Cari Artikel

Saturday, April 18, 2015

Samsung tambah stok Galaxy S6 Edge Gold Platinum


Samsung tambah stok Galaxy S6 Edge Gold Platinum
DATUK Lee Chong Wei bersama Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd Lee Sang Hoon (kanan) menunjukkan telefon pintar terbaharu Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge pada majlis bertemu pembeli terawal telefon pintar itu di sini hari ini.Turut hadir Lee Jui Siang (kiri). - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd akan menambah semula stok telefon Samsung Galaxy S6 Edge Gold Platinum bagi memenuhi permintaan yang sangat menggalakkan daripada pengguna Malaysia.

"Prapesanan bagi Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge memberangsangkan sejak pelancaran pada 2 April dengan Samsung Galaxy S6 Edge Gold Platinum menjadi pilihan dalam kalangan pelanggan Malaysia," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden Lee Jui Siang berkata peranti Samsung dibina dengan mementingkan keperluan pelanggan.

"Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge mempunyai kelebihan dari segi fungsi dan rupa. Menggabungkan reka bentuk dengan ciri-ciri kuasa, Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge memberikan nilai sebenar dan kami percaya itulah sebabnya ia menerima maklum balas positif di seluruh dunia dan juga di Malaysia," katanya.

Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge berharga masing-masing RM2,599 dan RM3,099, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). - BERNAMA




Samsung lancar pencetak berkuasa Android pertama dunia


Samsung lancar pencetak berkuasa Android pertama dunia
PENCETAK Siri MX4 berharga RM6,499 hingga RM47,500 seunit, menampilkan skrin sentuh panel Android bersaiz 10.1 inci tanpa perlu disambungkan dengan komputer peribadi. - Foto Saddam Yusof


KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan mesin pencetak Siri MX4 berkuasa Android yang pertama seumpamanya di dunia.

Pencetak Pelbagai Fungsi (MFP) berharga RM6,499 hingga RM47,500 seunit, menampilkan skrin sentuh panel Android bersaiz 10.1 inci tanpa perlu disambungkan dengan komputer peribadi (PC).

"Seiring tumpuan kami menghasilkan penyelesaian mesin pencetak yang serasi ekosistem pejabat serba pintar, siri ini turut menampilkan ciri unik teknologi Samsung Smart UX Center yang mana operasi itu dapat dijalankan tanpa penggunaan PC serta skala aplikasi yang mesra pengguna iaitu User-Interface (UI)," kata Ketua Jualan dan Bekalannya, Gan Ta Loong.

Siri mesin pencetak itu mengetengahkan 10 model baharu daripada empat kategori berbeza termasuk X4300 bagi warna A3, siri K4350 bagi warna Monokrom A3 dan M5370 serta M4580 bagi Monokrom A4.

"Ini adalah langkah pertama bagi Samsung memperkenalkan pencetak berasaskan Android yang mana ia sesuatu yang baharu bagi siri MX4 berbanding menaik tarf daripada mesin sedia ada," katanya.

Siri pencetak itu akan turut meningkatkan kecekapan perniagaan pelanggan dan produktiviti selain pemprosesan dokumen dengan lebih pantas iaitu 1.5 kali lebih laju berbanding unit pemprosesan pusat sebelum ini.

Samsung Smart UX Center adalah teknologi khas sesentuh UK yang turut dilengkapi dalam siri gajet telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy. - BERNAMA



Hans Isaac Tak janggal ditemukan semula dengan Neelofa


Hans Isaac Tak janggal ditemukan semula dengan Neelofa


KUALA LUMPUR : Selebriti Hans Isaac menepis dakwaan beliau kelihatan janggal apabila disatukan dalam segmen program hiburan Meletop yang menampilkan bekas kekasihnya Neelofa selaku pengacara.

Hans berkata, beliau sememangnya maklum dengan situasi yang mana mereka perlu bersua muka juga akhirnya kerana bekerja dalam industri yang sama.

"Saya tidak merasa janggal langsung sebenarnya ketika bertemu di Meletop tempoh hari. Cuma saya tahu kawan-kawan gemar menyakat dan sebolehnya saya cuba untuk tidak menjadi bahan usikan pada hari itu.

"Lagipun industri hiburan kecil dan kami tahu satu hari nanti memang akan berjumpa juga. Tiada masalah dari pihak saya berkenaan isu ini.

"Hakikatnya memang tiada masalah dan saya bersikap professional sewaktu ditemu bual oleh beliau (Neelofa) pada masa itu," kata Hans kepada BH Online.

Selain itu, Hans turut menjelaskan bahawa beliau kini sudah menemui pengganti namun belum bersedia untuk bercerita lanjut.

"Apa yang boleh saya katakan adalah saya sedang mengenali seseorang ketika ini. Namun saya tidak mahu bercerita lanjut.

"Kali ini biarlah saya bersikap tidak terlalu terbuka dengan urusan peribadi yang mana saya belajar dari kesilapan lalu," tegas Hans.

Selain itu, Hans turut berbangga dengan barisan pelawak pilihannya untuk Lawak Ke Der kali ini kerana berjaya membuktikan bahawa beliau membuat pilihan yang tepat.

"Ada yang mempersoalkan barisan pelawak yang dipilih oleh saya kali ini. Mereka mengatakan bahawa nama mereka tidak cukup kuat menarik minat orang ramai untuk datang menonton.

"Saya begitu berbangga kerana mereka berjaya membuktikan bahawa bakat dan komitmen yang diberikan mampu menghidupkan persembahan itu," kata Hans.


Amyza 'tutup kilang' tak mahu mengandung lagi


Amyza 'tutup kilang' tak mahu mengandung lagi
AMYZA bersama tiga cinta hatinya. - Foto Instagram


KUALA LUMPUR: Amyza Aznan kini mengikut jejak artis tanah air seperti Ziana Zain yang memilih untuk tidak mengandung lagi.

Hal itu diberitahu sendiri ibu kepada tiga anak lelaki ini apabila tumpuannya kini adalah membesarkan anak-anak dan menjaga rumah tangganya.

Kata ibu kepada Ayden Andika Khairil Izhar yang lahir pada 5 November tahun lalu, dia sebenarnya mensasarkan untuk memiliki lebih daripada dua anak dan semuanya hari ini sudah menjadi kenyataan.

Amyza juga pernah melalui episod duka apabila mengalami keguguran sebelum hamil anak ketiga.

Amyza 'tutup kilang' tak mahu mengandung lagi
ANTARA babak dalam telefilem Firdaus. - Foto ihsan Amyza


"Janji sudah lebih daripada dua orang anak. Alhamdulillah, tak kira lelaki atau perempuan, semua itu amanah Tuhan. Jadi memang saya sudah 'tutup kilang'... tak mahu mengandung lagi.

"Biarlah sekarang tumpuan saya membesarkan anak dan menjaga rumah tangga," kata ibu kepada Andre Mikhail dan Adrian Adam itu.

Dalam perkembangan lain, Amyza kini sedang melunaskan penggambaran telefilem berjudul Firdaus arahan Azma Aizal Yusoof. Amyza membawakan watak Rahmah seorang kakak yang gila akibat didera suami.

Amyza 'tutup kilang' tak mahu mengandung lagi
AMYZA bersama pengarah Azma Aizal Yusoof. - Foto ihsan Amyza


Turut berlakon ialah Amar Asyraf, Fizz Fairuz dan Fauziah Nawi. Ia akan disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3 tidak lama lagi.

"Rahmah dijaga adiknya lakonan Amar Asyrag yang hidup kais pagi makan pagi. Oleh kerana dia kuat merayap dan duduk di bawah jambatan, adiknya nekad mengurung dia. Di flat yang didiami mereka, Rahmah turut mengenali seorang budak sekolah rendah.

"Mereka jadi rapat dan budak itu hari-hari kena pukul dengan bapanya lakonan Fizz Fairuz. Dijadikan cerita desakan hidup membuatkan mereka jadi gelandangan dan bertemu dengan nenek yang juga hidup merempat lakonan Fauziah Nawi.

"Saya teruja kerana dapat berlakon semula untuk cerita ini di bawah arahan Azma. Dia seorang pengarah dan kawan yang hebat," katanya.






Azmir Ariff luah rasa di Facebook


Azmir Ariff luah rasa di Facebook


KUALA LUMPUR: Sudah lama penyanyi Azmir Arif berusaha membuktikan bakat nyanyian yang dimiliki sehingga sesetengah pihak masih memandang rendah terhadapnya.

Namun, bagi Azmir sikap skeptikal dan prejudis itu sesuatu yang biasa dan sudah terlalu lama ditelannya.

Sekali pandang, tiada cacat celanya apabila melihat jejaka kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang ini. Itu tidak dinafikan kerana Azmir sebenarnya masih mempunyai tarikan tersendiri.

Bagaimanapun, Azmir yang bersuara sengau pernah diperlekeh, dihina dan menjadi bahan ketawa.

Namun siapa sangka di sebalik kekurangan itu dia mampu menyanyikan lagu dengan begitu baik dan lancar.

Sebagai hamba yang kerdil, dia pasrah menerima ketentuan-Nya dan tidak pernah sesekali merungut menjadikan masalah itu sebagai penamat perjuangannya.

Sebentar tadi di laman Facebooknya, Azmir Ariff meluahkan perasaan kenapa lagu dendangannya tak diputarkan di corong radio, selain jarang muncul di kaca televisyen.

"Tak mengapalah, rezeki itu Tuhan tentukan. Yang penting kita berusaha dan jangan berputus asa. Saya tak pernah pun rasa menyesal berada di dalam industri seni selama hampir tujuh tahun mahupun merasa lelah atau berputus asa walaupun lagu saya tidak berkumandang di corong radio.

"Mungkin rezeki saya masih belum sampai. Saya juga tidak pernah salahkan wartawan atau stesen radio kerana mereka juga pernah membantu saya.

"Saya bersyukur masih ada orang yang mengenali saya sebagai penyanyi yang bercakap "SENGAU" tapi dianugerahkan bakat untuk menyanyi.

"Untuk kesekian kalinya saya kuatkan semangat saya untuk mencuba nasib dalam dunia seni ini dengan melancarkan album terbaru saya yang akan berada di pasaran Insya-Allah Mei depan.

Semoga impian saya untuk mewarnai dunia seni ini akan menjadi kenyataan. Doakan kejayaan saya dan semoga mendapat sokongan daripada anda semua," katanya di laman Facebook.

PROFIL Azmir Arif

Nama sebenar: Mohd Azmira Mohamad Arif

Tempat lahir: Balik Pulau, Pulau Pinang

Zodiak: Virgo

Tarikh lahir: 15 September 1983

11 Fakta Mengenai Penyanyi Tersohor Negara, Dato` Siti Nurhaliza


11 Fakta Mengenai Penyanyi Tersohor Negara, Dato` Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2015: Pada 1 April lalu, genaplah 20 tahun pembabitan penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza bergelar penghibur.

Jatuh bangun dan segala pancaroba dunia seni tanah air telah pun dilalui dengan tabah oleh anak jati Pahang ini.

Sehingga kini, pengaruh Siti Nurhaliza masih lagi kuat dikalangan peminatnya di serata Malaysia.

Dari muda sehinggalah yang tua, tak kira apa bangsa sekalipun, nama Siti diakui sebagai antara penghibur terhebat pernah dilahirkan negara.

Apa kata kita imbas kembali sedikit fakta tentang isteri kepada Datuk K ini dengan 11 Fakta Mengenai Penyanyi Tersohor Negara, Dato` Siti Nurhaliza.

1. Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lipis.

2. Mewarisi darah seni keluarganya, khususnya di sebelah ibunya, Siti Salmah Bachik. Datuknya merupakan seorang pemain biola yang sering memainkan lagu-lagu tradisional.

3. Sangat aktif dalam sukan ketika di zaman sekolah, antaranya bola jaring dan hoki.

4. Diberitakan pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA selepas SPM, namun memilih untuk memberi tumpuan pada kerjaya seni yang baharu bermula ketika itu.

5. Sangat menggemari warna hijau.

6. Jika tidak bergelar penyanyi, Siti mungkin menjadi anggota polis atau guru.

7. Antara anugerah antarabangsa yang dimenangi Siti ialah Vokal Terbaik (South Pacific International Song Contest - Australia), Anugerah Emas (Asian Music Festival - China) dan Grand Prix (Voice of Asia Festival - Kazakhstan)

8. Walaupun sudah lebih 6 tahun menarik diri dari Anugerah Juara Lagu, namun sehingga kini Siti masih memegang rekod penyanyi paling banyak memenangi anugerah berprestij berkenaan.

9. Abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie pernah melahirkan dua album sebelum menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya adiknya.

10. Vokal Siti diiktiraf antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia, dengan 12 kali kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), 8 kali daripadanya dimenanginya berturut-turut.

11. Sudah memiliki 16 buah album studio dan 6 album rakaman konsert live.

Isu Seksi, Wakil Pengurusan Diana Danielle Tampil Mohon Maaf


Isu Seksi, Wakil Pengurusan Diana Danielle Tampil Mohon Maaf


Sumber Berita Harian

KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2015: Wakil pengurusan kepada aktres Diana Danielle iaitu Prokuya Studios yang diwakili Fadzil Zahari tampil memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu pemakaian aktres itu sewaktu menjayakan sesi penggambaran dua buah majalah sebelum ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Fadzil Zahari yang juga adik ipar kepada aktres berkenaan menjelaskan bahawa yang dia harus memikul tanggungjawab ini, seterusnya membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat yang berasa tersinggung.

Tambah Fadzil, pihaknya berdiam diri sebelum ini bukan kerana ingin lari daripada memberi komen, tetapi mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan.

Fadzil Zahari juga memberikan penjelasan atas apa yang berlaku ketika sesi fotografi kedua-dua majalah itu sehingga pihak pengurusan terlepas pandang akan gambar yang dirakam untuk keluaran majalah tersebut.

Menurut suami kepada Yana Samsuddin itu lagi, ketika sesi fotografi, dia atau kakitangan lain dari Prokuya Studios tiada di lokasi. Jadi pihaknya tidak tahu apa yang berlaku hingga edisi berkenaan berada di pasaran.

Gambar itu kemudian membangkitkan kemarahan ramai yang membuatkan pihaknya terpaksa menunggu hingga situasi reda.

Pihak Prokuya Studios juga kemudiannya tidak menyangka selepas itu muncul pula majalah kedua. Walaupun gambar itu tidak seperti yang pertama, ia sekali lagi membuat orang ramai tersinggung. Pihaknya bukan sengaja mahu membakar lagi suasana dengan satu persatu kontroversi.

Fadzil turut menjelaskan pembikinan gambar untuk majalah kedua dilakukan lebih awal, iaitu sekitar awal tahun ini.

Bagaimanapun, Fadzil enggan memberi ulasan ketika ditanya mengenai keberanian Diana bergambar sebegitu serta penerimaan keluarganya berkenaan isu panas hasil sesi fotografi kakak iparnya itu. Dia juga enggan mengulas tentang sebab Diana sukar dihubungi walaupun sebelum kedua-dua kontroversi itu berlaku.

Zizan Cakap: Bakal Isteri Saya Tenang, Cantik & Hormat Orang Tua


Zizan Cakap: Bakal Isteri Saya Tenang, Cantik & Hormat Orang Tua


Sumber Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2015: Berita tentang pelawak Zizan Razak yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi benar-benar menjadi topik hangat dalam industri hiburan negara.

Tambah-tambah berita itu timbul di saat Zizan berdepan dengan pelbagai kontroversi hebat yang sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada kariernya.

Menyentuh tentang hal perkahwinan tersebut, laporan media sebelum ini menyatakan ,gadis bertuah yang bakal menjadi suri hidup Zizan itu merupakan pilihan ibunya.

Menerusi laporan Astro Gempak, Zizan bagaimanapun menafikan bakal berkahwin pada Jun depan, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita sebelum ini.

Tambah pelawak itu, dia tidak pernah menyatakan yang dia bakal berkahwin pada bulan Jun, tetapi akui yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Zizan berkata dia mengenali gadis sekampungnya berusia 24 tahun itu pada dua bulan lalu.

Pada mulanya mereka hanya berkawan biasa tetapi lama kelamaan hatinya terpaut pada gadis itu dan Zizan terus membawa gadis itu pulang berjumpa ibunya.

Tambah Zizan, apa yang lebih mengejutkan ialah ibunya terus 'approved' bila ditanya adakah gadis itu sesuai atau tidak untuk dibuat menantu.

Bapa Zizan juga memberikan ‘lampu hijau’ dan menyatakan dia turut berkenan dengan gadis itu.

Selepas mendapat restu kedua orang tua, Zizan merasakan tidak perlulah untuk tunggu lagi.

Ketika ditanya apa yang membuatkan dia terpikat pada bakal isterinya itu, Zizan cuma menjawab ringkas kepada Astro Gempak.

"Dia hormat pada ibu dan abah saya. Doa juga seorang gadis cantik yang sangat tenang.

"Senyuman manis dia juga sentiasa mencairkan hati saya," ujarnya.

iskandarX: Alhamdulillah Zizan is doakan hang semoga cepat lah nikah elak daripada fitnah Dajjal.

Hans Isaac Akui Hatinya Sudah Dimiliki


Hans Isaac Akui Hatinya Sudah Dimiliki


KUALA LUMPUR 17 APRIL 2015: Pelakon, pengarah dan produser Hans Isaac, 43, dengan beraninya berterus terang yang hatinya kini sudah dimiliki oleh sesorang.

Namun dia enggan mengulas lanjut siapakah gadis bertuah itu dan lebih selesa untuk berahsia daripada diumumkan kepada khalayak umum.

"Saya sudah berpunya cuma yang kali ini, saya  ambil pendirian untuk merahsiakan siapakah wanita itu, kalau sebelum ini saya lebih terbuka untuk berkongsi kisah cinta tapi penyudahnya tidak mengembirakan.

"Jadi saya mohon bagilah ruang untuk saya mengenali si dia antara satu sama lain, tapi saya lebih selesa untuk merahsiakannya," ujar Hans kepada portal Murai.com.my di majlis sidang media Lawak Ke Der di Istana Budaya.

Ketika ditanya adakah sudah lama dia berkenalan dengan kekasih baru itu? Dengan pantas Hans tersenyum dan tidak mahu menjawab soalan tersebut.

"Tak perlulah saya nak ulas lebih lanjut mengenai perkara ini, saya lebih selesa untuk fokus dan berkongsi cerita mengenai karier serta produk produksi saya, biarlah kisah hidup saya itu dirahsiakan," katanya sambil tersenyum.

Dalam pada itu, Hans juga memberi penjelasan mengenai komen Neelofa yang mengatakan dia segan dan malu untuk bertentang mata ketika ditemubual di program Meletop baru-baru ini.

Hans memberitahu bahawa dia bukan malu tetapi lebih berhati-hati agar tidak menjadi bahan jenaka oleh Nabil ketika siaran langsung tersebut.

"Sebenarnya saya dan Lofa tiada apa-apa masalah pun, saya berusaha mengawal pandangan mata dengan Lofa kerana tak mahu tergelak secara spontan, sebelum ini pun saya ada juga jumpa dengan dia jadi tak mahulah 'moments' tersebut terbawa-bawa ke set.

"Sekali lagi saya tegaskan, saya dan Lofa tiada apa-apa isu berbangkit, kami berkawan biasa kerana industri kita ini kecil sahaja, pusing-pusing jauh pun akan ketemu jua, jadi bersikaplah positif untuk segala hal," kata Hans mengakhiri tutur kata.

Izara Aishah Letak Syarat Enggan Seksi Berlakon Filem


Izara Aishah Letak Syarat Enggan Seksi Berlakon Filem


KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2015: Aktres Izara Aishah menyatakan pendirian tegasnya iaitu enggan berimej seksi untuk melakonkan pelbagai watak di filem mahupun drama.

Keputusannya itu rata-rata disenangi oleh semua produksi dan sentiasa memberi kerjasama yang terbaik ketika berada di set penggambaran.

"Saya memang segan kalau berpakaian seksi untuk membawa watak lakonan, kalau terpaksa jua saya pastikan baju tersebut tidak terlalu menjolok mata dan masih lagi sopan," katanya kepada portal Murai.com.my di majlis tayangan media filem terbaru Pilot Cafe di ibu negara.

Ketika ditanya adakah keputusan tersebut dipengaruhi oleh teman lelakinya Adib Khalid dengan tersenyum Izara menjawab ia tidak melibatkan kekasihnya itu.

Malah Adib memahami kerjayanya sebagai pelakon dan sentiasa memberi sokongan terhadap kariernya yang penuh dengan pancaroba.

"Mengenai keputusan saya itu, hanya melibatkan saya seorang sahaja tidak ada pengaruh mana-mana pihak, apa yang saya harapkan keinginan saya itu dihormati oleh semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Izara juga menangkis dakwaan yang kononnya sikapnya semakin sombong kerana berteman rapat dengan Adib sehingga mengubah personalitinya daripada seorang gadis peramah kepada yang sebaliknya.

"Mana ada, saya sama seperti dahulu kadang-kadang saya yang memanggil peminat untuk bergambar dengan saya disebabkan mereka malu untuk bertanya, jadi isu ini saya rasa tidak wajar diperbesarkan dan apa yang penting saya kenal diri saya yang sebenar," ujar Izara menamatkan perbualan.

Liyana Jasmay Ada Formula Sendiri, Bakal Terbitkan Filem Bella & Jamie


Liyana Jasmay Ada Formula Sendiri, Bakal Terbitkan Filem Bella & Jamie


KL, 17 APRIL 2015: Setelah sekian lama berkecimpung di dalam dunia perfileman sebagai anak seni, aktres Liyana Jasmay yang dilihat mencintai sepenuhnya bidang yang dipilih sejak usia belasan tahun ini dengan perkembangan terbaru daripadanya.

Menerusi syarikat produksi milik Liyana dan keluarga, Mermaid Studio, kini terus mengorak langkah dalam menambah portfolio syarikatnya itu dengan projek terbaru Bella & Jamie. Ia merupakan filem pertama yang bakal diterbitkan oleh Mermaid Studio.

Anak bongsu kepada pasangan Datuk Jasmay dan Datin Hapsah ini bakal memikul tanggungjawab besar agar percubaan pertama Mermaid Studio dalam bidang penerbitan filem berjaya. Liyana memiliki formulanya tersendiri walaupun maklum mengetahui industri perfileman tempatan kini tidak dapat diramal pasang surutnya.

" Kebanyakkan filem kita sekarang tidak relevan dengan isu atau trend zaman sekarang. Apa yang saya lihat, golongan remaja tidak berminat menonton filem tempatan kerana tiada daya tarikan yang mendekatkan mereka dengan filem itu.

"Mungkin ada yang cuba untuk ikut trend pun, tetapi lepas dua tahun baru ditayangkan, tarikan yang ingin ditonjolkan menjadi lapuk dan ketinggalan. Itu yang dapat saya rumuskan selepas cuba memahami apa yang kurang atau macam mana nak tarik orang muda menonton filem sekarang.

" Kita kena hasilkan sesuatu karya yang ikut perkembangan semasa dan masih relevan ketika ditayangkan di pawagam kelak. Selain itu, konsep pemasaran juga amat penting bagi menarik perhatian ramai, tetapi ramai yang terlepas pandang perkara ini," katanya kepada media ketika pelancaran filem Bella & Jamie di hotel Berjaya Times Square, Khamis, semalam.

Bella & Jamie merupakan idea asalnya bersama pengarah Fairul Nizam Ablah yang menceritakan tentang dua sahabat baik yang akan diterajui pelakon Juliana Evans, Khir Rahman, Dynaz Mokhtar dan Izzue Islam.

Ia mengisahkan persahabatan antara Bella & Jamie dimana hubungan mereka lebih erat selepas mendapat tahu bapa Jimie dan ibu Bella merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun keakraban mereka menjadi keruh apabila Bella mendapati Jamie sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.


Neelofa Akui Ramai Yang Segan Untuk Bersalam Mesra


Neelofa Akui Ramai Yang Segan Untuk Bersalam Mesra


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2015: Selepas insiden menolak pelawaan untuk bersalaman dengan pengurus sendiri baru-baru ini, pelakon dan hos tv, Neelofa 25, akui semakin ramai yang malu dan segan untuk menghulur tangan untuk bersalaman mesra.

Enggan bersalaman itu tidaklah terlalu mencerminkan peribadinya yang terlalu muslimah tetapi ia adalah perubahan langkah demi langkah yang ke arah lebih baik dan afdal.

“Masa di ABPBH 2014, tempoh hari saya tak bersalaman dengan pengurus saya kerana saya kenal antara satu sama lain, saya menjadi lebih berhati-hati kerana di masa Anugerah MeleTOP era ramai yang beri komen negatif kerana saya terlalu bebas berjabat tangan,”

“Kalau sesiapa yang perasan saya bersalaman dengan Micheal Ang tu, ia berlaku secara spontan, saya mohon maaf kalau reaksi itu buat peminat saya pandang serong dengan imejnya berhijab,” ujarnya kepada portal Murai.com.my

Neelofa ditemui media di Majlis Tayangan Media Filem Terbaru Pilot Café di ibu negara turut membuat penjelasan isu bersalaman itu dia hanya berfikiran positif dan mempunyai hikmah disebaliknya.

“Biasalah setiap pergerakan seorang pelakon seperti saya sering diperhatikan dan diberi komen positif dan negatif, apa-apa pun sejak insiden itu, ramai lelaki bukan muhrim yang bertemu dengan saya tidak menghulurkan tangan untuk berjabat mesra,” katanya dengan senyuman.

Mengenai Pilot Café arahan Osman Ali, bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 30 April depan yang turut dibintangi oleh bintang besar negara seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Remy Ishak dan Keith Foo.

Single Lagu Fattah Amin Kini Diintai Produser Drama


Single Lagu Fattah Amin Kini Diintai Produser Drama


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2015: Pelakon dan penyanyi Fattah Amin terharu apabila single lagunya yang berjudul ‘Hero Untukmu’ sedang diintai-intai oleh produser drama  untuk dijadikan lagu tema drama.

Bagaimanupun  keputusan belum diputuskan 100% namun Fattah lahirkan rasa syukur kerana percubaan pertamanya untuk menjadi penyanyi telah  disedari oleh segelintir pihak.

“Walaupun lagu itu belum di keudarakan di corong-corong radio, perkhabaran yang mengatakan lagu tersebut dalam proses perbincangan, untuk menjadi lagu tema drama, ia adalah penghargaan berharga buat karier saya.

“Ke semua urusan di bawah perbincangan pengurusan baru saya dan berharap keputusan yang bakal diterima itu memuaskan kedua-dua belah pihak,” ujar Fattah kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Fattah akui lagu bergenre rancak adalah sesuai dengan vokalnya dan tambahan irama Rap dalam lagu antara ramuan terbaik untuk singlenya itu.

“Saya memang berusaha keras untuk hasil single dengan komposer iaitu Hadi Hassan, selepas habis ‘shooting’ drama saya akan ke rumahnya untuk latihan vokal, irama lagu serta penghayatan.

“Peluang dan pengalaman yang saya lalui ini perlu saya lunaskan dengan penuh tanggungjawab, apa-apa pun komen negatif atau positif mengenai single ini, saya akan terima dengan hati yang terbuka,” ujar Fattah mengakhiri bicara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan