Cari Artikel

Friday, November 28, 2014

Krisis Selangor: Husam kecam Abdul Khalid


KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PAS hari ini tampil mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa turut mendakwa Abdul Khalid cuba memperalatkan PAS untuk mengekalkan jawatan disandangnya ketika ini.

Isu MB Selangor: Kenyataan makan diri


Isu MB Selangor: Kenyataan makan diri Abdul Khalid (tengah) hadir mempengerusikan mesyuarat EXCO Negeri bersama empat ahli EXCO Selangor di Shah Alam, semalam. - Foto GHAZALI KORI Shah Alam: Kenyataan media yang diberikan lima bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) DAP dan PKR semalam memakan diri kerana tindakan itu bercanggah dengan 10 Aku Janji dan Sumpah Kesetiaan yang dilafazkan ketika mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata berikutan itu mereka dipecat selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk membatalkan pelantikan EXCO berkenaan dengan nasihat Menteri Besar, secara bertulis.

Abdul Khalid berkata, beliau berpendapat lima EXCO berkenaan tidak boleh meneruskan perkhidmatan mereka selepas mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu bekerjasama dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat EXCO bagi memantau perjalanan kerajaan negeri serta hanya akan menurut kehendak parti masing-masing.

Katanya, surat mendapatkan perkenan Sultan Selangor dihantar ke Istana Selangor, kira-kira jam 2 petang kelmarin dan Pejabat Menteri Besar menerima surat memaklumkan perkenan baginda, dua jam kemudian..

Cukup korum

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hari ini mesyuarat EXCO diadakan seperti biasa dengan korum yang mencukupi bersama empat ahli EXCO dan tiga pegawai Ex-Officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan.

Jumlah ini memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya empat ahli EXCO untuk mentadbir negeri secara sah, katanya ketika membaca kenyataan satu muka surat pada sidang media di Bilik Gerakan di Tingkat 22 Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, memandangkan surat pemecatan dikeluarkan ketika seorang lagi EXCO PKR, Rodziah Ismail berada di luar negara, beliau akan menunggu sehingga ADUN Batu Tiga itu pulang terlebih dulu.

Katanya, beliau akan membuat keputusan membabitkan kedudukan Rodziah selepas berbincang dengannya.

Jika beliau bersetuju bekerjasama dengan EXCO sekarang, khidmatnya akan diteruskan. Kalau tidak, beliau juga akan diberikan surat penamatan tanggungjawab. Rodziah sudah bertemu dengan saya sebelum ke luar negara, katanya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan Rodziah itu.

Ditanya, berapa lama tempoh diberikan kepada semua bekas EXCO dipecat itu untuk mengemas barangan peribadi masing-masing, Abdul Khalid berkata, pada kebiasaan mereka memerlukan tempoh satu hingga dua minggu untuk berbuat demikian.

Saya dimaklumkan, ada dua pejabat EXCO sudah dikosongkan sejak Ahad lalu, katanya.

Abdul Khalid berkata, semua EXCO yang dipecat itu diberikan tempoh mencukupi untuk membawa keluar barang masing-masing, selain mengalu-alukan jika mereka mahu menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor yang akan diadakan hari ini, walaupun bukan dengan kapasiti sebagai EXCO, sekiranya mereka ada masa dan mahu menghadirinya.

Pada masa sama, Abdul Khalid mengesahkan penggunaan Stadium Malawati untuk Konvensyen Nasional PKR pada 22 hingga 24 Ogos ini, masih dibenarkan.

Isu MB Selangor: 'Elak pilihan raya negeri'


Kuala Terengganu: PAS menyokong kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak mahu melihat kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu tumbang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapa Ali, berkata kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor akan menyebabkan pilihan raya perlu diadakan dan menjejaskan rakyat, lantas perkara itu paling penting untuk dielakkan.

Beliau berkata, sokongan PAS adalah terhadap kerajaan negeri dan bukan atas dasar peribadi Abdul Khalid.

Tak mahu susahkan rakyat

Sokongan kita kepada kerajaan negeri, bukan atas dasar peribadi. Sebab kita tidak mahu kerajaan tidak berfungsi, menyusahkan dan menjejaskan rakyat.

Kalau EXCO PAS tak beri sokongan kepada kerajaan negeri, tumbanglah kerajaan pakatan. Kita nak elakkan pilihan raya. Kita tak mahu itu terjadi, sebab itu kita beri sokongan, katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian mengulas sokongan empat EXCO PAS terhadap Menteri Besar Selangor, berbanding lima EXCO dari PKR dan DAP yang dipecat.
Abdul Khalid dilaporkan berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membatalkan pelantikan EXCO berkenaan dengan nasihat Menteri Besar, secara bertulis.

Sementara itu, ditanya mengenai tawaran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS sebagai Timbalan Menteri Besar jika bersetuju dengan pelantikan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu, beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam pertemuan kelmarin.

Mengulas mengenai kemungkinan pelantikan ADUN UMNO sebagai EXCO kerajaan negeri, Mustapa hanya menjawab ringkas bahawa PAS tidak akan bersetuju dan tidak akan menerima keadaan itu.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan yang tersebar di laman sosial yang didakwa dipetik daripada laman web portal berita PAS, Harakah Daily, kononnya Abdul Khalid sudah menyerahkan borang penyertaannya sebagai ahli PAS semalam.

Istiqamah lakukan amalan kebaikan


Allah SWT sangat menyukai amalan yang istiqamah dan berkesinambungan kerana prinsip istiqamah tidak terpisah dalam rangkaian ibadah selain menjadi roh untuk menjiwai amalan serta menentukan amalan itu berkualiti atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersab da: “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang istiqamah (berterusan atau konsisten) walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Utama perkara fardu

Bagi memastikan kita terus istiqamah melakukan amal kebaikan dan menjaga kesinambungan amal ibadah, hendaklah sentiasa menjaga dan menitikberatkan perkara fardu seperti solat lima waktu serta menyegerakan qada ibadah seperti puasa untuk memperoleh reda Allah SWT.

Kedua, kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan sungguh hati supaya diberikan hidayah dan keteguhan iman secara berterusan serta sentiasa berada di landasan yang betul sebagaimana ditekankan oleh syariat Islam.

Ketiga, sentiasa melakukan ibadah sunat walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan membaca ayat suci al-Quran secara berterusan, berusaha menghafaznya serta dibacakan dalam solat fardu atau sunat. Amalan ini harus dipupuk supaya kita sentiasa berinteraksi, mempelajari, memahami isi kandungan al-Quran.

Rasulullah SAW: “Pertahankanlah dirimu bersama al-Quran ini, demi jiwa Muhammad yang ada ditangan-Nya, sesungguhnya al-Quran ini lebih cepat hilangnya daripada cepatnya ikatan tali unta yang terlepas.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sentiasa berzikir

Keempat, sentiasa berzikir kepada Allah SWT, di samping sentiasa beristighfar kerana ia amalan yang tidak sukar untuk dilakukan dan mempunyai manfaat besar iaitu dapat menguatkan iman serta meneguhkan hati.

Kelima, sentiasa menghadiri majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah dan tazkirah selain berusaha mengenali serta menghayati sejarah hidup Rasulullah, sahabat dan tokoh ilmuwan Islam.

Keenam, sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada perkara mungkar yang boleh merosak dan mematikan hati seperti bersahabat dengan orang yang buruk akhlak, mengeluarkan kata-kata kesat serta lucah kerana ia boleh menyebabkan hati menjadi keras serta sukar untuk menerima hidayah Allah SWT.

Ketujuh, segera bertaubat jika terlanjur melakukan dosa dengan taubat nasuha supaya tidak terjerumus kembali ke lembah kehinaan dan maksiat. Mudah-mudahan dengan melakukan amalan secara istiqamah menjadikan kita insan yang lebih bertakwa.


View the original article here

Mamat Sepah insaf


Mamat Sepah insaf Mamat dan Kaka. "Saya pernah jatuh kerana duit.

"Bayangkanlah, dalam usia muda 24 tahun, saya sudah pegang duit ratusan ribu ringgit selepas menang Raja Lawak musim ketiga pada 2009. Ketika itu, saya mengaku mengalami kejutan budaya dan hidup hanya untuk berseronok saja," luah Mamat Sepah kepada HIP.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, 29, yang menjadi penyampai radio Ultra FM, mengakui kehidupannya sekarang lebih tenang dan jauh daripada kontroversi yang pernah mencemari kerjaya seninya.

"Nama saya naik mengejut bersama Sepah. Saya mengaku jatuh kerana kesalahan sendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu, saya pernah bertunang selepas...

RM27j dana kawal denggi


Putrajaya: Kabinet semalam meluluskan peruntukan RM27 juta untuk memperhebatkan program serta usaha kawalan denggi di seluruh negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Antara aktiviti itu, katanya, adalah mengedarkan lebih 100,000 kit diagnosis denggi ke klinik swasta sekitar Lembah Klang untuk melakukan pemeriksaan awal ke atas pesakit disyaki menghidap demam yang boleh membawa maut itu.

Kit diberi secara berkala

Kit diberikan secara berkala kepada klinik swasta berminat melalui Jabatan Kesihatan daerah yang akan menghantar pegawainya ke klinik itu serta memberikan khidmat nasihat mengenainya. Kita akan bekalkan 10 hingga 20 kit ini kepada setiap klinik.

Ujian ke atas pesakit yang dibuat menggunakan kit terbabit adalah percuma dan doktor klinik itu tidak boleh mengenakan bayaran. Mereka juga perlu merekodkan maklumat serta hasil diagnosis yang diperoleh. Jika kit habis digunakan, kita akan bekalkan lagi, katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Melalui peruntukan itu juga, katanya, kementerian akan menambah kakitangan untuk kegiatan kawalan denggi dan mendapatkan khidmat pihak swasta bagi membantu operasi penyemburan ubat serta langkah berkaitan.

Mengenai perkembangan kes denggi, beliau berkata, setakat 9 Ogos lalu, 59,790 kes dicatatkan bersama 120 kematian dengan Kelantan mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 1,160 kes, diikuti Selangor 1,042 kes, manakala Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan menunjukkan rekod mendatar.
Minggu lalu saja, 2,980 kes dilaporkan di seluruh negara, iaitu peningkatan 1,146 kes atau 62 peratus berbanding minggu sebelumnya. Sebanyak 13 kematian turut dicatatkan termasuk enam di Selangor, lima di Kelantan dan dua di Johor, katanya.

Lancar kempen bersepadu

Di Ipoh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata kerajaan negeri akan melancarkan kempen bersepadu termasuk gotong-royong besar-besaran di seluruh negeri bagi memerangi denggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta jawatankuasa denggi negeri melaksanakan gerak kerja lebih aktif, meneliti dan membincangkan semua aspek penyebaran wabak. Saya sendiri akan turun padang bertemu pemimpin kampung dan penduduk bagi menerangkan situasi wabak itu, katanya.

Bahasa Melayu cerminkan sifat masyarakat Malaysia


Bahasa didapati berjaya menunjukkan sifat sebenar masyarakat. Bahasa, khususnya cara ia diperlaku oleh masyarakat yang diwakilinya, boleh memberi gambaran jitu tentang keadaan yang berlaku dalam masyarakat itu.

Ini benar sekali untuk semua bahasa di dunia tanpa mengira tinggi ataupun rendah martabatnya. Bahasa Melayu tidak terkecuali dalam hal ini. Cara kita memperlaku bahasa Melayu bukan sahaja dapat memberi gambaran tepat mengenai status penggunaannya, malah ia dapat membekalkan kenyataan persis tentang pandangan, sikap, dan nilai kita terhadap bahasa Melayu.

Sehubungan ini, kita tidak dapat menyangkal pihak yang memerhati kita bahawa kita sebetulnya tidak bangga, sayang dan taat kepada bahasa Melayu, walaupun ia bahasa negara kita.

Sudah tentu ini merupakan satu perkara yang malang, yang sepatutnya tidak boleh pun berlaku kepada bahasa negara. Ini kerana ia adalah lambang kepada kita sebagai rakyat Malaysia dan juga untuk negara Malaysia itu sendiri, pada pemerhatian dunia.

Namun ia berlaku di hadapan mata kita sendiri dan ia pula merupakan bikinan kita sendiri. Ia berlaku kerana kita tidak menyedari bahawa menerusi bahasa Melayu yang merupakan semacam tingkap yang selalu terbuka, seluruh dunia dapat memerhatikan cara ia diperlaku di negara ini.

Hal malang ini juga berlaku kerana kita tidak menyedari peranan pentingnya bukan sahaja sebagai petanda kepada nasionaliti kita, khususnya dalam menghubungkan diri kita dengan negara ini. Ia juga merupakan asas penting dan kuasa kuat nasionaliti Malaysia itu sendiri.

Pelihara keutuhan bahasa

Semua ini sebetulnya diperlihat dengan jelas dan dilindungi sebaik-baiknya oleh bahasa Melayu. Peranan ini dapat didukungnya dengan bestari selagi ia berada dalam bentuk utuh.

Oleh itu, kita hendaklah memastikan keutuhannya senantiasa dijaga. Ini hendaklah dilakukan seperti kita menatang minyak yang penuh. Dalam hal ini, kita harus menyayanginya dengan penuh jiwa raga dan menjaganya dengan sempurna sekali. Malangnya hanya perkara yang sebaliknya berlaku. Ia boleh dikatakan dilacur dari segenap sisi.

Sebagai bahasa kebangsaan, ia tidak dihirau langsung sebagai alat penyatupaduan yang penting. Ini boleh dilihat apabila kita tidak mahu menerima peranannya ini dalam sistem pendidikan negara. Ini berlaku semasa sesetengah daripada kita menolak penggunaannya sebagai lambang negara, untuk mata pelajaran Malaysia Negaraku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Selaku bahasa rasmi, ia juga tidak dapat digunakan sepenuhnya sebagai satu-satunya bahasa perhubungan antara kerajaan dengan rakyat. Ini kerana masih terdapat ramai daripada golongan tertentu yang tidak mengetahui bahasa Melayu dengan baik, walaupun merupakan warganegara Malaysia.

Sebenarnya penggunaan satu bahasa sahaja untuk urusan kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan negara. Yang lebih penting lagi ia dapat membekalkan persada bersama, iaitu berkongsi satu bahasa yang sama, yang sangat diperlukan dalam masyarakat majmuk.

Campur aduk bahasa

Dari segi penggunaannya oleh masyarakat, ia banyak sekali dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris secara sewenang-wenangnya. Ini dilakukan dengan sengaja pula sebagai strategi komunikasi untuk menaikkan status seseorang itu.

Kini cara berbahasa Melayu ini berleluasa dan sudah pun menjadi budaya nasional, khususnya dalam kalangan golongan Melayu sendiri. Ini bukan sahaja fenomena luar biasa yang memperlihat kesanggupan penutur jati mencemari bahasa leluhurnya sendiri.

Musibahnya yang lebih dahsyat ialah cara berbahasa Melayu ini langsung tidak dapat melindungi identiti budaya Melayu dalam bentuknya yang utuh. Ini kerana bahasa Melayu yang rosak itu tidak berupaya menjulang budaya Melayu yang utuh.

Keengganan golongan bukan Melayu menguasai bahasa Melayu dengan baik, dengan memberi pelbagai alasan, bukan sahaja menimbul beberapa persoalan nasional yang serius. Antaranya ialah sejauh manakah mereka percaya dengan perkongsian bersama sejarah peribumi, lambang watan dan bahasa Melayu untuk mendukung identiti nasional.

Keengganan ini boleh ditafsirkan juga sebagai perasaan tidak suka kepada bahasa Melayu, meskipun ia bahasa negara. Ini pula mempunyai kaitan dengan persoalan nasionalisme, yakni sikap yang patut diperlihat warganegara dalam mendukung semangat kebangsaan.

Semua kisah bahasa Melayu ini adalah cerminan perkara yang berlaku dalam masyarakat kita. Antaranya kita belum pun merupakan komuniti nasional walaupun sudah sekian lama merdeka.

Penulis ialah Profesional Bahasa Melayu


View the original article here

EPL: 'Kuda kecil' Mourinho sudah besar, Abramovich tuntut hasil atau disingkir


Pencapaian EPL musim lalu: Tempat ketiga liga

Ramalan bagi musim 2014/2015: Kekal tempat ketiga

(Berdasarkan penilaian unit BH Online)

CERITA Chelsea, musim ini tampak mudah - sama ada Jose Mourinho menang sekurang-kurangnya satu trofi utama atau bersedia mencari pasukan baru untuk musim depan.

Andai berpandu kepada selera besar pemilik kelab berkenaan, Roman Abramovich, hanya gelaran juara boleh menjadi 'hidangan lazat' atas meja makan apabila musim bola sepak, termasuk Liga Juara-juara, berakhir Mei depan.

Sebagai ahli perniagaan dia sudah pasti mahu melihat pelaburannya berbaloi dan hartawan dari Russia itu akan bosan untuk mendengar apa-apa alasan lagi jika gagal, terutama merampas semula mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City.

Tahun lalu, Mourinho kembali semula ke Stamford Bridge dengan memberi harapan apabila menerajui liga satu ketika tapi cuma tiada konsisten sepanjang tempoh liga, tambahan penyudahan tenaga penggempur yang seolah-olah kaku depan gawang lawan turut menyentap cabaran pasukan.
Bagi Abramovich, masa diberi kepada Mourinho melakukan eksperimen membina pasukan juara sudah berakhir dan musim ini pemilik kelab itu akan menuntut hasil lumayan setimpal dengan apa yang dia belanjakan.

Mourinho harus melupakan kata-kata yang dia gemar menggunakan apabila melabelkan Chelsea 'Kuda Kecil' (Little Horse) pada musim lalu. Pendekatan sama tidak boleh berulang kerana pada tanggapan pihak pengurusan, kuda-kuda berkenaan seharusnya sudah matang untuk menyahut cabaran kali ini.

Apa tidak, pembelian bintang baru, termasuk Diego Costa dari Athletico Madrid dan Cesc Fabregas dari Barcelona yang berharga lebih RM300 juta itu sekadar mendekatkan kepada hakikat betapa The Blues sudah memiliki barisan yang harus mengilhamkan kejuaraan dan bukan menjadi pencabar kuat.

Didier Drogba - pemain kegemaran pengendali berbangsa Portugis itu - juga sudah kembali ke pangkuan pasukan selepas mewakili kelab Turki, Galatasaray, musim lalu dan kehadiran bekas pemain Ivory Coast itu yang penuh berpengalaman harus membantu penyerang lain belajar untuk menjaringkan gol.

Selain Costa, Fabregas dan Drogba, Chelsea juga membeli Mario Pasalic dari Hadjuk Split dan Filipe Luis dari Atletico Madrid selepas tidak menyambung kontrak penyumbang besar yang setia seperti Frank Lampard yang berpindah ke New York City sebelum majikan barunya meminjam pemain tengah itu kepada musuh Chelsea, Manchester City.

Begitu juga orang lama, Ashley Cole yang berpindah ke Roma, Demba Ba (Besiktas), Romelu Lukaku (Everton) serta penyerang veteran, Samuel Eto'o yang difahamkan belum ada kelab ketika ini.

Mourinho boleh menyandarkan harapan ke atas bakat muda seperti pemain bek tengah berusia 19 tahun dari Perancis, Kurt Zouma dan pemain muda dari Belanda, Marco van Ginkel untuk memberi tenaga tambahan. Cuma masa akan memberi jawapan sama ada segala congakan dengan bekalan pemain yang ada akan memberi hasil seperti dijangkakan.

Tekanan harus dirasai pengurus berusia 51 tahun ini kerana selain kejuaraan EPL, Abramovich juga mengharapkan trofi di Eropah dan apakah dia ada muslihat terbaharu untuk membina pasukan dengan kelompok pemain yang dia anggap boleh membawa perubahan kepada wajah cabaran pasukan.

Jika ada pun ia mungkin berkisar kepada prestasi dan kelibat Diego Costa - penyerang berusia 25 tahun yang berasal dari Sergipe, Brazil untuk mencari gol dan kemenangan pasukan.

Andai penggempur skuad kebangsaan Sepanyol ini menemui sentuhan tajam dan kerap membocori gawang lawan jelas Chelsea ada harapan untuk mengancam pasukan elit lain dalam liga seperti Man City, Liverpool, Manchester United atau Arsenal.

Walau pun ada Costa, aspek yang tidak diragui pada pasukan adalah kekuatan bahagian pertahanan yang hanya melepaskan 27 gol daripada jumlah 38 perlawanan, musim lalu - satu statistik yang memberi gambaran betapa lawan mereka nanti dalam liga akan menghadapi kesukaran sama menembusi benteng berkenaan.

Mourinho dikenali dengan caranya tersendiri mencanang kekuatan pasukan bermain mantap secara bertahan untuk memenangi sesuatu perlawanan dan ia tidak akan berubah kali ini kerana ia sudah menjadi tabiatnya berbuat demikian.

Dengan kehadiran penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, Cesar Azpilicueta, Gary Cahill, John Terry dan Felipi Luis pasukan The Blues itu boleh menyebut mereka memiliki benteng terbaik dalam liga. Ia tetap akan dilihat mantap walaupun tanpa penjaga gol, Petr Cech dan Branislav Ivanovic.

Jadi, corak permainan dan strategi Chelsea rata-rata tidak akan banyak berubah berbanding musim lalu kerana Mourinho seorang yang mempercayai falasafah sendiri untuk menyusun barisan kesebelasan dan mencari kemenangan - satu taktik yang harus sudah dibaca pihak lawan dan akan lebih bersedia walaupun oleh pasukan kerdil seperti Hull City atau West Bromwich Albion.

Mourinho harus sedar ketika ini betapa dia akan diuji setiap masa kerana pembelian besar sudah pun dilakukan dan dengan barisan bintang musim lalu masih menjadi sandaran seperti Oscar, Willian, Andre Schurrle, Ramires dan Eden Hazard tiada sebab kelab tersohor ini harus ke belakang lagi.

PETRONAS raih untung RM55.3b


PETRONAS mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM55.3 bilion bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2014, peningkatan sembilan peratus daripada RM50.8 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia diraih daripada pendapatan yang meningkat 12 peratus kepada RM169.4 bilion, berbanding RM151.1 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun kewangan 2013.

Dalam dikaji, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 15 peratus kepada RM69.8 bilion daripada RM60.7 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil daripada prestasi positif itu, syarikat minyak dan gas nasional itu meraih keuntungan bersih RM39.8 bilion, naik 12 peratus berbanding RM35.6 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, berkata prestasi kewangan kukuh pada separuh pertama tahun kewangan semasa dipacu oleh pertumbuhan enam peratus dalam pengeluaran minyak di Malaysia, Iraq, Sudan Selatan, Kanada dan Turkmenistan.

Katanya, penjualan gas lebih tinggi iaitu meningkat lima peratus disokong pertambahan bekalan daripada terminal pemprosesan semula (RGT) di Sungai Udang, Melaka yang siap sepenuhnya pada Mei 2013 turut memberi sumbangan signifikan kepada PETRONAS.

Sokong prestasi kumpulan
“Peningkatan harga gas dan pertukaran mata wang yang kompetitif turut menyokong prestasi positif kumpulan bagi separuh pertama tahun ini,” katanya pada taklimat media keputusan kewangan suku kedua PETRONAS di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Datuk George Ratilal; Ketua Pegawai Operasi PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; dan Naib Presiden Eksekutif, Datuk Wee Yiaw Hin.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2014, keuntungan sebelum cukai PETRONAS meningkat 28 peratus kepada RM28.1 bilion daripada RM22 bilion dalam tempoh sama tahun lalu berikutan sokongan pendapatan yang tinggi.

Pendapatannya meningkat 15 peratus kepada RM85.4 bilion daripada RM74.4 bilion sebelumnya, dipacu oleh peningkatan pengeluaran, jualan gas tinggi dan kadar pertukaran yang menguntungkan.


View the original article here

MH17: Bapa lega jenazah anak dibawa pulang


Pagoh: Penemuan jenazahnya, melegakan kami sekeluarga. Sekurang-kurangnya membuatkan kami tenteram kerana dapat melihat pusaranya kelak, kata Mohd Salim Sarmon.

Identiti anaknya, Mohd Ali, 30, yang juga mangsa tragedi MH17, dikenal pasti di antara 16 mangsa rakyat Malaysia menerusi siasatan forensik di Belanda.

Mohd Salim, 65, berkata beliau dimaklumkan status itu oleh dua pegawai Penerbangan Malaysia (MAS) yang datang ke rumahnya di Kampung Jayor, di sini, pada Sabtu lalu, bagi menyampaikan perkembangan terkini tragedi MH17.

Perkembangan terkini

Katanya, pengurusan MAS tidak memaklumkan tarikh jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Malaysia, namun memberi jaminan mereka akan sentiasa menyalurkan perkembangan terkini mengenai proses itu.

Mereka datang ke rumah jam 8.30 malam memaklumkan perkembangan mengenai anak saya.

Mereka mengesahkan jenazah anak saya sudah dikenal pasti hasil ujian forensik dan DNA yang dilakukan di Belanda.
Perkembangan ini sekali gus memberi kelegaan kepada saya dan ahli keluarga lain. Sebelum ini, saya dan isteri tidak dapat melelapkan mata kerana sentiasa mengenangkan arwah, selain mendengar pelbagai versi cerita di media sosial walaupun kebanyakan tidak benar, katanya.

Allahyarham Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian peringkat PhD di Universiti Erasmus, Rotterdam, Belanda.

Mohd Salim berkata, beliau sekeluarga juga reda dengan pemergian Mohd Ali dan kini membuat persediaan menyambut kepulangan jenazah.

Katanya, setakat ini pengurusan MAS belum memberi apa-apa maklumat, sama ada beliau perlu ke Amsterdam, Belanda atau hanya menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut jenazah.

Jenazah arwah akan dibawa pulang ke rumah kami untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja dekat sini, katanya.

Mohd Salim berkata, beliau dijangka ke Amsterdam, Belanda sebaik semua urusan pengebumian jenazah anaknya disempurnakan bagi menguruskan beberapa perkara termasuk membawa pulang barangan peribadi, urusan rumah sewa serta pengajian Allahyarham.

Tiga rakan didakwa tipu lelaki babitkan wang tunai RM747,000


IPOH: Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM747,000 bulan lepas.

N. Narendran, 34, Meor Asri Ariffin, 43, dan A.S. Robert, 47, didakwa menipu Zain Mohamed Ismail, 55, kononnya untuk pelaburan perniagaan bekalan ubat dan alat pakai buang untuk Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Tindakan tertuduh mendorong mangsa mendepositkan wang berjumlah antara RM68,000 dan RM170,000 ke dalam akaun CIMB atas nama Mesna Medical Supplies.

Ketujuh-tujuh kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB, Jalan Kampar di sini antara 25 Jun dan 2 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 setiap seorang dan memerintahkan tertuduh melapor diri pada 15 hari bulan setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula 24 September ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Kavitha manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Nurul Azira Abdul Aziz, E.P. Seeralasittan dan Jaswant Singh. - BERNAMA

Kesediaan Rashid teruskan tugas diharap hasilkan emas - Khairy


KOTA BHARU: Kesediaan Rashid Sidek meneruskan khidmatnya sebagai ketua jurulatih perseorangan negara diharap membolehkan sasaran negara meraih pingat emas acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, tercapai.

Menteri Belia dasn Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana kejayaan Datuk Lee Chong Wei banyak bergantung kepada Rashid sebagai jurulatihnya.

"Saya telah bercakap dengan beliau (Rashid) melalui perbualan telefon, beliau ada sebut akan berkhidmat sehingga kontrak tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Baharu di sini hari ini.

Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, mengulas hubungan dingin antara Rashid dengan pucuk pimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dibimbangi boleh menjejaskan persiapan skuad kebangsaan ke kejohanan berkenaan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan hubungan dingin Rashid dan Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff turut menyebabkan dia diketepikan daripada skuad ke Kejohanan Dunia dari 25 hingga 31 Ogos ini dan tempatnya akan disi oleh jurulatih pelapis, Hendrawan biarpun anak didik jurulatih kelahiran Indonesia itu tiada dalam skuad ke Copenhagen.

"Kita tak nak persiapan dan mental Lee Chong Wei terganggu kerana jurulatih ada masalah. Saya maklumkan kepada Rashid dan Lee Chong Wei sila teruskan latihan," kata Khairy.

Beliau telah meminta Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Norza Zakaria untuk meleraikan kekusutan masalah antara pucuk pimpinan persatuan itu dengan Rashid.
Mengenai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang meletakkan sasaran suku akhir untuk skuad bola sepak negara sekiranya mahu perbelanjaan mereka ke Sukan Asia di Incheon itu dipulangkan sepenuhnya oleh MOM, Khairy berkata pandangan MOM itu ada rasionalnya untuk mereka berusaha mencapai kejayaan.

"Kalau tidak letak sasaran yang tinggi, pasukan bola sepak merasakan kehadiran di Sukan Asia memadai sekadar penyertaan dan kita kena letak syarat kalau tidak mencapai sasaran, kos untuk sukan ini ditanggung oleh mereka, ini satu perubahan dan harapan baharu," katanya.

Sukan Asia ke-17 di Incheon akan berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt ini. - BERNAMA

Masa depan Rashid kabur


Kuala Lumpur: Walaupun membatalkan hasrat meletak jawatan selepas berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, namun Rashid Sidek masih belum pasti sampai bila dia mampu bertahan berhubung kemelut yang melanda dirinya dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Ketua Jurulatih Perseorangan negara ini yang kembali bertugas selepas bercuti selama lapan hari, semalam berkata, sama ada dia akan meninggalkan badan induk itu atau sebaliknya bergantung kepada keadaan semasa.

“Buat masa sekarang saya masih jurulatih BAM dan saya akan teruskan kerja seperti biasa terutama bagi mempersiapkan pemain menghadapi Kejohanan Dunia (di Copenhagen, Denmark pada 25 hingga 31 Ogos) dan Sukan Asia (di Incheon, Korea Selatan pada 19 September hingga 4 Oktober).

“Memang menteri ada menghubungi saya semalam (kelmarin) dan menasihatkan untuk bersabar dan menyelesaikan masalah dengan baik.

Saya akan teruskan kerja namun, saya belum tahu lagi masa depan saya selepas ini...

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Ribut petir di perairan Pahang, Johor, Sabah berterusan hingga malam ini


KUALA LUMPUR: Cuaca ribut petir di perairan Pahang, timur Johor, Sabah (Pantai Barat dan pedalaman) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga malam ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, keadaan yang sama turut berlaku di perairan Tioman, Reef North, Bunguran dan Labuan.

Menurut kenyataan itu, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil. - BERNAMA

Pahang bergaya ratah JDT II


Pahang bergaya ratah JDT II Matias Conti (jersi kuning) meraikan gol kedua Pahang ketika menentang JDT II pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR Kuantan: Juara bertahan, Pahang memulakan kempen Piala Malaysia dengan bergaya apabila membenam Johor Darul Ta'zim (JDT) II, 4-0 di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

Namun, kira-kira 10,000 penyokong yang hadir terpaksa menunggu selama satu jam untuk menyaksikan aksi pembuka tirai yang tertangguh itu berikutan hujan lebat sebelum perlawanan bermula pada jam 9.45 malam.

Pada saingan itu, tuan rumah tidak menunggu lama untuk merobek gawang pelawat apabila penyerang import, Dickson Nwakaeme menjaringkan gol pendahuluan seawal minit kelima.

Jaringan itu berpunca daripada umpanan Matias Conti yang terus ke arah Dickson dan pemain itu yang berada di dalam kawasan kotak penalti mudah menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Anis Faron.

Pada minit ke-38, tandukan penyerang dari Argentina, Conti menambah kedukaan pelawat dengan gol kedua buat skuad Tok Gajah, sekali gus mengecewakan Mohd Anis.

Hilang tumpuan

Skuad kendalian Azmi Mohamad jelas hilang tumpuan selepas dua kali bolos apabila tidak dapat bangkit untuk memecah benteng tuan rumah yang diketuai kapten pasukan, Mohd Razman Roslan.
Peluang terbaik JDT II menerusi kapten mereka, Shahril Ishak apabila rembatan dari luar kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid pada minit ketiga.

Bersambung babak kedua, Pahang terpaksa menunggu minit ke-70 untuk menambah jaringan ketiga hasil tandukan penyerang berbisanya, Nwakame berpunca daripada sepakan sudut yang disempurnakan Azamuddin Mohd Akil.

JDT II yang hilang punca tidak dapat bangkit dan sebaliknya tuan rumah menguasai permainan untuk mengutip tiga mata berharga di gelanggang sendiri.

Pemain gantian, Mohd Fauzi Rozlan menjaringkan gol keempat buat skuad Tok Gajah pada masa kecederaan untuk memastikan skuad Tok Gajah ceria mendapat mata penuh dalam perlawanan pembukaan ini.

MH17: Keluarga Nur Shazana bersedia iringi jenazah


GEORGETOWN: Keluarga anak kapal Nur Shazana Mohd Salleh, 31 yang terkorban dalam nahas pesawat MH 17 di Ukraine bersedia dan menunggu masa untuk berlepas ke Amsterdam bagi mengiringi kepulangan jenazah ke tanah air.

Bapanya, Mohd Salleh Shamsuddin, 54, berkata, sehingga kini segala keperluan seperti pasport sudah disediakan untuk mereka berlepas ke Belanda.

Katanya, mereka kini menunggu maklumat lanjut daripada pihak MAS untuk berlepas ke negara berkenaan.

"Kami sudah bersedia untuk berlepas ke sana bagi mengiringi kupulangan jenazah zana(Nur Shazana) dan perkembangan mengenai jenazah kini disalurkan oleh MAS dua tiga kali sehari, " katanya.

Beliau ditemui selepas majlis tahlil yang diadadakan di kediamannya di Persiaran Mayang Pasir, Bayan Baru, di sini, sebentar tadi.

Mayat pelancong AS dalam beg pakaian


Mayat pelancong AS dalam beg pakaian Anggota polis (kanan) memeriksa beg pakaian yang disumbat dengan mayat wanita pelancong Amerika Syarikat di balai polis Nusa Dua, kelmarin. - Foto AFP Denpasar: Mayat wanita seorang pelancong Amerika Syarikat ditemui disumbat dalam beg pakaian di sebuah hotel eksklusif di pulau peranginan terkenal Bali, Indonesia. Anak perempuan mangsa dan teman lelakinya kini ditahan berhubung pembunuhan itu, kata polis semalam.

Mayat Sheila von Wiese Mack ditemui kelmarin disumbat ke dalam beg pakaian di dalam teksi berhadapan hotel lima bintang St Regis dekat kawasan peranginan Nusa Dua di Bali.

Mangsa, 62, tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan beberapa kesan luka di kepala dipercayai bergelut dengan penyerangnya, kata doktor.

Dia menginap di hotel berkenaan bersama anak perempuannya, Heather, 19 dan teman lelakinya, Tommy Schaefer, 21, kata ketua polis tempatan Djoko Hari Utomo kepada wartawan.

Dirakam bergaduh

Mack dan anak perempuannya menginap di hotel itu selama beberapa hari sebelum teman lelaki anaknya menyertai mereka pada Isnin lalu, kata Utomo. Mack turut dirakam di CCTV bergaduh dengan Schaefer di lobi hotel malam yang sama, katanya.

Hari berikutnya, pasangan itu mendaftar keluar dan menghantar beberapa beg pakaian untuk dimasukkan ke dalam sebuah teksi termasuk beg yang berisi mayat mangsa.
Mayat itu ditemui apabila pasangan itu tidak muncul-muncul, kata Utomo. Mereka kemudian dilihat menerusi rakaman CCTV meninggalkan hotel menerusi jalan pantai di belakang hotel berkenaan.

Polis melancarkan operasi memburu pasangan yang akhirnya ditemui sedang tidur di sebuah hotel di Legian, utara Nusa Dua, awal semalam, kata Utomo kepada AFP.

“Ini satu pembunuhan, dan kami akan tentukan melalui siasatan sama ada ia dirancang atau secara spontan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke hospital besar di Denpasar Bali untuk bedah siasat.

Seorang doktor berkata terdapat beberapa kesan luka di kepala yang berkemungkinan disebabkan oleh benda tumpul.

“Melihat kepada bentuk kecederaan, mangsa mungkin cuba melawan,” kata Ida Bagus Alit sambil menambah salah satu jari tangan kiri mangsa juga patah.

Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta dalam satu kenyataan berkata mereka sudah dimaklumkan mengenai kematian warganya di Bali. AFP

Liverpool berjaya pikat Moreno


Liverpool berjaya pikat Moreno Moreno dapat restu jurulatih untuk sarung jersi The Reds. Cardiff: Liverpool mengumumkan satu perjanjian berjaya dicapai untuk mendapatkan pertahanan kiri Sepanyol, Alberto Moreno dari juara Piala Europa, Sevilla.

Pemain 22 tahun itu tidak menyertai skuad Sevilla ketika tewas 2-0 kepada Real Madrid pada aksi Piala Super UEFA sebelum Liverpool mendedahkan perjanjian sudah dimaterai untuk membawa pertahanan itu ke Anfield.

“Liverpool sudah boleh mengesahkan yang kelab ini sudah mencapai kata sepakat dengan Sevilla untuk perpindahan pemain kebangsaan Sepanyol, Alberto Moreno,” menurut kenyataan kelab itu menerusi laman web rasminya.

“The Reds akan meneruskan secara formal untuk melengkapkan perjanjian pemain 22 tahun itu dan pengumuman akan dilakukan selepas ianya selesai.”

Restu pemergian

Liverpool bagaimanapun tidak mengesahkan nilai perpindahan yang sudah dipersetujui tetapi media Britain melaporkan ia membabitkan nilai berjumlah ?12 juta (RM64 juta).

Mengulas selepas tewas kepada Real di Stadium Cardiff City, jurulatih Sevilla, Unai Emery berkata kelab itu merestui Moreno untuk meninggalkan pasukan itu.
“Kami tidak ada sebarang harapan yang jelas tetapi ia sentiasa berada di minda kami,” katanya.

“Tawaran ini sudah dilakukan kira-kira sebulan atau dua bulan dan kami sedia maklum tentang keperluan untuknya keluar daripada skuad ini.

“Kami berada di England dan ia begitu hampir dengan kelab yang berminat terhadap Alberto.

Mungkin keputusan akan dipercepatkan kerana tarikh akhir hampir tiba (31 Ogos). Kami harap yang terbaik buatnya dan kami juga perlu teruskan perjalanan kami,” kata Emery. AFP

Cinta pasangan sarkas


Berpegang teguh kepada prinsip saling mempercayai dan menyokong kerjaya antara satu sama lain membuatkan pasangan penghibur sarkas ini lebih teguh menghadapi segala rintangan dalam kehidupan berumah tangga.

Tidak seperti kebanyakan pasangan suami isteri yang melihat bekerja di bawah satu bumbung mendatangkan masalah, artis Aerial, Andrea Tomko, 43, dan suaminya Rob Alton, 49, lebih selesa membuat persembahan bersama-sama.

Akui kedua-duanya, seperti kebanyakan pasangan lain, mereka juga pernah melalui detik kejatuhan, namun mereka mengamalkan sikap berkomunikasi dan berbincang apabila menghadapi masalah.

Berpisah hanya pada saat melakukan persembahan, kedua-duanya mengaku tanpa salah seorang berada di sisi, mereka rasa kosong dan tidak dapat memberi fokus kepada rutin kerjaya masing-masing.

Kagum dengan isteri

Ibarat belangkas, Alton yang juga pemenang Kejohanan Dunia BMX 1989, meletakkan egonya ke tepi dan melihat isterinya sebagai wanita tabah dan bersemangat tinggi.

Katanya, kekuatan isteri berusaha meneruskan kehidupan selepas pernah mengalami kecederaan teruk turut membuatkan dirinya lebih menghargai hubungan cinta terjalin itu.
“Saya pernah hampir kehilangan isteri.

Melihat dirinya terlantar di hospital selama 11 hari koma akibat keretakan tulang belakang dan patah tulang kaki kerana jatuh dari ketinggian 10 meter membuatkan saya sedar betapa pentingnya Tomko dalam hidup ini.

“Tomko jatuh ketika dia melakukan persembahan akrobatiknya menggunakan gegelung direka sendiri. Biarpun kemalangan itu sudah berlalu tujuh tahun lalu, tapi kesakitan yang dilalui isteri masih jelas dalam ingatan saya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini


View the original article here

2 produk konon dari Madinah dikesan mudarat kesihatan


Putrajaya: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai jangan menggunakan produk berlabel Skyline Al Taqwa Sakit Pinggang & Lutut dan Skyline Al Taqwa Gaut Asam Urat yang didakwa ubat tradisional dari Madinah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ujian Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati kedua-dua produk itu boleh memudaratkan kesihatan kerana mengandungi dexamethasone, sejenis kortikosteroid yang dikawal mengikut Akta Racun 1952.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, pengambilan dexamethasone secara berpanjangan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti lemah otot, rapuh tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.

Pengambilan produk itu juga boleh menyebabkan sindrom cushing, iaitu dengan ciri muka membulat dan bahagian atas badan membesar, tapi lengan dan kaki seolah-olah mengecil selain kesan buruk psikiatri seperti euphoria atau keriangan, kemurungan dan psikosis, katanya.

Terima empat laporan kesan buruk

Beliau berkata, BPFK menerima empat laporan kesan buruk akibat pengambilan produk yang mengandungi steroid itu termasuk kesan serius seperti perubahan tingkah laku selain simptom keriangan.

Mereka yang mempunyai stok produk itu diminta menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaannya serta-merta kerana ia salah mengikut Akta Jualan Dadah 1952 selain Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar itu pula dinasihatkan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan di talian 03-78413200, cawangannya atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my.

Pengguna produk itu diminta segera mendapatkan nasihat pakar kesihatan, manakala yang sudah mengambilnya untuk jangka masa lama, dinasihatkan supaya tidak menghentikan penggunaannya secara mendadak kerana boleh menyebabkan masalah withdrawal sindrom yang serius, katanya.

Masa semakin suntuk


Baitulmaqdis: Perunding Israel dan Palestin memasuki fasa rundingan damai yang semakin suntuk pada hari terakhir gencatan senjata 72 jam, di Kaherah semalam, ketika tempoh gencatan itu semakin menuju ke detik akhir jam 2100 GMT.

Menjelang tamat tempoh itu, perunding harus mencapai persetujuan perdamaian yang berkekalan, menerima lanjutan tempoh kerana jika tidak pertempuran berdarah selama sebulan kedua-dua pihak akan bersambung semula.

Rundingan pusingan kedua

“Ada kemajuan tetapi tidak cukup untuk dipersetujui, rundingan akan bersambung esok,” kata seorang wakil Palestin kepada AFP lewat kelmarin, tanpa memberikan sebarang perincian.

Sebagaimana hari-hari sebelumnya, anggota pasukan perunding Israel pulang selepas rundingan kemungkinan untuk berbincang dengan kerajaan mereka.

Ketika penduduk Gaza cuba menyusun semula kehidupan mereka yang musnah, perunding mengadakan pusingan kedua rundingan secara tidak langsung kelmarin, mencari penamat konfrontasi.

Namun, wakil rasmi berkata masih terlalu sukar untuk bersetuju untuk menamatkan konflik itu yang tercetus 8 Julai lalu apabila Israel melancarkan operasi ketenteraan untuk mengekang serangan roket dari Gaza.
“Rundingan amat sukar,” kata wakil Palestin pada pembukaan rundingan Isnin lalu, yang berlangsung selama 10 jam dan disifatkan sebagai amat serius.

Awal Selasa lalu, wakil Israel pula berkata: “Jurang masih jauh. Tiada kemajuan dalam rundingan.”

Pasukan itu berkumpul di bilik berasingan di ibu pejabat Risikan Umum Mesir dan tidak pernah bertemu antara satu sama lain, tatkala orang tengah bergegas antara kedua-dua biik membawa kertas cadangan dan cadangan balas, kata sumber.

Hamas mahu Israel menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza pada tahun 2006 sebelum ia menghentikan serangan roket ke Israel.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Penganggur mengaku tidak bersalah ugut bekas Ketua Polis Negara


MELAKA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu.

P M Selvarajoo, 58, dari Bukit Baru, di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan PK9, Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 28 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ezwaney Husin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

MH370: Duit empat mangsa dalam bank lesap


Kuala Lumpur: Sebanyak RM110,643 milik empat mangsa pesawat MH370, lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan dan dikeluarkan oleh seorang kakitangan bank tanpa kebenaran.

Kejadian disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang petugas bahagian perkhidmatan pelanggan bank asing itu selepas mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun itu.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, Ju Kun dan Tian Jun Wei; satu akaun penumpang warga Malaysia, Hue Pui Heng dan akaun pramugara warga Malaysia, Tan Size Hian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata siasatan awal mendapati wang daripada tiga akaun milik tiga mangsa dipindahkan ke akaun milik seorang lagi mangsa secara tanpa kebenaran melalui e-banking atau pemindahan melalui internet.

Keluar melalui mesin ATM

“Pemeriksaan awal bank mendapati semua wang yang dikumpulkan dalam akaun mangsa keempat kemudian dikeluarkan melalui beberapa kios mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa lokasi cawangan bank berkenaan.

“Selain itu, ada satu pemindahan sebanyak RM35,000 dikesan pada 14 Julai dari akaun sama ke satu akaun bank lain yang didaftarkan atas nama seorang lelaki,” katanya semalam.
Zainuddin berkata pihaknya yang menerima maklumat daripada pihak bank berkenaan kelmarin turut mengesan satu tindakan mencurigakan oleh seorang kakitangan wanita bank berusia 33 tahun kerana meluluskan permohonan pembaharuan kad ATM akaun milik mangsa keempat.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Kertas siasatan kes pelajar tekan butang 'Like' I Love Israel siap - Polis


NIBONG TEBAL: Kertas siasatan kes seorang pelajar tingkatan lima menekan butang 'Like' I Love Israel laman sosial Facebook telah dihantar kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP) hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu mengikut Akta Hasutan dan menyerahkan kepada KUP untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

"Kami telah rekodkan lima keterangan iaitu dua daripada guru sekolah berkenaan dan tiga daripada rakan pelajar itu...sama ada pelajar itu akan didakwa atau tidak bergantung kepada keputusan KUP," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) ACP Shafien Mamat di sini hari ini.

Rabu lepas, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang 'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan warga sekolah itu.

Media juga melaporkan bahawa seorang guru dari sekolah sama turut mengkritik tindakan pelajar itu di akaun facebook miliknya sehingga mengundang komen daripada pengguna lain yang mengecam termasuk mencadangkan pelajar itu dibakar
Abdul Rahim berkata polis turut menyiasat berhubung ancaman yang didakwa diterima pelajar berkenaan. - BERNAMA

Merah Kuning pulang kepuasan


Merah Kuning pulang kepuasan Pemain Selangor, S. Kunanlan (kanan) diasak dua pemain T-Team dalam pada perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail, malam tadi. - Foto ASWADI ALIAS Kuala Terengganu: Selangor bermula cemerlang apabila menumbangkan T-Team 2-1, dalam aksi kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Skuad Mehmet Durakavic menyerlahkan kesungguhan untuk memenangi perlawanan ini, apabila seawal minit pertama sudah bermula garang dengan melancarkan serangan berterus ke gawang tuan rumah dan hampir menjaringkan gol menerusi Mohd Nazmi Faiz Mansor.

Pasukan tuan rumah yang dibimbing, Anuar Abu Bakar pula hampir membuka jaringan menerusi Muhammad Shahrin Sapien pada minit ke-18 hasil hantaran Jimmy Mulisa, namun sepakan deras kapten pasukan Piala Presiden itu berjaya ditepis keluar, Mohd Farizal Marlias.

Pertahanan alpa

Dua minit kemudian, tuan rumah mencipta peluang keemasan di depan gawang pelawat hasil hantaran cantik, Patrich Wanggai, bagaimanapun dipersia-siakan Mulisa biarpun hanya berdepan dengan Farizal.

Selangor yang sesekali melakukan serangan balas melalui jentera serangan yang diketuai, Paulo Rangel gagal melepasi benteng pertahanan T-Team yang dikawal rapi kapten pasukan, Marzuki Yusof dan gandingannya Mohd Faizal Muhammad.

Apabila babak kedua bersambung, T-Team pantas bangkit apabila berjaya membuka jaringan gol pendahuluan menerusi Wanggai yang melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti pada minit ke-48.
Pun begitu, Selangor tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain lincah, Andik Vermansyah yang mudah memperdayakan penjaga gol, Wan Azrai Wan Teh minit ke-50.

Dua minit kemudian, Rangel menghukum kealpaan pertahanan tuan rumah untuk gol kedua yang juga jaringan kemenangan bagi memastikan Selangor ceria membawa pulang tiga mata.

Mengintegrasi isu Gaza dalam proses pembelajaran


Hujan baru reda. Lantai simen kaki lima dewan kelihatan basah. Saya memandang ke luar dewan sambil mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana menurunkan hujan rahmat pada hari-hari terakhir penghujung Ramadan ini.

Kelihatan kumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur, sudah memenuhi dewan. Saya dijemput oleh sekolah ini bagi menyempurnakan majlis pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza yang diuruskan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM).

Sebelum acara pelancaran, Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Nordin diberi peluang berucap untuk berkongsi pengalaman VPM semasa bertugas di bumi Palestin. Nasib saudara kita di Gaza diperincikan satu demi satu oleh Dr Musa dalam ucapannya yang menyentuh hati. Beliau berkongsi pengalaman VPM membantu rakyat Palestin termasuk usaha mereka mendirikan sekolah serta memberi rawatan perubatan kecemasan.

Tindakan tidak berperikemanusiaan Rejim Zionis di wilayah Palestin sudah banyak terpampang di media massa, sama ada bercetak ataupun elektronik. Pasti banyak pihak yang tersentuh hati apabila melihat anak-anak kecil berlumuran darah ekoran tindakan Zionis membedil penempatan awam di Semenanjung Gaza.

Pengalaman jadi panduan

Pasti ramai yang bersimpati melihat ibu-ibu menangis kesedihan di sisi mayat suami dan anak mereka yang terkorban akibat bom yang dilancarkan oleh Israel. Ketika Dr Musa menceritakan pengalaman peribadinya melihat sendiri semua kekejaman itu di depan matanya, pelajar yang memenuhi Dewan SMK Hartamas terdiam memberikan perhatian.
Apabila saya menoleh sebentar ke arah kumpulan pelajar yang khusyuk mendengar ucapan Dr Musa, saya terfikir; “Apakah agaknya yang sedang mereka gambarkan? Adakah semua perkara ini menimbulkan kesan kepada mereka? Adakah maklumat yang sebelum ini mereka terima di media sosial selari dengan maklumat sebenar yang disampaikan oleh Dr Musa?” Bagi saya, majlis pada pagi itu bukan setakat melancarkan sebuah tabung dana kemanusiaan, tetapi peluang yang baik untuk mendidik.

Hakikatnya, pendidikan perlulah menjangkaui buku teks. Pengalaman hidup adalah panduan yang baik untuk mematangkan setiap insan. Saya sentiasa percaya bahawa pelajar yang berupaya memahami apa yang berlaku di sekelilingnya pasti akan dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran formalnya, sekali gus meluaskan pandangannya terhadap dunia.

Sebagai contoh, dari sudut pandangan sejarah, pelajar akan diajar latar belakang permulaan konflik Israel-Palestin yang tercetus sebelum tahun 1948. Lantas, perbincangan dalam konteks perkembangan semasa konflik panjang itu membolehkan pula pelajar mendalami skop isu keselamatan, kemanusiaan dan geopolitik yang melampaui sentimen agama yang biasa diterima.

Saya juga sentiasa percaya bahawa keupayaan pelajar mengumpul, menyusun dan menganalisis maklumat yang terkandung dalam buku teks, kemudian disesuaikan dengan maklumat perkembangan semasa yang mereka peroleh di media sosial akan mendorong mereka mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), seperti yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan. Lantaran itu, pelajar akan lebih menghargai ilmu pengetahuan dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya dari pelbagai sudut pandangan. Setiap perkara yang mereka pelajari di sekolah akan menjadi lebih nyata dan relevan.

Ibu bapa beri sokongan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Hartamas memainkan peranan penting untuk menjayakan majlis itu. Saya dapat melihat kesungguhan ibu bapa mengendalikan pameran serta menjual cenderamata Palestin dalam usaha mereka mengumpul derma. Terdapat juga ibu bapa tanpa mengira bangsa dan agama hadir sebagai penonton demi menunjukkan sokongan kepada usaha anak-anak mereka menjayakan usaha murni itu.

Saya gembira melihat kesedaran ibu bapa yang berusaha mendedahkan anak-anak kepada projek amal sebegitu. Saya faham memang bukan mudah untuk membenarkan anak-anak menghadapi realiti semasa dunia yang kadang kala sukar dipertimbangkan nilai moralnya. Namun, saya percaya bahawa sikap terbuka dan jujur ibu bapa SMK Seri Hartamas ini pasti membawa kebaikan kepada anak-anak mereka dalam jangka panjang.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SMK Seri Hartamas, terutama Pengetuanya, Asiah Husin; Ahli Jawatankuasa PIBG; Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh, serta VPM sebagai tulang belakang menjayakan majlis itu.

Saya amat menggalakkan inisiatif dan projek amal yang membabitkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dengan badan bukan kerajaan. Saya percaya pendidikan secara menyeluruh membabitkan kerjasama daripada semua pihak.

Selari dengan usaha sebegini, saya amat menggalakkan guru mengintegrasikan isu semasa dalam konteks pembelajaran seharian di sekolah. Selain memupuk KBAT, guru juga boleh membimbing pelajar untuk memahami pelbagai isu semasa dalam kerangka pemikiran yang sepatutnya.
Mahu atau tidak mahu, kita harus akui bahawa anak-anak kita sekarang mencari dan memperoleh maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari mereka. Namun, timbul banyak masalah apabila lambakan maklumat yang mereka peroleh itu bercampur-campur antara yang sahih dengan rekaan ataupun antara yang mentah dengan bertapis.

Misalnya, tragedi misteri kehilangan pesawat MH370 dan terhempasnya pesawat MH17 menjadi topik perbualan hangat di laman-laman sosial. Walaupun tidak dinafikan ada maklumat yang positif berkenaan dua tragedi menyayat hati itu di laman sosial, tidak kurang juga lambakan teori dan pandangan berniat jahat tanpa sebarang sekatan. Semua itu adalah peringatan kepada kita tentang betapa hebatnya impak laman sosial dan kepentingan semua pihak untuk lebih bertanggungjawab menggunakan medium baharu ini.

Bincang isu semasa

Guru mahupun ibu bapa sewajarnya memberikan peluang kepada pelajar mahupun anak-anak membincangkan isu-isu semasa secara konstruktif dan terbuka. Percayalah peluang sebegini amat besar impaknya. Jangan biarkan pemikiran pelajar dan anak-anak ini dipenuhi maklumat yang mereka peroleh di laman sosial yang belum tentu betul hujung pangkalnya. Pendidikan tidak seharusnya disempitkan ruang lingkupnya, sebaliknya meliputi semua ilmu yang baik, dan proses pencarian ilmu ini memerlukan usaha berterusan daripada semua pihak.

Secara peribadi saya menganggap usaha VPM melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza amat mulia demi mengumpul dana untuk membeli bekalan perubatan bagi membantu saudara kita di Gaza. Saya dimaklumkan VPM ialah salah satu daripada hanya beberapa buah organisasi antarabangsa bebas yang dibenarkan memasuki Gaza untuk menghantar bekalan bagi membantu penduduk Palestin. Kebenaran ini diperoleh VPM ekoran reputasi baik mereka selama bertahun-tahun membantu penduduk di sana.

Saya doakan mereka berjaya dan sampaikan pesan kepada saudara kita di Palestin bahawa walau sehebat mana pun cabaran yang mereka hadapi untuk meneruskan hidup, kita sentiasa bersama mereka dan sedia menghulurkan tangan untuk membantu mereka tanpa mengira masa. Akhir sekali, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Bagi mereka yang berminat menderma atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut bolehlah melayari laman sesawang VPM: www.vpm.org.my.

Penulis ialah Menteri Pendidikan Kedua. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter di @idrisjusoh ataupun Facebook di facebook.com/datoseriidrisjusoh


View the original article here

Khairy cadang 30 peratus calon PRU daripada golongan muda bawah 40 tahun


KOTA BHARU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan 30 peratus calon pilihan raya umum akan datang terdiri daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun.

Beliau berkata, kini tidak sampai empat peratus calon yang menang peringkat Parlimen pada pilihan raya umum lepas, berusia bawah 40 tahun.

"Kita harap pucuk pimpinan parti boleh mempertimbangkannya supaya calon pilihan raya umum terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki dan wanita yang berusia bawah 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Kota Baharu di sini, hari ini.

Khairy berkata, langkah tersebut sebagai memberi peluang kepada golongan muda yang terdiri daripada pelbagai bidang kerjaya termasuk profesional menjadi pemimpin pelapis yang cemerlang pada masa depan.

"Perkaderan sudah ada banyak peningkatan, sudah ada ramai pemimpin baharu berumur 20an dari golongan profesional dan pemimpin mahasiswa ramai bersama kita, beri platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin pelapis," katanya.

Beliau berkata usaha meramaikan pemimpin muda daripada pelbagai latar belakang kerjaya yang semakin rancak sekarang memberi isyarat kepada rakyat bahawa UMNO sedang berubah dengan barisan pemimpin pelapis baharu.

"Dalam kalangan jawatankuasa pusat Pemuda, saya sedang mencari pemimpin yang boleh mengambil alih tugas supaya peralihan bagi pemimpin yang melepasi had umur 40 tahun akan berjalan lancar," katanya.
Terdahulu semasa berucap, Khairy menekankan UMNO Kelantan perlu memperkukuhkan perpaduan bagi membolehkan Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Suami isteri ditahan reman dipercayai terbabit keluar wang mangsa MH370


KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ditahan dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, direman hingga Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi membantu siasatan.

Pasangan itu ditahan semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.

Suspek wanita yang berusia 33 tahun, bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lepas ditahan di rumahnya di Ampang pada 4 petang manakala suaminya, 33, ditahan di bengkel kereta ketika membaiki keretanya di Ampang.

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 30 tahun, dipercayai terlibat dalam kes sama.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik keempat-empat individu itu lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.
Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan daripada empat akaun berkenaan. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan