Cari Artikel

Saturday, April 11, 2015

Ayda Jebat: Shila Amzah Bukan Saingan Saya!


Ayda Jebat: Shila Amzah Bukan Saingan Saya!


KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2015: Baru-baru ini portal Murai telah menerima kiriman e-mel daripada peminat yang kurang senang dengan tindakan penyanyi Shila Amzah.




Menerusi e-mel tersebut, peminat itu mendakwa Shila seakan mempertikaikan penggunaan ayat ‘#muahciked’ yang dipopularkan oleh aktres Ayda Jebat.

Portal Murai telah  menghubungi Ayda untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan isu ini.






“Saya tahu perkara ini menerusi peminat saya. Sejujurnya, saya rasa pelik. Saya sendiri tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa sebenarnya. Saya merasakan perkara itu adalah benda kecil yang tak perlu diperbesarkan dan tidak patut menjadi isu pun.

“Tetapi, saya rasakan semua orang tahu yang saya menggunakan perkataan ‘#muahciked’ untuk berinteraksi dengan peminat saya. Itu boleh dikira sebagai perkataan saya sendiri untuk bermesra dengan peminat. Semua artis pun ada ayatnya tersendiri untuk berinteraksi dengan peminat,” ujar Ayda memulakan perbualan.

Tidak kisah jika orang lain menggunakan perkataan tersebut, Ayda merasakan perkara itu tidak menjadi pertikaian untuk dirinya. Namun begitu, Ayda mengakui yang perkara itu telah mengguris hati peminatnya.

“Kini saya lihat ramai orang yang menggunakan perkataan yang sama dan tidak ada pertikaian mengenai perkara itu. Saya pun tak kisah orang mahu gunakan perkataan itu kerana ianya tak menjadi satu isu bagi saya. Bila ada tweet mengatakan ‘#muahciked’ menjengkelkan, saya rasa pelik, lagi-lagi dari individu yang mempunyai ramai followers.







"Jika benar ada yang rasa annoying dengan perkara tersebut, seharusnya perkara itu didiamkan sahaja. Sejujurnya, saya sendiri tak kisah jika ada sesiapa pun mahu tweet mengenai perkara itu, saya pun tidak respon perkara tersebut di Twitter tetapi ianya telah mengguris hati peminat-peminat saya,” kata Ayda lagi.

Mengakui yang dia tidak mempunyai masalah dengan Shila dan tidak pernah berjumpa dengan penyanyi itu, Ayda Jebat merasakan yang Shila Amzah bukanlah saingan untuk dirinya kerana Shila sudah berjaya menempa kejayaan sendiri di peringkat antarabangsa.

“Bila Shila tweet perkara tersebut, banyak peminat yang ‘C.C’ saya. Walaupun saya tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa, saya rasa perkara itu tidak patut. Dia ada banyak pengikut di Twitter. Saya sendiri sebelum tweet apa-apa perkara, saya akan fikir masak-masak terlebih dahulu. Kalau perkara yang tak perlu dan tak patut, saya tak akan tweet.

“Saya sendiri tak ada masalah dengan dia, tidak mengenalinya secara peribadi dan tidak pernah berjumpa dengan dia. Saya sendiri rasakan dia bukan saingan saya. Dia merupakan artis yang sudah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, saya pula hanyalah seorang pelakon yang mula mahu menapak dalam industri. Saya sangat hormati dia sebagai seorang artis senior. Saya enggan memanjangkan lagi perkara ini dan saya harap dengan penjelasan saya, isu ini terhenti,” ujarnya mengakhiri perbualan.

iskandarX: Ala biasalah jeles tak bertempat la tukan? Lagi bagus daripada ditaja oleh Syarikat Arak wakakakaa.

10 Fakta Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Vin Diesel


10 Fakta Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Vin Diesel


LOS ANGELES, 10 APRIL 2015: Nama Vin Diesel dan francais Fast & Furious memang tidak dapat dipisahkan. Dikenali kerana suara uniknya serta penampilan fizikal yang hebat, Vin Diesel kembali tahun ini dengan siri ketujuh untuk francais Fast & Furious.

Tidak sepertimana nama-nama besar Hollywood yang lain, kisah peribadi dan latar belakang Vin Diesel nampak masih menjadi misteri bagi sebahagian besar peminatnya.

Istimewa untuk anda, ini adalah antara 10 fakta menarik tentang Vin Diesel yang ingin dikongsikan bersama anda.

10 Fakta Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Vin Diesel


1. Nama sebenar Vin Diesel ialah Mark Sinclair Vincent

- Mark Sinclair kemudiannya menukar namanya kepada Vin Diesel ketika berusia 17 tahun, di mana ketika itu dia bekerja sebagai `bouncer` di Tunnel, sebuah kelab malam di New York

Nama sebenar Vin Diesel ialah Mark Sinclair Vincent


2. Vin Diesel mempunyai kembar (Haa apa dia? Vin Diesel ada kembaq???)

- Vin Diesel dan kembarnya, Paul Vincent dilahirkan pada 18 Julai 1967. Ibu mereka, Delora Sherleen adalah seorang ahli astrologi berketurunan Jerman, Inggeris dan Scotland

Vin Diesel mempunyai kembar


3. Vin Diesel tidak pernah memasang angan-angan untuk menjadi pelakon

- Vin Diesel pada permulaannya tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon. Pada asalnya, dia bersama kembar dan rakannya cuba memecah masuk ke sebuah pusat teater di New York untuk melakukan tindakan vandalisme. Namun mereka telah berjaya ditangkap oleh seorang wanita penjaga di sana, yang kemudiannya berjanji akan memberikan mereka $20 sekiranya mereka berjanji untuk menyertai program teater tersebut. Di situlah bermula karier lakonan Diesel

Vin Diesel tidak pernah memasang angan-angan untuk menjadi pelakon


4. Vin Diesel adalah pengasas kepada 3 syarikat produksi

- Selain daripada berjaya sebagai seorang pelakon, Diesel juga adalah pengasas kepada tiga syarikat produksi iaitu One Race Films, Racetrack Records dan Tigon Studios

Vin Diesel adalah pengasas kepada 3 syarikat produksi


5. Vin Diesel adalah peminat tegar permainan Dungeons & Dragons

- Aktor yang dikenali dengan watak `Dominic Toretto` ini juga telah menyumbang kata-katanya untuk buku `30 Years of Adventure: A Celebration of Dungeons & Dragons’ kerana minatnya terhadap permainan itu

Vin Diesel adalah peminat tegar permainan Dungeons & Dragons


6. Vin Diesel pernah menyertai pertandingan `Breakdance`

- Saksikan sendiri kehebatan Diesel menerusi video ini di bawah



7. Vin Diesel Pernah bekerja sebagai penjual mentol lampu

- Sebelum menjadi aktor, Diesel pernah sebagai telemarkerter menjual mentol lampu dan alatan mekanik. Pendapatnya ketika itu boleh mencecah $50,000

Vin Diesel Pernah bekerja sebagai penjual mentol lampu


8. Vin Diesel Pernah menuntut di Hunter College

- Namun tidak lama kerana selepas itu Diesel nekad berhenti belajar kerana ingin mencuba nasib dalam dunia seni lakonan

Vin Diesel Pernah menuntut di Hunter College


9. Vin Diesel Adalah Bapa kepada tiga orang anak

- Diesel dan pasangannya, seorang model Paloma Jimenez mempunyai tiga orang anak iaitu Hania Riley yang dilahirkan pada 2008, Vincent Sinclair yang lahir pada 2010 serta terbaru Pauline yang dinamakan sempena mendiang sahabat baiknya, Paul Walker

Vin Diesel Adalah Bapa kepada tiga orang anak


10. Vin Diesel adalah bintang media sosial

- Tahukah anda pengikut Diesel di laman sosial Facebook miliknya mencecah 87, 208, 752 orang

Vin Diesel adalah bintang media sosial


Fazura Tiba Di AIFFA Kuching Bak Selebriti Hollywood!


Fazura Tiba Di AIFFA Kuching Bak Selebriti Hollywood!


KL, 10 APRIL 2015: Bak selebriti terkenal daripada Hollywood, aktres terkenal Nur Fazura Shariffudin mendapat sambutan meriah ketika ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semalam sempena penganjuran Asean International Film Festival and Awards (Aiffa) yang kedua di bandaraya itu.

Keratan muka depan akhbar The Borneo Post turut menampilkan cerita ketibaan aktres yang baru-baru ini kembali ke layar perak dengan filem Manisnya Cinta di Cappadocia. Salah seorang peminatnya yang menyambut Fazura di KIA turut berkongsi gambar bersama pelakon itu di Instagramnya.

Fazura Tiba Di AIFFA Kuching Bak Selebriti Hollywood!


Penganjuran kali kedua Asean International Film Festival and Awards (Aiffa) bakal menerima kunjugan beberapa bintang terkenal dunia yang terdiri daripada penggiat filem, aktor dan aktres majoritinya daripada Asia.

Fazura Tiba Di AIFFA Kuching Bak Selebriti Hollywood!


Bermula dari 9 hingga 11 April, para penggiat filem dijadualkan memberi seminar, bengkel dan beberapa lagi aktiviti bagi menaikkan martabat filem dari rantau ini. Antara nama besar lain yang dijangka tiba adalah Datuk Jackie Chan dan Tan Sri Michelle Yeoh.

Michelle Yeoh akan tampil menyampaikan ‘Lifetime Achievement Award’ kepada personaliti filem dari Asian yang berjaya menyerlah di peringkat dunia. Seramai 60 orang selebriti dijangka hadir dan termasuklah rombongan dari Malaysia.

Panel juri dari rantau ini yang dijangkakan tiba adalah Nora Aunor dan Keluarga Giuterrezz dari Filipina, Zay Yar Aung (Myanmar), Pongsatorn Jongwilas (Thailand), Chy Thmor (Cambodia), Mello-Pham Thi Nhung, Siu Pham (Vietnam), Hanung Bramantyo (Indonesia), Tony Kern (Singapore), Datuk Yusoff Haslam dan ketua juri U-Wei Saari (Malaysia).

Sejumlah 65 filem dari 10 negara telah menghantarkan penyertaan dan 14 kategori akan dipertandingkan dalam pengiktirafan ini yang akan berlangsung esok malam, Sabtu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Persembahan yang dijangka bakal dijayakan adalah daripada Anuar Zain, Dasha Logan, Piolo Pascual dari Filipina dan kumpulan K-Pop Nolza.

Kredit foto Instagram bellazara9alz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan