Cari Artikel

Wednesday, February 11, 2015

Maharaka Lawak Mega 2014 MG 1 Wala


Maharaka Lawak Mega 2014 MG 1 Wala


Maharaka Lawak Mega 2014 MG 1 Wala




Maharaka Lawak Mega 2014 MG 1 Comey


Maharaka Lawak Mega 2014 MG 1 Comey






DVI teruskan usaha kenal pasti 26 jasad


DVI teruskan usaha kenal pasti 26 jasad


DVI meneruskan proses kenal pasti baki 26 jasad mangsa pesawat QZ8501.

Sehingga minggu lepas, 102 mayat berjaya ditemui pasukan pencari, dengan 76 daripadanya sudah dikenal pasti.


DVI teruskan usaha kenal pasti 26 jasad






DVI selesai bedah mayat pembantu juruterbang


DVI selesai bedah mayat pembantu juruterbang


Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana, DVI selesai menjalankan proses bedah siasat ke atas pembantu juruterbang Remi Plesel.



DVI selesai bedah mayat pembantu juruterbang




Serpihan sayap QZ8501 ditemui nelayan


Serpihan sayap QZ8501 ditemui nelayan



Satu lagi serpihan pesawat dipercayai milik QZ8501 ditemui nelayan di Majene, Sulawesi Barat pada Selasa.





Serpihan sayap QZ8501 ditemui nelayan





Kanak-kanak OKU perlu bantuan


Kanak-kanak OKU perlu bantuan


Usianya hanya empat tahun. Namun, pada usia yang muda itu, Mohamad Ramdan Amin tidak seperti kanak-kanak yang seusia dengannya, apabila hanya mampu mengesot kerana mengalami masalah tulang belakang sejak dari dalam kandungan lagi. Kesakitan belakang yang dialaminya menyebabkan ramdan sering menangis.




Kanak-kanak OKU perlu bantuan



Cadangan naik taraf Jabatan Audit kepada suruhanjaya


Cadangan naik taraf Jabatan Audit kepada suruhanjaya


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata kajian sedang dijalankan untuk menaik taraf Jabatan Audit Negara sebagai sebuah suruhanjaya. Bagaimanapun, keputusan mengenainya masih belum dibuat, memandangkan ia memerlukan pendekatan dan pelan holistik.


Cadangan naik taraf Jabatan Audit kepada suruhanjaya


FAKTA: Zizan mendedahkan punca perpisahannya dengan Emma Maembong.


FAKTA: Zizan mendedahkan punca perpisahannya dengan Emma Maembong.




Zizan Razak dan Emma Maembong putus dan kini berbaik-baik semula? Apakah Punca-puncanya?



Zizan Razak Nasihat Kepada Remaja Yang Ingin Berjaya


Zizan Razak Nasihat Kepada Remaja Yang Ingin Berjaya


Asyik bercakap tentang kisah cinta dan kontroversi pun bosan juga, kali ini Zizan Razak keluarkan nasihat kepada para remaja atau sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam karier mahupun kehidupan.

Zizan Razak Nasihat Kepada Remaja Yang Ingin Berjaya



Amir Baharin Bersyukur Pertama Kali Tercalon Dalam Anugerah


Amir Baharin Bersyukur Pertama Kali Tercalon Dalam Anugerah



Pertama kali tercalon dalam majlis anugerah, Amir Baharin meluahkan rasa bersyukur atas sokongan peminat selama ini dan ada juga menjawab persoalan cinta lokasi. Wahh apa cerita?

Amir Baharin Bersyukur Pertama Kali Tercalon Dalam Anugerah


 

Amyra Rosli Nafi Semakin Demand Soal Kerja


Amyra Rosli Nafi Semakin Demand Soal Kerja

Semakin dikenali ramai menerusi barisan drama yang dilakonkan, Amyra Rosli terpalit khabar angin mengatakan beliau kini semakin demand dalam soal bayaran dan kerja. Betul ke?

Amyra Rosli Nafi Semakin Demand Soal Kerja


Pesawat American Airlines mendarat cemas


Pesawat American Airlines mendarat cemas

TULSA, Oklahoma: Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tulsa dan dikosongkan selepas asap dilaporkan dalam kokpit.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang, Alexis Higgins, berkata pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth ke Cedar Rapids, Iowa, dikosongkan di landasan pada jam 6.15 petang selepas mendarat dengan selamat.

Higgins berkata, tiada daripada 67 penumpang dan kru pesawat berkenaan yang cedera.

Katanya, punca asap itu masih belum diketahui.

Jurucakap American Airlines, Victoria Lupica, berkata pihak syarikat masih menyiasat puncanya. - AP

Tonton filem Isyarat Cinta lebih awal sambil beramal


Tonton filem Isyarat Cinta lebih awal sambil beramal Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my


Rosyam (kanan) bersama pelakon Isyarat Cinta dari kiri; Adi Putra, Fizo Omar dan Liyana Jasmay. - Foto Halimaton Saadiah bte Sulaiman

KUALA LUMPUR: Berbuat baik ada pelbagai cara dan ia perbuatan terpuji. Lalu, Datuk Rosyam Nor menyeru peminat dunia hiburan di negara ini supaya terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pelakon filem Castello itu berharap masyarakat terutama peminat dunia seni dapat membantu mangsa banjir dengan memperuntukkan RM100 bagi menonton tayangan amal perdana filem Isyarat Cinta pada 4 Mac ini di Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, jam 8 malam.

Rosyam yang bertindak sebagai produser bersama filem berkenaan berkata, dengan sumbangan itu, orang ramai bukan saja dapat menonton filem berkenaan secara eksklusif lebih awal dari tarikh tayangan sebenar, sebaliknya wang itu dapat dijadikan jariah untuk membantu mereka yang dilanda musibah.

"Saya benar-benar berharap agar semua pihak dapat menyokong usaha menjayakan tayangan amal ini kerana wang kutipan dapat digunakan untuk tujuan kebajikan.

"Bukan saja dapat menonton filem secara eksklusif bersama para artis malah mereka yang membuat sumbangan dapat juga beramal," katanya mengenai projek murni yang diusahakan syarikat produksi RK Screen dan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).


Datuk Rosyam Nor

Rosyam berkata pihaknya tidak akan mengambil satu sen pun hasil jualan tiket sebaliknya diserahkan kepada WHAM kerana sebahagiannya akan disalurkan kepada mangsa banjir serta rumah kebajikan terpilih.

Katanya, walaupun keadaan banjir sudah pulih namun pada ketika ini mangsa banjir masih lagi menderita dan sentiasa menantikan bantuan daripada orang ramai khususnya mereka yang tinggal sehelai sepinggang berikutan rumah kediaman musnah dibawa arus.

"Kita jangan ingat mangsa banjir tidak memerlukan apa-apa pertolongan lagi tetapi mereka masih mengharapkan bantuan berterusan daripada kita. Marilah kita sama-sama membantu dengan adanya program ini," katanya.

Rosyam juga yakin Isyarat Cinta bakal mendapat sambutan hangat kerana jalan ceritanya yang menarik selain memaparkan sebuah kisah cinta luar biasa.

Dalam pada itu Rosyam berkata, orang ramai yang membeli tiket bagi menyaksikan tayangan ini akan diberi peluang untuk beramah mesra dengan pelakon terbabit.

Malah, satu sesi antara peminat dan juga artis akan turut dianjurkan pada majlis berkenaan.

"Program ini wajar mendapat sokongan orang ramai kerana ia dapat memperlihatkan kerjasama antara penggiat seni iaitu artis, wartawan hiburan dan penyokong dunia hiburan yang sama-sama memainkan peranan dalam usaha membantu golongan yang memerlukan," katanya.

Selain tiket bernilai RM100, turut dijual tiket untuk tempat duduk khas berharga RM300, RM500 dan RM1,000.

Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan mengenai tayangan amal ini hubungi 017-2429699 (Bohari) dan 012-2578884 (Amie).

Isyarat Cinta, mengisahkan perasaan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Iskandar (lakonan Adi Putra) yang cacat pendengaran dengan Dhia (Liyana Jasamy) yang buta.

Hubungan mereka terjalin ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan.

Ariel (Fizo Omar) bertindak sebagai orang tengah dalam menghubungkan kedua-dua mereka kerana masalah kecacatan yang mereka alami. Namun, dalam masa yang sama Ariel turut mempunyai perasaan terhadap Dhiya yang akhirnya menimbulkan konflik selepas itu.

Filem Isyarat Cinta ditunjangi Liyana Jasmay, Fizo Omar dan Adi Putra di bawah arahan Bade Azmi. Filem ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 19 Mac depan.

Kerajaan bertindak terhadap cadangan, penemuan Jabatan Audit Negara - Najib


Kerajaan bertindak terhadap cadangan, penemuan Jabatan Audit Negara - Najib


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pertubuhan Audit Negara (ASOSAI) ke-13 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Kerajaan serius dalam mengambil tindakan terhadap sebarang cadangan dan penemuan yang diperoleh Jabatan Audit Negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, juru audit di negara ini juga bebas dalam mengemukakan pandangan dan membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.

"Kerajaan ini bukan saja terbuka kepada pendapat juru audit kami malah mengambil kira nilai itu dalam dasar, perancangan dan penilaian projek kerajaan.

"Di Malaysia, juru audit memainkan peranan penting dalam inisiatif memperkukuh pentadbiran kerajaan dan integriti dalam perkhidmatan awam," katanya dalam ucap utama pada Persidangan Pertubuhan Audit Negara (ASOSAI) ke-13 di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Aksesori telefon pintar kesan HIV, sifilis dalam 15 minit


Aksesori telefon pintar kesan HIV, sifilis dalam 15 minit

WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Rwanda sedang membangunkan aksesori telefon pintar yang berupaya mengesan HIV dan sifilis selepas menganalisa setitis darah daripada jari dalam tempoh 15 minit, lapor agensi berita Xinhua.

Peranti kos rendah itu berupaya memainkan peranan makmal ujian darah dan berupaya mengesan tanda penyakit seperti HIV, antibodi treponemal khusus untuk sifilis dan antibodi bukan-treponemal yang mengesan jangkitan aktif sifilis.

Kos pengeluaran peranti itu hanya sekitar AS$34 (RM122), jauh lebih rendah daripada kaedah diagnostik ELISA yang kini digunakan di hospital, dianggarkan membabitkan kos AS$18,000 (RM65,000) .

Aksesori itu baru-baru ini diuji guna oleh kakitangan perubatan di Rwanda dan menguji darah yang diambil daripada jari 96 pesakit, sebahagian besarnya adalah wanita yang terdedah untuk mewariskan penyakit yang disebarkan kegiatan seks kepada anak mereka.

Kumpulan penyelidik berkata peranti berkenaan memproses data dan memaparkan keputusan pemeriksaan di skrin telefon pintar dalam tempoh 15 minit dan berfungsi hampir sebaik ujian ELISA.

Bagaimanapun, ketika ini hampir semua pesakit lebih yakin dengan dengan ujian makmal yang biasanya mengambil masa lebih dua jam.

"Kajian kami menunjukkan uji kaji makmal yang mengambil masa lama, kini boleh disempurnakan menerusi aksesori telefon pintar," kata Samuel Sia, profesor bersekutu Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan di Universiti Columbia.

"Keupayaan ini akan mengubah kaedah pelaksanaan penjagaan kesihatan di seluruh dunia," katanya.

Peranti atau dongle itu mudah saja disambungkan kepada telefon pintar atau komputer. Ia kecil dan ringan untuk dibawa.

Justeru, penyelidik percaya peranti itu akan mempercepatkan proses pengesanan awal HIV dan sifilis terutama menerusi klinik di lapangan atau mudah alih.

Kajian menggunakan peranti itu yang turut dijalankan dengan kerjasama Pusat Bioperubatan Rwanda, disiarkan dalam jurnal sains Amerika Syarikat, Translational Medicine. - BERNAMA

Acer Malaysia perkenal Notebook Aspire R14


Acer Malaysia perkenal Notebook Aspire R14


Aspire R14

KUALA LUMPUR: Acer Malaysia melancarkan Aspire R14, notebook unik boleh ubah dua dalam satu, yang mempunyai reka bentuk engsel dwi-kilas dan boleh dipusingkan 360 darjah.

Mengikut Acer, Aspire R14 hampir sama dengan keluaran terdahulu, Aspire R7, yang membolehkan paparan diubah kepada mod yang berbeza bagi pelbagai keperluan, menjadikan ia lebih mudah digunakan di mana-mana sahaja.

"Beberapa ciri Aspire R14 yang menarik termasuk pad sentuh pelbagai gerak isyarat yang menyokong perubahan paparan skrin secara dua jari dan 'pinch', bagi membolehkan pengalaman pengkomputeran peribadi dan interaksi," kata Acer.

Notebook ini dikuasakan pemproses Intel(R) Core(TM) i5 yang lebih lancar dengan Microsoft Windows(R) 8.1, dan 8GB RAM boleh ditingkatkan untuk pengguna yang berminat kepada kapasiti RAM lebih tinggi bagi kelancaran prestasi.

Aspire R14 dilengkapkan dengan satu USB 3.0 dan dua port USB, serta kamera web definisi tinggi Acer Crystal Eye HD yang diiktiraf Skype bagi komunikasi segera global yang lebih jelas dalam kalangan pengguna.

Notebook berwarna perak platinum didatangkan dengan pek empat sel bateri Li-polymer 53Wh 3560mAh 15V dan jaminan pengembara antarabangsa selama setahun serta berharga RM2,499. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan