Cari Artikel

Monday, May 4, 2015

Wakil kelab Myvi FMC tampil beri penjelasan






Wakil kelab Myvi FMC (Familia Myvi Club) telah datang menziarahi keluarga mangsa di majlis tahlil bagi memberi penghormatan dan bekerjasama memberi penjelasan berkenaan insiden kemalangan di lebuh raya DUKE.

Kelab Myvi jumpa saudara mangsa kemalangan maut






Wakil Familia Myvi Club tampil menemui keluarga mangsa bagi menjelaskan kedudukan mengenai insiden kemalangan maut di lebuh raya DUKE.



Kelab itu turut menyatakan kesediaan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan ahli keluarga susulan daripada kejadian itu.

Suspek kes dera bayi lapan bulan disiasat






Polis tidak menolak kemungkinan kesan lebam dan kecederaan yang dialami bayi lapan bulan yang meninggal dunia pada Sabtu adalah akibat didera.



Perkara itu dimaklumkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, Ia berdasarkan siasatan awal pihak polis dan pakar perubatan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Penantian bagi mendapatkan rumah bakal berakhir






Nasib penduduk yang kehilangan tempat tinggal ekoran banjir besar melanda Gua Musang, Kelantan tahun lalu bakal terbela tidak lama lagi.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff berkata, sejumlah 6 juta ringgit diperuntukkan bagi membina kediaman kekal untuk mangsa terjejas.

#RoyalBaby Trending di Malaysia






#RoyalBaby menjadi topik trending Twitter di Malaysia apabila 729 ribu tweet berbicara mengenai berita bahawa isteri Putera William, Kate Middleton selamat melahirkan bayi perempuan petang semalam.



Kegembiraan itu tempias juga di Malaysia susulan kelahiran pewaris keempat takhta Diraja Britain berkenaan.

Polis pantau suasana kempen PRK Permatang Pauh






Polis Pulau Pinang membuka lima kertas siasatan berhubung beberapa insiden sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sejak 25 April lalu.

Perkembangan kempen PRK Parlimen Rompin






Bersama Mohd Syumaimi Rameli, Timb. Majlis Belia FELDA Malaysia, bagi membincangkan berkenaan perkembangan kempen PRK Parlimen Rompin.

Janji BN bukan gula-gula rakyat






Tawaran pembelian rumah secara sewa beli pada harga 90 ribu ringgit kepada generasi baru FELDA di kawasan Parlimen Rompin bukan untuk menggula-gulakan rakyat.



Sebaliknya, apa yang dijanjikan adalah bertujuan bagi menambah baik usaha murni yang dijalankan FELDA selama ini.

Projek PGBF bela nasib golongan belia FELDA






Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim pula menegaskan, kelulusan pembinaan Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) Pada harga serendah 90 ribu ringgit, menyusul selepas ia didesak Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Jenayah jalan raya : Perspektif Syariah






Astro AWANI membincangkan hukuman setimpal ke atas pesalah jalan raya di segi perspektif dan konteks Syariah bersama Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, USIM.

Kemalangan maut di DUKE: Reaksi ahli keluarga mangsa






Masih mengenai insiden kemalangan di lebuhraya DUKE pada Sabtu lalu.



Seorang ahli keluarga Allahyarham Fairuz Nizam Husin, memaklumkan terdapat individu mengaku berada dalam jaringan Familia Myvi Club (FMC) ingin bersemuka bagi menjelaskan beberapa perkara berhubung insiden itu.



Rakan setugas Hamzah Hamid berada di rumah keluarga allahyarham bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini.

Kemalangan DUKE: Reaksi netizen terhadap rakaman CCTV






Susulan kes kemalangan di lebuhraya DUKE awal pagi Sabtu, rakaman kamera litar tertutup atau CCTV pula mula tersebar di media social.



Rakaman CCTV kes kemalangan di lebuh raya DUKE awal pagi Sabtu sepanjang 16 saat itu mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.

Saksi kejadian kemalangan DUKE tampil bantu siasatan






Polis menahan seorang lelaki Melayu berusia 31 tahun dan seorang wanita Melayu berusia 35 tahun berhubung kemalangan di Lebuhraya Duta-Hulu Kelang (DUKE).



Bagaimanapun kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki melapor semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu.

Cadangan banteras kegiatan lumba haram di jalan raya






Di laman Facebook rasmi Astro AWANI.com, kami meminta pandangan pengguna media sosial tentang bagaimana untuk membanteras kegiatan berlumba haram di jalan raya awam.



Cadangan berikut mungkin boleh di laksanakan bagi mengelakkan berlakunya nahas jalan raya membabitkan kegiatan lumba haram.

Adik mangsa kemalangan DUKE mahu jumpa Admin kelab Myvi






Adik bongsu Allahyarham Fairuz Nizam Husain yang maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu memohon agar ahli kelab kereta Myvi yang berkenaan datang bertemunya.



Muhammad Faizznur Asyraf Husain, memuat naik pesanan berkenaan di dalam laman Facebooknya beberapa jam lalu.

Sultan Nazrin sempurnakan Istiadat Meletak Kerja






Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35 bermula secara rasmi hari ini menerusi Istiadat Meletak Kerja di Istana Iskandariah.



Istiadat disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di hadapan panca persada di Perkarangan Istana Iskandariah, Bukit Chandan.

Kerajaan tidak pinggir usahawan PKS






Kerajaan melalui pelbagai agensi tidak pernah meminggirkan usahawan yang terbabit dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana.



Perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di Rompin.

Berkat sabar Balqis Textiles miliki jenama sendiri






Jatuh bangun dalam dunia perniagaan adalah lumrah.



Namun bagi usahawan ini, di sebalik rintangan itu beliau tidak pernah patah semangat.



Berkat kebakaran dan kecekalan, perniagaan Balqis Textiles kini berjaya menempatkan diri dalam industri tekstil negara.



Malah pengasasnya Datuk Syed Mohammed Izhaar Syed Mohammad Sebir optimis untuk untuk berada dalam kalangan usahawan melayu paling berjaya dalam industri tekstil.

Sambutan Hari Wesak turut diraikan pelancong asing






Penganut agama Buddha di seluruh negara hari ini meraikan sambutan perayaan Hari Wesak dengan mengunjungi kuil untuk upacara sembahyang dan keagamaan.



Di ibu negara kuil Maha Vihara di Brickfield turut menjadi tumpuan pelancong asing yang datang untuk sama-sama meraikan perayaan berkenaan.

Proses pengundian awal PRK Permatang Pauh lancar






Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh berjalan lancar.



Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Noordin Che Ngah memaklumkan setakat jam 12 tengahari seramai 355 orang atau 56.6 % pengundi awal telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Homedec bantu pengguna jimat sehingga 60 peratus






Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan tidak menghalang sebahagian besar warga kota membeli belah untuk barangan perhiasan rumah.



Bezanya, selepas pelaksanaan GST pengguna lebih berhati-hati dan bijak dalam membelanjakan wang mereka dengan membeli produk yang berkualiti pada harga berpatutan.

"Saya akan maklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan" - Shahidan Kassim






“Saya akan maklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan”.

Itu jawapan Datuk Seri Shahidan Kassim selepas mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dalam mesyuarat agung tahunan.

Ironinya, beliau tidak dapat kebenaran kabinet.

Vivian Hoo tidak mahu kecewa






Timbalan Kapten Skuad Piala Sudirman negara Vivian Hoo terdesak untuk memastikan kempen di Dongguan China tidak berakhir dengan kegagalan.

Sime Darby terus kempunan






Bola Sepak Liga Super.

Sime Darby terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama selepas Lions XII pamer kebangkitan di babak kedua untuk menang 2-1.

Semangat sukarelawan bantu ubah nasib kanak-kanak






Setiap orang adalah guru kepada seseorang.



Nurainie Haziqah Shafi’i, seorang peguam muda sepenuh masa.



Tetapi naluri kuat untuk memberi pendidikan kepada generasi pewaris negara membawanya tanpa gagal pada setiap Sabtu ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.



Ikuti kisah kesungguhan Nuraini mengajar anak-anak kurang bernasib dan tekadnya mengubah masa depan mereka menerusi kerja sukarelawan.

Car food sale semakin popular di Terengganu






Bermula dengan car bootsale,kini aktiviti perniagaan di kalangan generasi muda diperluaskan menerusi car food sale khusus mengetengahkan kereativiti anak Terengganu dalam pelbagai bidang.



Aktiviti yang julung kali diadakan di Pulau Warisan,Kuala Terengganu yang menghimpunkan usahawan online mendapat sambutan memberangsangkan.

Juruiring Sultan: Jadi bayang yang tidak kelihatan






Tugas sebagai Juruiring kepada sultan bukan tugas yang mudah.



Ia bukan sekadar mengiringi dan menjaga keselamatan orang kenamaan, malah tugas Juruiring lebih daripada itu.



Ikuti perkongsian pengalaman Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Perak, Tan Sri Zahidi Zainuddin yang juga bekas Juruiring Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Rakyat diutamakan dalam selesaikan isu kad prabayar






Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery berkata usaha mencari penyelesaian kepada isu kad prabayar harus menjurus kepada kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhan.



Katanya, hasil perbincangan dengan semua pihak wajar bersifat ‘menang-menang’ kepada semua sebelum dibawa ke mesyuarat kabinet untuk tindakan selanjutnya.

Undi awal PRK Permatang Pauh






Seramai 627 pemilih terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab hari ini dalam proses pengundian awal PRK Parlimen Permatang Pauh.



Dua pusat mengundi akan dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang bagi tujuan itu.

Toleransi kaum asas kestabilan Malaysia






Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sempena Hari Wesak pula mengingatkan kepentingan amalan toleransi kaum dan agama.



Menurut Muhyiddin, toleransi kaum dan agama yang diamalkan di Malaysia adalah asas keamanan dan kestabilan negara selama ini.

Suami isteri ditahan selepas bayi meninggal dunia






Seorang bayi lelaki lapan bulan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di Jitra.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata bayi itu disahkan meninggal dunia di di Hospital Sultanah Bahiyah HSB Alor Setar selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat sawan.

PM: Kerajaan terus lindungi dasar wujud bersama harmoni






Ajaran utama dan prinsip perkongsian amalan agama Buddha adalah sejajar dengan falsafah kesederhanaan.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik perhatian, ia antara usaha supaya rakyat Malaysia dipupuk supaya mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian.

Jangan jadikan masjid pentas berpolitik






Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) diminta memperkemaskan peraturan sedia ada bagi mengelak institusi masjid dijadikan sebagai pentas politik.



Perkara itu jika tidak dibendung dikhuatiri menyebabkan perbalahan serta pergaduhan yang memberi kesan buruk kepada perpaduan ummah.

Hidangan nostalgia & trending Kafe #Faramel






Masih ingatkah anda dengan kenangan makanan nostalgia seperti ais kepal, sengkuang calit atau mungkin pencuci mulut yang pernah trending seperti durian crepe dan juga ais krim pasu?



Di Kedah, pengusaha Faramel Cafe mengambil inisiatif untuk senaraikan makanan trending dan nostalgia dalam menu mereka.



Kita ke Jalan Sultanah Sambungan di Alor Setar untuk melihat sendiri idea kreatif itu.

Saksi terawal menceritakan detik cemas kemalangan DUKE






Kenderaan itu cuba mengelak tetapi tetap dilanggar lalu terpelanting.



Kami menghubungi antara saksi terawal bagi menceritakan detik-detik cemas kejadian kemalangan di lebuh raya DUKE awal pagi tadi.

Kemalangan DUKE: Netizen berang di laman sosial






Kisah nahas di lebuh raya DUKE pada awal pagi tadi yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka mengundang pelbagai reaksi di media sosial.



Pengguna di Twitter berkongsi rasa sedih dan pada masa sama turut berang selepas mengetahui punca tragedi itu berlaku.

Jentera pembajak jadi pilihan raja sehari






Pelbagai cara digunakan pasangan yang melangsungkan perkahwinan bagi memastikan ia menjadi kenangan sepanjang hayat.



Pasangan raja sehari di Kuala Nerang, Kedah memilih untuk diarak di atas jentera pembajak.

Kempen Pilihan Raya Kecil Rompin






Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin oleh parti politik yang bertanding semakin rancak dengan kesemua calon masing-masing membawa mesej dan agenda tersendiri.



Wartawan Syah Hairizal berada di kawasan parlimen itu bagi melihat lebih dekat senario kempen pada kali ini.

Kos sara hidup tinggi halang FELDA miliki rumah sendiri






Sementara itu generasi kedua FELDA ketika ini ada yang merasakan terpinggir dari arus pembangunan negara.



Kos sara hidup yang semakin meningkat telah mengakibatkan sebahagian mereka terpaksa memendam rasa untuk memiliki sebuah rumah.



Dalam pada itu, sedar dengan keluh kesah generasi baru mengenai pemilikan rumah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, FELDA sudah membuat penilaian semula bagi memberi peluang mereka memperoleh rumah.

Perhimpunan GST jejas imej negara





Tindakan individu yang berhimpun bagi membantah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) pada Jumaat di ibu negara memberi gambaran buruk terhadap negara seolah-olah Malaysia tidak aman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya mengesan terdapat beberapa individu melakukan kegiatan vendalisme dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka.


KKMM naiktaraf penggunaan internet awal tahun depan






Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menaiktaraf capaian penggunaan internet di kampung selewat-lewatnya awal tahun depan.



Perkara tersebut dibuat selari dengan Rancangan Malaysia Ke-10 yang memfokuskan capaian internet.

Ahli PKR Selangor tak setuju pencalonan Wan Azizah






Sekumpulan ahli PKR Selangor yang menggelarkan diri mereka sebagai Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK) hari ini membantah pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh.



Menurut Presiden mereka Mazli Saring, Dr Wan Azizah seharusnya fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Kajang daripada bertanding untuk kerusi parlimen Permatang Pauh.

'Jangan ingat Cina, India tak sokong BN'






Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak tanggapan Pakatan Rakyat bahawa pengundi Cina dan India tidak menyokong BN.



Katanya, Walaupun undi masyarakat India dan Cina menurun pada pilihanraya yang lalu, beliau optimis rakyat mahukan satu perubahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan