Cari Artikel

Wednesday, May 6, 2015

Palembang medan persiapan Sukan SEA skuad tenis




Jurulatih tenis negara Deen Heshaam Abdullah mengesahkan pasukan negara akan “berguru” di Palembang Indonesia sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Singapura.

Nicol David rangkul kejuaraan ke-9 kejohanan individu Asia




Ratu skuash negara datuk Nicol David lakar sejarah menjuarai kejohanan individu Asia buat kali ke-9 dalam kariernya menewaskan pemain Hong Kong Annie Au pada final di Kuwait.

Larian Pekerja Muda 9 to 5 menerima 16,840 penyertaan




Larian Pekerja Muda 9 to 5 yang julung kali diadakan di ibu negara menerima 16,840 penyertaan belia. Program yang dijadual berlangsung di Putrajaya, Sabtu ini merupakan inisiatif pegawai profesional muda perkhidmatan awam dan swasta dalam meningkatkan kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada negara.

Pesta candat sotong mampu tarik penyertaan 30 negara




Pesta Candat Sotong Antarabangsa 2015 yang akan berlangsung di Terengganu antara Mei dan Jun depan bakal menarik penyertaan 30 Negara. Ia susulan beberapa penambahbaikan termasuk memperkenalkan lokasi baru berhampiran gugusan pulau peranginan di negeri itu.

Guna label warna berbeza, cadang FOMCA




Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan kaedah pelabelan barangan berasaskan warna yang berlainan untuk membezakan barangan yang dikenakan cukai barang dan perkhidmatan gst serta yang dikecualikan GST. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paul Selvaraj berkata, langkah ini perlu bagi memudahkan pengguna mengenal pasti barangan ketika pembelian.

Hari terakhir kempen PRK Permatang Pauh





Untuk perkembangan kempen saat-saat terakhir di Parlimen Permatang Pauh, kita bersama wartawan Hilal Azmi.

Raja payung kedaulatan negara, wajib beri naungan saksama




Dalam titahnya di Balairung Seri, Istana Iskandariah Sultan Nazrin Shah menyifatkan raja sebagai payung kedaulatan negara. Titah baginda, sultan wajib memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum dan agama.

DBKL sita 20 gerai penjaja asing




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL membatalkan lesen sebelas penjaja dibatalkan lesen kerana meng-alibabakan lesen mereka kepada warga asing. Dalam operasi Tegas Siri 8, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL turut menyita 9 tapak penjaja milik warga asing kerana tidak mempunyai lessen.

Sting rampas dadah bernilai RM29 juta




Polis DiRaja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket dadah dengan rampasan membabitkan 1.4 juta pil eramin seberat 410 kilogram diangggarkan bernilai RM29 juta. Dadah ditemui dalam dua serbuan berasingan di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.

Wawancara Khas pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-35




Ikuti wawancara khas bersama YM Raja Shariman Raja Harun Al-Rashid, Editor sembangkuala.wordpress.com bagi berkongsi pengetahuan berkenaan dengan istiadat pertabalan DYMMM Paduka Seri Sultan Perak ke-35.

Pertabalan Sultan Perak ke-35: Istiadat menziarahi makam




Bersama Dzufitri Yusop bagi berkongsi info tentang istiadat menziarahi makam-makam Sultan Perak yang terdahulu.

Hari akhir kempen PRK Permatang Pauh




Bersama wartawan Hilal Azmi untuk perkembangan kempen Parlimen Permatang Pauh yang masuk hari terakhir hari ini.

Sultan Nazrin dimasyhurkan Sultan Perak ke-35




Sultan Nazrin Shah secara rasmi dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 selepas ditabalkan dalam Istiadat Tabal Adat Kesultanan Perak di Istana Iskandariah.

Istiadat itu juga menyaksikan Tuanku Zara Salim dimasyurkan sebagai Raja Permaisuri Perak.

(Ihsan: RTM)

Anak muda mahu kembang potensi Permatang Pauh




Anak Muda Permatang Pauh sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Dengan kedudukan strategik kawasan Parlimen Permatang Pauh, cabaran hidup memaksa mereka berfikir secara kreatif bagi merebut peluang ekonomi setempat.

Polis selamatkan wanita jadi hamba seks





Polis Bukit Aman dari JSJ D7 berjaya menyelamatkan 13 wanita warga asing daripada diperdaya untuk menjadi pelacur oleh sindiket di dua lokasi malam tadi.

Wanita asing yang berusia 20-an di temui dalam 2 serbuan serentak di Sri Sentosa Dan Taman Seputeh di ibu negara.

Pemerintah gemilang hormat ulama dan hargai ilmuwan




Era kegemilangan sesuatu pemerintahan tercipta apabila pemimpin menghormati ulama dan menghargai ilmuwan.

Perkara itu dinyatakan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam titahnya selepas Istiadat Tabal Adat Kesultanan Perak.

Titahnya, raja pemerintah adalah payung kedaulatan negara, wajib memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira agama dan kaum.

(Ihsan: RTM)

Maybank tawar peluang pelaburan ekuiti Islam di China & ASEAN




Cabang pengurusan aset kumpulan Maybank, Maybank Asset Management bersama syarikat sekutunya, Maybank Islamic Asset Management (MIAM) melancarkan dana ekuiti Islam pertama bagi negara di bawah rangka kerja pasport ASEAN.

Dikenali sebagai 'Maybank Bosera Greater China Asean Equity I-Fund', dana ini bertujuan utk meraih potensi besar dalam pasaran ekuiti di wilayah besar China dan ASEAN.

Effective Microbes dalam baja organik





Penggunaan baja organik untuk pertanian sesuatu yang ditekankan oleh negara maju seperti Jepun.

Di Malaysia pembangunan dan pengeluaran baja organik semaki mendapat perhatian.

Jelajah Bio Ekonomi Johor bertandang ke Batu Pahat, melihat pemprosesan baja organik.

Sesi pemantauan pematuhan GST





Sudah lebih sebulan Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST dilaksanakan.

Pelbagai isu dibangkitkan sepanjang pelaksanaan GST ini dan hari ini gabungan NGO diketuai FOMCA mengadakan pemantauan barangan di Pasar Raya Giant Kota Damansara.

Untuk butiran lanjut kita bersama rakan setugas Hafiz Marzukhi.

Khairy tidak benarkan Shahidan terajui ASUM




Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) berdepan masalah apabila Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak membenarkan Datuk Seri Shahidan Kassim memegang jawatan presiden badan induk itu.

Fitness First sokong inisiatif Fit Malaysia




Usaha bagi menjadikan malaysia sebagai sebuah negara bersukan turut mendapat sokongan daripada Fitness First Malaysia.

Pusat kecergasan itu memeterai satu usahasama bersama Fit Malaysia untuk memberi motivasi kepada lebih ramai rakyat negara ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Kebakaran hostel: Pelajar perubatan Malaysia meninggal dunia




Pelajar Malaysia yang terlibat dalam insiden kebakaran hostel pelajar di Moscow 22 April lalu meninggal dunia pada Selasa.

Nor Artikah Alias, 25 tahun merupakan pelajar perubatan tahun akhir Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Russia (RNRMU).

Liga Super: Skuad Tok Gajah (Pahang) rampas takhta liga




Saingan Liga Super.

Pahang merampas takhta Liga Super selepas berjaya mencatat kemenangan tipis 1 - 0 ke atas Perak di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Gol tunggal skuad Tok Gajah dihasilkan menerusi penalti yang disudahkan Matias Conti.

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak




Keberangkatan keluar Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak meninggalkan Balairong Seri.

(Ihsan: RTM)

Upacara berdatang sembah mengambil naskah Al-Quran




Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan naik ke singgahsana berdatang sembah bagi mengambil naskah Al-Quran.

(Ihsan: RTM)

Bacaan doa oleh Sahibul Samahah, Mufti Kerajaan Negeri Perak




Upacara bacaan doa oleh Sahibul Samahah, Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(Ihsan: RTM)

Watikah titah ucapan Diraja Paduka Seri Sultan Perak




Warkah titah ucapan sulung oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-35.

(Ihsan: RTM)

Pertabalan Sultan Perak ke-35: Ucapan tahniah dan taat setia





Ucapan tahniah dan taat setia bagi pihak Raja-Raja dan Orang Besar Perak Darul Ridzuan yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dato' Seri Jaafar Bin Raja Musa dan juga Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Diraja Dr. Zambery Abdul Kadir, bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat.

Majlis Tabal Adat DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV




Upacara rasmi majlis Tabal Adat DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV di Balairong Seri Istana Iskandariah.

(Ihsan: RTM)

Pertabalan Sultan Perak ke-35: Ketibaan dif-dif kehormat




Ketibaan dif-dif kehormat di majlis pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang ke-35.

(Ihsan: RTM)

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah: The people’s Sultan




"The people of Perak is indeed fortunate to have a Sultan who is concerned about the welfare of its people."

This view was shared by Bulvir Singh, who went to the same university with Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Elhajj Product jamin keselesaan jemaah haji




Jemaah haji yang berdaftar dengan Felda Travel kini tidak perlu risau dengan kesihatan diri ketika menjalani ibadah itu. Ia berikutan Elhajj bersetuju membekalkan satu produk penjagaan kulit berasaskan halal pertama di malaysia secara percuma.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpendidikan cemerlang




Umum mengetahui Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang.

Jadi tidak hairanlah sekiranya membaca adalah salah satu aktiviti yang paling digemari baginda tuanku.

Ikuti paparan eksklusif Astro Awani di kutub khanah peribadi milik baginda.

Sultan Nazrin, Raja Permaisuri Perak tiba di Istana Iskandariah





Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah tiba di Istana Iskandariah bagi melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan dan memulakan upacara istiadat pertabalan.

Mahkamah dapati bintang Bollywood Salman Khan bersalah





Mahkamah Mumbai memutuskan bintang Bollywood, Salman Khan bersalah dalam kematian seorang lelaki gelandangan pada tahun 2002.

Dengan keputusan itu, Khan yang mendakwa keretanya dipandu oleh pemandunya selepas minum di sebuah bar berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun.

Dr M bergurau mahu tugu besar dirinya dibina




Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pada syarahan berkaitan Islam dan Islamisasi di Putrajaya, pagi tadi bergurau mahukan tugu besar dirinya sehingga 40 kaki dibina tetapi mengingatkan supaya orang ramai tidak menyembahnya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam bahawa ramai yang keliru dengan fatwa yang dikeluarkan kerana ia hanyalah pendapat berhubung sesuatu isu dan bukannya undang-undang.

NGO Melayu: Pelumba jalan raya kurang ajar!





NGO Melayu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) memberi amaran kepada pelumba jalan raya yang dilabelkan sebagai kurang ajar sehingga menyebabkan kemalangan jiwa.

Merujuk ahli kelab kereta Familia Myvi Club yang berlumba di Lebuhraya DUKE tiga hari lalu sehingga menyebabkan dua-beradik menjadi yatim piatu, Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah mencadangkan suapaya kerajaan agar menyediakan tempat berlumba.

Gagal mengundi esok, Anwar saman SPR




Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada pilihan raya kecil Permatang Pauh esok.

Peguam N Surendran dan Latheefa KoyaSaman berkata hak mengundi itu selaras dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

NGO 'cincin besar' buka peti aduan di Pmtg Pauh




Barisan Bersatu Nambikkai (BBN) yang mesra BN, hari ini membuka peti aduan rakyat di parlimen Permatang Pauh.

Presiden NGO itu, B Kalai Vanar yang terkenal dengan cincin besarnya, berkata peti aduan berkenaan bukanlah gimik pilihan raya tetapi akan kekal walaupun selepas pilihan raya.

'Tak ikut Quran punca pakar matematik terpalit porno'




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terpalit isu pornografi kanak-kanak menunjukkan orang Islam tidak lagi mengikuti al-Quran.

Sebaliknya, kata beliau, masyarakat hari ini sekadar memetik ayat-ayat tertentu dan mengubah makna sehingga terpesong daripada ajaran sebenar Islam.

Menteri tolak peluang kedua buat pesalah porno





Keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya yang didapati bersalah memiliki bahan lucah kanak-kanak mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Antaranya, adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyuarakan bantahannya di laman sosial Twitter.

Katanya, beliau berharap MARA tidak membazir duit rakyat.

Umat Islam gemar petik ayat al-Quran tanpa konteks




Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis wacana berkaitan Islam dan Islamisasi di Putrajaya, pagi tadi berkata al-Quran menyatakan Islam tidak menggalakkan umatnya berpoligami.

Katanya, Islam hanya membenarkan poligami sekiranya mereka boleh berlaku adil, namun umat hari ini gemar memilih-milih ayat al-Quran tanpa berfikir tentang konteks ia diturunkan, sekali gus mengubah makna dan terpesong daripada ajaran sebenar Islam.

Dr M: Saya tak curi duit, bukan penasihat BMF





Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak terbabit dengan skandal bank Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada sekitar tahun 1980an walaupun beliau adalah perdana menteri ketika itu.

Dengan nada menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi penasihat 1MDB yang gagal menjelaskan bagaimana dana RM42 bilion syarikat pelaburan negara itu lesap, katanya beliau bukan penasihat BMF.

Orang kampung tak faham isu 1MDB, kata Mahathir




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemerosotan undi yang diperolehi BN pada pilihan raya kecil Rompin semalam bukan disebabkan kritikannya ke atas kerajaan.

Dengan sinis, selepas menyampaikan syarahan di Putrajaya pagi ini, katanya, masyarakat di Rompin tidak memahami mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibangkitkannya.

'Nenek kipas’ rayu pengundi pulang undi





Walaupun dilabel sebagai seorang ‘nenek kipas’ kerana berusia 63 tahun dan selalu memegang kipas semasa berkempen di Permatang Pauh, calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizzah Ismail tidak mempedulikan semua itu.

Beliau sedar dirinya berdepan dengan calon BN yang lebih muda iaiatu Suhaimi Sabudin, yang berusia 44 tahun.

Bagi presiden PKR itu, selagi jumlah pengundi adalah tinggi peluangnya adalah cerah dan beliau memohon semua pengundi parlimen Permatang Pauh untuk pulang mengundi pada 7 Mei nanti.

White House belum pasti IS dalangi serangan Texas




White House beranggapan terlalu awal untuk mengaitkan serangan pada majlis pameran dan pertandingan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan Kumpulan Negara Islam (IS) walaupun mereka mengakui bertanggungjawab.

Setiausaha Akbar White House, Josh Earnest berkata serangan itu masih disiasat oleh FBI dan agensi risikan lain.

Tekaan betul nama puteri, bookie bayar RM5.4 juta




Syarikat-syarikat bookie di Britain, dilaporkan membayar sebanyak 1 juta pound atau kira-kira RM5.4 juta kepada individu-individu yang berjaya meneka dengan betul nama anak perempuan Putera William dan Catherine Middleton.

Pasangan itu mengumumkan bayi kedua mereka diberi nama Puteri Charlotte Elizabeth Diana.

Nama itu dipercayai adalah gabungan tiga nama membabitkan datuknya, Putera Charles, moyangnya Queen Elizabeth II dan mendiang ibu William, Diana.

IS letupkan kereta di Baghdad, 4 terbunuh




Empat orang awam terbunuh apabila sebuah bom meletupkan kereta mereka di Baghdad Selasa lalu.

Kejadian berlaku berhampiran ibu pejabat militia Syiah yang kini bergandingan dengan tentera Iraq bagi memerangi kumpulan Negara Islam (IS).

Pameran kartun hina Nabi: Umat Islam Pakistan berdemo




Ratusan umat Islam mengadakan demonstrasi di Peshawar, Pakistan bagi membantah pameran dan pertandingan karikatur Nabi Muhammad SAW di Garland, Texas, Amerika Syarikat yang didakwa menghina Islam.

Pameran itu juga mengundang rasa tidak puas hati dua lelaki yang melancarkan serangan bersenjata di luar bangunan pameran sebelum mereka ditembak mati.

Video rakam saat gempa bumi landa Langtang, Nepal




Seorang pengembara Amerika Syarikat yang terperangkap di bahagian pedalaman Nepal di Langtang berjaya merakam gempa bumi yang melanda negara Himalaya itu minggu lalu.

Video menunjukkan orang ramai bertempiaran lari sebelum perkampungan Langtang ranap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan