Cari Artikel

Thursday, June 11, 2015

RAMADAN SEPATUTNYA LEBIH SEPI




RAMADAN SEPATUTNYA LEBIH SEPI

Seorang siak masjid saya bertanya, "Tak niaga dipasar ramadan tahun ini?." Jawabnya, "Saya rugi banyak tahun lalu, bukan rugi duit tapi rugi peluang yg Allah beri. rugi kerana menolong orang memuas nafsu makan."

Jom kita ulas sikit jawapan ini.

Ada yg melihat ramadan sebagai pintu rezeki sedangkan nabi tidak menyebut sedemikian dan tidak menyuruh kita merebut rezeki yg kononnya melimpah di ramadan. Berapa ramai orang sibuk nak buka pasar ramadan, nak niaga itu ini, fikir makanan yg unik yg dibulan lain pun tak dijual. Bulan ramadan baru nak niaga, bulan lain tidak pula.

Benar... Berniaga itu sunnah tetapi niaga yg cenderung ke arah merosak amal kebajikan, dgn mengambil kesempatan atas nafsu dan memancing nafsu makan dari orang berpuasa, dirasakan kurang elok.

Bukankah sepatutnya kita bersama mengekang nafsu. Kenapa bila ramadan baru nak makan itu ini, nak meronda pasar ramadan, sedangkan waktu bulan lain tidak demikian. Itu bukti pengunjung pasar ramadan adalah penurut hawa nafsu dan penjualnya mengambil kesempatan untuk keuntungan dan menyumbang ke arah meruntuhkan ibadat seseorang.

Ramadan sepatutnya menjadi bulan rehat dari merebut dunia dan menumpukan kpd pelbagai ibadat....

Puasa itu satu ibadat mengekang hawa nafsu. Makan sepatutnya dikurangkan quantitinya, dikurangkan jenisnya sbg bukti menentang hawa nafsu, bukan melayannya dgn berbagai juadah.

Ada yg melihat ramadan sebagai bulan perayaan. Bergelutlah dgn baju raya, perabut baru, kuih raya dsbnya sedangkan semua perkara ini tidak diberi penekanan oleh nabi. Diserata pejabat, orang dah sibuk tempah kuih raya, telah ada yg meronda mencari baju raya, telah diperuntukan duit utk sambut raya. Hakikatnya bukan raya yg nabi suruh disambut, tetapi mengimarahkan bulan ramadan dgn ibadat siang dan malam... itu yg disuruh.

Ramadan melatih diri selama sebulan utk belajar beristiqamah dgn ibadat. Peruntukanlah wang utk sedekah jariah, memberi makanan berbuka, mengkhatam al-quran, menghidupkan malam dsbnya.

Jangan rosakkan ramadan dgn budaya yg bercanggah spt Membakar mercun, bunga api, meriam karbait bahkan memasang lampu dan pelita yg berlebihan dgn fahaman yg bercanggah. Ia memcemar kesucian ramadan.

Nabi SAW tidak pernah berbuat demikian. Budaya mercun dan meriam adalah budaya Cina utk menghalau hantu, Budaya pasang pelita adalah mirip Hindu.

Ramadan sepatutnya SUNYI daripada perkara perkara yang bersangkutan dgn hawa nafsu kerana orang beribadat di masjid, surau dan di rumah... bukannya meriah dgn letupan, bunga api.
Ramadan sepatutnya bulan yg emosional kerana kita dituntut beribadat, menghisab diri, memohon ampun dsbnya.

Hari raya bukan disambut dg nyanyian tetapi disambut dgn pujian kpd Allah.

Jika nak sambut hari jadi, jika nak kenduri sambut menantu, jika nak kenduri cukur jambul, kita sudah bersiap berminggu minggu sebelum itu. Apakah ramadan yg merupakan bulan rahmat kita tidak mahu bersedia menyambutnya. Bahkan Nabi SAW bersabda yg bermaksud akan datang kpd kamu ramadan. Ucapkankah selamat datang kpdnya.

Buktikan anda bersedia menyambut ramadan dan ramadan tahun ini akan lebih sepi kerana kita sibuk dg ibadat.

MARHABAN YA RAMADAN!

iskandarX: sedikit penambahan.. bab pasang pelita nie bukan kita ikut budaya hindu but untuk tujuan menerangi sekeliling halaman rumah aja, bukan kita mengikut budaya agama lain, nak pasang boleh tak nak pasang pun boleh, sbb zaman dulu ramai pasang pelita untuk meriahkan suasana sebab tak mampu pasang lampu liplap kerana eletrik mana nak pi cari kan? sekarangnie lampu banyak, aren ada so pasan lampu je lah.

dengan ulasan is kat facebook: sedikit ulasan bab pelita teww, org kita pasang pelita bukan kerana budaya just untuk memeriahkan lagi suasana jea, lagipun org dulu2 mana nak pi carik lampu liplap macam sekarang nie lagi pun karen pun tadak, so skang nie banyak gantikan pelita dengan lampu, so budaya agama mana pulak kita ikut kan?? hahaha bukan budaya just ikut keperluan dan keinginan.

Tukar Tayar Kereta Yang Bergerak - Short Filem Arab


Tukar Tayar Kereta Yang Bergerak - Short Filem Arab


Tukar Tayar Kereta Yang Bergerak - Short Filem Arab memang hebat orang arab ala Taliban nie, dah lah conget kan kereta leh tukar tayar pulak teww.



Tupai Albino Putih Yang Comel


Tupai albino putih yang comel, memang comel lah tupai nie dan dalam kategori rare sebab albino memang jarang-jarang kita jumpa kan?

Tupai Albino Putih Yang Comel

Tupai Albino Putih Yang Comel

Tupai Albino Putih Yang Comel

Tupai Albino Putih Yang Comel

Tupai Albino Putih Yang Comel


Bagaimana apabila Manusia ini bukan Manusia?


Bagaimana apabila Manusia ini bukan Manusia? Maksud is kita bukan lah makhluk utama mahupun khalifah tapi sebaliknya, apa akan jadi?


1. Manusia suka tebang pokok suka-suka hati so cuba bayangkan manusia ini pokok dan pokok adalah manusia dan pokok sedang tebang manusia pakai chainsaw??

 2. Ooohh suka petik bunga dan rosakkan pokok bunga ya? try jadi bunga pulak then bunga pulak petik dam rosakkan kita??


 3. Cuba bayangkan tikus menjadi manusia dan manusia menjadi tetikus?? Korang suka hentak2 tetikus korang tak?? Jaga-jaga.

 4. Yang nie tak leh blah nie, hehehe amacam pulak kalau manusia itu hantu, dan hantu itu manusia, manusia nie memang menyeramkan even hantu pun takut bila baca kisah manusia, walaupun tak terbalik sekalipun.

 5. Berkecai habis kepala bila kena tiup jika manusia nie adalah sejenis benih lalang.


6 Yang nie dah macam cerita scary movie dah nie. Manusia itu rokok dan rokok itu manusia, rokok isap manusia.
.

7. Manusia itu bunga macam tadi is cakap, bunga itu manusia so bunga ambik kita dan cabut2 kan kaki dan tangan untuk mengira kelopak nasib bila bercinta.



8. Memang pelik lah kalau manusia ini bukan manusia sebab arnab akan  bermain bayang2nya untuk menyerupai tangan manusia daripada manusia bermain bayang2 tangan untuk menyerupai arnab.



9. Terblik atau tidak manusia memangada yang kategori buaya darat.


10. Heheha manusia itu salji pulak dah, so bila musim manusia salji2 nie akan bermain diluar untuk membentukkan "Manusia"


11. Memang ada sesetengah perangai manusia nie teruk lagi daripada binatang so kalau lah manusia nie binatang dan binatang itu manusia mesti dorang hujung2 minggu atau sekalai sekala akan melawat kit kat zoo... Hahahahaaa


Red Bull Jawap Isu Taurine


Red Bull Jawap Isu Taurine

Red Bull jawap isu taurine, sejak dua tiga hari ini tersebat di laman sosial terutamanya Facebook yang mendakwa minuman tenaga terkenal berjenama Red Bull mengandungi bahan terlarang dan haram untuk diminum.

Mereka mendakwa di dalam minuman Red Bull terdapat kandungan 'Taurine' yang dihasilkan daripada binatang seperti babi, lembu, kucing dan beberapa jenis binatang lagi.

Jika asid yang digunakan dari haiwan yang halal dimakan pun mereka mempersoalkan cara sembelihannya adalah mengikut syariat Islam.

Red Bull Jawap Isu Taurine


Posting ini telah disebarkan oleh seorang lelaki yang berasal dari Pakistan menggunakan nama Obaid Ullah Shafiq, dia mengatakan Taurine biasanya diambil dari tubuh haiwan dan jika anda tahu anda tidak akan menyentuh Red Bull.

"Sila lakukan ujian sendiri mengenai minuman Red Bull untuk anda mengetahui sendiri minuman ini halal atau haram," katanya.

Berikutan posting ini ramai netizens dilihat melahirkan rasa bimbang kerana perkara ini. Seperti kita tahu minuman Red Bull adalah minuman tenaga antara yang popular di Malaysia.

Jawapan dari RedBull

SK cuba mencari jawapan dari pihak Red Bull mengenai khabar angin ini di laman web milik mereka dan menjumpai jawapanya.

RedBull Menggunakan Taurine Synthetic (HALAL)

Menurut laman rasmi Red Bull, ramai orang menuduh Red Bull menggunakan asid Taurine dari bahagian halus lembu jantan, tetapi hakikatnya adalah taurine yang digunakan dibuat secara sentetik yang berkualiti tinggi yang halal untuk di makan. Jadi pelanggan tidak harus ragu-ragu tentang status halal minuman ini.

Red Bull Jawap Isu Taurine


Mereka juga menerangkan, Taurine adalah asid amino, yang berlaku secara semula jadi dalam tubuh manusia dan hadir dalam diet harian. Ia terlibat dalam pelbagai proses biologi.

Taurine boleh didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam otot, otak, jantung dan darah. Seseorang yang seberat 70 kg mempunyai kira-kira 70 g taurinw di dalam badan mereka. Dengan kata lain, seseorang yang beratnya  70 kg secara semula jadi sudah mempunyai di dalam badannya 70 kali jumlah taurine terkandung dalam satu tin Red Bull Energy Drink.

Taurine juga terdapat dalam bahan makanan yang berbeza seperti kerang, ikan, ayam dan susu formula bayi.

Ini pula adalah jawapan pihak Red Bull UK mengenai khabar angin berkenan yang dimuatnaik oleh ummah.com.

Red Bull Jawap Isu Taurine


Mereka menegaskan produk keluaran mereka bebas 100% daripada unsur haiwan dan menafikan juga isu air kencing yang digunakan seperti khabar angin lain yang tersebar.

Ini juag merupakan kawapan rasmi dari pihak Red Bull:

Red Bull Jawap Isu Taurine


Selain itu, di negara kita minuman tenaga ini telah mendapat persijilan halal dan pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang perkara ini.

Ini kerana proses pengeluaran pensijilan halal amat ketat dan sudah tentu amalan penghasilan dan bahan-bahan yang mematuhi syariah ditekankan dalam menghasilakn satu produk halal.

iskandarX: Huh ... Akhir zaman la katakan banyak sungguh benang yg basah di tegakkan demi wang dan harta serta kuasa halal haram peduli hapa? Nak masuk neraka lambat lagi kannn??? nak mati pun lambat lagi kan??? bagus.

i2Fix.com - Your One Stop iDevice Repair Centre!


i2Fix.com - Your One Stop iDevice Repair Centre!

i2Fix.com - Your One Stop iDevice Repair Centre! Siapa disini pengguna Apple? Baca kisah benar ini tentang peniaga Melayu kita! Hebat service memang memuaskan.

Kisah benar Kedai sparepart Apple/iphone/ipad/ Original yang bagus lagi jujur. Yang terer je baca sampai habis.

i2Fix.com - Your One Stop iDevice Repair Centre!


Admin BBCD tolong sebar cerita saya:

1. Demi membantu ekonomi orang Melayu yang jauh tertinggal berbanding ekonomi kaum chayanunalip, aku sememangnya sangat gigih untuk sentiasa mengutamakan urusan jual beli dengan orang Melayu dalam setiap perkara yang mempunyai pilihan. Secara umumnya kedai sparepart bagi industri telefon bimbit diakui dimonopoli oleh kaum chayanunalip. Apatah lagi sparepart bagi jenama macam Apple, dah tentu tak ramai peniaga Melayu yang mahu menceburi industri sparepart ini kerana kos modalnya yang tinggi, lagi lagi Apple lah katakan.... Pada mulanya ofcourselah kita akan pergi semula dekat Iphone Outlet, tapi jawapannya hampeh sebab dia kata kedai Outlet Appleni tak jual sparepart casing belakang tu. Kalau nak cari sendiri order online.

2. So, aku yang sayang iphone aku ni pun tak puas hati dan called kawan aku and dia suruh aku cari dekat Internet nama kedai ni "i2fix", kawan aku kata pemilik kedai ni adalah Melayu. So happylah aku bila dapat tau ada juga terselit orang Melayu yang nak bukak kedai repair dan sparepart Apple ni. Bila aku selidik dalam web "i2fix" ni, company ni jamin semua barang sparepart adalah Original. Dan yang paling terkezzut sekali, business concept diorang adalah repair secara "Face to Face". Wah syok la aku sebab kalau hantar dekat kedai kaum tertentu repair pun diorang suruh kita tinggal phone dan cina tu akan call balik bila dah siap. Aku juga dah periksa "i2fix" ni milik syarikat bernama Mutiara Sutera Management Sdn Bhd, sahih dalam SuruhanJaya Syarikat Malaysia (SSM) milik Melayu.

3. Aku pun godek godek lagi website "i2fix" yang repair dan jual sparepart Original Apple ni. Lagi sekali aku terkejut, sebab hampir semua jenis masalah dia boleh selesaikan. Antaranya: Broken LCD, Screen Cracked Replacement, Body Casing Replacement, Touch Screen Problem, Home Button Problem, Software Matters, Microphone Problem, Water Damage, Button Unresponsive, Battery Replacement, Motherboard problem, Network System, Volume Mute. Banyak gila weh nak senarai kang panjang sangat.

4. So demi untuk aku salurkan duit aku kepada saudara seagama dan kepada bangsa aku Melayu yang mana, aku percaya mereka akan guna keuntungan duit aku ini dengan membayar zakat. Kalau bagi duit aku kat chayanunalip pun boleh jadi diorang sumbang buat perniagaan arak, buat perniagaan judi, sumbang kepada tokong dll. So aku pun tengok dekat mana alamat kedai "i2fix" ni.

5. Ianya mempunyai 4 outlet iaitu di (alamat penuh nanti baca sampai habis ada dekat bawah sekali):

(a) Selangor ada 2 outlet
(b) Pulau Pinang ada 1 outlet
(c) Kuala Lumpur: No 2-9, PV128, Jalan Genting Klang,
Setapak, 53300 Kuala Lumpur (tempat yang aku pergi!)

6. Kebetulan pada hari tu aku memang dekat KL dan alang alang tu aku singgah je la. Mula mula aku tak tau kat mana cawangan Setapak ni. Alamat tulis dekat PV128. Tak pernah dengar pun PV128 ni. Jem juga aku pikir. Aku malas nak pikir pikir terus guna apps Waze taip PV128 dan ikut je map sampai tiba dekat lokasi. Rupa rupanya bangunan PV128 ni dekat dengan Kl Festival City Mall ataupun dekat belakang kawasan bangunan PV128 ni berdekatan Uptown Danau Kota. So bila aku sampai, aku pun ikut alamat naik tingkat 2. Bila sampai je tingkat 2, keadaan sekeliling kedai kedai lain memang macam kosong, aku ingat salah tempat, aku round punya round kat tingkat 2 tu baru jumpa. Bila aku sampai je, aku tengok pelanggan tak ramai. Baguslah tak ramai orang, tak sesak. So aku terus duduk dan bagitau apa masalah Iphone aku. Aku dilayan oleh seorang technician bernama Amran. Sebelum aku bagitau masalah iphone aku, aku terus tanya technician Amran ni.

7. Aku: "Bro betul ke semua barang ni Original?? kang barang Iphone tak Original saya tak mau, biar bayar mahal takpe tapi kualiti Original.. Mana dapat semua sparepart ni?"

8. Amran Technician: "Cik semua barang sini kami amik terus dari Supplier yang sama supplykan part untuk produce Apple macma iphone ipad dll. So kami berniaga ni pun dah nak masuk 4 tahun, kalau tak Original kami tak jual sebab tak nak amik risiko. Kami mungkin boleh jual barang barang 'local' 'fake' ni, tapi nanti risiko kami yang kena tanggung, dengan boleh kena saman dengan pelanggan lagi. Lepas tu sesetengah barang gantian iphone ni kalau update ios (operating system) boleh detect. Cik juga boleh tunggu saya buat depan depan cik, tak ada apa yang kami nak sorokkan, kalau mungkin kedai lain diorang suruh tinggalkan. Cik tau ke sparepart apa dalam motherboard atau dalam Iphone cik tu dia ganti? Ni saya bagi tengok sparepart yang saya ada dengan sparepart dalam Iphone cik boleh bandingkan sama ke tak?"

9. Aku: "(Dalam hati: mantap Amran ni explain sambil aku mengangguk buat muncung macam tak caya kat muka dia buat saja nak acah, walhal hati sudah yakin-wal-happy). Oklah sekarang ni iphone saya problem LCD Glass dah retak... tinggal masa nak pecah... front cover yang warna putih pun dah hancur... back casing pun dah kemik kemik... Pastu battery cepat gila habis... ingat nak tukar sekali... Berapa harga? Bagi discount sket, tukar banyak ni...."

10. Amran Technician: "Ok cik, kalau tukar banyak macam ni bolehlah saya bagi discount. Kalau tukar 1 sparepart je memang tak dapat. Ok cik, LCD Glass Original harga RM400 saya bagi RM350, Battery Original RM180 saya bagi RM160, back casing Original ni memang mahal cik... saya cadangkan biar saya ketuk kemek casing Iphone cik tu, lepas tu saya 'touch-up' balik iphone tu... saya tak berani suggest back casing Oringal ni.... sebab Ori memang Ori tapi harga memang mahal cik... dalam RM450 saya dapat bagi pun RM400. So total semua dalam RM910."

11. Aku: "(Dalam hati: Wah, siap ketuk dan touchup dah macam kereta la plak... Tapi aku dah agak dah mahal... almaklumlah sparepart Apple Original, iphone plak tu... Kalau nak beli Iphone baru RM2700... 3 kali ganda dari RM900... kalau 2 kali ganda gagah lagi nak beli iphone baru... ni 3 kali ganda dari RM900... Kalau beli phone Lenovo dah lepas dah ni sebiji... hmm Lenovo nak compare dengan Apple? Aku tengok RM900 kira berbaloilah untuk sparepart iphone. Janji Original.. -dalam hati) Oklah Amran saya setuju tukar. tapi kasi discount lagi dari RM910 jadi RM900 ok? (dia pun setuju)"

12. Amran Technician pun mula buka iphone aku, Ya Allah, kemasnya kerja Amran ni. Sangat hati hati, tekun dan betul-betul dia buka. Yang paling best, aku suruh tukar sparepart, tapi barang dalam dalam tu semua dia cucikan keladak keladak kat skru bagai. Kalau technician cina Lowyat, aku tak rasa diorang tu akan tolong bersihkan skru dan dalam dalam tu macam Amran ni buat. Dah lepas bersih semua dalam tu baru dia amik sparepart battery Original dan dia bagi dekat aku suruh aku compare kan sama ke tak. Masa aku tengah dok belek battery lama dan battery baru, dia terangkan battery ni ada siri dia...dimana pattern code adalah sama. Fuh puas hati betul, sebab setiap barang dia tukar nampak depan depan, dan dijamin 100% tak ada "hanky panky" macam techncian dekat Lowyat.

13. Pemindahan motherboard dan skru dari casing lama ke casing baru mengambil masa 2 jam atau mungkin lebih, sebab ia melibatkan motherboard dan perlu dibuat dalam keadaan yang sangat berhati hati. Aku pergi masa hari bekerja memang tak ramai orang, dan aku no problem untuk tunggu. Yang penting dapat tengok depan depan tak kena tipu, barang aku asal dalam tu, dia tak rembat ke tukar ke macam chayanunalip. Amran ni betul betul technician yang professional lagi memuaskan. So disebabkan kepuasan hati tahap maksima, aku beli sekali Sticker LCD Screen supaya duit aku 1 sen pun tak payah pergi dekat kedai accessories cina.

14. Sekali dah habis tu Amran Technician ni nampak device Apple aku iaitu ipad tengah pegang, dia kata cik biar saya bantu bersihkan ipad cik, takpe saya tak charge pun. Wahh aku pun apa lagi, elok elok awal bajet muncung kekonon nak serius, senyum sampai telinga terus. Bila dah siap semua, dia tolong analisis sistem iphone aku, walaupun sebenarnya bukan kerja dia. Amran Technician ni tolong check bunyi, check wifi, check sensor, check button, check apps, check macam macam lah. Korang ingat kalau technician Lowyat nak buat macam ni? Lowyat/sgwang dah la barang accessories sparepare tak original!!

Korang mungkin tak pakai Apple, tapi apakata kita tolong perniagaan orang Melayu. Mungkin kawan korang yang pakai Apple akan pergi kedai ni bila korang klik share. Bila lagi nak tolong orang Melayu? Asyik kondem je. Meh cuba klik share. Lagi satu kalau korang share, kawan korang plak akan terkena baca sampai habis macam korang. hehe



KESIMPULAN KHAS UNTUK APPLE SAHAJA.

FB Page: iDevice Repair Specialist- i2fix.com

FB Link: www.facebook.com/i2fix

Alamat Kalau tak jumpa call no dibawah:

(a) Selangor: Lot S103, Tingkat 2, Bangunan Centro
No 8, Jalan Batu Tiga Lama, 41300 Klang,
Selangor (Headquaters) 10pg-10mlm
016 321 5338
03 3358 5937

(b) Selangor: Lot P03A, Basement 1, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. 10pg-10mlm
016 3195923
03 5611 4535

(c) Kuala Lumpur: No 2-9, PV128, Jalan Genting Klang,
Setapak, 53300 Kuala Lumpur (tempat yang aku pergi! Cari orang nama Amran!) 10pg - 8mlm
010 245 5160
03 4144 2160

(d) Pulau Pinang: E-Gate Commercial Centre , 1-02-05 Lebuh Tunku Kudin 2, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. 10pg-8mlm
014 397 6880
04 824 9241

Sapa baca sampai habis, klik LIKE 1 kali.
Yang ikhlas menghasut,
-ketua pengakap-













Peringatan untuk semua tentang akhir zaman


Peringatan untuk semua tentang akhir zaman nie is copy paste balik dari fan page yg is like tew cerita menarik tentang akhir zaman. Ramai yang masih ligat dan masih tak beringat zaman sekarang adalah zaman penghujung dah.

6:00 pagi kita bangun solat subuh. Kemudian kita bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sampai office jam 7:00 pagi, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so kita abaikan. Masuk office, buat kerja apa yang patut dan kita tengok jam 9:00 pagi. Sudah time nak pergi breakfast

Keluar pintu office, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam. Mungkin masih boleh di anggap hari nak hujan lagi, so kita abaikan.

Tapi kalau jam 12:00 tengah hari pun hari masih gelap. Apakah petanda tu? Keesokkan pun sama. Buka TV semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya dan begitu juga dengan lusa. Masih tiada lagi matahari.

Tetapi pada hari ke 4 kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah Barat.

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!??

Maka telah tertutuplah pintu taubat. Yang bertaubat, tapi Allah s.w.t masih belum terima taubatnya juga akan di tutup pintu taubat.

Saat itu, kita akan lihat 1 fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta untuk diinfakkan. Golongan yang tidak pernah baca Quran, 24 jam akan baca Quran. Golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara berjemaah, tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi.

😒 Kenapa kita tidur time Allah s.w.t memanggil? Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?
😣 Kenapa kita bosan saat baca al-Quran? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
😔 Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah s.w.t? Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?
😢 Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club semakin besar?
😖 Kenapa kita lebih sangat senang menyembah artis? Tapi sangat susah untuk menemui Allah s.w.t?
😏 Apakah anda akan menforward pesanan ini?
😞 Apakah anda akan mengabaikan pesanan ini kerana takut ditertawakan dengan rakan-rakan yang lain?

Jangan percaya Lah berita nie sebab Dajjal pun belum istihar diri dia lagi
mana boleh skip terus ke sangkakala?? hehehee


Allah s.w.t berkata : "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-teman mu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman"

🐾 Biarkan di dalam facebook anda tanpa bermanfaat untuk orang lain
🐾 Anda sebarkan pada semua kenalan anda

Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang menyampaikan 1 ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan itu sudah tiada (MENINGGAL DUNIA), dia akan tetap memperoleh pahala 😊 - Renungkan
Kiamat menurut agama Islam ditandai dengan :-

🐾 Kemunculan Imam Mahdi
🐾 Kemunculan Dajjal
🐾 Turunnya Nabi Isa a.s
🐾 Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
🐾 Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
🐾 Pintu pengampunan akan di tutup
🐾 Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-benarnya
🐾 Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
🐾 Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
🐾 Pemusnahan / runtuhnya Kaabah
🐾 Tulisan dalam al-Quran akan lenyap
🐾 Sangkakala akan di tiup 1 kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
🐾 Tiupan sangkakala yang ke 2 kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yang ke 3 yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : "Barangsiapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim ribuan BBM mesra, promote, baca yang terlalu penting, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2 kali
Allah s.w.t berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat dengan Ku, maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurga Ku"
Itulah yang di maksud Dajjal yang bermata 1. Ertinya hanya memikirkan duniawi daripada akhirat
Kerugian meninggalkn solat :-
🐾 Subuh : Cahaya wajah akan pudar
🐾 Zuhur : Berkat pendapatan akan hilang
🐾 Asar : Kesihatan mulai terganggu
Maghrib : Pertolongan anak akan jauh di akhirat
🐾 Isya' : Kedamaian dalam tidur sukar didapatkan
Sebarkan dengan ikhlas. Tiada paksaan dalam agama, niatkan ibadah (SEBARKAN ILMU WALAU 1 AYAT)
Nasihat Kubur 🔊 :-
🐾 Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJJUD
🐾 Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM
🐾 Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan membaca AL-QURAN
🐾 Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan, maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH
🐾 Aku yang menyepit mu hingga hancur bila mana tidak solat, maka bebaskanlah sempitan itu dengan SOLAT
🐾 Aku adalah tempat untuk merendam mu dengan cairan yang sangat sakit, maka bebaskanlah rendaman itu dengan PUASA
🐾 Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapan mu dengan memperbanyakkan mengucap kalimah : "LAILAHAILALLAH"
Kirim ini semampu mu dan seikhlas mu Sampaikanlah walau hanya pada 1 orang kerana saat kamu membawa al-Quran, syaitan biasa-biasa saja
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga. Saat kamu membacanya, syaitan mulai gelisah. Saat kamu memahaminya, syaitan mulai kejang-kejang. Saat kamu mengamalkan al-Quran dalam kehidupan sehari-hari, syaitan mulai stroke
Terus dan terus baca serta amalkan. Agar syaitan stroke semuanya juga, jantungnya dan mati
Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi-lagi syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik : "Sudahlaaaaah, tak payah diSEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca"
Sekecil apa pun amal ibadah, Allah s.w.t menghargainya puluhan kali ganda
Ada 3 hal dalam hidup tidak boleh kembali :-
🐾 Waktu
🐾 Kata-kata
🐾 Kesempatan
K : Kiblat
A : Arah
A : aku
B : Bersujud hingga
A : akhir
H : Hayat ku
Sama-samalah kita saling ingat mengingati 
‪#‎copyPastefromWhatsapp‬#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan