Cari Artikel

Sunday, April 26, 2015

Mahathir: Asking to change a leader is not seditious


Dr Mahathir Mohamad today said Sedition Act should not be used against those who were critical of the government, and even those who called for a change of government.

Instead, he said the act is to prevent people from incidents of hatred such as civil war, and to overthrow the government but unfortunately, it is used for the wrong purpose.

Warta Perdana Khamis, 23 April: RM27 bilion wang 1MDB hilang?


Paparan Warta Perdana Khamis, 23 April - Bersihkan peserta demo anti-salib IGP ditegur , SPRM tak boleh siasat harta PM kerana syak wasangka dan Duta Malaysia akan jumpa akhbar Tempo tegur artikel Najib dan Rosmah


Penyampai: Mohd Haizal Yatiran
Penyunting visual: Azudin Hidzir
Pengarah Studio: Daniel Anthony

Najib tak keseorangan, Dr M ucap selamat maju jaya


Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi tadi bahawa dirinya tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, mengucapkan selamat maju jaya dan berharap beliau akan bahagia.

Mahathir juga menjelaskan tiada keperluan bagi dirinya berjumpa dengan Najib kerana sebelum ini mereka sudahpun berjumpa.


MB S'gor tak mau insiden demo anti-salib berulang


Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali mahu semua pihak memastikan protes menuntut sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya menrunkan salib tidak berulang.

Katanya, kerajaan negeri Selangor komited menjaga semua agama dan hak golongan minoriti serta meminta pihak polis bertindak lebih tegas ke atas kumpulan yang cuba mencetuskan huru-hara.


Azmin: PKR akan selesai isu 'fatwa' dengan muafakat


PKR hari ini bersikap tenang terhadap kenyataan presiden PAS yang bersetuju dengan 'fatwa' ulama akar umbinya bahawa haram menyokong calon pilihan raya yang menolak hudud.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebaliknya berkata berkata beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan secara muafakat dalam semangat kekeluargaan.

Kira-kira Dr M: RM27 bilion wang 1MDB hilang?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan kiraanya terhadap beberapa pembelian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pinjaman RM42 bilion.

Menulis di blog, katanya, berdasarkan semua pembelian yang diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.

Tak perlu tangkap masyarakat sivil jam 3 pagi, kata menteri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low berkata perlaksanaan sebarang undang-undang haruslah adil dan tidak menindas rakyat.

Merujuk tindakan polis yang menahan pemimpin pembangkang pada awal pagi dengan kehadiran anggota polis yang ramai, katanya, semua itu tidak diperlukan kerana masyarakat sivil yang melakukan kesalahan itu bukannya penjenayah.

Nasihat PM adalah arahan, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab terhadap syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun beliau cuma bertindak sebagai penasihat.

Menulis di blog, katanya, tidak mungkin pengurusan 1MDB berani melawan penasihat syarikat yang merangkap menteri kewangan.

Menurutnya, apa yang dinasihatkan oleh Najib akhirnya akan menjadi arahan.

'IS mahu bunuh pemimpin, dakwa M'sia negara murtad'


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low, hari ini mendedahkan laporan risikan menunjukkan bahawa kumpulan militan Negara Islam (IS) mahu membunuh pemimpin negara ini kerana mendakwa Malaysia sebagai negara yang murtad.

Katanya, tanpa Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), kerajaan sukar membendung gejala itu.



iskandarX: murtad hang kata kat kami? dapat kat is sekoq2 pulak kena sembelih si isis nie karang. Hampa yg murtad hukum orng yg tak berdosa. Kalau iya pun dorang berdosa dah tangkap mana boleh terus bunuh kecuali semasa dalam medan perang boleh lah, mengaji `Feqah pun tak lepas ada hati nak sound org lain murtad?

Protes turunkan salib keterlaluan, kata bekas IGP


Tan Sri Musa Hassan menganggap tindakan sekumpulan penduduk yang diketuai oleh abang Ketua Polis Negara Datuk Abdullah Abu Bakar yang menuntut supaya sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya menurunkan salib adalah keterlaluan serta tidak seharusnya dilakukan.

Menurut bekas IGP itu, penduduk seharusnya membawa aduan kepada pihak majlis tempatan untuk tindakan sekiranya gereja itu tidak mendapat kebenaran ataupun permit untuk beroperasi.

Musa tegur IGP bersihkan peserta demo anti-salib


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar salah apabila membersihkan peserta demo anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu, sebelum siasatan dibuat, kata pendahulunya Tan Sri Musa Hassan.

Katanya, Khalid patut bertindak secara profesional, lebih-lebih lagi bantahan itu diketuai oleh abangnya, Datuk Abdullah Abu Bakar, seorang pemimpin Umno tempatan.

PKR lancar kempen 'Jangan Cukai Anak Kita'


PKR hari ini melancarkan kempen 'Jangan Cukai Anak Kita' berikutan barangan keperluan asas kanak-kanak turut dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Strateginya Sim Tze Tzin, barangan keperluan asas termasuk kos konsultasi perubatan dan vitamin kanak-kanak turut dikenakan cukai GST sehingga membebankan ibu bapa khususnya daripada golongan muda.

PKR: Beri PAS masa selesai masalah dalaman


Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin mahu semua pihak dalam Pakatan Rakyat memberikan masa kepada PAS untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei depan.

Menjawab soalan pemberita berhubung Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat keberatan menyatakan sokongan kepada PKR di Permatang Pauh, Sim berkata, PAS masih dalam Pakatan dan memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan isu dalamannya.

Tak wajar dakwa peserta demo anti-salib ikut Akta Hasutan


Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berpendapat adalah tidak wajar bagi menggunakan Akta Hasutan ke atas sekumpulan penduduk yang mengadakan bantahan menuntut supaya salib di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya diturunkan.

Katanya, negara ini mempunyai undang-undang yang secukupnya untuk menghukum pesalah dan tidak perlu bagi kerajaan mendakwa mereka mengikut Akta Hasutan.

Paderi ketakutan minta perlindungan polis


Sebuah gereja yang menjadi sasaran sekumpulan kira-kira 50 penduduk sekitar di Taman Medan yang menuntut salibnya diturunkan memohon perlindungan dari pihak polis.

Dalam laporan polisnya, paderi itu berkata beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya dan juga penganut Kristian di gerejanya selepas seorang dari peserta demo itu kelihatan amat marah ketika perjumpaan mereka.

Justeru, beliau meminta polis supaya hadir kerana bimbang akan keselamatan mereka.

Gaya hidup mewah Najib: Duta mahu jumpa Tempo


Duta Malaysia ke Jakarta Datuk Seri Zahrain Mohamed akan mengadakan pertemuan dengan majalah terkemuka Indonesia, Tempo dalam masa terdekat.

Ini berikutan penyiaran Tempo berhubung gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut portal MyMetro, perjumpaan akan diadakan sejurus selepas Zahrain pulang ke Jakarta kerana buat masa ini beliau di Kuala Lumpur bagi mengiringi Najib bagi acara 60 tahun Persidangan Asia-Afrika, esok.

Erdogan: IS ibarat virus yang musnahkan Islam


Dalam bidasannya yang paling lantang, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan melabelkan kumpulan militan Negara Islam (IS) ibarat virus yang memusnahkan komuniti umat Islam.

Walaupun serangan udara dihenti, Aden terus bermandi darah


Pertempuran darat di antara pemberontak Huthi Syiah dan tentera yang setia kepada Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi masih berterusan di Yemen meskipun Arab Saudi mengumumkan pihaknya akan menghentikan bedilan udara.

Rakyat Yemen hairan mengapa serangan dihentikan


Rakyat Yemen hairan mengapa gabungan Arab yang diketuai oleh Arab Saudi mengisytiharkan peperangan dilancarkan ke atas Yaman sejak 26 Mac lalu ditamatkan.

Pengumuman itu dibuat selepas Amerika Syarikat menghantar kapal pengangkut pesawat ke Laut Arab sebagai langkah meningkatkan pemantauan terhadap pergerakan kapal tentera Iran yang disyaki membawa senjata untuk kumpulan pemberontak Houthi di Sanaa.

Keganasan: Polis dan tentera serbu pembunuh warga asing


Afrika Selatan mengerah anggota tentera dan polis untuk menangani geng pemburu dan pembunuh warga asing berikutan kematian tujuh orang dalam gelombang keganasan anti-imigran di negara itu.

Polis bertempur dengan kumpulan berkenaan di Johannesburg dan bandar pelabuhan Durban yang menjadikan warga asing dari Zimbabwe, Malawi, Mozambique dan beberapa negara Afrika lain sebagai sasaran serangan sejak tiga minggu lalu.

Pada 2008, seramai 62 orang dibunuh dalam keganasan Xenophopia di bandar Johannesburg.

Pengeluaran wang caruman KWSP kekal 55 tahun - PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada rakyat bahawa pengeluaran wang caruman penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan pada usia 55 tahun.

Katanya, keputusan itu berdasarkan sokongan popular bagi memastikan berlaku keadilan selain para pencarum akan dapat terus menikmati kemakmuran sewaktu bersara.

Saya tak berasa keseorangan di sini, kata Najib


Dalam apa yang dilihat sebagai tindakan membalas pengkritik nombor satunya - Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis pada majlis pelancaran Invest Malaysia 2015 di Kuala Lumpur. berkata, beliau tidak berasa dirinya keseorangan.

Katanya, meskipun terdapat cakap-cakap mengenai bagaimana boleh menjadi keseorangan untuk memberitahu kebenaran, dirinya tidak berasa sendirian langsung sebaliknya berasa ditemani dengan begitu baik.


Rakyat Malaysia paling tak bertamadun, kata Kadir Jasin


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk A Kadir Jasin berkata tidak ada gunanya Malaysia menjadi negara kaya selagi rakyatnya tidak bertamadun.

Katanya, Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya paling tidak bertamadun berdasarkan pelbagai kesilapan seperti kesalahan jalan raya yang dilakukan setiap hari.

Abang IGP dakwa penat selepas polis soal siasat


Selepas disoal siasat lebih tiga jam berhubung tindakannya mendesak sebuah gereja di Taman Medan, Ahad lalu untuk menurunkan salib, abang Ketua Polis Negara, Datuk Abdullah Abu Bakar akhirnya keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Kinitv sempat menemuinya sejurus sebelum beliau beredar.

Hudud: PAS terima sokongan semua termasuk munafik


Walaupun Umno menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud, namun isi hati mereka hanya Allah sahaja yang tahu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menjawap soalan hadirin pada program 'Bicara Minda Hudud Dari Kaca Mata Hadi' anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini, katanya, Islam mengajar umatnya supaya menerima segala ucapan yang dizahirkan walaupun ia daripada orang munafik.

Hadi enggan jawab soalan undi siapa di Pmtg Pauh?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya keberatan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PKR di Permatang Pauh.

Beliau hari ini mengelak apabila diajukan soalan tentang siapakah yang patut diundi di Permatang Pauh.

Pada forum “Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi” anjuran Sinar Harian hari ini, Hadi diajukan soalan sama sebanyak dua kali oleh hadirin.

Penahanan ISA: Mahkamah arah Kok bayar kos RM50k


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadap kerajaan atas dakwaan menangkap dan menahannya secara tidak sah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kira-kira enam tahun lalu.

Hakim Judge Su Geok Yiam juga mengarahkan Kok membayar kos RM50,000.

Warta Perdana Rabu, 22 April: GST: MP BN mula faham kesusahan rakyat


Paparan Warta Perdana Rabu, 22 April - 54 aktivis anti-GST didakwa esok, bloger seks laung azan tanpa baju pula dan MCA buat laporan polis kes gambar palsu "sami sembahyangkan Najib"

Penyampai: Mohd Haizal Yatiran
Penyunting visual: Azudin Hidzir
Pengarah Studio: Daniel Anthony


‘Sami sembahyangkan Najib’, MCA buat laporan polis


Seorang ahli MCA Bukit Gelugor yang bernama Koay Ping membuat laporan polis berhubung gambar yang kononnya memaparkan sami Tao mengadakan upacara sembahyang mayat untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gambar palsu juga dikatakan tersebar meluas di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp.


PasMa: Daftar Pakatan, PKR, DAP tiada masalah tapi PAS...


Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mendedahkan usaha mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti sedang berlangsung dan mendapat respon yang sangat baik dari PKR dan DAP.

Bagaimanapun masalahnya, kata Naib Presiden PasMa Selangor, Mohamad Abdul Rahman, NGO itu yang cuba mengusahakan pendaftaran Pakatan tidak mendapat kerjasama dari PAS yang seolah-olah takut kepada mereka.

‘Demi 1MDB, rakyat terpaksa bayar tarif elektrik tinggi’


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menjangkakan tarif elektrik yang lebih tinggi akan dikenakan kepada pengguna tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan, katanya, jangkaan itu berikutan tindakan kerajaaan meyelamatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan menganugerahkan beberapa konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) menguntungkan, tanpa melalui proses tender terbuka kepada syarikat itu.

Menurut Pua, tindakan berkenaan bercanggah dengan dasar Suruhanjaya Tenaga yang menuntut amalan tender terbuka dipratikkan bagi menggalakkan persaingan sihat dalam industri.


Kes rebut anak: Mahkamah benar bekas isteri mualaf rayu


Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan permohonan guru tadika M Indira Ghandi memaksa polis melaksanakan perintah mahkamah bagi mendapatkan semula anak daripada bekas suaminya.

Mahkamah juga menolak permohonan bekas suami Indira, K Pathmanathan @ Ridhuan Abdullah untuk memberikan hujah.

Ini kerana dia belu lagi menyerahkan kanak-kanak terbabit Prasana Diksa, sejak 2009.


NGO anjur bual bicara bersama Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberikan ulasan terkini mengenai isu semasa dalam satu majlis bual bicara yang diadakan untuknya di Taman Melawati, Hulu Kelang, Sabtu ini.

Majlis itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Prihatin.


Pilihan raya kecil Rompin: PAS lawan Umno


Proses penamaan calon untuk piilhan raya kecil parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah ditutup pada jam 10 pagi selepas dibuka sejak jam 9 pagi.

Dua calon, Datuk Hasan Arifin mewakili BN dan Nazri Ahmaf dari PAS menyerahkan borang masing-masing kepada pegawai bertugas.


Bloger bogel laung azan tanpa baju pula


Martabat Jalinan Melayu Malaysia hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan blogger kontroversi, Alvin Tan yang melaungkan azan dengan muzik tanpa memakai baju yang didakwa mempersendakan agama Islam.

Menurut presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah, tindakan Tan yang menghina menghina agama tidak boleh dimaafkan dan menuntut pihak berkuasa segera menangkapnya meskipun beliau berada di luar negara ketika ini.


Ribuan larikan diri dari pertempuran IS di Anbar, Iraq


Ribuan keluarga melarikan diri daripada pertempuran sengit di antara tentera pro-kerajaan dan kumpulan jihad Negara Islam (IS) di wilayah Anbar di Ramadi.

Ada yang mencari perlindungan di kawasan kejiranan di al-Jamia, Baghdad di mana sebuah khemah sementara didirikan.


Amerika kerah kapal perang ke Laut Arab


Amerika Syarikat mula mengerahkan kapal perang dann pengangkut pesawatnya ke Laut Arab ketika Washington meningkatkan pemantauan terhadap pergerakan kapal-kapal tentera laut Iran yang disyaki membawa senjata untuk kumpulan pemberontak Houthi di Yemen.



Antara kapal yang dikerah ke laut arab itu adalah USS Theodore Roosevelt dan kapal pengiring yang dilengkapi peluru berpandu kawalan jauh, USS Normandy.



Tugas mereka adalah bagi memastikan laluan perkapalan utama di rantau itu bebas dan selamat daripada ancaman.



Dengan penghantaran itu, jumlah kapal Amerika yang berada di perairan itu kini berjumlah sembilan buah.



Keretapi bertembung lori, lebih 30 cedera


Lebih 30 orang cedera, tiga daripada mereka parah selepas sebuah keretapi bertembung dengan sebuah lori pada persimpangan berhampiran Paris.



Keretapi yang terbabas di Nangis, Seine-et-Marne, kira-kira 70km dari tenggara Paris itu juga berlanggar dengan sebuah traktor dan sebuah kereta.



3 maut dalam letupan bom kereta di Mogadishu


Tiga orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam satu letupan bom kereta di luar sebuah restoran di Mogadishu, Somalia.



Bom berkenaan dilapor diletakkan di luar sebuah restoran popular di tengah bandar Mogadishu yang dipercayai menjadikan pelanggan restoran sebagai sasaran.



Morsi dijatuhi hukuman penjara 20 tahun


Mahkamah Jenayah Mesir menjatuhi bekas Presiden, Mohammed Morsi hukuman 20 tahun penjara kerana pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan pada 2012.



Hukuman terhadap Morsi dan beberapa lagi defendan dalam kes ini terutama terdiri daripada pemimpin Ikhwanul Muslimin, dilakukan dalam pagar kaca yang kalis peluru di Akademi Polis Mesir.



Susah jadi pengarang media perdana, akui Kadir Jasin


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk A Kadir Jasin mengakui tidak mudah menjadi pengarang media arus perdana di negara ini.



Bagaimanapun, katanya, keadaan hari ini lebih teruk berbanding semasa zamannya.



'Tanpa manipulasi, Wawasan 2020 tak akan tercapai'


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin percaya Malaysia tidak akan menjadi negara maju selaras dengan harapan Wawasan 2020 kecuali kerajaan memanipulasikan perangkaan ekonomi negara.



Katanya, bukti adalah kukuh kerana selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berundur sebagai perdana menteri, pertumbuhan ekonomi negara tidak mampu melepasi 7 hingga 8 peratus setiap tahun.



Tempo tumpu isu gaya hidup mewah Najib


Dua hari menjelang kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Indonesia, majalah paling berpengaruh di republik itu - Tempo - menyajikan berita berhubung gaya hidup mewah beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.



Rencana bertajuk “Hidup mewah sang perdana menteri” itu ditampilkan dalam laporan sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, Khamis ini.



Tempo antara lainnya memetik laporan The New York Times, yang menyebut mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas.



Majalah itu turut menggariskan mengenai kegemaran Najib dan Rosmah pada jam tangan mewah, seperti didedahkan oleh NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch.



Pesan Muhyiddin, bercakap benarlah meskipun pahit


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapannya ketika Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan ITBM-PENA di Putrajaya, mengingatkan penulis sastera agar sentiasa berkata benar, meskipun kebenaran itu selalunya pahit.



Walaupun tidak dapat dipastikan, ucapannnya mempunyai maksud yang tersirat, ia dibuat selepas beliau memberitahu Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa bekas perdana menteri itu ‘tidak keseorangan’ dalam mendedahkan kebenaran.



Warta Perdana, 21 April: Pelbagai pihak bidas pendemo anti-salib


Paparan Warta Perdana Selasa, 21 April - Rafizi dakwa syarikat swasta kaut untung di sebalik GST, 13 pertubuhan pelajar mahu berdemo bantah GST, MBPJ sahkan gereja Taman Medan tidak mempunyai permit.



Penyampai: Prasadh Michael

Penyunting Visual: Azudin Hidzir

Pengarah Srudio: Faidzal Mohtar



IGP: Tolong jangan panaskan isu keagamaan


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mahu media, termasuk portal berita tidak menghangatkan isu sekumpulan penduduk termasuk abang kandungnya yang terbabit mendesak sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, menurunkan salibnya, Ahad lalu.



Diasak oleh wartawan yang mahukan penjelasan berhubung kenyataan bercanggah di antara beliau dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, katanya, beliau tidak mahu mengulangi apa yang telah dikatakannya sebelum ini.





Khalid tak risau, tak campur jika polis siasat abangnya


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berjanji tidak akan campur tangan jika siasatan dijalankan ke atas sekumpulan 50 penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan sebuah gereja turut membabitkan abangnya, Datuk Abdullah.



Katanya, beliau juga tidak risau kerana dirinya amat professional, dan sentimen adik beradik tidak akan mempengaruhinya.



IGP: #BantahGST perlu kebenaran DBKL jika tidak...


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mahu penganjur #BantahGST pada 1 Mei ini mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menentukan tapak lokasi perhimpunan itu atau pun bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang.



Katanya, arahan juga telah diberikan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi supaya berbincang dengan penganjur dan berharap kelancaran perhimpunan seperti yang diadakan di Padang Merbuk sebelum ini dapat berulang.



SRC International rugi RM89 juta lagi, kata PKR


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mendedahkan nilai pelaburan syarikat bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International kerugian RM89 juta tahun lalu selepas mencatat penyusutan sebanyak RM115 juta sebelum ini.



Katanya, bagi tahun kewangan 2014 sahaja, kerugian melalui susut nilai yang dicatatkan oleh SRC dari pelaburan dalam perlombongan arang batu di Mongolia mencecah RM204 juta.





'Naik teksi jika mahu dengar kemarahan GST'


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan kerajaan bahawa kurangnya aduan bukan bererti rakyat menerima atau mengalu-alukan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan sejak 1 April lalu.



Katanya, menteri-menteri dicadangkan menaiki teksi untuk mengetahu bagaimana kemarahan rakyat berhubung cukai baru itu.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan