Cari Artikel

Monday, April 27, 2015

PRK Permatang Pauh: Polis buka tiga kertas siasatan


Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh sejak tiga hari lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 15 laporan berhubung pelbagai dakwaan salah laku.

Salah laku terbabit termasuk kesalahan mengadakan ceramah tanpa permit.

Jurucakap polis bagi PRK Permatang Pauh, ACP Azmi Adam berkata, polis sudah membuka tiga kertas siasatan berhubung kesalahan ceramah tanpa permit melibatkan Parti Keadilan Rakyat(PKR).



Nasihat Stephen Hawking untuk peminat Zayn Malik


Ahli fizik terkemuka, Stephen Hawking, muncul secara 3D dalam satu konvensyen di Sydney Opera House, Australia malam Sabtu lalu.

Profesor itu dijemput untuk bercakap tentang misteri alam semesta, penyakit ALS yang dideritainya dan masa depan bumi.


Perkembangan semasa warga Malaysia di Nepal


Sementara itu, kuasa usaha sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah memaklumkan pesawat TUDM C-130 hanya akan membawa pulang 110 penumpang ke Kuala Lumpur.

Keutamaan akan diberikan kepada warga Malaysia yang cedera, wanita, kanak kanak dan warga emas.

Di talian adalah , Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah.



Gempa Nepal: Cabaran UNICEF salur bantuan


Sementara itu, faktor geografi menyukarkan proses penyaluran bantuan kepada mangsa bencana.

Selain itu, tabung kanak-kanak pertubuhan bangsa bersatu UNICEF mengakui keadaan semakin kritikal.


Gempa Nepal: Reaksi selebriti di laman sosial


Korban mangsa gempa bumi di Nepal terus meningkat kepada 3,218 orang.

Laman sosial menjadi medan reaksi para selebriti terhadap bencana itu


Sidang Kemuncak Asean Ke-26 dari KL ke Langkawi


Sidang Kemuncak Asean Ke-26 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC, berakhir petang tadi dengan sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum tumpuan beralih ke Langkawi bagi program Pemukiman Ketua-Ketua Negara Asean.

Pada sidang media itu, Najib secara keseluruhannya menyifatkan sidang kemuncak itu sebagai positif, di sebalik kumpulan 10 negara anggota itu mempunyai perbezaan.

Beliau turut gembira dengan kehadiran ratusan wakil media tempatan dan asing untuk mempunyat liputan sidang kemuncak berkenaan.

Laporan lanjut sidang kemuncak itu kita akan bersama rakan setugas Asyraf Hasnan di KLCC dan Hafiz Marzukhi yang membuat liputan program pemukiman di Langkawi.


Cabaran pelaksanaan AEC


Dalam pada itu cadangan pembentukan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) menjelang hujung tahun ini menimbulkan kebimbangan mengenai kesan pasaran terbuka itu terhadap perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Antaranya, cabaran terpaksa dihadapi golongan itu mendepani saingan di peringkat Asean.

Namun Setiausaha Agung, Majlis Penasihat Perniagaan Asean, Syed Nabil Aljefri, percaya, jika cabaran dan halangan dapat ditangani dengan baik, komuniti ekonomi itu mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat, ekonomi negara dan rantau Asean secara keseluruhan.


Mengancam kestabilan Asean tiada manfaat kepada China


Sebarang cubaan untuk menjejaskan kestabilan rantau Asean terutama di kawasan Laut China Selatan tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbincangan secara membina antara Asean dan China merupakan jalan terbaik yang memberi harapan cerah kepada rantau ini.


Warta Perdana, 27 April: PAS saran usul undi tak percaya ke atas PM


Antara paparan Warta Perdana Isnin, 27 April - PAS saran kemuka usul undi tak percaya terhadap PM, Chong Wei hanya digantung 8 bulan; tamat Khamis ini dan korban gempa Nepal naik kepada 3,218 orang.


Penyampai: Prasadh Michael
Penyuntung: Azudin Hidzir
Pengarah Studio: Daniel Anthony


Rahsia Samy Vellu menang p'raya: Senyum walau ditampar


Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Velu ketika ditanya rahsia beliau berjaya memegang kerusi parlimen Sungai Siput selama 35 tahun berkata setiap calon mesti sentiasa tersenyum walaupun mereka ditampar dan sedia meminum kopi dengan pengundi.

Bagaimanapun apabila ditanya siapa bakal menang di pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei ini, beliau memberikan jawapan secara tidak langsung.


Bersemuka, bukan serang Najib, kata Samy Vellu


Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bersemuka dengan Datuk Seri Najib Razak dan bukannya menyerang perdana menteri secara terbuka.

Katanya, Najib adalah seorang pemimpin baik hati yang mudah dibawa berbincang.


Suarakini: Memang ada pembangunan di Pmtg Pauh


Walaupun Umno mendakwa kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak membawa pembangunan ketara kepada Permatang Pauh, ramai penduduk yang ditemui tidak menganggap ia sebagai isu yang tidak penting dalam menentukan undi mereka.

Bagi mereka, pembangunan insaniah dan perjuangan membela nasib rakyat daripada dasar-dasar yang mencengkam adalah lebih utama.


Kuasa tak terhad jadikan pemimpin korup - bahagian I


Tun Dr Mahathir Mohamad pada forum “Bicara Negarawan” di Taman Melawati, Selangor Sabtu lalu mengingatkan bahawa kuasa tidak terhad menjadikan pemimpin korup.

Oleh itu, katanya, ketika berkuasa, pemimpin perlu sentiasa beringat bahawa jika tidak berhati-hati mereka mungkin menyalah-gunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat itu.


‘Ahmad Maslan lebih bijak dari Mahathir’


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menempelak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Secara sinis, katanya, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menyerahkan tugas bagi menjawab segala kritikan rakyat mengenai GST kerana beliau lebih bijak berbanding Mahathir yang mahu sistem cukai baru itu dihentikan.


Umno bakal berdepan tsunami Melayu, kata Zam


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menjangkakan Umno bakal berdepan dengan 'tsunami Melayu' setelah dikecewakan pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, perkembangan itu berdasarkan rungutan pengundi termasuk dasar-dasar pentadbiran kerajaan, seperti perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menimbulkan kemarahan orang Melayu.


Pengundi rindu kepulangan saya sebagai MP, kata Azizah


Presiden PKR yang juga calon kerusi parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendakwa pengundi sudah bosan dengan dirinya.

Sebaliknya, kata beliau, Chew sepatutnya berbangga dengan pencapaian beliau sebagai wanita pertama menjadi pemimpin pembangkang.


Pesta ‘gay’ tuntut pengiktirafan perkahwinan sesama jantina


Lebih 3,000 orang berarak dalam pesta ‘gay’ di Tokyo sambil mendesak kerajaan mengiktiraf perkahwinan sesama jantina.

Mereka turut meraikan perkahwinan pasangan ‘lesbian’ secara simbolik.


Kes qazaf Anwar: Mahkamah benar peguam tarik diri


Mahamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur menerima penarikan diri ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keputusan sebulat suara itu, hakim Datuk Mahammad Ibrahim menerima permohonan bertulis Zainul Rizal bertarikh 11 Oktober 2012.

Bagaimanapun beliau menetapkan Zainul Rijal dan Anwar membayar kos berkenaan.


Ikan pari seberat satu tan ditangkap di Peru


Seekor ikan pari seberat satu tan dan selebar 8 meter berjaya ditangkap oleh nelayan di perairan Tumbes, Peru.

Ikan itu ditangkap secara tidak sengaja apabila tiga nelayan berkenaan membiarkan jaring tergantung dari bot semasa mereka tidur.


Gegaran susulan burukkan keadaan di Nepal


Satu gegaran susulan sekuat 6.7 pada skala Richter melanda Kathmandu semalam, sekali gus memburukkan usaha mencari dan menyelamat ketika angka kematian daripada bencana gempa bumi semalam mencecah lebih 3,200 orang.

Gegaran susulan kuat itu yang boleh dirasai sehingga Delhi, India, mencetuskan runtuhan salji terbaharu yang melanda Kem Satu di Gunung Everest, namun setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan.


Persemadian beramai-ramai untuk mangsa gempa bumi


Upacara persemadian beramai-ramai diadakan di Kathmandu bagi mangsa gempa bumi bagi mengelakan jasad mangsa menjadi reput dan menyebabkan berlakunya wabak.

Hampir di seluruh ibu kota ini, mangsa yang keletihan dan kebingungan selepas gempa memusnahkan rumah dan keluarga mereka.


Korban gempa Nepal naik kepada 3,218 orang


Korban gempa bumi kuat 7.9 skala Richter di Nepal pada Sabtu meningkat kepada 3,218 orang manakala 6,538 lagi cedera.

Jumlah korban sebelum ini dilaporkan pada 2,430. Kira-kira 90 orang juga dipercayai terbunuh di beberapa negara jiran termasuk India dan China.


Mangsa gempa Nepal terdesak, bantuan lambat disalur


Ribuan warga Nepal yang terdesak selepas gempa kuat 7.9 pada skala Richter Sabtu lalu yang menyebabkan hampir 2,500 orang terbunuh, terpaksa tinggal di jalan dan tempat terbuka kerana tiada tempat berlindung.

Kumpulan yang terselamat tidak berani tinggal dalam rumah kerana bimbang dengan gempa susulan yang boleh terjadi bila-bila masa manakala pasukan bantuan yang agak lambat menghulurkan bantuan menyebabkan mangsa tiada pilihan selain tidur di kawasan terbuka.


PKR cadang pohon benar Anwar mengundi


PKR mempertimbangan cadangan memohon supaya ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan untuk mengundi pada pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Bagaiamanpun kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, belum ada permohonan rasmi dibuat kerana pihaknya perlu menyemak dahulu status banduan dan undang-undang pilihan raya.


Kalau teguh, mengapa perlu julang Najib - bahagian III


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menjelaskan hujahnya mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sesuai memimpin negara ini.

Dalam bahagian akhir wawancara yang dirakamkan minggu lalu, beliau mempersoalkan tindakan menyatakan sokongan kepada Najib, jika benar kedudukan perdana menteri tidak tergugat dengan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad.


PasMa kerah 1,000 sukarelawan bantu PKR di Pmtg Pauh


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan membantu kempen PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kira-kira 1,000 sukarelawan PasMa akan berkempen memberi penjelasan tentang isu-isu semasa terutamanya isu hudud.


'Najib tak boleh jawap mana hilang dana RM14b 1MDB'


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menjawap soalannya berhubung kehilangan RM14 bilion dana syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, dana yang hilang serta hutang terkumpul syarikat itu bukan kecil jumlahnya dan sekiranya Najib tidak dihentikan, negara akan hilang lebih banyak wang.


Ikut tradisi Umno, Muhyiddin patut ganti Najib, kata Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mengikut tradisi Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti dan perdana mkenteri.

Katanya, beliau yakin Muhyiddin akan berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan sama yang dilakukan oleh Najib. Beliau percaya Muhyiddin menyedai beliau akan berdepan dengan laluan yang sama sekiranya mengulangi apa yang Najib lakukan.

Mahathir: Saya patut terus jadi PM


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada kalanya beliau terfikir bahawa dirinya patut meneruskan tugas sebagai perdana menteri bagi membetulkan perkara yang tidak betul.

Walaupun, sedih dengan keadaan negara hari ini, katanya, masa beliau sudah berlalu tetapi bersedia untuk memberikan pendapat berhubung isu-isu negara.



Saranan Dr M batalkan GST dapat sambutan gemuruh


Saranan Tun Dr Mahathir Mohamad pada forum “Bicara Negarawan” di Kelab K, Taman Melawati, Selangor pagi tadi, supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan 1 April lalu, mendapat sambutan gemuruh daripada lebih 500 orang yang mkenghadirinya.

Katanya, sistem cukai baru itu bukan sahaja mencengkam rakyat tetapi ramai pegawai kerajaan juga tidak memahaminya.


Dr M persoal 'perkhawinan abad ini' anak Najib


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri itu yang berlangsung baru-baru ini.

Berucap pada forum “Bicara Negarawan” di Kelab K, Taman Melawati, Selangor pagi tadi, beliau membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib mengadakan perkahwinan mewah yang dilabel sebagai 'perkahwinan abad ini'.


'Tak boleh kata ok jika orang kita sayangi membunuh'


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau sayang terhadap Datuk Seri Najib dan amat terhutang budi kepada bapanya, Tun Abd Razak hussein kerana melantik dirinya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun berucap pada forum “Bicara Negarawan” di Kelab K, Taman Melawati, Selangor pagi tadi, katanya, kasih sayangnya itu mempunyai batasan.


Empat penjuru: BN, PKR, 2 bebas rebut kerusi Pmtg Pauh


Pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon BN, PKR serta dua calon bebas.

BN diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, manakala PKR diwakili presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Sementara dua calon bebas itu adalah Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.


PKR calon Wan Azizah lagi di Permatang Pauh


Seperti dijangka, PKR mengumumkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Ini bermakna, Wan Azizah bakal bertanding untuk kerusi ini buat kali ketiga.

Timbalan presiden parti, Azmin Ali mengumumkan perkara itu dalam acara di Arena Seberang Perai, Seberang Jaya pada malam tadi.



Kadir bimbang cara Najib urus negara - bahagian II


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menjelaskan beliau masih yakin dengan Malaysia sebagai sebuah negara.

Tetapi dalam bahagian II, wawancaranya dengan Kinitv, katanya yang gagal hari ini adalah kempinan politik yang tidak cekap oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Warta Perdana, 24 April: Portal Umno dakwa pimpinan Pemuda mahu jatuhkan...


Paparan Warta Perdana Jumaat, 24 April - JAKIM minta peserta demo gereja patuhi undang-undang, Malaysia mahu jambatan 'lurus' ganti Tambak Johor dan Apple Watch dijual atas talian hari ini.


Penyampai: Mohd Haizal Yatiran
Penyunting Visual / Pengarah Studio: Azudin Hidzir


Ku Nan saran peserta demo contohi Sabah, Sarawak


Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor mahu peserta demonstrasi tersebut mencontohi masyarakat Sabah dan Sarawak dalam pemupukan perpaduan nasional.

Mengambil contoh gereja Good Shepherd Lutong dan Masjid An-Naim, Miri, katanya,di Sabah dan Sarawak, kedua-dua rumah ibadat berlainan agama itu bukan sahaja terletak bersebelahan tetapi penduduk setempat turut berkongsi kemudan tempat meletak kenderaan.


Umno sedang kenal pasti ahli sertai demo anti-salib


Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor memaklumkan parti itu sedang meneliti nama-nama peserta demonstrasi anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya bagi menentukan jika terdapat ahlinya yang terbabit pada Ahad lalu.

Katanya, penelitian sedang dilakukan oleh pihak ibu pejabat Umno dan berjanji tindakan tegas sekiranya pihak berkuasa mendapati mereka bersalah.


JAKIM setuju bloger bogel didakwa ikut Akta Hasutan


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha menyokong saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya pihak berkuasa bertindak ke atas bloger Alvin Tan yang menghina agama Islam dengan melaungkan azan tanpa berbaju.


Kadir: Mengapa Najib harus berundur? - Bahagian I


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menjelaskan hujahnya mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sesuai memimpin negara ini.

Ikuti wawancara penuh yang dirakamkan minggu lalu yang antaranya, menyentuh mengenai hutang negara pada tahap membimbangkan dan penjualan bon yang berterusan.


Bapa Adam Adli terbunuh dalam kemalangan motosikal


Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, meninggal dunia pagi ini selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu melalui tweet pada jam 7.30 pagi ini.


JAKIM: Tak laksana hudud bukan tolak Islam


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tanpa hukum hudud negara akan menjadi kurang Islam.

Katanya, dalam melaksanakan hudud terdapat takzir di mana ia sudah terdapat dalam enakmen-enakmen jenayah syariah di negara ini.


Protes anti-salib: Pendirian JAKIM sama dengan PM


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan penduduk yang mendesak salib di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling, Jaya, Ahad lalu diturunkan berkata pendiriannya sama dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, perkara itu perlu diselesaikan pada tahap bidang kuasa majlis perbandaran tempatan.


Queen Latifah terbitkan "Brotherly Love"


Filem ‘Brotherly Love’ yang diterbitkan oleh pPenyanyi dan pelakon terkenal Amerika Syarikat Queen Latifah mula ditayangkan hari ini.

Filem itu menceritakan bagaimana seorang pelajar sekolah menengah berdepan dengan kehidupannya di kawasan kejiranan miskin Philadelphia selepas mencipta nama dalam sukan bola keranjang.


Letupan Calbuco, ribuan penduduk Chile bertempiaran


Ruang udara selatan Chile dilitupi awan besar selain kilat dan aliran lava akibat dari letusan gunung berapi Calbuco, yang buat pertama kali meletus sejak lebih 50 tahun tidak aktif.

Hasil letusan kuat itu, kira-kira 5,000 penduduk berhampiran terpaksa berpindah ke tempat selamat.


Demo anti-k’jaan di Guinea, sorang peserta dibunuh


Pihak polis Guinea menembak mati seorang peserta demonstrasi dan mencederakan empat yang lain ketika mereka mengadakan beberapa siri bantahan di beberapa bandar di seluruh negara.

Rakyat di benua Afrika Barat itu membantah gejala rasuah kerajaan dan mendakwa pihak kerajaan cuba menipu dalam jadual pilihan raya.


Korban pertempuran Yemen cecah lebih 1,000 orang


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan angka korban pertempuran di Yemen sejak lewat Mac lalu kini mencecah 1,000 orang, termasuk hampir 50 kanak-kanak.

Menurut agensi kesihatan PBB itu menyatakan, sekurang-kurangnya 1,080 orang terbunuh di negara itu, termasuk 28 wanita manakala 4,352 orang lagi cedera.


Misi selamatkan gajah terbenam dalam lumpur


Puluhan penduduk kampung bersama pihak polis China bertungkus lumus menarik keluar seekor gajah liar yang terperangkap dalam lumpur sedalam lebih daripada satu meter di wilayah Yunnan.

Setelah usaha lebih sejam, gajah dewasa itu berjaya ditarik keluar.


Telur ayam terkecil dunia sebesar syiling 20 sen


Ayam milik Shannon Hayes di Carmarthenshire, England hanya mampu bertelur sebesar duit siling 20 sen.

Telur itu dikatakan tidak mencukupi bagi sajian sarapan gadis berusia 12 tahun itu.

Namun telur dan ayam itu berjaya menempatkan nama Hayes di dalam Guinness Book of Records sebagai pemilik telur paling kecil di dunia dengan ukuran 1.9 sentimeter.


Pelukan mesra IS sebelum pasangan 'gay' direjam batu


Kumpulan militan Negara Islam memaparkan beberapa keping gambar yang memaparkan tindakan mereka merejam batu ke atas dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan ‘gay’ yang bersekedudukan.

Ironinya, kedua-dua mereka pada mulanya dipeluk mesra oleh ahli kumpulan itu.

Ini memberi gambaran seolah-olah, amalan songsang kedua-dua lelaki itu sudah dimaafkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan