Cari Artikel

Monday, May 11, 2015

How-Old.net catat umur Rosmah 37 tahun






Berikutan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuat-naikkan potretnya di laman web suka-suka untuk meneka umur - How-Old.net - warga maya memuatkan pula gambar isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.



Gambar pertama meletakkan umur Rosmah sebagai 44 tahun.



Manakala bagi gambar kedua, laman kelolaan Microsoft itu meneka usia isteri perdana menteri sebagai 37 tahun.

Umno terpalit 1MDB jual tanah pada Tabung Haji






Pemuda Umno Johor berpendirian bahawa Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti perlu segera memperjelaskan isu penjualan tanah syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Tabung Haji seperti yang didadahkan, baru-baru ini.



Portal Sinar Harian memetik Ketua Pemudanya, Hahasrin Hashim sebagai berkata, mereka kini dihujani keluhan dan keresahan akar umbi akibat tindakan itu.



Menurutnya, ramai melihat tindakan Tabung Haji sebagai cubaan ‘menyelamatkan’ 1MDB yang semakin nazak.

M’sia vs Spurs: TMJ layang kad ‘kuning’ kepada Khairy






Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik penganjuran perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dengan pasukan bolasepak Inggeris Tottenham Hotspur pada 27 Mei ini sebagai "perlawanan sarkas".



Menulis di Facebook, katanya, perlawanan itu tidak membawa sebarang faedah kepada Harimau Malaya.



Sebaliknya, ia hanya untuk meraih keuntungan bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur.

Umur sebenar Najib 46 tahun?






Laman web suka-suka untuk meneka umur dan jantina berdasarkan potret - How-Old.net - mendapat sambutan hangat di Facebook. Ribuan pengguna yang memuat-naikkan potret mereka.



Tidak terkecuali, ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lebih menarik, laman kelolaan Microsoft yang sedang mencetuskan fenomena di seluruh dunia itu, meneka umur Najib sebagai 46 tahun.

Pemandu Myvi mengaku tak salah akibatkan 3 kematian






Dua pemandu kereta terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) sehingga mengakibatkan kematian tiga sekeluarga awal pagi Sabtu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.



Tertuduh Mohd Fizal Reza Jamaluddin, 31 tahun dan Siti Noor Aini Mohd Said, 35 tahun yang didakwa di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan minta dibicarakan dan mahkamah membenarkan mereka diikat jamin dengan RM9,000 setiap seorang.

Korea Selatan ikrar perangi nelayan haram China






Korea Selatan yang selama ini berdiam diri akibat pencerobohan nelayan China di perairannya, khusnya di sempadan dengan Korea Utara berikrar akan bertindak balas.



Dianggarkan 1,000 kapal China mencerobohi perairan Korea Selatan tahun lalu, khususnya di Daecheong yang kaya dengan hasil ketam.

Pertempuran sengit lawan IS di Baiji berterusan






Tentera Iraq yang bergabung dengan militia Syiah dilaporkan terus memerangi kumpulan jihad Negara Islam (IS) bagi menguasai pusat penapisan minyak di Baiji.



Pusat penapisan minyak itu adalah yang terbesar di Iraq dan memberi impak besar sekiranya ia jatuh ke tangan IS.

Pilihan raya Britain, Parti Buruh dahului Konservatif






Parti Buruh yang diterajui Ed Miliband kini mendahului Parti Konservatif, pimpinan Perdana Menteri, David Cameron pada pilihan raya umum Britain.



Setakat berita ini disiarkan, Parti Buruh telah memenangi 105 kerusi daripada 650 kerusi parlimen yang dipertandingkan manakala Konservatif mendapat 69 kerusi.



Semalam, kira-kira 50 juta penduduk Britain, keluar mengundi.

Rasmi: PKR menang, majoriti 8,841






Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi kembali ke Parlimen selepas diisytihar menang dalam pilihan raya kecil (PRK) P044 Permatang Pauh.



Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail, mengumumkan presiden PKR itu meraih 30,316, meninggalkan calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi, dengan majoriti 8,841 undi.



Dua lagi calon, Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerima 101 undi, manakala calon bebas Salleh Ishak menerima 367 undi, manakala sebanyak 843 undi rosak.

BN kecewa tapi terima dengan hati terbuka






KEPUTUSAN RASMI



BN- 21,475

bebas- 367

PKR - 30,316

PRM- 101

Majoriti: 8,841



Walaupun kecewa, Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon Suhaimi Sabudin menerima kekalahan pada pilihan raya kecil itu dengan hati terbuka.



Pada pilihan raya umum lalu Anwar menewaskan calonBN Mazlan Ismail dan Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

Nahas DUKE: Dua pemandu dihadap ke mahkamah esok






Dua ahli kelab Familia Myvi Club yang dikatakan berlumba haram di lebuhraya DUke dalam insiden kemalangan sehingga menyebabkan kematian tiga beranak sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.





menurut laporan akhbar portal mymetro, perkara itu telah disahkan oleh Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff hari ini.Dua pemandu itu masing-masing lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 35 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada 9 pagi.



Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi Sabtu lalu Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan maut di tempat kejadian. Isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta anak mereka yg berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Sultan Johor gesa rakyat terima sekolah satu aliran






Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa orang ramai mencontohi Singapura yang membentuk perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan satu aliran menggunakan pengantar bahasa Inggeris.



Walaupun Johor dan Singapura berkongsi banyak persamaan, tetapi kemajuan yang dicapai oleh Singapura jauh lebih pantas, titah baginda.

Sultan: GST perkhidmatan k'jaan tak masuk akal






Arahan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan Johor sultan Ibrahim Sultan Iskandar



Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat , titah baginda.



Justeru, sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka

P'raya Pmtg Pauh: Ada berakhir di hospital






Berlaku pergaduhan antara penyokong BN, PKR dan pihak polis di sebuah sekolah di Permatang Pauh.



Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.



Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut.



Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.



Video Kredit: Komunikasi Maya UMNO Pulau Pinang

Ejekan disusuli tumbukan hangatkan Pmtg Pauh






Pilihan raya kecil Permatang Pauh terus dicemari pergaduhan.



Pergaduhan meletus selepas kedua-dua kumpulan mula saling mengejek terhadap satu sama lain sejak 9.30 pagi.



Bagaimanapun polis berjaya meleraikan pergaduhan tidak lama selepas itu.



Video Kredit: Komunikasi Maya Umno Pulau Pinang

P'raya kecil Pmtg Pauh dicemari pergaduhan






Kekecohan terus berlaku di Permatang Pauh, kali ini insiden baling batu di antara kedua-dua belah penyokong sehingga berlaku adegan tumbuk-menumbuk selepas 'perang mulut' di Pusat Undi Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.



Walau bagaimanapun, kekecohan berjaya dileraikan oleh pihak polis yang bertugas di tempat kejadian. Jarak di antara kedua penyokong yang terlalu dekat (kurang 50 meter) juga dikatakan menjadi punca awal pergaduhan.



Video Kredit: Komunikasi Maya Umno Pulau Pinang

19 cedera protes antikerajaan bertukar ganas






Sekurang-kurangnya 19 orang cedera termasuk 15 anggota polis dan seorang jurugambar apabila protes antikerajaan di ibu negara Macedonia bertukar ganas.



Sambil melaungkan "Pembunuh! Pembunuh!" dan menuntut pelatakan kerajaan, penunjuk perasaan melontar objek dan memecah tingkap pada bangunan kerajaan.


Militan IS buka hotel mewah untuk pemimpin kanan






Kumpulan militan Negara islam (IS) tahun lalu menutup Hotel Antarabangsa Niwana yang merupakan antara hotel termahsyur di Iraq selepas berjaya menawan wilayah Mosul.



Namun kini hotel bertaraf lima bintang tersebut kembali beroperasi khusus bagi menampatkan komander mereka yang berkunjung dari wilayah jiran menurut laporan media.



Antara kemudahan yang terdapat di hotel 11 tingkat tersebut adalah 262 bilik, dua restoran dan dewan tarian, gimnasium, gelanggang tenis dan sebuah taman.



Hotel tersebut dinamakan sebagai Warisin yang bermaksud pewaris oleh kumpulan tersebut.

SPR berat sebelah, Adun Teruntum gesa tindakan segera






ADUN Teruntum Sim Chon Siang meluahkan rasa tidak puas hati dengan SPR kerana tidak mengambil tindakan terhadap penyokong BN yang berkumpul berhampiran SMK Guar Perahu.



'Perang mulut' berlaku di antara penyokong kedua-dua parti apabila Sim pergi membuat aduan kepada pegawai-pegawai SPR yang bertugas di luar sekolah.



Video Kredit: Komunikasi Maya UMNO Pulau Pinang.

'Saya tak tahu menang atau kalah tapi jangan ada penipuan'






Calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Seri Penanti sekitar 8.30 pagi. Wan Azizah yang berbaju kebarung biru cair tiba dan menunjukkan kad pengenalannya kepada pemberita dan kemudiannya masuk mengundi selepas itu.



Ketika ditemui pemberita selepas itu, beliau berkata tidak pasti akan menang atau kalah tapi berdoa akan kejayaan kepadanya dan berharap proses pengudian hari ini tidak berlaku penipuan.

Calon BN: Beri kami peluang lakar sejarah di Pmtg Pauh






Calon BN, Suhaimi Sabudin tiba di SMK Guar Perahu pada kira-kira jami 8.15 pagi dan masuk mengundi sejurus kemudian.



Ketika ditemui pemberita selepas itu, beliau berharap semua penyokong BN akan keluar mengundi dan berharap akan mencipta sejarah baru di Permatang Pauh.

Barua Umno: IGP anggap kenyataan MB S'gor melampau






Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim Abu Bakar berkata kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bahawa beliau adalah 'barua Umno' sebagai melampau.



Katanya, ini bukan kali pertama beliau diperlekehkan dan beliau akan menyerahkan siasatan kepada bawahannya.

Penduduk halau demo penyokong PAS






Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.



Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".



Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan