Cari Artikel

Monday, April 20, 2015

#AwakKatMane Selepas Ini Taufik Batisah Jawab, KL!


#AwakKatMane Selepas Ini Taufik Batisah Jawab, KL!


KL, APRIL 2015: Selepas ini jika para peminat kepada penyanyi Taufik Batisah bertanya kepada penyanyi tersebut #awakkatmane dan penyanyi asal Singapura itu berkemungkinan akan menjawab Kuala Lumpur, Malaysia, kenapa?

Kenyataan daripada Taufik sendiri baru-baru ini telah mengesahkan bahawa juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) itu sedang merancang untuk bepindah ke Malaysia bagi memudahkan perjalanan kerjaya seni dan memberi lebih fokus dalam kariernya.

Lebih-lebih lagi apabila kini, nama Taufik Batisah atau dikenali dengan Fique seperti judul album terbarunya itu, ini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat hiburan tanah air.

Menurut Taufik, isterinya tidak menghalang keputusan itu namun masih dalam proses memujuk ibunya untuk berpindah ke sini.

“Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah.

Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke,” katanya.

Dalam pada itu, Taufik akui sudah lama mengimpikan untuk mendapat tempat di hati peminat Malaysia meskipun pernah gagal dalam percubaan album terdahulu. Penerimaan dirinya dalam industri hiburan membuatkan Taufik bersedia untuk berhijrah.

Selain itu, Taufik percaya tinggal di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur akan merapatkan dirinya bersama peminat serta peluang muncul di media akan lebih mudah.

Taufik ditemui pada sidang media bersempena showcase pertamanya di negara ini yang diadakan di Hotel Pullman Bangsar di sini pada malam Jumaat lepas.


Yana Samsudin Akui Kekok Diurus Oleh Suami Sendiri


Yana Samsudin Akui Kekok Diurus Oleh Suami Sendiri


KUALA LUMPUR 20 APRIL 2015: Pelakon dan pengacara TV Yana Samsudin, akui masih lagi kekok di bawah pengurusan suaminya sendiri Fadzil Zahari terutama dalam hal penjadualan kerja, lakonan serta pengacaraan.

Dahulu mereka hanya bersahabat karib dan kini telah berubah status kepada pasangan suami isteri yang harus lebih jujur serta bertanggungjawab.

“Almaklumlah sebelum ini, kami berduakan tak duduk sebumbung, sekarang dah sebumbung jadi kadang-kala itu saya rasa macam janggal sedikit.

“Namun itu dulu, sekarang saya rasa dah okay, urusan rumahtangga sebagai seorang isteri saya laksananakan dengan penuh hemah dan teratur.

“Kalau waktu cuti sahaja, macam-macamlah Fadzil minta saya masak itu ini, sebab dia suka makan, bagi pendapat saya karier sebagai pelakon ini, diuruskan oleh orang yang kita rapat amat mudah dan lebih telus,” ujarnya kepada rancangan hiburan popular Melodi.

Dalam pada itu, Yana juga tidak amalkan ‘family planning’ untuk melahirkan cahaya mata hanya berserah kepada kententuan Allah dan rezeki.

“Saya memang tidak merancang, dikurniakan cahaya mata itu adalah rezeki, saya terima dengan hati dan minda yang terbuka.

“Anak itu pengukuh hubungan keluarga serta memberikan sinar kebahagian untuk pasangan suami isteri, ia anugerah Allah yang wajar kita syukuri,” katanya mengakhiri bicara.

Nama-Nama Pemenang Anugerah Tribute P.Ramlee 2014


Nama-Nama Pemenang Anugerah Tribute P.Ramlee 2014


KUALA LUMPUR 20 APRIl 2015: Segala penantian telah pun terjawab, Anugerah Tribute P.Ramlee 2014, anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) usahasama dengan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berada di kelasnya tersendiri.

13 telefilem bertanding antaranya Menunggu Hujan Teduh (Izma Aizal Yusoof), Seteguh Kasih Ibunda (Osman Ali ), Cinta Ke – 2 (Jamal Khan), Nak Kawin Lagi (Marjan Hananie), Mengapa Ku Diseksa (Zul Huzaimy), Kasih Antara Kita (Ismail Yaacob), Mahabbah Rindu (Bade Hj. Azmi ) dan Jeritan Batinku (Michael Ang ).

Dua pengacara telah dipilih untuk menerajui acara gilang gemilang, iaitu gandingan Awal Ashaari dan Yasmin Hani.

Barisan artis yang telah membuat persembahan mantap iaitu Datuk M.Nasir, Nassier Wahab, Azlan & The Typewriter, Fourteen, Haziq, Black, Salwa Abdul Rahman, Musly Ramlee, Farhan dan Paladin. Berikut nama-nama pemenang yang meraih kemenangan menerusi pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Pelakon pembantu Wanita Terbaik
Izara aishah

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Azhan Rani

Skrip Terbaik
Mazilan manan

Sinematografi Terbaik
Azeli Mohammad

Penampilan Khas Terbaik
Zakaria Yusof

Pelakon Wanita Terbaik
Fauziah Dato’ Ahmad Daud

Pelakon Lelaki Terbaik
Zaidi Omar

Anugerah Khas Juri Jiwa P Ramlee
Zul Huzaimy

Anugerah Khas Juri (Pemikiran P Ramlee)
Demi Waktu Mahani

Anugerah Tokoh Filem
Seniwati Mariani

Pengarah Terbaik
Azma Aizal Yusoof

Telefilem Terbaik
Menunggu Hujan Teduh

TV9 Sajikan Program Hiburan Berkualiti Sempena Ulang Tahun Ke-9


TV9 Sajikan Program Hiburan Berkualiti Sempena Ulang Tahun Ke-9


KUALA LUMPUR 19 APRIL 2015: Mengunakan tagline ‘8.30 malam 7 hari seminggu kemeriahan tanpa henti’ TV9 bangkit dengan gaya tersendiri, menyajikan program hiburan yang segar serta menakjubkan kepada para penonton.

Pengurus Besar TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin berkata sempena ulang tahun ke-9, amat bertepatan untuk meneruskan rancangan dan program yang terkini buat penonton melayu muda yang gemarkan pembaharuan.

“Untuk memastikan ia mudah diterima, TV9 membahagikan program, drama, telefilem serta acara sukan bermula pada 8.30 malam mengikut slot masing-masing.

“Antaranya ialah slot drama ‘Ratu’, ‘Aurora’, Skrin Di 9’, dan yang terbaru slot untuk gelak ketawa iaitu #kelakarama iaitu Projek Meja yang menjanjikan kelainan dengan program lawak yang lain,” katanya di majlis sidang media ulang tahun ke-9 TV9 di Damansara baru-baru ini.

Tambahnya lagi, TV9 telah melakukan perubahan waktu siaran terutama kepada perlawanan bola sepak Piala AFC pada setiap Selasa & Rabu serta Liga Super pada setiap Sabtu jam 8.30 malam.

“Saya yakin penonton muda akan menonton TV9 dan menyokong penuh kandungan program yang telah kami sediakan, apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa menjadikan TV9 sebagai saluran tv pilihan mereka,” ujarnya dengan tersenyum.

Antara drama berantai yang bakal menjadi viral di laman sosial iaitu ‘Anak Ke 5’ lakonan Chacha Maembong, Adam Shah, Linda Hashim serta Mustaqim Bahadon yang disiarkan pada setiap hari Rabu.

Serta ‘Dunia Generasi Baru’ membarisi pelakon muda dan baru iaitu Kaka Azraf, Erwin Dawson, Natasha Elyzza, Fadlan Hazim dan ramai lagi.

Astro Radio Lancar Aplikasi ‘RAKU’ Seiring Trend Terkini


Astro Radio Lancar Aplikasi ‘RAKU’ Seiring Trend Terkini


KUALA LUMPUR 19 APRIL 2015: Astro Radio melancarkan aplikasi telefon pintar yang baru yang dikenali sebagai Raku membawa maksud ‘radio aku’ platform terbaik buat penggemar muzik tempatan dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan berkata RAKU direkabentuk untuk pendengar Malaysia kerana ia membolehkan pengguna memilih bahasa kesukaan bagi paparan antara muka dan kemudian mencipta dan mengolah stesen radio mereka sendiri.

“Terdapat lebih 1 juta lagu tempatan dan antarabangsa pelbagai genre disajikan kepada pengguna tanpa had, ia juga member kepuasannya yang tersendiri dan saya yakin ia memberi satu suntikan baru bagi penggemar muzik,” katanya di majlis siding media RAKU di Damansara baru-baru ini.

Dalam pada itu, RAKU terdapat 2 versi iaitu versi percuma dan versi premium, hanya premium sahaja para pengguna boleh mencipta radio jenamanya sendiri dan memilih lagu kesukaan mereka.

“Saya sangat teruja dan gembira kerana RAKU berupaya mengukuhkan komitmen serta menyokong artis dan grup kumpulan tempatan agar kerjaya nyanyian mereka mendapat perhatian dan dipandang tinggi menerusi aplikasi ini,” ujarnya.

Selain mendengar muzik kegemaran pengguna, RAKU juga menyediakan akses untuk menikmati lebih daripada 20 stesen buah radio dan podcast secara langsung.

Aplikasi ini juga turut mendapat sokongan penuh daripada syarikat rakaman, serta syarikat telekomunikasi terkemuka negara DIGi selaku rakan iklan premier.

Azwan Annuar, Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia




Sumber Harian Metro

KUALA LUMPUR 18 APRIL 2015: Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar,38, meninggal dunia di rumahnya di Kepong 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.

Menurut kakak tirinya, Norzaleha Saleh, arwah yang membawa watak Wan Kaswi dalam filem itu mengadu sakit sejak tiga minggu lalu.

"Sebelum ini arwah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Dia ada mengadu sakit belakang dan pergi berurut.

"Malangnya, arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah dinasihati oleh keluarga. Dia juga berpesan supaya merahsiakan masalah kesihatannya," katanya.

Jenazah Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam di Kepong selepas solat Asar.

Selain berlakon, arwah juga penulis skrip dan pegawai perhubungan awam serta cukup terkenal dalam kalangan media dan artis.

iskandarX: Al-Fatihah kepada beliau semoga di tempatkan rohnya bersama orang2 yg beriman insyaallah.

Taruhan Pelawak Baru & Lama, ‘Lawak Ke Der 2015’ Nyata Kelakar


Taruhan Pelawak Baru & Lama, ‘Lawak Ke Der 2015’ Nyata Kelakar


KUALA LUMPUR 18 APRIL 2015: Barisan pelawak lama dan baru untuk persembahan ulung Lawak Ke Der 2015 nyata membuahkan hasil dan memberikan suntikan baru kepada ‘stand up comedy’ tempatan.

Penerbitnya Hans Isaac berkata telah melahirkan rasa berpuas hati dan berjaya membuktikan idea serta pemilihan barisan pelawak yang dipilihnya tidak mengecewakan.

“Selepas sidang media mengumumkan barisan pelawak yang akan membuat persembahan untuk Lawak Ke Der 2015, saya juga menerima kritikan negatif yang tidak yakin dengan kekuatan barisan pelawak yang dipilih.

“Tetapi saya hanya berdiam diri dan membiarkan sahaja kritikan seperti itu agar tidak mengubah pendirian dan mood saya, bagaimanapun setelah dipentaskan pada malam pertama, gelak ketawa penonton yang tidak henti-henti membuktikan pilihan saya tepat,” ujar Hans Isaac kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Hans turut memberitahu pengisian lawak tersebut hasil daya kreativiti mereka dan dia hanya memastikan persembahan lawak mereka tidak berulang.

“Saya sungguh terharu dan gembira melihat komited mereka dalam Lawak Ke Der kali ini, saya memang tidak mengganggu dari segi pengisian lawak mereka agar nampak lebih bebas dan bersahaja.

“Apa-apa pun, secara keseluruhan saya memang berpuas hati dan berharap untuk Lawak Ke Der yang akan datang saya akan fikirkan yang lebih baik dan terbaik,” katanya sambil senyuman manis.  

Farid Kamil Berlatih Menari Selama 5 Jam Untuk ‘Abang Lejen ‘


Farid Kamil Berlatih Menari Selama 5 Jam Untuk ‘Abang Lejen ‘


KUALA LUMPUR 18 APRIL 2015: Pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil 33, akui telah berlatih selama 5 jam untuk menari dalam filem Abang Lejen yang kini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara.

Pada mulanya, dia tidak mengetahui terdapat babak yang terpaksa dia menari namun ini semua adalah idea kreatif pengarah Azaromi Ghozali untuk menambahkan lagi seri filemnya.

“Untuk babak menari ini ia dibuat secara spontan, ketika saya sampai di set penggambaran pengarah terus mengatakan kepada saya, terdapat adegan menarik dan ikut sahaja kareografer yang telah dihasilkan.

“Hakikatnya saya memang tak berapa pandai menari, maka selama 5 jam untuk menyiapkan babak tersebut, walaupun hasilnya boleh tahan memuaskan tetapi ia pengalaman baru buat saya,” seloroh Farid kepada portal Murai.com.my di Majlis Tayangan Media Abang Lejen di Damansara baru-baru ini.

Ketika ditanya adakah Farid memilih watak untuk dilakonkan di layar perak? Lantas dia menjawab masih lagi menunggu tawaran lakonan filem yang mempunyai ‘hi value’ dari susunan jalan cerita.

“Buat masa ini saya memang kurang berlakon mana-mana filem dan drama, nak kata selektif pun tidak sebab saya masih menunggu tawaran berlakon filem yang mempunyai jalan cerita yang lebih dinamik dan keterbukaan.

“Jadi kepada produser dan pengarah di luar sana, sekiranya berminat untuk memberi peranan dalam karya anda, jangan segan silu menghubungi saya,” katanya sambil ketawa kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan