Cari Artikel

Saturday, May 16, 2015

UNHCR gusar Malaysia, Indonesia mahu halau pelarian






Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) melahirkan rasa kebimbangan mereka dengan tindakan Malaysia dan Indonesia yang memberi amaran akan menghalau bot pelarian dari perairan negara masing-masing.



Menurut jurucakapnya, Jeffrey Savage, isu pemerdagangan manusia adalah sesuatu yang serius dan perlu ditangani di peringkat serantau.

Tindakan DAP kongsi pentas cetus kegelisahan PAS






Tidak pelik apabila pemimpin DAP menolak hudud. Tetapi apabila pemimpin berkenaan berucap di atas pentas PAS, masalah berbeza muncul.



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang hadir pada ceramah perdana PAS di Kota Bharu,Kelantan menimbulkan rasa tidak senang hati ahli akar umni parti Isllam itu.



Beberapa pimpinan PAS yang hadir dalam majlis itu turut terkena tempias, termasuk Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff yang dihentam kerana dikatakan setuju dengan Lim selepas berkongsi pentas.

Korban gempa susulan Nepal meningkat 65 orang






Pasukan penyelamat bertungkus-lumus embantu penduduk yang terjejas dalam gempa bumi susulan, Rabu lalu yang turut mengakibatkan banyak bangunan roboh.



Selain itu, banyak kejadian tanah runtuh dilaporkan sementara usaha mencari helikopter milik Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang giat dijalankan.



Sekurang-kurangnya 65 penduduk dilaporkan terbunubh dalam gempa bumi susulan itu, sekali gus menjadikan angka korban keseluruhan mencecah 8,200 orang.

IS serang bas di Karachi, 43 pengikut Syiah dibunuh






Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab membunuh sekurang-kurangnya 43 pengikut Syiah dan mencederakan 13 lagi selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah bas di Karachi.



Pada kejadian itu, enam orang lelaki yang menunggang tiga buah motosikal bertindak melepaskan tembakan ke arah bas berkenaan menggunakan pistol.

Nahas Amtrak: 6 mati, kotak hitam kereta api ditemui






Jumlah mangsa yang terbunuh dalam nahas kereta api Amtrak yang tergelincir di Philadelphia, Amerika Syarikat, Rabu lalu dilaporkan meningkat kepada enam.



Lebih 140 penumpang lain pula dimasukkan ke hospital dalam keadaan dilaporkan kritikal.



Setakat ini, pihak berkuasa berjaya menemui kotak hitam dalam kereta api berkenaan.



Laluan kereta api antara New York dan Washington kekal ditutup ketika penyiasatan terus dijalankan mencari punca kemalangan berkenaan yang menyaksikan beberapa gerabak terbalik berhampiran Sungai Delaware, di bandar pelabuhan Port Richmond.

28 mati dalam kebakaran kilang selipar di Manila






Sekurang-kurangnya 28 orang mati dan puluhan lagi dikhuatiri terbunuh selepas sebuah kilang membuat selipar terbakar di Manila, Filipina, semalam.



Jabatan Bomba berkata, pihaknya mengira 28 mayat tetapi hanya berupaya mengeluarkan tiga berikutan sisa runtuhan menyekat laluan mereka di kilang itu lebih 12 jam selepas kebakaran.

Percuma tanpa GST, Vnbox perkenal zombie ‘Maslan 3.85'






Berang dengan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang paling lantang mempertahankan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), warga maya menjadikan perisian ‘Maslan 3.85 extended version’ sebagai permainan kegemaran mereka.



Dalam permainan itu, Ahmad dijadikan sebagai watak zombie dan pemain menembak zombie itu dengan senapang dan lastik itu.



Permainan itu diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox yang beralamat di Ipoh dan ia memaparkan watak mirip Ahmad yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah.

Akhirnya, beli top-up 'RM10 dapat RM10'






Selepas kekusutan berkaitan harga selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerajaan akhirnya bersetuju dengan formula “beli RM10 dapat RM10” untuk harga tambah nilai atau top-up telefon pra-bayar telefon.



Menurut tweet Jabatan Penerangan, jemaah menteri bersetuju dengan cadangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan meminta syarikat telekomunikasi menurunkan tarif perkhidmatan.

Mahkamah isytihar ADUN Umno Lenggeng muflis






Mahkamah Tinggi seremban hari ini mengisytiharkan ADUN Umno Lenggeng, Datuk Ishak Ismail sebagai muflis.



Beliau dilaporkan gagal membayar pinjaman daripada seorang ahli perniagaan.

MB: Selangor komited projek Langat 2 siap ikut jadual






Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memberi jaminan kerajaan negeri Selangor komited bagi memastikan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap mengikut jadual.



Katanya, untuk tujuan itu, katanya beliau akan berjumpa dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili pada awal minggu depan bagi mencari jalan penyelesaian.

Barua Umno: Perlukah mohon maaf sekadar tanya?






Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengulangi kenyataanya bahawa perlukan dirinya membuat permohonan maaf hanya kerana bertanya soalan.



Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendesaknya membuat permohonan maaf kerana menganggap Azmin melabelnya sebagai 'barua' Umno

Pakatan sepakat Wan Azizah jadi ketua pembangkang






Pakatan Rakyat bersepakat bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah yang baru memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei lalu, akan memikul tanggungjawab sebagai ketua pembangkang.



Menurut Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, pelantikan itu akan dibuat pada sidang Parlimen akan datang.

Nazri cabar Mahathir, kalau berani tanding di Pekan






Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dengan Datuk Seri Najib Razak di Pekan bagi membuktikan kekuatannya.



Beliau yang dipetik akhbar Cina Sin Chew Daily berkata, lebih baik jika Dr Mahathir bertindak demikian daripada cuba menggulingkan perdana menteri.

Polis siasat pasangan adakan hubungan seks di beranda






Pihak polis sedang menyiasat aksi pasangan yang tidak mengenali mengadakan hubungan seks di sebuah pangsapuri di apartment di Bangsar South, Kuala Lumpur.



Menurut portal Star Online yang memetik OCPD Brickfields, Asst Comm Muhammad Azlee Abdullah pihak polis masih mengumpulkan maklumat.



Gambar dan video aksi pasangan selama 30 minit itu menjadi viral di media sosial sejak semalam selepas dirakamkan oleh seorang penghuni di unit lain apartmen berkenaan.

Bekas MB: Perintis 1MDB cuba guna minyak T'ganu






Bekas menteri besar Terengganu mendedahkan Terengganu Investment Authority (TIA) - perintis kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) - cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, sejak tahun 2008.



TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada 2009 selepas syarikat itu diambil alih oleh Putrajaya.

Muhyiddin ganti Najib, ibarat penyamun ganti penyamun






Mengulas saranan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri kerana terpalit dengan skandal 1MDB, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata masalah Malaysia dalam ekonomi, pendidikan dan sistem politik tetap tidak akan selesai.



Katanya, apa yang diperlukan oleh negara adalah dasar yang berkesan dan bukannya transisi daripada ‘seorang penyamun kepada penyamun’ lain.

Isu 1MDB malukan negara di peringkat a'bangsa, kata PKR






Liputan meluas media antarabangsa berkenaan syarikat pelaburan kontroversi negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) memalukan negara di peringkat antarabangsa, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.



Menurutnya, cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani isu berkenaan juga boleh mengakibatkan mala petaka ekonomi yang bakal diwarisi oleh pengantinya pada masa depan.

Gerakan Hapus Akta Hasutan kemuka 3 tuntutan






Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) hari ini menghantar satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut tiga perkara iaitu menghapuskan akta berkenaan, menggugur pertuduhan dan melepaskan mereka yang ditahan mengikut akta itu serta jaminan tiada akta baru seumpama itu digubal.



Menurut Kordinator GHAH, Amir Abdul Hadir, jika mereka tidak menerima maklumbalas dalam masa terdekat, kumpulan itu akan bertindak berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan