Cari Artikel

Monday, April 13, 2015

Konsert Hot FM Hot Jam kembali ke Pulau Pinang 18 April


Konsert Hot FM Hot Jam kembali ke Pulau Pinang 18 April


KUALA LUMPUR: Sebagai menghargai pendengar, stesen radio Hot FM yang menyambut ulang tahun ke-9 Februari lalu bakal menganjurkan konsert Hot FM Big Jam pada 18 April depan di Juru Auto City, Pulau Pinang.

Kali terakhir Hot FM muncul dengan konsert yang sama pada 2012 di Kuala Terengganu. Seiring dengan peredaran masa dan penjenamaan baharu stesen radio berkenaan, konsert itu kini ditukar menjadi Hot FM Hot Jam.

Konsert kebanggaan Hot FM ini sudah berlangsung sebanyak lima kali bermula di Dataran Shah Alam (2007), Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009), Pulau Pinang (2010) dan Kuala Terengganu (2012).

Meraikan simbolik angka sembilan itu, sembilan artis bakal terbabit dalam siri konsert ini yang dijangka bermula pada jam 4 petang hingga 7 malam.

Artis yang bakal menggegarkan konsert ini ialah Dayang Nurfaizah bersama juara Mentor musim terbaharu iaitu Azmir, Awi Rafael, Altimet, Forteen serta pemenang

Projek Muzik musim pertama iaitu Hani & Zue. Turut sama menghangatkan Hot Jam ialah band Bunkface dan Akim & The Majistret.

Selain itu, penyanyi berasal dari Indonesia, Shae turut turun padang untuk menghiburkan pengunjung pada petang itu serta Faizal Tahir yang kini semakin meledak dengan lagu Assalamualaikum.

Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim, berkata perkataan "Jam" itu sendiri sudah sangat sinonim dengan Hot FM.

"Kita menerima banyak pertanyaan mengenai 'kehilangan' siri 'jam' sejak 2 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan maklum balas serta pendapat pelbagai pihak, tahun ini kami kembali merealisasikan siri 'Jam' untuk menemui pendengar kami kali ini, khususnya mereka di utara tanah air.

"Selain mengetengahkan karya terbaharu dari artis popular terkini, konsert ini juga bertujuan untuk mengenali pendengar kami

sama ada yang baharu atau yang sudah setia sejak 9 tahun yang lalu," katanya.

Anida berkata, di Hot FM kini terdapat penyampai muka baharu yang perlu diketengahkan kepada masyarakat secara umumnya, sekali gus membuktikan kematangan stesen itu bukan sahaja melalui pengisian malah menerusi hubungan baik dan mesra antara stesen dan pendengar kami.

"Ini adalah penting kerana di Hot FM karektor mereka yang pelbagai seperti selamba, mudah mesra dan humor di konti adalah asli dan kerana itu kami ingin pendengar untuk menemui mereka dan merasai pengalaman beramah mesra bersama mereka.

"Menjadi kelaziman Hot FM, siaran luar secara langsung juga bakal diadakan di tapak konsert bagi mendedahkan cara operasi sebenar kepada pengunjung. Di situ juga, pengunjung berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan barisan penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada muka baharu dan lama seperti Fara Fauzana, AG, Ikhwan, Deen, Fizie, Haziq, Liza serta juara Projek Radio, Tun Nadia," kata Anida sambil menjelaskan sesi siaran luar secara langsung itu akan bermula pada jam 2 hingga 4 petang.

Bagi mereka yang berada di luar kawasan utara tanah air ataupun yang tidak berkesempatan untuk turut merasai kemeriahan Hot Jam, mereka boleh mendengarkan siaran langsung konsert ini melalui frekuensi Hot FM seluruh Malaysia.

Informasi lanjut dan terkini mengenai Hot Jam ini boleh didapati melalui laman media sosial rasmi iaitu hotfm976 bagi Facebook, Twitter dan Instagram.

Nantikan kehangatan pecah pentas Hot Jam daripada barisan artis serta penyampai Hot FM pada 18 April 2015 di Juru Auto City, Pulau Pinang dari jam 2 petang hingga 7 malam.

Selain itu, Hot FM turut akan menghadiahkan wang tunai sebanyak RM500 sehingga RM1000 menjelang Hot Jam ini melalui Hot Jam Trivia. Caranya mudah, hanya jadi pendengar yang kesembilan menembusi talian hangat Hot FM dan sekiranya berjaya menjawab soalan trivia mudah yang berkisarkan Hot Jam, wang tunai itu milik anda.

Hot FM Jam Trivia ini akan berlangsung selama dua minggu bermula 6 hingga 17 April ini.

Elizad Sharifuddin sedih ibu tiada pada majlis persandingan


Elizad Sharifuddin sedih ibu tiada pada majlis persandingan
PERSANDINGAN Elizad dan Shamsul Baharin Rahman di The Sacred Garden Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Majlis persandingan pelakon yang popular dengan drama rantaian Teman Lelaki Upahan, Elizad Sharifuddin, 31, dengan pasangannya Shamsul Baharin Rahman, 43, berlangsung dalam suasana syahdu berikutan ketiadaan ibu pelakon itu dalam meraikan majlis penuh bersejarah berkenaan.

Ibu Elizad, Nazariah Mohd Salleh meninggal dunia dua tahun lalu selepas menderita penyakit parkinson.

Pelakon itu yang ditemui berkata, beliau sedih kerana ibunya tidak sempat melihat beliau berumahtangga.

Elizad Sharifuddin sedih ibu tiada pada majlis persandingan
ELIZAD sebak ketika memeluk bapanya, Sharifuddin Baharuddin pada majlis perkahwinannya di The Sacred Garden Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Aziah Azmee


"Saya sedih kerana ibu tidak bersama-sama pada hari ini. Sepatutnya ibu adalah orang paling sibuk pada hari ini. Tapi nampaknya hasrat ibu untuk melihat saya disatukan tidak kesampaian," katanya.

Elizad mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila merahsiakan perkahwinannya dengan duda kepada dua cahaya mata itu pada 11 Januari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Menurut pelakon itu, dia terpaksa merahsiakan pernikahannya atas permintaan bapanya Sharifuddin Mohd Baharuddin yang tidak begitu sihat.

iskandarX: is pun nak sedeh gak lahhh Elizah dah kawen isk isk isk .....

Jackie Chan hasrat buat penggambaran filem di Sarawak


Jackie Chan hasrat buat penggambaran filem di Sarawak
PELAKON terkenal Datuk Jackie Chan,diserbu peminat selepas mengadakan sidang media dibangunan Komplek Tourism Kuching.Jackie Chan,berada di Kuching selama dua hari untuk menghadiri Anugerah Industri Festival Filem Asean (AIFFA). - Foto NSTP

KUCHING: Bagi bintang filem aksi antarabangsa, Datuk Jackie Chan, kunjungannya ke negeri ini disifatkan sebagai `cinta pandang pertama', malah beliau turut berhasrat melakukan penggambaran filem terbarunya di beberapa lokasi menarik di Sarawak.

Beliau yang dibawa meninjau persekitaran bandar raya ini sejurus tiba bagi menghadiri Malam Kemuncak Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA2015) turut menyatakan perasaan kagumnya dengan kepesatan pembangunan di Sarawak tanpa mengenepikan aspek kelestarian alam semula jadinya.

"Ini kali pertama saya berkunjung ke Sarawak... bandar rayanya (Kuching) sungguh pesat pembangunan, namun cukup bersih dan masih banyak kawasan hijau, sekali gus menawarkan pemandangan cukup menarik. Banyak lokasi yang menarik untuk kita melakukan penggambaran (filem).

"Mungkin saya boleh berbincang dengan pasukan produksi saya untuk kita melakukan penggambaran di sini. Setiap kali kunjungan saya ke Malaysia, begitu juga di Sarawak, seperkara yang saya perhatikan rakyatnya cukup peramah dan ini membuatkan saya berasa cukup selesa berada di sini," katanya pada sesi bertemu peminat di Kompleks Pelancongan Sarawak, Tebingan Kuching, di sini petang tadi.

Jackie ketika mengulas lanjut, berkata sesuai dengan persekitaran Bumi Kenyalang, adalah mustahil untuknya melakukan penggambaran bergenre aksi dan lasak, termasuk memaparkan pelbagai adegan stunt serta seni mempertahankan diri yang begitu sinonim dengan karier lakonannya.

"Tidak mungkin filem aksi.... tidak sesuai (penggambarannya) di sini. Mungkin saya akan memilih genre cinta atau romantik," katanya.

Selain Jackie, antara bintang filem antarabangsa lain yang turut menyertai Malam Kemuncak AIFFA2015, termasuk Tan Sri Michelle Yeoh, aktres kelahiran Ipoh, Perak yang pernah menempa nama sebagai `Gadis Bond'.

Jackie turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman peribadinya di Demak Jaya, di sini.

Malah, beliau dikatakan turut menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Sarawak sebagai lokasi penggambaran filem terbarunya kepada Abdul Taib selepas terpegun dengan keindahan negeri ini.

Saya anak Jins Shamsudin - Hang Tuah


Saya anak Jins Shamsudin - Hang Tuah

KUALA LUMPUR: Ekoran satu kenyataan yang menyatakan Tan Sri Jins Shamsudin, hanya mempunyai tiga orang anak, seorang anaknya tampil memperbetulkan fakta terbabit. 

Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain, 41, yang namanya tidak disebut isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, ketika mengeluarkan kenyataan itu, mendakwa beliau adalah anak kepada Jins, 80, hasil daripada perkahwinan kedua seniman terbabit dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Jamilah Sukor.

Kenyataan mengenai anak Jins itu dikeluarkan oleh Halijah, isteri ketiga kepada Jins, dalam sebuah akhbar.

Beliau mendakwa suaminya hanya mempunyai tiga orang anak hasil daripada dua perkahwinan dan ia tidak termasuk Hang Tuah.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Halijah adalah tidak tepat. Sidang akhbar ini diadakan untuk memberi penjelasan yang tepat memandangkan bapa saya tidak sihat dan tidak berupaya menjelaskan fakta yang sebenar," katanya pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, sebentar tadi.

Kata Hang Tuah, beliau memiliki bukti yang jelas berdasarkan perakuan surat beranak dan surat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta juga buku biografi, Suria Kencana, yang secara jelas beliau adalah anak kepada seniman terbabit.

"Dengan penjelasan dan bukti yang kukuh ini, saya berharap isu yang ditimbulkan oleh Halijah akan selesai. Saya tiada niat sekalipun untuk memanjangkan perkara ini tetapi ia demi kebaikan semua," katanya yang ditemani dua peguam, Saiful Adli Mohd Arshad dari Tetuan Saiful Arshad & Co dan Abdul Malik Mokhtar dari Tetuan Abdul Malik Zamri & Co.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46791

Norman Hakim kongsi gambar anak kedua


Norman Hakim kongsi gambar anak kedua

KUALA LUMPUR: Norman Hakim sudi berkongsi gambar anak lelaki keduanya hasil perkongsian hidupnya dengan Memey Suhaiza. 

Isterinya itu selamat melahirkan anak kedua mereka pada 8 April lalu secara normal di Dewan Bersalin Muslimah, Sri Gombak.

Bayi itu dilahirkan jam 9.57 malam dengan berat 3.45 kilogram. Bagaimanapun ketika ini Norman menjelaskan, dia sedang mencari nama terbaik untuk anak keduanya itu.

Norman Hakim kongsi gambar anak kedua


Norman dan Memey berkahwin pada 2011 dan dikurniakan anak lelaki sebelum ini yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46743

Asmidar ke Paris jayakan Minggu Kebudayaan Malaysia


Asmidar ke Paris jayakan Minggu Kebudayaan Malaysia


KUALA LUMPUR: Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa anjuran Tv3, Asmidar akan terbang ke Paris esok bagi menjayakan Minggu Kebudayaan Malaysia di sana. 

Persembahan Asmidar sehingga 16 April ini turut akan diiringi Orkestra Tradisional Malaysia. 

Ia turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Selain itu, istana Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negara, dewan bandaraya Kuala Lumpur dan Kraftangan turut memberi sokongan padu kepada acara itu.

"Saya dijangka membuat persembahan sekitar empat kelima hari. Sepanjang tempoh itu saya akan menyanyikan lagu tradisional untuk mempromosikan kebudayaan kita di mata luar.

"Lagu Cindai dendangan Datuk Siti Nurhaliza juga akan saya nyanyikan. Saya juga akan menggayakan busana rekaan pereka fesyen Salikin Sidek di sana," katanya.

Selesai komitmen di sana, Asmidar turut mengambil kesempatan untuk meneruskan kembaranya secara solo buat pertama kali. "Saya tengah berkira kira untuk menjejaki beberapa lokasi menarik di Eropah antaranya Belgium dan Belanda," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46726

Jackie Chan bertemu peminat di Kuching Sabtu


Jackie Chan bertemu peminat di Kuching Sabtu

KUCHING: Superstar filem aksi Hollywood Datuk Jackie Chan akan bertemu peminat pada 4.30 petang Sabtu ini, di Bangunan Mahkamah Lama di sini, dan bukannya esok seperti dilapor media hari ini.

Ini disahkan oleh pengarah festival Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015, Livan Tajang.

Beliau berkata, Chan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 8.30 malam esok. Sebelum bertemu peminatnya, pelakon itu akan mengadakan sidang akhbar selama 20 minit.

"Ini adalah penampilan rasmi Chan bersama orang ramai kerana beliau bercadang untuk menghabiskan cutinya, menikmati keindahan Kuching," katanya.

Livan juga mengesahkan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akan tiba pagi Sabtu untuk menyertai personaliti lain, bersama-sama Chan menghadiri malam gala AIFFA pada hari yang sama di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Lebih 60 selebriti dari 10 negara ASEAN bersama-sama perwakilan dari China dan Korea turut dijangka menghadiri malam gala itu.

Katanya, majlis penyampaian hadiah akan disiarkan secara langsung di TV2, bermula 9 malam manakala acara karpet merah pula bersiaran di TV1 pada 7.30 hingga 8 malam. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46601

Awi Rafael jauhi kontroversi


Awi Rafael jauhi kontroversi


KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael, 28, menjadikan 2015 sebagai tahun untuk membangunkan muziknya dan jauh daripada segala kontroversi bagi mengukir lebih banyak kejayaan dalam persada seni hiburan tempatan. 

Jejaka itu mengakui yang beliau belajar daripada kesilapan lalu, lantas menyimpan hasrat untuk mengembangkan kerjaya seninya berbanding kisah peribadi. Buat masa ini, Awi lebih selesa bekerja di belakang tabir serta menghasilkan lagu untuk penyanyi tempatan.

"Mungkin ada yang mengatakan saya seperti sepi sekarang kerana kurang muncul di media. Bagi saya, belum masanya lagi kerana saya masih dalam proses pembikinan produk terbaharu.

"Saya turut berasa teruja apabila ada artis popular seperti Anuar Zain dan Alyah meminta lagu daripada saya. Malah, Datuk Siti Nurhaliza turut meminta sebuah lagi lagu. Ini satu pengiktirafan buat saya," katanya. Awi masih berada di bawah pengurusan Warner Music dan bakal merakamkan single terbaru berjudul Kau Dihatiku.

Kata Awi, mereka merancang untuk berkolaborasi dengan seorang artis tempatan. Pelantun lagu Kalau Aku Kaya itu memberitahu, beliau begitu teruja untuk terus bekerjasama dengan Altimet, namun rapper itu menyarankan supaya Awi menggunakan muka baharu bagi mengembangkan lagi industri hip hop.

"Tidak dinafikan saya memang ingin kembali bekerjasama bersama Altimet tetapi beliau menyarankan supaya saya memberi peluang kepada orang baharu pula. Insya-Allah, lagipun industri hip hop semakin diiktiraf dan banyak muka baharu yang wajar diberikan peluang.

"Saya juga ingin mengetengahkan dua kumpulan muda di bawah pengurusan saya iaitu Girl Republik dan Carla.

Saya mempercayai bakat mereka dan ingin membawa mereka pergi lebih jauh dalam bidang seni," katanya. Selain itu, Awi turut diberikan kepercayaan untuk menghasilkan lagu runut bunyi untuk filem Suamiku Jatuh Dari Langit, yang dibintangi oleh Nora Danish, Qi Razali dan Atikah Suhaime.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46598
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan