Cari Artikel

Wednesday, April 22, 2015

Tun Dr Mahathir Selfie Dengan Cucu


Tun Dr Mahathir Selfie Dengan Cucu


KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2015: Murai Batu tersenyum lebar dan terpegun melihat aksi bersahaja oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bersama cucu tersayang iaitu Meera Alyanna Mukhriz.

Dikenali sebagai Ally, anak kepada Datuk Mukriz Mahathir ini telah berkongsi gambar mesranya di Instagram bersama Tun M, membuatkan orang ramai terkesima.

Lebih selesa memanggil atuknya sebagai Tok Det, bagi Murai Batu Ally antara cucu yang paling bertuah di dunia kerana mempunyai Atuk yang sangat penyayang dan bijaksana.

Tun M telah banyak memberi sumbangan kepada negara dari segi pendidikan, moral, sosial serta ekonomi sehingga nama Malaysia dikenali dunia.

Apa-apa pun jom kita lihat gambar comel mereka berdua menerusi lensa kamera telefon Ally, nyata memang menyenangkan hati.








10 Panduan Baru JAKIM Mengenai Penganjuran Konsert Di Malaysia


Sumber Astro Awani

10 Panduan Baru JAKIM Mengenai Penganjuran Konsert Di Malaysia


KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2015: Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) awal minggu ini telah mengeluarkan garis panduan baru kepada pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak yang terlibat dalam aktiviti mengadakan konsert di negara kita.

Garis panduan terbabit juga mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Apakah kandungannya? Berikut adalah antara perkara penting yang tersenarai dalam garis panduan itu selepas ia diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari.

1. Artis perlu mempunyai peribadi yang mulia dan tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.

2. Penampilan yang sopan dan beradab. Artis harus berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

3. Mereka tidak harus mendandan rambut yang menyerupai jantina yang berlainan atau berlakon menyerupai jantina lain.

4. Artis juga perlu memastikan lawak jenaka mereka berpada-pada dan tidak melampaui batas iaitu sehingga membawa kepada ketawa yang melampau.

5. Bukan itu sahaja, ucapan dan gerak laku tidak harus mengandungi kata-kata kesat, lucah atau fitnah.

6. Mereka harus mengelakkan unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain.

7. Persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah atau membangkitkan nafsu.

8. Lelaki dan perempuan tidak harus melibatkan diri dalam pergaulan bebas semasa mengadakan latihan atau raptai.

9. Lirik lagu harus mengandungi nilai – nilai murni dan selari dengan adab kesopanan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam.

10. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.

iskandarX: Boleh ke pantau semua tu? Artis Kpop semuanya Illuminati punya pengikut, kena tambah syarat semasa buat konsert tengah dok menari tu isyarat2 illuminati diharamkan, sebab menjadi ikutan remaja perempuan Islam dengan gaya menari kpop nie yg konon nampak comel dan cute tapi tak sedar syahadah dah jatuh.

Fahrin Ahmad Cuak Raja Ilya Duduk Di Atas Peha


Fahrin Ahmad Cuak Raja Ilya Duduk Di Atas Peha


KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2015: Pelakon Fahrin Ahmad 34, akui berasa sangat cuak apabila Raja Ilya duduk di atas peha dan membuatkan dia tidak selesa dan membataskan pergerakkan.

Namun adegan itu berlaku gara-gara melakonkan watak terbarunya sebagai Kapten Ameer Reza dalam filem Pilot Cafe yang akan ditayangkan pada 30 April depan.

Selain Fahrin pelakon lain yang membintangi ialah Izara Aishah, Remy Ishak, Neelofa serta Keith Foo.

“Walaupun ia adalah lakonan semata-mata, saya akui gementar untuk membuat aksi-aksi yang intim di dalam filem sehingga saya fokus untuk buat sekali sahaja ‘shoot’ tanpa diulang-ulang.

“Memang saya dah banyak kali berlakon drama mahupun filem tetapi watak lelaki kasanova yang memerlukan aksi-aksi ghairah di ranjang sebenarnya saya malu dan segan,” ujarnya kepada portal Murai.com.my.

Fahrin yang ditemui media Di Majlis Pratonton Filem Pliot Café di ibu negara turut menjelaskan setiap pelakon perlu lunaskan tanggungjawab dengan sempurna dan profesional walaupun adegan tersebut bercanggah dengan peribadi sendiri.

“Untuk filem ini sebenarnya banyak menyedarkan kita apa itu erti cinta dan kasih sayang, walaupun hidup kita dilimpahi wang ringgit dan kemewahan tak semestinya kita bebas lakukan apa sahaja

“Setiap kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan baik begitu juga dengan kejahatan yang kita pernah buat pasti ada jalan penyelesaian.

“Kekuatan filem Pilot Café terletak pada komitmen produksi, pelakon dan pengarahnya Osman Ali yang tiada tolok bandingnya, yang pasti filem ini mampu buat anda menangis,” ujarnya mengakhiri petah kata.

Jaclyn Victor Bakal Timang Anak Ogos Depan


Jaclyn Victor Bakal Timang Anak Ogos Depan


KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2015: Sekeping foto beserta nota gembira telah menjadi petunjuk kepada status terkini penyanyi popular Jaclyn Victor yang mengesahkan dirinya kini berbadan dua. Hal ini telah dinyatakan oleh isteri kepada Shawn Rivierra ini di dalam Facebook miliknya sebentar tadi.

Turut sama dinyatakan juara Malaysian Idol musim pertama ini di dalam posting tersebut ialah imej berupa safety pin yang menjadi simbolik ibu mengandung.



Jac juga memanjat doa agar perjalanan suaminya dari Amerika Syarikat selamat dan segera tiba.

Antara lain pelantun lagu Gemilang ini juga menggambarkan bagaimana keterujaan bergelar ibu dimana akan menjalani detik dan waktu pahit manis serta turun naiknya seorang ibu, sumber inspirasi, gaya dan rupa yang selekeh namun tiada apa yang lebih bermakna daripada menjadi ibu mengandung.

Jac sekali lagi menyatakan rasa yang cukup gembira apabila mengetahui diri bakal menjalani pengalaman yang baru dan seringkali dinantikan dirinya dan wanita lain diluar sana. Keterujaannya itu antara lain disalurkan kepada idea kreatif yang menunjukkan betapa bahagianya hidup Jac kini.

B - being two has been much fun

A - & we've been over the moon

B - but we wanted to add one more

Y - you'll get to meet him/her soon

Tidak seperti sesetengah selebriti yang memilih untuk merahsiakan dahulu kandungan mereka, Jac sebaliknya memilih untuk berkongsikan ia kepada umum. Dia sempat mengarang seloka dalam Bahasa Inggeris selain mendedahkan bahawa dia dijangkakan melahirkan cahayamata pertamanya sekitar Ogos depan.

Bercakap mengenai jantina, Jac katanya akan berkongsikan dengann anda semua apabila mendapat tahu mengenainya nanti. Didalam notanya itu lagi Jac turut berkongsi perasaannya menerusi hashtag #2ndtrimester #blessed #happiness #summerbabymomma #momma2be #doakanyangterbaekkkk #sweeterthanadream #seindahmimpi yang mengusik perasaan yang turut sama gembira untuk penyanyi bersuara emas ini. Tahniah Jac!

Shawn and I are expecting,

Yes it's so so true,

Will we decorate in pink or in blue? Well we'll let you know in a few,

God has blessed us with a lil kicker,

Due to arrive in the summer,

August 2015 to be precise,

We're keeping it a nice lil surprise.

Yatt Hamzah Nyaris Terkorban Di Bumi Syria


Yatt Hamzah Nyaris Terkorban Di Bumi Syria


KUALA LUMPUR 22 APRIL 2015: Pelakon dan penceramah bebas Yatt Hamzah 35, akui dirinya nyaris terkorban di bumi Syria ketika mengikuti misi bantuan kemanusian baru-baru ini.

Ketika kejadian, Yatt bersama suami berada di suatu tempat di Syria untuk menghulurkan bantuan, setelah selesai memberi bantuan, kawasan tersebut telah di bom selepas 10 minit mereka beredar.

“Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dasyat berbanding penduduk di Palestin, banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal.

“Saya hanya berserah pada Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut.

“Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana, saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,” katanya kepada portal Murai.com.y di majlis sambutan ulang tahun kelahiran anaknya di Batu Caves.

Dalam pada itu, Yatt bersama ahli rombongannya lain turut terkandas di sempadan Syria-Turki selama 6 jam kerana pihak berkuasa di sana mengetatkan lagi pemeriksaan kepada sesiapa sahaja.

“Cuaca di sempadan panas berbanding di Syria yang sejuk, selepas 6 jam barulah pasukan kami dapat beredar bagaimanapun keesokkan harinya di tempat saya terkandas itu telah di bom.

“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku, apa-apa pun penduduk di Syria memang memerlukan bantuan terutama daripada semua pihak,” ujarnya mengakhiri bicara.

Datuk Aliff Syukri Mohon Maaf Akibat Jubahnya Terlajak Jarang


Datuk Aliff Syukri Mohon Maaf Akibat Jubahnya Terlajak Jarang


Sumber Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2015: Pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris` telah membuat permohonan maaf kepada pengikut laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini berikutan foto pemakaian jubahnya.

Menerusi laporan Astro Gempak, Aliff dikhabarkan telah mengenakan sepasang jubah jarang berwarna putih dan foto tersebut telah menjadi viral dan mengundang persepsi negatif pelayar laman sosial.



Aliff kemudiannya bertindak memadam foto jubah `terlajak jarangnya` itu yang mendedahkan bahagian bawah tubuhnya selepas menyedari ia dikutuk pelayar laman sosial.

Usahawan terkenal itu kemudiannya segera memohon maaf kepada para pengikutnya di Instagram dan Facebook.

Menerusi kapsyen permohonan maafnya itu, Aliff mengaku yang dia tidak perasan foto yang dimuatnaik itu menampakkan jubah yang dipakainya menjadi jarang selepas terkena cahaya matahari.

Dia turut mengaku cuai kerana terlalu ghairah untuk mengemaskini laman Instagram miliknya, walaupun sedang sibuk ketika itu.

“Maafkan kekhilafan sebentar tadi..saya memang tak perasan gambar yang di upload sebab terlalu busy saya main update sahaja..Gambar terlanjur tadi kelihatan seperti itu kerana pencahayaan harap semua tidak memperbesarkan perkara ini.."

Memohon agar perkara tersebut tidak diperbesarkan, Aliff turut memuat naik sekeping foto lain yang lebih sopan, bersama permohonan maaafnya itu.



Para pengikut di IG dan FB menyambut baik huluran maaf dari Aliff disamping berpesan supaya usahawan berjaya itu lebih berhati-hati pada masa akan datang.

iskandarX: alamak terlajak seksi lapulak Dato? ker nak cari calon nie???

Mahkamah Tolak Tuntutan RM1 Juta Awie Daripada Rozana


Mahkamah Tolak Tuntutan RM1 Juta Awie Daripada Rozana


Sumber mStar Online

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2015: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan telah menolak permohonan vokalis kumpulan Wings, Awie yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM1 juta dari isterinya, Rozana Misbun dalam satu prosiding mahkamah yang berlangsung semalam.

Menerusi laporan mStar Online, hasrat Awie itu gagal apabila permohonannya untuk mengenepikan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga anaknya bersama Rozana ditolak.

Malah keinginan Awie untuk mendapatkan semula hak jagaan sementara ketiga-tiga anak itu yang diperoleh Rozana sebelum ini turut gagal.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selaku pemohon dalam tuntutannya mahu pihak responden iaitu Rozana menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta tidak benar dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.

Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini iaitu Muhammad Fateh Saleh.

Terdahulu, Rozana, 36, mendapat hak penjagaan sementara anak-anak mereka pada 27 Januari lalu sebelum Awie memfailkan interlokutori untuk mengenepikan perintah ex-parte pada 12 Februari lalu.

Anak-anak berkenaan adalah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Sementara itu, Rozana yang ditemui mStar Online selepas itu turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya itu yang sedikit pun tidak berusaha untuk mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut undang-undang negara ini.

Awie dan Rozana berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005.

Wardina Mohon Maaf Kepada Penganut Kristian, Kecam Tindakan Ala Samseng


Wardina Mohon Maaf Kepada Penganut Kristian, Kecam Tindakan Ala Samseng


KL, 21 APRIL 2015: Personaliti muslimah terkenal, Wardina Safiyyah kembali menjadi tumpuan di media sosial susulan kenyataan yang dibuat di laman Facebook peribadinya yang menyuarakan rasa tidak setuju berkenaan isu lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan diturunkan seperti yang diminta oleh kira-kira 50 penduduk di situ, pada Ahad lepas.

Menerusi entri di laman sosial tersebut, Wardina menyatakan bahawa tanda salib itu tidak perlu diturunkan malah dalam masa yang sama turut memohon maaf kepada penganut Kristian di taman itu kerana merasakan mereka dibuli dan hak kebebasan beragama golongan itu seolah-olah disekat.



“Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seIslam saya. Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya.

“Orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Rasulullah SAW telah hidup secara harmoni dengan orang beragama Kristian. Saya sayangkan saudara saya yang beragama Kristian.

“Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka. Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya,” kata Wardina yang kini khabarnya berada di Australia kerana menyambung pengajiannya.

Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu diibuat atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi yang dipasang di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai itu selepas bantahan dibuat.

“Saya faham perasaan menjadi golongan minoriti. Saya tahu betapa sukarnya jika dibuli kerana kepercayaan kita. Apabila orang bukan Islam menyokong orang Islam di Australia, perkara itu sudah membawa makna yang cukup besar untuk kami semua di sini,” katanya lagi.

Wardina turut mengatakan bahawa sikap ‘samseng’ yang ditunjukkan oleh segelintir orang Islam dalam video protes tanda salib tersebut sebagai ‘hodoh’.

Insiden yang berlaku pada Ahad lalu, kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya berhimpun di hadapan sebuah bangunan lot kedai iaitu berdekatan dengan lokasi sebuah gereja baru di sana dan menuntut agar tanda salib besar di premis itu diturunkan.

Bagaimanapun, tindakan Wardina berbuat demikian mendapat reaksi berbaur daripada peminat – ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju dengan apa yang diluahkan dirinya di laman media sosial tersebut.

Kredit berita Free Malaysia Today

iskandarX: Baguss pertahankan lah maruah agama kafir sebaik mungkin nyerr??

Maher Zain Antara Orang Arab Paling Berpengaruh Di Dunia


Maher Zain Antara Orang Arab Paling Berpengaruh Di Dunia


KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2015: Penyanyi kelahiran Lubnan, Maher Zain telah terpilih antara `100 Arab Paling Berpengaruh` di dunia menerusi laman sesawang arabianbusiness.com baru-baru ini.

Menerusi laporan tersebut, Mahez, 33, yang mempunyai seramai 23.5 juta pengikut di laman sosial Facebook telah diletakkan di tangga ke-10 dalam senarai tersebut yang turut melibatkan ahli korporat, ahli perniagaan, bintang sukan dan golongan-golongan elite lain.

Populariti penyanyi lagu Insya Allah sememangnya tidak dapat dinafikan jika dinilai dari permulaan perjalanan seninya selama 6 tahun sejak pelancaran album pertamanya, Thank You Allah pada tahun 2009.

Bermula dengan mengikut keluarganya berhijrah ke Sweden pada usia 8 tahun, Maher mula menceburi industri muzik apabila bekerjasama penerbit yang pernah meraih Grammy, Redone yang sebelum itu pernah menghasilkan karya untuk penghibur antarabangsa terkenal lain seperti Lady Gaga, Nicki Minaj dan Jennifer Lopez.

Bermula tahun 2009, Maher kembali ke akar umbi Islam dan memberi tumpuan kepada penulisan dan meyanyi lagu berentak R & B kontemporari tersendiri dengan pengaruh Islam yang kuat.

Album pertamanya, Thank You Allah (Terima Kasih Allah) dilancarkan pada 1 November 2009, terbitan Awakening Records.

Ia menjadi album terlaris di Malaysia pada tahun 2010 dan meraih pelbagai anugerah di Malaysia juga di Indonesia, sekaligus merupakan pengiktirafan terbesar buat penyanyi berasal dari Lebanon ini.

Album keduanya, Forgive dilancarkan pada April 2012, juga meraih pelbagai anugerah di Malaysia.

Seterusnya Maher menyanyi lagu bukan saja dalam bahasa Inggeris tetapi juga merakamkannya dalam bahasa Perancis, Arab, Turki, Melayu dan Indonesia.

Dia juga merupakan duta UNHCR iaitu Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sekitar tahun lalu, Maher juga melawat kem pelarian Syria di Lubnan dan mengadakan konsert di sana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan