Cari Artikel

Monday, June 22, 2015

Menu Berbuka Puasa IskandarX 1436H 5


Menu Berbuka Puasa IskandarX 1436H 5

Menu Berbuka Puasa IskandarX 1436H 5 hari ini ialah ayam goreng homemade dan sayur pucuk rebus agak simple dan senang dimakan.

Menu ringkas jer hari nie is berbuka ayam goreng tak der specialist resepi dari mana2 just tepung goreng ayam + rempah ratus kasi pedas sikit then sayur pucuk rebus yang diperbuat dari kacang soya tew jer.

Menu Berbuka Puasa IskandarX 1436H 5


Walaupun ringkas tapi sedap dimakan itu yang penting dan lagi penting jimat tambahan negara kita sekarang mengalahkan negara Amerika, GST berleluasa maka inflasi akan muncul tak lama lagi.

Kalau nak elakkan GST nie nak kena tanam sendiri sayur dan buah-buahan tu semua, ikan, ayam,lembu semua kita bela dan ternak sendiri so GST is zero.

Walaupun puasa jimat cermat itu penting jangan membazir walaupun berbuka kat luar ok? Selamat menjamu selera.

Ayam Sambal Superstar Resepi Berbuka Puasa 1436 H


Ayam Sambal Superstar Resepi Berbuka Puasa 1436 H

Ayam Sambal Superstar Resepi Berbuka Puasa 1436 H nindia resepi yang is nak share hari nie nampak sempoi, lagi menyelerakan sampai perut is bergetar2.

Sebab apa di panggil ayam sambal superstar nie? Is pun kurang pasti maybe foundernya dulu seorang penyedia atau chef bagi selebriti dan jugak superstar kat Hollywood sana teww kott ahak maybe la kan?

Jom tengok bahan-bahan untuk menyediakan ayam sambal superstar dan cara memasak ayan sambal superstar, nanti korang leh lah masak sendiri dan jamu kat rumah.

MENU : AYAM SAMBAL SUPERSTAR 

BAHAN-BAHAN:

  1. 1 ekor ayam | dipotong kecil
  2. 1 bungkus tauhu kering (fucuk) | direndam
  3. 1 tin tomato puri
  4. 10 biji bawang merah | dikisar
  5. 2.5cm halia | dikisar
  6. 1 batang serai
  7. Garam secukup rasa
  8. Gula secukup rasa
  9. Minyak masak secukupnya untuk menumis


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang, halia dan serai yang telah dikisar sehingga berbau harum.
  3. Selepas itu masukkan ayam dan tomato puri. Gaul hingga sebati dan mendidih.
  4. Kemudian Masukkan pucuk yang telah direndam tadi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Ok itu aje lah untuk ayam sambal superstar resepi berbuka puasa 1436 H untuk hari nie is harap leh manfaatkan semua orang sapa nak copy paste resepi ayam sambal superstar nie silakan is tak marah sharing is caring dan selamat memasak.


Ramadhan 1436 Sihat Berpuasa


Ramadhan 1436 Sihat Berpuasa

Ramadhan 1436 sihat berpuasa is nak ketengahkan kelebihan dan nikmat apabila berpuasa nie.

Memang ramai orang yang berpenyakit termasuk bagi mereka yang bukan Islam mencuba kaedah berpuasa sebagai salah satu cara mengawal penyakit mereka.

Secara analoginya, mesin juga perlu berehat untuk memanjangkan jangka hayatnya dan begitu jugalah dengan organ perut manusia.

Setelah bekerja selama 11 bulan, adalah baiknya perut direhatkan dengan berpuasa.

Cuma apakah teknik atau cara yang paling berkesan untuk mencapai matlamat tubuh sihat dengan berpuasa? Dan bolehkah mengambil kesempatan mencapai hajat tersebut dengan berpuasa sebulan di bulan Ramadan?

Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Rose Hanizan Mat Hassan berkata sebaiknya dalam kita berpuasa pastikan tubuh mendapat semua keperluan nutrien berpandukan piramid makanan di samping mengawal pengambilan kalori atau tenaga mengikut kepada kesesuaian badan kita.

Sebagai contoh pengambilan nasi yang sepatutnya untuk orang yang sihat dengan kuantiti tiga senduk paras manakala bagi yang berlebihan berat badan pula dua senduk paras.

Jangan tinggalkan sayuran dan buah-buahan pada waktu sahur dan juga berbuka. Manakala pengambilan lauk-pauk juga perlu dikawal kuantitinya dan amalkan cara masakan yang sihat.

Paling ideal ialah minum segelas susu pada waktu bersahur, jadi sementara tubuh berpuasa dan organ perut berehat, nutrisi yang dimakan pada waktu sahur akan memastikan tubuh pulih dan membekalkan tenaga pada kadar yang secukupnya sebelum waktu berbuka.

Menurut Rose Hanizan, selepas waktu Subuh hingga sebelum berbuka, organ perut memang akan berada dalam tempoh 'rehat'.

Apabila waktu berbuka ia sudah bersedia untuk 'bekerja' semula.

Waktu berpuasa ini juga adalah satu 'latihan' yang diajar pada perut untuk menjadi lebih efektif. Ketika berpuasa juga saiz perut akan berada dalam keadaan asal di mana ia tiada mengandungi makanan.

Jadi janganlah pula waktu berbuka terus mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih daripada apa yang badan perlukan. Maka sebab itu mengikut kepada sunnah Rasulullah S.A.W adalah sebaiknya untuk kita berbuka dengan tiga biji buah kurma berserta air.

Jenis makanan yang sebaiknya untuk memulihkan tubuh pada bulan puasa ini ialah digalakkan mengambil karbohidrat yang tinggi dengan serat.

Selain itu lebihkan sayuran dan buah-buahan dan kurangkan makanan yang berkarbohidrat ringkas seperti gula dan susu pekat manis serta kurangkan makanan yang berlemak dan berkolesterol.

Jika kita terlalu mengikut hawa nafsu makan dan tidak mengawal apa yang di makan akan timbul penyakit lain seperti gastrik, berlebihan berat badan atau obes, penyakit kencing manis dan lain-lain lagi, ujarnya.

Menurut Rose Hanizan lagi, individu yang obes sekiranya konsisten berpuasa dan mengikut rejim pemakanan yang betul serta berkhasiat ditambah dengan senaman ringan, pasti dapat mengurangkan berat badan sekali gus menyihatkan tubuh mereka.

Apabila sahur dengan makanan seimbang dan berbuka juga seimbang dengan kuantiti yang betul, mana-mana tubuh yang tidak sihat pasti akan mendapat tak banyak sedikit manfaatnya, jelasnya.

Rose Hanizan turut berpesan, sebelum tidur digalakkan mengambil snek ringan yang berkhasiat seperti biskut rendah lemak, tinggi fiber bersama secawan air susu satu jam atau setengah jam sebelum tidur.

Setrerusnya perlu diingatkan walaupun berpuasa pastikan kuantiti pengambilan air kosong lapan gelas sehari dicukupkan. Untuk menyihatkan tubuh ini memang penting, apatah lagi bagi mereka yang hendak menguruskan badan.

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa pengambilan air adalah salah satu cara yang efektif untuk ia berfungsi serta memberi kesegaran dan menyingkirkan sisa toksik makanan dari dalam tubuh.

Ramadhan 1436 Hari Kelima


Ramadhan 1436 Hari Kelima

Ramadhan 1436 Hari Kelima ok hari nie nampaknya macam tak berapa ada ganguan connection oleh #streamyx so is nak update blog bebanyak.

Is pernah cakap kan yang is buat bisnes online baru kan? Sungguhpun begitu, bisness online yang is buat nie tetap kena pair atau kena buat bersama dengan kerja2 yang lain sebab ianya memerlukan maintenance yang tinggi khususnya elektrik.

Ya memang guna elektrik banyak tapi jangan risau tetap dikendalikan secara automatik selepas di setup sepenuhnya. Pulangan nya pulak bukan dalam masa singkat sebab bisnes ini walaupun dah digunakan meluas tapi process dan fasa nya masa di tahap awal lagi dan kita semua masih boleh cuba bisness ini.

is akan update kan progress2 yang telah is jalankan tapi sekarang is masih di process odering barang device dari Aliexpress. Biasalah barangan dari Aliexpress.com muah, jimat, dan shipping nya pulak percuma. Kalau barang yang urgent maybe dia hantar pakai courier berbayar tp tetap jimat berbanding is shopping kat Amazon dan Rakuten.

Bab penggunaan elektrik yang tinggi nie is samai mengkaji untuk membuat genarator hard magnetic yang run fueless. Setakat ni engeneer dari Pakistan dah berjaya buat generator elektrik tanpa bahan bakar mahupun air atau tiupan angin nie.

Try tengok video di bawah nie memang menarik:





Is dalam process gak menghubungi engineer nie, almaklumlah memang susah nak hubung sebab faktor keselamatan nya sebab mencipta barangan terlarang yang diharamkan oleh sang monopoli Tenaga Elektrik seluruh dunia.

Kalau is dah berjaya ada teknologi nie is akan bagi tau korang balik, memang menjimatkan kos hampir setengah dari maintenance is dalam masa 1 bulan.

Oklah merepek apa ntah is ni kan? nak wat camna is suka merepek korang suka baca is merepek hahahaha jom gelak sikit baru best dan ceria puasa korang pada hari ini kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan