Cari Artikel

Tuesday, May 5, 2015

Siti Hiba Lihat Senyum Amira





Hasrat anak kepada mangsa nahas kemalangan di Lebuhraya Duke, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam bertemu Datuk Siti Nurhaliza tercapai apabila penyanyi nombor satu negara itu berkunjung ke rumahnya hari ini dan penyanyi tersebut sebak sewaktu menatap senyuman anak kecil itu.

Pendaftaran Kelab Myvi FMC dibatalkan jika ada kaitan dengan nahas





Pendaftaran Familia Myvi Club hanya akan dibatalkan jika siasatan polis mendapati ia terbabit secara langsung dalam insiden kemalangan di lebuh raya DUKE.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Mohamad Razin Abdullah dilaporkan berkata, kelab pemotoran yang melanggar undang-undang boleh menyebabkan pendaftarannya dibatalkan.

Pertabalan Sultan Perak: Berteraskan syarak dan bersendikan agama





Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35 Sultan Nazrin Shah tidak melanggar hukum agama, sebaliknya ia dilakukan berteraskan syarak dan bersendikan agama.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, istiadat berkenaan disusun berpandukan Al-Quran dan ajaran Islam.

Zainal Abidin harap mampu ungguli saingan liga





Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan mengidamkan kedudukan teratas liga buat kali pertama musim ini apabila pasukannya melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Nicol David sah kemaraan ke final Skuasy Kejohanan Asia





Skuasy Kejohanan Asia.


Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David cemerlang meneruskan kemaraan ke final selepas menundukkan pemain India, Jos-Hana Chinappa.

Namun seorang lagi wakil negara, Delia Arnold tumbang di tangan pemain Hong Kong, Annie Au.

Perkembangan PRK P.091 setakat 05:00 petang





Perkembangan Pilihan Raya Kecil Rompin.

Tepat jam 5 petang, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan kesemua 32 pusat pengundian di tutup.


Jurusolek maut dalam kemalangan kereta





Seorang jurusolek perkahwinan maut manakala rakan lelakinya parah selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok.

Kejadian berlaku di Kampung Mengabang Bekong, Batu Rakit, Setiu jam 1.45 pagi Selasa.

Menjelang PRK Permatang Pauh





Wartawan Hilal Azmi telah bersedia dengan laporannya di Permatang Pauh.

Siasatan ke atas bayi meninggal dunia akibat didera





Susulan insiden bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Sabtu lalu, selepas dipercayai didera keluarga angkatnya.

Polis kini menyiasat ibu kandung bayi terbabit sama ada wujud kecuaian semasa menyerahkan bayi tersebut untuk dijaga pasangan pengasuh.

41 syarikat Sarawak peroleh manfaat Dana Mudah Cara





Jawatankuasa Dana Mudah Cara Sarawak telah meluluskan sejumlah RM104.2 juta bagi pembiayaan projek 41 syarikat bumiputera sejak tahun lepas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Bahagian Pembangunan Usahawan Bumiputera, Datuk Naroden Majais berkata nilai pelaburan keseluruhan bagi kesemua projek berkenaan adalah sebanyak RM748.5 juta.

Prabayar telefon: Persatuan Pengguna sokong beli 10 dapat 10





Usaha Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi memastikan pengguna dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat RM10’ disambut baik persatuan-persatuan pengguna.

Filem 'Ola Bola' angkat kegemilangan bola sepak kebangsaan




Filem Ola Bola mengesahkan kegemilangan bola sepak Malaysia pada 1970 an- 80 an.

Megat Alfie memberanikan diri selepas 10 tahun belajar pereka fesyen




Selepas 10 tahun belajar selok-belok dunia fesyen, akhirnya Megat Alfie mengeluarkan koleksinya sendiri.

Eizlan Yusof tidak berhenti belakon walaupun sibuk dengan bisnes





Walaupun sibuk dengan perniagaan, Datuk Eizlan Yusof tidak akan meninggalkan dunia lakonan yang sudah sebati dengan dirinya selama 20 tahun.

Kenal ke? bersama Sam Bunkface & Aida Azira Husin





Mari kita lihat sejauh mana keserasian pasangan Sam Bunkface dan Aida Azira Husin di dalam segmen Kenal Ke?.

Perkembangan PRK P.091 setakat 02:00 petang





Beberapa pusat pembuangan undi di daerah Rompin telah ditutup pada jam dua petang manakala selebihnya masih lagi berjalan sehingga jam 5 petang. Suruhanjaya Pilihan Raya SPR optimis terdapat peningkatan peratusan pengundi. Untuk mengetahui perkembangan terkini proses pengundian kita terus sahaja bersama Syah Hairizal di Kuala Rompin.

Gempa Papua: Tiada laporan kemalangan jiwa dan kerosakan





Kaunselor Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Farzamie Sarkawi mengesahkan, tiada kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia di daerah terlibat. Beliau memberitahu, keadaan di Kokopo secara keseluruhannya selamat dan stabil. Penduduk juga jelasnya tidak mendapat sebarang arahan untuk berpindah.

Gempa bumi 7.5 magnitud gegar Papua





Gempa bumi besar berukuran 7.5 magnitud meng-gegar selatan Papua New Guinea. Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat USGS memaklumkan, gegaran menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan.

Calon BN dan calon PAS PRK Rompin keluar mengundi awal





Peratusan pengundi Parlimen Rompin keluar melaksanakan tanggungjawab menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Setakat jam 12 tengahari, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan jumlah peratus keluar mengundi ialah 56 peratus atau 29,935 orang.

Najib adakan pertemuan dengan Hsien Loong





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sempena Pemukiman ke-6 Pemimpin Malaysia-Singapura. Pertemuan itu bakal disusuli dengan mesyuarat perwakilan untuk membincangkan isu hubungan dua hala dan kepentingan bersama serta melihat kembali perkembangan hubungan dua hala sedia ada termasuk inisiatif yang dipersetujui pada pemukiman tahun lalu di Putrajaya.

Model sambilan dibebaskan dengan ikat jamin





Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan model sambilan, Persana Avril Sollunda, 33 tahun diikat jamin RM7 ribu dengan seorang penjamin. Ikat jamin diberikan selepas lapan hari Persana dipenjara akibat perbuatan lucah yang dilakukan itu.

Mayat rentung dalam kereta terbakar





Api marak memusnahkan sebuah kereta dan turut dijumpai satu mayat rentung di tempat duduk pemandu kenderaan terbabit. Kejadian berlaku di tempat letak kereta Jalan Medan Putra Manjalara di ibu negara awal pagi tadi.

Myvi langgar lori, pemandu selamat




Selang tiga hari selepas kejadian kemalangan tiga sekeluarga maut membabitkan kereta Myvi, pagi tadi satu lagi kejadian membabitkan kereta jenis itu di kilometer 47 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur keluar tol Alor Setar utara.

Kes kemalangan di DUKE 90 peratus siap





Siasatan terhadap kes kemalangan yang membabitkan tiga kematian di lebuhraya DUKE awal pagi Sabtu lalu sudah 90 peratus siap. Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut dengan mengambil kira bagaimana pelanggaran berlaku serta mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai menjadi punca kemalangan.

Harapan warga emas di Permatang Pauh





Warga emas di Mengkuang Titi, Permatang Pauh berbesar hati menerima kunjungan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Selain menziarahi warga emas yang uzur dan orang kelainan upaya (OKU), Mukhriz yang turun padang bagi membantu kempen pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh turut menyampaikan sumbangan kepada golongan tersebut.

Operasi pelacuran bawah umur melalui laman sesawang




Intipan sebuah laman sesawang yang memaparkan gambar gadis-gadis berpakaian seksi yang disyaki dijadikan hamba seks membongkar kegiatan pelacuran sebuah premis urut di Seri Kembangan malam tadi.

Tey Seu Bock enggan campur tangan pilihan pemain BAM





Jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock enggan campur tangan dalam soal siapa pilihan Persatuan Badminton Malaysia BAM ke kejohanan dunia tahun ini.

Mazlan sokong Shahidan pertahan jawatan




Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad setuju Datuk Seri Shahidan Kassim kekal jawatan Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) selagi dapat melaksanakan tugas cemerlang.

Presiden ASUM: Dah larang, tapi Shahidan tanding juga





Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim tidak mengendahkan larangan kabinet apabila bertanding bagi jawatan presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Shahidan untuk meminta beliau mengosongkan jawatan berkenaan ataupun memohon kebenaran jemaah menteri jika mahu kekal memegangnya.

KJ harap Chong Wei dapat tiket wild card di Jakarta




Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu Persatuan Badminton Malaysia membuat rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi mendapatkan tiket wild card agar pemain badminton negara Lee Chong Wei yang sebelum ini digantung lapan bulan dapat beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta pada Ogos ini.

Katanya, adalah tidak adil sekiranya, dua pemain utama negara, iaitu pemain nombor 31 dunia Chong Wei Feng dan Zulfadli Zulkiffli yang menduduki senarai 41 dunia digugurkan untuk memberi laluan kepada Lee.

Hasrat Amira jumpa Siti Nurhaliza tercapai...





Hasrat anak-anak yatim piatu mangsa nahas Lebuhraya Duke, di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan idola mereka, penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi kenyataan petang tadi.

Siti Nurhaliza yang berkunjung ke rumah rumah kediaman anak sulung mangsa, Nur Firuza Amira, 7 tahun dan adiknya Nur Firuza Aqila, 4 tahun di Taman Batu Muda, Batu Caves.

Semalam, menerusi sebuah video berdurasi 6 saat, Nur Firuza meluahkan hasrat bertemu dengan penyanyi nombor satu negara itu.

Menteri ikrar sedia bantu dua beradik yatim piatu




Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia memberi bantuan melalui Skim Bantuan Anak Angkat atau Bantuan Kanak-Kanak kepada waris mangsa yang terbunuh dalam nahas Lebuhraya Duke pada Sabtu lalu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata keputusan itu akan ditentukan selepas perbincangan di antara kementerian dengan keluarga mangsa pada masa terdekat.

K'jaan beku ambil penjawat awam baru?





Sekurang-kurangnya 15 agensi kerajaan, termasuk kementerian pelajaran, polis dan tentera, dilaporkan mendapat arahan supaya berhenti daripada mengambil pekerja baru.

Menurut akhbar Cina, Sin Chew Daily, arahan itu adalah berdasar pekeliling dengan perkara “Inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum” bertarikh 22 April oleh .

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.

Menteri saran pihak lain ulas isu remaja ditahan protes GST




Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengelak memberikan jawapan penuh apabila ditanya mengenai penahanan dua malam enam remaja susulan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 Mei lalu.

Sebaliknya, Rohani sekadar menjawab pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada : pihak berkuasa yang berkaitan.

Industri acara langsung rayu k’jaan permudah permit




Berikutan kemelut yang melanda konsert ‘Thirst’, industri persembahan acara langsung mendesak kerajaan bagi mempermudahkan dan menyelaraskan permohonan permit bagi acara seumpama itu.

Kumpulan industri berkenaan ‘Arts, Live, International Festivals and Events Association (Alife) juga mencadangkan supaya proses kelulusan permit dijankan mengikut dua langkah di sebuah pusat sehenti.

5 saksi misteri beri keterangan kes Sosma Yazid Sufaat




Lima 'saksi rahsia' dijadual memberi keterangan dalam kes Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 melibatkan Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim.

Timbalan Pendakwa Rakyat Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah saksi-saksi itu tidak mahu nama, umur atau alamat mereka diketahui oleh umum.

Tayang payu dara: Kesalahan kecil, kata peguam model





Model sambilan dari Sabah, Persana Avril Sollunda hari ini mengekalkan keputusan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menanggalkan pakaiannya di Jalan Petaling pada 23 Apri lalu.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000 yang dibayar oleh adiknya, selepas peguamnya, Muhammad Nor Izzat Nordin meminta jumlah RM10,000 yang ditetapkan dikurangkan kerana ia adalah 'kesalahan kecil'.

Zahid sokong MP wajib fasih berbahasa Melayu





Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata wakil rakyat tidak harus khuatir dengan cadangan mewajibkan mereka mesti menguasai bahasa Melayu dengan baik sebelum boleh menjadi ahli parlimen ataupun ADUN.


Katanya, walaupun perkara itu hanya pada peringkat cadangan, beliau tidak melihat mengapa ia tidak seharusnya diberi perhatian, sedangkan di negara-negara lain, bahasa ibunda didaulatkan.

Rafizi mampu spekulasikan perkara tak wujud, kata Zahid




Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, sebagai individu 'bijak' yang mampu membuat spekulasi berhubung perkara yang tidak pernah wujud.

Merujuk dakwaan PKR bahawa BN yang kini terdesak menjalankan kempen selepas jam 10 malam secara senyap di rumah pengundi di Permatang Pauh, katanya, Rafizi begitu bijak melakukan sangka buruk terhadap orang lain.

Berbogel, mahkamah benar model sambilan diikat jamin





Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan model sambilan, Persana Avril Sollunda yang didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, wanita berusia 33 tahun itu terpaksa meringkuk selama lapan hari di penjara selepas tiada individu tampil membayar wang ikat jaminnya

Majistret Siti Radziah Kamarudin juga menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Husam layak tanding jawatan nombor 1,2,3 PAS




Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kini layak bertanding tiga jawatan tertinggi dalam PAS selepas pencalonan kawasan ditutup Khamis lalu.

Menurut perlembagaan PAS, beliau boleh bertanding semua jawatan itu - presiden, timbalan presiden dan naib presiden – jawatan disandangnya sekarang.secara sekali gus, walaupun daripada sudut strategi dianggap tidak bijak.

Lelaki marah pemimpin MCA, suruh 'makan tahi'




MCA Pulau Pinang hari ini mendakwa mereka diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali selepas ceramah BN di Permatang Pauh.

Menurut Ketua Biro Publisiti MCA, Bukit Mertajam, Gui Guat Lye, kejadian berlaku pada jam 8 malam, selepas ahli exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong selesai berucap.

500 mangsa pemerdagangan manusia dibunuh




Pendatang asing yang selamat daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia di selatan Thai percaya, lebih 500 orang dibunuh di kem-kem berkenaan dengan cara ditembak atau dipukul selepas tidak mampu membayar tebusan.

Portal berita Nation melaporkan, seorang pendatang asing, Kuramia menyatakan, dia dipaksa membayar tebusan sebanyak 95,000 baht atau RM10,256 untuk membebaskan anak saudaranya, Kazim yang ditahan di kem itu, namun pemuda berkenaan telah dibunuh.

Kazim adalah seorang daripada 26 mayat yang ditemukan di kawasan perkuburan besar di Sadao, Songkhla pada minggu lalu.

10 pendatang ditemui mati dekat Libya




Pengawal pantai dan tentera Itali serta kapal laut komersial bekerjasama bagi menyelamatkan pendatang yang berada dalam sekurang-kurangnya 16 bot.

Ratusan orang berjaya diselamatkan dan pihak berkuasa menjumpai 10 mayat terdampar berhampiran pantai Libya ketika penyeludup mengambil keselamatan sewaktu laut tenang untuk menghantar kapal yang padat dengan pendatang bagi menyeberang Mediterranean.

Dua dibunuh ketika pameran kartun Nabi Muhammad





Sebuah kumpulan anti-Islam bertindak biadap dengan tidak memperdulikan bantahan supaya tidak menganjurkan pertandingan melukis gambar kartun Nabi Muhammad SAW, di Garland, Texas.

Mereka mendakwa penganjuran itu atas dasar kebebasan bersuara. Bagaimanpun, tindakan itu mengundang dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan di luar tempat pameran kartun itu sebelum polis menembak mati kedua-dua mereka.

Seramai 7,276 orang mati, ratusan ribu rumah musnah




Nepal mengumumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat berakhir dengan mengesahkan 7,276 orang terkorban manakala 14,362 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang menggegarkan negara Himalaya itu pada 25 April lalu.

Selain itu, sejumlah 200,552 rumah musnah sama sekali dan 186,285 rosak sebahagian. Beliau berkata setakat ini, 58 warga asing terbunuh, 52 cedera manakala 112 orang lagi dilaporkan hilang.

Berikut visual kemusnahan di Nepal oleh Mercy Malaysia yang turut sama dalam bantuan kemanusiaan.

Dr Jitendra kembalikan senyuman kanak-kanak Nepal





Misi utama Mercy Malaysia yang dikejarkan ke Nepal kira-kira seminggu lalu adalah menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan dan ubat-ubatan kepada rakyat negara itu yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.

Namun, bagi exco Mercy, Dr Jitendra Kumar, beliau mempunyai tugas khas iaitu mengembalikan senyuman kepada ribuan kanak-kanak yang dirundung ketakutan dan trauma akibat bencana alam itu.

Kazim: Golongan tolak hudud zalim, cenderung ke neraka




Pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias, yang berkempen untuk Umno/BN di Permatang Pau, malam semalam menyifatkan golongan yang menolak hukum hudud sebagai zalim.

Beliau yang memetik ayat al-Quran berkata, mereka yang menolak hudud juga cenderung ke arah api neraka.

Mukhriz dakwa pembangkang amal nepotisme





Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata amalan nepotisme tidak pernah berlaku pada keluarganya sewaktu bapa beliau Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Berbeza dengan pembangkang, Mukhriz mendakwa amalan tersebut bukan sahaja berlaku dalam parti pembangkang malah turut di bawa ke pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Jangan harap Mahathir sokong Pakatan, kata Mukhriz




Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hari ini berkata bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, meskipun Dr Mahathir sering memberi pandangan berbeza dengan kepimpinan BN namun beliau yakin bapanya masih mahukan kemenangan untuk BN pada pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Rompin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan