Petua Untuk Elak Gastrik Semasa Berpuasa

Petua untuk elak gastrik semasa berpuasa, is nak kongsikan peua nie bagi rakan-rakan yang ada masalah asid berlebihan jika kurang makan.

 1. Berbuka secara ringan - Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak "terkejut" Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

2. Tidak berbuka terlalu berat - Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur - Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.

4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka - Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.

5. Elak makanan tinggi lemak - Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak

6. Makan secara sederhana - Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

Petua untuk elak gastrik semasa berpuasa ini is harap semoga bermanfaat bagi rakan-rakan serta pembaca blog is tersayang daripada di serang gastrik apabila sedang menjalani ibadah puasa.

Doa Taubat dalam Iftirasy


Doa Taubat dalam Iftirasy

Doa Taubat dalam Iftirasy atau duduk di antara dua sujud ada doa taubat kalau korang nak tahu.

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2.. tahukah ...maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain. Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH...

Ramadhan 1436 Hari Kelapan


Ramadhan 1436 Hari Kelapan


Ramadhan 1436 Hari Kelapan ya hari nie is gembira sikit walaupun penat ulang alik ke pekan untuk bankin serta hantar pakaian ke dobi dan jugak monitor order.

Apa yang buat is genmbira ialah barang yang is beli dari Aliexpress.com dah pun mula di proses serta shipping kan. Makna kata suplier dah buat kerja dan is kena tunggu ETA 15- eta 20 baru sampai ke Malaysia, sebab is pilih free shipping by China Post Registered Air Mail.

Selalunya shipping jenis nie memang jadi free sebab kos2 tambahan seperti kargo fee, insurans serta lain2 di tanggung beramai2 oleh beberapa supplier dari China yang hantar barang ke Malaysia, so tunggu kargo sampai koad betul2 penuh koata then ship sekali harung.

Bila dah sampai ke Malaysia is ada tanya lain2 pembeli kat forum dorang cakap barang yang di pesan dan di hantar dengan China Post Registered Air Mail bila sampai di Malaysia akan di hantar pula oleh Pos Malaysia sampai ke rumah kita with zero kos.

Wah bestkannyerr kan??? Baik betul lah Pos Malaysia nie, tapi handle bebaik ok? is punya barang electronic, kalau bungkusan torn is saman hehehehe.

Ya itulah device yang is pernah cakap kat korang tew, device untuk membantuk is menjana pendapatan online yang is baru experimental ini. Is harap boleh mendatangkan hasil walaupun secara sampingan, kalau kata ok dan stabil is akan ajar korang pulak ok?

Selamat berpuasa dan selamat maju jaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan