Cari Artikel

Thursday, April 30, 2015

MUBARAK sedih politik nepotisme di Pmtg Pauh


Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Abdul Aziz Rahman sedih kerana rakyat di negara ini, khususnya di Permatang Pauh dibutakan dengan politik nepotisme yang diamalkan oleh PKR.

Sambil membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, katanya, gejala itu harus dihentikan.


MUBARAK ingatkan Mahathir, Najib adalah PM


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) hari ini meluahkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Menurut presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, Najib seharusnya dibenarkan menjalankan tugasnya dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya membuat kenyataan memberitahu perdana menteri apa yang harus dilakukan.


Dr M dedah bagaimana Najib manipulasi media


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata media arus perdana hanya menyiarkan luahan sokongan ahli Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan tidak akan mendedahkan sebarang protes atau rasa tidak puas hati mereka kepada perdana menteri.

Katanya, sebagai contoh apabila pemimpin Umno dilarang menyoal Najib, perkara itu langsung tidak mendapat liputan.


SPRM elak soalan siasat gaya hidup mewah Najib-Rosmah


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed enggan menjawab soalan wartawan apabila diajukan soalan berhubung dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat 'bercakap' mengenai gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Semalam, Dr Mahathir mempersoalkan kedudukan kewangan Najib yang mampu membawa kira-kira 300 orang ke Kazakhstan bagi menghadiri perkahwinan anaknya.


GST: Kalau tak mansuh, kurangkan jadi 2.5%, kata PAS


Ketua Penerangan Majlis Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Khairuddin Aman Razali mencadangkan kepada kerajaan agar menurunkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 6 peratus kepada 2.5 peratus sekiranya tidak berhajat memansuhkannya.

Katanya, cukai yang zalim itu, bukan satu keperluan untuk membangunkan ekonomi negara kerana pendapatan hasil daripada petroleum sudah mencukupi untuk membiayai kos urus tadbir negara,


Menteri: Tiada tindakan bagi isteri VIP bekal pil ‘terlarang’


Menteri Kebudayaan dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tiada tindakan akan diambil ke atas isteri seorang “lelaki amat berpengaruh” yang memberi ubatan herba kepada pemain badminton negara Lee Chong Wei sehingga beliau digantung lapan bulan.

Katanya, apa yang berlaku itu adalah tidak disengajakan kerana individu itu tidak berniat memberi pil cordyseps yang mengandungi dexamethasone kepada Lee.


PAS mahu serah buku hudud kepada DAP, PKR


PAS sedia mempertimbangkan idea untuk menyerahkan buku `Pelaksanaan Hudud Di Malaysia: Satu Analisis’ terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada rakan sekutunya PKR dan DAP supaya mereka lebih memahami hukuman Islam itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Khairuddin Aman Razali berkata walaupun buku itu milik Yadim, namun ia boleh dijadikan sebagai pandangan rasmi PAS, Insya-Allah.


Dr M: Ada lebih layak dari Muhyiddin jadi PM, tapi...


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa ada lebih ramai lagi pemimpin di dalam Umno yang layak menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin.

Namun katanya, lebih baik bagi Muhyidin yang menggantikan Najib kerana sudah menjadi tradisi di dalam Umno untuk timbalan mengambil alih tempat perdana menteri.


Kaji semula GST, rakyat kini berang, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejakn 1 April lalu tanpa melihat kesan atau impaknya kepada rakyat.

Katanya, berbeza dengan isu seperti syarikat pelaburan negara 1MDB yang kehilangan dana RM42 bilion, rakyat hari ini berang dan tidak berpuas hati dengan GST kerana sistem pencukaian itu memberi kesan ke atas mereka secara langsung.


Umno tak perlu bantuan saya di Pmtg Pauh, kata Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno/ BN tidak memerlukan bantuannya pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada 7 Mei.

Bagaimanapun, katanya, beliau berpandangan BN berpeluang merampas kubu kuat pembangkang berikutan perselisihan berhubung isu hudud yang melanda Pakatan Rakyat.


Korban gempa Nepal 5,500 orang


Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Nepal Sabtu lalu mencecah 5,500 orang. 

Setakat ini, 5,489 disahkan maut sementara sekurang-kurangnya 100 orang juga dipercayai terbunuh di beberapa negara jiran, termasuk India dan China.

Berikut visual yang dirakam dari helikopter tentera India di sekitar lembah Gorkha, anntara kawasan paling terjejas akibat gegaran kuat itu.


Darurat di Baltimore, ribuan tunjuk perasaan


Ribuan penunjuk perasaan terdiri golongan muda berarak di tengah bandaraya Baltimore serta di New York bagi menuntut keadilan kepada seorang lelaki berkulit hitam, Freddie Gray yang mati dengan kecederaan teruk ketika dalam tahanan polis. 

Ini susulan pada Isnin lalu apabila masyarakat kulit hitam dan berkulit putih merusuh bermula di stesen kereta api utama Baltimore sehingga ia berlarutan, termasuk memecah masuk kedai serta membakar bangunan.


Lapangan terbang Sanaa rosak dibedil


Pesawat pejuang tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi mengebom lapangan terbang Sanaa di Yemen dan bandar Hodeidah, bagi menghalang pesawat Iran menghantar bekalan senjata kepada pemberontak Houthi, menyebabkan 30 orang terkorban.

Pemberontak Houthi dilaporkan enggan mematuhi resoulsi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan pertempuran di Yemen, yang disifatkan Pertubuhan Palang Merah sebagai malapetaka kemanusiaan.


Laluan pendakian Everest sebelah Tibet ditutup


Pihak berkuasa China menutup semua laluan mendaki Gunung Everest di sebelah Tibet untuk sepanjang musim luruh ini.

Ia berikutan gempa bumi kuat di Nepal pada Sabtu lalu yang dipercayai menyebabkan 25 kematian di Tibet akibat runtuhan salji.

Krew AFP yang berada di Kem 1 Everest untuk tugasan lain ketika runtuhan salji berlaku sempat merakamkan usaha-usaha menyelamat yang dijalankan.


‘Panggil saya Adenan atau CM, cukuplah’


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu orang ramai tidak lagi merujuk beliau sebagai “ketua menteri yang dikasihi” kerana perkataan itu, katanya, khusus untuk ahli keluarganya.



Pada penggulungan sidang DUN Sarawak di Kuching, semalam, katanya beliau juga tidak mahu dirujuk sebagai “Yang Amat Berhormat Tan Sri Dr Adenan Haji Satem” tetapi memadai sekadar CM atau lebih molek lagi sebagai Adenan.



Adenan juga mengingatkan pelbagai pihak agar tidak menyiarkan iklan di akhbar bagi mengucapkan selamat hari jadi atau ulangtahun kepadanya dan menasihatakan mereka agar menderma wang berkenaan kepada kebajikan.





Terpaksa minum air kencing untuk terus hidup


Seorang lelaki terpaksa meminum air kencingnya sendiri setelah terperangkap dalam runtuhan selama empat hari. Rishi Khanal yang diselamatkan pasukan penyelamat perancis juga terpaksa menahan bau busuk akibat mayat- mayat yang mereput di sebelahnya.


PRK Rompin: BN cari jalan jaga kebajikan rakyat


Semasa berucap di majlis majlis pemimpin bersama rakyat di Dataran Rompin, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. Katanya, kebajikan rakyat termasuk usaha menangani peningkatan kos sara hidup menjadi perkara pokok dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, BN, dahulu sehingga kini.


Tiada bayaran dikenakan di tol Jambatan Igan, Sarawak


Kerajaan negeri Sarawak memutuskan tidak mengenakan bayaran tol di Jambatan Lanang, Sarawak. Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban rakyat di Sarawak.


Capai tahap kesihatan membanggakan hasil usaha kerajaan


Malaysia berjaya mencapai tahap kesihatan membanggakan hasil usaha kerajaan membina pelbagai kemudahan dan prasarana kesihatan termasuk kemudahan disediakan pihak swasta. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sanggup menanggung kos yang tinggi untuk menyediakan semua kemudahan tersebut dan ia turut sama ditampung pihak swasta dan badan bukan kerajaan, NGO.


Asean komited wujud komuniti serantau


Agenda Awani: Asean komited wujud komuniti serantau.



Analisis Awani: Cabaran penulis muda


Analisis Awani: Cabaran penulis muda.


Elizabeth Tan sasar single kedua Mei ini


Elizabeth Tan bakal muncul single yang ke-2 Mei ini dan lebih berminat berlakon daripada menyanyi.


'Pilot Cafe' satu pakej lengkap - Sharad Sharan


Sambutan positif 'Pilot Cafe' adalah hasil gabungan jalan cerita dan juga lakonan mantap daripada para pelakon.


Siti Saleha terlibat dalam urusniaga saham


Siti Saleha sedang berjinak-jinak main saham dan turut terlibat dalam program yang mengajak orang ramai mengenai trading saham.


Album mini Amelina tidak lama lagi


Album mini Amelina tidak lama lagi.



Rangkuman misi bantuan mangsa gempa bumi di Nepal & Tibet


Rangkuman misi menyelamat mangsa gempa bumi di Nepal oleh beberapa negara dunia lain.


Nepal: Tunjuk perasaan mahu kerajaan lebih cekap hulur bantuan


Sekumpulan penduduk kathmandu mengadakan tunjuk perasaan setelah kecewa dengan kegagalan kerajaan menyediakan bantuan secepat mungkin susulan gempa bermagnitud 7.9 Sabtu lalu.


Liverpool lebarkan rekod tanpa kalah


Terasa seperti hari terakhir Kenny, Rafa dan Gerrard. Itu antara luahan peminat Liverpool selepas semangat Liverpool nampak seakan pudar untuk bangkit semula. Awal pagi tadi Liverpool tumpas 1-0 di tempat lawan kepada Hull City tumpuan terarah kepada pengurus pasukan, Brendan Rodgers.

Satu proses pembelajaran untuk menjadi yang lebih baik


Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa yang penting bagaimana kita bangkit dan membaiki kesilapan. Begitu juga peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid yang menjadikan isu mengenainya yang viral di media sosial sebagai satu proses pembelajaran untuk membaiki diri. Apapun kenyataan yang dibuat orang ramai tidak harus menjadi pembuli siber di internet. Ikuti sebahagian daripada temubual dengan Mawar.


Penganggur diberkas cuba curi kereta imam


Seorang penganggur diberkas ketika cuba melarikan sebuah kereta milik seorang imam disebuah masjid di Kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata kejadian disedari jemaah yang melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran kereta yang terletak di perkarangan masjid itu.


Tahanan berusia 30 tahun diserang sawan


Suasana di lokap mahkamah Alor Setar bertukar panik bila salah seorang daripada tahanan diserang sawan. Lelaki terbabit, berusia 30 tahun ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 11.30 pagi Rabu.


Bapa kepada 5 anak berdepan hukuman mati


Seorang bapa kepada 5 anak berdepan hukuman mati mandatori selepas menghadapi dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dan heroin pada 19 April lalu. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Fazli Ikmal Kamaluddin yang hanya tertunduk dan mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Tuan Mohd Khairul Hafizzuddin Ramli.


Calon BN yakin dapat mandat pengundi Permatang Pauh


Pengalaman pertama kali bertanding dalam pilihan raya tidak menghalang calon Barisan Nasional (BN) turun padang mendekati pengundi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Suhaimi Sabudin, setakat ini bertemu hampir 40 peratus penduduk sekitar parlimen itu demi menjelaskan agendanya membela nasib dan memajukan kawasan itu.


AMK Pulau Pinang wajar mohon maaf kepada Abdul Hadi


Senada dengan Pemuda PAS Pulau Pinang Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob. Ahmad berpendapat AMK Pulau Pinang wajar memohon maaf kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memulihkan kembali hubungan dua parti.


Pusat kumpul bantuan gempa di TUDM Subang


Kementerian Pertahanan membuka pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan ke Nepal. Pusat pengumpulan itu dibuka di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Tudm Subang, di gudang kargo dua.


AirAsia X ikrar bantu mangsa gempa bumi Nepal


Syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah, AirAsia X menawarkan penerbangan percuma bagi membantu misi bantuan pasca gempa bumi di Nepal. Tawaran khas itu terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kemanusiaan, bermula 10 Mei ini.


Warganegara Malaysia selamat di Kathmandu


Selepas terkandas di Lukla, Nepal kerana gagal mendapat penerbangan, rakyat Malaysia Joyce Lee yang menjadi mangsa gempa selamat tiba di Kathmandu petang tadi, Menurutnya penerbangan hari ini nyaris dibatalkan akibat cuaca tidak menentu. Dan di talian ketika ini, Joyce Lee.


AFP patut bertanggungjawab atas Bali Nine


Salah satu isu yang dibangkitkan mengenai penangkapan anggota Bali Sembilan ataupun Bali Nine ialah polis Australia sepatutnya menghalang pergerakan mereka sebelum ke Bali. Senator Lee Rhiannon antara yang berkongsi pendapat polis Australia AFP harus bertanggungjawab atas kematian Andrew Chan dan Myuran Sukumaran.

Penganalisis: Susulan keputusan hukuman mati pesalah dadah


Keputusan Mahkamah Indonesia mengekalkan hukuman mati kepada dua rakyat Australia memberi pelbagai implikasi khususnya melibatkan hubungan dua hala kedua-dua negara, secara tidak langsung kepada persekitaran serantau. Membincangkan mengenai perkara ini di talian, Penganalisis Politik, saudara Amir Fareed Rahim.


Utamakan keselamatan diri sebelum motosikal


Ketua Polis Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latif berkata tidak menjadi kesalahan untuk berhenti di bahu jalan ketika cuaca buruk meskipun terdapat papan tanda larangan memberhentikan kenderaan. Namun penunggang harus berhati-hati dan menjaga keselamatan mereka.


Kawasan teduhan selamat untuk penunggang motosikal


Isu keselamatan penunggang motosikal tidak seharusnya dipandang enteng memandangkan golongan ini sentiasa berdepan risiko tinggi di jalan raya.

Puan Sharifah Allyana Syed Mohamed Rahim, Pemangku Pengarah, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya & Persekitaran (MIROS) bersama kita membincangkan lebih lanjut mengenai kawasan teduhan buat penunggang motosikal.


Penunggang motosikal diminta jangan abai keselamatan


Punca utama kemalangan bukanlah atas faktor prasarana semata-mata. Rata-rata pengguna jalanraya berpendapat, penunggang sendiri perlu peka terhadap keselamatan persekitarannya sebelum mengambil keputusan untuk berhenti di bahu jalan.


Tahap keselamatan penunggang motosikal


Insiden dirempuh kereta sewaktu berteduh di bawah jejambat Sungai Long di kilometer 17.2 lebuhraya Grand Saga ketika hujan dua hari lalu, menyaksikan dua penunggang maut dan empat lagi parah. 

Biarpun rempuhan bukan disengajakan, ia tetap menjadi ancaman kepada penunggang motosikal yang kerap berteduh di lokasi seumpamanya bila hujan lebat.

Astro AWANI terpanggil untuk meninjau lokasi yang kerap menjadi tempat berteduh penunggang motosikal, biarpun hanya di bahu jalan. Ikuti laporan Mahfuzah Atan.


Dua peninju negara tidak sabar beraksi di Sukan SEA


Dua peninju Negara Alnazirul Othman dan Rudy Petrus suara keyakinan tidak sabar beraksi di temasya Sukan SEA di Singapura sekaligus sumbang pingat buat negara.


Nicol tetap ungguli Olahragawati Kebangsaan


Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David cipta sejarah tersendiri apabila dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan buat kali ke-10 pada Majlis Anugerah Sukan Negara, ASN 2014.


Warta Perdana, 29 April: Orang tak tahu apa Ahmad Maslan cakap, kata Dr M


Paparan Warta Perdana, Rabu, 29 April - Dr Mahathir mendedahkan bahawa ‘orang cerita bunga Najib-Rosmah saja RM3 juta' dan pemain badminton negara Lee Chong Wei akui isteri seorang “lelaki amat berpengaruh” memberinya ubatan herba terlarang.


Penyampai: Prasadh Michael
Penyunting Visual: Azudin Hidzir
Pengarah Studio: Daniel Anthony


Selain Dr M, mufti, pensyarah dalam senarai tak faham GST


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengulangi kenyataannya bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang pernah menjadi menteri kewangan semasa negara menghadapi 'krisis ekonomi' tidak faham mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Selain Mahathir, beliau juga menamakan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pensyarah kanan UKM Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusoff juga sebagai golongan yang tidak faham mengenai GST.


Kalau tak kaya, macam mana bawa 300 tetamu ke Kazakh?


Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kedudukan kewangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mampu membawa kira-kira 300 orang ke Kazakhstan bagi menghadiri perkahwinan anaknya.

Katanya, ketika menjadi perdana menteri gajinya berjumlah RM20,000 sebulan tetapi tidak mampu berbelanja seperti apa yang dilakukan oleh Najib.


Dah lama pujuk Najib tapi tak berkesan, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah berkali-kali menasihat idan memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cara pentadbiran negara tetapi tidak berkesan langsung.


Katanya, lebih teruk apabila tiba pilihan raya, BN mencatatkan prestasi buruk.


Mahathir tak dengar ucapan, ingatkan Najib bayar hutang


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mendengar ucapan Datuk Seri Najib Razak malam semalam, yang antaranya menegaskan tidak akan mengalah terhadap asakan padanya.

Namun, beliau mengingatkan Najib bahawa agenda kerajaan adalah membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kini berjumlah RM42 bilion.

'Pakatan pecah, Umno boleh menang di Rompin, Pmtg Pauh'


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Umno/BN berpeluang menang di kedua-dua kerusi parlimen Permatang Pauh dan Rompin.

Menurutnya, keyakinannya itu bukan kerana Umno adalah kuat tetapi kerana parti-parti komponen Pakatan Rakyat berpecah-belah.


Ahmad Maslan nafi ada larangan bercakap GST


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menafikan dakwaan bahawa Umno telah memberi amaran kepadanya untuk berhenti memberi penerangan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, pihak pembangkang takut berdepan dengannya dan akan menang jika beliau berhenti bercakap mengenai cukai itu.


Wednesday, April 29, 2015

Orang tak tahu apa Ahmad Maslan cakap, kata Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad menepelak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa dirinya tidak faham berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 1 April lalu.

Bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan di Institut German - Malaysia di Kajang, katanya, walaupun bertanggungjawab “menjaga’ kewangan, namun apabila Ahmad Maslan bercakap “orang tidak tahu apa” yang diperkatankannya.


'Orang cerita bunga Najib-Rosmah saja RM3 juta'


Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau 'membidas' isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor dalam tulisan blognya.

Sebaliknya, kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya mempersoalkan gaya hidup mewah mereka seperti contoh ada pihak yang mendakwa bunga bagi majlis perkahwinan anak Najib-Rosmah bernilai RM3 juta.


Dr Mahathir tak akan hadir himpunan #BatalGST


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan menyertai himpunan #BatalGST pada 1 Mei ini walaupun dirinya mencadangkan supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Katanya, yang menjadi masalah dengan GST ialah mereka yang melaksanakan sistem itu sendiri tidak faham mengenai cukai berkenaan.


Penduduk desak k'jaan tutup kilang sisa toksik di Sendayan


Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong hari ini menyerahkan satu memoradum bersama 13,131 tandatangan rakyat Negeri Sembilan yang menuntut Kementeri Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya menutup sebuah kilang memproses sisa toksik di Sendayan.

Katanya, kilang itu terlalu dekat dengan kawasan perumahan dan sejak kebelakangan ini ramai penduduk yang mengadu sakit kulit dan sesak nafas akibat pencemaran udara.


PKR cabar Muhyiddin tegur PM kerana kerap di luar negara


Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berani menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana terlalu kerap menghabiskan masa di luar negara.

Mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak mempunyai masa ‘menjaga’ kerusi parlimen Permatang Pauh kerana beliau juga adalah ADUN Kajang, katanya, Najib jauh mempunyai lebih tugas tetapi kerap di luar negara.


Polis: Abang IGP tak buat salah di demo anti-salib


Abang Ketua Polis Negara Datuk Abdulah Abu Bakar dilaporkan bebas daripada sebarang tindakan undang-undang kerana menyertai protes di luar sebuah gereja di Taman Medan pada 19 April lalu.

Memetik kenyataan Ketua Polis Petaling Jaya Azmi Abu Kassim, akhbar Sin Chew Daily melaporkan, keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan awal dijalankan pihak berkuasa.


Isteri VIP beri Chong Wei pil ‘terlarang’


Isteri kepada seorang “lelaki amat berpengaruh” dilapor memberi ubatan herba kepada pemain badminton negara Lee Chong Wei yang menjadi punca beliau digantung lapan bulan.

Menurut Reuters, laporan 12 halaman Persekutuan Badminton Dunia (BMF), bahan dikenali sebagai cordyseps itu diperoleh daripada sebuah kedai di Kuala Lumpur.


Banduan Australia kahwin sebelum dihukum tembak


Hari-hari terakhir buat satu daripada dua banduan warga Australia yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan dadah, digunakan sebaik-baiknya apabila seorang daripada mereka dilapor sempat berkahwin dengan tunangnya di penjara Pulau Nusakambangan, semalam.

Menurut Mail Online, Andrew Chan yang menjalani hukuman tembak awal pagi ini bersama tujuh banduan lain, sempat mengahwini teman wanitanya, Febyanti Herewila di dalam sebuah gereja kecil di penjara itu dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.



Korban gempa Nepal naik lebih 5,000 orang


Korban gempa bumi kuat 7.9 skala Richter di Nepal pada Sabtu lalu terus meningkat dan dipercayai 5,000 orang.

Angka kecederaan pula naik menjadi lebih 8,000 orang dan dipercayai angka ini akan semakin meningkat.



Kedudukan Kathmandu berubah, ketinggian Everest kekal


Gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter yang melanda Nepal pada hujung minggu lalu, mengubah kedudukan Kathmandu sebanyak beberapa meter ke arah selatan.

Namun ketinggian Gunung Everest tidak berubah, ketika jumlah kematian akibat bencana alam itu meningkat melebihi 5,057 orang.

Menurut data awal seismologi, kedudukan tanah di bawah Kathmandu mungkin bergerak kira-kira tiga meter ke arah selatan.



Anjing pengesan terbabit dalam operasi menyelamat


Pasukan antarabangsa yang tiba di Kathmandu tidak membuang masa menjalankan tugas masing-masing dengan mengarahkan anjing-anjing pengesan dan penyelamat mencari mangsa yang tersepit di celah runtuhan bangunan.

Setakat ini, tidak kurang 5,000 mangsa dilaporkan terbunuh dengan jumlah yang cedera terus dilaporkan meningkat setiap hari.





Indonesia tembak mati tujuh pesalah dadah


Pihak berkuasa Indonesia melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh pesalah dadah, termasuk dua rakyat Australia oleh skuad penembak khas meskipun mencetuskan kemarahan dan tentangan antarabangsa. 

Tujuh yang dihukum mati itu termasuk seorang pesalah lelaki tempatan yang menjalani hukuman selepas tengah malam di sebuah penjara yang berciri keselamatan tinggi.

Australia hari ini bertindakbalas dengan memanggil balik dutanya ke Indonesia selepas dua rakyat negara itu, Myuran Sukumaran dan Andrew Chan, menjalani hukuman mati berkenaan.



Visual dramatik tanah runtuh selepas gempa Tibet


Visual amateur memaparkan orang ramai bertempiaran lari mencari perlindungan semasa tanah runtuh di Tibet akibat gempa bumi yang melanda Nepal.



Visual dramatik tanah runtuh selepas gempa Tibet


Visual amateur memaparkan orang ramai bertempiaran lari mencari perlindungan semasa tanah runtuh di Tibet akibat gempa bumi yang melanda Nepal.





Najib: Perahu dikayuh ke tengah, tak boleh bersurut pulang


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.



Katanya beliau akan tetap istiqamah berjuang demi rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, jemaah menteri dan anggota pentadbiran.



Memetik seruan hikmat Bugis, beliau berkata apabila perahu dikayuh ke tengah, ia tidak boleh “bersurut pulang”.





Pemuda PAS P Pinang tarik boikot p'raya Pmtg Pauh


Pemuda PAS Pulau Pinang mengubah pendirian dan hari ini mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat pada kempen pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh. 



Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naib timbalannya. Khairil Nizam Khirudin, malam semalam.





Mahathir ingatkan, rakyat beri kita kuasa - bahagian II


Tun Dr Mahathir Mohamad pada forum “Bicara Negarawan” di sebuah kelab di Taman Melawati, Selangor Sabtu lalu mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kuasa yang dinikmatin datangnya daripada rakyat.



Justeru, katanya, kuasa itu harus digunakan untuk membuat sesuatu yang baik untuk rakyat dan bukan untuk disalah-gunakan untuk kepentingan pemimpin semata-mata.



Tuesday, April 28, 2015

BN: Kajang pun terabai, Kak Wan


Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi wakil rakyat Permatang Pauh memandangkan DUN Kajang sendiri yang disandangnya terabai, kata

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Justeru, beliau yang juga adalah timbalan pengerusi BN menasihatkan pengundi Permatang Pauh supaya bijak memilih wakil rakyat mereka.





Tinjauan dapati Najib memang 'hilang' di Pmtg Pauh


Walaupun bahang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin terasa, namun ketiadaan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghiasai poster BN seperti lazimnya menjadi misteri.



Bagi PKR, perkembangan itu ada kaitan dengan kritikan keras Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Najib berhubung kehilangan dana RM42 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Tinjauan Kinitv memang mendapati ketiadaan sebarang gambar Najib di sekitar Permatang Pauh.





Warta Perdana, 28 April: Cuma Hadi boleh nasihat 'budak' PAS


Paparan Warta Perdana Selasa, 28 April: - Hanipa Maidin mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun sendiri ke Permatang Pauh membantu Pakatan Rakyat , polis hari ini menahan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan giliran Abdullah mahu Najib jawab Dr Mahathir.



Penyampai: Mohd Haizal Yatiran

Penyunting Visual: Azudin Hidzir

Pengarah Studio: Sam Oi Tian Ping



Pengalaman yang menakutkan berdepan gempa bumi


Menakutkan dan trauma.



Itu pengalaman antara dua rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Nepal, pada Sabtu.



Pengalaman itu dikongsikan mereka sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur II, (KLIA II).





"Buat kerja masing-masing sudah lah" - Pak Lah


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kritikan demi kritikan yang berlaku dalam landskap politik negara termasuk pentadbiran kerajaan kini tidak akan membawa apa-apa kebaikan.





Pengalaman gempa di Nepal - Joyce lee


Joyce lee, warga Malaysia di Nepal menceritakan pengalamannya semasa gempa bumi di Nepal.





Sidang Kemuncak BIMP-EAGA ke-11, IMT-GT bermula


Sidang Kemuncak ke-11 Kawasan Pertumbuhan Timur Asean Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak ke-9 Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).





Rakyat Malaysia selamat tiba dari Nepal


Menakutkan dan trauma.



Itu pengalaman antara dua rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Nepal, pada Sabtu.



Walaupun panik, mereka tetap membantu menyelamatkan mangsa-mangsa gempa yang terperangkap di dalam hotel penginapan mereka di Kathmandu.



The Boh Cameronian Arts Awards 2015


Boh Cameronian Awards 2015 berlangsung di Sunway bertemakan 80-an.



Majlis cukur jambul anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia


Majlis cukur jambul anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia.





Pelakon Wanita Terbaik Boh Cameronian Arts Awards 2015


Nadia Aqilah dan Ameera Ramlee memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalm Boh Cameronian Awards 2015.



Syameel Aqmal juara SuERA


Syameel Aqmal menjuarai pertandingan nyanyian SuERA anjuran Era.fm dan membawa pulang RM10,000.





Harta Shuib Sepahtu


Segmen Harta Dalam Stor Hlive bersama Shuib Sepahtu.





Kejohanan One Silat revolusi seni baru mempertahankan diri


Arena sukan silat negara bakal saksikan satu revolusi baru buat seni mempertahankan diri itu menerusi Kejohanan One Silat.





Mike Morgan melaksanakan tugas cemerlang


“Mike Morgan melaksanakan tugas cemerlang”. 

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memuji kebijak-sanaan peguam sukan terkenal itu mengendalikan kes Chong Wei walaupun terpaksa membayar yuran guaman ratusan ribu ringgit.





Reviu Negeri Sembilan vs JDT 2


Jurulatih JDT 2, Goran Paulic akur dengan kekalahan 1-2 pasukannya ke atas Negeri Sembilan apabila 6 dari pemain utamanya tidak dapat beraksi hingga menjejaskan keseluruhan perancangan pasukannya.





DPMMKL perkenal khidmat sewa kenderaan


Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) melancarkan perkhimatan sewa kenderaan membabitkan kereta mewah,van dan kenderaan pancuan 4 roda bagi menjana pendapatan tambahan kepada DPMMKL.



Biarpun baru diperkenal, khidmat berkenaan telah menerima tempahan daripada pengusaha industri perhotelan sekitar Lembah Klang.





Pengurusan sisa kumbahan di Pulau Tioman


Program pengosongan tangki septik atau palong di Kampung Tekek, Pulau Tioman dilihat sebagai permulaan yang baik ke arah mewujudkan sistem pengurusan sisa kumbahan bersistematik di pulau itu.



Program yang pertama kali diperkenalkan itu, bermatlamat membersihkan tangki septik atau palong, bagi mengelak sisa kumbahan mencemarkan alam sekitar.





Dusun Buku jadi sumber ilmu


Kecenderungan untuk membeli, membaca dan mengumpul buku sebagai sumber ilmu mendorong seorang pesara guru mewujudkan perpustakaan persendirian yang dinamakan 'Dusun Buku'.



Bermula sejak lima tahun lalu,dusun buku mengumpulkan lebih lapan ribu tajuk buku termasuk sumbangan perpustakaan awam dan orang ramai.



74,909 syarikat wajib hantar penyata akaun GST 1 Mei


58,773 syarikat perlu mengemukakan penyata akaun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula Jumaat ini hingga 31 Mei.



Ia merupakan sebahagian daripada 74,909 syarikat yang merekodkan pendapatan bercukai melebihi 5 juta ringgit sebulan.



Gempa bumi: Angka korban gempa bumi cecah 4,000 orang


Perkembangan gempa bumi Nepal.



Pihak berkuasa Nepal mengesahkan angka terkini korban telah melebihi 4,000 orang.




ASEAN menerima pakai Deklarasi Kuala Lumpur


Asean menerima pakai ‘Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean Berorientasikan Rakyat, Asean Berpaksikan Rakyat’ apabila Sidang Kemuncak Asean ke-26 yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menutup tirai di Pusat Konvesyen Antarabangsa Langkawi, Langkawi, Kedah malam tadi.



Anwar hilang kelayakan mengundi


Bekas penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ketua umum Parti Keadilan Rakyat itu hilang kelayakan untuk mengundi berdasarkan perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan.



'Muka calon lebih penting dari Najib'


Pengarah pilihan raya BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gambar calon yang bertanding lebih penting berbanding gambar perdana menteri semasa pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.



Muhyiddin berkata, bukan sahaja gambar Datuk Seri Najib Razak tidak diletakkan di poster dan kain rentang BN, malah gambarnya sendiri pun tidak ada.



Dr M: Orang angkat sepanduk sebab dibayar - bahagian II


Tun Dr Mahathir Mohamad pada forum “Bicara Negarawan” di sebuah kelab di Taman Melawati, Selangor Sabtu lalu membidas kempen menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan membawa pelbagai sepanduk.



Katanya, mereka yang mengangkat sepanduk itu bukannya benar-benar ikhlas tetapi hanya berbuat demikian kerana dibayar.



PKR 'gelisah' Najib 'ghaib' di Permatang Pauh


PKR yang dilanda kemelut akibat pemulauan Pemuda PAS kerana menentang hukum hudud di Kelantan lebih tertarik menjadikan ketiadaan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Permatang Pauh sebagai modal kempen.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR Sim Tze Tsin, tinjauan di seluruh Permatang Pauh mendapati langsung tidak nampak gambar Najib



Kanak-kanak rayu bantuan pulihkan sekolah di Nepal


Antara bangunan yang runtuh akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal, Sabtu lalu adalah sekolah di negara itu.

Bagi pelajar yang selamat, mereka amat mengharapkan jika ada bantuan bagi membina sekolah-sekolah mereka rentetan daripada gempa bumi yang melanda Nepal ini.



'Najib sendiri kena tentukan sama ada perlu berundur'


Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menentukan sama ada dirinya perlu berundur selepas Tun Dr Mahathir Mohamad terus mendedahkan kepincangan pentadbirannya, termasuk 1MDB yang didakwa kehilangan RM42 bilion.

Ditanya wartawan bahawa apa yang berlaku ke atas Najib menyerupai nasibya, sebelum ini, beliau enggan mengulas lanjut dan percaya perdana menteri tahu apa yang mesti dilakukannya.



Pak Lah pula mahu PM jawab bidasan Mahathir


Seorang lagi tokoh negara tampil mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terus berdiam diri terhadap bidasan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Najib perlu memberi reaksi kepada kritikan Dr Mahathir kerana polemik berterusan itu, bukan sahaja membawa keburukan terhadap parti, tetapi juga masyarakat keseluruhannya.



Kematian warga kulit hitam dalam tahanan polis cetus rusuhan


Keganasan meletus di Baltimore apabila raturan perusuh memecah masuk kedai, mencuri barangan dan membakar bangunan serta mencederakan 15 polis selepas pengebumian seorang warga kulit hitam yang mati ketika dalam tahanan polis. 

Rusuhan terjadi hanya beberapa blok daripada majlis pengebumian Freddie Gray, 25 tahun, sebelum merebak hampir ke seluruh bahagian barat Baltimore, sekali gus menjadi antara tunjuk perasaan paling ganas di Amerika.



Houthi bantah serangan udara Arab Saudi di Sanaa


Penduduk di Sanaa dan penyokong pemberontak Houthi Syiah turun ke jalanan bagi membantah serangan udara pihak bersdekutu yang diketuai oleh Arab Saudi.

Sabtu lalu, serangan udara berkenaan menyebabkan sebanyak 90 orang terbunuh di selatan Yemen.

Konflik yang tercetus sejak akhir Mac lalu menyaksikan hampir 1,000 orang terkorban di Yemen.


44 mati akibat banjir, ribut di Pakistan


Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh manakala lebih 200 orang cedera akibat banjir dan ribut di barat laut Peshawar, Pakistan. 

Hujan lebat berserta ribut yang berkelajuan 75 km/jam bukan saja mengakibatkan banjir tetapi menyebabkan banyak bangunan runtuh selain pokok tumbang.

Kejadian yang dianggap sebagai luar biasa itu menyebabkan ramai penduduk terkejut serta tidak sempat mendapatkan perlindungan.



Guru sekolah Colombia protes tuntut lebih gaji


Ribuan guru sekolah kerajaan dari seluruh Colombia turun ke jalanan di Bogota buat hari keenam bagi menuntut gaji yang lebih baik.

Kerajaan sebelum ini menolak tuntutan mereka dan hanya bersedia berunding bagi meningkatkan sistem pendidikan di negara itu.


Lapan juta orang terjejas akibat gempa Nepal - PBB


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekurang-kurangnyab lapan juta orang terjejas akibat gempa kuat yang menggegar Nepal Sabtu lalu.

Justeru, kata badan dunia itu, wujud keperluan mendesak untuk barangan keperluan termasuk selimut, air bersih, sabun dan ubat.

Gempa bumi pada 7.9 skala Richter pada tengah hari Sabtu lalu menyebabkan bangunan dan rumah-rumah di Kathmandu runtuh manakala angka korban hingga kini sudah mencecah hampir 4,000 dan 6,000 cedera.



Lebih ramai pasukan antarabangsa tiba di Kathmandu


Jumlah pasukan bantuan antarabangsa mula mencurah di Kathmandu yang hampir lumpuh digegarkan gempa bumi kuat Sabtu lalu.

Mereka turut membawa peralatan canggih dan anjing pengesan dalam usaha menyelamatkan mangsa yang mungkin masih hidup walaupun tertimbus dan tersepit di celah runtuhan bangunan.



Krisis kemanusiaan landa mangsa gempa bumi


Ribuan penduduk Nepal yang berlindung di khemah-khemah sementara, dihimpit krisis kemanusiaan yang teruk berikutan gempa bumi kuat Sabtu lalu, yang mengorbankan lebih 3,000 orang dan mencederakan lebih 6,500 yang lain.

Ribuan keluarga, mangsa yang sakit dan warga tua terpaksa ditempatkan di kawasan lapang, selepas rumah mereka ranap akibat gegaran, manakala beribu-ribu penduduk lagi enggan pulang ke rumah masing-masing ekoran bimbang dengan gempa susulan.

Lebih menyedihkan, kebanyakan mangsa hanya menggunakan plastik yang dijadikan sebagai selimut untuk berlindung daripada terkena hujan dan cuaca sejuk, selain terdesak menunggu bantuan.



Runtuhan salji di Everest selepas gempa bumi di Nepal


Gempa bumi kuat yang melanda Nepal pada Sabtu lalu turut menggegarkan Gunung Everest sehingga menyebabkan runtuhan salji di gunung tertinggi dunia itu.

Setakat ini, jumlah kematian di kalangan pendaki dianggarkan sekitar 17 orang tetapi jumlah itu mungkin meningkat kerana dipercayai masih ada yang tertimbus ketika runtuhan salji.


Rakaman CCTV - saat Nepal digegar gempa bumi


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan saat Nepal dilanda gempa kuat berukuran 7.8 pada skala Richter.

Ia juga menunjukkan gambar orang ramai yang bertempiaran lari apabila mula gegaran mula dirasai di tempat awam.


BN janji peruntukan bagi Pmtg Pauh jika diberi mandat


Calon BN untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh Suhaimi Sabudin, menjanjikan peruntukan kerajaan persekutuan di Permatang Pauh sekiranya beliau diberi mandat oleh pegundi untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Katanya, dengan adanya wakil BN, suara rakyat di Permatang Pauh akan didengari oleh kerajaan dalam soal membangunkan kawasan itu.


Pengundi Cina taruh harapan calon BN


Masyarakat Cina khususnya pengundi di Kubang Semang, menaruh harapan tinggi terhadap calon Barisan Nasional pada Pilhanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini. 

Mereka berharap wakil rakyat yang bakal menerajui kawasan itu nanti dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik .


74,909 syarikat wajib mengemukakan penyata akaun GST 1 Mei depan


Sebanyak 74,909 syarikat diminta mengemukakan penyata akaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum Jumaat ini.

58,773 syarikat daripadanya perlu mengemukakan penyata secara bulanan.


Polis perketat kawalan keselamatan di lokasi sasaran


Polis memperketatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi, kerana dipercayai menjadi sasaran serangan militan IS.

Ia susulan penahanan 12 individu pada Ahad, yang merancang menimbulkan huru hara menggunakan bahan letupan buatan sendiri di lokasi tertentu.


Kedai makan disiasat jual makanan harga tinggi


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK Kelantan membuka kertas siasatan ke atas sebuah restoran yang didapati menjual harga makanan dengan harga yang tidak munasabah.

Pengarah KPDNKK Kelantan Datuk Abdul Ghani Harun berkata restoran yang terkenal menjual sup kepala ikan di Jalan Kuala Besar itu disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


Monday, April 27, 2015

PRK Permatang Pauh: Polis buka tiga kertas siasatan


Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh sejak tiga hari lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 15 laporan berhubung pelbagai dakwaan salah laku.

Salah laku terbabit termasuk kesalahan mengadakan ceramah tanpa permit.

Jurucakap polis bagi PRK Permatang Pauh, ACP Azmi Adam berkata, polis sudah membuka tiga kertas siasatan berhubung kesalahan ceramah tanpa permit melibatkan Parti Keadilan Rakyat(PKR).



Nasihat Stephen Hawking untuk peminat Zayn Malik


Ahli fizik terkemuka, Stephen Hawking, muncul secara 3D dalam satu konvensyen di Sydney Opera House, Australia malam Sabtu lalu.

Profesor itu dijemput untuk bercakap tentang misteri alam semesta, penyakit ALS yang dideritainya dan masa depan bumi.


Perkembangan semasa warga Malaysia di Nepal


Sementara itu, kuasa usaha sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah memaklumkan pesawat TUDM C-130 hanya akan membawa pulang 110 penumpang ke Kuala Lumpur.

Keutamaan akan diberikan kepada warga Malaysia yang cedera, wanita, kanak kanak dan warga emas.

Di talian adalah , Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah.



Gempa Nepal: Cabaran UNICEF salur bantuan


Sementara itu, faktor geografi menyukarkan proses penyaluran bantuan kepada mangsa bencana.

Selain itu, tabung kanak-kanak pertubuhan bangsa bersatu UNICEF mengakui keadaan semakin kritikal.


Gempa Nepal: Reaksi selebriti di laman sosial


Korban mangsa gempa bumi di Nepal terus meningkat kepada 3,218 orang.

Laman sosial menjadi medan reaksi para selebriti terhadap bencana itu


Sidang Kemuncak Asean Ke-26 dari KL ke Langkawi


Sidang Kemuncak Asean Ke-26 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC, berakhir petang tadi dengan sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum tumpuan beralih ke Langkawi bagi program Pemukiman Ketua-Ketua Negara Asean.

Pada sidang media itu, Najib secara keseluruhannya menyifatkan sidang kemuncak itu sebagai positif, di sebalik kumpulan 10 negara anggota itu mempunyai perbezaan.

Beliau turut gembira dengan kehadiran ratusan wakil media tempatan dan asing untuk mempunyat liputan sidang kemuncak berkenaan.

Laporan lanjut sidang kemuncak itu kita akan bersama rakan setugas Asyraf Hasnan di KLCC dan Hafiz Marzukhi yang membuat liputan program pemukiman di Langkawi.


Cabaran pelaksanaan AEC


Dalam pada itu cadangan pembentukan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) menjelang hujung tahun ini menimbulkan kebimbangan mengenai kesan pasaran terbuka itu terhadap perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Antaranya, cabaran terpaksa dihadapi golongan itu mendepani saingan di peringkat Asean.

Namun Setiausaha Agung, Majlis Penasihat Perniagaan Asean, Syed Nabil Aljefri, percaya, jika cabaran dan halangan dapat ditangani dengan baik, komuniti ekonomi itu mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat, ekonomi negara dan rantau Asean secara keseluruhan.


Mengancam kestabilan Asean tiada manfaat kepada China


Sebarang cubaan untuk menjejaskan kestabilan rantau Asean terutama di kawasan Laut China Selatan tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbincangan secara membina antara Asean dan China merupakan jalan terbaik yang memberi harapan cerah kepada rantau ini.


Warta Perdana, 27 April: PAS saran usul undi tak percaya ke atas PM


Antara paparan Warta Perdana Isnin, 27 April - PAS saran kemuka usul undi tak percaya terhadap PM, Chong Wei hanya digantung 8 bulan; tamat Khamis ini dan korban gempa Nepal naik kepada 3,218 orang.


Penyampai: Prasadh Michael
Penyuntung: Azudin Hidzir
Pengarah Studio: Daniel Anthony


Rahsia Samy Vellu menang p'raya: Senyum walau ditampar


Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Velu ketika ditanya rahsia beliau berjaya memegang kerusi parlimen Sungai Siput selama 35 tahun berkata setiap calon mesti sentiasa tersenyum walaupun mereka ditampar dan sedia meminum kopi dengan pengundi.

Bagaimanapun apabila ditanya siapa bakal menang di pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei ini, beliau memberikan jawapan secara tidak langsung.


Bersemuka, bukan serang Najib, kata Samy Vellu


Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bersemuka dengan Datuk Seri Najib Razak dan bukannya menyerang perdana menteri secara terbuka.

Katanya, Najib adalah seorang pemimpin baik hati yang mudah dibawa berbincang.


Suarakini: Memang ada pembangunan di Pmtg Pauh


Walaupun Umno mendakwa kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak membawa pembangunan ketara kepada Permatang Pauh, ramai penduduk yang ditemui tidak menganggap ia sebagai isu yang tidak penting dalam menentukan undi mereka.

Bagi mereka, pembangunan insaniah dan perjuangan membela nasib rakyat daripada dasar-dasar yang mencengkam adalah lebih utama.


Kuasa tak terhad jadikan pemimpin korup - bahagian I


Tun Dr Mahathir Mohamad pada forum “Bicara Negarawan” di Taman Melawati, Selangor Sabtu lalu mengingatkan bahawa kuasa tidak terhad menjadikan pemimpin korup.

Oleh itu, katanya, ketika berkuasa, pemimpin perlu sentiasa beringat bahawa jika tidak berhati-hati mereka mungkin menyalah-gunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat itu.


‘Ahmad Maslan lebih bijak dari Mahathir’


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menempelak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Secara sinis, katanya, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menyerahkan tugas bagi menjawab segala kritikan rakyat mengenai GST kerana beliau lebih bijak berbanding Mahathir yang mahu sistem cukai baru itu dihentikan.


Umno bakal berdepan tsunami Melayu, kata Zam


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menjangkakan Umno bakal berdepan dengan 'tsunami Melayu' setelah dikecewakan pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, perkembangan itu berdasarkan rungutan pengundi termasuk dasar-dasar pentadbiran kerajaan, seperti perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menimbulkan kemarahan orang Melayu.


Pengundi rindu kepulangan saya sebagai MP, kata Azizah


Presiden PKR yang juga calon kerusi parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendakwa pengundi sudah bosan dengan dirinya.

Sebaliknya, kata beliau, Chew sepatutnya berbangga dengan pencapaian beliau sebagai wanita pertama menjadi pemimpin pembangkang.


Pesta ‘gay’ tuntut pengiktirafan perkahwinan sesama jantina


Lebih 3,000 orang berarak dalam pesta ‘gay’ di Tokyo sambil mendesak kerajaan mengiktiraf perkahwinan sesama jantina.

Mereka turut meraikan perkahwinan pasangan ‘lesbian’ secara simbolik.


Kes qazaf Anwar: Mahkamah benar peguam tarik diri


Mahamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur menerima penarikan diri ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keputusan sebulat suara itu, hakim Datuk Mahammad Ibrahim menerima permohonan bertulis Zainul Rizal bertarikh 11 Oktober 2012.

Bagaimanapun beliau menetapkan Zainul Rijal dan Anwar membayar kos berkenaan.


Ikan pari seberat satu tan ditangkap di Peru


Seekor ikan pari seberat satu tan dan selebar 8 meter berjaya ditangkap oleh nelayan di perairan Tumbes, Peru.

Ikan itu ditangkap secara tidak sengaja apabila tiga nelayan berkenaan membiarkan jaring tergantung dari bot semasa mereka tidur.


Gegaran susulan burukkan keadaan di Nepal


Satu gegaran susulan sekuat 6.7 pada skala Richter melanda Kathmandu semalam, sekali gus memburukkan usaha mencari dan menyelamat ketika angka kematian daripada bencana gempa bumi semalam mencecah lebih 3,200 orang.

Gegaran susulan kuat itu yang boleh dirasai sehingga Delhi, India, mencetuskan runtuhan salji terbaharu yang melanda Kem Satu di Gunung Everest, namun setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan.


Persemadian beramai-ramai untuk mangsa gempa bumi


Upacara persemadian beramai-ramai diadakan di Kathmandu bagi mangsa gempa bumi bagi mengelakan jasad mangsa menjadi reput dan menyebabkan berlakunya wabak.

Hampir di seluruh ibu kota ini, mangsa yang keletihan dan kebingungan selepas gempa memusnahkan rumah dan keluarga mereka.


Korban gempa Nepal naik kepada 3,218 orang


Korban gempa bumi kuat 7.9 skala Richter di Nepal pada Sabtu meningkat kepada 3,218 orang manakala 6,538 lagi cedera.

Jumlah korban sebelum ini dilaporkan pada 2,430. Kira-kira 90 orang juga dipercayai terbunuh di beberapa negara jiran termasuk India dan China.


Mangsa gempa Nepal terdesak, bantuan lambat disalur


Ribuan warga Nepal yang terdesak selepas gempa kuat 7.9 pada skala Richter Sabtu lalu yang menyebabkan hampir 2,500 orang terbunuh, terpaksa tinggal di jalan dan tempat terbuka kerana tiada tempat berlindung.

Kumpulan yang terselamat tidak berani tinggal dalam rumah kerana bimbang dengan gempa susulan yang boleh terjadi bila-bila masa manakala pasukan bantuan yang agak lambat menghulurkan bantuan menyebabkan mangsa tiada pilihan selain tidur di kawasan terbuka.


PKR cadang pohon benar Anwar mengundi


PKR mempertimbangan cadangan memohon supaya ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan untuk mengundi pada pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Bagaiamanpun kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, belum ada permohonan rasmi dibuat kerana pihaknya perlu menyemak dahulu status banduan dan undang-undang pilihan raya.


Kalau teguh, mengapa perlu julang Najib - bahagian III


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menjelaskan hujahnya mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sesuai memimpin negara ini.

Dalam bahagian akhir wawancara yang dirakamkan minggu lalu, beliau mempersoalkan tindakan menyatakan sokongan kepada Najib, jika benar kedudukan perdana menteri tidak tergugat dengan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad.


PasMa kerah 1,000 sukarelawan bantu PKR di Pmtg Pauh


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan membantu kempen PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kira-kira 1,000 sukarelawan PasMa akan berkempen memberi penjelasan tentang isu-isu semasa terutamanya isu hudud.


'Najib tak boleh jawap mana hilang dana RM14b 1MDB'


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menjawap soalannya berhubung kehilangan RM14 bilion dana syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, dana yang hilang serta hutang terkumpul syarikat itu bukan kecil jumlahnya dan sekiranya Najib tidak dihentikan, negara akan hilang lebih banyak wang.


Ikut tradisi Umno, Muhyiddin patut ganti Najib, kata Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mengikut tradisi Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti dan perdana mkenteri.

Katanya, beliau yakin Muhyiddin akan berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan sama yang dilakukan oleh Najib. Beliau percaya Muhyiddin menyedai beliau akan berdepan dengan laluan yang sama sekiranya mengulangi apa yang Najib lakukan.

Mahathir: Saya patut terus jadi PM


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada kalanya beliau terfikir bahawa dirinya patut meneruskan tugas sebagai perdana menteri bagi membetulkan perkara yang tidak betul.

Walaupun, sedih dengan keadaan negara hari ini, katanya, masa beliau sudah berlalu tetapi bersedia untuk memberikan pendapat berhubung isu-isu negara.



Saranan Dr M batalkan GST dapat sambutan gemuruh


Saranan Tun Dr Mahathir Mohamad pada forum “Bicara Negarawan” di Kelab K, Taman Melawati, Selangor pagi tadi, supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan 1 April lalu, mendapat sambutan gemuruh daripada lebih 500 orang yang mkenghadirinya.

Katanya, sistem cukai baru itu bukan sahaja mencengkam rakyat tetapi ramai pegawai kerajaan juga tidak memahaminya.


Dr M persoal 'perkhawinan abad ini' anak Najib


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri itu yang berlangsung baru-baru ini.

Berucap pada forum “Bicara Negarawan” di Kelab K, Taman Melawati, Selangor pagi tadi, beliau membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib mengadakan perkahwinan mewah yang dilabel sebagai 'perkahwinan abad ini'.


'Tak boleh kata ok jika orang kita sayangi membunuh'


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau sayang terhadap Datuk Seri Najib dan amat terhutang budi kepada bapanya, Tun Abd Razak hussein kerana melantik dirinya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun berucap pada forum “Bicara Negarawan” di Kelab K, Taman Melawati, Selangor pagi tadi, katanya, kasih sayangnya itu mempunyai batasan.


Empat penjuru: BN, PKR, 2 bebas rebut kerusi Pmtg Pauh


Pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon BN, PKR serta dua calon bebas.

BN diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, manakala PKR diwakili presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Sementara dua calon bebas itu adalah Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.


PKR calon Wan Azizah lagi di Permatang Pauh


Seperti dijangka, PKR mengumumkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Ini bermakna, Wan Azizah bakal bertanding untuk kerusi ini buat kali ketiga.

Timbalan presiden parti, Azmin Ali mengumumkan perkara itu dalam acara di Arena Seberang Perai, Seberang Jaya pada malam tadi.



Kadir bimbang cara Najib urus negara - bahagian II


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menjelaskan beliau masih yakin dengan Malaysia sebagai sebuah negara.

Tetapi dalam bahagian II, wawancaranya dengan Kinitv, katanya yang gagal hari ini adalah kempinan politik yang tidak cekap oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Warta Perdana, 24 April: Portal Umno dakwa pimpinan Pemuda mahu jatuhkan...


Paparan Warta Perdana Jumaat, 24 April - JAKIM minta peserta demo gereja patuhi undang-undang, Malaysia mahu jambatan 'lurus' ganti Tambak Johor dan Apple Watch dijual atas talian hari ini.


Penyampai: Mohd Haizal Yatiran
Penyunting Visual / Pengarah Studio: Azudin Hidzir


Ku Nan saran peserta demo contohi Sabah, Sarawak


Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor mahu peserta demonstrasi tersebut mencontohi masyarakat Sabah dan Sarawak dalam pemupukan perpaduan nasional.

Mengambil contoh gereja Good Shepherd Lutong dan Masjid An-Naim, Miri, katanya,di Sabah dan Sarawak, kedua-dua rumah ibadat berlainan agama itu bukan sahaja terletak bersebelahan tetapi penduduk setempat turut berkongsi kemudan tempat meletak kenderaan.


Umno sedang kenal pasti ahli sertai demo anti-salib


Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor memaklumkan parti itu sedang meneliti nama-nama peserta demonstrasi anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya bagi menentukan jika terdapat ahlinya yang terbabit pada Ahad lalu.

Katanya, penelitian sedang dilakukan oleh pihak ibu pejabat Umno dan berjanji tindakan tegas sekiranya pihak berkuasa mendapati mereka bersalah.


JAKIM setuju bloger bogel didakwa ikut Akta Hasutan


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha menyokong saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya pihak berkuasa bertindak ke atas bloger Alvin Tan yang menghina agama Islam dengan melaungkan azan tanpa berbaju.


Kadir: Mengapa Najib harus berundur? - Bahagian I


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menjelaskan hujahnya mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sesuai memimpin negara ini.

Ikuti wawancara penuh yang dirakamkan minggu lalu yang antaranya, menyentuh mengenai hutang negara pada tahap membimbangkan dan penjualan bon yang berterusan.


Bapa Adam Adli terbunuh dalam kemalangan motosikal


Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, meninggal dunia pagi ini selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu melalui tweet pada jam 7.30 pagi ini.


JAKIM: Tak laksana hudud bukan tolak Islam


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tanpa hukum hudud negara akan menjadi kurang Islam.

Katanya, dalam melaksanakan hudud terdapat takzir di mana ia sudah terdapat dalam enakmen-enakmen jenayah syariah di negara ini.


Protes anti-salib: Pendirian JAKIM sama dengan PM


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan penduduk yang mendesak salib di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling, Jaya, Ahad lalu diturunkan berkata pendiriannya sama dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, perkara itu perlu diselesaikan pada tahap bidang kuasa majlis perbandaran tempatan.


Queen Latifah terbitkan "Brotherly Love"


Filem ‘Brotherly Love’ yang diterbitkan oleh pPenyanyi dan pelakon terkenal Amerika Syarikat Queen Latifah mula ditayangkan hari ini.

Filem itu menceritakan bagaimana seorang pelajar sekolah menengah berdepan dengan kehidupannya di kawasan kejiranan miskin Philadelphia selepas mencipta nama dalam sukan bola keranjang.


Letupan Calbuco, ribuan penduduk Chile bertempiaran


Ruang udara selatan Chile dilitupi awan besar selain kilat dan aliran lava akibat dari letusan gunung berapi Calbuco, yang buat pertama kali meletus sejak lebih 50 tahun tidak aktif.

Hasil letusan kuat itu, kira-kira 5,000 penduduk berhampiran terpaksa berpindah ke tempat selamat.


Demo anti-k’jaan di Guinea, sorang peserta dibunuh


Pihak polis Guinea menembak mati seorang peserta demonstrasi dan mencederakan empat yang lain ketika mereka mengadakan beberapa siri bantahan di beberapa bandar di seluruh negara.

Rakyat di benua Afrika Barat itu membantah gejala rasuah kerajaan dan mendakwa pihak kerajaan cuba menipu dalam jadual pilihan raya.


Korban pertempuran Yemen cecah lebih 1,000 orang


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan angka korban pertempuran di Yemen sejak lewat Mac lalu kini mencecah 1,000 orang, termasuk hampir 50 kanak-kanak.

Menurut agensi kesihatan PBB itu menyatakan, sekurang-kurangnya 1,080 orang terbunuh di negara itu, termasuk 28 wanita manakala 4,352 orang lagi cedera.


Misi selamatkan gajah terbenam dalam lumpur


Puluhan penduduk kampung bersama pihak polis China bertungkus lumus menarik keluar seekor gajah liar yang terperangkap dalam lumpur sedalam lebih daripada satu meter di wilayah Yunnan.

Setelah usaha lebih sejam, gajah dewasa itu berjaya ditarik keluar.


Telur ayam terkecil dunia sebesar syiling 20 sen


Ayam milik Shannon Hayes di Carmarthenshire, England hanya mampu bertelur sebesar duit siling 20 sen.

Telur itu dikatakan tidak mencukupi bagi sajian sarapan gadis berusia 12 tahun itu.

Namun telur dan ayam itu berjaya menempatkan nama Hayes di dalam Guinness Book of Records sebagai pemilik telur paling kecil di dunia dengan ukuran 1.9 sentimeter.


Pelukan mesra IS sebelum pasangan 'gay' direjam batu


Kumpulan militan Negara Islam memaparkan beberapa keping gambar yang memaparkan tindakan mereka merejam batu ke atas dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan ‘gay’ yang bersekedudukan.

Ironinya, kedua-dua mereka pada mulanya dipeluk mesra oleh ahli kumpulan itu.

Ini memberi gambaran seolah-olah, amalan songsang kedua-dua lelaki itu sudah dimaafkan.


Sunday, April 26, 2015

Mahathir: Asking to change a leader is not seditious


Dr Mahathir Mohamad today said Sedition Act should not be used against those who were critical of the government, and even those who called for a change of government.

Instead, he said the act is to prevent people from incidents of hatred such as civil war, and to overthrow the government but unfortunately, it is used for the wrong purpose.

Warta Perdana Khamis, 23 April: RM27 bilion wang 1MDB hilang?


Paparan Warta Perdana Khamis, 23 April - Bersihkan peserta demo anti-salib IGP ditegur , SPRM tak boleh siasat harta PM kerana syak wasangka dan Duta Malaysia akan jumpa akhbar Tempo tegur artikel Najib dan Rosmah


Penyampai: Mohd Haizal Yatiran
Penyunting visual: Azudin Hidzir
Pengarah Studio: Daniel Anthony

Najib tak keseorangan, Dr M ucap selamat maju jaya


Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi tadi bahawa dirinya tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, mengucapkan selamat maju jaya dan berharap beliau akan bahagia.

Mahathir juga menjelaskan tiada keperluan bagi dirinya berjumpa dengan Najib kerana sebelum ini mereka sudahpun berjumpa.


MB S'gor tak mau insiden demo anti-salib berulang


Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali mahu semua pihak memastikan protes menuntut sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya menrunkan salib tidak berulang.

Katanya, kerajaan negeri Selangor komited menjaga semua agama dan hak golongan minoriti serta meminta pihak polis bertindak lebih tegas ke atas kumpulan yang cuba mencetuskan huru-hara.


Azmin: PKR akan selesai isu 'fatwa' dengan muafakat


PKR hari ini bersikap tenang terhadap kenyataan presiden PAS yang bersetuju dengan 'fatwa' ulama akar umbinya bahawa haram menyokong calon pilihan raya yang menolak hudud.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebaliknya berkata berkata beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan secara muafakat dalam semangat kekeluargaan.

Kira-kira Dr M: RM27 bilion wang 1MDB hilang?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan kiraanya terhadap beberapa pembelian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pinjaman RM42 bilion.

Menulis di blog, katanya, berdasarkan semua pembelian yang diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.

Tak perlu tangkap masyarakat sivil jam 3 pagi, kata menteri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low berkata perlaksanaan sebarang undang-undang haruslah adil dan tidak menindas rakyat.

Merujuk tindakan polis yang menahan pemimpin pembangkang pada awal pagi dengan kehadiran anggota polis yang ramai, katanya, semua itu tidak diperlukan kerana masyarakat sivil yang melakukan kesalahan itu bukannya penjenayah.

Nasihat PM adalah arahan, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab terhadap syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun beliau cuma bertindak sebagai penasihat.

Menulis di blog, katanya, tidak mungkin pengurusan 1MDB berani melawan penasihat syarikat yang merangkap menteri kewangan.

Menurutnya, apa yang dinasihatkan oleh Najib akhirnya akan menjadi arahan.

'IS mahu bunuh pemimpin, dakwa M'sia negara murtad'


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low, hari ini mendedahkan laporan risikan menunjukkan bahawa kumpulan militan Negara Islam (IS) mahu membunuh pemimpin negara ini kerana mendakwa Malaysia sebagai negara yang murtad.

Katanya, tanpa Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), kerajaan sukar membendung gejala itu.



iskandarX: murtad hang kata kat kami? dapat kat is sekoq2 pulak kena sembelih si isis nie karang. Hampa yg murtad hukum orng yg tak berdosa. Kalau iya pun dorang berdosa dah tangkap mana boleh terus bunuh kecuali semasa dalam medan perang boleh lah, mengaji `Feqah pun tak lepas ada hati nak sound org lain murtad?

Protes turunkan salib keterlaluan, kata bekas IGP


Tan Sri Musa Hassan menganggap tindakan sekumpulan penduduk yang diketuai oleh abang Ketua Polis Negara Datuk Abdullah Abu Bakar yang menuntut supaya sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya menurunkan salib adalah keterlaluan serta tidak seharusnya dilakukan.

Menurut bekas IGP itu, penduduk seharusnya membawa aduan kepada pihak majlis tempatan untuk tindakan sekiranya gereja itu tidak mendapat kebenaran ataupun permit untuk beroperasi.

Musa tegur IGP bersihkan peserta demo anti-salib


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar salah apabila membersihkan peserta demo anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu, sebelum siasatan dibuat, kata pendahulunya Tan Sri Musa Hassan.

Katanya, Khalid patut bertindak secara profesional, lebih-lebih lagi bantahan itu diketuai oleh abangnya, Datuk Abdullah Abu Bakar, seorang pemimpin Umno tempatan.

PKR lancar kempen 'Jangan Cukai Anak Kita'


PKR hari ini melancarkan kempen 'Jangan Cukai Anak Kita' berikutan barangan keperluan asas kanak-kanak turut dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Strateginya Sim Tze Tzin, barangan keperluan asas termasuk kos konsultasi perubatan dan vitamin kanak-kanak turut dikenakan cukai GST sehingga membebankan ibu bapa khususnya daripada golongan muda.

PKR: Beri PAS masa selesai masalah dalaman


Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin mahu semua pihak dalam Pakatan Rakyat memberikan masa kepada PAS untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei depan.

Menjawab soalan pemberita berhubung Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat keberatan menyatakan sokongan kepada PKR di Permatang Pauh, Sim berkata, PAS masih dalam Pakatan dan memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan isu dalamannya.

Tak wajar dakwa peserta demo anti-salib ikut Akta Hasutan


Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berpendapat adalah tidak wajar bagi menggunakan Akta Hasutan ke atas sekumpulan penduduk yang mengadakan bantahan menuntut supaya salib di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya diturunkan.

Katanya, negara ini mempunyai undang-undang yang secukupnya untuk menghukum pesalah dan tidak perlu bagi kerajaan mendakwa mereka mengikut Akta Hasutan.

Paderi ketakutan minta perlindungan polis


Sebuah gereja yang menjadi sasaran sekumpulan kira-kira 50 penduduk sekitar di Taman Medan yang menuntut salibnya diturunkan memohon perlindungan dari pihak polis.

Dalam laporan polisnya, paderi itu berkata beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya dan juga penganut Kristian di gerejanya selepas seorang dari peserta demo itu kelihatan amat marah ketika perjumpaan mereka.

Justeru, beliau meminta polis supaya hadir kerana bimbang akan keselamatan mereka.

Gaya hidup mewah Najib: Duta mahu jumpa Tempo


Duta Malaysia ke Jakarta Datuk Seri Zahrain Mohamed akan mengadakan pertemuan dengan majalah terkemuka Indonesia, Tempo dalam masa terdekat.

Ini berikutan penyiaran Tempo berhubung gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut portal MyMetro, perjumpaan akan diadakan sejurus selepas Zahrain pulang ke Jakarta kerana buat masa ini beliau di Kuala Lumpur bagi mengiringi Najib bagi acara 60 tahun Persidangan Asia-Afrika, esok.