Cari Artikel

Tuesday, April 28, 2015

BN: Kajang pun terabai, Kak Wan


Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi wakil rakyat Permatang Pauh memandangkan DUN Kajang sendiri yang disandangnya terabai, kata

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Justeru, beliau yang juga adalah timbalan pengerusi BN menasihatkan pengundi Permatang Pauh supaya bijak memilih wakil rakyat mereka.





Tinjauan dapati Najib memang 'hilang' di Pmtg Pauh


Walaupun bahang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin terasa, namun ketiadaan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghiasai poster BN seperti lazimnya menjadi misteri.



Bagi PKR, perkembangan itu ada kaitan dengan kritikan keras Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Najib berhubung kehilangan dana RM42 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Tinjauan Kinitv memang mendapati ketiadaan sebarang gambar Najib di sekitar Permatang Pauh.





Warta Perdana, 28 April: Cuma Hadi boleh nasihat 'budak' PAS


Paparan Warta Perdana Selasa, 28 April: - Hanipa Maidin mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun sendiri ke Permatang Pauh membantu Pakatan Rakyat , polis hari ini menahan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan giliran Abdullah mahu Najib jawab Dr Mahathir.



Penyampai: Mohd Haizal Yatiran

Penyunting Visual: Azudin Hidzir

Pengarah Studio: Sam Oi Tian Ping



Pengalaman yang menakutkan berdepan gempa bumi


Menakutkan dan trauma.



Itu pengalaman antara dua rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Nepal, pada Sabtu.



Pengalaman itu dikongsikan mereka sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur II, (KLIA II).





"Buat kerja masing-masing sudah lah" - Pak Lah


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kritikan demi kritikan yang berlaku dalam landskap politik negara termasuk pentadbiran kerajaan kini tidak akan membawa apa-apa kebaikan.





Pengalaman gempa di Nepal - Joyce lee


Joyce lee, warga Malaysia di Nepal menceritakan pengalamannya semasa gempa bumi di Nepal.





Sidang Kemuncak BIMP-EAGA ke-11, IMT-GT bermula


Sidang Kemuncak ke-11 Kawasan Pertumbuhan Timur Asean Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak ke-9 Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).





Rakyat Malaysia selamat tiba dari Nepal


Menakutkan dan trauma.



Itu pengalaman antara dua rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Nepal, pada Sabtu.



Walaupun panik, mereka tetap membantu menyelamatkan mangsa-mangsa gempa yang terperangkap di dalam hotel penginapan mereka di Kathmandu.



The Boh Cameronian Arts Awards 2015


Boh Cameronian Awards 2015 berlangsung di Sunway bertemakan 80-an.



Majlis cukur jambul anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia


Majlis cukur jambul anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia.





Pelakon Wanita Terbaik Boh Cameronian Arts Awards 2015


Nadia Aqilah dan Ameera Ramlee memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalm Boh Cameronian Awards 2015.



Syameel Aqmal juara SuERA


Syameel Aqmal menjuarai pertandingan nyanyian SuERA anjuran Era.fm dan membawa pulang RM10,000.





Harta Shuib Sepahtu


Segmen Harta Dalam Stor Hlive bersama Shuib Sepahtu.





Kejohanan One Silat revolusi seni baru mempertahankan diri


Arena sukan silat negara bakal saksikan satu revolusi baru buat seni mempertahankan diri itu menerusi Kejohanan One Silat.





Mike Morgan melaksanakan tugas cemerlang


“Mike Morgan melaksanakan tugas cemerlang”. 

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memuji kebijak-sanaan peguam sukan terkenal itu mengendalikan kes Chong Wei walaupun terpaksa membayar yuran guaman ratusan ribu ringgit.





Reviu Negeri Sembilan vs JDT 2


Jurulatih JDT 2, Goran Paulic akur dengan kekalahan 1-2 pasukannya ke atas Negeri Sembilan apabila 6 dari pemain utamanya tidak dapat beraksi hingga menjejaskan keseluruhan perancangan pasukannya.





DPMMKL perkenal khidmat sewa kenderaan


Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) melancarkan perkhimatan sewa kenderaan membabitkan kereta mewah,van dan kenderaan pancuan 4 roda bagi menjana pendapatan tambahan kepada DPMMKL.



Biarpun baru diperkenal, khidmat berkenaan telah menerima tempahan daripada pengusaha industri perhotelan sekitar Lembah Klang.





Pengurusan sisa kumbahan di Pulau Tioman


Program pengosongan tangki septik atau palong di Kampung Tekek, Pulau Tioman dilihat sebagai permulaan yang baik ke arah mewujudkan sistem pengurusan sisa kumbahan bersistematik di pulau itu.



Program yang pertama kali diperkenalkan itu, bermatlamat membersihkan tangki septik atau palong, bagi mengelak sisa kumbahan mencemarkan alam sekitar.





Dusun Buku jadi sumber ilmu


Kecenderungan untuk membeli, membaca dan mengumpul buku sebagai sumber ilmu mendorong seorang pesara guru mewujudkan perpustakaan persendirian yang dinamakan 'Dusun Buku'.



Bermula sejak lima tahun lalu,dusun buku mengumpulkan lebih lapan ribu tajuk buku termasuk sumbangan perpustakaan awam dan orang ramai.



74,909 syarikat wajib hantar penyata akaun GST 1 Mei


58,773 syarikat perlu mengemukakan penyata akaun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula Jumaat ini hingga 31 Mei.



Ia merupakan sebahagian daripada 74,909 syarikat yang merekodkan pendapatan bercukai melebihi 5 juta ringgit sebulan.



Gempa bumi: Angka korban gempa bumi cecah 4,000 orang


Perkembangan gempa bumi Nepal.



Pihak berkuasa Nepal mengesahkan angka terkini korban telah melebihi 4,000 orang.




ASEAN menerima pakai Deklarasi Kuala Lumpur


Asean menerima pakai ‘Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean Berorientasikan Rakyat, Asean Berpaksikan Rakyat’ apabila Sidang Kemuncak Asean ke-26 yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menutup tirai di Pusat Konvesyen Antarabangsa Langkawi, Langkawi, Kedah malam tadi.



Anwar hilang kelayakan mengundi


Bekas penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ketua umum Parti Keadilan Rakyat itu hilang kelayakan untuk mengundi berdasarkan perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan.



'Muka calon lebih penting dari Najib'


Pengarah pilihan raya BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gambar calon yang bertanding lebih penting berbanding gambar perdana menteri semasa pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.



Muhyiddin berkata, bukan sahaja gambar Datuk Seri Najib Razak tidak diletakkan di poster dan kain rentang BN, malah gambarnya sendiri pun tidak ada.



Dr M: Orang angkat sepanduk sebab dibayar - bahagian II


Tun Dr Mahathir Mohamad pada forum “Bicara Negarawan” di sebuah kelab di Taman Melawati, Selangor Sabtu lalu membidas kempen menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan membawa pelbagai sepanduk.



Katanya, mereka yang mengangkat sepanduk itu bukannya benar-benar ikhlas tetapi hanya berbuat demikian kerana dibayar.



PKR 'gelisah' Najib 'ghaib' di Permatang Pauh


PKR yang dilanda kemelut akibat pemulauan Pemuda PAS kerana menentang hukum hudud di Kelantan lebih tertarik menjadikan ketiadaan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Permatang Pauh sebagai modal kempen.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR Sim Tze Tsin, tinjauan di seluruh Permatang Pauh mendapati langsung tidak nampak gambar Najib



Kanak-kanak rayu bantuan pulihkan sekolah di Nepal


Antara bangunan yang runtuh akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal, Sabtu lalu adalah sekolah di negara itu.

Bagi pelajar yang selamat, mereka amat mengharapkan jika ada bantuan bagi membina sekolah-sekolah mereka rentetan daripada gempa bumi yang melanda Nepal ini.



'Najib sendiri kena tentukan sama ada perlu berundur'


Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menentukan sama ada dirinya perlu berundur selepas Tun Dr Mahathir Mohamad terus mendedahkan kepincangan pentadbirannya, termasuk 1MDB yang didakwa kehilangan RM42 bilion.

Ditanya wartawan bahawa apa yang berlaku ke atas Najib menyerupai nasibya, sebelum ini, beliau enggan mengulas lanjut dan percaya perdana menteri tahu apa yang mesti dilakukannya.



Pak Lah pula mahu PM jawab bidasan Mahathir


Seorang lagi tokoh negara tampil mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terus berdiam diri terhadap bidasan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Najib perlu memberi reaksi kepada kritikan Dr Mahathir kerana polemik berterusan itu, bukan sahaja membawa keburukan terhadap parti, tetapi juga masyarakat keseluruhannya.



Kematian warga kulit hitam dalam tahanan polis cetus rusuhan


Keganasan meletus di Baltimore apabila raturan perusuh memecah masuk kedai, mencuri barangan dan membakar bangunan serta mencederakan 15 polis selepas pengebumian seorang warga kulit hitam yang mati ketika dalam tahanan polis. 

Rusuhan terjadi hanya beberapa blok daripada majlis pengebumian Freddie Gray, 25 tahun, sebelum merebak hampir ke seluruh bahagian barat Baltimore, sekali gus menjadi antara tunjuk perasaan paling ganas di Amerika.



Houthi bantah serangan udara Arab Saudi di Sanaa


Penduduk di Sanaa dan penyokong pemberontak Houthi Syiah turun ke jalanan bagi membantah serangan udara pihak bersdekutu yang diketuai oleh Arab Saudi.

Sabtu lalu, serangan udara berkenaan menyebabkan sebanyak 90 orang terbunuh di selatan Yemen.

Konflik yang tercetus sejak akhir Mac lalu menyaksikan hampir 1,000 orang terkorban di Yemen.


44 mati akibat banjir, ribut di Pakistan


Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh manakala lebih 200 orang cedera akibat banjir dan ribut di barat laut Peshawar, Pakistan. 

Hujan lebat berserta ribut yang berkelajuan 75 km/jam bukan saja mengakibatkan banjir tetapi menyebabkan banyak bangunan runtuh selain pokok tumbang.

Kejadian yang dianggap sebagai luar biasa itu menyebabkan ramai penduduk terkejut serta tidak sempat mendapatkan perlindungan.



Guru sekolah Colombia protes tuntut lebih gaji


Ribuan guru sekolah kerajaan dari seluruh Colombia turun ke jalanan di Bogota buat hari keenam bagi menuntut gaji yang lebih baik.

Kerajaan sebelum ini menolak tuntutan mereka dan hanya bersedia berunding bagi meningkatkan sistem pendidikan di negara itu.


Lapan juta orang terjejas akibat gempa Nepal - PBB


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekurang-kurangnyab lapan juta orang terjejas akibat gempa kuat yang menggegar Nepal Sabtu lalu.

Justeru, kata badan dunia itu, wujud keperluan mendesak untuk barangan keperluan termasuk selimut, air bersih, sabun dan ubat.

Gempa bumi pada 7.9 skala Richter pada tengah hari Sabtu lalu menyebabkan bangunan dan rumah-rumah di Kathmandu runtuh manakala angka korban hingga kini sudah mencecah hampir 4,000 dan 6,000 cedera.



Lebih ramai pasukan antarabangsa tiba di Kathmandu


Jumlah pasukan bantuan antarabangsa mula mencurah di Kathmandu yang hampir lumpuh digegarkan gempa bumi kuat Sabtu lalu.

Mereka turut membawa peralatan canggih dan anjing pengesan dalam usaha menyelamatkan mangsa yang mungkin masih hidup walaupun tertimbus dan tersepit di celah runtuhan bangunan.



Krisis kemanusiaan landa mangsa gempa bumi


Ribuan penduduk Nepal yang berlindung di khemah-khemah sementara, dihimpit krisis kemanusiaan yang teruk berikutan gempa bumi kuat Sabtu lalu, yang mengorbankan lebih 3,000 orang dan mencederakan lebih 6,500 yang lain.

Ribuan keluarga, mangsa yang sakit dan warga tua terpaksa ditempatkan di kawasan lapang, selepas rumah mereka ranap akibat gegaran, manakala beribu-ribu penduduk lagi enggan pulang ke rumah masing-masing ekoran bimbang dengan gempa susulan.

Lebih menyedihkan, kebanyakan mangsa hanya menggunakan plastik yang dijadikan sebagai selimut untuk berlindung daripada terkena hujan dan cuaca sejuk, selain terdesak menunggu bantuan.



Runtuhan salji di Everest selepas gempa bumi di Nepal


Gempa bumi kuat yang melanda Nepal pada Sabtu lalu turut menggegarkan Gunung Everest sehingga menyebabkan runtuhan salji di gunung tertinggi dunia itu.

Setakat ini, jumlah kematian di kalangan pendaki dianggarkan sekitar 17 orang tetapi jumlah itu mungkin meningkat kerana dipercayai masih ada yang tertimbus ketika runtuhan salji.


Rakaman CCTV - saat Nepal digegar gempa bumi


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan saat Nepal dilanda gempa kuat berukuran 7.8 pada skala Richter.

Ia juga menunjukkan gambar orang ramai yang bertempiaran lari apabila mula gegaran mula dirasai di tempat awam.


BN janji peruntukan bagi Pmtg Pauh jika diberi mandat


Calon BN untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh Suhaimi Sabudin, menjanjikan peruntukan kerajaan persekutuan di Permatang Pauh sekiranya beliau diberi mandat oleh pegundi untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Katanya, dengan adanya wakil BN, suara rakyat di Permatang Pauh akan didengari oleh kerajaan dalam soal membangunkan kawasan itu.


Pengundi Cina taruh harapan calon BN


Masyarakat Cina khususnya pengundi di Kubang Semang, menaruh harapan tinggi terhadap calon Barisan Nasional pada Pilhanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini. 

Mereka berharap wakil rakyat yang bakal menerajui kawasan itu nanti dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik .


74,909 syarikat wajib mengemukakan penyata akaun GST 1 Mei depan


Sebanyak 74,909 syarikat diminta mengemukakan penyata akaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum Jumaat ini.

58,773 syarikat daripadanya perlu mengemukakan penyata secara bulanan.


Polis perketat kawalan keselamatan di lokasi sasaran


Polis memperketatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi, kerana dipercayai menjadi sasaran serangan militan IS.

Ia susulan penahanan 12 individu pada Ahad, yang merancang menimbulkan huru hara menggunakan bahan letupan buatan sendiri di lokasi tertentu.


Kedai makan disiasat jual makanan harga tinggi


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK Kelantan membuka kertas siasatan ke atas sebuah restoran yang didapati menjual harga makanan dengan harga yang tidak munasabah.

Pengarah KPDNKK Kelantan Datuk Abdul Ghani Harun berkata restoran yang terkenal menjual sup kepala ikan di Jalan Kuala Besar itu disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan