Cari Artikel

Thursday, April 16, 2015

Fasha Sandha Kini Bahagia, Belum Sedia Tambah Anak


Fasha Sandha Kini Bahagia, Belum Sedia Tambah Anak


KL, 16 APRIL 2015: Jika sebelum ini pelakon jelita, Fasha Sandha ada berkata ingin memiliki banyak cahayamata ketika diawal waktu ketika dirinya baru bergelar isteri kepada suami tercinta, Rizal Ashram, namun realitinya kini ibu kepada sepasang cahayamata ini ingin berehat dahulu.

Menurut Fasha, sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha Jemaima yang kini berusia enam bulan melengkapi kehidupannya sebagai seorang ibu dan ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada mereka berdua.

Namun begitu, Fasha tidak menolak jika dimurahkan rezeki dan terus dikurniakan zuriat oleh Allah SWT kepada dirinya dan dia menerima dengan hati yang terbuka.

"Tiada apa lagi yang lebih membahagiakan selain daripada mendapat kurniaan daripada Allah SWT sebuah keluarga bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata.

“Alhamdulillah, Allah sudah memberi saya merasakan sebuah kehidupan seorang wanita yang bahagia. Buat masa ini sepasang pun cukup dulu kerana bukan senang nak membesarkan anak-anak dalam satu masa yang sama.

"Bagi menjamin kesejahteraan keluarga, apa yang penting ialah menjaganya dan meletakkan ia sebagai prioriti utama dalam kehidupan saya," cerita Fasha yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-2 anak sulungnya Putra Rayfal Ramli yang diadakan di Kelab Polo Diraja Selangor, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu bahawa dia sedang giat mengusahakan sebuah perniagaan fesyen khusus pakaian kanak-kanak menerusi label Jiwa by FS. Ia merupakan gandingannya bersama pereka Azura Couture dan rakan baiknya, Murshid.

"Saya akan keluar dengan label baju kanak-kanak Jiwa by FS yang saya hadiahkan kepada anak lelaki saya iaitu Rayfal dan Rayqal.

"Sebelum ini produk kecantikan Jemaima saya hasilkan untuk anak perempuan saya, jadi pakaian ini saya buat untuk yang lelaki pula. Setakat ini sambutan baik dan kami sudah terima banyak tempahan melalui online," tambahnya lagi.

Fasha dan Rizal Ashram berkahwin  pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemaima, 6 bulan.

Dalam pada itu, majlis sambutan ulang tahun  tersebut dihadiri lebih 200 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan artis. Antara artis yang hadir ialah Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Erin Malek, Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, Putri Balqish dan Eina Azman.

Kini, Fasha turut memberitahu dia kembali sibuk berada di set penggambaran untuk filem Anak Mami Nasi Kandar dan Projek Komedi Warna yang bakal bermula tidak lama lagi.

iskandarX: Alhamdulillah Fasha Sandha lebih mantap dari dulu2, buang je yg keruh teruskan yg jernih eh pepatah apakah yg is kuarkan nie? ahaha

Remy Ishak Utamakan Jodoh Adik Daripada Dirinya


Remy Ishak Utamakan Jodoh Adik Daripada Dirinya


KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Pelakon popular Remy Ishak, 33, akui lebih mengutamakan soal jodoh adik-adiknya berbanding dirinya yang masih selesa dengan status solo.

Selaku anak sulung, soal perkahwinan menjadi tanggungjawab dirinya untuk mendahulukan adik-adik kerana mereka perlu dibantu daripada segi kewangan dan hal-hal yang berkaitan.

"Buat masa sekarang, saya masih selesa dengan status saya yang solo, saya utamakan pernikahan adik-adik kerana mereka kerja kampung dan pendapatan yang diterima setimpal dengan kudrat mereka.

"Tak salah pun saya membantu, lagipun saya pun buat masa sekarang tidak ada calon untuk berkahwin, lagipun keluarga bukanlah orang senang, jadi rezeki yang saya terima ini sebagai pelakon bukan hanya untuk saya malah untuk mereka jua," ujar Remy kepada portal Murai.com.my di majlis tayangan media filem terbaru Pilot Cafe di ibu negara.

Dalam pada itu, Remy juga mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya telah melangsungkan majlis pertunangan baru-baru ini

Bagaimanapun dia menafikan bahawa majlis pertunangan itu bukan untuk dirinya tetapi ia adalah majlis pertunanngan adiknya.

"Kekeliruan ini timbul apabila ada pengikut baru di Instagram saya, kalau pengikut sedia ada akan faham dan mengetahui tentang diri saya serta perkembangan terkini mengenai diri saya.

"Adik saya telah selamat selesai melangsungkan majlis pertunangannya baru-baru ini, dan akan mendirikan rumah tangga pada bulan September depan, Insha Allah," katanya

Ketika ditanya adakah dia akan menyerahkan soal jodoh kepada pilihan keluarga? Lantas dengan perlahan Remy menjawab mungkin ya dan mungkin tidak.

Sebelum ini, Remy telah meletakan sasaran sekiranya umurnya mencecah 28 tahun, dia akan mengakhiri zaman bujang, namun perancangannya meleset dan masih lagi tercari-cari puteri yang sejati untuk mengisi hatinya.

"Saya kalau boleh seseorang gadis itu kenal saya adalah Remy Ishak bukannya seorang pelakon terkenal, kalau sesorang itu lebih mengutamakan kerjaya saya, sukar untuk membina hubungan.

"Kalau sudah ditakdirkan memang saya tidak ditemukan jodoh, kemungkinan saya akan minta tolong daripada keluarga saya untuk membantu, tetapi buat masa sekarang belum terlintas lagi," kata Remy mengakhiri perbualan.

iskandarX: jangan tunggu lama2 tunggu lama2 nanti di kebas orang, dok tunggu apa lagi Remy? sambaq satu calon cepat2, nnt lagi femous.

Selepas Bertunang, Hairul Azreen & Hanis Zalikha Jarang Berjumpa


Selepas Bertunang, Hairul Azreen & Hanis Zalikha Jarang Berjumpa


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2015: Bakal mendirikan rumah tangga pada 5 Jun ini, pemenang rancangan Fear Factor Selebriti, Hairul Azreen menjelaskan yang dia dan tunangya, pengacara dan pelakon Hanis Zalikha mengikuti petua orang tua terutamanya selepas bertunang. Hairul dan Hanis selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan pada 21 Mac lalu.

"Bagi saya selepas bergelar tunangan orang, rasanya sama sahaja. Cuma selalu teringat yang kami berdua dah bertunang. Antara yakin atau tidak dengan petua orang tua, bagi saya sendiri, jika petua itu adalah yang terbaik, saya akan gunakan," kata Hairul membuka bicara.

Hairul juga menjelaskan yang semenjak dia dan Hanis bertunang, mereka sudah jarang berjumpa dan keluar bersama, kecuali jika ada urusan kerja.

"Kami sudah jarang berjumpa. Kalau kami keluar pun, pastinya untuk membincangkan perihal persiapan perkahwinan dan perniagaan yang saya usahakan. Kami pun elakkan untuk berjumpa di malam hari. Pernah kami keluar malam pun, sewaktu menonton filem Fast & Furios 7, itu pun sehingga pukul 8.00 malam," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Hairul juga mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih menumpukan perhatian kepda perniagaan studio yang dijalankan olehnya.

"Selepas pembedahan lutut yang saya lakukan, saya lebih banyak berehat dari berlakon. Kini saya menumpukan perhatian kepada perniagaan studio yang saya jalankan sudah hampir setahun setengah. Alhamdulillah, sambutan yang diterima menggalakkan. Banyak syarikat produksi menyewa studio saya," ujarnya mengakhiri perbualan.

iskandarX: Hanis awak dah brenti tulis blog ker?? entry last 2 April kot? #Hanis Zalikha

Kenapa pula Shah Iskandar Terkilan Dengan Sharnaaz Ahmad?


Kenapa pula Shah Iskandar Terkilan Dengan Sharnaaz Ahmad?


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2015: Aktor Shah Iskandar berkata dia tidak terperanjat dengan kenyataan Sharnaaz Ahmad yang dikatakan tidak redha dengan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular BH 2014 baru-baru ini.

"Setiap tahun pasti ada perkara sebegini. Saya tak terperanjat jika ada pihak memberikan komen-komen yang kurang enak. Tetapi saya sendiri mengambil perkara itu sebagai satu benda yang positif dan menganggapnya seperti satu kritikan yang membina dalam industri hiburan," ujar Shah Iskandar ketika diminta memberi komen.

Di majlis yang berlangsung pada 5 April lalu, Shah membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular. Selain menewaskan Sharnaaz, Shah juga mengenepikan calon-calon lain seperti Amar Baharin, Adi Putra dan Aaron Aziz.

Sebagai rakan pelakon yang bekerja dalam industri yang sama, adakah Shah terkilan dengan kenyataan yang dikelurkan oleh Sharnaaz?

"Saya rasa tak terkilan. Sekurang-kurangnya, dia berani untuk bersuara. Saya hormat dia kerana itu. Tak ramai yang mampu bersuara. Ada yang berdiam diri, ada yang bercakap belakang. Saya hormat Sharnaaz kerana keberanian dirinya," jelas Shah lagi.

Tiada masalah untuk bekerja dengan Sharnaaz selepas ini, Shah meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada dirinya untuk menonjolkan kebolehannya dalam industri hiburan.

"Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Sharnaaz. Jika ditakdirkan untuk bekerja dengan dia selepas ini, saya terima. Apa yang saya boleh katakan ialah terima kasih kepada semua penyokong dan peminat saya. Buat sesiapa yang ada persepsi kurang enak mengenai saya, berilah saya peluang untuk membuktikan kebolehan saya. Saya terbuka untuk menerima segala pandangan dan kritikan selepas anda semua mengenali saya," tutur Shah mengakhiri perbualan.


Che Ta & Dato' Siti Nurhaliza Nyatakan Sokongan Kepada Tun M


Che Ta & Dato' Siti Nurhaliza Nyatakan Sokongan Kepada Tun M


KL, 15 APRIL 2015: Dua orang selebriti berpengaruh menyatakan sokongan kepada, Tun Dr Mahathir yang kini dilihat berjuang dan memberikan tekanan kepada Datuk  Seri Najib, setelah mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu menyatakan kesedihannya berjuang bersendirian untuk kesejahteraan negara.

Aktres jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta dan penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan akan sentiasa berdiri di belakang pemimpin yang dihormati ramai ini.

Dalam catatan di laman Instagram milik Che Ta yang juga berasal dari negeri Kedah, negeri kelahiran Tun M, turut menyatakan  ramai lagi pengikut dan rakyat negara ini berada di belakang Dr Mahathir selain memberi sokongan kepada perjuangannya.

"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang.Tapi kami ni orang marhaen, siapa hendak dengar suara kami," katanya Che Ta di laman Instagramnya tersebut.

Pada Isnin, Dr Mahathir mengeluh di dalam blognya chedet.cc bahawa dia keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Dr Mahathir, soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin yang turut mempunyai hubungan baik dengan pemimpin itu menerusi suaminya Datuk K menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang negarawan yang telah mengharungi pelbagai cabaran sehingga terkenal di mata dunia.

Antara catatan terbaharu di laman Instagramnya juga menyatakan secara terbuka rasa kagumnya kepada Dr Mahathir selain menyatakan bekas Perdana Menteri tidak pernah keseorangan.

"Love u Tun dan sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," katanya dalam laman Instagram berkenaan.

Kebanyakan pendapat berkenaan menyokong Siti selain menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir sendiri.

Bagaimanapun Dr Mahathir turut mengakui bukan mudah untuknya menulis catatan itu namun diteruskan demi bangsa dan negara.

iskandarX: Kalau lah ayahanda Tun nak kembali berkhidmat, is sanggup berkempen habis habisan.

Filem Bukit Kepong Kini Berkualiti HD Selepas Proses Restorasi


Filem Bukit Kepong Kini Berkualiti HD Selepas Proses Restorasi


KL, 15 APRIL 2015: Proses restorasi filem epik Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin telah berjaya menyelamatkan filem tersebut lalu dinaik taraf menjadi filem berkualiti HD atau definisi tinggi yang bakal ditayangkan di bulan kemerdekaan, Ogos nanti.

Usaha ini telah dibuat oleh anak syarikat KRU iaitu Prodigital Lab Sdn Bhd setelah mendapat kerjasama daripada pihak Tan Sri Jins Shamsuddin melalui syarikatnya Jins Shamsuddin Production yang kini diterajui oleh salah seorang anaknya, Hang Nadim.

Filem Bukit Kepong Kini Berkualiti HD Selepas Proses Restorasi


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata, filem tersebut yang hampir rosak setelah disimpan terlalu lama telah menjalani pelbagai proses bagi meningkatkan kualiti termasuklah dari segi visual dan audio.

Filem yang diterbitkan pada tahun 1981 itu mengambil masa selama tiga bulan untuk proses tranformasi tersebut dan menelan kos sekitar RM100,000.

Filem Bukit Kepong Kini Berkualiti HD Selepas Proses Restorasi


"Kita menaik filem ini kepada kandungan definisi tinggi, malah meningkatkan kualiti warna menghasilkan visual yang baik serta setaraf dengan kualiti filem yang ada masa kini.

"Selain itu, kualiti audio juga dipertingkatkan dimana kami menukarkan ia dari format mono ke stereo manakala suntingan juga dibuat bagi sistem audio.

“Ia untuk menyelaraskan pergerakan mulut (lipsync) audio asal dengan visual, noise cancellation serta penambahan kesan bunyi," ujarnya ketika sidang media Ops Selamatkan Bukit Kepong yang diadakan di Platinum Sentral, di sini, Selasa.

Selain daripada itu, pemilihan Bukit Kepong sebagai filem pertama menjalani proses restorasi adalah kerana ia sebuah filem yang menceritakan tentang sejarah penting dan perlu untuk ditonton generasi masa kini.

Menurut Norman lagi, Prodigital Lab dalam proses membaik pulih tiga lagi filem lain iaitu Menanti Hari Esok, Esok Masih Ada dan Tiada Esok Bagimu yang mana filem berkenaan adalah arahan Jins Shamsuddin.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman, pengarah filem itu, Jins Shamsudin, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta.

iskandarX: Apesal la producer suka cerita perang sejarah kat selangor aja? yg kat penang nie lagi belambak laa, asal usul kongsi gelap pun datang dari penang maa tahun 1803.

Chacha Maembong Kagum Dengan Ketabahan Emma


Chacha Maembong Kagum Dengan Ketabahan Emma


KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Pelakon Chacha Maembong, akui sangat kagum dengan personaliti dan ketabahan kakaknya, Emma Maembong yang kekal postif menghadapi dugaan terutama kisah cintanya yang tidak berkekalan.

Mereka berdua memang akrab dan selalu berkongsi cerita antara satu sama lain terutama gossip dunia hiburan yang diterima oleh mereka dari pelbagai sudut.

“Emma selalu nasihat saya, kalau apa-apa cerita atau kisah-kisah yang negatif mengenai kami berdua, dia mohon saya sentiasa berfikiran positif, jangan mudah patah semangat.

“Saya pun tidak menyangka Emma seorang yang amat cekal hatinya, meskipun kisah cintanya bersama Zizan Razak menerima pelbagai reaksi yang positif dan negatif, Emma berjaya menyelesaikannya,” ujar Chaca kepada portal Murai.com.my di majlis Malam #TV9tahun di Damansara.

Dalam pada itu, Chacha juga memberi jaminan bahawa emosi kakaknya adalah sangat stabil dan tidak mengalami sindrom murung yang mengganggu perjalanan kerjaya.

“Emma okay, saya lihat dia gembira dengan apa yang dia ada sekarang, fokus terhadap kerjaya dan keluarga kami, saya selaku adiknya akan sentiasa menyokong dan membantunya dengan apa jua keputusan yang telah dibuat,” selorohnya dengan senyuman.

Mengenai perkembangan lakonan, Chaca bakal membintangi musim terbaru Oh My English musim ke-4 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Buat masa ini, drama Anak ke-5 lakonannya sedang giat ditayangkan di TV 9 setiap hari Rabu jam 8.30 malam yang turut dibintangi Adam Shah, Linda Hashim dan Mustaqim Bahadon.

iskandarX: Emma memang tabah pun

Wak Doyok Buat Laporan Polis Isu Tuduhan Gay


Wak Doyok Buat Laporan Polis Isu Tuduhan Gay


KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Ikon fesyen, Wak Doyok akui tertekan dengan tuduhan yang tidak berasas apabila mengaitkan dirinya seorang gay dan menegaskan ia adalah fitnah serta tidak benar.

Dek kerana isu ini sedang hangat diperkatakan di media sosial, Wak Doyok mengambil langkah yang proaktif untuk membuat laporan polis untuk memulihkan imejnya yang kian tercalar.

“Tuduhan ini bukan baru, sudah lama saya terima sejak mula-mula saya ceburi bidang peragaan, pengacaraan dan sebagainya, mereka-mereka yang menabur cerita negatif terhadap saya ini sebenarnya cemburu dengan kejayaan yang saya kecapi sekarang ini.

“Nama saya meningkat naik atas usaha saya sendiri, saya tidak terlibat dengan mana-mana program realiti untuk dikenali, nawaitu saya ialah ingin mengangkat martabat fesyen tempatan ke tahap yang lebih global, saya kesal dengan tuduhan yang tidak berasas tersebut,” kata Wak Doyok kepada portal Murai.com.my

Wak Doyok Buat Laporan Polis Isu Tuduhan Gay


Dalam pada itu, dia dengan panjang lebar membuat perjelasan tidak mengenali individu yang dikenali sebagai Zaheed Syah Jaafar yang kononnya dikatakan skandalnya. Individu tersebut telah memuat naik status yang biadap di Twitter berhubung pelbagai tuduhan negatif.

Malah, Wak mengganggap individu itu sengaja mencari publisiti murahan menerusi namanya dan pada masa yang sama mempunyai niat jahat untuk kepentingan peribadinya.

“Entahlah, susah nak nilai hati orang lagipun saya memang tak kenal dia, motif dia muat naik status seperti itu adalah tidak wajar.

“Cerita-cerita kontroversi sebegini sebenarnya boleh menganggu periuk nasi saya sebagai seorang duta produk, urusan kerjaya dan bidang perniagaan yang saya ceburi.

“Saya mohon kepada mereka di luar sana, hentikan membuat cerita palsu mengenai diri saya, berbaliklah kepada asas nilai murni yang baik selaku orang Melayu yang budiman,” ujarnya mengakhiri bicara.

iskandarX: tu la wak hang pi jeling hari tu dalam Maharajalawak terus nyah terpikat pastu buat fitnah sebab tak dapat, apapun saman je dorang yg suka menjatuhkan maruah kaum lelaki sejati nie buat semak alam ja dengan spesis dorang nie.

Tuduhan Kasanova, Tauke Jambu Tekad Saman Penulis Blog


Tuduhan Kasanova, Tauke Jambu Tekad Saman Penulis Blog


Sumber mStar Online

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Tidak dapat menerima tuduhan yang mengatakan dia adalah pelawak kasanaova yang menjadi topik hangat industri hiburan kebelakangan ini, pelawak Tauke Jambu tekad untuk menyaman tiga penulis blog yang menuduh dia adalah individu pelawak tersebut.

Menerusi laporan mStar Online, Tauke berkata tuduhan tuduhan tersebut adalah keterlaluan sehingga menjejaskan pekerjaannya terutamanya sebagai penyampai di stesen radio ERA fm.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata dia benar-benar marah dengan tuduhan tersebut yang menyebabkan dia kini telah membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang telah menulis cerita tidak benar tentang dirinya sedangkan dia sudah jelaskan bahawa dia bukan individu yang dimaksudkan itu.

Jelas Tauke kepada mStar Online lagi, setakat ini polis sudah membuat siasatan dan dia kini sedang dalam perbincangan dengan pihak Astro berhubung tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap penulis-penulis blog itu.

Tauke sebelum ini telah pun tampil menjelaskan kepada pihak media bahawa dia adalah bukan pelawak yang dimaksudkan serta memberi kesan buruk terhadap program SATE kendaliannya di ERA FM.

Menurut Tauke, selama ini dia hanya mengambil tindakan berdiam diri sahaja tetapi kali ini tindakan mereka sudah melampau kerana ia turut menjejaskan stesen radio dan progam yang dikendalikan Tauke di ERA fm.

Tauke juga menjelaskan tindakannya ini adalah untuk membersihkan namanya semula dan memberitahu bahawa dia tiada kaitan dengan kontroversi tersebut

Tauke telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Gombak kira-kira pukul 10 malam Isnin.

iskandarX: kalau nak saman kalau saman sekali perempuan yang buat sidang akhbar tu skali, dia punca segala fitnah nie tersebar, macam cilaka itu orang buat confrontpress tapi xbagi tau sapa skang nie dah camner dah jadi nie?  Apapun tindakan dan keputusan Taukey untuk buat saman memang is sokong sebab blog2 tu buat cerita yg tak betul.


AF2015 Kini Kembali, Ujibakat Bermula Di Empat Negeri


AF2015 Kini Kembali, Ujibakat Bermula Di Empat Negeri


KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Program realiti nyanyian paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia kembali untuk musim terbaru bagi tahun 2015. Dikenali sebagai AF2015, misi pencarian bintang sebenar itu kembali tahun ini selepas menyaksikan kejayaan Firman bagi tahun lalu.

Untuk musim terbaru ini, sebanyak empat buah negeri telah dipilih iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur.

Barisan juri bagi sesi ujibakat kali ini turut menampilkan barisan yang sama pernah terlibat secara langsung dalam pembabitan AF sebelumnya.

Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi, berkata pemilihan `muka lama` sebagai juri itu adalah berdasarkan pengalaman mereka dalam memilih muka-muka yang dapat diketengahkan sebagai lapisan bintang baru dunia industri hiburan.

“Tahun demi tahun, pihak Akademi Fantasia telah melahirkan ramai pelapis dalam industri hiburan antaranya Adira dan Akim yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai ‘Penyanyi Paling Popular’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014).

“Oleh itu kami percaya, barisan panel juri yang dilantik untuk sesi ujibakat untuk tahun ini mampu mencari calon-calon hebat seperti mana barisan pelajar AF yang lalu.

“Para juri juga bukanlah calang-calang orangnya kerana mereka pernah terlibat dengan penerbitan AF untuk musim-musim sebelumnya.” katanya ketika ditemui pada sidang media AF2015 bertempat di Avenue K pada petang Selasa.

Panel juri yang dimaksudkan ialah Datin Marlia Musa, Edrie Hashim, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi dan Cikgu Shahrol.

Peserta akan dinilai dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

Selain itu, sedikit kemudahan diberikan kepada calon peserta tahun ini di mana mereka juga boleh memilih untuk menghantarkan penyertaan dengan memuat naik video nyanyian menerusi Intagram.

Untuk mengambil bahagian, calon perlu memuat naik video nyanyian secara kreatif beserta hashtag #BakatAF2015 dan #Hotlink2015.

‘Ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink’ bermula pada 19 April ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.hotlink.com.my/AF2015.

Manakala ujibakat secara ‘walk in’ bermula pada 2 Mei depan.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.af.com.my.

Berikut merupakan lokasi ujibakat

2 & 3 Mei – Pulang Pinang (The Light Hotel, Seberang Perai)

9 & 10 Mei – Sabah (1Borneo Hotel, Kota Kinabalu)

23 & 24 Mei – Johor (Berjaya Waterfront, Johor Bahru)

30 & 31 Mei – Kuala Lumpur (Kompleks Sukan Negara, KL).

iskandarX: saper2 yg rasa ada telent tu try2 ler pegi audition mana nak tau ada rezeki kan??

Azman Abu Hassan Kemalangan, Patah Tulang Rusuk


Azman Abu Hassan Kemalangan, Patah Tulang Rusuk


Sumber Harian Metro

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Adik kepada komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan iaitu Azman Abu Hassan yang juga komposer telah terlibat dalam kemalangan berhampiran pusat beli belah 1Utama, awal pagi semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, Azman, 53, dikatakan telah patah tulang rusuk dan cedera di dagu akibat kemalangan itu.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2 pagi, di mana pada waktu itu Azman sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melawati, Hulu Klang selepas keluar makan bersama dua rakannya.

Datuk Adnan Abu Hasaan yang telah ditemui Harian Metro turut mengesahkan kejadian itu setelah dia dimaklumkan oleh ibu mereka, Siti Hajar.

Azman Abu Hassan Kemalangan, Patah Tulang Rusuk


Menurut Adnan, sebelum kejadian adiknya itu telah terbabit dalam rakaman lagu di studio miliknya di Desa Melawati sebelum keluar makan malam bersama rakannya yang juga penyanyi Johana Johari dan suaminya di Damansara.

Selepas Azman menghantar mereka, dia pulang semula dan ketika berada di kawasan itu, sebuah lori di depannya berhenti secara mengejut.

Dalam masa sama, kenderaan lain dari belakang tidak sempat berhenti dan melanggar keretanya sehingga bahagian belakang keretanya remuk teruk.

Rempuhan tersebut telah menyebabkan Azman pengsan sebelum dia dibawa orang ramai ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dia yang kini dirawat di PPUM sudah sedarkan diri namun tidak dapat mengingati sepenuhnya kejadian itu.

Turut melawat Azman di hospital berkenaan ialah rakan baiknya seperti komposer Johan Nawawi dan pemuzik Zul Mahat.

iskandarX: Semoga beliau cepat sembuh dengan izin Allah Ta'ala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan