Cari Artikel

Saturday, May 2, 2015

RELA bantu kekang ancaman pengganas






Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diseluruh negara akan membantu pasukan keselamatan menanggani ancaman pengganas di negara ini.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata anggota RELA akan ditempatkan di lorong tikus di kawasan sempadan negara bagi membantu mengesan militan IS yang cuba masuk atau keluar dari negara ini.

Kes kesalahan berkaitan GST mula didakwa






Lima lagi peniaga akan dihadapkan ke mahkamah minggu hadapan atas dakwaan sengaja menaikkan harga barangan sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), 1 April lalu.



Lima kes iaitu di Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan adalah daripada tujuh kertas siasatan yang sudah siap dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

UMNO tidak terlibat dalam protes ahli PAS






Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan terdapat sebilangan ahli PAS yang diupah UMNO untuk melakukan bantahan terhadap PKR dan DAP.



Ahmad Zahid sebaliknya mendakwa ahli dan penyokong PAS berbuat demikian adalah kerana tidak lagi mempercayai PKr dan DAP susulan perbezaan pendapat mengenai pelaksanaan Hudud.

Sultan Nazrin sebak kenang ayahanda di majlis pelancaran buku






Suasana majlis pelancaran buku 'His Royal Highness Sultan Nazrin Shah; Reflections and Recollections' berubah wajah apabila semua para hadirin tertunduk sebak tatkala Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah.



Dalam nada sebak, Sultan Nazrin bertitah kejayaan dan kemuliaan baginda hari ini adalah kurniaan Allah SWT.



Titah baginda, individu yang paling utama dalam kejayaannya adalah Almarhum Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.



Pada nada suara yang sebak serta air mata yang bergenangan, jelas Sultan Nazrin begitu menyanjungi almarhum ayahanda baginda.

Pasangan raja sehari menaiki traktor






Pasangan raja sehari di Kuala Nerang, Kedah mengabdikan majlis perkahwinan mereka dengan menaiki jentera pembajak (traktor) yang dihiasi bunga-bungaan agar kelihatan menarik bagi tatapan pengunjung.



Pasangan Mohd Amirul Firdaus Azizan dan Nor Saidahtul Afia Rosli masing-masing berusia 19 tahun mengadaptasikan konsep tersebut bagi meraikan tempoh percintaan yang panjang selain traktor sebagai simbolik kedah sebagai jelapang padi malaysia.

Kumpulkan peniaga di bawah satu bumbung






Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal melancarkan consept Store di Empire Damansara tidak lama lagi.

Pelancaran buku sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35





Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan buku ‘His Royal Highness Sultan Nazrin Shah Reflections And Recollections’, mengandungi artikel yang dihasilkan penulis dari dalam dan luar negara yang mengenali Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Kempen Pilihan Raya Rompin rancak






Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin P091 semakin rancak berlangsung ketika ini.



Fokus rakyat pada hasil pilihanraya ini pastinya adalah kesejahteraan mereka.

Warga kota rasai derita mangsa banjir






Simpati dengan nasib mangsa banjir yang masih menunggu penempatan kekal, lebih 50 orang guru dan pelajar bersama ahli keluarga masing-masing memanfaatkan cuti selama tiga hari dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Anak hilang selama dua tahun






Sepasang warga emas dari Felda Kerteh Dua, Dungun hidup tidak keruan selepas anak mereka Muhammad Ridzuan Salleh hilang tanpa berita sejak dua tahun lalu.

Dua lagi ditahan Perhimpunan Bantah GST






Dua lagi individu ditahan menjadikan keseluruhan tangkapan 32 orang sehingga awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan Bantah GST di ibu negara, semalam.

Frost minta semua pihak bertenang






“Tenang dan biar saya uruskan semua”



Itu suara yakin Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost yang berjanji lakukan yang terbaik bantu jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei baiki kedudukannya dalam senarai ranking dunia BWF.

Gandingan penerjun negara bangkit






Terjun Siri Dunia Ke-4 di London.



Gandingan penerjun negara, Cheong Jun Hoong/ Leong Mun Yee bangkit tebus kekecewaan gagal raih podium di Kazan minggu lalu dengan meraih pingat Perak acara 10 meter platform seirama wanita.

Kucing baka bermutu jadi pilihan peminat haiwan






Harga bukan penghalang bagi peminat kucing untuk mendapatkan kucing yang mencecah ribuan ringgit.



Bagi Pengarah Urusan Imadi Pet, Ismail Mohd Ali, pihaknya merasa bangga kerana dapat mencetuskan industri itu untuk terus berkembang.



Pembelian kucing baka bermutu kini semakin dapat tempat di Malaysia.

Multi tasking jejas memori manusia






Realitinya, tiada siapa boleh mengelak untuk bekerja melakukan kepelbagaian tugas atau multi tasking. Hakikatnya, ia menjadi satu keutamaan masa kini.



Namun, adakah melakukan pelbagai tugas itu boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan individu terbabit.

Panca Persada Berkubah simbolik Istana Iskandariah






Panca Persada untuk kegunaan Istiadat Siram Tabal sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kini hampir siap sepenuhnya.



Jabatan Kerja Raya (JKR) kini melakukan persiapan akhir serta menghias Panca Persada sebelum sedia digunakan pada malam 7 Mei.

Polis dapati perhimpunan bantah GST langgar peraturan






Polis mendapati penganjur perhimpunan bantahan GST di ibu negara melakukan perlanggaran undang-undang.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pelbagai kesalahan telah dibuat penganjur dan pihaknya telah membuat dokumentasi perhimpuan melalui rakaman gambar serta video.

Kerajaan sentiasa jamin hak pekerja dalam negara






Kerajaan komited untuk terus membela hak pekerja sebagai tanda kesungguhan menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi.



Bagi tujuan itu, kerajaan akan memperkenal dan melaksanakan beberapa pendekatan baru, termasuk sistem insurans pekerjaan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu pembentangan Bajet 2015.

Jentera BN perlu terus bersatu hati






Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussin mengingatkan jentera Barisan Nasional Permatang Pauh supaya terus bersatu dan memastikan jentera terus aktif bagi membantu kempen sehingga hari pengundian 7 Mei ini.

Tadbir negara dengan baik dan seadil mungkin






Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata beliau akan mentadbir negara dengan baik dan seadil mungkin agar Malaysia dibawah pimpinannya mencapai tahap kemajuan kejayaan seperti dituntut Islam.



Menurutnya, beliau akan menjalankan amanah yang diberi dan lebih daripada itu, menunaikan tanggungjawab terhadap Allah sebagai pemimpin.

Kad prabayar: Hanya Shabery boleh buat pengumuman – PM






Hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diberi kuasa untuk mengumumkan kepada rakyat sebarang perkembangan terkini mengenai isu kad prabayar yang menjadi kontroversi akhir-akhir ini.

Harga petrol: Pengguna media sosial luah rasa syukur






Pengumuman harga runcit petrol Ron95 dan Ron97 serta diesel bagi bulan Mei 2015 yang dikekalkan pada paras semasa telah meredakan tekanan dalam masyarakat.



Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam, harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut.

Penyampai berita Ashwad Ismail & Raja Nadia bernikah






Penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail diijab qabulkan hari ini.



Dengan sekali lafaz Ashwad selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Raja Nadia Salwana atau lebih dikenali sebagai Nana, yang juga merupakan penerbit kepada stesen radio ERA FM.

Sumbangan wanita Malaysia signifikan dalam pembangunan lestari






Kepelbagaian etnik di Malaysia menjadi tumpuan para sarjana Institut Teknologi Massachusetts, MIT, Amerika Syarikat dalam kajian berkaitan pembangunan lestari.



Sumbangan wanita Malaysia begitu signifikan dalam pembangunan lestari sehingga diangkat dalam sebuah pameran bertemakan "Female Faces In Sustainable Places" bertempat di Walk Gallery, Sekolah Alam Bina dan Perancangan, kampus utama MIT di Cambridge, Amerika Syarikat.



Bagi membicarakan mengenai perkara itu, bersiaran secara langsung dari Boston, Amerika Syarikat menerusi Skype, Editor Eksekutif Astro Awani, Nazri Kahar.

Proses kelulusan permit pelan pembangunan dipercepatkan






Proses pengurusan dan meluluskan permit pelan pembangunan sektor pembinaan dipercepatkan kepada 37 hari berbanding 90 hari sebelum ini bagi mengurangkan kos pemaju di Malaysia.



Penambahbaikan yang telah dibuat jabatan kerajaan tempatan itu turut mendapat pengiktrifan daripada bank dunia.

Kutip bola, jumpa mayat berulat






Sekumpulan pemain bola sepak yang menjalani latihan terkejut dengan penemuan mayat lelaki warga asing dalam keadaan berulat dalam sebuah longkang di padang bola sepak Penjara Alor Setar berhampiran Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.



Mayat mangsa berusia 30-an itu ditemui selepas seorang 'Kitman' pasukan itu mahu mengutip bola yang terjatuh dalam longkang.

Kesesakan luar biasa: Reaksi Ketua Jabatan Keselamatan Trafik PLUS






Bagi mengetahui perkembangan lalu lintas di Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS sepanjang hari ini, bersedia di talian ialah Ketua Jabatan Keselamatan Trafik PLUS, Norbayati Manap.

Cuti Hari Pekerja: Sikap pengguna lebuhraya dipersoal






Cuti hujung minggu yang panjang bermula hari ini sehingga Isnin, menyebabkan, sebahagian besar warga kota mengambil peluang itu untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman.



Ini menyebabkan berlakunya pertambahan jumlah kenderaan di semua lebuh raya keluar dari Kuala Lumpur menghala ke utara, selatan dan Pantai Timur.



Ia turut menyebabkan kesesakan teruk sepanjang perjalanan.

Rakan setugas, Asyraf Hasnan, petang tadi, turut meninjau Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS menghala ke utara dari Kuala Lumpur.

Kesesakan luar biasa: Reaksi pengguna lebuh raya






Antara yang turut berkongsi pengalaman terkandas dalam kesesakan itu ialah bekas Ketua Pengarang Astro Awani Suhaimi Sulaiman.

Cuti Hari Pekerja: Kesesakan luar biasa






Lain pula pengalaman yang dikongsikan Editor Eksekutif Astro Awani Ali Alimin.



Menurutnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka kebiasaan hanya mengambil masa sejam 40 minit.



Bagaimanapun, kali ini beliau terpaksa menempuh kesesakan tersebut selama empat jam untuk sampai ke Melaka.

Golongan pekerja harap harga barangan terkawal






Sambutan Hari Pekerja yang disambut seluruh negara diharap menjadi titik permulaan bagi kerajaan memikirkan langkah seterusnya mengawal harga barangan agar tidak membebankan rakyat, khususnya di luar bandar.



Rata-rata orang ramai ditemui di Kota Bharu, berharap harga barangan dapat diturunkan dengan segera demi menjamin masa depan yang lebih sejahtera.

Pengundi perlu pilih pemimpin yang taksub bela rakyat






Pengundi di Rompin, Pahang dan Permatang Pauh, Pulau Pinang perlu bijak dengan memilih pemimpin yang benar-benar taksub untuk membela rakyat.



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mereka perlu membudayakan pemilihan pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah rakyat di kedua-dua parlimen itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 5 dan 7 Mei ini.

Manifesto BN diyakini mampu ubah hidup rakyat






Barisan Nasional (BN) yakin Manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat seandainya memenangi kerusi itu pada 7 Mei ini.



Ini memandangkan parti itu bersungguh-sungguh untuk membantu penduduk di parlimen tersebut yang sekian lama dahagakan perubahan dan pembangunan.

Personaliti pelbagai dalam Ceria Popstar musim ketiga






Ceria Popstar kini telah memasuki musim yang ketiga. Persaingan semakin herbat. Apatah lagi setiap peserta punyai suara yang hebat.

Izara Aishah tak mahu baca novel, takut keliru






Filem ‘Pilot cafe’ memang hangat diperkatakan. Ramai juga yang memuji lakonan berkesan pelakon utama iaitu Izara Aishah.

Tauke telah ambil tindakan untuk bersihkan nama






Cerita tentang Tauke yang selalu dituduh mengganggu wanita dengan meminta gambar peribadi mereka. Tauke menafikan sekeras-kerasnya dan telah tampil membuat laporan polis untuk membersihkan namanya.

Nadia Aqilah akui kini lebih matang






Ramai yang mengenali pelakon Nadia Aqilah selepas beliau berjaya membawa watak Zaiton Sameon di dalam filem ‘Autobiografi Zaiton’. Dia juga sebenarnya dahulu merupakan seorang penyanyi bersama dengan kumpulan Lushes. Adakah beliau punyai rancangan untuk bergiat aktif semula di dalam bidang nyanyian?

Maulid Akbar: Selebriti ajak berselawat






Program Maulid Akbar sememangnya satu langkah yang mulia untuk mengajak orang ramai berselawat. Ramai juga selebriti yang bakal terlibat di dalm program ini yang dikira salah satu cara berdakwah.

RMK-11: Tahap kemahiran pekerja dipertingkat






Tumpuan Rancangan Malaysia Ke-11 akan lebih terarah kepada usaha meningkatkan tahap kemahiran pekerja di samping menambah produktiviti negara.



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata kerajaan akan memberi lebih penekanan kepada aspek latihan vokasional yang turut membabitkan kerjasama sektor swasta.

Cuti tanpa rekod penjawat awam bagi urusan kematian






Berkuatkuasa pada 1 Julai, kemudahan cuti tiga hari bagi urusan kematian anggota keluarga terdekat akan diberikan buat penjawat awam.



Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2015 di Pusat Konvesyen Borneo Kuching.

DAP beri MCA 24 jam sahut cabaran debat terbuka GST






DAP Pulau Pinang hari ini memberi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun, 24 jam untuk menyahut cabaran supaya mengadakan debat terbuka mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh yang juga exco kerajaan negeri berkata jika pemimpin wanita MCA itu gagal menyahut cabaran, maka beliau akan dilabelkan sebagai seseorang yang 'ahli politik yang bankrap'.

DAP nafi jentera p'raya PKR di Pauh Pakatan bermasalah






Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menafikan partinya tidak berpuas hati dengan jentera pilihan raya PKR dalam kempen di parlimen Permatang Pauh.



Sebelum ini, DAP didakwa kecewa dengan kurangnya sokongan daripada PKR, terutama ketika berkempen untuk menarik undi di kalangan masyarakat India.

Suarakini: Mengapa kami berdemo bantah GST?






Kinitv mengadakan tinjauan rambang di kalangan peserta demo Himpunan #BantahGST di Kuala Lumpur hari ini.



Sebahagian besar, berkata mereka menyertai himpunan itu bagi mendesak kerajaan memansuhkan cukai baru yang didakwa mencengkam rakyat.

Penyokong PAS demo anti-PKR di Pulau Pinang






Ketika penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang lain pula keadaannya.



Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mendakwa masalah dalaman di Permatang Pauh telah selesai, di peringkat bawahan perasaan tidak puas hati ternyata belum reda.



Sekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap pemudanya AMK berkaitan hudud.

5:00pm: Ya Allah, berikan kami kekuatan lawan GST






Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat membacakan deklarasi anti-GST dan ini diikuti dengan tokoh ulama parti itu, Ahmad Awang yang memimpin bacaan doa.



Beliau meminta Allah memberikan mereka semangat jihad, dengan semangat Tok Janggut untuk melawan GST.

'Peserta demo perlu sabar, GST stabil dalam 6 bulan'






Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan menasihatkan lebih 20 ribu peserta demo #BantahGST di Kuala Lumpur yang menuntut cukai GST dimansuhkan supaya mendapatkan maklumat yang sebenar.



Katanya, mereka perlu faham bahawa GST hanya akan stabil dalam masa enam bulan.

4:45pm: Ucapan PAS, PKR, DAP bidas GST






Orang ramai yang berkumpul di bangunan KLCC mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang membidas cukai GST.



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut menyelar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan supaya masuk sekolah semula kerana tidak faham GST.

Ahmad akur arahan hanya Shabery ulas isu top-up








Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan akur dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung GST kad pra bayar atau top-up.



Sebelum ini, timbul kekeliruan apabila Shabery mengumumkan syarikat telekomunikasi tidak akan kembali mengenakan harga lama seperti sebelum penguatkuasaan cukai.



Bagaimanapun, Ahmad Maslan pula berkata syarikat telco mesti mengenakan harga lama.

4:20pm: Video anarkis tolak menolak dengan Unit Amal PAS






Kumpulan anarkis yang berbaju hitam itu melepaskan bom asap ataupun suar walaupun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.



Mereka yang menutup muka kemudiannya bertekak dengan Unit Amal PAS yang cuba mengawal keadaan sebelum bertindak meninggalkan kawasan itu.

Dakwa terabai, cawangan Umno di Guar Jering bubar






Ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh hari ini mengumumkan pembubaran cawangan itu kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada Umno bahagian.



Bekas ketua Umno cawangan itu, Asri Ahmad berkata, semenjak 2006, cawangan Guar Jering Jering Jaya sering diabaikan oleh Umno kawasan Permatang Pauh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan