Cari Artikel

Wednesday, April 8, 2015

Dynas Mokthar Teruja Bercinta Dengan Teman Sekolah


Dynas Mokthar Teruja Bercinta Dengan Teman Sekolah

KUALA LUMPUR 7 APRIL 2015: Pelakon dan pengacara TV Dynas Mokhtar, akui teruja dan tidak menyangka bercinta dengan kawan sekolah menengah walaupun ketika itu mereka hanya berkawan biasa.

Pada mulanya perbualan dan perhubungan itu tidaklah serius dan secara tiba-tiba ia mekar menjadi kepada pasangan kekasih.

“Saya sampai sekarang macam pelik, almaklumlah semasa di bangku sekolah kami memang mengenali antara satu sama lain, dia tahu saya ‘dating’ dengan siapa dan begitu juga dia, akan tahu saya akan berpacaran dengan siapa.

Dynas Mokthar Teruja Bercinta Dengan Teman Sekolah


“Tapi saya memang tahu dia memang baik dan memahami, sikap dan minat dia juga sama dengan saya iaitu pergi ke majlis-majlis korporat, fashion show dan sebagainya, jadi dia bukan jenis yang pemalu,” kata Dynas kepada H-Live.

Ketika ditanya adakah perhubungan kasih dan sayang mereka ini akan berkakhir ke jinjang pelamin, Dynas menjawab bergantung kepada masa dan keadaan untuk sebarang keputusan.

“Saya hanya doakan yang terbaik, serah keputusan kepada si dia dan keluarganya, mungkin sebelum ini saya banyak sorokkan mengenai kisah cinta saya, untuk dia saya berani untuk kongsikan kepada semua.

“Apa-apa pun ini semua sudah tertulis, saya dengan secara jujurnya memang selesa bercinta dengannya, kerana perasaan ini lahir secara semulajadi dengan tidak sengaja,” ujarnya.

Cium Mulut Isteri Di Khalayak Ramai? Ini Jawapan Johan…


Cium Mulut Isteri Di Khalayak Ramai? Ini Jawapan Johan…


KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2015: Ketika diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) yang berlangsung malam tadi, Johan secara spontan telah mencium bibir isterinya, Ozlyn sebelum naik ke pentas menerima trofi kemenangannya.

Tindakan yang dilakukan oleh Johan walaubagaimanapun telah mendapat pelbagai komen di laman sosial. Ada yang tidak kisah dengan tindakan mereka, tapi ada juga yang mengkritik hebat.

Cium Mulut Isteri Di Khalayak Ramai? Ini Jawapan Johan…


Bertemu dengan Johan usai majlis anugerah, penyampai Era FM ini merasakan yang apa yang dia lakukan tidak langsung menjadi masalah kerana statusnya sebagai suami kepada Ozlyn.

"Saya rasakan tidak boleh bercium di tempat awam jika belum berkahwin. Untuk saya tiada masalah, kerana saya sudah berkahwin. Dia isteri saya, apa-apa perkara yang terjadi, dia orang pertama yang akan tahu. Dialah orang pertama yang saya harus sambut bersama jika saya memperoleh apa-apa kejayaan," kata Johan.

Ketika ditanya adakah reaksi yang dilakukan itu adalah tindakan spontan selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah bagi kategori tersebut, Johan menjawab persoalan itu dengan satu contoh.

"Saya akan berada 24 jam bersama dia, jadi jika saya rasa gembira atau sebaliknya, saya akan pandang dia. Saya beri contoh, jika saya makan burger, jika saya rasa ada bahagian burger yang saya sedang makan merupakan bahagian yang paling sedap, saya akan berikan kepadanya. Saya memang kongsi semua perkara dengan dia," ujarnya lagi.

Bersyukur dengan anugerah yang diterimanya, Johan merasakan yang kemenangan yang diraihnya ini membuatkan dirinya rasa dihargai oleh pendegar dan peminatnya di luar sana.

"Alhamdulillah, kemenangan ini membuatkan saya rasa dihargai oleh semua pendengar dan peminat saya. Saya hanya wakil untuk mengambil anugerah ini kerana ini adalah hasil usaha mereka. Terima kasih kepada isteri saya, keluarga dan para penyokong yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan buat saya dalam bidang seni," kata Johan mengakhiri perbualan.


Taufik Batisah Ingin Timang 3 Orang Anak


Taufik Batisah Ingin Timang 3 Orang Anak


KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2015: Penyanyi Singapura Taufik Batisah merancang ingin menimang 3 orang cahaya mata bersama isterinya tercinta Sheena atau nama sebenar Nursheehana Akbal Ahmad.

Namun isterinya pula hanya bersetuju untuk 2 orang sahaja dan bakal terbang eropah untuk sesi bulan madu.

Taufik Batisah Ingin Timang 3 Orang Anak


“Sheena seorang yang cantik dari segi luaran dan dalaman, kecantikan yang dimiliki itu adalah bonus yang penting adalah hati budi.

“Isteri saya juga seorang yang penyayang  dan menghormati ibu saya. Dia juga seorang yang penyabar serta memahami karier saya sebagai seorang penyanyi, “ katanya kepada Mediacorp Suria.

Dalam pada itu, Taufik turut membuat pengakuan suara latar untuk lagu ‘Awak Kat Mana’ adalah isterinya dan tidak menyangka ia menjadi viral di Singapura mahupun Malaysia.

“Suara latar itu memang suara Sheena, masa saya melamar dia juga saya menyanyikan lagu Inggeris di dalam kereta, jadi lagu lamaran saya itu turut didendangkan di majlis perkahwinan saya,” ujarnya.

Taufik dan Sheena selamat diijabkabul pada 4 April lalu pada jam 10.45 pagi dengan mas kahwin bernilai SGD 500 (RM 1,250).

Sheena merupakan gadis berdarah kacukan Pakistan menerima 3 dulang hantaran berbalas 3. Perkahwinan menerima reaksi yang positif daripada para peminat.

Elizad Sharifuddin Akui Rapat Dengan Ungku Ismail


Elizad Sharifuddin Akui Rapat Dengan Ungku Ismail


KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2015: Kemesraan antara aktres Siti Elizad Sharifuddin dan aktor Ungku Ismail Aziz semakin dirasai ramai selepas kehadiran drama bersiri 'Teman Lelaki Upahan'.

Dek kerana beraksi mesra dan selalu dilihat bersama, ramai peminat merasakan yang Elizad dan Ungku kini menjalin hubungan cinta. Bertemu dengan Elizad, aktres ini mengiyakan yang mereka sememangnya sedang rapat.

Elizad Sharifuddin Akui Rapat Dengan Ungku Ismail


"Saya dan Ungku memang rapat sebagai kawan. Kami memang serasi bergandingan di dalam skrin. Kalau ramai yang anggap kami bercinta di luar skrin, rasanya tidak kerana kami masing-masing mempunyai pasangan sendiri," ujar Elizad memulakan bicara.

Ada juga komen-komen di laman sosial yang ditinggalkan oleh para peminat yang mahu melihat mereka berdua bercinta di alam nyata.

"Itu tidak mungkin terjadi kerana kami berdua hanya sekadar teman rapat yang mempunyai 'chemistry' ketika bergandingan di dalam lakonan. Saya menghormati pasangan Ungku, begitu juga sebaliknya," kata Elizad lagi.

Dalam perkembangan lain, gadis yang bakal mengakhiri zaman bujang pada 11 April ini bersama kekasihnya, Shamsul Baharin Rahman mendedahkan yang mereka tidak sempat menyiapkan persiapan perkahwinan mereka dan perkara itu diuruskan oleh keluarga dan rakan-rakan.

"Setakat ini persiapan perkahwinan saya berjalan lancar. Sudah hampir 80 peratus siap. Semuanya dibantu oleh kawan-kawan dan ahli keluarga. Jadual kerja bakal suami padat, begitu juga dengan jadual kerja saya. Saya hanya akan bercuti tiga hari bermula 10 April nanti. Syukur kerana kami mempunyai keluarga dan teman-teman yang sentiasa membantu kami dalam urusan perkahwinan," kata Elizad lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Elizad kini sedang giat di lokasi penggambaran drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa bersama Fathia Latiff dan Shukri Yahaya dan Elizad juga bergandingan dengan Zara Zya, Shuib Sepahtu dan Ungku Ismail dalam drama terbaru berjudul Isteriku Bukan Tukang Masak.

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2014


Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2014


GENTING HIGLAND, 6 APRIL 2015: Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam dan semua pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 yang berlangsung malam tadi.

Sam dengan berjayanya telah merangkul gelaran utama Bintang Paling Popular buat kali ketiga dalam hidupnya.

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2014


Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan malam tadi.

Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam

1 - Artis Baharu Lelaki Popular

Hafreez Adam - PEMENANG
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 - Artis Baharu Wanita Popular

Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat - PEMENANG
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 - Pengacara TV Lelaki Popular

AG
Awal Ashaari
Dato' AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi - PEMENANG
Zizan Razak

4 - Pengacara TV Wanita Popular

Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa - PEMENANG
Scha Alyahya

5 - Penyanyi Lelaki Popular

Aizat Amdan
Akim - PEMENANG
Asfan
Hafiz
Hazama

6 - Penyanyi Wanita Popular

Adira - PEMENANG
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 - Artis Duo/Berkumpulan Popular

6ixth Sense
Akim & The Magistrate - PEMENANG
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 - Pelakon TV Lelaki Popular

Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar - PEMENANG
Sharnaaz Ahmad

9 - Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal - PEMENANG
Siti Saleha

10 - Pelakon Filem Lelaki Popular

Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam - PEMENANG
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 - Pelakon Filem Wanita Popular

Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha - PEMENANG

12 - Artis Komedi Lelaki Popular

Abam - PEMENANG
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 - Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias - PEMENANG
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 - Penyampai Radio Lelaki Popular

AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era) - PEMENANG
Salih Yaccob (Sinar)

15 - Penyampai Radio Wanita Popular

Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot) - PEMENANG

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri SM Salim

Kategori Online ABPBH 2014

Artis Paling Kontroversi: Sharnaaz Ahmad
Pasangan Selebriti Romantis: Awal Ashaari & Scha Alyahya
Artis Lelaki Stailo: Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo: Dato' Siti Nurhaliza
Gandingan Serasi Di Layar Perak: Zul Ariffin & Ayda Jebat
Personaliti Popular: Faiz Dickie

Shaheizy Sam Rangkul Gelaran Bintang Paling Popular Kali Ke-3


Shaheizy Sam Rangkul Gelaran Bintang Paling Popular Kali Ke-3


GENTING HIGHLAND, 6 APRIL 2015: Buat kali ketiga dalam sejarah hidupnya, pelakon Shaheizy Sam telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2014 dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) yang berlangsung malam tadi.

Dalam majlis yang berlangsung dari Arena of Stars, Genting Highlands itu, Sam yang menerima sebanyak 265,703 undian telah mengenepikan nama-nama lain seperti Zul Ariffin dan Ayda Jebat yang disebut-sebut pada peringkat awalnya untuk menjulang trofi tersebut.



Kemenangan itu melayakkan Shaheizy membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi. Sam pada malam tersebut juga merangkul anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

Sebelum ini Sam pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 2011 (ABPBH 2010) dan 2013 (ABPBH 2012).

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2014 disampaikan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir pada majlis kemuncak yang bertemakan Cinta.

Sementara itu bagi keputusan-keputusan lain, Ayda Jebat menepati ramalan apabila memenangi anugerah Artis Baharu Wanita Popular manakala Shah Iskandar membuat kejutan apabila menewaskan nama-nama besar lain seperti Adi Putra dan Aaron Aziz bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Fara Fauzana terus membuktikan popularitinya sebagai penyampai radio masih kukuh dengan sekali lagi merangkul Penyampai Radio Wanita Popular. Abam Bocey pula tampil dengan kejayaan sendiri dengan gelaran Pelakon Komedi Lelaki Popular.

Satu-satunya artis lain yang naik ke atas pentas sebanyak dua kali (menerima anugerah) adalah Akim apabila menerima anugerah Artis Duo/Berkumpulan Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

ABPBH 2014 dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio, Hot FM. Trio pengacara untuk majlis kali ini ialah AG, Sherry Alhadad dan Amy Mastura.

iskandarX: Lepas nie Sam berlakon jangan berhenti, terima je semua job kormesial ke drama ke sapu habis.

Hans Isaac Kongsi Foto Kenangan Bersama Tan Sri Jamaluddin Jarjis


Hans Isaac Kongsi Foto Kenangan Bersama Tan Sri Jamaluddin Jarjis


KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2015: Aktor dan pengarah popular, Hans Isaac nyata terkejut dan sedih di atas nahas helikopter terhempas yang berlaku semalam di Kampung Pasir Baru, Semenyih.

Hans Isaac Kongsi Foto Kenangan Bersama Tan Sri Jamaluddin Jarjis


Ini berikutan tiga daripada enam mangsa nahas yang terkorban semalam adalah rakannya iaitu Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.



Dalam laman Instagram milik Hans semalam, aktor itu turut memberitahu yang dia juga mengenali juruterbang helikopter tersebut, Kapten Clifford Fournier yang padanya merupakan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman.



Menerusi gambar yang dimuatnaik itu juga, Hans turut bercerita sedikit sebanyak tentang personaliti Tans Sri Jamaluddin dan Datuk Azlin yang merupakan rakannya dalam sukan golf itu.



Jelas aktor itu begitu terasa dengan pemergian individu-individu yang dikenalinya dengan rapat itu.



Rakyat Malaysia semalam telah dikejutkan dengan berita sebuah helikopter awan yang terhempas di di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru sekitar jam 5 petang.

Helikopter tersebut membawa 6 orang penumpang termasuk juruterbang dan pembantunya yang telah disahkan semuanya terkorban.

Kami warga Murai ingin takziah kepada ahli keluarga semua mangsa nahas. Al-Fatihah kepada mereka yang beragama Islam.

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Aziz Harun


10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Aziz Harun


KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2015: Percubaan remaja dari Brunei, Aziz Harun untuk mencipta nama di Malaysia menjadi apabila lagunya, ‘Senyum’ mendapat ramai peminat-peminat muzik di sini.

Ditambah dengan gaya penyampaian bersahaja dan hasil didikan Faizal Tahir, langkah awal Aziz untuk bertapak Malaysia telah mendapat reaksi positif ramai pihak.

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Aziz Harun


Kesempatan bertemu dengan Aziz Harun sewaktu sesi webchat bersamanya semalam memberi peluang portal Murai untuk mengenali remaja berusia 16 tahun ini dengan lebih dekat.

Dan pertemuan selamanya sejam setengah itu membolehkan portal Murai mendapat tahu tentang 10 perkara ini Aziz.

Berikut adalah perkara-perkara menarik mengenai penyanyi muda berbakat ini.

1. Meskipun kini mempunyai bentuk badan yang kurus, Aziz akui yang dirinya seorang yang kuat makan. Dia juga akui satu ketika dahulu badannya sangat `chubby` dan berisi. Dan sehingga kini dia masih sangat berselera untuk makan. (Untunglah, makan banyak mana pun badan tak naik)

2. Aziz seorang yang takutkan cicak dan membenci cicak. Melihat binatang itu sahaja sudah menimbulkan rasa tak selesa pada dirinya.

3. Sebagai penggemar sukan bolasepak, Aziz mempunyai team favourite sendiri. Dan pasukan pilihannya adalah Liverpool. Aziz juga tidak akan teragak-agak mempertahankan pasukannya itu jika ada yang provoke. (come on man!)

4. Barang yang suka dikumpul Aziz ialah kasut, dan setakat ini dia mempunyai koleksi kasut yang boleh tahan banyaknya.

5. Idola atau artis yang diminati oleh Aziz ialah Jason Mraz, John Mayer and Ed Sheeran.

6. Bagi Aziz Harun, Nasi Kandar adalah makanan yang paling sedap di dunia.

7. Kereta idaman Aziz Harun ialah dari kategori SUV iaitu Mercedes G Class

8. Aziz tanpa segan silu mengakui yang dirinya sangat manja dengan ibunya (anak mak rupanya)

9. Terus terang, Aziz juga akui yang dia merasakan dirinya seorang yang menjengkelkan (annoying). Tapi portal Murai tak merasakannya macam tu

10. Crush Aziz Harun ialah Elfira Loy dan dia sangat teringin untuk berjumpa dengan aktres itu.


Ramona Zamzam Pilih Jejaka Palestin, Nikah 15 Mei


Ramona Zamzam Pilih Jejaka Palestin, Nikah 15 Mei


Sumber Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 31 MAC 2015: Aktres Ramona Zamzam mengumumkan yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada 15 Mei ini dan jejaka yang telah berjaya menawan hatinya itu adalah seorang pemuda dari Palestin.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ramona berkata dia kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Dia juga memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.

Ramona Zamzam Pilih Jejaka Palestin, Nikah 15 Mei


Setakat ini perancangannya untuk majlis akad nikah adalah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Namun berikutan ada pihak yang ingin menaja majlis akad nikah mereka, kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Cuma tarikhnya tetap sama.

Jejaka pilihan Ramona bernama Rami Alashkar dan mengulas pengenalannya bersama Rami, Ramona menjelaskan sudah mengenali jejaka berkenaan selepas sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma dan Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda.

Aktres itu turut menjelaskan yang dia bukan jenis yang memilih lelaki luar, tetapi pengalamannya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan dia sedikit serik.

Berbeza dengan Rami kerana lelaki itu bukan jenis mengongkong, jauh sekali bersikap cemburu buta.

Tambah Ramona, Rami juga jenis yang memahami dan tidak menghalangnya meneruskan karier seni selepas berkahwin.

Bercerita lanjut berkenaan majlisnya nanti, Ramona berkata, majlis resepsi akan diadakan pada Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak, diikuti resepsi di Kuala Lumpur pada September.


Remy Ishak dan Wan Raja Bintangi Putera Makassar


Remy Ishak dan Wan Raja Bintangi Putera Makassar


KUALA LUMPUR, 31 MAC 2015: Buat julung kalinya, Taqloq Sdn Bhd mengambil langkah berani dengan menerbitkan sebuah filem epik berkisar tentang pahlawan Bugis lima bersaudara yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-16.

Membariskan pelakon berbakat besar seperti Remy Ishak, Wan Raja, Wana Syed dan Wana Ali, filem yang bertajuk Putera Makassar bakal menjalani penggambaran pada Ogos 2015, mengambil pendekatan sedikit berbeza apabila menyiapkan trailer filem terlebih dahulu. Pendekatan ini sudah lama dipraktikkan di luar negara untuk menarik minat pembeli dan pengedar filem luar, tetapi di Malaysia, ia agak jarang dilakukan.

Remy Ishak dan Wan Raja Bintangi Putera Makassar


Trailer filem Putera Makassar menjalani penggambaran di Gurun, Kedah. Berlatarkan beberapa lokasi menarik seperti di air terjun dan pantai, trailer ini diarahkan oleh pengarah, penulis dan penerbit Javerd Nizar.

Hanya menjalani penggambaran dalam tempoh sehari, beberapa babak menarik diwujudkan, antaranya pertarungan seni silat, babak percintaan dan adat istiadat silat. Menurut penerbitnya, Asmadie Mokhadar, beberapa pihak sudahpun menyatakan persetujuan untuk bekerjasama bagi menjayakan filem ini nanti, antaranya Koperasi Penggiat Seni Berhad (KOSENI) dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Selain itu, syarikat penerbitan Pencil Pictures Sdn Bhd yang diterajui oleh Dato’ Ayu Puteh juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam penerbitan filem ini. Di peringkat antarabangsa pula, filem ini sudah menarik minat pihak daripada Hong Kong dan China untuk bekerjasama mengedarkan filem ini nanti.

Filem yang bakal menelan belanja RM 8 juta ini akan menjalani penggambaran di Kedah, Johor dan Makassar, Sulawesi. Sehingga kini, sebahagian daripada dana filem ini sudah diperolehi daripada FINAS dan Jabatan Perdana Menteri.

Sinopsis Ringkas:

Memaparkan sejarah semasa zaman kegemilangan pahlawan Bugis dan perebutan takhta di kalangan Sultan-Sultan Melayu pada abad ke-16 dan 17.

Ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan Belanda, menyebabkan lima bersaudara, anak kepada seorang Raja Bugis di Luwu, Kepulauan Sulawesi berhijrah ke Tanah Melayu. Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Kemasi, Daeng Marewah dan Daeng Chelak adalah pahlawan-pahlawan Bugis yang cukup berani dan digeruni kawan dan lawan. Mereka berlima juga mempunyai ilmu agama dan pelayaran yang tinggi.

Kebijaksanaan mereka berlima menyebabkan mereka sering diminta untuk menyelesaikan masalah politik dan perebutan takhta di kalangan Sultan-Sultan Melayu. Ini menjadikan mereka dengan senang hati diterima menjadi sebahagian daripada keluarga Sultan-Sultan Melayu melalui perkahwinan mahupun perjanjian, seterusnya melayakkan mereka menjadi pemimpin di negeri tersebut. Mereka akhirnya berjaya melebarkan pengaruh mereka ke beberapa negeri iaitu Kedah, Pahang, Selangor dan Johor-Riau-Lingga.


Ditahan Lagi, Benjy Mungkin Berdepan Hukuman Mati?


Ditahan Lagi, Benjy Mungkin Berdepan Hukuman Mati?


MUAR, 31 MAC 2015: Aktor Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim ditahan sekali lagi buat kali keempat hujung minggu lepas, dan dia kini disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah Muar.

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mereka mengesyaki perkara itu selepas penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

Ditahan Lagi, Benjy Mungkin Berdepan Hukuman Mati?


Tambah Azman lagi, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah iutu mungkin berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Benjy ditahan bersama seorang lagi lelaki Melayu setelah anggota polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu anggaran seberat 52.27 gram.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa menemui satu paket dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu anggaran seberat 193 gram.

Pemeriksaan pada but kereta pula, polis menjumpai satu kotak yang mengandungi beberapa botol plastik yang tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu terdapat tujuh balang kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik dipercayai peralatan memproses dadah.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. Sebelum ini, anak dramatis terkenal Allahyarham Azean Irdawaty itu telah ditahan sebanyak tiga kali, semuanya akibat kes syahbu dan penyalahgunaan dadah.


InTrend Angkat Martabat Pelawak, Tampilkan 5 Wajah Lucu Terkenal!


InTrend Angkat Martabat Pelawak, Tampilkan 5 Wajah Lucu Terkenal!


KL, 31 MAC 2015: Menatap kulit muka hadapan majalah InTrend bagi pasaran bulan April nyata mencuri pandangan apabila penghiasnya terdiri daripada juara dan jaguh dalam bidang yang mereka ceburi. Mungkin tidak ada yang akan terfikir mereka berlima bakal disatukan kerana otak mereka yang geliga itu.

Pemilihan Sharifah Shahira atau Shira, Johan dan Zizan dari Jozan, Atu dari Zero dan juga Ajak, salah seorang anggota Shiro menghiasi InTrend untuk April 2015 punya alasan yang tersendiri dan tiada siapa akan menyangkal penyataan tersebut.

InTrend Angkat Martabat Pelawak, Tampilkan 5 Wajah Lucu Terkenal!


Bersempena dengan bulan April yang juga menjadi ingatan dek kerana hari pertamanya yang digelar April Fool, editorial InTrend bersepakat mengangkat antara muka-muka yang kini telah meletakkan martabat lawak dan humor itu pada tahap yang lebih tinggi.

Menurut salah seorang penyelaras yang juga Editor Fesyen bagi majalah gaya hidup popular ini, Iqbaq V Azwan, dengan menampilkan mereka ini sekaligus kita kearah mengangkat martabat para penghibur dan pelawak kita sebagai individu yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Bagi mereka yang tidak tahu, jenaka atau pelawak sekarang harus bukan sahaja bergantung dengan cara mereka berjenaka tetapi pengisian jenaka tersebut samada dapat meninggalkan kesan atau sekadar lawak kosong.

“Kalau dahulu lawak hanyalah yang spastik dan untuk membuatkan orang kelakar tetapi sekarang pelawak juga harus berbuat research, mengambil tahu isu semasa dan peka bagi membuatkan lawak dan mesej itu sampai kepada penonton.

“Kerana itu kami bawakan mereka berlima menghiasi muka depan InTrend tetapi bukan sahaja itu, pelbagai lagi kisah tentang pelawak hebat lain ada dalam helaian InTrend April 2015 ini.

“Diharap usaha mengangkat martabat para pelawak tanahair ini diterima pembaca InTrend,”ucap Iqbaq yang turut berkongsi tentang betapa mudahnya bekerja dengan mereka walaupun agak sukar untuk menggayakan mereka yang seringkali tampil santai.

Kredit Foto Facebook Majalah InTrend

Selar Kerajaan Malaysia, Kumpulan Carcass Dikritik Peminat Muzik


Selar Kerajaan Malaysia, Kumpulan Carcass Dikritik Peminat Muzik

Sumber Astro Awani

KUALA LUMPUR, 31 MAC 2015: Akibat tidak berpuas hati kerana tidak dapat menganjurkan konsert mereka di Malaysia, kumpulan metal dari England, Carcass telah bertindak memuat naik status di Facebook mereka dengan menyelar kerajaan Malaysia.

Selar Kerajaan Malaysia, Kumpulan Carcass Dikritik Peminat Muzik


Malah, kumpulan tersebut juga telah bertindak memuat naik imej bendera Malaysia secara terbalik sambil mengatakan visa mereka telah ditolak kerana kandungan lirik mereka yang tidak sesuai.



Tindakan `biadap` itu telah menimbulkan kemarahan peminat-peminat muzik tempatan yang turut mengkritik perbuatan tidak bertanggungjawab itu di status mereka.

Antara yang mengkritik kumpulan tersebut ialah Hafiz Hamidun, yang mempersoal tujuan kumpulan tersebut menterbalikkan imej Jalur Gemilang.



"Whats up with the flag? Sorry, no respect for you too. As a Malaysian, im happy you guys are not performing here. (Kenapa letak bendera macam tu? Maaf, saya pun tak ada rasa hormat pada kamu. Sebagai rakyat Malaysia, saya gembira anda tidak mengadakan persembahan di sini)," tulisnya.



Bagaimanapun, salah satu daripada komen yang diberikan menyebut bahawa negara yang menolak visa kumpulan Carcass sebenarnya Filipina dan bukannya Malaysia, kerana Malaysia tiada dalam senarai jelajah mereka.

Sebelum ini, kumpulan heavy metal Lamb of God juga pernah dibatalkan persembahan di Malaysia pada September 2013 selepas mendapat arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Elizabeth Tan Tampil Menggoda Dalam MV `Knock Knock`


Elizabeth Tan Tampil Menggoda Dalam MV `Knock Knock`


KUALA LUMPUR, 31 MAC 2015: Siapa yang tidak mengenali penyanyi sensasi YouTube iaitu Elizabeth Tan yang kini popular dengan single sulungnya yang bertajuk ‘Knock Knock’.

Hanya dengan menyampaikan lagu-lagu cover di YouTube, Elizabeth berjaya mencuri hati peminat serta para penggemar muzik di laman YouTube dan bakat semula jadi yang ada pada Elizabeth telah dikesan oleh penyanyi terkemuka, Faizal Tahir.

Elizabeth Tan Tampil Menggoda Dalam MV `Knock Knock`


Elizabeth Tan kini juga merupakan artis di bawah naungan Faithful Music yang juga dipelopori oleh Faizal Tahir.

Lagu ‘Knock Knock’ ini baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong-corong radio dan sudah mula mengungguli carta radio tempatan.

Lagu ‘Knock Knock’ yang berentak catchy ini telah dicipta sepenuhnya oleh Faizal Tahir yang mengisahkan tentang amaran yang diberikan kepada si dia yang mahu memikatnya supaya tidak menyakiti hati dan perasaannya. Kini, muzik video ‘Knock Knock’ sudah pun berada di YouTube untuk tontonan anda semua.

Kepada peminat-peminat Elizabeth Tan, anda boleh menonton video muzik tersebut di bawah:

Foto T-ara Bersama Sultan Johor Jadi Perhatian Di Laman Sosial


Foto T-ara Bersama Sultan Johor Jadi Perhatian Di Laman Sosial


JOHOR BAHRU, 30 MAC 2015: Hujung minggu lalu, 4 nama besar dari dunia K-Pop di Korea datang untuk menjayakan konsert masing-masing di negara kita.

Kumpulan SNSD atau Girl’s Generation bersama ShiNEE telah memeriahkan konsert F1 di Sepang pada petang Ahad manakala kumpulan T-Ara dan Sistar pula menjayakan persembahan sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim di Danga Bay, Johor Bahru.

Apa yang menariknya Murai Batu tengok di laman Twitter, sebuah foto yang menampilkan keenam-enam gadis kumpulan T-ara bersama Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail telah menarik perhatian ramai.

Foto T-ara Bersama Sultan Johor Jadi Perhatian Di Laman Sosial


Rata-ratanya teruja melihat Sultan Ibrahim yang kelihatan begitu sporting untuk bergambar selfie bersama kumpulan megastar dari Korea itu.

Tak silap Murai Batu, T-ara yang dianggotai Boram (29), Qri (28), Soyeon (27), Eunjung (26), Hyomin (25) dan Jiyeon (21) telah dijemput untuk hadir bersama bagi acara makan malam bersama kerabat diraja Johor itu.

Dalam konsert yang diadakan malam tadi, T-ara telah menyampaikan enam buah lagu iaitu Day By Day, Sexy Love, Number 9, Lovey Dovey, Roly Poly dan Sugar Free.

Murai Batu sendiri pun belum pernah dapat merasa bergambar dengan T-ara atau mana-mana bintang Kpop. Entah bilalah nak dapat peluang itu ye.


Sistar Bergambar Bersama Tunku Aminah, Puteri Johor


Sistar Bergambar Bersama Tunku Aminah, Puteri Johor


JOHOR BAHRU, 30 MAC 2015: Ahad lalu telah menyaksikan kemeriahan hebat berlaku di Danga Bay, Johor Bahru apabila persembahan sempena upacara Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diadakan.

Antara bintang antarabangsa ternama yang hadir adalah bintang K-Pop iaitu Sistar selain rakan seangkatan mereka iaitu kumpulan T-ara.

Menariknya menerusi laman Twitter rasmi Sistar pada Sabtu lalu, kumpulan yang dianggotai empat orang gadis ini telah memuatnaik sebuah foto kenangan mereka bersama satu-satunya puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Sistar Bergambar Bersama Tunku Aminah, Puteri Johor


Foto ini diambil sewaktu mereka berkesempatan dibawa bertemu dengan kerabat-kerabat Diraja berkenaan.

Salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Dason turut menulis yang mereka teruja bertemu dengan Puteri Aminah dan berterima kasih di atas layanan mesra yang diberikan kerabat diraja Johor kepada mereka.

"Pertemuan kami bersama Yang Teramat Mulia Tunku Aminah. Pertemuan yang singkat tetapi beliau adalah seorang yang mesra.

“Kami juga gembira kerana telah dihidangkan dengan makanan-makanan yang sedap. Terima kasih kerana mengundang kami dan semoga kita boleh berjumpa di Korea nanti” kata Dason mewakili Hyolyn, Bora dan Soyou.

Menerusi foto yang dimuatnaik itu, Tunku Aminah yang merupakan anak kedua Sultan Ibrahim serta satu-satunya puteri dari 6 beradik telah bergambar dengan diapit oleh 4 anggota Sistar.

Sistar adalah salah satu kumpulan berjaya di Korea. Dikenali dengan imej seksi dan menggoda, mereka berempat popular menerusi lagu-lagu seperti Give It To Me dan Touch.


Wajah Awal Bengkak, Tiada Kecederaan Serius Selepas Kemalangan


Wajah Awal Bengkak, Tiada Kecederaan Serius Selepas Kemalangan


KUALA LUMPUR, 30 MAC 2015: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah memuatnaik sebuah foto selfie dirinya dari katil hospital untuk memaklumkan dirinya dalam keadaan baik selepas terbabit dalam kemalangan pagi semalam.

Foto tersebut menunjukkan wajah Awal yang sedikit bengkak sementara terdapat balutan luka di dahinya. Awal turut memberitahu dirinya dalam keadaan baik dan bakal dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur malam tadi.

Wajah Awal Bengkak, Tiada Kecederaan Serius Selepas Kemalangan


Pengacara Melodi itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya mengeluarkan dia dari kereta dan membawanya ke hospital semalam.

Sementara itu, isteri Awal iaitu Scha Alyahya juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana melindungi suaminya dari malapetaka yang lebih teruk.

Semalam, kira-kira jam 11.15 pagi, kereta BMW 6 Series yang dipandu rakan Awal telah terbabit dalam nahas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ketika mereka dalam perjalanan ke Melaka.

Berdasarkan foto-foto yang diambil dari tempat kejadian, kereta tersebut dilihat remuk teruk selepas terbalik di tepi jalan.

Awal dan Izuan dalam perjalanan ke Karnival Jom Heboh, Melaka untuk mengacarakan Melodi secara langsung.

Berdasarkan foto terbaru yang dimuatnaik Awal di Instagram miliknya pagi tadi, Awal dilihat akan menjalani ujian MRI.


Erra Fazira & Engku Emran Mesra Raikan Harijadi Aleesya!


Erra Fazira & Engku Emran Mesra Raikan Harijadi Aleesya!


KL, 30 MAC 2015: Betul kata orang anak itu pengikat kasih sayang antara pasangan suami dan isteri. Biarpun telah memutuskan untuk membawa haluan masing-masing tetapi tanggungjawab terhadap puteri tercinta Engku Aleesya tidak diabaikan kedua orang tuanya itu aktres Erra Fazira dan bapanya Engku Emran.

Erra Fazira & Engku Emran Mesra Raikan Harijadi Aleesya!


Biarpun tidak lagi berkongsi kehidupan bersama, keduanya tidak kekok untuk tampil bersama apatah lagi meraikan harijadi puteri kesayangan mereka itu. Bak kata orang, sejuk mata memandang gelagat keluarga ini meraikan majlis ulangtahun kelahiran ke 6 anak mereka Engku Aleesya.

Dilangsungkan di lokasi tertutup, tema Frozen dilihat mendominasi prop dan susunatur majlis santai tersebut. Menerusi Facebook Littlestars Photography, banyak gambar-gambar majlis sambutan harijadi Aleesya dimuat naik jurugambar rasmi untuk majlis tersebut.

Sebagai puteri yang dirai, Aleesya comel dan manis mengenakan gaun kembang berona biru lembut dengan lengkap bertiara disamping kedua orang tuanya yang juga tidak ketinggalan menjadi seperti raja dan permaisuri buat puteri.

Seperti biasa respon peminat bila melihat Erra dan Engku Emran bersama, ramai yang mendoakan semoga kedua-dua mereka kembali bersatu demi Aleesya. Apapun itu hak mereka, kita doakan saja yang baik-baik buat pasangan tersebut.

Kredit foto Facebook Littlestars Photography









Showcase 6ixth Sense - Sense of Love Meriah!


Showcase 6ixth Sense - Sense of Love Meriah!



KUALA LUMPUR, 30 MAC 2015: Selepas sepuluh tahun membina nama dalam industri muzik Malaysia, kumpulan muzik 6ixth Sense mengadakan showcase pertama mereka di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur yang berlangsung dengan meriah malam lalu.

Selain mengubati kerinduan peminat-peminat 6ixth Sense yang mahu menonton kumpulan kegemaran mereka membuat persembahan secara live, showcase yang diberi nama Sense of Love itu juga diadakan bersempena dengan kelahiran album terbaru mereka yang juga berjudul Sense of Love.

Sebelum penonton yang hadir berhibur dengan persembahan 6ixth Sense, showase tersebut dimulakan dengan persembahan oleh dua band yang menjadi anak didik mereka, Sakura Band dan Cherpen Band.

Showcase 6ixth Sense - Sense of Love Meriah!


Selesai kedua-dua band tersebut membuat persembahan, masa yang dinantikan telah tiba. Kumpulan yang dianggotai oleh Adi, Atan, Gjie, Ayoy dan Wan itu mula mengambil tempat di pentas utama. Mereka membuka gelanggang dengan mempersembahkan lagu hit mereka yang berjudul Cinta Matiku.

Seterusnya, mereka menyampaikan lagu Semanis Cinta yang menjadi OST bagi filem lakonan Nur Fazura dan Shaheizy Sam, Manisnya Cinta di Cappadocia. Selepas itu, mereka membawa penonton untuk mengimbas perjalanan mereka semasa mula-mula menjejakkan kaki ke dalam arena muzik tempatan dengan mempersembahkan single pertama mereka, Hari Ini dan Semalam.

Selesai lagu tersebut, mereka menjemput seorang peminat bertuah untuk sama-sama menyanyikan lagu popular mereka, Tanpa. 6ixth Sense juga turut menyampaikan seleksi lagu-lagu popular mereka seperti Menyesal, Sebuah Maksud, Dari Hati, Tak Bisa Memilihmu, Penerang Hati, Yang Sempurnakan Aku, Khatimah Cinta dan banyak lagi.

Untuk menutup persembahan bertenaga 6ixth Senae dalam showcase Sense of Love, mereka mempersembahkan single terbaru mereka yang kini sedang hangat diputarkan di stesen radio tempatan, 7 Kali Malam Minggu.

Selain dibanjiri dengan kehadiran 500 orang peminat, showcase mereka juga turut diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Encik Mimpi, Dayana Roza dan Azmil Mentor Legend.

Awal Ashaari Terbabit Dalam Kemalangan Di Melaka


Awal Ashaari Terbabit Dalam Kemalangan Di Melaka


KUALA LUMPUR 29 MAC 2015: Pengacara dan pelakon Awal Ashaari terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran Lebuhraya PLUS berdekatan R&R Ayer Keroh Melaka arah selatan.

Keadaan kereta tersebut didapati remuk dan terbalik di bahu jalan dan jenis kereta itu ialah BMW berwarna putih.

Awal Ashaari Terbabit Dalam Kemalangan Di Melaka


Awal ketika kejadian ditemani oleh Izuan Mokhtar iaitu rakannya difahamkan dalam perjalanan ke Melaka untuk siaran langsung Melodi di Jom Heboh di Stadium Ayer Keroh.

Menurut sumber dari wartawan Melodi Zuan Azmi menerusi Instagram memberitahu Awal tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Awal Ashaari Terbabit Dalam Kemalangan Di Melaka

Awal Ashaari Terbabit Dalam Kemalangan Di Melaka

Awal Ashaari Terbabit Dalam Kemalangan Di Melaka


Dia berada di lokasi kejadian untuk membantu hal-hal menyelesaikan kes kemalangan tersebut iaitu menunggu pegawai penyiasat dan tundaan kereta.

Awal dan Izuan telah di bawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans untuk menerima rawatan susulan.

Adira & Shahrul Nasrun Bakal Bernikah September Depan


Adira & Shahrul Nasrun Bakal Bernikah September Depan


KUALA LUMPUR 29 MAC 2015: Penyanyi Adira akhirnya mengumumkan tarikh pernikahannya bersama pasangan hati yang dicintai iaitu Shahrul Nasrun pada September depan.

Pasangan sama cantik sama padan ini sebenarnya telah melangsungkan majlis pertunangan pada 22 Disember tahun lalu yang diadakan di rumah Adira di Kundasang Sabah.

Adira & Shahrul Nasrun Bakal Bernikah September Depan


"Majlis pertunangan saya diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh kedua- dua belah ahli keluarga, Alhamdulilah majlis tersebut berjalan dengan lancar.

"Pertunangan ini diibaratkan sebagai tanda perhubungan kami, pernikahan kelak adalah pengukuh hubungan kami sebagai suami isteri," ujar Adira dalam temubual eksklusif bersama H Live.

Dalam pada itu, Shahrul turut memberitahu segala persiapan pernikahan masih dalam perbincangan dan majlis resepsi akan diadakan di Kota Bahru, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

"Insha Allah segala persiapan bergerak lancar dan saya akan jemput semua kenalan dan rakan termasuk media ke majlis pernikahan saya dan adira," kata Shahrul.


Koleksi Foto-Foto Pernikahan Sharifah Sakinah & Aliff Adha


Koleksi Foto-Foto Pernikahan Sharifah Sakinah & Aliff Adha


Foto oleh Pelangi Putih Films

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2015: Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, Sharifah Sakinah dan Aliff Adha yang telah selamat diijabkabulkan petang semalam.

Sakinah, 25, dengan sekali lafaz telah sah bergelar isteri kepada juruterbang, Aliff Adha dalam majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Putrajaya itu.

Koleksi Foto-Foto Pernikahan Sharifah Sakinah & Aliff Adha


Pasangan pengantin ini kemudiannya telah diraikan dalam satu majlis makan malam di lokasi yang sama bertemakan ala minimalis Inggeris.

Majlis resepsi mereka pula akan diadakan pada 4 April depan di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Sakinah sebelum ini telah bertunang dengan Aliff pada 25 Oktober 2014 di kediamannya di Taman Melawati.

Berikut adalah sebahagian dari dari foto-foto majlis mereka yang telah dimuatnaik di laman Instagram milik Sakinah.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan