Cari Artikel

Wednesday, April 15, 2015

Lelaki India Perogol Serta murtadkan Wanita Islam


Lelaki India Perogol Serta murtadkan Wanita Islam


Assalammualaikum wb.t dan salam sejahtera semua, is harap khabar berita nie di ambik tahu serta alert. Memang isu nie dah lama berlaku dan antara sedar dengan tak sedar memang berlaku di sekeliling kita.

Lelaki India perogol serta murtadkan wanita Islam di Malaysia nie is pernah dengar cerita macam nie berlaku di Penang masa is dibangku sekolah lagi, dan kegiatan nie memang masih berlaku. Tambahan wanita Melayu negeri nie maybe blur antara mamak dengan lelaki India.

"..mohon sebarkan pic lelaki india tu...diyla paste dari ustHafidz dlm grup...
kerjasama amat dihargai...Mohon semua jemaah buat solat hajat dn yasin hajat utk bantu sy dlm rawatan ...berkaitan dgn org d atas ni bernama Siva ballan atau Siva...dia ni kita dapati telah menipu,menyihir,lalu meniduri wanita2 melayu serta memurtadkn wanita mlayu ke agama Hindu...suda 2minggu dia telah melarikn saudara perempuan sy tanpa dkesan ...sy amat memerlukn bantuan semua bg menjayakn misi ini...saudara perempuan sy gambar d bawah bernama Intanku Seri Mastika....syukran...Allah pasti membalas jasa baik anda semua yg ikhlas..."




So is sharekan cerita dari group dalam blog is supaya perkhabaran untuk berjaga-jaga harus diamalkan untuk tidak menjadi mangsa kepada kafir.

Yang is geram tu yang lawa-lawa pulak tu dia pukau dan sihir dan murtadkan so jaga-jaga lah. Jenayah macam nie report pun belum tentu dapat balik perhatian yang positif, so mantap kan lah diri dengan iman taat.


Pulak dah, Nafi Kahwin Jun, Zizan Belum Sedia Dedah Bakal Isteri


Pulak dah, Nafi Kahwin Jun, Zizan Belum Sedia Dedah Bakal Isteri


Sumber Harian Metro

KUALA LUMPUR 14 APRIL 2015: Pelawak, pengacara dan pelakon, Zizan Razak menafikan yang dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan ibunya pada bulan Jun hadapan seperti yang dilaporkan oleh media beberapa hari lalu. Berita ini juga hangat diperkatakan di laman sosial.

 “Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu lagi pada bulan Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab saya dan dia baru sebulan saja kenal,” ujar Zizan kepada Harian Metro.

 Terkejut dengan perkhabaran tersebut, Zizan menjelaskan yang dia baru sahaja hendak pulang ke kampung dan berbincang dengan kedua orang tuanya terlebih dahulu perihal perkahwinan ini.

 “Terkejut sangat bila baca laporan yang kononnya saya akan berkahwin pada Jun hadapan. Padahal saya baru sahaja hendak balik kampung dan berbincang dengan orang tua terlebih dulu,” kata pelakon filem KL Gangster ini.

 Belum bersedia mendedahkan siapakah gerangan gadis yang bakal menjadi suri hatinya, Zizan menjelaskan yang gadis itu tiada kena mengena dengan industri hiburan dan gadis itu tidak pernah dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

 Tambah Zizan lagi, jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, dia mahu mengakhiri zaman bujangnya tahun ini juga, tetapi masih belum lagi mendapat tarikh yang muktamad.

 “Kalau sudah berjumpa dan berbincang nanti, barulah saya berani sahkan tarikh yang sesuai. Insya-Allah, jika semua berjalan lancar memang tahun ini sebab saya pun bukan makin muda, cuma bulan itu tak pasti lagi bila,” katanya lagi.

 Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan cintanya yang putus di tengah jalan bersama dengan pelakon jelita Emma Maembong, Zizan pasrah tiada jodoh antara dirinya dan Emma.

 “Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan. Selama ini saya bukan lari, tapi saya masih sedih dengan perpisahan kami walaupun rasa sayang itu masih ada.

Buat Emma, saya doakan yang terbaik dan saya percaya karier Emma boleh maju lagi dalam lapangan hiburan,” katanya mengakhiri perbualan..


Awal Ashaari Jalani Fisioterapi Dua Kali Seminggu


Awal Ashaari Jalani Fisioterapi Dua Kali Seminggu


KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2015: Selepas terlibat dalam kemalangan pada 29 Mac yang lalu, pengacara dan pelakon Awal Ashaari kini menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali seminggu.

Awal dan rakannya, Izuan Mokhtar terlibat dalam sebuah kemalangan ketika mereka dalam perjalanan untuk menuju ke Melaka.

Tujuan Awal ke sana adalah kerana untuk mengacarakan rancangan hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung di tapak Jom Heboh.

 “Alhamdulillah, syukur kerana saya terselamat dalam kemalangan tersebut. Saya masih belum boleh lagi memandu kereta semula namun kini keadaan saya semakin beransur pulih.

Saya menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali seminggu sehingga saya benar-benar sihat sepenuhnya,” ujar Awal yang ditemui di majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di sebuah restoran yang terletak di Publika pada Ahad lalu.

Di majlis tersebut, Awal sekeluarga turut mengundang anak-anak yatim dari Maahad Tahfiz Al Mustaqim, Paya Jaras selain kehadiran keluarga dan kenalan rapat.

Mendedahkan cerita di sebalik kejadian, Awal pada mulanya mahu memandu secara bersendirian ke Melaka tanpa ditemani oleh Izuan.

 “Pada awalnya, saya mengajak Izuan untuk menemani saya ke Melaka. Pagi kejadian itu, saya sudah bersiap dan menghubungi dirinya, namun dia baru sahaja bangun dari tidur.

Dek kerana itu, saya terfikir untuk pergi sendiri sahaja ke Melaka. Namun apabila saya menghidupkan sahaja enjin kereta, saya berubah fikiran semula dan terus membawa kenderaan saya ke rumah Izuan dan mengajak Izuan untuk sama-sama ke Melaka,” kata Awal yang tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur kerana terselamat dari tragedi itu.

 Masih belum boleh memandu, Awal kini menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke tempat kerjanya. Pelakon filem Syurga Cinta ini juga terfikir untuk mencari seorang pemandu untuk membawa dirinya ke lokasi yang ingin ditujui.

 “Sementara ini, isteri saya Scha Alyahya membawa saya untuk ke mana-mana sahaja. Jika Scha terikat dengan jadual kerja, saya menggunakan perkhidmatan teksi.

Saya juga ada terfikir untuk menggunakan perkhidmatan pemandu buat sementara waktu untuk membawa saya ke mana-mana sehingga saya benar-benar boleh memandu,” ujar Awal mengakhiri perbualan.

iskandarX: Semoga Awal Ashaari sembuh dengan segala selamat segala sihat segala afiat dalam tempoh terdekat ini.

Elizad Sharifuddin Akui Rapat Dengan Anak Tiri


Elizad Sharifuddin Akui Rapat Dengan Anak Tiri


KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2015: Pelakon drama bersiri Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad Sharifuddin, 31, selamat bernikah dengan seorang duda anak dua, Shamsul Baharin Rahman, 43, dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 11 Januari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi Elizad dan Shamsul pula berlangsung dengan meriah di The Sacred Garden, Kuala Lumpur pada 11 April lalu. Menghubungi Elizad Sharifuddin menerusi kiriman Whatsapp, aktres tinggi lampai ini mendedahkan yang dia rapat dengan anak-anak tirinya.

“Anak-anak sangat selesa dengan saya kerana saya baik dengan dan rapat dengan mereka. Seorang berumur 9 tahun, seorang lagi berusia 12 tahun.

"Saya menggunakan pendekatan berbeza dengan mereka. Saya melayan mereka sama seperti saya melayan kawan-kawan. Sebenarnya, saya lebih rapat dengan anak-anak berbanding ayah mereka,” dedah Elizad ketika dihubungi oleh Portal Murai.

Ketika ditanya mengenai majlis resepsi mereka, Elizad meluahkan kesyukuran kerana semuanya berjalan dengan lancar. Bercakap mengenai bulan madu, Elizad dan suami masih belum merancang untuk ke mana-mana kerana sibuk dengan jadual kerjaya masing-masing.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira majlis resepsi telah pun selesai. Bercakap mengenai bulan madu, kami masih belum merencana apa-apa perancangan kerana masing-masing sibuk dengan jadual kerja. Malahan hari ini saya telah pun kembali ke set penggambaran,” kata Elizad yang dihubungi semalam.

Mengulas soal perancangan untuk menimang cahaya mata, pelakon drama bersiri Jiwa ini ada perancangan untuk menimang dua orang cahaya mata dan mahu mendapat zuriat selepas usia dua tahun perkahwinan.

“Saya mahu dua orang anak. Kalau boleh saya mahu menimang anak selepas setahun atau dua tahun berkahwin, tetapi jika ada rezeki untuk menimang anak dalam kadar segera, saya tidak menolak perkara tersebut dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan,” ujarnya lagi.

Memberi komen mengenai majlis pernikahan antara dirinya dan Shamsul yang berlangsung secara rahsia dan tertutup sehinggakan ada dakwaan yang mengatakan dia cuba menipu peminat kerana mendiamkan perkara tersebut hampir tiga bulan, Elizad menjelaskan yang keputusan itu dilakukan adalah kerana menghormati perminataan bapanya.

“Soal menipu peminat? Saya tak pernah rasakan yang saya popular sehingga ada peminat. Soal majlis pernikahan tersebut, ianya dilakukan secara tertutup adalah kerana menghormati keputusan bapa saya. Keluarga merupakan keutamaan saya, sampai bila-bila.

"Semenjak dahulu lagi saya sangat rapat dengan keluarga, jadi apa sahaja yang mereka aturkan, saya akan turutkan dan dahulukan. Saya sudah selamat pun bernikah dengan suami saya dan berharap agar perkara ini tidak menjadi isu lagi. Saya mohon semua pihak agar mendoakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga,” ujar Elizad mengakhiri perbualan.

Hafiz Suip Akui Dugaan Selepas Bertunang Lebih Besar


Hafiz Suip Akui Dugaan Selepas Bertunang Lebih Besar


KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip, 25, menjelaskan yang selepas dia menjalinkan ikatan pertunangan dengan kekasihnya, Nureffy Jesreel Abdullah, 23, dugaan yang dihadapi mereka lebih besar. Hafiz dan Nureffy selamat bertunang di sebuah majlis indah yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 27 Februari lalu.

“Saya akui, selepas menjalinkan ikatan pertunangan, dugaan yang kami hadapi lebih besar. Macam orang tua katakan, darah sedang manis. Di fasa inilah kami belajar mengenali diri masing-masing,” ujar Hafiz memulakan bicara.

Mula membiasakan diri memberitahu perkembangan diri masing-masing, Hafiz dan tunangnya kini sudah belajar untuk memaklumkan perkembangan harian mereka kepada pasangan masing-masing.

“Jika dahulu sebelum bertunang, saya sudah terbiasa keluar rumah bekerja atau melepak bersama kawan-kawan tanpa memberitahu dia. Kini selepas bertunang, apa-apa aktiviti pun saya beritahu dia. Begitu juga sebaliknya. Jika tidak dimaklumkan, perkara itu bakal menjadi isu, jadi ke mana-mana pun saya pergi, saya akan maklumkan, begitu juga dengan dia,” jelas Hafiz lagi.

Mengulas mengenai masalah yang berlaku selepas bertunang, penyanyi lagu Awan Nano ini mengakui wujudnya perkara tersebut namun segalanya diselesaikan dengan perbincangan.

“Dalam setiap perhubungan mesti ada masalah kecil yang berlaku. Mula-mula dahulu, rasa tertekan juga. Tetapi selepas difikir semula, kenapa tidak dibawa berbincang sahaja? Jadi jika ada sebarang perkara yang terjadi, kami akan mengambil pendekatan untuk berbincang sesama sendiri dalam menyelesaikan sebarang masalah,” ulas Hafiz.

Dalam perkembangan terbaru, kini Hafiz tampil bersama Adira dengan lagu duet terbaru yang berjudul Untuk Cinta. Lagu tersebut merupakan lagu duet kedua mereka selepas lagu Ombak Rindu yang popular sekitar empat tahun lalu. Lagu Untuk Cinta dijadikan lagu runut bunyi untuk filem terbaru terbitan Astro Shaw dan Tarantella Pictures, Pilot Café arahan Osman Ali yang bakal menemui penonton di layar lebar bermula 30 April 2015.

Farid Kamil Terkilan Isu Isterinya Bercoli


Farid Kamil Terkilan Isu Isterinya Bercoli

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2015: Pelakon dan pengarah Farid Kamil, 34, meluahkan rasa terkilannya mengenai isu isterinya, Diana Danielle 24, yang telah bergambar menampakkan bahagian dada di sebuah majalah baru-baru ini.

Bagaimanapun Farid enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut dan menganggap ia terlalu hybrid dalam kerjaya seni dan lain-lain.

"Saya minta maaf, saya tak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut kerana itu melibatkan peranan saya sebagai seorang suami mahupun pelakon.

"Pihak media boleh bertanyakan apa-apa soalan kepada pengurusan artis Diana kerana ia di luar bidang saya untuk menjawab," ujar Farid kepada portal Murai di majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Abang Lejen di Mutiara Damansara

Ketika ditanya adakah isterinya menjadi mangsa keadaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Farid hanya menarik nafas panjang dan berdiam diri.

"Entahlah sukar bagi diri saya untuk menerangkan dan memberi komen yang terperinci, apa yang boleh saya lakukan hanya mampu berdoa agar insiden seumpama ini tidak berulang lagi," katanya dengan nada yang gusar.

Kenapa Ayda Jebat Punya Follower Twitter Kerek nie?


Kenapa Ayda Jebat Punya Follower Twitter Kerek nie?


KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Aktres kecil molek, Ayda Jebat mendedahkan terdapat segelintir peminat di Twitter menyatakan perasaan menyampah terhadap dirinya. Bukan kerana menyampah dengan perwatakan Ayda yang gila-gila, tetapi mereka meluat dengan watak yang dibawakan Ayda dalam drama bersiri terbaru arahan Michael Ang, Isteri Separuh Masa.

Drama gandingan Ayda bersama Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi itu bersiaran setiap Isnin, 10.00 malam di Astro Ria dan Astro Maya HD.

“Dalam drama bersiri tersebut, saya bawakan watak Zita. Karakter Zita merupakan watak antagonis dalam drama bersiri tersebut. Saya merupakan kekasih kepada Aiman Hakim. Namun begitu, Aiman dipaksa berkahwin Emma Maembong dan saya cuba untuk menarik perhatian untuk mendapatkan Aiman kembali,” ujar Ayda memulakan bicara.

Menerusi maklumbalas yang diterima oleh Ayda, gadis kelahiran Melaka ini mengakui yang ramai peminat menyatakan rasa tidak puas hati dan meluat dengan watak yang dibawanya dalam drama bersiri tersebut, terutamanya di laman Twitter.

“Melihatkan respon peminat di laman Twitter, rata-rata mereka menyampah dengan watak Zita. Ramai tak suka dengan kejahatan yang saya lakonkan dalam drama tersebut. Saya akui yang sebelum ini saya agak jarang membawakan karakter antagonis dan ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya.

"Saya menerima semua maklumbalas yang diberikan penonton secara positif dan mahu menjadikan ianya sebagai satu anjakan untuk saya sendiri agar saya dapat memberikan yang lebih baik dalam karakter yang bakal saya jayakan selepas ini,” kata Ayda optimis.

Dalam pada itu, pemenang anugerah Artis Baharu Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini menafikan dia akan demand selepas menang anugerah.

“Saya bukan seorang yang demand. Saya masih sama dan boleh dibawa berbincang. Namun begitu, saya akui yang saya akan menjadi sedikit selektif dalam memilih karakter yang bakal saya lakonkan. Selepas meraih anugerah, saya sedar yang saya harus mengekalkan momentum agar peminat yang menyokong kerjaya saya tidak bosan dengan produk yang saya sajikan.

"Jadi saya harus sedikit memilih selepas ini dalam mempelbagaikan watak yang saya bawakan,” katanya lagi.

Ayda juga sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan kariernya semenjak mula dia menjejakkan kaki dalam dunia hiburan sehingga dia berjaya meraih trofi Artis Baharu Wanita Popular.

“Syukur Alhamdulillah atas anugerah yang diberikan. Saya ingin berterima kasih kepada keluarga, teman-teman, pihak media dan semua tenaga produksi yang pernah saya bekerja dari dulu hingga kini. Paling penting sekali, terima kasih untuk semua peminat dan penyokong saya, terutamanya kepada AJ Screamer yang tidak henti-henti memberi sokongan dan galakkan sehingga ke hari ini,” ujarnya mengakhiri bicara.

Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Berlangsung Indah


Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Berlangsung Indah


KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Anak Diraja Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya Dayangku Raabi’atul’ Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah berlangsung secara sederhana tetapi meriah.

Istiadat bersanding itu telah diadakan di Istana Nurul Iman baru-baru ini, dengan mengenakan busana pengantin tradisional yang bertatahkan emas dan berlian.

Difahamkan juga, pelamin kedua-dua mempelai ini turut diperbuat daripada emas untuk menambahkan lagi seri pengantin dan majlis yang bermakna itu.

Lebih mengujakan apabila sepatu yang disarung oleh pengantin perempuan jenama Christian Louboutin disalut permata indah mengamit perhatian ramai.

Hiasan gelang emas tulen di pergelangan kaki juga turut menjadi pilihan pengantin perempuan untuk raikan hari yang berbahagia.

Dengan kesempatan ini, beberapa keping gambar yang sempat diketik lensa jurukamera profesional agensi berita antarabangsa Reuters, jom kita lihat gambar Istiadat Bersanding anak Diraja Sultan Brunei.











Kerana Salah Sebut Nama, Piolo Pascual & Fazura Akrab?


Kerana Salah Sebut Nama, Piolo Pascual & Fazura Akrab?


KL,13 APRIL 2015: Digandingkan bersama ketika menyampaikan anugerah di Asean International Film Festival and Awards (AIFFA) ke dua yang berlangsung hujung minggu lalu di Kuching, Sarawak, Fazura dan aktor hot dari Filipina, Piolo Pascual mencuri perhatian dek telatah mereka ketika menyampaikan dua anugerah yang dipertandingkan.

Bermula dengan kesalahan Piolo yang menyebut nama Fazura sebagai Faruza, namun aktor tersebut sempat memperbetulkan kesalahannya dengan memuji aktres itu. Menurutnya, selepas tiba di Kuching, dia ternampak komersial ubat gigi yang menampilkan Fazura sambil memuji kecantikan aktres tersebut.

Selepas itu, hos AIFFA pada malam itu, Tony Eusoff juga telah mengusik dan mengatakan bahawa gandingan Fazura dan Piolo tampak serasi bersama. Perkara ini berlarutan daripada hadirin yang hadir sehingga peminat yang melihat foto mereka di dalam Instagram.

Namun, melalui sumber-sumber yang didengar, pasangan yang baru bertemu ini seperti tidak berenggang dan menghabiskan waktu sebelum pulang bersama selepas acara anugerah berakhir.

Melalui foto yang beredar di Instagram, para peminat nampaknya gembira melihat gandingan mereka berdua ini dan tak kurang juga ramai yang inginkan pasangan ini menjalinkan hubungan bersama. Masing-masing pun sememangnya masih solo dan tidak dikaitkan dengan mana-mana individu.

Kepada mereka yang mungkin tidak mengenali siapa Piolo Pascual, dia merupakan aktor, pemuzik, model dan produser. Dia yang kini berusia 38 tahun memiliki seorang anak, Inigo Dominic Lázaro Pascual, yang kini berusia 18 tahun.

Aktor ini menjadi kegilaan dek ketampanan wajahnya yang mencuri ribuaan hati wanita yang meminati Piolo. Kehadiran aktor ini turut ditemani selebriti senegaranya yang terkenal menerusi rancangan realiti It Takes Gut To Be A Gutierrez yang terdiri daripada Sarah Lahbati, Raymond dan Richard Gutierrez.

Sebagai salah seorang bintang di saluran E! Asia, Fazura dikatakan menghabiskan masa usai majlis penganugerahan berakhir dengan barisan bintang realiti Filipina itu dan ia turut ditemani Piolo sekali.

Bila Masa Pulak Ziana Zain Pecat Pengurusnya Secara Mengejut Nie?


Bila Masa Pulak Ziana Zain Pecat Pengurusnya Secara Mengejut Nie?


KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Penyanyi popular Ziana Zain membuat pendedahan serta menafikan yang dirinya pecat pengurusnya Lisa Aryanti Tahir secara mengejut.

Keputusan dibuat atas dasar profesional dan tiada percanggahan pendapat mahupun selisih faham seperti mana yang digembar-gemburkan.

“Saya dah tidak bekerjasama dengan Lisa sejak 3 bulan yang lalu, walaupun kami tidak lagi berurusan, kami tetap keluar bersama untuk minum-minum kopi dan sebagainya untuk melepaskan kerinduan.

“Lisa banyak memberi sumbangan terhadap karier nyanyian saya selama ini, kami dah mengenali serta memahami antara satu sama lain amat mendalam, kalau ada khabar angin mengatakan kami berselisihan faham, itu tidak benar,” kata Ziana kepada Hlive.

Dalam pada itu, aktiviti nyanyian Ziana tidak terhenti malah telah diuruskan oleh adiknya sendiri iaitu Alin.

“Alin akan uruskan jadual nyanyian saya dan sebagainya, jadi selepas ini kepada sesiapa yang mahu berurusan dengan saya, bolehlah hubungi Alin.

“Jadi saya mohon, spekulasi yang mengatakan Lisa diberhentikan secara mengejut tidak lagi berlarutan dan saya berharap kerjaya saya dalam bidang hiburan berjalan seperti biasa, Inshaa-Allah,” ujarnya mengkahiri perbualan.

iskandarX: Akak Ziana dah cakap di tak pecat bekas pengurusnya Alin secara mengejut so harap pihak lain faham dan tak manupulatekan isu nie.

Emma Maembong Bela Harimau Nafi Bakal Isteri Zizan Razak


Emma Maembong Bela Harimau Nafi Bakal Isteri Zizan Razak
Harimau Nie Jinak Tu Yang Emma berani pengang

Sumber Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Berita tentang pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak yang mengumumkan dia bakal berkahwin Jun ini nyata memberi kejutan kepada ramai pihak.

Ditambah lagi dengan kenyataan dari Zizan sendiri yang menyatakan dia bakal berkahwin dengan gadis sekampung, perkata itu telah menimbulkan spekulasi bahawa dia bakal mengahwini bekas kekasihnya, Emma Maembong yang juga turut berasal dari Terengganu

Namun menerusi laporan Utusan Malaysia semalam, aktres tersebut telah menafikan spekulasi tersebut dan berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan pelawak itu.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, selepas hubungan cinta mereka berakhir pada hujung tahun lalu, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan meskipun sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.

“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malah, dia juga percaya Zizan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang terbaik buatnya.

“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma.

iskandarX: Harimau betul ker harimau patung nie Emma? Errmmm, nakal Emma nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan