Cari Artikel

Thursday, April 23, 2015

Kenyataan bodoh menteri, 13 pertubuhan pelajar mahu berdemo


Kenyataan bodoh menteri, 13 pertubuhan pelajar mahu berdemo


Kenyataan beberapa menteri yang dianggap bodoh dan kegagalan kerajaan membantu meringankan keperitan rakyat, termasuk pelajar yang dicengkam Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan menyaksikan 13 pertubuhan pelajar mentertai himpunan #BatalGST pada 1 Mei ini.

Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Safwan Samsuddin, mahasiswa bakal turun menyertai himpunan itu bagi mendesak kerajaan menarik balik sistem cukai baru itu.


Rafizi: Ada syarikat kaut untung di sebalik GST


Rafizi: Ada syarikat kaut untung di sebalik GST


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa kerajaan menswastakan skim pembayaran semula GST untuk pelancong dengan memberikan bayaran komisen 15 peratus kepada syarikat swasta.

Katanya, keseluruhan urusan skim itu diserahkan kepada syarikat swasta yang dikenali Iris Corp Berhad yang kemudian mengadakan usahasama dengan syarikat Global Blue berpengkalan di Switzerland.



Polis perlu jamin keadilan bagi tahanan Akta POTA


Polis perlu jamin keadilan bagi tahanan Akta POTA


Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) mahu pihak polis memastikan keadilan kepada tahanan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)

Pengerusinya, Datuk Yaacob Md Sam berkata polis perlu mengemukakan Prosedur Kendalian Standard (SOP) yang terperinci bagi memastikan kebajikan dan hak tahanan tidak dicabuli.


MBPJ: Gereja Taman Medan tidak sah


MBPJ: Gereja Taman Medan tidak sah


Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengklasifikan gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang mendapat liputan meluas selepas kira-kira 50 penduduk sekitar mendesak salib gereja itu diturunkan sebagai tidak sah.

Menurut portal Star Online, yang memetik pegawai perhubungan awam MBPJ, Zainun Zakaria semakan data mendapati tiada permohonan bertulis dari pihak gereja untuk beroperasi di bangunan berkenaan sebagai tempat beribadat.

katanya, gereja di Metro Square PJS2B/3 itu juga tidak mempunyai permit bagi menaikkan salib di bangunan berkenaan.


Demo bantah keganasan ke atas warga asing




Puluhan pemuda Nigeria berdemonstrasi membantah keganasan terhadap warga asing di Afrika Selatan.

Sejak tiga minggu lalu keganasan xenofobia atau anti rakyat asing berlanjutan dan telah menyebabkan enam orang terbunuh dan memaksa lebih 5,000 pendatang berlindung di kem pelarian buatan sendiri.


Pelajar bunuh guru sekolah guna busar panah


Pelajar bunuh guru sekolah guna busar panah


Seorang pelajar remaja ditahan pihak polis selepas didakwa membunuh guru sekolahnya di Barcelona, Sepanyol.

Dalam kejadian itu, empat orang lagi juga dilaporkan cedera manakala motif serangan yang menggunakan busar dan panah serta pisau itu masih disiasat.


Kenali ChihiraAico, mampu senyum, nyanyi, tapi...


Kenali ChihiraAico, mampu senyum, nyanyi, tapi...


ChihiraAico mampu senyum, bernyanyi dan menyapa pelanggan yang berkunjung di sebuah geduh membeli-belah di Tokyo, Jepun.

Sekilas pandang, sukar bagi pelanggan untuk mengetahui bahawa dia bukannya manusia tetapi adalah robot humanoid.


27 maut serangan udara di Sanaa


27 maut serangan udara di Sanaa


Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban apabila ibu negara Yemen, Sanaa, digegarkan serangan udara oleh Arab Saudi dan tentera pakatan di sebuah lokasi dipercayai depot senjata kumpulan pemberontak Houthi.

Bedilan itu dikatakan antara paling dahsyat pernah dilancarkan sekali gus dipercayai memusnahkan ribuan rumah dan kenderaan berhampiran.


Mayat orang kanan Saddam diserah kepada k’jaan Iraq


Mayat orang kanan Saddam diserah kepada k’jaan Iraq


Kumpulan separa tentera Ketaeb Hezbollah menyerahkan mayat seorang lelaki yang didakwa sebagai Izzat Ibrahim al-Duri, iaitu naib presiden ketika rejim pentadbiran Saddam Hussein.

Mayat itu diserahkan agar kerajaan Iraq boleh melakukan ujian bagi mengesahkan identiti orang kanan Saddam itu.


'MP kini dalam kelompok 1% pendapatan paling tinggi'


'MP kini dalam kelompok 1% pendapatan paling tinggi'


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin mendedahkan pindaan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang dibentangkan baru-baru ini meletakan wakil rakyat dalam kelompok 1 peratus golongan yang berpendapatan paling tinggi.

Justeru katanya, mereka perlu kembali kepada kontrak sosial yang ditandatangani semasa pilihan raya kerana ramai lebih mementingkan diri, keegoaan dan parti daripada ikrar janji kepada pengundi.


Isu hudud berlarutan kerana negara tiada kepimpinan


Isu hudud berlarutan kerana negara tiada kepimpinan


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin berkata isu hudud bukan perkara baru di negara ini tetapi tidak menimbulkan sebarang kekecohan sebelum ini kerana negara mempunyai kepimpinan ketika itu.

Berbeza dengan hari ini, katanya, apabila pemimpin negara lemah dan gagal menyatakan pendirian, rakyat membuat pelbagai tafsiran baik dari segi akademik mahupun untuk kepentingan masing-masing.


IGP: Demo anti-salib tak menghasut


IGP: Demo anti-salib tak menghasut


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata perhimpunan menuntut salib sebuah gereja di Petaling Jaya diturunkan semalam tidak melibatkan unsur hasutan.

Katanya juga, kejadian itu yang turut disertai abangnya, Datuk Abdullah Abu Bakar tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya adalah isu masyarakat tempatan.


Pakatan ikrar terus kerjasama di Pmtg Pauh, Rompin


Pakatan ikrar terus kerjasama di Pmtg Pauh, Rompin


Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan ketiga-tiga parti - PAS, PKR dan DAP - akan meneruskan kerjasama membantu calon mereka menang pada pilihan raya kecil di Permatang pauh dan Rompin.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, pemilihan calon di kedua-dua kerusi berkenaan sudah pun dipersetujui sebulat suara secara tradisi, iaitu dipilih terdiri dari parti yang bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini.


PKR: Jangan biar perbalahan Umno hanyutkan 1MDB, GST


PKR: Jangan biar perbalahan Umno hanyutkan 1MDB, GST


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengingatkan rakyat supaya tidak hanyut dengan perbalahan di antara Tun Dr Mahathir Moahamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, agenda menjatuhkan Najib tidak akan mengubah nasib rakyat selagi penggantinya nanti adalah dari kalangan Umno kerana tradisi parti itu adalah mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih penting seperti 1MDB dan GST.



Adik Najib pula kongsi 'You are not alone'


Adik Najib pula kongsi 'You are not alone'


Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.

Gambar itu menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen “kini muncul dalam politik Malaysia”.

Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas keluhan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.


Warta Perdana Isnin, 20 April: Abang IGP pimpin demo 'anti-salib'


Warta Perdana Isnin, 20 April: Abang IGP pimpin demo 'anti-salib'


Paparan Warta Perdana Isnin, 20 April - Tak goyang akidah hanya pandang salib, kata ADUN Taman Medan, Jawatankuasa Pemilihan PAS akui kempen kali ini kotor dan Majlis Fatwa Kebangsaan ulangi dakwaan bahawa GST adalah harus.

Penyampai: Prasadh Michael
Penyunting Visual: azudin Hidzir
Pengarah Studio: Faidzal Mohtar


#BatalGST alu-alukan kehadiran Mahathir


#BatalGST alu-alukan kehadiran Mahathir


Himpunan Hari Pekerja #BatalGST yang menyasarkan sejuta peserta mengalu-alukan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai mereka pada 1 Mei ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mempengerusikan himpunan itu berkata melalui bantuan media sosial, ceramah, badan bukan kerajaan (NGO) dan media, sasaran kehadiran 1 juta itu mampu dicapai kerana emua rakyat terkesan dengan cukai baru itu.


KWSP saran jumlah caruman berdasarkan gaji minimum


KWSP saran jumlah caruman berdasarkan gaji minimum


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu jumlah caruman yang dikutip daripada majikan dan pekerja ditetapkan berdasarkan gaji minimum mengikut undang-undang yang berkaitan

Ini kerana, kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, masih ramai yang tidak mendapat gaji minimum dan statistik menunjukkan 68 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan