Cari Artikel

Tuesday, April 21, 2015

Hafiz Hamidun Alami Kerugian RM100,000 Akibat Butik Bocor


Hafiz Hamidun Alami Kerugian RM100,000 Akibat Butik Bocor


KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2015: Penyanyi dan komposer lagu Hafiz Hamidun 31, luah rasa sedih dan kecewa kerana butik kepunyaannya yang bertempat di Empire Damansara musnah akibat kebocoran di bahagian bumbung.

Susulan kejadian itu, pakaian yang dipamerkan di butik tersebut telah basah lencun sehingga mengakibatkan kerugian bernilai lebih RM100,000.

“Saya sedari bumbung butik tersebut telah bocor pada bulan September tahun lalu, setelah membuat aduan ke pihak pengurusan premis mengenai masalah tersebut, mereka telah membetulkannya.

“Namun apakan daya, kerja-kerja pemulihan itu tidak diselenggara dengan baik dan kerosakkannya telah merebak ke bahagian lain sehingga air turun umpama hujan lebat,” ujar Hafiz kepada portal Murai di Majlis Sidang Media Pelancaran Album Terbaru I Love Rasullah di ibu negara.








Dalam pada itu, Hafiz juga menambah pakaian-pakaian yang basah itu terpaksa dilupuskan kerana tidak elok di jual kepada pelanggan demi menjaga kualiti nama butiknya Mikraj Concept.

“Amat tidak wajar kalau saya menjualnya semula, mungkin boleh di basuh tetapi itu bukan prinsip dan cara saya berniaga.

“Barangan yang masih elok telah saya pindahkan dan sedang memikirkan tempat yang baru untuk membina semula butik saya, apa-apa pun saya harap masalah yang menimpa diri saya tidak terjadi kepada para peniaga yang lain,” katanya mengakhiri perbualan.


Wak Doyok Alami Keracunan Makanan Di Indonesia


Wak Doyok Alami Keracunan Makanan Di Indonesia


KUALA LUMPUR 21 APRIL 2015: Personaliti fesyen Wak Doyok, akui mengalami masalah kesihatan iaitu cirit birit akibat keracunan makanan di sebuah wilayah di Indonesia baru-baru ini.

Akibat kesakitan itu, dia mengalami lemah-lemah badan dan hilang selera makan sehingga mengganggu proses penggambaran untuk program Ke Indonesia Ke Kita?

“Di Indonesia, pelbagai makanan yang asli dan pelik-pelik yang saya temui, saya mencuba segalanya, apa yang saya ingat punca saya alami cirit-birit ialah makan di warung di tepi jalan.

“Saya sendiri pun tak tahu tahap kebersihan dan cara penyediaan makanan yang dihidangkan kepada saya, makan tanpa usul periksa dan akhirnya padah menimpa saya,” katanya kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, selain mengalami masalah kesihatan Wak Doyok juga turut diganggu oleh makhluk halus ketika proses penggambaran itu dibuat menyebabkan dia berasa amat terkejut.

“Ketika kejadian, saya dan Myo tidur di sebuah rumah berdekatan dengan hutan, menurut jurupandu asli Indonesia telah berpesan, kawasan sekitar ini agak ‘keras’ dan perlu waspada.

“Saya memahaminya akan tetapi nasib kami tidak baik, Myo sudah tidur cuma saya sahaja yang belum, apa yang saya nampak ialah kelibat seperti Pontianak berdekatan tingkap bilik.

“Langkah yang saya buat ialah membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan ‘be strong’, walaupun perasaan saya ketika itu bercampur baur, saya lawankan juga perasaan takut.

“Itu antara pengalaman yang pelik dan unik yang saya alami sepanjang menjayakan program terbaru ini, apa-apa pun saya berasa syukur segala perancangan yang diatur telah kami selesaikan dengan baik serta dibantu oleh penduduk tempatan,” ujar Wak mengakhiri petah bicara.  

Iesya Toh Undang Peminat Ke Majlis Resepsi 30 Mei Depan


Iesya Toh Undang Peminat Ke Majlis Resepsi 30 Mei Depan


KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2015: Personaliti TV Selamat Pagi Malaysia,  Iesya Toh berbesar hati menjemput secara terbuka kepada semua peminat dan orang ramai ke majlis resepsi perkahwinannya pada 30 Mei depan.

Majlis tersebut akan diadakan di Padang Angkasapuri RTM yang julung kali di buat, bermula pada jam 7 malam hingga 10 malam.

Pelbagai kemudahan turut disediakan seperti surau dan masjid memudahkan para tetamu untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Iesya dan pasangan akan dinikahkan di Masjid Muhammadi pada jam 9 pagi dan difahamkan ia disiarkan secara langsung di Selamat Pagi Malaysia.

Menerima tajaan hampir 1 juta ringgit daripada barang perhiasan terkenal iaitu Habib Jewels dan Jakel.


MV Sayangi Dirimu Tampilkan Fazura Bersama Fazbulous Warrior!


MV Sayangi Dirimu Tampilkan Fazura Bersama Fazbulous Warrior!


KL, 20 APRIL 2015: Debut single Sayangi Dirimu oleh pelakon yang kini bergelar penyanyi, Fazura mendapat respon yang positif daripada para peminatnya terutama sekali mereka  yang dikenali dengan #fazbulouswarrior itu. 

Kini muzik video yang ditunggu-tunggu telah dimuatnaik di Youtube dan anda boleh menonton klip penuh Sayangi Dirimu itu.

Pasti terngiang-ngiang bait bait lirik yang membina semangat diri untuk lebih menyayangi diri sendiri dan harus sentiasa positif. Sayangi Dirimu dilatari muzik rancak yang catchy hasil ciptaan Damien Mikhael bersama Shah Shamsiri sebagai penulis lirik.

Sebelum ini pihak Fazura ada berkongsi klip pendek di dalam Instagram yang menampilkan dirinya dalam muzik video single Sayangi Dirimu.

Sayangi Dirimu bukan sahaja menampilkan rakan dan sahabat Fazura sahaja malah para peminat turut menyokong dengan mengambil bahagian dalam pembikinan muzik video ini. Projek ini adalah usahasama daripada pihak Fazura dan disokong oleh Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Lagu ini juga telah menjadi muzik latar untuk rancangan realiti berkisarkan kehidupan seorang selebriti dan ia pertama seumpamanya di negara ini iaitu Facing Up To Fazura. Rancangan realiti tersebut telah pun ditayangkan pada penghujung tahun lalu dan mendapat sambutan positif daripada peminat aktres tersebut khususnya.

Selamat menonton dan jangan lupa motivasi diri untuk Sayangi Dirimu!



Eksklusif: Sesi Fotografi Anak Ke-2 Norman Hakim & Memey


Eksklusif: Sesi Fotografi Anak Ke-2 Norman Hakim & Memey


Foto oleh Camora Arts (www.camoraarts.com)

KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2015: Pada tarikh 8 April 2015 yang lalu, isteri kepada aktor Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza yang juga seorang aktres telah selamat melahirkan anak kedua mereka sekitar jam 9.57 malam.

Bayi lelaki seberat 3.45kg itu kemudiannya telah diberikan nama Muhammad Dikhriz Hakim oleh Norman dan Memey.

Dan sekali atas kerjasama pihak Camora Arts, portal Murai dengan berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Camora Arts yang telah sudi untuk berkongsi foto-foto menarik anak kedua pasangan Norman dan Memey ini.

Menerusi emel yang dikirimkan oleh pihak Camora Arts ini, sesi fotografi bersama Norman sekeluarga ini telah diadakan pada 14 April lalu, dimana baby Arisz (nama timangan anak kedua mereka) baru berusia 6 hari.

Jelas Camora Arts lagi, 3 bulan sebelum sesi fotografi bayi bersama Memey Suhaiza dan Norman Hakim diadakan, pihak mereka telah menyenaraikan beberapa tema yang dirasakan sangat menarik buat Baby Arisz yang bakal dilahirkan. S

Setelah berbincang, akhirnya semua mengambil keputusan untuk membuat konsep “COWBOY” & “BOXING THEME”.

Terima kasih diucapkan kepada pasuka kreatid yang bertungkus lumus menyiapkan props seperti Kuda kayu (Dari Custom Frame Malaysia ), Cowboy hat & booties Knitting (Knitwie ) serta Boxing glove (Paan Caloy & Melisa Jay).

Tidak lupa juga “Beauty Team” yang menyerikan lagi wajah Memey Suhaiza ( Make up Artist Jaja Nasir).

Eksklusif: Sesi Fotografi Anak Ke-2 Norman Hakim & Memey


Lebih melucukan, pihak Camora Arts juga sempat merakam detik-detik cemas Norman Hakim menerima hadiah kasih sayang dari Baby Arisz (baby Pee Pee a.k.a Norman Hakim dikencing Baby Arisz ketika giliran Norman Hakim bergambar dengan Baby Aris ). Pelbagai reaksi muka ditunjukkan oleh Norman akibat dikencing baby Arisz.

Jadi jom kita lihat pelbagai foto menarik baby Arisz dari sesi fotografi tersebut.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan