Cari Artikel

Friday, August 15, 2014

Jaclyn Victor Pilih Perkahwinan Jarak Jauh


Jaclyn Victor Pilih Perkahwinan Jarak Jauh


Biarpun sudah sah menjadi isteri yang sah kepada Shawn Rivera,40 sejak 18 Julai lalu, namun penyanyi popular Jaclyn Victor,37 terpaksa akur bahawa mereka perlu melalui perhubungan jarak jauh.

Perkara itu terjadi apabila kedua-dua pengantin baru itu mempunyai komitmen masing-masing yang menyebabkan mereka terpaksa berenggang buat seketika walaupun masih baru sebagai pasangan suami isteri.

Jaclyn Victor ketika ditanya berkenaan perihal itu berkata, suka atau tidak dia terpaksa redha dengan jalinan hubungan berkenaan namun mereka mempunyai perancangan sendiri pada masa akan datang bagi menjamin kebahagaiaan mereka bersama.

“Memang tak banyak bezanya antara selepas atau sebelum berumahtangga, kerana kami memang tidak pernah tinggal bersama.

Jaclyn Victor Pilih Perkahwinan Jarak Jauh
Jaclyn Victor dan Suaminya Shawn Rivera


“Selama setahun setengah mengenali diri masing-masing, kami hanya dapat bertemu sekali-sekala dan hampir setiap hari kami hanya berkomunikasi melalui online dan hanya di situlah kami mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Jaclyn Victor telah mengejutkan pihak media Selasa lalu dengan mengadakan sebuah majlis khusus di Istana Budaya bagi memperkenalkan suaminya yang juga merupakan vokalis kumpulan Az Yet

Tambah Jaclyn Victor lagi, selepas majlis resepsi secara kecil-kecilan yang akan diadakan di ibu negara September depan, penyanyi Gemilang itu terpaksa akur kerana suaminya itu terpaksa pulang ke  Philadelphia, Amerika Syarikat.

Biarpun masih belum tahu bilakah mereka akan dipertemukan lagi,  namun Jaclyn Victor dan suami positif dan menganggap perpisahan itu adalah bersifat sementara sebelum mereka dikurniakan cahaya mata hasil perhubungan itu.

Apatah lagi menurut Jaclyn Victor, suaminya itu sangat menyukai budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia yang pernuh muhibbah dan sopan-santun terutama dalam soal membina sebuah keluarga.

“Daripada perbincangan kami, nampaknya Shawn lebih suka untuk membina keluarga di Malaysia berbanding di Philadelphia kerana suasana kehidupan di sana sangat berbeza.

“Tengoklah, kalau tiada aral melintang kami merancang untuk memiliki cahayamata sendiri pada penghujung tahun depan,” katanya.

Ikuti video istimewa yang menggandingkan Jaclyn Victor dan Shawn Rivera bersama lagu Getaran Jiwa yang telah menjadi lagu rasmi perkenalan mereka ketika majlis pengumuman di IB baru-baru ini.




Mereka tampil cukup mempersona dalam persalinan tradisional masyarakat India yang telah dibeli Jaclyn Victor di India sebelum majlis pernikahan mereka di The First Unitarian Church of Philadelphia, AS Julai lalu.


Shiqin Kamal Serik Nak Bercinta Lagi


Shiqin Kamal Serik Nak Bercinta Lagi


Setelah gagal dalam percintaan satu ketika yang lalu, pelakon Shiqin Kamal, 23, akui dia kini telah serik untuk bercinta lagi.

Shiqin Kamal berkata dia kini bukan mudah untuk jatuh cinta dan akan lebih berhati-hati dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Saya masih single dan bukan kerana saya tidak mahu bercinta tetapi saya akui kisah lampau membuatkan saya serik untuk bercinta lagi.

“Namun saya tidak akan menolak jika ada cinta yang datang kerana kita sendiri tidak boleh target atau kawal bila kita akan jatuh cinta. Jadi saya go with the flow sahaja,” katanya kepada murai.com.my.


Shiqin Kamal Serik Nak Bercinta Lagi
Shiqin Kamal

Shiqin ditemui di lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian yang dijayakan di Cyberjaya semalam.

Pelakon yang mula popular dengan filem Lagenda Budak Setan itu baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sementara itu, Shiqin memberitahu fokusnya kini adalah mahu membina kembali kariernya dalam bidang lakonan selepas menolak beberapa tawaran lakonan ketika dia masih menuntut.

“Sebenarnya selepas filem Lagenda Budak Setan saya menolak beberapa tawaran lakonan kerana mahu fokus pada pelajaran dahulu.

“Sekarang bila sudah tamat, saya mahu membina kembali kareier lakonan saya kerana sudah semakin ramai produksi yang ingat saya sudah berhenti,” jelasnya lagi.

Shiqin kini sedang menjalani penggambaran filem Warna Cinta Impian sejak 11 Ogos lalu sebagai tunggak utama bersama hero Erwin Shah Dawson iaitu pelakon dari Singapura, selain pelakon-pelakon lain seperti Awie, Errra Fazira, Azlee Khairi dan Nelydia Senrose.

Joe Flizzow: Baju Tulisan Lucah Itu Bukan Rekaan Saya


Joe Flizzow: Baju Tulisan Lucah Itu Bukan Rekaan Saya


Baru-baru ini penyanyi rap berimej bersih, Joe Flizzow telah ditimpa kontroversi gara-gara bergambar dengan dua individu yang memakai baju-T dengan tulisan lucah.

Disebabkan insiden itu Joe telah mendapat kritikan dan cemuhan daripada segelintir pelayar laman sosial sebaik sahaja foto itu disebarkan.

“Insiden tersebut menjadikan saya seorang yang lebih berhati-hati selepas ini. Saya akui silap saya pada waktu itu kerana tidak peka dan terus menerima pelawaan mereka untuk bergambar.

“Bagaimanapun selepas menyedari tulisan lucah pada baju-T mereka, saya telah meminta supaya gambar tersebut disimpan dan tidak dimuat naik di mana-mana laman sosial.


Joe Flizzow: Baju Tulisan Lucah Itu Bukan Rekaan Saya


“Malangnya permintaan saya tidak diendahkan, saya kecewa dan rasa seperti dipergunakan,” luah Joe kepada Astro Gempak ketika Majlis Minum Petang di Nagaba pada petang Rabu.

Joe turut menjelaskan dia mengenakan baju-T tertera tulisan ‘Jantan’ pada acara fesyen baru-baru ini untuk tujuan promosi sebuah label.


Joe Flizzow: Baju Tulisan Lucah Itu Bukan Rekaan Saya


"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan "Jantan" untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.

“Tetapi ada yang salah faham dengan mengatakan baju tersebut rekaan dan keluaran saya. Sehingga ada yang mengancam untuk memboikot album dan perniagaan saya.

“Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah mengeluarkan sebarang T-Shirt selain ‘Havoc’,” akuinya yang turut tertekan dengan insiden tersebut.

Dalam pada itu, dia turut memohon maaf kepada semua peminat dan masyarakat di luar sana kerana kecuaian tersebut.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada anda semua kerana tidak peka dan cuai sehingga berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

“Saya juga telah memohon maaf secara terbuka di laman Twitter dan Instagram selepas kejadian tersebut,” ujarnya yang merasakan perkara tersebut telah mencalarkan reputasi dan nama baiknya selama ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan