Cari Artikel

Friday, April 10, 2015

Kalah ABPBH 2014, Populariti Hafiz Suip Sudah Menurun?


Kalah ABPBH 2014, Populariti Hafiz Suip Sudah Menurun?


KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2015: Tiga tahun berturut-turut merangkul trofi Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), akhirnya Hafiz tewas ditangan rakan baiknya, Akim Ahmad pada ABPBH 2014 yang berlangsung baru-baru ini.

Adakah ini merupakan petanda populariti yang diraih Hafiz semakin menurun? Bertemu dengan jejaka kelahiran Kuching ini di majlis pelancaran lagu OST bagi filem Pilot Café di Redbox, The Gardens Rabu lalu, Hafiz menjawab persoalan tersebut.

Kalah ABPBH 2014, Populariti Hafiz Suip Sudah Menurun?


“Saya akui yang untuk tahun 2015, perjalanan kerjaya saya bergerak agak perlahan. Saya sendiri tidak mahu aktif sangat. Ini kerana saya kini dalam usaha untuk mengumpul material bagi album baru. Jadi saya memang mahu slowdown,” ujar Hafiz.

Mengakui yang dia memperlahankan kerjaya seninya tahun ini, Hafiz mahu mencari sesuatu yang terbaik untuk dijadikan buah tangan terbaru untuk para peminatnya di luar sana.

“Saya agak relaks tahun ini, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya mahu mencari material terbaik untuk dimuatkan dalam album terbaru saya nanti. Saya mahu jadikan ia buah tangan bermakna untuk semua peminat di luar sana. Jadi biarlah tahun ini saya bergerak perlahan buat seketika dan saya akan kembali aktif pada tahun hadapan bersama produk baru,” katanya lagi.

Ketika ramai artis solo tampil dengan band mereka sendiri seperti Akim and The Majistret, Faizal Tahir and The Royale FT Force dan Hazama and The Penglipurlara untuk menyuntik elemen berbeza dalam kerjaya mereka, Hafiz pula tidak terfikir lagi untuk melakukan perkara yang sama.

“Bagi saya, untuk menubuhkan sebuah band, saya perlukan komitmen yang sangat tinggi. Bukan sahaja komitmen tinggi, tanggungjawab yang bakal digalas juga besar kerana akan ada ramai ahli dan tidak lagi bergerak secara solo. Saya sendiri rasakan yang saya kurang sesuai untuk tampil dengan konsep band seperti yang dibawakan oleh rakan-rakan lain,” ujar Hafiz mengakhiri perbualan.

Faizdickie Dedikasi Anugerah Untuk Arwah Ibu


Faizdickie Dedikasi Anugerah Untuk Arwah Ibu


KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2015: Personaliti Instagram, Faizdickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, mahu mendedikasikan kemenangan yang diraihnya di Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) baru-baru ini untuk arwah ibunya.

Terkenal dengan watak Naabella Hijabis dan Sarabanon, Faiz juga berkongsi rahsia yang dia menggunakan pakaian arwah ibunya untuk melakonkan watak parodi di laman Instagram.

Faizdickie Dedikasi Anugerah Untuk Arwah Ibu


“Alhamdulillah, anugerah yang saya menangi dalam kategori online untuk Personaliti Popular ini saya dedikasikan kepada arwah ibu saya, Allahyarhamah Rainah Md Nor. Jika dia masih ada, pastinya dia tersenyum melihat perkembangan saya.

"Untuk mereka yang tidak tahu, baju yang dipakai oleh watak Kak Leha Bunting dalam Instagram saya adalah baju milik arwah ibu. Saya juga sangat tidak menyangka yang saya dapat menewaskan nama-nama besar seperti Matluthfi, Wak Doyok, Felixia Yeap dan Nedim Nazri,” katanya memulakan perbualan.



Bermula hanya sekadar hobi untuk melakukan sesuatu yang baru dan berbeza di laman Instagram, siapa sangka pengaruh yang dibina Faiz hari ini berjaya mengumpul lebih 350,000 pengikut di laman Instagram dan nombor tersebut meningkat naik saban hari.

“Saya sendiri tidak dapat menduga, dengan watak yang saya lakonkan dalam Instagram secara suka-suka dahulu, perkara itu kini berjaya mengumpul pengikut tersendiri yang dinamakan sebagai VillagePeople. Saya sungguh tidak menyangka dengan apa yang saya lakukan menerusi Instagram memberi impak sebegini besar dalam kehidupan saya. Saya gembira berkongsi apa yang saya rasakan di laman sosial dan saya juga turut membantu apa yang saya mampu.



“Sebagai contoh, saya usahakan Derma Kilat VillagePeople untuk membantu mangsa banjir Pantai Timur tahun lalu dan syukur kerana usaha kecil-kecilan saya berjaya mengumpul hampir RM38,000 untuk digunakan dalam membeli kelengkapan sekolah untuk kanak-kanak di sana.

"Terima kasih kepada semua pengikut saya yang membantu dan menghulurkan derma dalam melaksanakan usaha tersebut,” ujar jejaka tersebut yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana jurusan Digital Media di University of Sussex, United Kingdom.

Enggan menggelarkan pengikutnya sebagai peminat, Faiz juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang menyokong penglibatan dirinya di laman sosial sehingga berjaya membina komuniti sendiri yang dinamakan VillagePeople.




“Sejujurnya, saya berasa rendah diri dan bersyukur dengan anugerah ini. Saya tidak pernah menganggap pengikut saya sebagai peminat. Semua adalah kawan-kawan saya. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya semenjak dari hari pertama saya membuka akaun Instagram @faizdickievp sehinggalah ke hari ini. Saya doakan anda semua murah rezeki dan semoga Allah membalas jasa kalian,” katanya mengakhiri perbualan.

Isu Hina Anak: Black Hanifah Buat Laporan Polis


Isu Hina Anak: Black Hanifah Buat Laporan Polis


Sumber Berita Harian

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2015: Penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 28, nekad untuk membuat laporan polis berhubung isu seorang penuntut sebuah universiti tempatan yang menghina anak sulungnya, Khaleef Dayan, di laman Instagram miliknya.

Menerusi laporan Berita Harian, Black berkata tindakan itu terpaksa diambil supaya peminat selepas ini tidak lagi sewenang-wenangnya mengutuk mana-mana artis di laman sosial.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu `Teman Pengganti` itu, perkara tersebut juga akan dibawa ke mahkamah selepas mendapat nasihat peguam.

Isu Hina Anak: Black Hanifah Buat Laporan Polis


Jelas Black, dia terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Ini berikutan individu yang sama juga telah mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya selepas mengutuk anaknya.

Jadi untuk itu, Black tidak mahu lagi melihat lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Tindakan membuat laporan polis ini diambilnya untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen.

Tambah Black, perkara terbabit akan dibawa ke mahkamah kerana dia dikritik masyarakat selepas membuat kenyataan berhubung perkara itu pada sebuah program hiburan, baru-baru ini.

Kritikan masyarakat itu membuat fikirannya terganggu dan dia juga telah terlepas sebuah tawaran gara-gara komen yang dibuatnya kedengaran agak kasar. Untuk itu, dia ingin mencari individu berkenaan sampai dapat dan meminta individu tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka

Pada Mac lalu, Black yang ditemuramah program Melodi meluahkan kekecewaan apabila anaknya diberi gelaran tidak baik oleh seorang pengikut laman sosialnya sebaik saja beliau menunaikan janji menunjukkan wajah anak sulung selepas tamat tempoh berpantang isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, 29.

iskandarX: Tudia kerana mulut badan binasa, kerana menjadi keyboard Warrior yg celupar habis semua blogger dan fans terkena. Takpa lah Black saman ja yg celupaq tu bagi depa rasa sikit.

Fattah Amin Cuba Nasib Jadi Penyanyi


Fattah Amin Cuba Nasib Jadi Penyanyi


KUALA LUMPUR 10 APRIL 2015: Pelakon dan model Fattah Amin, 25,  akui ramai yang tidak mengetahui hal yang sebenar bahawa dia meminati bidang nyanyian dan keinginan itu hanya dipendamkan sahaja.

Dek kerana minatnya yang terlalu mendalam akhirnya, Fattah diberi peluang untuk menyanyi sebuah single baru yang bertajuk ‘Hero Untukmu’ oleh syarikat pengurusan barunya.

Fattah Amin Cuba Nasib Jadi Penyanyi


“Ia adalah peluang yang baik dan amat tidak wajar untuk saya lepaskan, bidang nyanyian ini umpama batu loncatan untuk karier saya dalam industri hiburan tempatan.

“Sebagai anak seni, rasanya tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru, untuk itu saya tidak menghadkan kemampuan saya serta bakat yang ada untuk terus dikenali dan diminati ramai,” katanya kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, menyentuh mengenai single terbarunya Fattah berkolobrasi bersama  Sherry Ibrahim dan RJ yang bakal di keudarakan di corong-corong radio tidak lama lagi.

“Saya harap single ini diterima oleh para pendengar dan lagu ini juga adalah hadiah untuk peminat saya yang tidak henti-henti memberi sokongan.

“Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat pengurusan baru saya kerana mempercayai dengan kemampuan saya yang boleh ditonjolkan kepada semua,” ujarnya mengakhiri bicara.

6 Fakta Menarik Tentang Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor


6 Fakta Menarik Tentang Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor 


KUALA LUMPUR 9 APRIL 2014: Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil merupakan anak ke-4 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor.

Tunku Jalil bersifat berjiwa rakyat dan amat di senangi ramai orang ramai dek kerana keramahan, kemesraan dan senyuman yang terukir di wajahnya.

Berikut adalah fakta menarik mengenai Tunku yang boleh kita ketahui, jom kita intai.

6 Fakta Menarik Tentang Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor


1. Seorang pencinta haiwan antaranya ialah buaya dan juga tapir yang bernama Lucy



2. Pernah bekerja di Zoo di Singapura

 



3. Tunku pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama 9 bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011





4. Bersahabat baik dengan penyanyi no 1 negara Dato' Siti Nurhaliza dan Nomad





5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini




6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beranah mesra dan bertanya khabar


Emma Maembong Rimas Dikaitkan Dengan Zizan?


Emma Maembong Rimas Dikaitkan Dengan Zizan?


KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2015: Setelah mendedahkan yang hubungan cintanya bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak putus di tengah jalan, nama aktres Emma Maembong masih lagi dikaitkan dengan Zizan. Adakah Emma berasa rimas apabila masih dikaitkan lagi dengan bekas kekasihnya?

“Saya tidak rasa rimas. Itu sudah jadi lumrah hidup sebagai seorang artis. Kalau saya bukan artis pun, orang masih akan cakap pasal saya. Mulut orang saya tak boleh tutup,” ujar Emma Maembong memulakan bicara.

Menganggap dirinya berada di tengah-tengah, Emma hanya menjalani kehidupannya seperti biasa dan menganggap semuanya adalah asam garam menjadi seorang selebriti.

Emma Maembong Rimas Dikaitkan Dengan Zizan?


“Kalau saya bagi kenyataan pun, orang akan cakap yang saya tidak matang. Bila saya tak beri kenyataan pula, orang akan cakap saya cuba larilah, kekwatlah, tak mahu bagi kerjasamalah. Saya berada di tengah-tengah. Senang cerita, saya hanya menganggap perkara itu sebagai lumrah hidup dalam dunia selebriti,” ujarnya lagi.

Jika dilihat sebelum ini, hanya pihak Emma yang tampil dan menjelaskan yang mereka telah berpisah. Ketika ditanya mengenai tindakan Zizan yang tidak pernah membuka mulut dan bercerita mengenai perpisahan mereka, Emma enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tak mahu ulas apa-apa kerana itu hak individu. Bila pihak sana tak mahu berikan kenyataan dan berdiam, tidak mengapa, itu hak dia. Bila orang dakwa saya buka aib dia, itu tidak benar kerana saya sendiri tidak pernah membuka cerita dan memberitahu punca mengapa hubungan saya putus. Saya cuma berikan kenyataan yang saya dan dia sudah tiada jodoh sahaja,” kata Emma yang ditemui di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Genting Highland baru-baru ini.

Dikaitkan pula dengan Kamal Adli, Emma menganggap usikan itu sebagai perkara biasa kerana dengan siapa pun dia dilihat, pastinya orang akan menimbulkan spekulasi.

“Bukan dengan Kamal sahaja, malah dengan sesiapa pun. Saya beri contoh, jika saya melalui acara karpet merah ini dengan seorang artis lelaki lain, pastinya orang akan terus mengaitkan saya dengan lelaki itu. Dengan siapa-siapa saya rapat pun, orang akan mengatakan yang saya bercinta. Jadi bagi saya, tidak mengapalah. Saya mahu biarkan sahaja,” ujar Emma.

Dalam perkembangan terbaru, drama terbaru gandingan Emma bersama Aiman Hakim dan Ayda Jebat, Isteri Separuh Masa kini bersiaran di Astro Ria setiap Isnin jam 10.00 malam dan Emma juga bakal melangkah ke set penggambaran drama bersiri arahan Michael Ang, Jodoh Sebelah Pintu bersama Kamal Adli.

Hafiz Suip Akui Gaya Rambut Baru Undang Tohmahan


Hafiz Suip Akui Gaya Rambut Baru Undang Tohmahan


KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip mengakui yang imej baru yang ditampilkan olehnya dengan mewarnakan rambut mengundang tohmahan. Hafiz kini tampil dengan rambut berwarna 'ash silver grey' yang dipotong pendek dan kemas semenjak sebulan lalu.

"Saya akui banyak tohmahan yang diterima selepas saya muncul dengan imej baru ini. Bagi saya, semuanya terletak kepada individu masing-masing. Jika saya melenting dengan tohmahan yang diterima, pastinya akan mengundang impak negatif jadi biar saya diamkan sahaja. Lambat laun mereka yang bercakap akan penat dan kita semua akan meneruskan hidup masing-masing," kata Hafiz memulakan bicara.

Hafiz Suip Akui Gaya Rambut Baru Undang Tohmahan


Mahu menampilkan sesuatu yang berbeza dalam imej terbarunya, Hafiz mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut agar imejnya nampak lain berbanding sebelumnya. Pertama kali mewarnakan rambut, ibu dan ayah serta tunangnya juga terkejut dengan penampilan barunya itu.

"Ibu, ayah dan tunang saya mulanya terkejut melihat saya mewarnakan rambut saya. Ibu dan ayah saya juga sempatlah berleter. Selepas saya menerangkan kepada mereka apa yang saya mahu lakukan, akhirnya mereka sendiri faham. Lagipun warna rambut sebegini juga tidak akan kekal lama," seloroh Hafiz ketika ditemui di majlis pelancaran lagu runut bunyi filem Pilot Cafe di Redbox, The Gardens semalam.

Berkongsi cerita mengenai pengalamannya mewarnakan rambut, Hafiz mendedahkan yang pada awalnya, rambut Hafiz secara tidak sengaja berubah menjadi warna merah.

"Kejadian berlaku ketika saya mahu menggunting rambut di Kuching. Untuk kelainan, saya memutuskan untuk tampil dengan imej baru dan mahu mewarnakan rambut dengan warna 'ash silver grey'. Selepas sahaja proses mewarna selesai, saya sangat terkejut rambut saya berubah menjadi warna merah. Saya rasa tidak puas hati, tetapi untuk bertekak, saya rasa malas, jadi saya putuskan untuk ke salon lain selepas saya balik ke Semenanjung. Rupanya warna yang digunakan tidak sesuai dengan rambut saya yang mempunyai struktur rambut orang Asia. Jadi di salon Ridzokumura, mereka bleach dahulu rambut saya dan memasukkan warna yang saya mahukan," kata Hafiz mengakhiri perbualan.

iskandarX: kalau takat potong pendek dan kemas tu ok la jugak, tapi dah mcm exactly mcm dalam Hadith Rasulullah S.A.W yg mewarnakan rambut sama warna dengan bulu unta tu dah kenapa? cuba terangkan nak mandi wajib macam mana? solat camna pulak?

Dato’ Siti Nurhaliza Semakin Petah Berjenaka Di Pentas


Dato’ Siti Nurhaliza Semakin Petah Berjenaka Di Pentas


Kredit foto Syahirah Roslan (The Rakyat Post)

KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2014: Di awal kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza di arena muzik negara, ketika itu beliau baru berusia 16 tahun, seorang gadis kampung yang pemalu dan santun budinya.

Selepas memenangi Bintang HMI pada tahun 1995, namanya disebut-sebut seterusnya menjadi fenomena baru terhadap industri muzik negara kerana kerap kali memenangi anugerah di peringkat tempatan mahupun di persada antarabangsa.

Dato’ Siti Nurhaliza Semakin Petah Berjenaka Di Pentas


Sempena menyambut ulang tahun ke 20, kariernya sebagai penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza rmenghadiahkan sebuah Konsert Unplungged yang telah di adakan di Istana Budaya baru-baru ini.

Ternyata konsert itu benar-benar memukau kerana lagu-lagu hits dan popular sewaktu ketika dahulu dipersembahkan semula dengan susunan muzik yang baru dan segar.

Kalau dulu Dato’ Siti Nurhaliza berkomunikasi dengan audiens agak kaku dan terlalu mendatar untuk berinteraksi.

Berbeza untuk konsert kali ini, beliau semakin petah berjenaka dan membuat lawak mengusik peminat-peminatnya dengan caranya tersendiri.

Ketika konsert itu berlangsung, satu slot yang membuatkan penulis meruntun di jiwa kerana sejujurnya Dato’ Siti Nurhaliza tidak lupa daratan.

Demi menghargai komposer yang menaikkan namanya di industri muzik iaitu Datuk Adnan Abu Hassan, beliau menjemput  Adnan naik ke pentas untuk menyanyikan lagu ciptaanya iaitu Jerat Percintaan dan Aku Cinta Padamu.

Walaupun kondisi kesihatan Datuk Adnan belum lagi stabil yang dikhabarkan penghidap penyakit stroke, semangatnya untuk bersama-sama Siti Nurhaliza amat kuat walaupun dipimpin untuk naik ke pentas.

Slot itu berjaya membuatkan penonton di dewan terasa sebak dan hiba, namun jari-jemari Adnan memetik piano membuktikan dirinya masih lagi mampu membuat persembahan dan mengindahkan lagi Konsert Unplugged Siti Nurhaliza.

Siti juga sempat berkongsi pengalamannya bersama Adnan kerana beliau pernah menumpang di rumahnya sewaktu ketika dahulu kerana beliau tiada saudara mara di Kuala Lumpur.

Begitulah personaliti Siti Nurhaliza yang tidak pernah lupa diri, sentiasa berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu melancarkan tanggungjawabnya sebagai penyanyi.

Pada malam itu juga, lebih 20 lagu dinyanyikan secara penuh dan medley, tidak dilupakan kepada 2 penyanyi lelaki popular turut membantu menjayakan konsert ini iaitu Awi Rafael dan Faizal Tahir.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah turut hadir menyaksikan Konsert Siti, kedatangan pemimpin ulung itu memberi penghargaan yang besar buat dirinya.

Apa-apa pun, Konsert Unplugged 20 Tahun Dato’ Siti Nurhaliza memang terbaik, iringan muzik daripada Aubrey Suwito dan ‘team’ nyata hebat, walaupun berlangsung sehari berjaya membuatkan penonton tersenyum dan gembira.

Memey Suhaiza Selamat Melahirkan Anak Kedua


Memey Suhaiza Selamat Melahirkan Anak Kedua


KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2015: Tahniah diucapkan kepada aktor Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, malam tadi.

Memey Suhaiza Selamat Melahirkan Anak Kedua


Menerusi video yang dimuatnaik di laman Instagram milik Norman sendiri, aktor itu memberitahu pengikut-pengikutnya yang isterinya telah melahirkan anak lelaki sekitar jam 9.57 malam tadi dengan berat 3.45 kilogram.



Norman dan Memey telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan sebelum ini telah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim. Ini adalah anak kelima buat Norman Hakim dan anak kedua bersama Memey.



Tiga lagi cahaya mata Norman adalah hasil perkahwinan bersama pelakon Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim,9, dan Maria Danisha Hakim, 6.



Tahniah diucapkan buat Memey dari kami warga Murai, semoga kehadiran orang baru ini akan membahagiakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Isu Baju Emma & Nina, Kashfi Zulkufli Beri Penjelasan


Isu Baju Emma & Nina, Kashfi Zulkufli Beri Penjelasan


KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2015: Rentetan isu busana yang digayakan oleh aktres Emma Maembong di majlis Anugerah Bintang Popular BH 2014 didakwa seakan sama seperti baju yang pernah digayakan oleh pelakon jelita Nina Iskandar pada tahun lalu, pereka fesyen bagi kedua-dua busana tersebut, Kashfi Zulkufli tampil memberikan penjelasan.

Pereka fesyen yang sedang meningkat naik itu menafikan yang dia menggunakan pendekatan 'recycle' dalam penghasilan baju Emma.

Isu Baju Emma & Nina, Kashfi Zulkufli Beri Penjelasan


"Semenjak awal lagi, saya sudah duduk berbincang dengan Emma mengenai konsep busana yang dia mahu gayakan. Memandangkan majlis anugerah tersebut tampil dengan tema cinta, kami mengambil pendekatan berbeza kerana definisi cinta itu sendiri sangat luas. Kami bersepakat mengambil unsur cinta kepada alam dan saya telah menjelmakan intepretasi elemen ombak di lautan dalam busana Emma. Ianya boleh dilihat pada warna biru yang digunakan dan volume peplum yang melambangkan ombak," ujar Kashfi panjang lebar.

Tidak pernah terfikir mahu membuat busana yang sama, Kashfi sendiri sebagai seorang pereka fesyen enggan perkara tersebut berlaku.

"Saya sangat serius dalam industri ini. Saya sendiri tak mahu tangkap muat dan mahu orang mengenali saya sebagai seorang pereka fesyen yang mempunyai portfolio baik. Ingin saya tegaskan sekali lagi, busana Emma tidak sama dengan apa yang Nina pernah gayakan. Saya tidak recycle, saya buat busana baru untuk Emma. Cuma apa yang saya masukkan dalam kedua-dua busana adalah trademark rekaan saya. Setiap pereka pastinya ada trademark yang tersendiri. Jika dilihat koleksi fesyen Ready to Wear dan koleksi perkahwinan rekaan saya, semuanya pasti ada embellishment yang menunjukkan itu adalah trademark saya.

"Busana Emma menggunakan elemen peplum, manakala busana Nina pula elemen clean-cut. Busana Emma terhasil atas citarasa Emma sendiri yang digabungkan dengan trademark rekaan saya. Fabrik yang digunakan juga berbeza. Cuma warna sahaja kebetulan sama," kata Kashfi panjang lebar.


Pelawak Kasanova Itu Bukan Saya - Tauke Jambu


Pelawak Kasanova Itu Bukan Saya - Tauke Jambu


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2015: Berikutan kontroversi yang mendedahkan mengenai adanya seorang pelawak kasanova dan meminta gambar lucah daripada beberapa orang wanita, ramai pihak membuat spekulasi siapakah pelawak yang dimaksudkan.

Nama salah seorang anggota kumpulan Jambu, Zamatul Amri Zakaria atau lebih senang disapa dengan panggilan Tauke turut menjadi sebutan.

Bertemu dengan Tauke di majlis tayangan filem terbaru lakonannya, Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC Nu Sentral malam tadi, jejaka berusia 39 tahun ini menafikan perkara tersebut.

Pelawak Kasanova Itu Bukan Saya - Tauke Jambu


“Sememangnya bukan saya orangnya. Saya bukanlah pelawak yang dimaksudkan. Teliti dulu segala maklumat sebelum menuding jari kepada saya. Fahami dan baca dahulu betul-betul, barulah akan nampak cerita yang sebenarnya,” ujar Tauke.

Mengakui yang kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasinya sebagai seorang selebriti, Tauke merasakan yang tidak adil untuk orang menuduh dirinya yang melakukan perkara terbabit sebelum tahu kesahihan cerita.

“Cerita yang keluar telah sedikit sebanyak menjejaskan karier saya. Tak adil kerana bukan saya seorang sahaja yang bergelar pelawak di Malaysia, ramai lagi selebriti yang memegang gelaran tersebut. Mungkin kerana sebelum ini saya pernah dikaitkan dengan perkara sedemikian, orang terus tuduh saya. Jangan tuduh melulu kerana perkara itu boleh menjadi fitnah. Siasat dulu kebenaran cerita,” katanya lagi.

Tauke bakal muncul dengan filem filem Hantu Bungkus Ikat Tepi bergandingan dengan Nora Danish, Yus Jambu dan Abam Bocey bermula 9 April ini. Selain itu, Tauke kini mengendalikan segmen SATE bersama Shahrol Shiro dan Adifashla yang ke udara di Era FM setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.


Benjy Didakwa Edar Dadah, Sabit Kesalahan Hukuman Mati Mandatori


Benjy Didakwa Edar Dadah, Sabit Kesalahan Hukuman Mati Mandatori


MUAR, 8 APRIL 2015: Pernah terlibat dengan beberapa kes yang berkaitan dengan dadah, pelakon drama bersiri Kerana Cintaku Saerah, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar sebentar tadi.

Benjy dan rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine pada 27 Mac lepas. Mereka yang tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Benjy Didakwa Edar Dadah, Sabit Kesalahan Hukuman Mati Mandatori


Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. 

Ketika mereka berdua mendengar pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza, kedua-dua suspek hanya mengangguk faham tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan. Majistret kemudiannya menetapkan tarikh 28 Mei nanti sebagai hari sebutan semula kes tersebut.

Menurut laporan Bernama, Benjy dan Shariff dituduh mengedar dadah seberat kira-kira 1.3 kilogram. Dadah tersebut telah ditemui dalam kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki oleh mereka ketika berlakunya sekatan jalan raya. Kejadian itu terjadi di hadapan stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar pada 27 Mac lalu pada jam 1.40 pagi.

iskandarX: Come la Benjy, petik terus nama yg kat atas tu, tak kesian ker kat Arwah ibu hang?

Letak Gambar Anak Tiri di IG, Hanez Suraya Mahu Menunjuk-nunjuk?


Letak Gambar Anak Tiri di IG, Hanez Suraya Mahu Menunjuk-nunjuk?


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2015: Selepas mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha, aktres tinggi lampai, Hanez Suraya Abdul Aziz dilihat kerap mengemaskini akaun Instagramnya dengan meletakkan gambar dan aktiviti yang dia lakukan bersama dua orang anak tirinya, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3.

Disebalik mendapat respon positif ramai pihak yang suka dengan kemesraan mereka, Hanez juga tidak terkecuali diberikan komen negatif daripada pengguna media sosial. Ada yang mengatakan Hanez sengaja mahu berkongsi gambar tersebut kerana ingin menunjuk-nunjuk yang dia mesra dengan anak-anak tirinya.

Bertemu dengan pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman ini di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH 2014, Hanez menerima semua kritikan dan komen negatif dengan tangan terbuka.

Letak Gambar Anak Tiri di IG, Hanez Suraya Mahu Menunjuk-nunjuk?


“Buat baik orang mengata, buat buruk apatah lagi. Jadi saya menjadi diri sendiri, itu akaun Instagram saya, apa orang nak kritik, saya terima. Semenjak dulu lagi, apa yang saya lakukan, pastinya ada komen negatif. Apa yang saya kongsikan di laman Instagram adalah untuk peminat yang menanti kemaskini terbaru dari saya dan mereka menerima semua itu dengan positif. Pada sesiapa yang melemparkan kritikan dan memberikan komen buruk, saya terima sahaja dan memaafkan mereka,” ujar Hanez memulakan perbualan.

Mengulas mengenai kehidupannya selepas bergelar isteri, Hanez mendedahkan yang dia masih kekok untuk meminta izin suaminya sebelum keluar rumah.

“Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin semakin lama semakin baik. Perubahan besar saya selepas berkahwin adalah saya masih lagi kekok untuk meminta izin suami sebelum keluar rumah. Dulu biasa hidup bujang, kini saya harus biasakan,” ujarnya lagi.

Berkongsi dengan portal Murai, Hanez mendedahkan yang dia gemar memasak untuk suaminya dan Romie seorang yang tidak memilih dalam soal makanan.

“Saya memang suka memasak. Suami pula suka dengan masakan Melayu, jadi tiada masalah untuk saya meyediakan hidangan buat suami dan keluarga. Dia seorang yang tidak cerewet. Dia memang suka makan nasi bersama lauk-pauk Melayu dan setiap kali tiba waktu makan, dia suka makan di rumah dan mahu mengelak untuk makan di luar,” katanya lagi.

Bakal mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah bersama suaminya, Hanez tidak sabar mahu menjejakkan kakinya ke sana.

“Insya-Allah, kami akan berangkat pada pertengahan bulan April. Sekarang kami sedang menunggu kelulusan visa untuk ke sana. Saya tak sabar mahu ke sana bersama suami. Tiada apa yang saya inginkan selain mahu beribadah di sana dan mahu memohon perkara yang baik-baik sahaja di sana nanti,” katanya mengakhiri perbualan.


Hati Shah Iskandar Kini Sudah Dimiliki


Hati Shah Iskandar Kini Sudah Dimiliki


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2015: Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran aktor yang berasal dari Singapura, Shah Iskandar Mahfuz. Bertemu dengan Shah, 32, pelakon drama bersiri Nasuha ini mendedahkan yang dia kini sedang mengenali seorang gadis tempatan.

“Kini saya sedang mengenali seseorang. Dia bukan berasal dari industri yang sama. Sudah beberapa bulan saya berkawan dengan dia. Dia berasal dari Malaysia,” ujar Shah memulakan perbualan.

Menyenangi sikap gadis itu yang memahami dirinya dan kerjayanya sebagai seorang pelakon, Shah mensasarkan untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 35 tahun.

Hati Shah Iskandar Kini Sudah Dimiliki


“Saya senang dengan gadis itu kerana sikapnya yang sangat memahami dan tahu membawa diri. Bercakap perihal kahwin pula, saya sendiri sedang dalam proses untuk mengenali hati budinya. Kalau boleh saya mahu sasarkan yang saya akan berkahwin sebelum umur 35 tahun,” katanya lagi yang ditemui usai Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena of Stars, Genting Highland baru-baru ini.

Menerima anugerah Pelakon TV Lelaki Popular untuk tahun kedua, Shah masih merasakan yang dia sedang bermimpi atas pencapaian yang diterima olehnya itu.

“Saya masih lagi rasa yang saya sedang bermimpi. Sekali lagi tuah menyebelahi saya. Walaupun saya kurang keluar dengan produk pada tahun lalu, saya rasakan anugerah ini bergantung kepada ketetapan rezeki dan ini semua adalah hasil undian peminat yang menyokong kerjaya seni saya,” katanya mengakhiri perbualan.

Pelawak Bukan Gila Seks - Abam Bocey


Pelawak Bukan Gila Seks - Abam Bocey


KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Rentetan daripada isu seorang pelawak yang dikatakan membuat perlakuan lucah dengan beberapa orang gadis, ramai pihak yang mula membuat telahan dan andaian siapakah gerangan pelawak yang dimaksudkan. Isu itu juga membuatkan nama selebriti-selebriti yang terlibat dalam arena komedi terpalit sama.

Bertemu dengan Abam Bocey yang baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Popular BH 2014 untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular, jejaka itu memberikan pendapatnya yang tersendiri mengenai kontroversi yang timbul ini.

Pelawak Bukan Gila Seks - Abam Bocey


"Bukan semua golongan pelawak gila seks. Bila cerita ini timbul, banyak individu yang terlibat dalam dunia komedi terpalit sama dan ianya secara tidak sengaja boleh merosakkan nama golongan pelawak. Cerita itu sendiri tidak menyebut nama mana-mana pelawak, jadi banyak andaian yang terjadi. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana seorang individu, semua pelawak terlibat sama," kata Abam memulakan perbualan.

Abam juga kesal kerana disaat golongan pelawak kian diterima ramai dan menjadi perhatian, cerita ini timbul dan boleh menggugat golongan pelawak lain.

"Di saat golongan pelawak sedang diangkat, isu ini timbul. Sayang sekali kerana industri lawak dan komedi baru sahaja mula diterima ramai dengan adanya saluran televisyen khas lawak dan anugerah yang mengiktiraf golongan pelawak. Isu ini tidak seharusnya timbul. Kini ada pula golongan haters yang menyelar pelawak dan mereka menganggap yang pelawak merupakan seorang yang lucah," kata Abam yang ditemui di majlis tayangan filem Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC Nu Sentral malam tadi.

Murai juga sempat meminta Abam untuk menitipkan nasihat untuk pelawak yang melakukan aktiviti yang terkutuk itu.

"Nasihat saya untuk individu yang dimaksudkan adalah supaya dia berhenti dalam melakukan aktiviti yang tidak bermoral itu. Jangan lakukan lagi kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke dalam duri. Perbuatan itu akan menjerat diri sendiri dan bakal menghancurkan karier. Ini adalah untuk kebaikan semua pelawak dan industri komedi kita sendiri," ujar Abam mengakhiri perbualan.

Hafreez Adam Bengang & Malu Dengan Gosip Cinta Izreen Azminda


Hafreez Adam Bengang & Malu Dengan Gosip Cinta Izreen Azminda


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2015: Selepas aktor Amar Baharin dan Nazrief Nazri, nama pelakon baru, Hafreez Adam pula kini dikaitkan dengan aktres yang memegang status ibu tunggal, Izreen Azminda. Dikatakan sedang rapat, ada pihak yang mendakwa yang Izreen dan Hafreez kini sedang mengenali hati budi masing-masing.

Namun begitu, jejaka yang membintangi drama bersiri Bila Hati Berbicara ini menafikan perkara tersebut.

“Sejujurnya, saya baru tahu gosip itu. Perkara itu hanya gosip sahaja. Saya sendiri tak suka bercerita perihal peribadi. Tetapi untuk isu ini, saya harus memberikan penjelasan. Saya rapat dengan Izreen kerana dia senior dalam dunia lakonan. Dia seorang yang tak kedekut ilmu. Sebagai seorang pelakon baru, saya suka belajar ilmu lakonan dari pelakon senior,” ujar Hafreez memulakan perbualan.

Hafreez Adam Bengang & Malu Dengan Gosip Cinta Izreen Azminda


Malu dengan gosip yang bertebaran, Hafreez juga bengang kerana gosip ini boleh menjatuhkan reputasi Izreen sebagai seorang wanita.

“Saya rasa malu kerana gosip ini keluar. Ianya boleh mendatangkan perkara buruk dalam perhubungan kami sebagai seorang kawan. Saya sendiri tak mahu orang lihat saya sebagai pendatang baru yang mahu mengambil kesempatan. Pihak yang timbulkan isu ini pun tidak harus berbuat begitu. Saya juga bengang kerana apabila gosip ini keluar, reputasi Izreen sebagai seorang wanita terjejas. Kami hanya berkawan, tetapi orang lain salah tafsir. Saya sangat kasihan dengan Izreen, bila ada orang yang rapat dengan dia, terus digosipkan,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah gosip ini membantu untuk menaikkan nama Hafreez sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan, peserta pencarian Hero Remaja ini ada jawapan tersendiri.

“Saya tak rasa perkara itu membuatkan orang kenal saya atau melonjakkan nama saya dalam industri hiburan. Saya tak rasa perkara itu memberikan kesan kepada karier saya. Kami hanya berkawan, tak lebih dari itu. Saya sangat hormat dia sebagai senior,” katanya yang ditemui usai Anugerah Bintang Popular BH 2014 baru-baru ini.

Memenangi kategori Artis Baru Lelaki Popular, Hafreez bersyukur dan tidak menjangkakan yang dia berjaya menerima pengiktirafan ini menerusi majlis anugerah yang diberikan atas undian peminat.

“Alhamdulillah, syukur atas anugerah yang diberikan ini. Secara jujur, saya sendiri tak sangka yang saya dapat membawa pulang trofi ini. Saya sendiri sasarkan Hisyam Hamid atau Shukri Yahaya bakal menang kategori ini. Terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang menyokong saya selama saya melibatkan diri dalam dunia hiburan,” katanya mengakhiri perbualan.

Antara Corat-Coret Istimewa Ketika ABPBH 2014


Antara Corat-Coret Istimewa Ketika ABPBH 2014


KL, 8 APRIL 2015: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH) 2014 yang kembali bersiaran langsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam Ahad lepas menyaksikan buat ketiga kalinya, pelakon Shaheizy Sam, 32, telah diumumkan sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2014.

Sepanjang 2 jam lebih bersiaran, ABPBH 2014 yang telah dikendalikan oleh 3 pengacara penuh sensasi iaitu Amy Mastura, Sherry Al-Hadad dan AG HotFM yang sentiasa tak lekang dengan pelbagai celoteh mengisi siaran langsung itu. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang.

Disebalik kemeriahan acara itu, pasti terselit sedikit momen-momen menarik sepanjang ABPBH 2014 malam tersebut berlangsung.

Apa yang pasti kehadiran peminat finalis ABPBH 2014 sangat luar biasa dan acara yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland itu dipenuhi dengan sorakan.

Antara Corat-Coret Istimewa Ketika ABPBH 2014


Murai kongsikan antara corat-coret tentang apa yang berlaku dan kejadian menarik yang berlaku sama ada di belakang pentas mahupun ketika siaran langsung.

- Sebelum pembukaan acara, keadaan sedikit kelam-kabut di laluan 'red carpet' kerana di situlah tempat artis masuk dan di situ jugalah tempat penonton masuk untuk mencari tempat duduk.

- Pakaian selebriti ada yang cantik dan tidak kurang ada yang pakai busana lebih kurang rekaan terdahulu (Opsss!).

- Bakal suami Lana Nodin, David Mckienzie jadi tumpuan kerana begitu segak dan tampan lebih-lebih apabila dia memakai suit.

- Gabungan Lan Pet Pet dan Fad Bocey sebelum acara bermula hiburkan peminat.

- Pembukaan pentas ABPBH 2014 penuh rancak dan bertenaga sememangnya vass!! Lebih-lebih bila Faizal bermain drum, fuh kacak habis!

Aksi hebat Faizal Tahir sewaktu persembahan pembukaan ABPBH 2014.

- Amy Mastura melatah membuatkan penonton tergelak.

- Parodi lagu Havoc Sherry untuk Yuna, Dato' Siti Nurhaliza dan Dayang sememangnya menjadi!

- Ciuman kemenangan (cium mulut) yang diberikan oleh Johan kepada isterinya Ozlynn cetus kontroversi.

- Ramai yang tidak sukakan gandingan Ifa Raziah dan Amelina kerana Ifa terlalu over.

- Adegan Neelofa tolak untuk bersalaman dengan lelaki (pengurusnya) jadi tumpuan namun ramai yang tidak perasan Neelofa bersalaman dengan Michael Ang sebelum itu!

- Sewaktu Adira dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori penyanyi wanita popular, tunangnya Shahrul Nasrun berdiri dan tepuk tangan tanda sokongan. Sambil mengukir senyuman melihat Adira dari jauh.

- Adira hampir terjatuh akibat terpijak busana yang dipakainya.

- Suasana di Arena of Stars sedikit cemas apabila pasukan paramedik bergeges ke tempat duduk penonton yang pengsan. Penonton itu kemudiannya diusung dan dibawa keluar dengan selamat.

- Ucapan Abam Bocey jadi trending iaitu hashtag #gemukisawesome #gemukisohsem ! Cayalah Abam!

- Baju ketat kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, Zizie Ezette sehingga menampakkan  bentuk pusatnya menjadi bualan ramai dan di troll

- Persembahan penutup biasa-biasa sahaja.

- Semasa post parti ramai selebriti tidak melepaskan peluang untuk menari di tempat yang disediakan khas.

- Ada juga selebriti yang berjalan dari lobi hotel menuju ke lif tanpa memakai kasut. (Mungkin penat sebab seharian memakai kasut tinggi kot?)

- Ada peminat yang sanggup tidur di lobi hotel semata-mata menunggu peluang untuk bergambar bersama selebriti kesayangan mereka.

Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Selepas Ditegur Isu Kostum ABPBH


Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Selepas Ditegur Isu Kostum ABPBH


KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2015: Kadang-kala ada selebriti mahupun artis yang kurang peka tentang sensitiviti dan ia telah terjadi kepada pelakon Sharnaaz Ahmad apabila dia dikritik mengenai pakaian atau kostum yang dipakainya di malam gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014) hujung minggu lalu.

Sharnaaz yang juga telah membawa pulang trofi bagi kategori online untuk Artis Paling Kontroversi ABPBH 2014, nampaknya bertindak lebih bijak dengan memohon maaf dan berharap kepada mereka yang tersinggung.

Dia juga berharap mereka memaafkan kesalahannya mengenakan pingat yang hanya dimiliki individu tertentu dalam anggota pasukan keselamatan seperti Anggota Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform di Malaysia.

Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Selepas Ditegur Isu Kostum ABPBH


Sharnaaz Ahmad yang hadir  bersama kekasih hati Anis Al Idrus pada ABPBH pada malam itu telah menjadi topic perdebatan dan terdapat juga anggota  pasukan keselamatan yang turut memberikan komen dan menegur tindakannya itu.

Sharnaaz bagaimanapun melalui post terbarunya di Instagram telah pun memohon maaf kepada pihak yang berkenaan sekiranya fesyen yang digayakan mengundang kemarahan. Di dalam Instagram dia menulis:-

Costume by @coloursbyfaiesh. Sekadar costume ya jgn ada pihak yg tersinggung.. Kalau pun ada, harap dimaafkan.

Dan Alhamdulillah saya menang untuk ketegory ganas!! Ahhahaha tq so much abp and bh.. Till next year jemput lah saya lagi insyaAllah.. Salam sayang buat @arm07_ yang dicintai!!

Seperti yang kita ketahui, pakaian uniform untuk pasukan polis dan tentera di Malaysia umumnya adalah isu yang dipandang serius dan tidak sewenang-wenangnya boleh dipakai sesiapa sahaja. Ini pula diacara hiburan dimana uniform itu dipadankan dengan pingat dan kain selempang yang menjurus kepada maksud tertentu.

Apa pun syabas kerana Sharnaaz tampil memohon maaf dan menghormati pandangan dan komenyang diberikan oleh netizen. Tahniah juga diucapkan atas kemenangannya di ABPBH 2014 lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan