Cari Artikel

Saturday, January 10, 2015

Hishamuddin Rais didapati bersalah di bawah Akta Hasutan


Hishamuddin Rais didapati bersalah di bawah Akta Hasutan


AKTIVIS Hishamuddin Md Rais dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah politik pada 13 Mei 2013. - Foto fail NSTP/Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Aktivis politik, Hishamuddin Rais pagi ?ini didapati bersalah atas tuduhan menghasut oleh Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.

Hishamuddin didakwa memberi ucapan menghasut rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah pada 13 Mei 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mangsa banjir di Kemaman dibenarkan pulang


Mangsa banjir di Kemaman dibenarkan pulang Oleh Azman Mahmood

bhkt@bh.com.my

KUALA TERENGGANU: Seramai 159 mangsa daripada 46 keluarga di tiga pusat pemindahan banjir di Kemaman, sejak kelmarin sudah pun pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Mangsa terakhir seramai 33 orang daripada sembilan keluarga yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teladas pulang pada jam 9.30 pagi.

Sebelum itu kira-kira 126 mangsa daripada 37 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Balai Raya JKKK Padang Kubu dan Masjid Lama Padang Kubu, dibenarkan pulang kira-kira jam 8 pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, berkata semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air surut sepenuhnya kira-kira jam 7.30 pagi.

Katanya, Kampung Padang Kubu dan Kampung Ayer Puteh dinaiki air kelmarin berikutan hujan lebat dalam tempoh 24 jam. Bagaimanapun, air surut hari ini dan semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi tadi.

Sementara itu, dua jalan yang dinaiki air di dua kampung berkenaan masih ditutup. Jalan Pasir Gajah - Ayer Puteh masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam satu meter.

Jalan Kampung Batu 16 - Jalan Ayer Puteh pula ditutup kepada kenderaan ringan kerana ditenggelami air sedalam 0.5 meter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan