Cari Artikel

Friday, May 1, 2015

MUST dan Jabatan Statistik mahu lahirkan saintis data






Melahirkan saintis data. Itu matlamat utama pembangunan kapasiti modal insan bidang statistik di Malaysia. Namun usaha itu perlu bermula dengan memberikan pendedahan statsitik lebih luas kepada pelajar.



Menyedari kepentingan itu, Malaysia University Of Science and Technology atau MUST bekerjasama dengan jabatan statistik negara bagi membolehkan pelajar mendapat akses data yang lebih luas. Kerjasama itu menjadikan MUST universiti swasta pertama menjalinkan kerjasama tersebut.

FAMA rekod RM10 juta jualan buah di pasar raya






Usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bekerjasama dengan pasar raya hiper di negara ini mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan nilai jualan mencecah RM10 juta pada tahun lepas.



Timbalan Ketua Pengarah FAMA Rohizad Ridzwan berkata melalui inisiatif itu juga harga buah yang dijual lebih murah sehingga 20 peratus berbanding penjualan melalui orang tengah.

Sumbangan pekerja jadi asas utama pembangunan negara






Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sumbangan golongan pekerja di negara ini menjadi asas utama kepada pembangunan ekonomi negara di bawah dasar transformasi nasional yang diperkenalkan kerajaan.



Beliau berkata tanpa pekerja, segala perancangan kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pasti tidak akan menjadi kenyataan.

Harga petrol Ron95, Ron97 dan diesel kekal bagi Mei






Harga runcit petrol Ron95 dan Ron97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa. Ia tidak akan kekal bagi bulan ketiga berturut-turut.

Temuramah Dewi Remaja: Elly Arifin jelaskan isu sebenar






Menurut Elly Arifin, video tersebut sememangnya dirancang untuk menguji mental peserta Dewi Remaja ketika berhadapan dengan media.

Kilauan Emas 5 minggu ke-3






Penyingkiran Kilauan Emas diteruskan di minggu ke-3. Minggu ini Asmah yang terkenal dengan irama melayu telah tersingkir setelah cuba membawa genre rock.

KJ: Prestasi sukan negara merundum






Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan prestasi sukan di negara ini merudum, besar kemungkinan pengaruh daripada kepimpinan yang lemah.

Bina parit atasi masalah gunung berapi






Di Chile, pihak berkuasa membina parit di tepi jalan raya di Porto Mont dalam usaha langkah keselamatan daripada letusan gunung berapi Calbuco.



Gunung berapi Calbuco terus aktif dengan beberapa letusan yang berlaku menghamburkan awan abu setinggi 2 ribu meter.

Kim Swee ambil pendekatan selamat






Jurulatih bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengambil langkah selamat dengan hanya memanggil pemain sama untuk menjalani sesi latihan terakhir ke Sukan Sea.

Penjualan harga asal kad tambah nilai prabayar ditunda






Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini mengumumkan penangguhan penjualan kad tambah nilai prabayar mengikut harga sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan.



Keputusan itu dibuat sehari selepas JKDM mengumumkan pelaksanaan harga kad prabayar yang kekal seperti sebelum GST berkuatkuasa esok.

Gempa Nepal: Dua mangsa terselamat dalam runtuhan






Perkembangan bencana Gempa Bumi Nepal.



Selepas lebih lima hari bersambung nyawa di bawah runtuhan, dua mangsa dapat diselamatkan.



Mangsa merupakan seorang lelaki dan wanita kini dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan.

Gempa Nepal: Rakyat Nepal perlukan bantuan makanan segera






Misi bantuan diteruskan di Nepal dengan bekalan makanan dan ubat-ubatan dihantar kepada kawasan pedalaman.



Kebanyakan pasukan misi perlu melalui jalan sukar kerana struktur tanah yang tidak stabil.

Multi tasking relevan atau sebaliknya?






Menyedari keperluan mewujudkan suasana kerja lebih efisyen segelintir majikan memilih untuk tidak mahu menambah bilangan tenaga kerja.



Sebaliknya menggalakkan pekerja melakukan kepelbagaian tugas atau multi tasking.



Namun bagaimana pula penerimaan dalam kalangan pekerja?

Dari hati, turun ke titah, itulah Sultan Nazrin






Mula rapat dengan keluarga diraja Perak sejak tahun 1993, beliau merupakan antara individu yang berperanan dalam menganalisis titah-titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.



Selain sering berkongsi idea dan pandangan bersama Sultan Nazrin, beliau juga merupakan antara individu yang mengenali personaliti baginda.



Astro awani mendekati Datuk Seri Mohamad Annuar Zaini, Ahli Dewan Negara Perak.

Najib ucap terima kasih kepada pekerja






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan penghargaan beliau kepada semua warga pekerja.

Imbuhan kepada guru yang memiliki kelayakan tinggi






Warga pendidik digalakkan menyambung pengajian hingga ke peringkat lebih tinggi dalam usaha memberikan pendidikan yang lebih baik kepada anak didik mereka.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, warga pendidik sebagai ejen pelaksana dan perubahan, dapat memainkan peranan demi memastikan usaha melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

Dr. Mahathir harap pengundi beri sokongan kepada BN






Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin adalah calon yang tepat bagi memastikan kemenangan bn dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.



Katanya walaupun tidak turun berkempen beliau tetap berharap pengundi dapat memberikan sokongan padu kepada calon berkenaan.

Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di Facebook






Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan jenayah pemalsuan berjaya ditangkap pihak berkuasa Montana, Amerika Syarikat.



Semuanya gara gara tindakannya tertekan butang 'like' pada muat naik mengenai dirinya sendiri di Facebook.

PDRM sedia hadapi Pertabalan Sultan Perak






Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Polis Diraja Malaysia mengerahkan lebih seribu lima ratus pegawai dan anggotanya.



Bakal berlangsung dari 3 hingga 17 Mei ini, PDRM fokus kepada kawalan dari segi keselamatan kenamaan, orang ramai termasuk lalu lintas.

Astro Awani meninjau pasca gempa Nepal






Bagi memberi liputan terkini operasi kemanusiaan pasca gempa bumi di Nepal, wartawan digital Astro Awani, Mariah Ahmad akan berlepas ke Kathmandu, esok.



Mariah kini sudah bersedia di bilik berita untuk berkongsi persediaan dan perancangan liputannya di Nepal nanti.

Istiadat Pertabalan Sultan Perak: Persiapan media berjalan lancar






Media memainkan peranan penting dalam memberi maklumat terkini serta liputan menarik pada Istiadat Pertabalan Sultan Perak kali ini.



Bagi memudahkan wakil media membuat liputan istiadat bersejarah itu, sebuah pusat media diwujudkan di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah yang akan beroperasi bemula 3 hingga 10 Mei depan.

Ahmad Maslan tidak patah semangat terus bercakap #GST






Nama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan terus trending di platform Twitter hari ini.



Ahmad menerusi tweet terbarunya menegaskan walaupun pelbagai cacian dan tohmahan dilemparkan kepadanya, beliau tidak patah semangat untuk terus memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

Pasca banjir Kelantan: Perkembangan proses pemulihan






Muhafandi Muhammad meninjau proses pemulihan untuk mangsa-mangsa banjir, khususnya membina semula rumah-rumah penduduk yang rosak.

Jangkitan kencing tikus pasca banjir, terkawal






Kementerian Kesihatan mengesan peningkatan bilangan kes jangkitan kencing tikus selepas pasca banjir di Kelantan.



Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata, jangkitan penyakit itu, bagaimanapun dapat dikawal penularannya daripada menjadi wabak.

Tun M harap calon di Permatang Pauh dapat sokongan






Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin adalah calon yang tepat bagi memastikan kemenangan BN dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.



Katanya walaupun tidak turun berkempen beliau tetap berhadap pengundi dapat memberikan sokongan padu kepada calon berkenaan.

Proses pengundian awal PRK Rompin lancar






Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin berjalan lancar dengan dua daripada empat pusat pengundian ditutup awal.



Pusat pengundian di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek, Pulau Tioman ditutup pada jam dua petang.

JPJ Kelantan periksa cermin gelap mulai esok






Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan menjalankan operasi penguatkuasaan penggunaan cermin gelap mengikut spesifikasi baru bermula Jumaat.



Sebelum ini, penguatkuasaan cermin gelap ditangguhkan hampir enam bulan bagi memberi peluang kepada pemilik kenderaan memperbaiki kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan masing-masing mengikut spesifikasi ditetapkan.

OP Roda tingkat keselamatan pelajar sekolah






Dalam sidang media sama Fuad turut mengumumkan akan melaksanakan sebuah lagi operasi yang dipanggil OP Roda.

Manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh






Barisan Nasional (BN) melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bertemakan 'melakar sejarah baru'.



Manifesto itu menggariskan enam teras utama iaitu, ekonomi, pendidikan, kesihatan, program kesejahteraan rakyat luar bandar, pembangunan komuniti dan keselamatan.



Berikut antara intipati manifesto berkenaan.

Sukan SEA Singapura: Khir Akyazlan sedia sahut cabaran


Peninju negara, Khir Akyazlan Azmi sahut cabaran Persatuan Tinju Amatur Malaysia, PTAM untuk membutirkan emas pada penampilan ketiganya di temasya Sukan SEA.



Nur Azmi tetap hormati George Koshy


Sementara itu, calon timbalan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Nur Azmi Ahmad tetap menghormati George Koshy sebagai pencabar serius dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), bulan depan walaupun dapat pencalonan jauh lebih tinggi.





BN pastikan kebebasan beragama terpelihara


Barisan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan beragama di negara ini.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun Islam adalah agama rasmi di Malaysia namun penduduk di negara ini bebas menganut agama masing masing.



OP Warta bakal gempur 1.59 juta kesalahan trafik


Polis Diraja Malaysia akan melancarkan OP Warta dalam tempoh dua minggu lagi.



Operasi yang digerakkan setiap tahun itu akan memburu 1.59 juta pesalah trafik seluruh negara sebaik tempoh rayuan tamat pada Mei ini.



Enam dituduh cuba promosi keganasan


Enam individu dipercayai anggota militan IS di dakwa di Mahkamah Seksyen Alor Setar, Kedah pagi tadi.



Mereka yang dituduh merupakan sebahagian daripada 17 individu yang ditahan pada 5 April lalu kerana dipercayai merancang menculik VVIP, merancang untuk menyerang kepentingan kerajaan dan pusat hiburan.



Mereka juga merancang untuk merompak senjata api di balai polis dan juga kem tentera.





Kereta mewah musnah terbakar di Kampung Baru


2 kereta mewah musnah terbakar apabila bengkel kereta yang terletak di Jalan Raja Mahmud Kampung Baru terbakar lewat malam tadi. Ketika kejadian beberapa pekerja bengkel sedang mengecat kereta terbabit.





Undian awal di Parlimen Rompin lancar


Seramai 545 pengundi awal mula menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula jam 8 pagi ini. Mereka terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (Atm) dan 260 anggota polis. Sehingga 12 tengah hari tadi sejumlah 373 atau 68.4 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka.





Enam individu militan IS didakwa di mahkamah


Enam individu dipercayai anggota militan IS di dakwa di Mahkamah Seksyen Alor Setar, Kedah pagi tadi. Mereka yang dituduh merupakan sebahagian daripada 17 individu yang ditahan pada 5 aApril lalu kerana dipercayai merancang menculik VVIP, merancang untuk menyerang kepentingan kerajaan dan pusat hiburan. Mereka juga merancang untuk merompak senjata api di balai polis dan juga kem tentera.





Ceria Pop Star musim ketiga terima sambutan hebat


Ceria Popstar 3 kini kembali dengan lebih hebat. Mengekalkan Nabil Ahmad sebagai pengacara dan Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai Penaung ditambah dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dan terbaik di dalam industri hiburan tanah air iaitu Hazama, Stacy dan Ronnie Hyper Act. Setiap minggu penonton akan disajikan dengan persembahan memukau daripada peserta serta komen juri akan membuat penonton di rumah terhibur yang terdiri daripada Dato’ Ac Mizal, Zizan Razak dan Johan.



PKBM minta Shah Firdaus tangguh ke Melbourne


Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meminta atlitnya, Mohd Shah Firdaus Shahrom menanguhkan hasrat ke Melbourne, Australia 2 Mei depan bagi memberi tumpuan kepada kes rayuan doping.



Liga Malaysia: Penghijrahan pemain paling ramai


Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang berakhir pada Selasa, menyaksikan penghijrahan paling ramai dari skuad Angkatan Tentera Malaysia, ATM manakala Selangor adalah pasukan tunggal dalam saingan Liga Super yang tidak melakukan sebarang perubahan dalam skuad mereka.



Morten Frost tidak kisah jika tiada puas hati


Pengarah teknikal badminton negara Morten Frost buktikan dia tidak kisah jika perlaksanaan dasar dalam skuad negara mengundang rasa tidak puas hati pemain atau jurulatih. Mungkin ini yang diperlukan skuad negara dalam mengembalikan status selaku kuasa besar dunia.



4,339 peminjam pinjaman bakal disenarai hitam


Kerajaan negeri Perak akan menyenaraikan 4,339 nama Peminjam Pinjaman Pengajian Tinggi Anak Perak (PPTAP) di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan Credit Tip Off Service Sdn. Bhd (CTOS) jika mereka gagal membayar semula pinjaman itu dalam masa terdekat. 



Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria memberitahu, tindakan tegas itu terpaksa diambil kerana jumlah tunggakan pinjaman itu ketika ini hampir mencecah RM22 juta.





4,339 peminjam pinjaman bakal disenarai hitam


Kerajaan negeri Perak akan menyenaraikan 4,339 nama Peminjam Pinjaman Pengajian Tinggi Anak Perak (PPTAP) di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan Credit Tip Off Service Sdn. Bhd (CTOS) jika mereka gagal membayar semula pinjaman itu dalam masa terdekat. 



Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria memberitahu, tindakan tegas itu terpaksa diambil kerana jumlah tunggakan pinjaman itu ketika ini hampir mencecah RM22 juta.





Festival sukan ekstrem LXG2015 dilancarkan


Malaysia bakal mengadakan festival sukan ekstrem pertama dengan pelancaran Festival Live Xtreme Games LXG. Sirkit LXG 2015 melibatkan empat buah lokasi sebelum peserta terbaik bersaing pada pusingan akhir Festival Extreme Games Antarabangsa Langkawi penghujung tahun ini.



'Malaysian Kitchen Spring Market' kembali ke London


Selepas kejayaan penganjuran pada edisi pertama, program Malaysian Kitchen Spring Market kembali lagi pada 2 dan 3 Mei ini di Southbank London. Program anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London akan menyaksikan sebanyak 12 restoran Malaysia dari seluruh United Kingdom mengambil bahagian.



Remaja OKU perlu bantuan tanggung perbelanjaan


Sepasang suami isteri dari kampung Padang Nyior, Mukim Tobiar memerlukan bantuan bagi menanggung perbelanjaan anak angkatnya yang menghidap penyakit sawan dan lumpuh sejak berusia setahun. Shamsul Hamat, 58, dan Rosnani Mahmud, 56, menjaga Nurul Farida Hamimi Ramli, 18, selepas ibunya meninggal dunia semasa melahirkan remaja itu di Kampung Felda Lui, Bahau, Negeri Sembilan.





GST: AG diarah percepat pendakwaan peniaga tamak


Jabatan Peguam Negara diminta mempercepatkan proses pendakwan terhadap peniaga yang didapati mengambil kesempatan menipu pengguna susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). 



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketegasan itu bagi memastikan golongan berkenaan dihukum menerusi peruntukan undang-undang sedia termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga sejuta ringgit.





Rakaman CCTV gempa bumi di Nepal


Satu video dramatik menunjukkan kejadian gempa di Kathmandu Sabtu lalu menjadi tumpuan dunia.





Bantuan kemanusiaan gempa Nepal dari luar diteruskan


Misi bantuan kemanusian Nepal diteruskan dari seluruh dunia. Pesawat Amerika Syarikat yang membawa pelbagai bantuan selepas lima hari gempa bumi yang melanda negara Nepal.



Hampir 80 rakyat Malaysia sertai IS di Syria


Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Bukit Aman memaklumkan setakat ini hampir 80 rakyat negara ini dipercayai menjadi militan IS di Syria.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan